Anda di halaman 1dari 10

Kesan negative kegunaan nuklear

Harapan atau Kehancuran


Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama di dunia meletup dengan sinaran cahaya yang
paling hebat di atas bangunan Dewan Galakan Industri. Ledakan itu dengan serta-merta merubah
bandar Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur.
Kesan letupan bom itu secara mendatar, 550 meter di atas kubahnya tidak memusnahkan terus
bangunan itu. Rangkanya kini menjadi saksi tunggal hingga ke hari ini terhadap malapetaka itu.
KIRA-KIRA 137,000 orang dilaporkan terkorban di Jepun pagi tadi. Peristiwa yang berlaku lebih 40
tahun lalu di Hiroshima itu tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Kejayaan penyelidikan tiga tahun
The Manhattan Project di Los Alamos, Amerika Syarikat, meninggalkan catatan hitam yang
memilukan.
Bencana nuklear yang pertama di muka bumi ini pada jam 8.15 pagi hari ini, 44 tahun yang lalu,
sukar untuk dilupakan. Kepada segolongan manusia, ledakan bom akibat tindak balas bahan utama
satu kilogram uranium 235, adalah mimpi yang menakutkan dan tidak munasabah. Bagi yang lain,
malapetaka daripada bom yang digelar Little Boy seberat 4,100 kilogram itu adalah suatu impian
yang diharapkan.
Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak padang tekukur', dengan 78,000
orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium 239 yang dimuatkan dalam Fat
Man.
Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah ancaman terbesar
kepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor yang menjejaskan keamanan
dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai nilai yang tinggi, dengan faedah besar bagi
ekonomi perusahaan.
Dalam pada itu, pelbagai reaksi akan wujud apabila perkataan nuklear disebut. Walupun ia telah
mengalami pelbagai peristiwa menarik sejak lebih 40 tahun lalu, agak menghairankan mengapa
ramai yang masih takut dengan kematian yang disebabkan olehnya, sedangkan mekatian berlaku di
mana-mana. Lombong arang batu pernah membunuh beratus-ratus pekerja manakala kemalangan
jalanraya meragut beribu-ribu nyawa setiap tahun.
Dapatkah kita mengetepikan sahaja kuasa nuklear sebagai sumber alternatif tenaga? Haruskah kita
terus membakar bahan api daripada fosil seperti arang batu, gas dan minyak? Perlu disedari bahawa
bekalan minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi arang batu, ia menyebabkan
pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan hujan asid.
Walaupun wajar kita meragui nuklear adalah satu sumber tenaga yang amat merbahaya, tetapi perlu
disedari bahawa bahaya itu wujud sebagai satu kemungkinan. Mungkin sebahagiannya kerana
ketakutan mengenai perang nuklear. Secara tidak langsung, kegunaan nuklear secara aman
ditafsirkan sebagai satu punca bahaya yang amat membimbangkan.

Mengenai bantahan yang banyak dikemukakan, terutama daripada pertubuhan alam sekitar,
ketakutan dan tunjuk perasaan yang diadakan nampaknya lebih tertumpu kepada stesen
janaelektrik berkuasa nuklear dan bukannya kemusnahan menyeluruh yang adisebabkan oleh
nuklear. Harus disedari bahawa stesen janaelektrik tidak boleh meletup seperti sebutir bom.
Yang perlu diragui ialah alat dan kelengkapan kuasa nuklear untuk tujuan pemusnahan dan
dilonggokkan dengan banyaknya oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union. Jika
perang nuklear meletus, tiada stesen janaelektrik yang akan meletup, sebaliknya bumi ini! Jumlah
penuh senjata yang telah dihasilkan kini beribu kali ganda daripada kekuatan bom atom yang
meledak di Hiroshima dan Nagasaki. Buat sementara, kita masih boleh hidup dengan aman selagi
negara yang saling mencurigai itu belum membuat kesilapan.
Dalam pada itu, sikap pemimpin dunia mengenai senjata nuklear amat menyedihkan sejak
kebelakangan ini. Selain pergeseran antara kuasa besar (walaupun beberapa persetujuan perlucutan
senjata dicapai dan belum terlaksana), negara dunia ketiga sebaliknya tidak mahu ketinggalan untuk
membuat senjata nuklear. Dalam masa mereka berusaha mencapai impian, sebahagian besar rakyat
terpaksa menghadapi kemiskinan dan kelaparan. Contohnya ialah India dan Pakistan.
Inikah layanan kerajaan dan pemimpin negara untuk rakyat yang memerlukan pembelaan?
Walaupun menghadapi masalah kewangan, kedua-dua negara berlumba menghasilkan peluru
berpandu buatan sendiri dengan keupayaan membawa bahan pemusnah berkuasa nuklear. Rakyat
yang malang di kedua-dua negara itu makin terdedah kepada bahaya yang sengaja diwujudkan.
Seperti kuasa dan bahan api yang lain, kuasa nuklear juga mempunyai bahaya dan risiko.
Bagaimanapun, semuanya telah sengaja diperbesarkan sehingga menenggelamkan kemampuan dan
manafaatnya.

http://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0
keburukan nuklear
Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah. Peristiwa pengeboman bom atom di
Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar,
harta benda dan manusia. Walaupun penggunaan tenaga nuklear dapat mengurangkan
pencemaran udara, kecuaian dalam penjanaannye boleh menyebabkan pencemaran bahan
radioaktif. Segala kerja2 penjanaan tenaga haruslah dilakukan dengan sempurna tanpa
sebarang kesilapan. Kebocoran pada reaktor nuklear boleh menyebabkan bahan2 radioaktif
terbebas di udara. Uranium(U-235) mempunyai 'hayat separuh' yang lama. Bahan ini bolah
kekal berjuta-juta tahun dalam persekitaran sebelum ia terurai. 'Hayat separuh' atau 'Half Life'
adalah jangkamasa satu2 bahan radioaktif itu untuk terurai kepada separuh dari beratnye.

Walaubagaimanapun, pendedahan kepada bahan2 radioaktif memberi kesan yang sangat
buruk kepada manusia. Melalui beberapa kajian, Uranium contohnye dipercayai boleh
menyerang sistem genetik manusia yang mana membawa kepada kanser dan penyakit2 lain
dalam tempoh jangkamasa panjang.
http://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-
nuklear.html
redotstar.blogspot.com/2011/12/kesan-teknologi-nuklear.html
SEKTOR KETENTERAAN
Sejarah telah menceritkan tentang tragedi pengeboman Bandaraya Hiroshima dan dan Nagasaki
pada 6 dan 9 Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam penggunaan teknologi nuklear dalam
peradaban manusia. Fakta dari peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan kematian
akibat ledakan seramai 140 ribu nyawa serta merta dan ratusan ribu lagi yang terkorban
selepasledakan akibat radiasi sinaran dan kesanterbakar.

Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika Syarikat memulakan projek
menghasilkan bom atom yang dikenali sebagai Projek Manhattan di Los Alamos, New Mexico pada
tahun 1942. Ujian bom atom pertama dilakukan di tapak ujian Alamogodro didaerah yang sama.
Sepanjang sejarah, hanya dua kali bom atom digugurkan iaitu di Hiroshima dan Nagasaki sekaligus
menamatkan Perang Dunia ke-2. Selain malapetaka Hiroshima dan Nagasaki, masyarakat terus
dihantui dengan tragedi yang membabitkan nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden
kebocoran reaktor nuklear diThree Mile Islands, Amerika Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine
(1986), Tokai Mura, Jepun (1999) dan United Kingdom (2000). (Faizal Aziz, 2010)
ANCAMAN BAHAN RADIOAKTIF
Tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga
nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana
radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti
penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos
menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan
bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia.
Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak
boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu.


Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus
digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti. Kekurangan lain yang juga sering
dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika
kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang
untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan
bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan
ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar
Hiroshima. (Murray, 2009)
Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah,
daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk
berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000
orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka.



Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health
Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala,
dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya
dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser. (Azrina Sobian, 2010)
Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom Atom
by EDITOR on Aug 5, 2010 2:46 pm 2 Comments

Oleh : Mohd Faizal Aziz

Hari ini genaplah usia 65 tahun ulangtahun kemusnahan bandaraya Hiroshima di Jepun akibat ledakan
bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika ketika Perang Dunia ke-2. Menurut Prof Muhammad
Samudi Yasir, pensyarah dari Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lepas
telah diadakan Majlis Memperingati Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang dianjurkan
oleh Malaysia Nuclear Society di UNITEN, Bangi.
Jika kita membaca sejarah, tragedi pengeboman Bandaraya Hiroshima dan dan Nagasaki pada 6 dan 9
Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam penggunaan teknologi nuklear dalam peradaban manusia.
Fakta dari peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan kematian akibat ledakan seramai 140
ribu nyawa serta merta dan ratusan ribu lagi yang terkorban selepas ledakan akibat radiasi sinaran dan
kesan terbakar.
Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika Syarikat memulakan projek menghasilkan
bom atom yang dikenali sebagai Projek Manhattan di Los Alamos, New Mexico pada tahun 1942. Ujian
bom atom pertama dilakukan di tapak ujian Alamogodro di daerah yang sama. Sepanjang sejarah, hanya
dua kali bom atom digugurkan iaitu di Hiroshima dan Nagasaki sekaligus menamatkan Perang Dunia ke-2.
Selain malapetaka Hiroshima dan Nagasaki, masyarakat terus dihantui dengan tragedi yang membabitkan
nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden kebocoran reaktor nuklear di Three Mile Islands, Amerika
Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986), Tokai Mura, Jepun (1999) dan United Kingdom (2000).
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan
tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka
mula beroperasi pada tahun 2021. Selepas pengumuman tersebut, timbullah pelbagai persoalan yang
bermain di benak masyarakat tentang risiko-risiko yang bakal berlaku sekiranya projek ini diteruskan. Di
kalangan aktivis dan masyarakat yang belum memahami isu tenaga nuklear ini, sudah muncul banyak
tulisan dan rencana yang menghentam dan mengkritik langkah kerajaan untuk memanfaatkan teknologi
nuklear untuk tenaga. Ironinya, di kalangan pakar, penyelidik, saintis serta penyokong kuat penggunaan
teknologi ini, jarang kelihatan artikel dan rencana mereka tersiar bagi memudahkan masyarakat awam
memahami isu ini secara jelas. Seakan-akan wujud jurang yang memisahkan antara golongan yang faham
dan masyarakat awam tentang teknologi nuklear.
Di kalangan negara maju, teknologi penggunaan sumber tenaga nuklear sudah tidak asing lagi. Ia
digunakan dengan meluas dan negara maju seperti Korea Selatan, sejak beberapa tahun lalu dilaporkan
sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik disumbangkan oleh sektor
berkenaan.Kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat
dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan berakhir suatu masa
nanti.
Masyarakat umum melihat teknologi nuklear hanya digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Sedarkah kita bahawa teknologi nuklear boleh dikembangkan dan diperluaskan meliputi pelbagai bidang
penting seperti perubatan, pertanian, pembuatan dan alam sekitar.
Dalam bidang perubatan misalnya, teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospital
seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang menggunakan sumber tenaga nuklear untuk pengesan
penyakit berbahaya pada manusia. Menurut Profesor Bradley, seorang pakar teknologi nuklear
dari University Of Surrey United Kingdom yang berkunjung ke Universiti Kebangsaan Malaysia baru-
baru ini, pada awalnya nama asal bagi MRI ialah Nuclear Magnetic Resonance Imaging. Namun begitu
akhirnya perkataan nuklear digugurkan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan masyarakat tentang
istilah tersebut. Dalam bidang pertanian penggunaan teknologi nuklear berjaya menghasilkan anak pokok,
enzim serta baja yang bermutu tinggi.
Begitu juga dalam bidang pembuatan, penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung
tangan getah, resin dan sebagainya yang memberi sumbangan besar pada industri sarung tangan di
Malaysia.Dalam industri minyak dan sektor marin, teknologi Non Destructive Testing -NDT (Ujian Tanpa
Musnah) yang menggunakan sumber tenaga nuklear melalui peralatan seperti Sinar Gamma dan Sinar
X digunakan untuk mengesan kecacatan atau kerosakan yang berlaku pada paip-paip minyak atau gas.
Teknologi ini dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa syarikat swasta yang lain.
Malaysia memiliki satu-satunya reaktor nuklear yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (Pusat
Penyelidikan Tenaga Atom Tun Doktor Ismail yang ditubuhkan 27 tahun dahulu yang kini dikenali
sebagai Agensi Nuklear Malaysia ). Ia kini dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di
Bangi. Ia digunakan dalam aktiviti penyinaran neutron serta eksperimen pancaran neutron. Selain itu ia
juga digunakan untuk kajian tentang reaktor itu sendiri yang terdiri daripada fizik reaktor, kejuruteraan
reaktor dan kejuruteraan nuklear, hidraulik haba (thermalhydraulic) dan core analysis.
Kebimbangan masyarakat terhadap isu tenaga nuklear timbul apabila penerangan tentang kebaikan
sumber tenaga hijau dan bersih ini kurang diberi perhatian oleh pihak berwajib. Apa yang timbul hanyalah
berita-berita yang negatif seperti bom atom, letupan Reaktor Chernobyl, Tragedi Three Miles Island dan
sebagainya yang mengabui mata masyarakat tentang kebaikan teknologi ini. Selain itu pendedahan
kepada nuklear di Malaysia agak perlahan menyebabkan orang ramai kurang pengetahuan mengenai
perkara itu dan timbul kebimbangan yang berlebihan.
Pada pandangan saya, penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar
diteruskan selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan dan
kajian yang mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia. Untuk menghindari risiko,
manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak
penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk mereka memahami isu ini.
Walaubagaimanapun, pendirian kita jelas terhadap jenayah perang dan penggunaan teknologi nuklear
dalam peperangan wajib ditentang habis-habisan. Jelas bahawa tenaga atom yang digunakan dalam
peperangan hanya akan memusnahkan kehidupan dan peradaban manusia.
- See more at: http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#sthash.PD9PvmLE.dpuf


http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/





PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI NUKLEAR~

http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905
Wednesday, 4 January 2012 at 01:24
PENDAHULUAN
-Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat"nukleus
sesebuah atom.
-Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta
pembelahan atau pelakuran nuklear.
-Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan
penjanaan tenaga sekunder sepertitenaga elektrik.
- Teknologi penggunaan sumber tenaga nuklear sudah tidak asing lagi.Antara negara yang
mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran, Perancis dan lain-lain.
- Ia juga digunakan dengan meluas dan negara maju seperti Korea Selatan, sejak beberapa tahun lalu
dilaporkan sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik
disumbangkan oleh sektor berkenaan.
- Kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat
dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan berakhir suatu
masa nanti.
(KEBURUKAN)
1-Bahan radioaktif daripada tenaga nuklear mengancam kesihatan manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai
Sebagai contohnya, kebocoran bahan radioaktif diloji nuklear Chernobyl di Rusia pada tahun 1986
mendedahkan penduduk di sekitarnya kepada bahaya radiasi. Kedua,bsnyak penduduk kepulauan
Polynesia menghidap barah otak akibat ujian nuklear yang dijalankan oleh Negara Perancis di
kawasan tersebut.
2-Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuclear. Peluru
berpandu nuklear di hasilkan dengan banyak.
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup serta
kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia.
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi.
PENUTUP/KESIMPULAN
- Penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar diteruskan selepas
mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan dan kajian yang
mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia. Untuk menghindari risiko,
manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak
penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk mereka memahami isu ini agar
manfaat teknologi nuklear dapat di nikmati oleh semua
http://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.html
Keburukan
. Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

. Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata
nuklear
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup
menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan
tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa
kesengsaraan hidup
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi

Kesimpulan
- Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan
- Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga nuclear

Kesan Nuklear kepada alam sekitar dan manusia: Tragedi Chernobyl Dalam
Kenangan


Nun kelihatan jauh berada di tengah gambar di atas juga loji nuklear Chernobyl di Ukraine (Bangunan
beserombong asap). Gambar itu di ambil dari satu kawasan yang dipanggil Pripyat. Seramai 50,000 orang telah
dipindahkan dari bandar ini setelah kebakaran loji nuklear yang berlaku pada 26 tahun dahulu. Bandar Pripyat ini
di tinggalkan kerana kesan nuklear masih berlegar dipersekitaran. Namun mengikut rekod perpindahan
keseluruhan penduduk di sekitar Chernobyl adalah seramai 200,000 orang.

Chernobyl adalah antara projek nuklear terawal negara Rusia. Ia meletup pada tahun 1986 yang mengorbankan
banyak nyawa dan meninggalkan keturunan yang cacat akibat penularan radiasi yang meluas.

Stesen Tenaga Nuklear itu mempunyai empat reaktor, masing-masing mampu menghasilkan satu gigawatt
kuasa. Pada waktu kemalangan, empat reaktor mereka berjaya menghasilkan sekitar cuma 10 peratus daripada
kuasa elektrik yang digunakan untuk negara Ukraine.

Pembangunan Stesen Nuklear itu bermula pada tahun 1970-an. Reaktor yang pertama dari 4 reaktor itu mula
bertugas pada tahun 1977, dan Reaktor No 4 mula menghasilkan kuasa pada tahun 1983. Ketika kemalangan itu
berlaku pada tahun 1986, dua reaktor nuklear yang lain sedang dalam proses pembangunan.

Hanya selepas 3 hari kebakaran berlaku di Loji Nuklear Chernobyl, pihak Soviet akhirnya mengakui bahawa
berlakunya malapetaka di loji tersebut, dan ketika itu, mereka sudah terlambat untuk mengosongkan daerah
yang berhampiran reaktor itu. Tindakan lewat ini adalah kerana mereka mahu menutup berita dari pengetahuan
orang ramai.

Itu pun kerana pada April 28, 1986 , pekerja loji nuklear di Sweden telah mengesan terdapatnya radiasi di
pakaian mereka melalui keadah scan. Namun setelah di periksa, ia bukan datang dari reaktor nuklear di Sweden.
Penemuan itu di buat melalui satelit yang berupaya mengesan zon merah yang menjadi punca dan mengenal
pasti bahawa radiasi yang dikesan adalah dari Reaktor Nuklear Chernobyl yang jaraknya adalah 600 batu dari
situ.

Akibat dari kebakaran itu, Banyak kematian yang melibatkan petugas pemadam kebakaran dan kakitangan yang
berada di Chernobyl, juga di kalangan penyelam yang menyelam ke dasar kolam terletaknya injap yang kritikal
yang mengakibatkan kebakaran tersebut. Terdapat juga Juruterbang helikopter yang kemudiannya jatuh sakit
setelah mengangkut air dan simen bagi meredakan kebakaran di tempat celaka itu.

Ribuan anak-anak yang tinggal berdekatan bandar tersebut turut mengembangkan penyakit tiroid. Radiasi yang
jatuh dibandar tersebut perlu memakan masa 300 tahun untuk menghilang. Begitu lah hebatnya kesan nuklear
pada manusia. Hanya sekadar pengetahuan betapa kemodenan tidak menjamin keselamatan. Semakin maju,
manusia semakin tamak dan akhirnya menimbulkan kemudaratan.
http://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.html

Anda mungkin juga menyukai