Anda di halaman 1dari 2

Isl 2

Alat pentaksiran yang boleh digunakan memantau kemajuan belajar


1. Pengetahuan
Alat pentaksiran- portfolio
-pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang disediakan oleh
pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman, aplikasi dan sintesis konsep-
konsep sains.
2. Kemahiran
Alat pentaksiran- sampel kerja pelajar
A)projek
-menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan
percubaan. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan.
-kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti, imaginasi
dan bakat mereka dalam menyiapkan tugasan
-pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi
sebenar dan bermakna.
B) jurnal pembelajaran
-koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan bahan yang relevan dimana telah dibina
dalam satu jangka masa tertentu.
-membantu pelajar membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk
berkomunikasi mengenai proses berfikir tentang apa yang telah dilakukan
-menggambarkan personaliti, kecenderungan dan pengalaman seseorang pelajar.
C) laporan amali
-laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi amali atau penyiasatan
sains.
-berfungsi sebagai alat yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang
telah dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali

3. Nilai saintifik dan nilai murni
Alat pentaksiran- aktiviti bilik darjah
-Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan, dan sumbang
saran dapat dijadikan sebagai alat pentaksiran melalui pemerhatian oleh guru
-Membuat pemerhatian denganmembuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan,
dan kemahiran yang ingin diperhatikan
-Memahami asas pemerhatian dan membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif
dan objektif