Anda di halaman 1dari 1

TRANSFORMASI

1.1 Definisi
Transformasi merupakan satu proses yang melibatkan pergerakan atau perubahan ses
uatu objek dari posisi asal ke satu posisi yang baru. Objek pada kedudukan posis
i yang baru dipanggil imej. Setiap titik pada objek akan dipetakan kepada titik
yang lain pada imej objek tersebut. Transformasi merupakan satu istilah umum un
tuk empat cara khusus untuk memanipulasi bentuk titik, garis, atau bentuk. Bentu
k asal dari sesuatu objek dipanggil pra-imej dan bentuk akhir serta kedudukan ak
hir objek adalah imej yang telah melalui proses transformasi.
Translasi, pantulan dan putaran merupakan satu transformasi isometrik kerana set
iap imej yang telah dipetakan daripada objek adalah sama dari segi saiz dan juga
bentuknya. Kita juga boleh menyatakan di sini bahawa objek asal dan juga imej y
ang telah dipetakan adalah bersifat kongruen.
Transformasi peluasan tidak termasuk dalam kumpulan transformasi isometrik. Ini
adalah kerana saiz imej sesuatu objek yang terhasil apabila melalui proses trans
formasi ini adalah tidak sama dengan saiz objek asal. Objek asal dan juga imej y
ang terhasil adalah sama dari segi bentuk sahaja tetapi mereka mempunyai ukuran
yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai