Anda di halaman 1dari 2

6.

0 KAJIAN LITERATUR
Bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan sumber atau pandangan yang
diperoleh semasa data dianalisis dan dapatan- dapatan mengikut urutan tujuan kajian dan
disertai perbincangan sama ada dapatan kajian tersebut sesuai atau tidak dengan intrumen
yang digunakan.
Pada permulaan kajian, saya terlebih dahulu mencari tentang motif- motif yang terdapat
pada wau. Motif- motif ini merangkumi motif flora dan motif fauna. Tetapi sebelum itu,
sedikit penerangan daripada saya tentang sejarah wau dan perkembangannya di negara
kita, Malaysia. Pada asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya
pesawah padi pada zaman dahulu kala. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan
bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara,
daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau, wau,
wau secara berirama. Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan
kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive
Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta
karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China
sejak 3000 tahun yang lalu. Ianya digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka
yang terperangkap di bukit.

Wau diperbuat daripada kertas yang berangka atau daripada buluh. Wau sangat popular
dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Namun, di
negeri Johor, Selangor dan Negeri Sembilan pula, wau lebih dikenali sebagai Layang-
layang. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan
bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat
DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Jika panggilannya menjadi layang- layang,
sudah tentu rupa bentuknya lain dengan wau yang terdapat di negeri Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis.
Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara
pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong. Namun, pada masa ini, seluruh
dunia meminati permainan wau dan ianya telah diolah menjadikan motif- motif moden
dan bentuk- bentuk yang lebih moden seiring dengan pemodenan dunia.
Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia.
Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia. Bentuk
jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada
bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa
apabila diterbangkan. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar
berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.
Wau Bulan dikatakan berasal dari empayar Sri Wijaya.Ianya lahir sebagai lambing
penyatuan semula empayar Sri Wijaya oleh Dewa Muda.Sebelum melakukan
serangan,Dewa Muda telah melakukan pertapaan untuk mendapatkan ilmu
kebatinan.Setelah selesai pertapaannya,beliau telah membawa rangka Wau Bulan yang
pada pendapatnya menjadi peta penyerangan dan penaklukan semula empayar
tersebut.Sewaktu melancarkan serangan,Dewa Muda menjadikan Wau Bulan sebagai
panduan bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk ditakluki. Serangan akan dilakukan di
tempat Wau Bulan yang telah dilepaskan itu jatuh.Jika penaklukan tersebut berjaya,maka
satu pesta akan diadakan dengan menaikkan Wau Bulan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai