Anda di halaman 1dari 9

PENGUKURAN IMBANGAN

Sekarang kita akan melihat pula latar


belakang pengukuran imbangan, fungsinya
dan prosedur yang digunakan.
Konsep, Matlamat, dan Objektif Ujian dan
Pengukuran Imbangan
i. Berikut adalah konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran imbangan.

Klik pada konsep, matlamat dan objektif berikut untuk melihat keterangan lanjut.
ii. Imbangan adalah kebolehan untuk mengekalkan equalibrium menentang daya graviti.
Pusat imbangan (saluran semicircular) terdapat dalam bahagian dalam telinga, deria
kinestetik di otot dan sendi (rasa terhadap aktiviti), dan gambaran tanggapan terhadap
imbangan. Dalam sesetengah kedudukan, imbangan juga mempengaruhi kekuatan. Jika
penahan otot tidak boleh menampung berat badan, bahagian badan, atau berat kepadatan
dalam kedudukan luaran, imbangan adalah terhad. Bagi sesetengah individu,
peningkatan kekuatan disebabkan imbanganya meningkat.

Secara asasnya, terdapat dua jenis imbangan: statik dan dinamik. Imbangan statik
adalah kebolehan untuk mengekalkan equilibrium. Apabila tidak bergerak, ia selalunya
dianggap sebagai kestabilan. Untuk mengekalkan keseimbangan statik, ia memerlukan
pusat tengah seseorang melebihi asas penampungan. Contohnya, menganggap dalam
kedudukan untuk menembak, melihat melalui mikroskop dan membuat gaya ketika
bergambar adalah keseimbangan statik.

Keseimbangan dinamik adalah kebolehan untuk mengekalkan equilibrium sementara
dalam gerakan atau menggerakkan badan atau bahagian badan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Menari, berjalan, memukul bola golf dan bowling adalah contoh
keseimbangan dinamik. Keseimbangan dinamik dan statik diperlukan untuk melakukan
persembahan dalam aktiviti fizikal. Namun, kebolehan untuk memulihkan
keseimbangan juga diperlukan dalam kebanyakan aktiviti. Berlari, menyepak, meloncat,
melakukan aktiviti dengan peralatan gimnastik, melakukan senaman lantai gimnastik
dan bergusti adalah contoh salah satu aktiviti tersebut. Sebagai fakta, semua pergerakan
manusia terjadi disebabkan gangguan dalam keseimbangan badan.
iii. Keseimbangan amat diperlukan, bukan sahaja dalam sukan dan berkaitan dengan aktiviti
fizikal tetapi juga dalam kita melakukan aktiviti seharian. Individu yang mempunyai
keseimbangan yang teruk adalah kerana kurang melakukan aktiviti fizikal dengan
berkesan. Juga, individu tersebut akan mudah untuk jatuh dan cedera semasa melakukan
aktiviti fizikal. Faktor baka atau keturunan juga mempengaruhi kebolehan untuk
mengekalkan keseimbangan tetapi keseimbangan boleh ditingkatkan melalui latihan
aktiviti fizikal yang sesuai. Sebagai cadangan jika mengajar Pendidikan Jasmani,
peningkatan yang tertumpu dalam imbangan tidak boleh digunakan dalam menilai gred
pelajar. Jika imbangan adalah komponen yang penting dalam aktiviti fizikal,
persembahan pelajar dalam aktiviti tersebut akan mempengaruhi tahap imbangan
tersebut.
Fungsi Ujian dan Pengukuran
Keseimbangan
Ujian keseimbangan diklasifikasikan dalam
statik atau dinamik. Rumusan ujian tersebut
adalah praktikal, tidak mahal untuk
dilakukan dan memuaskan kedua-dua jenis
jantina yang melakukannya. Koefisien
kebolehpercayaan dan objektiviti tidak
didapati dalam kesemua ujian dan yang
dikesalkan, penerbitan norma-norma
hanyalah untuk individu dalam umur kolej.
Ia amat diperlukan dalam meningkatkan
norma-norma bagi penduduk dengan setiap
pekerjaan yang anda lakukan. Ia
dicadangkan bahawa norma-norma ujian
keseimbangan digunakan dalam bentuk yang
sama sebagai norma-norma ketangkasan
untuk meningkatkan tahap berkaitan
norma-norma. Walaupun tidak kesemua
faktor dalam ujian keseimbangan, keletihan
mungkin mempengaruhi persembahan
terhadap sesetengah individu. Bagi tujuan
ini, ia akan lebih bagus jika tidak melakukan
ujian keseimbangan setelah melakukan
aktiviti yang berat. Jadi pengambil ujian
akan lebih biasa dengan ujian tersebut dan
membenarkan mereka lakukan latihan
sebelum ujian. Latihan membolehkan ramai
individu mendapat markah yang lebih baik.
Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran
Imbangan
a. Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986)

Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan yang tidak bergerak sambil berat badan
ditampung atas tapak kaki yang dominan.

Had umur: 10 tahun hingga umur kolej.

Peralatan: Jam randik.

Kesahan: Kesahan paras.

Kebolehpercayaan: Koefisien di antara .85 dan .87 telah dilaporkan menggunakan
kaedah ujian semula.

Objektiviti: Johnson dan Nelson (1986) melaporkan daripada pembelajaran yang
dijumpai adalah koefisien objektif .99.

Pentadbiran dan arahan: Individu mungkin akan dinilai dengan pasangan. Pengambil
ujian akan berdiri di atas tapak kaki dominan, letakkan kaki yang sebelah lagi ke dalam di
mana lutut menampung dan letakkan tangan di pinggang seperti dalam Rajah 7.3.
Pengambil ujian akan mengangkat tumit kaki dominan dari lantai dan cuba untuk
mengekalkan imbangan selama yang boleh. Pentadbir ujian haruslah mengira dengan
kuat dalam saat. Pasangan pengambil ujian akan merekodkan bilangan saat pengambil
ujian selama mana pengambil ujian boleh melakukan keseimbangan. Ujian tersebut akan
tamat setelah tangan bergerak dari pinggang, apabila kaki dominan bergerak dari keadaan
asal atau apabila tumit menyentuh lantai. Percubaan sebanyak tiga kali dilakukan.

Permarkahan: Masa terbaik dalam saat, daripada tiga percubaan adalah markah yang
dikira. Oleh kerana tiada masa yang ditetapkan, dan sesetengah individu mungkin boleh
untuk melakukan keseimbangan dalam masa yang lama, mungkin anda memilih untuk
memberhentikan ujian tersebut, di mana melebihi norma yang purata.

Rajah 7.3: Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986)
b.

c. Ujian Kayu Bass (Kaedah Kepanjangan) (Bass, 1939)

Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan apabila berat badan ditampung di atas
kaki.

Had umur: 10 tahun hingga umur kolej.

Peralatan: Kayu 1 x 1 x 12, jam randik dan pita pelekat.

Kesahan: Paras kesahan diterima.

Kebolehpercayaan: .90

Pentadbiran dan arahan: Semua kayu hendaklah dilekatkan di atas lantai. Individu
mungkin akan diukur secara berpasangan. Pengambil ujian hendaklah meletakkan kaki
berpanjangan di atas kayu (kaki dan tumit hendaklah bersentuhan dengan kayu).
Pengambil ujian akan mengangkat kaki yang berlainan dari lantai, angkat sedikit tumit
kaki dominan dari kayu dan cuba menahan kedudukan ini maksimum 60 saat (lihat Rajah
7.4). Pentadbir ujian akan mengira dengan kuat dalam saat sementara pasangan
pengambil ujian akan merekodkan bilangan dalam saat pengambil ujian mengekalkan
imbangan. Ujian akan berakhir apabila mana-mana bahagian kaki bersentuhan lantai.
Tiga percubaan akan dilakukan bagi setiap kaki. Jika pengambil ujian hilang
keseimbangan di antara tiga saat terawal, percubaan tersebut tidak dikira.

Permarkahan: Markah adalah jumlah masa dalam saat untuk semua enam percubaan,
tiga bagi setiap kaki.

Rajah 7.4: Ujian Kayu Bass (kaedah kepanjangan). (Bass 1939)
d.

e. Ujian Kayu Bass (Kaedah Silang) (Bass 1939)

Ujian kaedah kayu silangan adalah sama dengan ujian kaedah kepanjangan kecuali kaki
yang menampung berat diletakkan bersilang atas kayu. Anda akan dapati ujian
keseimbangan statik berhubung-kait dengan persembahan gimnastik dalam pengukuran
buku teks. Imbangan kepala, tangan dan lengan adalah contoh ujian yang diberikan.

f. Ujian Keseimbangan Dinamik

Objektif ujian: Untuk mengukur kebolehan mengekalkan keseimbangan semasa
pergerakan dan semasa mendarat dari lompatan.

Had umur: Sekolah menengah hingga kolej.

Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita lantai.

Kesahan: Kesahan paras; .46 apabila berkait dengan ujian Bass terhadap imbangan
dinamik.

Kebolehpercayaan: .75 menggunakan ujian semula.

Objektiviti: .97

Pentadbiran dan arahan: Sebelas keping pita (1 x ) diletakkan seperti dalam Rajah
7.5. Pengambil ujian (1) berdiri dengan kaki kanan diletakkan di penanda permulaan; (2)
lompat ke penanda pita pertama, mendarat dengan kaki kiri dan cuba untuk bertahan
selama lima saat; (3) lompat ke penanda pita kedua, mendarat menggunakan kaki kanan
dan cuba bertahan selama lima saat; dan (4) sambung ke penanda yang berkutnya, kaki
berlainan dan cuba bertahan selama lima saat dengan stabil. Kaki yang mendarat haruslah
menutup kesemua pita. Pentadbir ujian hendaklah mengira dalam saat setiap imbangan.

Permarkahan: Markah diberikan seperti berikut:

Lima markah bagi setiap pendaratan yang berjaya di atas penanda pita (pita
ditutup sepenuhnya).
Satu markah (melebihi lima saat) untuk setiap saat bertahan dalam kedudukan
stabil di atas penanda pita.
Maksimum 10 markah diberikan bagi setiap penanda pita dan 100 markah untuk keseluruhan
ujian ini. Pengambil ujian akan didenda lima markah bagi setiap kesalahan di bawah:
Gagal berhenti ketika mendarat.
Bahagian badan yang lain menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk mendarat.
Gagal untuk menutup penanda pita dengan keseluruhan kaki.
Jika pengambil ujian membuat pendaratan yang salah dan kedudukan imbangan yang betul
dengan menganggap dan melakukan maksimum lima saat. Jika pengambil ujian mendarat
dengan betul di atas penanda pita tetapi melakukan salah satu kesalahan sebelum melengkapkan
bilangan lima saat, denda satu markah akan ditolak:
a. Salah satu bahagian badan menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk mendarat.
b. Gagal untuk menahan kaki mendarat dengan stabil dalam keadaan stabil.

Anda mungkin juga menyukai