Anda di halaman 1dari 4

Artikel Dr Mohd Asri,bekas Mufti Perlis di laman webnya

http://drmaza.com/home/?p=68...
Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur
`ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur
dalam hal ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih
memudahkan seseorang muslimah di dalam dunia semasa yang ada. Islam itu mudah dan
praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Dalil-dalil
ulama jumhur lebih kuat dalam hal ini. Hendaklah para pengajar agama mengajar
orang ramai dalil-dalil yang lebih kuat, apatah jika ianya memudahkan orang ramai
mengamalkannya. Ternyata pendapat berpurdah satu kewajipan tidak begitu teguh
dalil-dalilnya. Mengamalkan yang tepat dan sederhana itu adalah jaminan terhadap
kesinambungan umat untuk terus beriltizam dengan agama. Mengamalkan yang susah dan
lemah itu, akan menjadikan ianya akan terlucut pada suatu hari nanti.
Wajip wanita muslimah memakai niqab ‫ النقاب‬atau purdah adalah pendapat sebahagian
para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidak
termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat
golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka
berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib
memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin.
Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah
mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para
imam ahli sunnah wal jama`ah.
Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang menganggap purdah bukanlah suatu
kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Namun saya tidak berhasrat untuk memerangi
wanita yang berpurdah, selagimana saya dapati mereka cuba melaksanakan tuntutan
agama yang mereka faham. Ini adalah hak dan kebebasan yang wajar diiktiraf. Bahkan
di satu sudut ianya lambang kesungguhan iltizam terhadap apa yang diyakini sebagai
kewajipan. Untuk apa kita menekan golongan yang berpurdah sedangkan dalam masa
yang sama kita membiarkan wanita-wanita lain yang mendedahkan tubuh dan aurat
secara berleluasa sehingga memadam nilai diri mereka sebagai wanita muslimah dan
beriman.
Namun artikel ini ditulis sebagai menjawab persoalan yang dikemukakan oleh
sebahagian wanita muslimah yang ingin mengetahui kedudukan purdah di dalam
perbahasan ulama. Adalah kurang tepat jika ada yang memakai purdah sekadar ikutan
sahaja. Maka artikel ini ditulis untuk menerangkan bahawa pendapat yang mewajibkan
purdah adalah lemah.
Seperti yang saya sebutkan, persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai
niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah. Maksudnya para `ulama berbeza
pendapat mengenainya. Namun pendapat yang mewajibkan berpurdah adalah lemah,
justeru itu berpegang kepada pendapat ini adalah berpegang kepada pendapat yang
lemah.
Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya
‫ المجموع‬Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah
seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-
Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur
dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”
(al-Nawawi, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 3, 169, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)
Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah
al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanya
yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala
al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita
bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam
bukunya ‫ النقاب للمرأة‬Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h.
dalam ‫ جلباب المرأة المسلمة في الكتاب والسنة‬Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab
wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan
tambahan kepada kitab tersebut iaitu ‫ الرد المفحم‬Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga
Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah
bukannya aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:
-Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
َ َ
َ
‫ِن‬
ّ ‫ِه‬
‫يوب‬ُُ‫لى ج‬ ََ
‫َ ع‬‫ِن‬
ّ ُُ‫ِخ‬
‫مرِه‬ ‫َ ب‬‫ْن‬ ‫ْي‬
‫َضْرِب‬ ‫ول‬
َ ‫ها‬ َْ‫ِن‬
‫َ م‬ ‫ما ظَه‬
‫َر‬ َ ‫إّل‬ ‫ُن‬
ِ ّ ‫َه‬
‫َت‬‫زين‬
ِ َ ‫دين‬ِ‫ب‬‫وَل ي‬
ُْ َ
Maksudnya:“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali
yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: (maksudnya kecuali yang zahir daripadanya)
ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas,
Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-
Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh
melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat
ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan perbincangan ayat tersebut dalam
kitabnya Al-Radd al-Mufhim bagi membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya
aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat yang membuktikan para
sahabah berpegang kepada pendapat yang menyatakan muka dan tapak tangan bukanlah
aurat.
Kedua: ayat di atas menyatakan: (maksudnya): “dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar ditutup
juyub iaitu jamak kepada jaib ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang
terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar
tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah
kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup
wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah aurat, maka sudah pasti ayat ini akan
turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-
Andalusi (meninggal 456H) menyebut dalam Al-Muhalla: “Ayat ini adalah dalil bahawa
diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu” (Ibn
Hazm al-Andalusi,‫ المحلى بالثار‬Al-Muhalla bi al-Athar, jld.2, m.s. 247, cetakan:
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).
Di samping perlu diberikan perhatian bahawa ayat ini adalah dalil yang menunjukkan
kewajipan menutup kepala, tengkuk dan dada. Ini jelas di dalam ayat di atas. Oleh
itu pendedahan kepala, tengkuk dan dada yang dilakukan oleh sebahagian wanita
muslimah adalah menyanggahi arahan al-Quran. Adapun apa yang ditakwilkan oleh
sebahagian penulis semasa bahawa bahagian-bahagian tersebut tidak termasuk di
dalam aurat wanita muslimah adalah penyelewengan dalam penfsiran ayat. Ketika
menafsirkan ayat ini al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) berkata: “Hendaklah mereka
(wanita) melabuhkan tudung mereka ke atas belahan baju mereka, supaya menutup
rambut, tengkuk dan anting-anting mereka”. (Al-Tabari,‫جامع البيان عن تأويل آي‬
‫ القرآن‬Jami’ al-Bayan `an Takwil ai al-Quran, jld. 5, m.s. 544, cetakan: Dar al-
Qalam, Damsyiq)
-Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52
َ َ ُ
َ
‫ُك‬‫مين‬
َِ‫ْ ي‬‫َت‬‫لك‬ََ
‫ما م‬ َ ‫إّل‬ ‫ُن‬
ِ ّ ‫ُه‬ ‫َ حُس‬
‫ْن‬ ََ‫ْج‬
‫بك‬ ‫َع‬
‫ْ أ‬‫َو‬
‫ول‬َ ٍ‫واج‬‫ِنْ َز‬
َْ‫أ‬ ‫َ م‬
ّ‫ِن‬
‫ِه‬ َ
‫َّل ب‬
‫بد‬ََ
‫ْ ت‬‫َن‬
‫وَل أ‬
َ ُ
‫عد‬َْ
‫ِنْ ب‬
‫ء م‬
ُ‫سا‬
َّ
ِ ‫َك‬
‫َ الن‬ ‫ّ ل‬ ‫َل ي‬
‫َحِل‬
ّ ُ َ َ
ّ َ
‫با‬ ‫قي‬
ِ ‫ر‬
ً َ ْ ٍِ
‫ء‬ ‫ي‬َ
‫ش‬ ‫ل‬ ‫ك‬ ‫لى‬ َ
‫ع‬ ‫ه‬
ُ ‫ل‬‫ال‬ َ
‫ن‬ ‫كا‬ ‫و‬
َ
(maksudnya) Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain
sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan
mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun kecantikan mereka
mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah)
Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu.
Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para
muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak
bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda Nabi s.a.w.
Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.
Di samping itu ayat ini menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan seseorang
lelaki ingin mengahwini seseorang wanita kerana kecantikannya. Ini adalah salah
satu fitrah yang wujud dalam jiwa seseorang lelaki, kecantikan salah satu faktor
yang mempengaruhi jiwa. Hinggakan wanita-wanita syurga yang dijanjikan kepada
golongan solihin juga disifatkan al-Quran kecantikan mereka agar hati kita
tertawan. Juga dalil diharuskan seorang lelaki melihat wanita yang ingin
dikahwininya. Kata al-Imam al-Qurtubi: “Pada ayat ini adalah dalil diharuskan
seseorang lelaki melihat kepada seseorang wanita yang ingin dikahwininya”. (al-
Qurtubi,‫ الجامع لحكام القرآن‬Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, jld. 14, m.s. 321,
cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)
-Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah al-Anmari, katanya:
َ َ
‫ه‬
ِ‫ل‬ّ‫سوُل ال‬َُ‫َ ر‬
‫كان‬َ ‫ء‬ ٌْ‫َ شَي‬‫كان‬َ ْ
‫ِ قَد‬ ّ‫سوَل ال‬
‫له‬ َُ‫يا ر‬ َ ‫نا‬َْ‫قل‬َُ‫َ ف‬‫َل‬ ‫ِ اغْت‬
‫َس‬ ‫وقَد‬َ َ
‫َج‬‫م خَر‬َُ
ّ‫َ ث‬ ‫َخَل‬‫َد‬
‫ِ ف‬‫ِه‬‫حاب‬ َْ‫َص‬
‫في أ‬ِ ‫سا‬
ً‫ل‬
ِ‫جا‬َ
َ َ َ َْ‫في ق‬ َ
َ
‫لك‬َِ‫َذ‬
‫َك‬ َُ
‫ها ف‬ ‫بت‬
َْ‫َأص‬‫جي ف‬ِ ‫وا‬ ‫عضَ ز‬
َْ‫أ‬ َْ
‫ُ ب‬ ‫َي‬
‫ْت‬ ‫َأت‬‫ِ ف‬‫ساء‬ َّ‫ُ الن‬
ِ ‫َة‬
‫ْو‬‫بي شَه‬ ِ ‫ل‬ ِ َ ‫َقَع‬‫َو‬
‫ة ف‬ ‫َُلن‬
َُ ‫بي ف‬ ِ َْ
‫ت‬ ‫َر‬
ّ ‫ْ م‬‫قاَل أجَل‬ َ
‫ْحََلل‬
ِ ‫ُ ال‬‫يان‬َْ
‫إت‬ِ ‫م‬ُْ
‫لك‬ َْ
ِ‫ما‬ ‫َع‬‫ِ أ‬‫ِل‬‫ماث‬ َ ‫َه م‬
َ‫ِنْ أ‬ ُّ َِ
‫إن‬ ‫لوا ف‬ ُ‫ع‬
َْ َ *
‫فاف‬
Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba
baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda
sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab
baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang
dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun
mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti
kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal”
(Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam ‫ الوسط‬al-Ausad . Al-Albani dalam ‫سلسلة‬
‫ الحاديث الصحيحة‬Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, pada hadith yang ke- 235, berkata:
sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan) .
Dalam hadith ini walaupun rawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi
perkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini
menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengan
keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbul
dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebut
baginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti
yang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi
s.a.w. secara praktikal kepada para sahabah dan umat agar melepasi syahwah yang
timbul secara halal. Sekiranya wajah wanita berkenaan tidak kelihatan, mana
mungkin baginda mengenalinya dan timbul pula perasaan syahwah baginda.
Perlu diingatkan, kita jangan salah faham terhadap Nabi s.a.w. di dalam hadith
ini. Hadith ini sebenarnya melambangkan kesempurnaan baginda sebagai rasul yang
diutuskan. Baginda tidak bersifat malaikat sehingga tidak ada sebarang perasaan
terhadap wanita. Baginda adalah insan yang diwahyukan. Sifat kemanusiaan adalah
penting bagi membolehkan manusia mencontohi baginda. Sekiranya baginda malaikat,
tentu manusia akan berkata “bagaimana kami ingin mencontohi malaikat yang tidak
bernafsu?”. Allah mengutuskan seorang nabi dari kalangan manusia yang mempunyai
ciri-ciri manusia, di antaranya; bernafsu kepada wanita. Ini membolehkan baginda
memimpin manusia bagaimana mengalirkan nafsu ke jalan yang halal dan diredhai
Allah. Oleh itu dakwaan sebahagian golongan sufi untuk menghapuskan nafsu atau
syahwah dalam jiwa manusia adalah dakwaan karut. Islam tidak menghapuskan perasaan
syahwah dan nafsu yang ada di dalam jiwa manusia, sebaliknya Islam membimbing ke
jalan yang halal.
Oleh itu di dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:“Apabila seseorang kamu
melihat seseorang wanita yang mengkagumkan, maka datangilah isterinya, kerana itu
dapat menyelesaikan apa yang ada dalam dirinya”(shahwat) (Riwayat Muslim, Abu
Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam
Ahmad).
Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan
wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup
wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.
-Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya:
َ َ
‫ِي‬
ّ
ِ ‫ّب‬َ
‫ف الن‬َ‫دي‬ ‫ُ ر‬
َِ َْ
‫فضْل‬ ‫َ ال‬‫كان‬َ ‫قاَل‬َ ‫ما‬َ‫نه‬َْ‫له ع‬ ّ‫ضي ال‬ َِ‫س ر‬ٍ‫با‬ َ
َّ‫ِ ع‬‫ْن‬‫ِ ب‬‫له‬ّ‫دال‬ ِ‫ب‬َْ
‫َنْ ع‬
‫ ع‬ ‫م‬ َ‫ع‬َْ‫ِنْ خَث‬
‫ٌ م‬ ‫َة‬‫َأ‬‫ْر‬
‫ت ام‬ِ‫ء‬ ََ
َ‫جا‬ ‫ف‬
ُ
‫ي‬ ‫ب‬ َ
ّ
‫ن‬ ‫ال‬ َ
‫ل‬ ‫ع‬
َ‫ج‬َ
‫ف‬ ‫ه‬ ‫ي‬َ
‫ل‬
َ ِْ ِ ُ ‫إ‬ ‫ر‬ُ‫ظ‬ْ
‫ن‬ َ
‫ت‬ ‫و‬ ‫ها‬ ‫ي‬َ
‫ل‬ ‫إ‬ ‫ر‬ ُ
‫ظ‬ ْ
‫ن‬ ‫ي‬ ُ
‫ل‬ْ‫ض‬ َ
‫ف‬ْ
‫ل‬ ‫ا‬ َ
‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫ج‬
َ َ
‫ف‬  ‫ر‬َ‫خ‬‫ل‬ْ‫ا‬ ّ
‫ق‬ّ
‫ش‬ ‫ال‬ ‫لى‬َ ‫إ‬ ‫ل‬ْ
‫ض‬ َ
‫ف‬ ْ
‫ل‬ ‫ا‬ ‫ه‬‫ج‬
ْ ‫و‬ ‫ف‬ُ‫ر‬‫ص‬ ‫ي‬
ِّ َ َْ ِ ُ َ ِ ِِ ِ ِ َ َ ِْ َ
Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang
sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khath`am. Lalu al-Fadhal
memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-
Fadhal ke arah lain.
Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan: Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia
adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke
arah lain.
Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah
mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh
wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan
pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga
adalah tidak kukuh. Kata Ibn Hazm: “Sekiranya wajah wanita itu bertutup tentunya
ibn `Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau hodoh” (Ibn Hazm, Al-Muhalla,
jld 2, m.s. 248)
Jika dibaca kesuluruhan hadith di atas, kita akan tahu, peristiwa itu berlaku pada
haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada
tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas
itu, adalah tidak tepat.
Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur
`ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur
dalam hal ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih
memudahkan seseorang muslimah di dalam dunia semasa yang ada. Islam itu mudah dan
praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
Dalil-dalil ulama jumhur lebih kuat dalam hal ini. Hendaklah para pengajar agama
mengajar orang ramai dalil-dalil yang lebih kuat, apatah jika ianya memudahkan
orang ramai mengamalkannya. Ternyata pendapat berpurdah satu kewajipan tidak
begitu teguh dalil-dalilnya. Mengamalkan yang tepat dan sederhana itu adalah
jaminan terhadap kesinambungan umat untuk terus beriltizam dengan agama.
Mengamalkan yang susah dan lemah itu, akan menjadikan ianya akan terlucut pada
suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai