Anda di halaman 1dari 3

Im funny and I know it

Saya kelakar dan saya tahu saya memang kelakar.


Huyoo. Satu pengakuan yang cukup ujub,ria dan takbur. Hebat sangat ke bang nak cakap cenggini?
Alamak. Saya tak berniat begitu, sebab ada tujuan lain saya cakap begini. Sebelum nak dipanjangkan
percakapan yang mungkin akan membaling cili-cili merah serta hijau pada kita semua, moh-lah kita
semua membaca bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang)
Wahai kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, pakcik-pakcik sekalian,
Tentu saja anda merasakan ayat ini macam pernah anda semua dengari, cuma anda tidak pasti di mana
dan bila. Mungkin saja dah ada cik abang yang membaca artikel ini begitu teruja kerana telah dapat
meneka dengan cukup pantas dan cerdas di mana ayat ini pernah keluar. Hoho.(Malangnya tidak ada
hadiah kalau tekaan anda betul).
Benar. Ayat ini pernah keluar dalam.
Lawak Ke Der kan?? Kan??
Cik abang yang terkinja-kinja, sila duduk dengan diam ye.
Ehem. Betul~ saya mengambil ayat ini dari persembahan Nabil sewaktu rancangan lawak Lawak Ke Der
di Istana Budaya. Saya tidak pergi ke sana, dan tidak ingin untuk berada di sana pada waktu itu. Cuma,
alkisah pada suatu hari, seorang rakan telah membuka video rakaman persembahan Nabil dalam
komputer riba kesayangannya. Saya *KOF!* sempat menonton persembahan pembukaan oleh Nabil.
Dalam lagunya itu dia acap menyebut Im funny and I know it. Tergelak juga saya. ( Namun saya
cepat-cepat beredar sebab tidak elok asyik dalam ketawa dan berhibur.#Istighfar#)
Ingin saya tegaskan, saya tidak ingin mengulas tentang persembahan tersebut kerana saya bukan juri
professional mahupun wartawan media hiburan yang begitu ringan tulang mengambil tahu hal-hal
sebegini. Saya menulis kerana ayat tersebut sebenarnya memainkan satu peranan yang sangat besar
dan gergasi dalam kehidupan kita.
Sejujurnya, anda mungkin merasakan kerjaya pelawak seperti Nabil,Harith Iskandar atau Zizan sangat
mengagumkan. Hanya dengan membuat lawak sudah dapat menempa nama dan kemahsyuran. Modal
nya cuma perlu menjadikan diri sebagai bahan jenaka. Membiarkan diri diketawakan. Merelakan diri
sebagai bahan jolokan lawak dan tatapan umum. Cukup dengan itu sahaja. Suffice. Semua itu sanggup
kita tempuhi andai kereta ranggi dan bergaya, wang jutaan ringgit , mahupun populariti menanti kita,
betul tidak? Pendek kata andai ada habuan mewah, hari ini juga anda semua sanggup menjadi pelawak.
HAHAHA.HIHIHIHI.HUHUHUH.HOHOHO.
Kelakar. Sungguh kelakar.
Kerana dahulu, para Sahabat Rasulullah menjadi pelawak namun tidak pula mereka diberikan uncang
wang emas, unta berkaki jinjang sebagai tunggangan padang pasir, mahupun rumah sebagai tempat
teduhan.
Habuan mereka? Tohmahan, cacian, kejian, najis, tinja, sampah dan keganasan.
Anda pelik? Mari saya tegaskan sekali lagi. Para Sahabat semasa era penyebaran Islam adalah pelawak
yang cukup dikenali dalam kalangan kafir Musyrikin Mekah. Kenapa saya katakan mereka pelawak ?
Wahai, tidakkah anda ketahui? Mereka memeluk Islam pada saat Islam itu agama yang gharib (asing)
lagi pelik. Mereka bertuhankan Allah yang Haq dan suci dari segala batil tika mana manusia
mempersendakan Tuhan yang Esa. Mereka bangga menjadi Muslim sewaktu manusia bergelumang dan
berteriak mengagungkan gaya hidup maksiat, zina, judi dan jahiliyah!
Mereka membiarkan diri mereka menjadi bahan jenaka masyarakat kerana mengikuti Muhammad
S.A.W yang digelar sebagai penyihir dan penipu.
Mereka merelakan diri menjadi bahan jolokan lawak dan tatapan umum masyarakat ketika diseksa dan
dihina sambil disaksikan semua.
Mereka membiarkan diri mereka diketawakan kerana meninggalkan segala kesenangan hanya untuk
mereka berhijrah bersama Rasulullah menuju Madinah Bandar Bercahaya.
Allah Akbar!
Untuk apa mereka sanggup menjadi pelawak terkenal semenanjung Arab?
Benar, hanya kerana redha Allah mereka menyebarkan syahadah mereka. Hanya kerana Syurga Allah
mereka berjihad pada medan perang. Hanya kerana kemuliaan dari Allah mereka sanggup dimalukan!
Kita pula bagaimana? Pada saat remaja berlumba-lumba mempamerkan kekasih mereka, pada tika belia
sibuk memperagakan kenderaan mewah Mazda serta telefon bimbit iPhone dan Samsung serba maju,
pada waktu anak watan kalut menunjukkan koleksi lambakan video dan movie yang tersimpan pada
cakera keras (baca: hard disc), adakah kita berani untuk menjadi yang pelik dengan mengatakan tidak
pada semua ini? Beranikah anda untuk diketawakan kerana tidak ada pakwe atau makwe?
Beranikah anda untuk digelakkan kerana memakai telefon Nokia versi dahulu hanya kerana ingin
menjadi zuhud? Dan yang lebih penting lagi, adakah anda berani untuk menjadi bahan jenaka ulung
kerana ingin menjadi seorang Muslim dan Mukmin sejati?
Wahai rakan-rakan, para Sahabat Rasulullah tidak endah dimalukan disebabkan rasa bangga mereka
terhadap Islam. Islam adalah segala-galanya bagi mereka. Islam adalah cara mereka makan, cara mereka
minum, cara mereka tidur, cara mereka bercakap, cara mereka belajar, hatta cara mereka membuang
air besar! Kita pula, ingin membaca doa masuk ke dalam tandas pun sudah mengeluh panjang dan
merungut. Itu tidak termasuk kewajipan kita seperti bersolat dan berpuasa yang selalu kita abaikan atau
buat sekadar boleh. Bagaimana pula dengan amalan lain? Membaca Al-Quran jarang sekali dan kalau
dibuat sekadar cukup syarat dengan membaca surah Yasin pada setiap malam Khamis. Di mana
kebanggaan kita selaku umat Islam? Jadi janganlah anda melompat menepuk-nepuk meja mengepalkan
buku lima kalau ada orang mempertikaikan status anda sebagai Mukmin. Kerana mungkin saja tindak-
tanduk anda seolah-olah anda tidak yakin akan cara hidup yang disarankan Allah S.W.T. Tepuk dada
tanya selera. Anda lebih tahu.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata
bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti
kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana . ( Al- Baqarah :
208-209 ).
Bilakah lagi masanya untuk kita memahami Islam secara keseluruhan? Bilakah lagi masanya untuk kita
benar-benar mengenali Allah? Bilakah lagi masanya kita untuk memahami tujuan hidup kita yang
sebenar?
Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir
(mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran. Dan janganlah mereka seperti
orang yang diberi kitab sebelumnya, setelah berlalu masa yang panjang atas mereka hati mereka
menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik (Al-Hadid: 16)
Ingat, telah ramai yang mengatakan Nanti kepada hidayah milik Allah. Dan peluang yang sama tidak
selalunya bertandang datang acap kali. Jika Allah menarik kembali hidayah, maka ucapkan selamat
datang kepada bahang api neraka yang tidak sabar menjilat tubuh, dan katakan Sayonara kepada
nikmat dan janji syurga dari Allah.
Nauzubillah.
Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana
kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.
(Hadis Riwayat Muslim)

Islam pada awalnya hadir dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing. Jika mahu
berjaya di padang mahsyar nanti, bukan sijil SPM, bukan diploma Kejuruteraan Mekanikal, bukan juga
segulung ijazah Perubatan serta bukan Piala Eurocup yang diperlukan, tetapi kesanggupan kita menjadi
pelawak yang kekal melaksanakan kewajipan sebagai seorang ahli ibadah dan khalifah di tengah-
tengah umat akhir zaman yang saban lengah, dangkal dan jahiliyah.
We are funny and we know it.
Because we will hold the last laugh in Jannah later.
Aman. Allahualam.

Anda mungkin juga menyukai