Anda di halaman 1dari 18

http://wacanacikgunurul.blogspot.com/2011/11/rancangan-pengajaran-harian.

html
ETIKA PROFESSION KEGURUAN
PENGENALAN
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang sekali pun
perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-
nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata
greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan
(1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya
merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.
Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat
menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan
antara kebaikan dan keburukan seseorang.
Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan
aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan
kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan
ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan
manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab
yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah
mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu
sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan
sebagainya.
Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang
yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam
melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika
profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral,
profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai,
serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam
apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya
menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.
Isu yang dikemukakan

Recent news coverage of corruption scandal at some of the nations corporate giants has placed
the spotlight on the importance of ethical teaching and training in order to counter this form of
unhealthy practices. One of the social scientist had even proposed that the initial stage teaching and
learning of ethics should start from primary schools until tertiary levels. The other stage should start
from the time when he/she joined the workforce

Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau elektronik berkenaan
dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius dengan tentang
permasalah rasuah kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi negara. Menurut badan yang
bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah Badan Pencegah Rasuah (BPR), terdapat tujuh
takrifan berkenaan dengan suapan antaranya menerima wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan,
pembayaran sesuatu yang berharga atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap
rasuah. Rasuah kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan
sebagainya.
Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah
seperti tumbuk rusuk dan makan suap. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman,
istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti wang kopi,
undercounter payment dan duit pelincir. Tidak dinafikan rasuah banyak mempengaruhi budaya
dan mencemar adat masyakat pada masa kini.
Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang rasuah dan pendidikan
berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa individu berada di alam persekolah dan ianya
akan berpanjangan sehinggalah memasuki alam perkerjaan.
Etika Perguruan.
Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara
(FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut :
Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan
negara.
Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan
individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak
dinafikan disini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu
mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk
pembangunan bangsa dan negara.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka
sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu mempertingkatkan
profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda
dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam
semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu
pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama
profesion perguruan itu sendiri.
Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga 30
Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah manakala
seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara, oleh yang
demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha memartabat profesion perguruan
ini supaya menjadi satu profesion yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai
Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika
Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu
panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru.
Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru
dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan
yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan
dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit
sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Kod Etika Profesion Perguruan
1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-
muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan
agama dan kepercayaaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah
laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga,
intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan
memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri
murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid,
masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan
diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-
murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
murid-muridnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-
ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara
yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Prinsip-prinsip Etika Perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-
prinsip berikut:-
1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Kepentingan Etika Perguruan
Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif
yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku
yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.
Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod
etika perguruan dianggap penting kerana :
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru
menilai dan melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan
negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika
dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta
memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam
organisasi. (INTAN, 1991).
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit
sebanyak menjadi guru-guru sebagai role model kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika
pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui
pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika.
Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu
memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan
menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang positif.
Memupuk Etika Kerja
Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada alam pembelajaran
di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan mungkin menjadi pengalaman yang
berbeza sekiranya individu tidak mendalami etika kerja profesion yang diceburinya. Individu yang
baru menceburi bidang pekerjaan perlulah memupuk nilai murni, disiplin dan etika kerja yang baik.
Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja profesional. Antara teras dan ciri-ciri yang
perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan antaranya :
1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas
sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan.
Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar
"melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan
semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau
menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap
kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri
boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.
Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru permulaan ini menghadapi
cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses pengujian dan penilaian terhadap hasil kerja pelajar. Ini
adalah disebabkan oleh pengetahuan guru-guru permulaan berkaitan dengan ilmu pengujian dan
penilaian adalah terlalu cetek. Kajian menunjukkan guru-guru permulaan mempunyai keinginan yang
tinggi dalam penilaian pelajar tetapi mereka kurang yakin untuk memberi markah dan gred yang
setimpal dengan hasil kerja pelajar. Mereka terkeliru untuk meletakkan jumlah markah terutama
soalan berbentuk subjektif. Guru-guru permulaan juga merasa tidak selesa kerana terpaksa
menyemak latihan murid yang banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai dalam sesebuah kelas.
Pelajar-pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan markah yang diberikan oleh guru-guru
permulaan. Pelajar merasa kurang yakin kerana mereka guru baru. Selalunya guru-guru permulaan
lebih suka memberi markah dan gred yang cemerlang kepada pelajarnya kerana mengharapkan
mereka akan disenangi dan popular di kalangan pelajar.
Selain dari menyemak, menilai, menguji dan mewujudkan hubungan mesra kepada para pelajar,
guru-guru permulaan ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus persekitaran fizikal bilik
darjah masing-masing. Kajian-kajian kes yang dijalankan telah memberi banyak maklumat tentang
cabaran yang dihadapi dalam mengurus bilik darjah. Ada sesetengah dari guru permulaan
bertungkus-lumus menghiaskan dan menguruskan bilik darjah tetapi ada juga yang langsung tidak
diberikan bilik darjah. Tetapi mereka ini diminta bergerak dari satu kelas ke kelas yang lain. Cabaran-
cabaran pengurusan kelas seperti pengawalan kelas, menetapkan peraturan kelas, masalah
pemantauan kesalahan disiplin pelajar, kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta menjaga
kebajikan pelajar. Semua ini memerlukan pelan tindakan yang sistematik dan strategic , apatah lagi
bagi sekolah-sekolah yang masuk bertanding dalam pertandingan 3K (Keselamatan, kebersihan dan
keceriaan), sekolah harapan negara, sekolah cluster dan lain-lain pertandingan. Guru-guru
permulaan perlu kuasai ilmu dan kemahiran di dalam tatahias dalaman kelasnya supaya dirinya
memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi. Dapatan kajian Lourdusamy dan Tan (1992)
merujuk kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak dapat mengawal masalah yang
dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran mengawal pelajar, masalah pelajar bersikap negatif,
masalah pelajar tidak berminat belajar, pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar
menyebabkan guru mengambil pendirian ''tidak peduli.'' Chiam (2004) berpendapat bahawa
terdapat perkaitan antara ketidak berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng dalam kalangan
pelajar.

2. Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu
sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan
tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan
memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada
diri sendiri dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu
mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di
mana mereka bekerja.Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk
mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang
baru.
Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada
pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina rappo yang baik bersama pelajar dalam bilik
darjah membantu guru-guru menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam karier mereka.
Hubungan yang baik bersama pelajar di bilik darjah menjadi titik permulaan kepada hubungan guru
dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. Pelajar-pelajar akan menjadi duta kecil dalam
menyebarluaskan cerita-cerita kehebatan guru-guru permulaan kepada masyarakat dan komuniti
setempat. Berita yang baik berkaitan kualiti pengajaran dan personality guru menjadi satu tarikan
kepada masyarakat setempat untuk ke arah pengwujudan jaringan yang mantap melalui aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan. Guru-guru permulaan tidak boleh mencipta kejayaan dalam profesion jika
keadaan sebaliknya berlaku.

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru memerlukan bimbingan yang
berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani, 2002). Bagi membina keyakinan diri dan peningkatkan
profesionalisma diri dan kerjaya, tugas membimbing ini perlulah dimulakan di dalam organisasi di
mana guru-guru ini bertugas. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hanya 30% sahaja daripada
kalangan pentadbir yang mengambil berat terhadap perkembangan profesionalisma guru-guru
(Mohammed Sani, 2002) dan 95% guru-guru siswazah yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah
di bawah program KPLI tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi
meningkatkan tahap pengajaran mereka masing-masing. (Mohammad Sani, 2005). Pendek kata,
dalam memartabatkan profesion keguruan, semua pihak perlu digemblengkan tenaga dan sama-
sama menunjukkan minat yang tinggi dalam membantu guru-guru permulaan meningkatkan kualiti
diri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru perlu mengubah sikap dan
sentiasa berusaha dan menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan
berketrampilan memerlukan usaha-usaha yang berlipat ganda yang datang dari diri guru itu sendiri,
di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran

3. Berniat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang
itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja
tetapi tidak faham atau mengerti
kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan hanya untuk menyara
hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi pelbagai niat dan tujuan supaya perkerjaan
yang dilakukan itu secara ikhlas dan tidak seperti menunjuk-nunjuk. Pekerja perlulah meletakkan
matlamat dalam perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar
mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut
kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan bidang apa sekalipun tanggungjawab terhadap
masyarakat amat penting kerana profesonalima adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir.
Contohnya dalam kerjaya seorang doktor , sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam
menjalankan tugas, masyarakat akan beranggapan kerjaya seorang doktor itu adalah antara kerjaya
yang tidak bermoral. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan.
Jika sebuah institusi mempunyai seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah,
segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau
syarikat tersebut.
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan
aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Pendidik pada hari
ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan
pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan keberkesanan seorang guru dalam merealisasikan
aspirasi dan wawasan negara tadi terletak pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan
keluhuran peribadi mereka. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka
berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat
serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah S.W.T. Perpaduan kaum dapat
dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat-menghormati antara satu
sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah
membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan
pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara
terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar
lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara
professional dan kreatif.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi
seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau
Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah
kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak,
dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak
diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya
murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu
pengetahuan yang berjaya diperoleh mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk
mereka menjadi seorang insan yang berguna serta dapat memberi sumbangan kepada agama,
bangsa dan negara.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi
oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan
sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada
latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan
itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori
penyampaian pelajaran. Tanggungjawab guru pada abad ke-21 ini lebih mencabar berbanding guru
pada dekad sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan
perkembangan ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi
menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu bersaing pada
peringkat tempatan dan global.
Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini menerusi
pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan integriti
keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru bukan sahaja mengajar subjek
yang mereka ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa
hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan Negara adalah ditentukan oleh corak didikan
yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru sebagai jurutera sosial dan agen perubahan
minda adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan negara khasnya dalam era revolusi
maklumat dan teknologi masa kini. Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga
mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan
menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah
murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan
yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
Di dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun, guru juga diharapkan menjadi agen
pembangunan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu
pengetahuan kepada generasi baru kea rah yang ingin dibentuk oleh masyarakat. Biasanya guru
diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut :

1. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran sekolah.
2. Kawalan sosial di sekolah.
3. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda mengikut garis panduan
sekolah.
4. Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid.
5. Pengelolaan gerakerja kokurikulum.
6. Pembimbing kepada murid, khasnya pemilihan kerjaya dan bidang pengajian pengkhususan.

Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai
keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting
dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada
arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja
biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak
amanah ini.
Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang
dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang
dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang
cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan
dalam kerja. Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dibuat mampu menjadikan
seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh
seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit.
Apalah gunanya seorang yang berpendidikan dan pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat
pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah,
dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Keperibadian yang baik dan akhlak yang
mulia menjadi sesorang itu dipandang mulia dan berkedudukan.
8. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama
pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam
pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan
tipu daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam setiap individu yang memasuki alam
pekerjaan.
9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu
pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan
bersyukur dinyatakan oleh Allahdalam firman-Nya yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya dan keimanan
mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka
lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa
Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dikurniakankepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam
pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan
apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya
dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah
tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk
wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah kaya manakala
yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong
dalam dosa-dosa besar.
10. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu
faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang
cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam masa
yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan, sembahyang dan
berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbualbual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati
hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan
sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa.
11. Menilai Diri (Muhasabah)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan.
Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari
terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita
laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk
mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita,
negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan negara melainkan
seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika
muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa
mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat
setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.
7.Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah
Pendidikan adalah salah satu medium perantaaran yang dapat mendedahkan tentang
kepentingan dalam menangani gejala rasuah dalam masyarakat. Intititusi pendidikan menjadi wadah
penyampaian kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan gejala rasuah ini. Pelajar-pelajar mungkin
mempunyai gambaran dan pengetahuan tentang isu rasuah, ianya boleh didalami lagi dengan
adanya pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau melalui pencari mereka untuk
menyiapkan sesuatu kerja kursus yang diberikan
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang kepentingan pendidikan
rasuah ini. Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat Pekeliling Iktisas Bil 17/1998 Memasukkan
Elemen Pencegahann Rasuah Dalam Pendidikan Sekolah Dan Intitusi Pengajian Tinggi bertarikh 14
Ogos 2008. Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan agar setiap sekolah dan intitusi pengajian tinggi
perlu memasukan elemen rasuah dalam kurikulum seperti mana yang telah dipersetujui dalam
MesyuaratJawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98.
Dalam perkara dua yang dinyatakan dalam pekeliling iktisas ini ialah untuk meningkat dan
mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar bagi mencegah gejala rasuah
dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui
pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;
ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral;
iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh
dibincangkan adalah seperti berikut:
a. Definisi dan tafsiran rasuah;
b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;
c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;
d. Cara-cara menangani gejala rasuah;
e. Kesalahan dan hukuman rasuah.
Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salah laku melalui
kegiatan kokurikulum;
Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi amalan dan
tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.
Kini elemen rasuah telah diserapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4. Dalam matapelajaran ini
pelajar-pelajar lebih ditekankan dengan lebih terpeinci lagi berkenaan dengan etika dan elemen
rasuah. Topik yang membincangankan hal-hal ini ialah topik Cabaran Masa Depan. Ianya
merangkumi sub-sub topik yang menekankan tentang membina budaya kerja yang cemerlang ke
arah kemakmuran negara dari segi etika kerja dan rasuah sifar. Guru-guru akan mengadakan aktiviti
yang sesuai berkenaan dengan sub topik yang diberikan dan aktiviti ini dapat memberi peluang
kepada pelajar mengetahui lebih lanjut tentang gejala rasuah dan etika kerja.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Badan Pencegahan Rasuah saling
berkerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah memahami tentang bahaya jenayah
rasuah. Menurut Ahmad Khusairi Bin Yahya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan
Masyarakat, Ibu Pejabat BPR dalam artikalnya bertajuk Melahirkan Generasi Muda Benci Rasuah
menyatakan Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah memperkenalkan dasar
penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah dalam kurikulum di peringkat menengah dan
institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Ini bermakna KPM bersungguh-sungguh dan serius
dalam melaksanakan penerapan elemen pencegahan rasuah ini di dalam bidang pendidikan.
Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar dan bengkel yang
dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi penerapan elemen rasuah ini. Bermula
2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar
Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di Peringkat Sekolah. Bukan sahaja guru
kaunselor didedahkan dengan elemen pencegahan rasuah ini , malahan pentadbir sekolah terdiri
daripada pengetua dan guru besar turut mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua
telah dipilih mengikuti seminar yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti
program yang sama. Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini diteruskan pada
2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang dianjurkan
Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat Perkembangan Kukurikulum, Kementerian
Pelajaran. Seramai 382 guru yang terdiri daripada jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab
perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan Moral, telah mengikutinya.
Pelajar sekolah juga mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KPM dan BPR antara aktiviti yang
dianjurkan antaranya mengarang esei bagi pelajar sekolah menengah dan pertandingan pidato dan
perbahasan berkenaan dengan pencegahan gejala rasuah.
7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah
Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan dapatan yang
dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai elemen pencegahan rasuah
diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara faedah-faedah yang dinyatakan antaranya:-
1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung kesalahan rasuah dari
segi teori dan praktikal.
2. Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berhubung
tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam kurikulum pendidikan.
3. Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan berhubung
kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada pegawai BPR.
4. Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan pegawai BPR serta
saling bertukar maklumat.
5. Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat berhubung kesalahan
rasuah kepada pelajar.
6. Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat tambahan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
Faedah-faedah yang dinyatakan tadi, sedikit sebanyak ianya memberi gambaran yang menyeluruh
kepada guru-guru berkenaan dengan gejala rasuah. Guru-guru jugu dapat menyalurkan maklumat
yang tepat dan betul dengan adanya pengetahuan tentang permasalahan gejala rasuah ini. Guru-
guru juga menegtahui betapa peripentingnya menyampaikan pendidikan tentang rasuah kepada
pelajar-pelajar kerana ianya merosakkan identiti masyarakat itu sendiri.
Jenayah etika merupakan suatu isu hangat yang sering diperkatakan.Antarannya iaitu perbuatan
rasuah.Rasuah ditakrifkan sebagai suatu pemberian yang dberikan kepada seseorang untuk
melakukan sesuatu yang salah dan menyalahi etika serta undang-undang.
Pelbagai persoalan yang timbul disebalik masalah sosiol yang semakin berleluasa sehinggan
kini bermula di peringkat rendah sehinggalah kealam pekerjaan.Nilai-nilai etika yang semakin hilang
yang mana suatu ketika dahulu dipelihara dengan baik hilang di bawa arus kemodenan.
Pendidikan etika bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang berdasarkan Falsafah
Pendidikan Negara dari segi intelek,rohani,jasamani dan emosi.Bertepatan dengan kehendak
tugasan ni,hubungan pendidikan etika dengan amalan rasuah,maka etika yang diterapkan dari alam
persekolahan akan dibawa kepada kehidupan yang kian mencabar bagi mengelakkan gejala-gejala
yang tidak sihat melanda diri individu nanti.Sekiranya individu tersebut berakhlak mulia dan beretika
mereka boleh menghindarkan diri dari etika salahlaku pada masa akan datang.
Keinginan atau kemahuan seseorang yang tidak terbatas itu adalah suatu naluri yang sentiasa
ada pada kita sebagai insan biasa.Contohya,inginkan kereta besar,rumah besar,pakaian mahal dan
sebagainya.Namun begitu jika dalam diri mereka telah tertanam etika yang mulia semenjak perigkat
sekolah sedikit sebanyak dapat mengelakkan mereka dari terlibat dengan amalan rasuah
yang sememangnya merupakan jalan penyelesaian yang mudah untuk mendapatkan sesutu yang
diinginkan.Pendidkan beretiaka semenjak di alam persekolahan merupakan penghalang bagi mereka
terjerumus kepada kancah sosial yang tidak bermoral.
Namun begiti amalan rasuah masih berlaku di peringkat rendah lagi umpamanya murid-murid
yang akan menduduki peperiksaan contohnya UPSR telah ditawarkan sejumlah wang atau hadiah
yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu samada guru,ibubapa ataupun daripada badan-badan
tertentu dalam masyrarakat.Amalan ni terbawa-bawa sehingga alam pekerjaan.Bagi murid tersebut
pemberian tersebut merupakan satu ganjaran yang besar nilainya.Sedangkan disebalik pemberian
tersebut mengandungi nilai-nilai yang kurang baik dan tidak beretika yang patut diamalkan.
Jelas sekali,apabila menjejaki kaki ke alam pekerjaan,bayak lagi berlakunya jenayah etika
yang kian melanda masyarakat hari ni.Arus kemodenan pada hari ni menuntut mereka melakukan
aktivti tidah sihat contohnya,penyalahgunaan teknologi yang kita kecapi masa kini.Ada pihak yang
menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk amalan jenayah seperti money launering serata dunia
melalui kad kredit via komputer dan sebagainya.
Pendidikan beretika yang telah diterapkan semenjak diperingkat sekaolah rendah hingga
keperingkat universiti menanamkan sikap jujur,amanah,bertanggungjawab dan
sebagainya,merupakan halangan bagi mereka untuk melakukan jenayah etika yang seringkali kita
dengar melalui media massa dan media elektronik. Keperluan pendidikan beretika merupakan
penawar untuk menghindarkan gejala rasuah yang boleh menberi kesan kepada
negara,masyarakat,keluarga serta individu.
Pendidikan beretika bertujuan untuk mengawal tingkahlaku para professional supaya mereka dapat
menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua
pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan
peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika
professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan menentukan
tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti
keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya
kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa
mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan
semua pihak.
Melalui pendidikan yang beretika dan mempraktikkanya ke arah nilai yang baik, maka ianya tentu
sekali dapat mengawal tingkah laku seseorang. Amalan rasuah yang berlaku perlu dibenteras
daripada semakin berleluasa kerana ianya adalah satu amalan yang patut dijauhi dan perlu
dihindari.Sungguhpun rasuah merupakanperbuatan yang bertentangan dengan nilai etika,namun ia
massih dilakukan oleh segelintir manusia yang inginkan kemewahan secara cepat dan mudah.Dalam
jenayah rasuah ini,jalan penyelesaian yang paling berkesan ialah menpunyai pegangan agama yang
kukuh.
Akhir kata, gerak gempur pendidikan pendidikan iaitu menanam semangat kerohanian dan daya
ketahanan yang kuat dan tanggungjawab sosiol mestilah diteruskan.Agar kita menbangun dalam
keadaan yang seimbang.

Kesimpulan
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi sesetengah
individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti ianya membantu
individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya membantu setiap individu
dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk akautebiliti dalam menjalankan sesuatu
kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk
membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru memperbaiki
tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam.
Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya mereka dapat
menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua
pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting
untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini perlu mempunyai
mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu yang banyak dipengaruhi oleh
faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya.
Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di rumah, di sekolah
ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan pendekatan yang digunakan dapat
mempengaruhi individu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan.
Pendidikan perlulah menjadi satu wadah pembentukan modal insan bagi melahirkan generasi yang
bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya antara tunjang utama pembentukan
individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah yang tidak bermoral seperti gejala rasuah
dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral.
Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada permasalahan etika.
Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam organisasi bagi memupuk satu budaya
kerja yang komprehensif dan berdaya saing antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri
haruslah dibuang dan hindakan bagi menjaga nama baik organisasi dan masyarakat amnya. Pelakuan
yang tidak bermoral yang ditunjukkan contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak
merebak kepada generasi akan datang.
Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh setiap individu.
Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang berlaku melibatkan etika dan
perbuatan yang tidak bermoral. Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk dada tanyalah iman ini
semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan prinsip-prinsip tentang etika telah
digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan tidak berubah ini bermakna kod etika yang
dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan ianya tidak diperakui oleh setiap individu.
Bertepatanlah dengan Firman Allah Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu, sekiranya kaum itu
tidak mengubah dirinya sendiri. Ini bermakna setiap individu perlu mengubah paradigma untuk
menjadikan diri seorang yang beretika, bermoral, berilmu dan beramal.
9. Cadangan
Cadangan berkenaan dengan etika ini dapat dihuraikan kepada dua bentuk iaitu alam pengajian dan
alam pekerjaan.
Di dalam alam pengajian cadangan supaya diadakan penekanan yang lebih kepada isu-isu yang tidak
bermoral dan tidak beretika. Contohnya di sekolah disiplin yang dirangka di sekolah mampu
mengelak pelajar-pelajar ini daripada berlakuan yang tidak bermoral. Sekolah kini tak menyelaraskan
disiplin dan undang di sekolah. Ada kadang kalanya ianya hanya sebuah buku disiplin sahaja dan
perlaksaannya masih tidak mencukupi. Cadangan agar penetapan disiplin ini perlu
diperbincangankan dan diselaraskan dahulu di semua sekolah Penyelarasan disiplin dianjurkan olen
Jabatan Pengajaran Negeri dan digunapakai oleh negeri berkenaan serta dikawal selia oleh KPM.
Dengan cara ini membentukan disiplin dan prinsip etika itu dapat dipupuk dengan baik dengan
pelarasan yang dibuat itu tadi.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga berjaya memasukkan elemenelemen yang berkenaan
dengan etika dan rasuah di dalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, namun ianya hanya melibatkan
satu bab sahaja dan aktiviti yang dicadangkan berkenaan dengan rasuah hanyalah gunting dan
tampal gejala-gejala rasuah. Cadangan agar PPK lebih merangka satu aktiviti yang lebih mencabar
contohnya membuat soal selidik ataupun kerja kursus yang melibatkan etika dan gejala rasuah.
Walaubagaimanapun, penghargaan perlu diberikan kepada KPM dan PPK dalam mengenal pasti dan
penerapan nilai-nilai etika dalam kurikulum sekolah kini.
Dalam konteks alam perkerjaan pula, pendedahan tentang etika kerja kepada pekerja baru
harus ditekankan. Penekanan yang lebih berkenaan dengan konsep intergriti dan akauntebiliti
perlulah dititik beratkan oleh pihak majikan dan organisasi . Pengenalan tentang perkara ini dapat
membantu dalam pembentukan satu pekerja yang beretika dan bertanggungjawab.

RUJUKAN
1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan etika dalam
perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.
2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan
Kenegaraan Tingkatan 4
5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian Pembangunan Dan
Kompetensi Penilaian KPM.

Anda mungkin juga menyukai