Anda di halaman 1dari 27

JMS 416/4: SEJARAH SOSIOPOLITIK MALAYSIA :

GERAKAN PROTES
Sidang Akademik 2013/2014
[10.05.2014 @ 9:00 10:00 pm]
Dr. Ku Boon Dar
kuboondar@gmail.com
04-6535935

Membincangkan sejarah awal
penubuhan kesatuan buruh khususnya
buruh India dan buruh Cinadi Tanah
Melayu.
Menghuraikan fahaman Marxisme
yang terserap dalam kesatuan buruh
di Tanah Melayu.

Objektif Pembelajaran:
Takrifan Marxisme
Marxsime merupakan aliran pemikiran pemikiran Karl
Marx.
Manifestasinya iaitu komunisme, berkaitan dengan
sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik.
Pada tanggapan golongan marxisme, masyarakat
manusia adalah suatu masyarakat yang terdiri
daripada golongan menindas dan golongan ditindas.
Ketidakadilan ini menurut marxisme adalah berakar
pada sistem sosial manusia sendiri secara obejektif,
dan bukan disebabkan oleh faktor subjektif seperti
moral dan budaya.
Pengenalan
Protes Buruh melalui kesatuan buruh-
pengaruh imigran.
Pelbagai kaedah dari rundingan sehingga
tindakan agitasi.
Dalam konteks Tanah Melayu, kemasukan
pengaruh Marxisme menjadikan kesatuan
buruh lebih radikal.
Buruh Era Zaman Penjajahan
Sebelum Perang Dunia ke-2, imigran dari China
& India sumber buruh yang penting di TM.
Peringkat awal zaman penjajahan, hubungan
buruh-kerajaan & buruh-majikan dianggap
harmoni. [Mengapa?]
Bersifat sementara datang mencari nafkah
Miskin & buta huruf.
Dari kawasan bermasalah ekonomi.




Kuli Cina
Buruh India
Melalui sistem kontrak (ikatan kerja), sistem
kangani & bantuan tabung khas.
Sistem Kontrak abad ke-19 -1910.
Sistem Kangani (pengawas @ mandur) 1860-an ,
kemuncak 1880-1890-an (Perusahaan kopi &
getah berkembang). 1898-1938, seramai
1,1153,714 buruh India dibawa oleh Kangani.
Tugas Kangani :- Agen, mewujudkan keharmonian.

Buruh India
Kawalan buruh-buruh: hubungan kekeluargaan,
personaliti pemimpin, persahabatan, rasa kagum
& terima kasih kepada jasa Kangani.
Kaedah kawalan pemberian hutang, sistem
perlindungan dengan wang perlindungan (duit
kepala), lokasi tempat buruh India terpencil. Oleh
itu, masyarakat tertutup daripada perkembangan
dunia luar.
Jabatan Buruh ditubuhkan pada 1911; Kod
Buruh -1912.
Penguasa Buruh tumpu : keadaan pekerja, gaji &
kepentingan modal pengusaha..
Hubungan : tuan dengan hamba vs proletariat
perusahaan Vs pengurusan kapitalis,

Buruh India
1930-an, berubah apabila buruh India mogok &
demontrasi.
Mogok pertama buruh India: 1927 oleh pekerja-
pekerja Caxton Press.
1928: pekerja-pekerja Bengkel Pusat Keretapi
Negeri Melayu Bersekutu.
Perubahan ini : Penubuhan Kesatuan Buruh Estes
seperti Labour Union, hasutan nasionalis radikal
Tamil, pengaruh komunis & kesatuan buruh Cina.
Buruh Cina
Pembesar-pembesar Melayu menggalakkan
kemasukan tenaga buruh Cina : melombong bijih
timah, lada & gambir di Johor.
Sistem Kredit Tiket menjelaskan hutang.
[sinkeh].
Undang-undang Selat tahun 1877 melindungi
majikan.
Ditamatkan 1914 untuk henti eksplotasi buruh.

Buruh Cina
Para majikan menghantar agen-agen merekrut
pekerja.
Semua pembiayaan ditanggung majikan, urusan
pekerjaan dikontrakkan. Sistem Buruh Kontrak.
Pekerja berkerja dengan kontraktor bukan
majikan.
Abad ke-19, buruh & majikan Cina diserapkan
dalam kongsi gelap, gabungan kesatuan
sepekerjaan atau syarikat-syarikat perniagaan.
Kewujudan kongsi gelap amat mempengaruhi
buruh Cina sehingga Suppression of Dangerous
Societies Act.*
1929, ada 11,589 ahli kesatuan seperkerjaan
di Kinta, Perak.
Matlamatnya menjaga soal gaji, cuti, masa
berkerja, mutu kerja & kemahiran ahli-ahli.
Saingan dapat dikurangkan.
Perubahan-Perubahan
Akhir abad ke-19, kawalan kongsi gelap dan
gabungan kesatuan sepekerjaan mulai merosot.
Pekerja diambil secara terus @ datang sendiri ke
Tanah Melayu (TM).
Bentuk-bentuk pengeluaran baru. Tiada lagi
monopoli oleh sesuatu suku tertentu.
Kebebasan bergerak mobiliti tempat &
pekerjaan
Kawalan kerajaan dari segi undang-undang &
peraturan.
Pendidikan diterima oleh buruh-buruh Cina.
Kepesatan ekonomi & proses urbanisasi.
Buruh Cina berkeluarga & bermastautin tetap di
TM.
Kesatuan Buruh
Hubungan majikan vs pekerja bukan berasaskan
kesukuan tetapi hubungan pengusaha vs pekerja.
Pertumbuhan kesatuan sekerja. Buruh Cina aktif
selepas Revolusi 1911. Buruh India menonjol
selepas darurat 1948.
Pergerakan buruh dipengaruhi oleh
perkembangan politik di China.
4 Mei 1919- Tuntutan 21 Jepun. Memboikot
barangan Jepun.
Pemboikotan merebak di TM dan Singapura.
Memboikot Syarikat Messrs, Butterfields &
Swoze [1922]
Tsinghua University students burn
Japanese goods
Kesatuan Buruh
Oleh itu, Kesatuan Buruh tidak digalakkan oleh
pihak Inggeris dianggap tidak sihat
pertumbuhan ekonomi.
Oleh itu, banyak bergerak secara sulit. Kwok Meng
Tong.
Dipengaruhi oleh golongan kiri Parti Kuomintang
(KMT) aktivitis-aktivitis komunis.
Fahaman komunis mula dibawa masuk ke Tanah
Melayu sejak awal tahun 1920-an lagi, iaitu
melalui cawangan KMT yang mempunyai
perkaitan dengan gerakan komunis di China.
Comintern
Kesatuan Buruh
Menjelang tahun 1924, cawangan dan ranting
KMT telah ditubuhkan di hampir setiap negeri di
Tanah Melayu sebagai pelapis bagi menyebarkan
pengaruh komums.
Pada tahun 1924 misalnya, cawangan KMT telah
dapat dikesan di bandar-bandar utama, iaitu
Seremban, Melaka, Muar, Pulau Pinang, Kedah,
Kuala Lumpur, Klang dan Singapura.
Kesatuan Buruh
Selain itu, komunis juga bergerak melalui
kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubuhan,
penerbitan seperti akhbar dan sekolah-sekolah
Cina dalam usaha menyebarkan pengaruh
komunis dalam kalangan penduduk di Tanah
Melayu, khasnya orang Cina.
Zaman kemelesetan (1929-1933), kesan buruh.
Parti Komunis mengambil kesempatan.
1930, dianggarkan 10 ribu buruh pelbagai
kumpulan dipengaruhi komunis.
Pendekatan Comintern menyerap masuk
kesatuan buruh.
Kesatuan Buruh & Komunis
Peringkat awal meningkatkan tindakan protes.
Anjurkan & galakkan tunjuk perasaan,
pengkhianatan politik & sebarkan dakyah.
Perjuangan berselindung di sebalik asas
demokrasi sosial & anti imperalisme barat.
Buruh menjadi kumpulan sasaran perjuangan
proletariat.
Banyak kesatuan buruh sulit didalangi komunis
@ melalui agennya.
Kesatuan Sekerja Am Nanyang [Mei 1926].
Selepas perpecahan Barisan Bersatu -KMT-PKC
1927, kesatuan ini dikuasai Communist
International Trade Union Organization.
Kesatuan Buruh & Komunis
Disebab komunis di Tanah Melayu tidak dapat lagi
menggunakan cawangan KMT dalam penyebaran
fahaman komunis.
Penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN/Nan-
Yang Kung-Ch'an-Tang/South Seas Communist
Party) pada Mac 1928 di bawah arahan Biro
Timur Jauh Comintern (Communist International)
di Shanghai.
Ia ditubuhkan sebagai alat Comintern untuk
menyelaras, menggerak dan mengawasi
pergerakan komunis di Tanah Melayu, Thailand,
Burma, Annam, Indochina dan Indonesia dengan
Singapura sebagai pangkalan atau pusatnya.
Kesatuan Buruh & Komunis
PKC menghantar 5 orang wakilnya ke Tanah
Melayu. Mereka telah berjaya menubuhkan Parti
Komunis Nanyang di Singapura pada tahun 192
Agen-agen Comintern yang tiba di Tanah Melayu
pada tahun 1928 telah mencadangkan supaya
Parti Komunis Nanyang disusun semula.
Pada 6 April 1930, satu persidangan komunis
telah diadakan di Singapura dan hasilnya lahirlah
Parti Komunis Malaya (PKM) yang beribu pejabat
di Singapura
Mendakwa menyatukan 42 kesatuan buruh
dengan 6 ribu ahli.
Mengadakan mogok: 1920-an di Singapura-
selepas 4 Mei 1919.
1927, tunjuk perasaan sempena ulang tahun
kematian Sun Yat sen.

Kesatuan Buruh & Komunis
Tukang-tukang kasut [30.12.1933] Kuala
Lumpur & tukang jahit [8.1.1934] melancarkan
mogok pada 30 Disember 1933.
Menuntut kenaikan gaji dan memperbaiki
keadaan tempat kerja mereka.
Pekerja Cina di lombong besi Sri Medan, Batu
Pahat, lohor, mengadakan mogok pada 26
September 1935. menuntut kenaikan gaji.
Dipersetujui oleh pihak pengurusan sebanyak 20%

Kesatuan Buruh & Komunis
1930-an, kegiatan buruh berhaluan kiri
terhenti kerana kemelesetan ekonomi.
1934, ekonomi pulih.
Buruh khususnya tukang jahit, kasut, emas
& kayu menuntut kenaikan gaji.
Buruh sering mengancam untuk mogok @
meletakkan jawatan beramai-ramai.
1937 protes buruh mahir & tidak mahir.
Situasi menjadi gawat.

Kesatuan Buruh & Komunis
6 Jan 15 Jan 1937, buruh-buruh estes getah dari
Kilang Getah Sham Yip Leung, Klang, Selangor
melancarkan mogok. Bermula dari Bangi & Sungai
Rincing merebak melibatkan 20 ribu buruh.
Merebak ke Kelang, Selatan Selangor, Negeri
Sembilan [Pembuat terompah] & Johor Utara.
Mogok dalam kalangan perusahaan nanas di Johor,
Kelang & Singapura. [Pineapples Workes Mutual Aids
Association]
Mogok kalangan buruh binaan Singapore Chinese
Building Workers Union.
Tuntutan berkisar kepada segi gaji, syarat bekerja,
pampasan kemalangan, faedah cuti bersalin buruh
wanita & pengiktirafan kesatuan sekerja.
Kesimpulan
Pandangan kerajaan, tunjuk perasaan & mogok dianggap
serius & anggap didalangi anasir komunis.
Pegawai kerajaan & pihak polis sering memihak kepada
majikan.
Sebaliknya memberi pelbagai tekanan kepada pekerja
menangkap orang yang disyarat sebagai penghasut &
perancang protes buruh.
Tetatpi ini tidak mematahkan semangat kaum buruh.
Golongan buruh menyedari peranan mereka dalam
perusahaan dan percaya keupayaan mereka mengeksploit
kuasa secara berterusan dan berkesan.
Tunjuk perasaan 1937 mengubah sikap majikan Eropah &
Cina.
Enakmen Kesatuan Sekerja tahun 1940 tetap waspada
dengan penularan anasir komunis.

FORMAT PEPERIKSAAN AKHIR
JMS 416/4 : SEJARAH SOSIO-POLITIK
MALAYSIA: GERAKAN PROTES
SIDANG AKADEMIK 2013/2014
Bentuk Esei
Enam [6] Soalan, pilih dan jawab Empat (4)
sahaja.
Setiap soalan 100 markah.
TUJUAN:
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya
pemikiran serta kefahaman calon mengaplikasi
maklumat yang diperolehi melalui bacaan.
ARAS-ARAS UJIAN
[MUDAH KE KOMPLEKS ] - TAKSONOMI BLOOM
1. Apa, siapa, bila dan mana
2. Senaraikan
3. Jelaskan/Huraikan
4. Nyatakan*/Galurkan*
5. Bezakan/Bandingkan
6. Bincangkan*
7. Bahaskan*
8. Sejauh manakah*
9. Kembangkan
10. Ringkaskan
11. Nilaikan*


o Protes dalam konteks sejarah sebelum
penjajahan Kongsi Gelap di NNS*
o Kebangkitan Naning 1830-1831
o Pemberontakan Kedah, 1821-1842
o Gerakan anti-British di Perak, Selangor, NS,
Pahang*
o Gerakan anti-British di Sarawak* & Sabah
o Kebangkitan Petani di Kelantan* &
Terengganu
o Bandit Sosial, Protes bercorak keagamaan*,
Buruh dan Komunis* - awal abad ke-20

TAJUK-TAJUK [ULANGKAJI]:
TERIMA KASIH
Selamat Mengulangkaji
<http://padlet.com/kuboondar/jms416>

Anda mungkin juga menyukai