Anda di halaman 1dari 3

Sistem pembiakan perempuan

mengandungi dua bahagian utama:


faraj dan uterus, yang bertindak sebagai bekas untuk sperma lelaki; dan
ovari yang menghasilkan ovum; secara amnya, kesemua ovum dicipta sewaktu dilahir.

Sistem pembiakan perempuan selalu merupakan bahagian dalaman. Faraj membuka ke luar di
vulva yang juga merangkumi labium, klitoris dan uretra. Ia bersambung dengan uterus melalui
serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia.
Pada lebih kurang setiap bulan, sebiji ovum akan menjadi matang melalui proses oogenesis dan
dihantarkan ke uterus melalui salur falopia. Jika dalam perjalanan ini, ovum bertemu dengan
sperma, sperma akan menembus dan bergabung dengannya. Proses ini yang digelarkan
persenyawaan biasanya terjadi di dalam salur falopia, tetapi juga boleh terjadi di dalam uterus.
Zigot yang dihasilkan akan melekat pada dinding uterus, di mana ia memulakan proses
embriogenesis dan morfogenesis. Sewaktu perkembangannya mencapai tahap untuk berhidup di
luar rahim, serviks akan mengembang dan pengecutan uterus akan menolakkan fetus ke luar
melalui salur lahir, iaitu faraj.
Jika tidak disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem perempuan melalui haid.

Faraj
Faraj merupakan saluran berbentuk tiub dari uterus ke luar badan. Ia merupakan tempat di mana
air mani lelaki disimpan dalam tubuh perempuan sewaktu persanggamaan.
Serviks
Serviks merupakan bahagian bawah uterus yang sempit di mana ia bersambung dengan hujung
faraj yang atas. Ia berbentuk silinder ataupun kon dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan
bagi dinding faraj.
Lebih kurang setengah daripada panjangnya dapat dilihat, sedangkan yang bakinya tersembunyi
di atas faraj.

Uterus



Uterus atau rahim ialah organ pembiakan perempuan yang utama. Satu hujungnya membuka
kepada faraj melalui serviks, sedangkan hujung yang lain bersambung di kedua-dua belah uterus
kepada salur-salur falopia.
Sebahagian besar uterus terdiri daripada otot yang dikenali sebagai miometrium. Fungsi
utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat pada endometrium untuk
mendapat makanannya daripada salur darah yang berkembang semata-semata untuk tujuan ini.
Ovum tersenyawa akan berkembang daripada peringkat embrio menjadi fetus dan kemudian
dilahirkan sebagai bayi.
Salur falopia
Salur falopia ataupun oviduktus merupakan dua tiub halus yang menghubungkan ovari dengan
uterus. Sewaktu ovum menjadi matang, folikel serta dinding ovari akan pecah dan membenarkan
ovum melepaskan diri untuk kemasukan ke dalam salur falopia. Di sini, ia akan tiba di uterus
melalui bantuan silia yang terletak di lapisan dalaman tiub yang menolakkannya. Perjalanan ini
boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Jika ovum disenyawakan semasa di
salur falopia, ia akan melekat pada endometrium sewaktu bertiba di uterus. Perlakuan ini
menandakan permulaan kehamilan.


Ovari
Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur. Proses untuk melepaskan
ovum ke dalam salur falopia digelarkan pengovulan. Pengovulan terjadi secara berkala dan
memberi kesan yang langsung kepada jangka kitaran haid. Selepas pengovulan, ovum akan
bergerak ke uterus melalui salur falopia. Kehamilan akan terjadi jika ia disenyawakan oleh
sperma dalam perjalanan itu ke uterus.