Anda di halaman 1dari 68

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan KUIM:2.2/263/1 Jld.

8 (20)
Tel: 06-7988403 Fax: 06-7988244 15 Zulhijjah 1427105 Januari 2007
Pn. Nur Adlina Hj. Addenan
Penolong Pendaftar
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan
Kolej Universiti Islam Malaysia
Puan,
LAPORAN SELEPAS MENGHADlRl SEMINAR DALAM NEGARA
- PN. NURHAFIZAH MOHD SUKOR
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
... 2. Sehubungan dengan itu, bersama ini disertakan laporan pegawai tersebut untuk
makluman dan tindakan pihak puan selanjutnya.
Sekian, wassalam.
"BERILMU, BERDlSlPLlN DAN BERTAKWA"
Salam hormat,
(PROF. DATlN SRI DR. HJH. MEAN ADlLlAH AHMAD IBRAHIM)
Dekan
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
s. k.
Fail
MAAl / sqd
Fail Persidangan
Laporan Selepas Menghadiri Persidangan dalam Negara
Taju k Persidangan:
Seminar PSikologi Pen- ban gun an Komuniti ISM-UKM: Pendekatan Psikososial
dalam Pemerkasaan Pembangunan Komuniti
Tarikh:
20 dan 21 Disember 2006
Tempat:
Hotel Renaissance, Kuala Lumpur
Penganjur:
lnstitut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat
&
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembanguna Manusia, Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan, UKM, Bangi.
Peranan:
Peserta Persidangan
Penemuan dalam Persidanqan
1. Seminar bertl-~juan untuk menghebahkan dapatan kajian pendekatan
psikososial bagi tujuan perancangan pembangunan komuniti dan
seterusnya kepada per~rbangunan Negara.
2. Seminar juga menghimpun dan membentang hasil-hasil kajian mengenai
isu-isu sosial dan psikologikal dalam pembangunan modal insan dan
kornuniti.
3. Aspek-aspek dari segi kemahiran, kebergunaan kepada masyarakat, rasa
keahlian dalam masyarakat dan pernerkasaan dalam membina modal
insan, yang perlu diberi perhatian dan fokus penyelidikan pada masa
hadapan dikenalpasti.
4. Seminar mewujudkan rangkaian jaringan hubungan dalaman dan
serantau di antara penyelidik dan pembuat dasar.
lrr~plikasi kepada Kolei Universiti lslam Malaysia
I. Seminar seumpama ini membantu pihak Universiti merangka plan
intervensi untuk tujuan pembangunan komuniti bagi mewujudkan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di kalangan pelajar KUIM.
2. Dapatan daripada Seminar boleh diaplikasi bagi tujuan kajian lanjut dan
pembaikkan kajian.
3. Seminar ini membantu pihak Universiti mengenalpasti isu-isu sosial pada
masa ki r~i dan sekaligus membincangkannya dalam kursus-kursus yang
berkaitan.
Senarai lengkap tajuk-taiuk kertas kerja serta nama-nama pembentang
kertas keria
Sila rujuk lampiran.
Hal-ha1 Lain
Setiap peserta Seminar diberikan satu beg kursus yang mengandungi majalah
ISM Minda Vol 3, 4 dan 5 serta Malaysian Social Trends Vol 3 dan 5.
Disediakan pada
5 Januari 2007.
Disediakan oleh
Nurhafizah binti Mohd Sukor (S778)
Tutor
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Kolej Universiti lslam Malaysia.
PEMBANGUNAN INSAN DALAM
AGENDA PEMBANGUNAN NEGARA
Profesor Dato' D; Abdul Rahman Embong
Felo Utarna
Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kertas Plenari di Seminar Kebangsaan "Psikologi Pembangunan
Komuniti ISM-UKM - Pendekatan Psikososial Dalam Pemerkasaan
Pembangunan Komuniti" anjuran bersama Institut Sosial Malaysia dan
Pusat Pengajian Psikologi dun Pembangunan Manusia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur 20-21
Disember 2006
PEMBANGUNAN INSAN DALAM
AGENDA PEMBANGUNAN NEGARA
Pengenalan
Malaysia kini memasuki era baru pembangunan menuju ke taraf
negara maju pada abad ke-21. Daripada perspektif sejarah, idea
pembangunan yang bermula di Barat telah menawan imaginasi umat
manusia khususnya mereka di negara-negara terbelakang sejak Perang
Dunia Kedua. Negara-negara ini termasuk Malaysia telah terlepas
daripada peluang Revolusi Industri abad ke-18 dan ke-19 yang
dipelopori oleh Barat. Namun, negara-negara ini telah memasuki era
zaman moden melalui tranformasi bersejarah yang dibawa oleh hasil
revolusi itu dan selepas kemerdekaan, mereka menjadikan
pembangunan sebagai agenda utama mereka bagi merintis jalan
kemajuan masing-masing.
Dunia baru untuk mencapai kemajuan inilah yang telah diterokai oleh
Malaysia selama 50 tahun sejak kemerdekaannya. Memang
pencapaian Malaysia khususnya dari segi ekonomi boleh
dibanggakan. Dengan penduduknya seramai 26 juta orang pada hari
ini, Malaysia sudah menjadi salah sebuah kuasa ekonomi terpenting di
rantau ASEAN, dan negara perdagangan ke-18 terbesar di dunia.
Ekonominya telah mengalamai transformasi yang mendalam daripada
sebuah ekonomi pertanian dan sumber asli yang agak terbelakang 50
tahun dahulu emenjadi negara perindustrian dengan sektor
perkhidmatan yang besar.
Malaysia mempunyai prasarana kelas pertama yang terdapat di
banyak tempat negara ini; ikon-ikon global wujud di sana sini, dan
negara kita semakin terintegrasi dengan hampir seluruh dunia melalui
udara, laut, telekomunikasi dan internet. Kita mempunyai pusat
pentadbiran baru, Putrajaya, dengan bangunan dan kemudahan
canggih atau state-ofthe art yang menjadi impian banyak negara
membangun lain. Banyak syarikat transnasional melabur di , sini,
manakala sejumlah syarikat konglomerat Malaysia beroperasi di luar
negara.
Sungguhpun Malaysia telah mengharungi beberapa kali krisis
ekonomi dalam sejarahnya, ia berupaya mencatat kadar pertumbuhan
yang relatif tinggi, iaitu purata sebanyak 6.5% setahun, daripada 1957
sehingga 2005. Bahkan dalam tempoh 15 tahun dari 1991 hingga
2005 - iaitu tempoh satu setengah dekad pertama sejak pelancaran
Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991 - ekonomi Malaysia tumbuh
pada kadar purata 6.2% setahun sekalipun berlaku krisis kewangan
1997-98, peristiwa 1 1 September 2001, SARS dan kenaikan
melambung harga minyak (Malaysia 2006: 5). Pertumbuhan pesat
Malaysia telah membolehkan keluaran dalam negeri kasar (KDNK)
meningkat beberapa kali ganda. Dengan menggunakan 1970 sebagai
tahun asas di mana KDNK Malaysia berjurnlah RM21.5 bilion,
KDNK negara ini bertambah menjadi RM140.7 bilion pada 1990,
RM210.6 bilion pada 2000, RM262.0 bilion pada 2005, dan dijangka
meningkat lagi kepada RM3 5 1.3 billion menjelang 20 10 (Malaysia
2006: 50). Ini berrnakna antara 1970 hingga 2000, KDNK Malaysia
telah meningkat hampir 10 kali ganda, dan dijangka meningkat 16 kali
ganda menjelang 2010 daripada tahun asas 1970. Menurut Pelan
Induk Perindustrian 2006-2020 yang diumurnkan Perdana Menteri
pada 18 Ogos 2006, untuk mencapai taraf negara maju menjelang
2020, KDNK Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak
6.3% setahun selama 15 tahun ini.
Berpandukan polisi "pertumbuhan dengan agihan", yang mendasari
Dasar Ekonomi Baru (1971-90), dan diteruskan dalam Dasar
Pembangunan Nasional (1 99 1-2000) serta Dasar Pembangunan
Wawasan (200 1-20 1 O), struktur masyarakat Malaysia juga telah
berubah dengan mendalam. Dua contoh penting boleh dinyatakan di
sini iaitu pengurangan kadar kerniskinan serta kebangkitan kelas
menengah dan kelas korporat. Kalau pada 1970, kira-kira 50%
isirumah Malaysia berada di bawah garis kemiskinan, pada 1990,
kadar tersebut telah menurun kepada 22.8%; manakala pada 2005 ia
turun lagi kepada 5.7%, dan dijangka menurun selanjutnya kepada
2.7% pada 2010. Pada masa yang sama, kelas menengah berbilang
kaum sedang berkembang, berjumlah kira-kira 40% seluruh tenaga
kerja. Mereka mendiami kawasan perumahan di bandar besar dan
kecil, serta memiliki pekerjaan bukan sahaja dalam sektor awam tetapi
lebih-lebih lagi sektor swasta. Sektor swasta juga telah menyaksikan
kebangkitan kelas korporat yang kuat dan berpengaruh, yang
anggotanya terdiri daripada para pernimpin indus tri. Sektor swas ta
terus menjadi enjin pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Seiring dengan pertumbuhan kelas menengah dan kelas korporat
terdapat pertumbuhan pesat masyarakat sivil sejak tahun 1980-an. Ini
dapat disaksikan dengan kemunculan pelbagai badan bukan kerajaan
(NGO) yang memperjuangkan agenda tertentu seperti demokrasi, hak
asasi manusia, tadbir urus baik, integriti, etika, ketelusan dan
pertanggungj awaban.
Memastikan Keseimbangan daIam Pembangunan
Walau bagaimanapun, sementara pembangunan negara kita
menunjukkan kekuatan tertentu seperti dinyatakan di atas, terdapat
satu kelemahan pokok, iaitu pembangunan kita tidak seimbang antara
material dan bukan-material. Pada hemat saya, pokok pangkal
pembangunan ekonomi dan kemajuan sains dan teknologi ialah
manusia itu sendiri dengan segala kepelbagaian budaya dan agama
serta keterikatan mereka dengan alam sekitar. Walau apapun strategi
dan program pembangunan yang kita laksanakan, kita mesti
mengambil kira manusia itu sendiri, supaya pembangunan itu mesra
manusia dan untuk kesej ahteraan mereka. Justeru kita perlu
membentuk semacam konsensus bahawa matlamat akhir
pembangunan bukanlah untuk tujuan pertumbuhan semata-mata.
Sebaliknya pertumbuhan adalah cara dan alat untuk mencapai kualiti
hidup yang lebih baik bagi manusia dan untuk meningkatkan tamadun
mereka. Dengan dernikian barulah kita boleh mengharapkan
pembangunan yang benvajah dan berjiwa manusia serta kesaksamaan
dan keadilan sosial, apabila Malaysia dirancang mencapai taraf negara
maju tidak begitu lama lagi.
Untuk maju ke hadapan dan meningkatkan kualiti hidup, sudah barang
tentu kemajuan material serta sains dan teknologi amat penting. Ini
tidak dipertikaikan. Akan tetapi, apa yang perlu ditegaskan ialah
tumpuan yang berat sebelah kepada pembangunan material dan
kepada sains dan teknologi, yakni membangunkan hardware dan
kurang menitikberatkan apa yang dikatakan sebagai software - iaitu
manusia dengan budaya dan sumber-sumber sosial mereka -- hanya
akan menjejaskan nilai-nilai kemanusiaan dan sumber-sumber sosial
yang kita mahu pelihara dan kembangkan dalam usaha membina
bangsa Malaysia yang bersatu dan tamadun Malaysia.
Dengan berkata bahawa pembangunan kita tidak seimbang antara
hard ware dengan soft ware, tidak bererti kita mengatakan bahawa
para pernimpin dan perancang negara kita tidak menyedari keperluan
memberikan perhatian serius terhadap pembangunan software. Cuba
kita tinjau kembali Wawasan 2020 yang dibentangkan oleh mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991,
untuk membawa Malaysia menjadi negara maju menurut 'acuan
sendiri'. Apakah yang dimaksudkan dengan negara maju menurut
'acuan sendiri' itu? Negara maju Malaysia yang ditakrifkan dalam
Wawasan 2020 ialah sebagai "sebuah negara yang bersatu padu,
dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri,
ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati
kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi
bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan
makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing,
dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan" (Mahathir 199 1 :
2)-
Untuk mencapai taraf negara maju menurut Wawasan 2020, Malaysia
mesti menangani sembilan cabaran, iaitu
(1) Membina sebuah "Bangsa Malaysia" dengan rasa taat setia
dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut;
(2) Membina masyarakat yang bebas, teguh, yakin akan diri
sendiri, dan tangkas dalam menghadapi segala rintangan,
mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar
menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong
jiwanya, dan dihorrnati pula oleh semua bangsa lain.
(3) Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat
demokratik yang matang, mengamalkan bentuk demokrasi
Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah.
(4) Membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh, ditunjangi oleh budi pekerti yang
luhur .
(5) Membentuk sebuah masyarakat yang matang, liberal dan
toleran.
(6) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan
progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka,
sebuah masyarakat yang bukan sahaja memanfaatkan
teknologi terkini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap
pembentukan peradaban sains dan tekonologi pada masa
hadapan.
(7) Membina masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
(8) Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil
ekonominya, dengan agihan kekayaan secara adil dan
saksama.
(9) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan
ekonominya mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis,
tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
Daripada kesemua sembilan cabaran itu, kita dapati lapan cabaran
bersifat sosial, budaya dan politik, manakala hanya cabaran ke-9
bersifat ekonomi. Ini bererti, lapan cabarannya bertujuan menangani
persoalan pembangunan software, iaitu pembangunan manusia itu
sendiri, manakala satu sahaja bersifat pembangunan hardware.
Walau bagaimanapun, dari segi pengisian Wawasan 2020, tumpuan
utamanya ialah terhadap cabaran pembangunan ekonomi serta sains
dan teknologi, melalui kerangka Persyarikatan Malaysia manakala
cabaran-cabaran lain tidak diberikan tumpuan yang sepadan. Hal ini
tidak menghairankan memandangkan dekad 1990-an apabila
Wawasan 2020 dilancarkan merupakan dekad pertumbuhan pesat.
Meminjam istilah Joseph Stiglitz (2003), dekad itu merupakan "the
roaring nineties ... the greediest decade in history" yang dicirikan
oleh sindrom mahu cepat kaya, dengan golongan orang kaya baru
memperagakan kemewahan dan status baru mereka. Dalam suasana
demikian, kita bahkan dapati orientasi pelaksanaan dasar dan
perdebatan awam pada tempoh itu tertumpu pada pokoknya terhadap
pembangunan material, bukannya pembangunan holistik dan lestari
sifatnya. Justeru aspirasi dan cita-cita agung Wawasan 2020 yang
sudahpun mengandungi unsur-unsur murni pembangunan software
atau pembangunan manusia serta membina tamadun Malaysia telah
tenggelam di dalam keasyikan mengejar keuntungan dan tuntutan
pasaran.
Kesedaran Baru: Misi Nasional
Ramai daripada kita kini menyedari bahawa bahaya paling serius
sekiranya kita meneruskan corak pembangunan semacam ini ialah kita
akhirnya akan menjadi 'sebuah masyarakat yang kaya dari segi
material tetapi manusia yang rniskin jiwanya' ---- miskin dan tandus
dari segi budaya, tingkah laku dan budi pekerti serta gersang dari segi
nilai-nilai kerohanian. Mujurlah, krisis kewangan Asia hampir satu
dekad yang lalu menggoncangkan kita daripada kelenaan 'zon selesa'
ini. Krisis ini telah mencetuskan satu kesedaran baru tentang bahaya
besar sekiranya kita tertumpu terhadap pembangunan material dan
konsumsi berlebihan, dan mengabaikan pembangunan insan dalam
kerangka pembangunan yang holistik dan seimbang. Desakan-
desakan yang meningkat dari dalam dan luar negara untuk
pembangunan seimbang, peningkatan etika dan integriti, tadbir urus
baik, ketelusan, pertanggungjawaban, menghormati hak asasi
manusia, demokrasi dan sebagainya yang telah berkembang sebelum
krisis itu telah berubah menjadi satu gelombang dalam masyarakat
serta dianuti bersama oleh sebahagian kalangan pimpinan pemerintah.
Perkembangan-perkembangan ini selanjutnya telah memberi impak
besar dan diterjemahkan menjadi serentetan dasar negara. Perdebatan
awam pula telah diorientasikan semula kepada pembangunan yang
seimbang dan lestari. Kita dapati penegasan yang semakin kuat
terhadap usaha memerangi rasuah, meningkatkan tahap perpaduan dan
integrasi nasional serta mempertahankan kepentingan umum.
Membina institusi keluarga, komuniti dan kewarganegaraan yang
utuh, meningkatkan usaha membina masyarakat yang selamat dengan
kadar jenayah yang terkawal, di samping menyegarkan semula
kehidupan budaya serta pemeliharaan warisan telah menjadi agenda
penting pada hari ini.
Beberapa buktinya dapat kita tonjolkan di sini, misalnya, pelancaran
Dasar Sosial Negara pada 2003, Pelan Integriti Nasional dan Institut
Integriti Malaysia pada 2004 serta Misi Nasional dan Rancangan
Malaysia Kesembilan pada 2006. Tumt sama pentingnya ialah
penegasan semula bahawa kita perlu mencapai cita-cita Wawasan
2020 dan mesti menangani kesemua sembilan cabarannya secara
menyeluruh. Juga terdapat penegasan semula terhadap Rukunegara
yang digubal pada 1969, yang menegaskan matlamat membina sebuah
masyarakat Malaysia yang bersatu, adil, demokratik, liberal dan
progresif, serta pematuhan terhadap lima tonggaknya, iaitu
kepercayaan kepada Tuhan, taat setia kepada raja dan negara,
keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan
dan kesusilaan.
Justeru selaras dengan semangat semua ini, dalam Misi Nasional
dinyatakan dengan jelas bahawa sementara pembangunan ekonomi
ditingkatkan skalanya dengan menambah nilai bagi memastikan daya
saing dan daya tahan ekonomi negara untuk menangani cabaran
globalisasi, Malaysia pada masa yang sama perlu membangun modal
insan dan rninda kelas pertama; menangani ketidakseimbangan
sosioekonomi antara etnik, bandar dan luar bandar, serta antara
wilayah; meningkatkan kualiti dan kelestraian hidup, serta
memperkuatkan kapasiti pelaksanaan dan institusi (Malaysia 2006).
Kesemua ini merupakan tujahan utama dalam Misi Nasional. Apa
yang dinyatakan dalam pelan besar ini menunjukkan arah besar ke
hari muka untuk memastikan keseimbangan dalam pembangunan
negara kita.
Pembangunan Insan dan Pembangunan Modal Insan
Kita kini berdepan dengan suatu persimpangan baru yang rumit
dengan pelbagai cabaran baru, yang dicetuskan oleh arus globalisasi
yang berlainan sifatnya daripada zaman sejarah sebelum ini dan juga
pelbagai perkembangan dalam negeri. Bagaimanakah kita boleh
memanfaatkan cabaran globalisasi kini dengan berkesan serta menjadi
salah satu pentakrifnya? Keadaan antarabangsa, serantau dan dalam
negeri pada hari ini jauh berbeza dengan situasi pada zaman
kemerdekaan ataupun pada zaman DEB dahulu. Seperti dinyatakan di
atas, pemerintah Malaysia mengakui perbezaan ini dan
mengemukakan tuntutan pembinaan keupayaan dan pembangunan
minda kelas pertama seperti yang terdapat dalam Rancangan Malaysia
Ke-9 (2006-20 10) dan Misi Nasional.
Hal ini menunjukkan pemerintah mengakui betapa pentingnya
peranan pembinaan keupayaan dan minda kelas pertama yang
merupakan intipati modal insan yang berkualiti. Kemampuan kita
untuk bersaing dengan negara lain dalam era globalisasi serta
keupayaan merebut peluang dan maju ke hadapan tidak boleh
bergantung semata-mata pada prasarana kelas pertama yang sudahpun
ada di Malaysia. Kemampuan bersaing kita amat bergantung pada
modal insan kelas pertama. Berdasarkan pengertian ini, adalah jelas
bahawa tanpa membina keupayaan dan rninda kelas pertama,
Malaysia akan mensia-siakan prasarananya yang sudah maju, tidak
akan dapat mengurus kejayaan dan melestarikan pencapaiannya, tidak
akan mencapai cita-cita menjadi negara maju serta akan ketinggalan
dalam persaingan global pada abad ke-21 ini (Abdul Rahman 2006:
Bab 6).
Konsep pembangunan modal insan adalah sebahagian daripada
konsep pembangunan insan (atau 'pembangunan manusia') yang lebih
luas, yang sudah diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu mulai tahun 1990. Mahbub ul Haq (1995), salah seorang
pakar ekonomi dari Pakistan yang mempelopori konsep ini,
menjelaskan 'pembangunan manusia' ialah pembangunan yang
berpusatkan manusia, di mana manusia menjadi ejen pembangunan
dan sekaligus matlamat akhir pembangunan. Bagi tujuan pengisian
atau pelaksanaan konsep ini, pembangunan manusia dibahagikan
kepada empat komponen - kesaksamaan, produktiviti, pemerkasaan,
dan kelestarian (Haq 1995, Ishak 1999). Untuk menyempurnakan
konsep ini, ada sarjana yang menambah satu lagi dimensi yang
dianggap amat penting, iaitu aestetika atau keindahan yang perlu
dicapai dalam pembangunan berkenaan. Apabila kelima-lima
komponen ini disepadukan dalam agenda pembangunan manusia,
maka manusia atau insan yang dijadikan matlamat pembangunan itu
akan mendapat faedah dan berupaya menikmati kualiti kehidupan dan
kesejahteraan yang lebih baik (Abdul Rahman 2003).
Pandangan pembangunan yang berpusatkan manusia dan yang
menjadikan kesejahteraan manusia sebagai matlamat terakhir ini
merupakan satu peralihan besar dalam paradigma pemikiran teori
pembangunan konvensional. Mungkin ki ta tertanya- tanya kenapa
dernikian. Jawapannya jelas. Kalau kita teliti pelbagai teori dan
pendekatan pembangunan selama 50 tahun lebih sejak Perang Dunia
Kedua, kita dapati wacana arus perdana lebih tertumpu kepada
pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK)
sebagai matlamat, bukannya sebagai cara atau mekanisme bagi
mencapai pembangunan dan kesej ahter aan manusia. Justeru konsep
'pembangunan manusia' ialah satu perubahan paradigme yang besar
dalam pemikiran teori dan pelaksanaan pembangunan di dunia (Abdul
Rahman 2003).
Titik berat dalam pembangunan manusia atau pembangunan insan
ialah pemerkasaan insan sebagai individu dan sebagai anggota
kelompok atau komuniti. Pembangunan modal insan sebenarnya
memperkasakan insan itu, justeru pembangunan modal insan
merupakan sebahagian yang padu dalam pembangunan insan. Dalam
usaha pembangunan, 'modal' sangat penting. Modal material seperti
tanah, wang, kilang dan prasarana lain memang sangat penting dan
perlu, tetapi ia semata-mata tidak mencukupi. Kesemua itu tidak akan
mampu menambah nilai tanpa peranan kreatif dan dinamik manusia
untuk menggerak dan mengolahnya. Sejak tahun-tahun kebelakangan
ini, selaras dengan perkembangan ekonomi antarabangsa, ekonomi
negara kita sudah mula beralih daripada P-ekonomi (ekonomi
pengeluaran) yang intensif buruh kepada K-ekonorni atau ekonomi
berasaskan ilmu pengetahuan yang memerlukan modal manusia yang
lebih sofistikated dalam kerangka membina masyarakat pengetahuan.
(Lihat Drucker 1993). Justeru modal insan yang berkualiti lebih-lebih
lagi menjadi amat penting dan kritikal pada zaman kini.
Akan tetapi, kita perlu mengaitkan konsep modal insan dengan konsep
pembangunan yang seimbang dan holistik yang kita kemukakan
sebelum ini. Justeru, kita perlu memperincikan dan memperluaskan
lagi konsep modal insan supaya tidak terbatas oleh pandangan yang
lazim mengenainya. Kita ambil sahaja soal pendidikan, pengetahuan
dan kemahiran. Pandangan yang lazim tentang pembangunan modal
insan ialah penyediaan pendidikan, pengetahuan dan kemahiran bagi
individu dan komuniti. Melalui program pembinaan modal insan
semacam ini yang d.isediakan melalui institusi rasmi, individu
dijangka akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan dan manusia yang terdidik dan terlatih diharapkan sesuai
dengan keperluan tenaga kerja atau keperluan pasaran. Individu itu
diberikan sijil pada akhir pengajian dan latihannya sebagai bukti yang
dia sudah mencapai tahap kelulusan itu. Dengan demikian, pasaran
tenaga kerja dikatakan mempunyai sumber manusia yang
diperlukannya.
Namun, cuba kita teliti lagi persoalan ini. Pendidikan, pengetahuan
dan kemahiran sedemikian memang amat penting. Pengetahuan itu
merangkumi ilmu yang dipelajari dari segi teori dan amalannya serta
pelbagai maklumat yang terkandung di dalarnnya. Akan tetapi,
pengetahuan terus berkembang, maklumat akan bertambah, dan
aplikasinya juga kerap berubah. Justeru, individu berkenaan bukan
sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang menurut kurikulum rasmi,
tetapi juga perlu dipupuk dengan semangat belajar seumur hidup agar
dia dapat menggunakan kreativitinya untuk terus menerus menambah
pengetahuan dan menyesuaikan diri dengan keperluan keadaan yang
berubah.
Selain itu, konsep 'kemahiran' juga perlu lebih luas. Kemahiran yang
dimaksudkan bukan semata-mata kemahiran teknikal. Kemahiran juga
merangkumi aspek keupayaan kepimpinan, kemahiran kognitif (yakni
berfikir dan menganalisis), kemahiran bahasa dan komunikasi serta
kemahiran sosial. Pelbagai kemahiran ini sangat jelas kepentingannya
dalam dunia hari ini dan dalam ekonomi yang berasaskan
pengetahuan. Seseorang individu perlu mampu memimpin dirinya dan
orang lain serta tahu berfikir secara kritis dan kreatif serta dapat
menganalisis sesuatu keadaan untuk membuat keputusan yang baik.
Individu itu juga memerlukan kemahiran pelbagai bahasa untuk
berkomunikasi. Memandangkan betapa pluralnya masyarakat negara
kita dan masyarakat dunia serta hakikat bahawa kita bukan semata-
mata berinteraksi dengan warganegara . sendiri tetapi dengan warga
dunia. ua, antarabangsa, kemahiran bahasa dan komunikasi itu tentu
sekali menjadi lebih penting. Kemahiran sosial sudah tentu perlu
dibina agar individu itu tahu berinteraksi dan dapat menjalin
kerjasama dan persefahaman antara individu dan kelompok lebih-
lebih lagi di kalangan yang berlaian etnik, agama dan budaya.
Seperti ditegaskan sebentar tadi, pendidikan, pengetahuan, dan
kemahiran adalah komponen yang amat penting dan perlu dalam
pembinaan modal insan. Akan tetapi, komponen ini sahaja tidak
mencukupi untuk menjamin agar modal insan yang terhasil itu boleh
terus menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan
masyarakat. Kita tentu sering membaca atau mengetahui bahawa
orang yang berpendidikan dan berpengetahuan boleh menjadi perosak
masyarakat, penjenayah, perasuah, penipu serta manusia yang rakus
dan angkuh. Dia juga boleh menjadi seorang yang sempit
pandangannya, buruk prasangka, tidak jujur, dan tidak toleran
terhadap pandangan orang lain dan tidak bertanggungjawab. Dengan
kata lain, pendidikan, pengetahuan dan kemahiran yang tinggi sahaja
masih tidak menjamin pembentukan seorang insan yang baik.
Justeru pengetahuan dan kemahiran perlu dilengkapkan dengan
pembinaan set nilai dan sikap yang murni agar modal insan yang
dibina itu menjadi unggul. Individu yang cekap dan baik akan
terbentuk sekiranya individu itu memupuk dan berpegang pada set
nilai yang kukuh, pandangan hidup yang luhur serta etika dan integriti
yang tinggi dan tegas. Set nilai inilah yang memberikannya ukuran
baik-buruk dan benar-salah sesuatu itu. Set nilai ini boleh dibentuk
dan dipengaruhi oleh pegangan agama dan budaya seseorang dan
masyarakatnya serta oleh pendidikan dan pengalaman hidupnya.
Tanpa set nilai sedernikian sebagai pegangan seseorang, ilmu
pengetahuan dan kemahirannya tidak semestinya membawa kebaikan
bagi mas yarakat dan negara (Abdul Rahman 2006: Bab 6).
Selain itu, individu itu juga perlu dipupuk supaya mempunyai sikap
yang tepat. Sikap yang dimaksudkan ialah sikap yang proaktif yang
sentiasa inginkan perubahan untuk kebaikan dan kemajuan, dan tidak
berpuas diri dan alpa dengan apa yang diketahui dan dikuasainya.
Sikap sedernikian juga mendorong seseorang untuk menerobosi ufuk
ilmu, mengamalkan konsep pembelajaran seumur hidup, tidak
membandingkan kedudukannya atau masyarakatnya dengan yang
mundur atau kurang baik daripadanya untuk mendapat rasa kepuasaan
yang palsu, serta tidak berkokok dengan pencapaian yang tidak
seberapa. Sikap yang tepat ialah sikap yang kritis terhadap diri sendiri
dan membandingkan diri dan masyarakatnya dengan yang tennaju,
belajar dan bersaing dengan yang maju, serta berusaha mengatasi
yang maju.
Pengetahuan dan kemahiran yang dibimbing oleh set nilai dan sikap
sedemikian barulah boleh menjadikan modal insan itu komprehensif
dan selaras dengan tuntutan era masyarakat ilmu dan ekonomi
berasaskan ilmu. Insan yang terbina dengan keupayaan sebegini
mampu berada dalam pelbagai arena, mampu bersaing dengan penuh
rasa keyakinan diri, berani menyahut cabaran dan berdiri atas kaki
sendiri, tidak tunduk pada kesulitan dan kegagalan, boleh
melaksanakan tugas dengan cekap, amanah, adil, bijaksana, jujur,
telus, dan bertanggungjawab. Dia boleh membezakan yang baik dan
yang buruk, yang benar dan yang salah, tidak mencuri tulang di
tempat kerja, boleh menolak godaan rasuah, tidak menyalahgunakan
kuasa atau pengaruh untuk kepentingan diri, dan tidak berdolak dalik
dan menolak tanggungjawab kepada orang lain.
Kesimpulan
Pada hemat saya, konsep pembinaan 'modal insan' seperti dihuraikan
di atas lebih lengkap, kukuh dan selaras dengan cita-cita
pembangunan seimbang dan holistik yang menjadi agenda negara
untuk mengisi Wawasan 2020 seperti diungkapkan dalam Misi
Nasional. Melaksanakan konsep pembinaan modal insan semacam ini
memerlukan perubahan dalam pemikiran konvensional yang lazim
kita pegang selama ini. Untuk menyumbang kepada pembinaan modal
insan, peranan institusi formal dan tidak formal (seperti keluarga dan
komuniti) amat penting. Proses pembinaan modal insan juga tidak
berrnula setelah memasuki alam persekolahan, tetapi bermula jauh
lebih awal iaitu daripada peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Selain
itu, proses in juga tidak terhenti dengan tamatnya pendidikan atau
latihan di institusi rasmi yang disertai seseorang individu. Pendek
kata, proses pembinaan modal insan adalah proses sepanjang hayat
dan menyeluruh, yang membabitkan pelbagai dimensi yang saling
melengkapi, serta melibatkan peranan pelbagai institusi dan individu
itu sendiri.
Soalnya ialah: Apakah institusi pendidikan dan latihan serta institusi-
institusi lain dalam negara dan masyarakat kita dapat menerima
konsep modal insan seperti ini dan melaksanakan agenda pembinaan
modal insan seperti yang diungkapkan? Pada hemat saya, insti tusi-
institusi kita banyak yang belum bersedia atau mampu untuk berbuat
demikian. Justeru salah satu tugas terpenting untuk membina modal
insan sebegini ialah dengan menganjurkan supaya institusi-institusi
kita khususnya di bidang pendidikan dan latihan melakukan
pembaharuan yang perlu agar ia lebih proaktif dan berpandangan jauh
ke depan, tidak terikat oleh credentialism dan managerialism seperti
yang lazim berlaku sekarang. Anjuran ini selaras dengan tujahan
kelima dalam Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan institusi
dan keupayaan pelaksanaan.
Rujukan
Abdul Rahman Embong. -2006. Negara-bangsa: Proses dan
Perbahasan. (edisi ke-2). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abdul Rahman Embong. 2003. Pembangunan dan Kesejahteraan:
Agenda Kemanusiaan Abad Ke-21. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Drucker, P. F. 1993. Post-capitalist Society. Oxford: Butterworth-
Heinemann Ltd.
Haq, Mahbub ul. 1995. Reflections on Human Development. New
York: Oxford University Press.
Ishak Shari. 1999. Bumi Semua Manusia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mahathir Mohamad. 1 99 1. Malaysia Melangkah ke Hadapan. Kuala
Lumpur: Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa.
Malaysia. 2004. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Institut
Integriti Malaysia.
Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-201 0. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Stiglitz, J.E. 2003. The Roaring Nineties: Why We 're Payingthe Price
for the Greediest Decade in History. London: Penguin Books.

Anda mungkin juga menyukai