Anda di halaman 1dari 1

Penutup

Program Bina Insan Guru harus dikekalkan dan dilaksanakan sepanjang


masa supaya semua guru pelatih berpeluang untuk belajar sesuatu perkara
untuk memantapkan ilmu yang sedia ada. Program ini telah memberikan impak
yang positif kepada diri kita sendiri serta memberi kesan dan kenangan yang
manis kepada kita. Contohnya dalam aktiviti mendaki gunung, kami telah
memupuk nilai keberanian dan keyakinan kepada diri sendiri.
Sebagai guru pelatih, melibatkan diri dalam program sebegini dapat
meberikan input yang berguna untuk masa hadapan apabila bergelar seorang
pendidik. Pengalaman sebegini akan membentuk nilai-nilai yang positif dalam diri
guru-guru pelatih dan segala pengalaman yang diperolehi dapat diaplikasi
apabila bergelar pendidik.
Di sini saya ingin merakamkan terima kasih kepada Komanden Kem dan
jurulatih yang pernah mengajar dan memberi bantuan kepada saya. Selain itu,
penghargaan kepada bantuan rakan-rakan yang pernah membantu dan memberi
sokongan kepada saya khususnya ahli kumpulan dan AJK-AJK yang
bekerjasama.

Anda mungkin juga menyukai