Anda di halaman 1dari 10

Pengasas

Model ABC
Matlamat / Objektif
Teori Terapi Rasional
Emotif

Proses Kaunseling
Rasional Emotif Behavioral

TEORI TERAPI
RASIONAL EMOTIF
Kebaikan / Kelemahan
Berkelulusan M.A. dan Ph.D.
(bidang psikologi klinikal dari
Universiti Columbia)
Pengasas:
Albert Ellis
Terkenal dengan buku Reason
and Emotion In Psychotherapy
Ditukar kepada Institut
Rasional Emotif Behavioral
merangkumi kognitif, emotif
dan behavioral pada tahun
1993
Dilahirkan 27 September
1913 di Pittsburgh, Amerika
Syarikat.
Mengasaskan Institut Terapi
Rasional Emotif di New York
pada tahun 1959
Memberikan perkhidmatan
kaunseling seperti terapi
perkahwinan, keluarga dan
seksual
Mewujudkan Teori Terapi Rasional Emotif
Kajian secara klasikal oleh Ellis berdasarkan Teori
Psikoterapi oleh Frued (1947 - 1953) mendapati
bahawa terapi psikoanalisis ini tidak begitu menyeluruh
dan tidak saintifik
Pendekatan Freud kurang lengkap, terdapat individu yang
bertambah teruk selepas menjalani pendekatan
psikoanalisis

Teori Terapi Rasional Emotif
Teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu
kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.
Memberi penekanan kepada pemikiran,
penganalisaan, penilaian, perlakuan dan
membuat keputusan.
Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau
mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada
pemikiran daripada kepercayaan yang tidak
rasional.
Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan
supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan
yang baik dan rasional
Boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah
lain dalam kehidupan dan masalah yang mungkin
akan dihadapi.
Berfokus kepada pemikiran dan tindakan, bukan
hanya mengikut perasaan.
Dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana
fungsi kaunselor adalah pelbagai.
Berasaskan andaian : individu-individu mempunyai
keupayaan bertindak dalam bentuk rasional mahupun
tidak rasional.
Teori Terapi Rasional Emotif

Berdasarkan konsep teori yang diperkenalkan, Albert Ellis
membentuk model ABCDE untuk menghuraikan sekuan
peristiwa yang membawa gangguan psikologikal manusia.



Activating event Believe Consequences Disputing Effect


A - Activating event
Adalah suatu peristiwa, fakta, sikap atau
tingkah laku yang dialami seseorang
(peristiwa pencetus)

Contoh:
"Saya telah gagal dalam pemilihan pemain
pasukan hoki sekolah

B - Believe
Merupakan sistem kepercayaan yang dimiliki oleh seseorang
individu. Terdapat dua cara penilaian terhadap peristiwa iaitu
rasional dan tidak rasional. Tidak rasional ialah tingkah laku
terganggu yang menyebabkan klien tidak dapat berfungsi
mengikut norma masyarakat.

Contoh:
B1 - Penilaian tidak rasional
" Saya telah gagal dalam pemilihan pemain pasukan hoki
sekolah. Oleh itu, saya adalah seorang yang gagal dalam
kehidupan saya."

B2 - Penilaian rasional
" Saya telah gagal dalam pemilihan pemain pasukan hoki
sekolah. Saya berasa kecewa. Mulai hari ini saya akan
bersedia untuk menghadapi pemilihan yang akan datang."

C - Consequences
Merupakan emosi yang dirasai hasil daripada
penilaian B akan peristiwa di A. Emosi ini
merupakan perkara yang mengganggu kefungsian
klien.
Contoh:
Penilaian B1 : Anda akan berasa sedih dan putus
asa.
Penilaian B2 : Anda akan cuba mengatasi
perasaan kecewa, dan cuba tumpukan perhatian
kepada latihan.

D - Disputing
Merupakan kaedah-kaedah dan strategi saintifik
yang digunakan untuk berhujah, mencabar dan
membetulkan sistem kepercayaan yang tidak
rasional dalam diri klien. (Usaha untuk mengatasi
penilaian tidak rasional)

Contoh:
Guru bimbingan dan kaunseling akan membantu
anda untuk melawan penilaian yang tidak
rasional.

Anda mungkin juga menyukai