Anda di halaman 1dari 8

Kemerdekaan

Malaysia



1



























Kemerdekaan
Kemerdekaan bermula pada tanggal 31 Ogos 1957, 12.01 dinihari di Padang Kelab
Selangor berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack
telah diturunkan buat kali terakhirnya dan digantikan dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang dilakukan oleh Tuan Haji Hamzah Alang dan
disaksikan oleh Tunku Abdul Rahman, Dato' Tan Cheng Lock, Dato' Sambathan
dan Dato' Sardon Jubir beserta dengan ribuan rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
Jam 8.00 pagi di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaya pertama dihadapkan wakil Ratu
Elizabeth, Duke of Glouster, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris terakhir Sir Donald
McGillivary, Raja-raja Melayu, Gabenor dan orang kenamaan serta puluhan ribu
rakyat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu yang berdaulat dengan
laungan 'Merdeka'!
HEADING
2









Sebab Peristiwa Berlaku
Sebelum merdeka, rakyat
Persekutuan Tanah Melayu
terjajah di bawah
pemerintahan British.
Kemerdekaan ingin dicapai
kerana penduduk
Persekutuan Tanah Melayu
ingin menyelesaikan masalah
bagi mewujudkan perpaduan
di antara kaum yang mahu
mempertahankan hak masing-
masing dan juga ingin
mengubah sistem
pentadbiran atau
pemerintahan kolonial kepada
corak berkerajaan sendiri
agar menjadi sebuah negara
merdeka yang berdaulat.
3





















Peristiwa yang
membangkitkan semangat
kebangsaan
Pemerintahan Jepun
Semasa pemerintahan Jepun,
rakyat hidup penuh menderita.
Ramai rakyat diseksa, ladang-
ladang dibakar serta bangunan-
bangunan dimusnahkan. Jepun
turut menyekat bekalan
makanan menyebabkan bekalan
makanan kurang dan penyakit
merebak. Keadaan ini telah
menyebabkan rakyat membenci
Jepun

Keganasan Bintang
Tiga
Pasukan Bintang Tiga
ditubuhkan oleh Parti
Komunis Malaya (PKM) untuk
menentang Jepun. Apabila
Jepun menyerah kalah,
orang-orang Inggeris belum
kembali ke Tanah Melayu
pada tahun 1945. Pasukan
Bintang Tiga mengambil alih
kuasa di Tanah Melayu.
Semasa dalam
pemerintahannya, mereka
membuat huru-hara dengan
membakar ladang, menyerang
balai polis serta
memusnahkan harta benda
awam.
4




























Peristiwa ke Arah
Kemerdekaan
Darurat
Pada 1930, Parti Komunis
Malaya atau PKM telah
ditubuhkan di negara. Parti
ini mendapat sokongan
daripada pemimpin-pemimpin
komunis di negara luar.
PKM yang dipimpin oleh Chin
Peng telah menentang
penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun
1947 untuk merampas kuasa
dan menubuhkan negara
komunis di negara ini.
Pada tahun 1948, Inggeris
5




























Penubuhan Parti
Perikatan
Penubuhan UMNO telah
berjaya menyatupadukan
orang Melayu menentang
Malayan Union dan juga
beberapa parti politik yang
memperjuangkan nasib kaum
masing-masing seperti
Persatuan Cina Malaya (MCA)
dan Kongres India Malaya
(MIC).
Tunku Abdul Rahman Putra Al
Haj telah menggantikan
Dato' Onn untuk memimpin
UMNO dan menubuhkan parti
Perikatan yang merupakan
gabungan tiga parti iaitu
UMNO, MCA dan MIC untuk
menghadapi pilihanraya umum
bagi Tanah Melayu.
Pilihanraya Umum yang
Pertama 1955
Pilihanraya yang pertama
diadakan di Tanah Melayu ialah
pada tahun 1955. Antara parti
yang bertanding ialah Parti
Perikatan, Parti Islam Setanah
Melayu (PAS), Parti Negara,
Parti Rakyat dan Parti Buruh.
Parti Perikatan telah memenangi
pilihanraya umum ini dan Tunku
Abdul Rahman telah dilantik
menjadi Ketua Menteri Tanah
Melayu yang pertama

6




























Rundingan dengan
British
Setelah memenangi
pilihanraya, Tunku Abdul
Rahman telah menyertai
rombongan Parti Perikatan ke
London pada 1956 untuk
menuntut kemerdekaan
daripada kerajaan British.
Kerajaan British telah
bersetuju memberikan
kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada bulan Ogos
1957. Satu suruhanjaya Reid
telah ditubuhkan untuk
merangka perlembagaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka.
7


























Pengisytiharan Kemerdekaan
Tepat pukul 12 tengah malam 31 Ogos
1957 bertempat di Padang Kelab
Selangor (kini Dataran Merdeka) di Kuala
Lumpur, bendera British Union Jack
diturunkan menandakan negara kita
bebas daripada penjajahan British.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu pun
dikibarkan sebagai tanda kemerdekaan.
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, telah
berlakunya satu peristiwa bersejarah
bagi negara kita. Di hadapan raja-raja
Melayu, wakil kerajaan British dan ribuan
rakyat, Tunku Abdul Rahman telah
mengisytiharkan kemerdekaan dengan
melaungkan perkataan 'Merdeka'
sebanyak tujuh kali.
Tunku telah menjadi Perdana Menteri
yang pertama, manakala Yang di-Pertuan
Agong yang pertama adalah Yang di-
Pertuan Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai