Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG

71250 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN



LAPORAN PERTANDINGAN BATTLEBOT PINTAR 2012
PERINGKAT SEKOLAH

PENGENALAN
Merupakan pertandingan robotik di mana pelajar akan menggunakan kreativiti
dan pengetahuan Sains, Matematik dan Teknologi mereka untuk menghasil dan
membina robot terkuat menggunakan teknologi LEGO. Pertandingan ini
mengkehendaki pelajar untuk membina robot terkuat yang boleh bersaing dengan
robot-robot lain.
Peserta akan membina dan mengubahsuai robot mengikut citarasa masing-masing
berdasarkan kreativiti mereka dan akan beradu kekuatan dengan kumpulan lain.
Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar menggunakan kreativiti dan pengetahuan
mereka untuk mereka dan membina robot PINTAR BattleBot menggunakan komponen
LEGO, dan mengubahsuainya dengan strategi kreatif mereka tersendiri. Robot terakhir
yang berdiri teguh setelah bertanding dengan robot lain akan memenangi pertandingan
ini.

Pertandingan ini dimulakan pada April 2010 dan ia merupakan kesinambungan PMU,
yang juga telah membawa aktiviti membina LEGO untuk menyerlahkan minat pelajar ke
atas binaan LEGO dan menonjolkan semangat kreativiti dan inovasi di kalangan
pelajar. Lebih 100 sekolah rendah kebangsaan PINTAR di seluruh semenanjung
Malaysia terlibat dalam pertandingan ini dan pertandingan tahap kebangsaan
dijadualkan akan berlangsung pada Disemeber 2010.










Penglibatan
09 April 2012 - Satu pertandingan iaitu Pintar Battlebot Challenge telah diadakan di
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang . "Pintar Battlebot Challenge' adalah pertandingan
robotik di mana para pelajar menggunakan kreativiti dan kemahiran dalam bidang
sains, matematik dan teknologi untuk mencipta dan membina robot terkuat
menggunakan teknologi LEGO. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan
pelajar menggunakan kreativiti dan segala kemahiran yang mereka ada untuk membina
dan mengubahsuai robot mereka menggunakan peralatan LEGO. Di samping itu, ia
dapat membuat para pelajar membina strategi mereka untuk menewaskan pihak lawan.
Robot yang mampu meneruskan perlawanan tanpa sebarang masalah akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

1. Tajuk Umum : Kelab Sains & Matematik
2. Tajuk Khusus : Pertandingan Battlebot Pintar 2012, Peringkat Sekolah

3. Bilangan Pemain : 32 orang murid (murid tahap 2)

4. Anjuran : PINTAR Foundation (827909-U)
A-16-8, Menara UOA Bangsar,
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000, Kuala Lumpur

5. Tarikh Dan Tempat Program
Tarikh : 09 April 2012
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 02.30 petang
Tempat : Dewan Sri Nona

6. Guru Pembimbing : 1. Pn. Kmariah bt Esa
2. Pn. Hernih bt Salam

7. Fasilitator :1. En. Khairul Anas Shafie
2. Pn. Aswaerawati bt Amat




TENTATIF PROGRAM


























PELAKSANAAN


Program Pintar telah menganjurkan Pertandingan Battlebot Pintar 2012
peringkat sekolah.

Pertandingan BBC ini telah diadakan pada 09 april 2012 iaitu hari Isnin
Sempena Bulan Panitia Sains 2012.

Pertandingan ini berlangsung dari jam 08.00 pagi hingga hingga 02.30 petang
bertempat di Dewan Sri Nona, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang.

Pertandingan ini telah ditaja sepenuhnya oleh Pintar Foundation bersama UMW.

Pertandingan ini dikendalikan oleh En. Khairul Anas Shafie dan Pn. Aswaerawati
Amat dari pihak Pintar Foundation yang bertindak sebagai fasilitator bersama 2
orang guru pembimbing iaitu Pn. Kamariah bt Esa dan Pn, Herni bt, Salam.

Pada jam 7.30 pagi peserta diberikan sarapan pagi supaya mereka mempunyai
tenaga dan idea yang mantap untuk menyertai program ini.

Seramai 32 orang murid tahap 2 telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan
ini dijalankan secara berpasangan.

Jam 8.30 pagi, taklimat LEGO sesi 1 disampaikan oleh En. Khairul Anas Shafie
tentang komponen-komponen yang digunakan. Manakala sesi 2 disampaikan
oleh Pn. Aswaerawati Amat tentang cara membaca manual kerja dan cara-cara
pemasangan lego.

Seterusnya, peserta menjalani latihan pemasangan LEGO beserta Sesi
percubaan Alat Kawalan dengan bimbingan fasilitator. Peserta diberi masa
selama 1 minit untuk perlawanan persahabatan.

Jam 10.30 pagi, sekali lagi murid diberikan rehat dan makan untuk merehatkan
minda dan memantapkan idea bagi pertandingan yang akan dipertandingan
sejurus selepas rehat.

Program diteruskan lagi dengan taklimat dan syarat-syarat pertandingan kepada
pihak peserta dan pertandingan ini telah diadili oleh pihak Pintar sendiri.
Pertandingan dijalankan secara liga.

Pertandingan dimulakan dan peserta diberikan masa selama 1 jam untuk
meyiapakan robot mereka. Selepas 1 jam pengasingan robot diadakan bagi sesi
penimbangan berat robot.

Pertandingan Robotik dijalankan dan diadaili oleh 2 orang fasilitator dari Pintar.

Peserta yang memenangi tempat pertama akan mewakili sekolah ke peringkat
Kebangsaan yang akan diadakan di Johor Bharu pada bulan September.

Penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang telah disempurnakan oleh
En. Ahmad Zabrin bin Zainal, Guru Besar SK. Pasir Panjang.
Segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari
semua pihak.


Disediakan oleh : Disemak oleh :

. ..
(KAMARIAH BT ESA) (SITI ZARIDA BT JALALUDIN)
Guru Sains Ketua Panitia Sains
SK. Pasir Panjang, Port Dickson SK. Pasir Panjang,Port Dickson.












POST MORTEM
PERTANDINGAN BATTLEBOT PINTAR 2012
PERINGKAT SEKOLAH

1. KEKUATAN
Murid dapat membina keyakinan diri dan potensi masing-masing
Murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
Murid dapat pengalaman baru.
Membina sahsiah diri murid-murid dari sudut displin, sifat berani, berfikiran
terbuka dan sebagainya.

2. KELEMAHAN
Guru dan murid tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam
mengendalikan robotik.
Terdapat murid yang kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Tempoh masa latihan membina robot sangat terhad.
Guru dan murid tiada pendedahan tentang robotik.

3. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN.
Pemilihan peserta dengan lebih awal.
Mengadakan kursus kepada guru dan murid tentang robotik.
Membeli peralatan robotic supaya murid dapat membuat latihan.