Anda di halaman 1dari 25

X PENGENALAN

Rekreasi dan kesenggangan bukanlah satu aktiviti baru dalam kehidupan manusia.
Sejak zaman dahulu kala, manusia memerlukan istirahat dan kegembiraan walaupun
sejenak. Pengalaman ini berbeza antara seorang dengan yang lain. Setiap manusia
mempunyai variasi dan kepelbagaian dalam memilih aktiviti rekreasi dan
kesenggangan. Ia berkait rapat dengan relaksasi dan kegembiraan dan pengaruh
persekitaran yang ada. Kesemua peristiwa, pengalaman dan tempat di mana istirahat
dan kegembiraan itu terjadi, dari segi sejarahnya adalah berbeza antara seseorang dan
antara satu kelompok budaya dengan yang lain.

Topik
2
X
Rekreasi dan
Kesenggangan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan rekreasi dan kesenggangan;
2. Menghuraikan hasil yang boleh diperolehi aktiviti rekreasi dan
kesenggangan;
3. Menjelaskan perbezaan di antara aktiviti rekreasi dan kesenggangan;
4. Mengenal pasti jenis aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti rekreasi
dan kesenggangan; dan
5. Menerangkan konsep aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
34 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
KONSEP, DEFINISI DAN KEPENTINGAN
REKREASI DAN KESENGGANGAN
Setiap manusia mempunya cara yang tersendiri bagi memenuhi masa mereka
bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara aktiviti yang akan dilakukan adalah
rekreasi dan kesenggangan. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan
konsep, definisi dan kepentingan rekreasi dan kesenggangan kepada manusia.
2.1.1 Rekreasi
Masa digunakan manusia bagi memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan asas
seperti makan, minum dan tidur. Juga untuk memenuhi keperluan hidup seperti
melakukan pelbagai jenis pekerjaan Masa untuk berehat yang dimaksudkan di
sini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk
manusia bebas melakukan apa sahaja menurut kemahuan mereka sendiri.
Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan waktu lapang. Aktiviti yang
dilakukan untuk rekreasi pula bebas dari sebarang unsur paksaan dan
merupakan komponen pelbagai bentuk aktiviti yang memanfaatkan masa
mereka.

Berikut adalah antara beberapa teori yang boleh dikaitkan dengan rekreasi dan
mudah difahami:
(a) Membantu mewujudkan kesejahteraan kesihatan melalui rekreasi;
(b) Lebihan tenaga yang boleh disalurkan untuk berekreasi;
(c) Wujud pendekatan penggunaan pergerakan fizikal;
(d) Pelaksanaan aktiviti tanpa paksaan dan menurut naluri sendiri;
(e) Membantu melepaskan tekanan dan pelepasan emosi terkurung;
(f) Mampu mengembalikan kesegaran tenaga (energy restoration); dan
(g) Membantu dalam penglahiran rasa (self expression).

Para penggiat rekreasi menggariskan bahawa rekreasi adalah aktiviti,
terutamanya aktiviti fizikal, yang mempunyai ciri berikut:
(a) Coraknya beraneka;
(b) Aktiviti ini boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan;
(c) Penyegaran jasmani dan rohani;
(d) Perlaksanaan atau penyertaan seseorang dalam aktiviti ini adalah secara
sukarela;
2.1
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



35
(e) Masa dilakukannya adalah di luar masa bertugas;
(f) Tiada sebarang jadual waktu untuk melakukan aktiviti itu;
(g) Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu seharusnya berlainan corak
daripada aktiviti tugasnya yang lazim; dan
(h) Selain daripada untuk mengisi masa lapang, aktiviti ini juga bertujuan
menjadikan seseorang itu melupakan buat sementara waktu dan tekanan
kerja sehariannya.

Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu
memenuhi masa lapang. Rekreasi merupakan aktiviti yang dipilih secara
sukarela bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan
merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi tiada peraturan tertentu atau piawai
digunakan. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan diberhentikan bila-bila masa
dan dalam bentuk sejagat. Rekreasi adalah kehidupan di luar rutin harian dan
memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.

Rekreasi merupakan aktiviti fizikal dan bukan fizikal yang melibatkan darat, air
dan udara sama ada menggunakan tenaga manusia, kuasa alam (air dan angin)
atau menggunakan motor. Aktiviti rekreasi memberikan kesan positif terhadap
psikologi dan fisiologi. Pembabitan diri dalam aktiviti rekreasi memberi ruang
kepada kita membina jati diri dan ketahanan mental serta dapat memupuk
semangat setia kawan antara rakan-rakan di samping dapat menyerapkan nilai
murni.

Secara amnya rekreasi boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu:
(a) Tahap aktif termasuklah aktiviti pendidikan luar, bersukan, berlakon,
bermain alat muzik, berkebun dan berkhemah.
(b) Tahap pasif termasuklah aktiviti membaca, menonton televisyen,
mendengar radio atau menjadi penonton aktiviti sukan dan lain-lain.

Dengan menyertai aktiviti rekreasi anda boleh merentasi samudera atau
menyelami dasar lautan. Boleh juga menyaksikan keindahan karangan laut atau
mempelajari permainan gasing tradisional, berkhemah dan meredah hutan
belantara.

Di Malaysia Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Rekreasinya
merupakan badan utama bertanggungjawab terhadap aktiviti rekreasi luar
seperti kembara, mendaki tembok dan lain-lain. Sementara Kementerian
Kebudayaan dan Warisan bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan tradisional
dan lain-lain.
36 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
2.1.2 Kesan daripada Aktiviti Rekreasi
Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan
aktiviti rekreasi adalah seperti berikut:

(a) Kegembiraan dan Keseronokan
Melalui aktiviti rekreasi anda boleh merasai keseronokan dan mengalami
pengalaman baru.

(b) Kepuasan
Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan
kepuasan atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui.

(c) Keseimbangan
Melakukan aktiviti rekreasi dapat mewujudkan keseimbangan di antara
tekanan kerja dan gaya hidup.

(d) Pembinaan Sikap
Melalui rekreasi seseorang dapat membina sikap yang baik seperti bertolak
ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan kestabilan emosi.

(e) Pembelajaran
Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru
yang diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk
perkembangan daya pemikiran.

(f) Kebebasan
Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada sebarang unsur paksaan atau tekanan
ketika melakukan aktiviti. Oleh yang demikian rekreasi dapat membantu
anda menikmati kebebasan dan menentukan hala tuju aktiviti.

(g) Kesegaran Fizikal
Dengan melakukan berbagai bentuk aktiviti rekreasi anda akan
memperoleh kesegaran fizikal yang membantu mewujudkan kesihatan
jasmani dan mental yang baik.

(h) Interaksi Sosial
Melalui aktiviti rekreasi peluang dan ruang untuk berinteraksi dapat
membantu mewujudkan suasana hubungan sosial yang lebih baik harmoni.

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



37

KESENGGANGAN
Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh
manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti
kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan
dari perkataan Inggeris leisure. Kehidupan masyarakat secara tradisi telah
secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan yang memainkan
peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.

Dari segi istilah leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud
untuk menjadi bebas. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir
dalam bahasa Perancis yang bermaksud membenarkan, dan kata license
(bermakna bebas untuk menyeleweng dari peraturan, amalan dan sebagainya)
dalam bahasa Inggeris. Kesemua kata-kata ini adalah berkaitan, menyarankan
kebebasan atau memberikan pilihan dan ketiadaan paksaan.

Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah schole yang bermakna aktiviti
yang serius tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa Inggeris adalah
berasal dari kata Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is membawa implikasi
bahawa ada hubungan yang rapat di antara leisure atau kesenggangan dengan
pendidikan.

Jean Mundy dan Linda Odum berpendapat ketika dalam aktiviti senggang,
individu bebas memilih kesempatan yang memberikan suatu pengalaman yang
boleh memenuhi kehendak individu pada ketika itu. Kehendak itu pula perlu
mampu memenuhi keinginan dan keperluannya. Ini bermakna situasi ini dilihat
memberikan ruang yang membenarkan. seseorang memilih untuk beraktiviti
secara bebas tanpa halangan.
2.2
SEMAK KENDIRI 2.1
1. Apakah yang anda faham mengenai rekreasi dan bincangkan ciri-
cirinya?

2. Dari penglibatan dalam bidang rekreasi apakah hasil yang
berpotensi untuk diperolehi?
38 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
2.2.1 Konsep Kesenggangan
Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat
antara rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen dan
ciri-ciri yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari
definisi Torkildsen (1992), Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat
kesamaan dalam hujah mereka mengenai kesenggangan. Menurut mereka
kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut (lihat Rajah 2.1):


Rajah 2.1: Ciri-ciri kesenggaraan mengikut Torkildsen (1992), Edington (1978) dan
Murphy (1990)


SEMAK KENDIRI 2.2
1. Jelaskan apa yang anda faham mengenai kesenggangan dan
konsepnya.

2. Apakah perbezaan yang boleh anda kaitkan di antara
kesenggangan dan rekreasi?
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



39

AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN
Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan,
anda akan diperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh
komuniti aktiviti rekreasi dan kesenggangan di Malaysia.
2.3.1 Aktiviti Rekreasi Luar
Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan
sebarang kegiatan yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam
sekitar. Dari aspek jenis aktiviti ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat
luas.

(a) Berkhemah


Rajah 2.2: Berkhemah

Perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi.
Ianya merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk
mencapai matlamat yang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada
di persekitaran yang berbeza dari kehidupan biasa. Anda perlu
meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan di rumah. Anda perlu
menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang tidak
memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di
rumah. Anda akan berada dekat dengan alam sekitar dan ianya merupakan
satu aktiviti yang menyegarkan (lihat Rajah 2.2).

2.3
40 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
(b) Berbasikal Bukit (Mountain Biking)


Rajah 2.3: Berbasikal bukit (mountain biking)

Berbasikal bukit ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran
pengendalian basikal bukit yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama
seperti perlumbaan atau aktiviti basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini
melibatkan laluan-laluan semula jadi yang mencabar seperti berbukit-bukit,
sempit, curam dan sebagainya (lihat Rajah 2.3). Basikal yang digunakan
juga berbeza dari pada basikal biasa yang digunakan kerana sifat
aktivitinya yang lasak.

(c) Kayak


Rajah 2.4:Kayak

Aktiviti kayak adalah satu aktiviti yang memerlukan anda mengemudi
kayak di atas air. Anda perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik yang
paling mudah digunakan serta yang paling berkesan dan selamat (lihat
Rajah 2.4). Ianya memerlukan latihan dan kemahiran bagi mengemudi
sebuah kayak.
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



41
(d) Mendaki Tembok Tiruan dan Semula Jadi


Rajah 2.5: Mendaki tembok tiruan dan semula jadi

Aktiviti mendaki tembok tiruan dan tembok semula jadi ini adalah
merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang popular masa kini. Aktiviti ini
memerlukan kemahiran peserta untuk menggunakan kekuatan tangan dan
teknik yang betul untuk sampai ke puncak (lihat Rajah 2.5).

Aktiviti ini menggunakan tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol
meletak tangan (hand hold) dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok
semula jadi pula ianya memerlukan peralatan khas yang digunakan
sebagai anchor untuk meletak Pitons sejenis alat yang membantu
melekatkan karabiner dari jenis snap gate. Antara peralatan lain diperlukan
adalah seperti harness, tali, karabiner, chalkbag dan kasut mendaki.

Bagi tujuan pertandingan terdapat pelbagai tembok yang memiliki tahap
kesukaran (difficulty) yang berbeza untuk menambahkan cabaran aktiviti
ini. Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar dengan menggunakan tembok-
tembok semula jadi seperti permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih
mencabar berbanding memanjat tembok tiruan.

42 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
(e) Mendaki Gunung (Mountaineering)


Rajah 2.6: Mendaki gunung (mountaineering)

Mendaki gunung merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan
cabaran dan kepuasan kepada penggiatnya. Ianya bukan hanya bertumpu
kepada pendakian dan menikmati keindahan panorama dari kawasan
tinggi tetapi ianya juga turut mencabar fizikal dan mental. Ia berisiko dan
memerlukan usaha yang gigih tanpa putus asa (lihat Rajah 2.6). Aktiviti ini
memerlukan penggiatnya memiliki kemahiran asas dalam aktiviti rekreasi
luar seperti berkhemah, penggunaan tali, navigasi, keselamatan, ikhtiar
hidup, dan pertolongan cemas. Kemahiran ini akan menjadi pelengkap
kepada aktiviti mendaki gunung. Sebagai contoh ada gunung yang
memerlukan peserta bermalam di sepanjang laluan. Oleh itu kemahiran
berkhemah amat diperlukan, manakala navigasi pula membantu anda
menyemak kedudukan dengan peta dan kompas.

(f) Kembara Hutan (Jungle Trekking)


Rajah 2.7: Trekking
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



43
Trekking adalah satu aktiviti yang dilakukan dengan melalui denai-denai
dan jalan kecil di dalam hutan (lihat Rajah 2.7). Aktiviti ini memerlukan
satu kawasan yang luas dan jarang di lalui oleh orang mahupun binatang.
Trekking biasanya di lakukan di dalam hutan simpan atau hutan dara yang
belum di terokai. Impak melalui aktiviti seperti selain mencabar
kemampuan fizikal dan mental peserta ianya dapat merapatkan hubungan
manusia dan alam sekitar.

(g) Paintball


Rajah 2.8: Paintball

Paintball satu sukan ekstrem baru dan sedang mendapat tempat di negara
kita (lihat Rajah 2.8). Ia mulanya berasal daripada aktiviti mewarnakan
pokok di hutan dan menandakan lembu untuk disembelih. Ketika itu ianya
menggunakan spraygun untuk menandakan lembu atau pokok.
Disebabkan terlalu bosan, mereka mula menembak sesama sendiri dan
akhirnya sukan paintball mula tercipta.

Perang dalam sukan ini Paintball membabitkan dua kumpulan yang
bertarung untuk menyelamatkan bendera mereka di tempat musuh. Ketika
peperangan ini peluru paintball yang digunakan akan pecah menjadi
warna setelah ditembak. Aktiviti paintball diadakan dengan tujuh peserta
untuk setiap kumpulan. Misi utama dalam aktiviti ini ialah untuk
mendapatkan bendera yang dicacakkan di tengah padang. Setiap
kumpulan diberi peluang untuk berperang sebanyak tiga kali.

44 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
(h) Whitewater Rafting


Rajah 2.9: Whitewater rafting

Whitewater rafting adalah satu aktiviti rekreasi yang amat mencabar fizikal
dan mental para penggemarnya. Aktiviti ini memerlukan peserta memiliki
kekuatan daya tahan yang maksimum. Aktiviti ini membawa peserta
mengemudi bot getah menerusi sungai yang memiliki jeram yang dilabel
mengikut tahap kesukaran (lihat Rajah 2.9). Lebih sukar tahap satu-satu
jeram yang bakal dilalui maka bertambah mencabar dayungan dan
kawalan ketika melaluinya.

(i) Selam Scuba


Rajah 2.10: Selam scuba
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



45
Scuba adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing
Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri). Aktiviti
selaman scuba ini merupakan aktiviti yang dilakukan di bawah permukaan
air (lihat Rajah 2.10). Ianya dilakukan dengan menggunakan bantuan alatan
menyelam. Ianya menggunakan tangki udara yang membekalkan bekalan
udara bagi membolehkan penyelam kekal lama bawah air untuk jangka
masa yang agak lama. Aktiviti seperti melihat keindahan laut, spesies
hidupan dan karangan laut merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan
ketika selam scuba.

(j) Orienteering


Rajah 2.11: Orienteering

Orienteering adalah satu aktiviti rekreasi yang memerlukan seseorang itu
menggunakan peta dan kompas untuk menuju dari satu titik ke satu titik
kawalan yang lain (lihat Rajah 2.11). Aktiviti orienteering ini bukan hanya
memerlukan seseorang itu memiliki kemahiran membaca peta dan kompas
tetapi mereka juga perlu mantap dari segi kemampuan fizikal dan mental.

(k) Snorkeling


Rajah 2.12: Snorkeling
46 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
Snorkeling adalah aktiviti yang membolehkan anda melihat dan
menghayati hidupan di dasar laut seperti terumbu karang dan spesies
hidupan marin dengan menggunakan topeng muka dan bernafas dengan
menggunakan snorkel. (lihat rajah 2.12) Aktiviti ini merupakan salah satu
aktiviti rekreasi yang amat popular pada masa ini. Aktiviti snorkeling
dapat membantu seseorang individu menikmati pemandangan dalam laut
dengan menggunakan beberapa peralatan ringan serta mudah
dikendalikan. Peralatan yang gunakan agak ringkas dan ianya terdiri dari
peralatan-peralatan asas seperti, topeng (mask), snorkel, dan fins.


2.3.2 Aktiviti Rekreasi Dalaman
Aktiviti rekreasi dalaman pula banyak melibatkan aktiviti yang dilaksanakan
secara dalaman seperti di dalam dewan, rumah, kelas dan sebagainya. Ianya
tidak melibatkan aktiviti dan persekitaran luaran. Jenis-jenis aktivitinya juga
disesuaikan untuk dilakukan dalam suasana dan persekitaran dalaman.

(a) Sukan Siber (Cyber Sports)


Rajah 2.13: Sukan siber (cyber sports)
SEMAK KENDIRI 2.3
1. Bincangkan apakah ciri-ciri yang terdapat dalam setiap aktiviti
yang diperkenalkan dalam rekreasi.

2. Kenal pasti apakah kepentingan aktiviti luar ini kepada
pendidikan di sekolah.
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



47
Rekreasi terbaru di abad ini ialah penggunaan aplikasi sukan secara
elektronik dalam talian internet (lihat Rajah 2.13). Terdapat pelbagai jenis
aplikasi sukan yang berbentuk maya dimainkan secara online di seluruh
dunia. Permainan ini boleh dimainkan secara berpasukan dan juga secara
individu. Pemain hanya perlu menghubungi pemain lain di mana saja
mereka berada di dunia yang berada dalam system yang sama.
Perhubungan ini boleh dilakukan melalui sistem internet relay chat yang
biasa digunakan. Ianya mampu mewujudkan satu komuniti yang
membentuk satu liga permainan siber. Setiap liga yang diwujudkan perlu
mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Antara liga online yang popular adalah seperti Cyber Athlete Amateur
League, Cyber Evolution, Clan Base, United Kingdom Electronic Sports
Network dan Electronic Sports League.

(b) Permainan Catur


Rajah 2.14: Bidak buah catur

Catur adalah permainan yang menggunakan kemahiran berfikir dan
dimainkan oleh dua orang. Pecatur adalah orang yang memainkan catur.
Sebelum sebarang permainan dimulakan pecatur memilih biji catur yang
akan ia mainkan. Terdapat dua warna yang biasa bagi bidak catur iaitu
hitam dan putih (lihat Rajah 2.14). Kebiasaannya permainan yang memiliki
buah berwarna putih akan memulakan langkah pertamanya dan diikuti
selanjutnya oleh pemain buah hitam secara bergantian sehingga tamat
permainan.
48 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
2.3.3 Aktiviti Kesenggangan
Bagi aktiviti kesenggangan pula kebanyakan dari aktivitinya terdiri daripada
aktiviti yang sama seperti aktiviti rekreasi. Manusia bebas memilih jenisnya
tetapi apa yang perlu dilihat konsep dan ciri-ciri kesenggangan itu dilakukan
untuk tujuan apa. Aktiviti kesenggangan melibatkan masa yang membantu
manusia untuk melepaskan tekanan dari rutin kehidupan biasa seperti bekerja
dengan menggantikan dengan aktiviti yang dipilih tanpa ada unsur paksaan dan
memberikan kesan kepada mental dan fizikal pelaku.


2.3.4 Pengurusan Aktiviti Rekreasi dan
Kesenggangan
Bagi setiap aktiviti rekreasi yang ingin dilaksanakan ianya perlu dirancang
secara teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek penting bagi setiap jenis
aktiviti rekreasi ataupun kesenggangan. Perancangan ini bukan hanya diguna
pakai untuk aktiviti rekreasi berkumpulan sahaja malah ianya juga melibatkan
aktiviti rekreasi yang hendak dijalankan secara bersendirian. Dalam konteks ini
perancangan yang menyeluruh perlu mengambil kira pelbagai perkara penting
dalam aktiviti rekreasi baik dari segi peralatan hinggalah kepada keselamatan.
SEMAK KENDIRI 2.4
1. Apakah perbezaan yang terdapat pada aktiviti rekreasi luar dan
dalaman?

2. Bagaimanakah aktiviti kesenggangan boleh memanfaatkan
kehidupan?
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



49
PENGURUSAN AKTIVITI REKREASI

Rajah 2.15: Proses perancangan aktiviti rekreasi

Dalam merancang sebarang jenis aktiviti rekreasi anda perlu melalui proses
perancangan yang mengambil kira pelbagai aspek penting yang perlu difikirkan
bagi mendapat hasilan aktiviti yang diingini. Beberapa faktor yang perlu dititik
beratkan dalam perancangan adalah seperti berikut (rujuk Rajah 2.15):
(a) Maklumat aktiviti;
(b) Objektif program;
(c) Organisasi;
(d) Persiapan;
(e) Logistik;
(f) Kewangan;
(g) Pelaksanaan; dan
(h) Keselamatan.
2.4
50 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
2.4.1 Maklumat Aktiviti
Sebagai perancang aktiviti anda perlu tahu jenis aktiviti yang bakal anda pilih
untuk dilaksanakan. Maklumat mengenai aktiviti tersebut perlu mengambil kira
akan faktor latar belakang peserta yang sesuai mengikutinya dan juga tahap
kesukaran yang bakal dihadapi. Antara sumber-sumber maklumat yang boleh
diperolehi adalah seperti laporan aktiviti, brochures, rencana akhbar, majalah,
laman web, persatuan, agensi kerajaan dan juga syarikat swasta. Beberapa
contoh maklumat yang perlu anda cari adalah seperti:
(a) Penerangan mengenai aktiviti.
(b) Bagaimana untuk terlibat dalam aktiviti ini.
(c) Jika ingin mendaki sebagai contoh anda perlu mendapatkan maklumat
mengenai cuaca, jarak dan bentuk muka bumi kawasan pendakian.
(d) Potensi bahaya yang bakal dihadapi.
(e) Peralatan asas yang diperlukan untuk aktiviti.
(f) Kemudahan yang disediakan untuk pelbagai tujuan termasuk ketika
berlaku kecemasan.
(g) Kadar harga yang akan dikenakan.

Selain daripada itu juga sebagai perancang anda perlu juga menyemak jika
sebarang aktiviti rekreasi itu perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak
berwajib seperti Majlis kerajaan Tempatan, Jabatan Perhutanan, Polis dan
sebaginya. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melanggar sebaran
peraturan atau syarat yang ada di keluar oleh pihak berwajib bagi tujuan
mengawal dan memantau keselamatan para peserta.
2.4.2 Objektif Program
Berbalik kepada definisi rekreasi dan kesenggangan; anda perlu
mengklasifikasikan aktiviti anda dan anda perlu tentukan.. Anda perlu tahu
apakah tujuan utama pelaksanaan aktiviti dan output yang anda inginkan.
sama ada untuk tujuan berseronok ataupun untuk tujuan pembangunan kendiri,
kerana sesuatu objektif program itu perlu boleh diukur dengan membuat
perbandingan berdasarkan objektif yang telah digariskan bagi satu-satu aktiviti
atau dengan kata lain objektif perlu melambangkan sesuatu yang ingin dicapai.
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



51
2.4.3 Organisasi
Setelah menetapkan jenis dan matlamat objektif aktiviti, sudah sampai waktunya
untuk melaksanakan aktiviti melalui penubuhan satu organisasi yang akan
merealisasikan aktiviti yang telah dirancang. Melalui organisasi ini anda perlu
memilih ahli jawatankuasa yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan
tugasan yang telah dirancang. Sebagai contoh seperti penubuhan pelbagai
jawatankuasa kecil seperti jawatankuasa keselamatan, logistik, aktiviti,
ketering/makanan, kewangan dan sebaginya. Inilah dinamakan pengurusan di
mana melalui organisasi semua tugasan dilakukan melalui jawatankuasa dan
anggota yang bagi mencapai satu objektif yang diinginkan.
2.4.4 Persiapan

Rajah 2.16: Persiapan dan pemeriksaan peralatan aktiviti

Dalam fasa persiapan ini anda sebagai perancang perlu melihat aktiviti
persiapan ini dari pelbagai sudut, antaranya seperti menyediakan kenderaan
peserta, insurans peserta, kelulusan aktiviti, bekalan makanan, kelengkapan dan
peralatan aktiviti dan sebagainya (lihat Rajah 2.16). Bagaimana anda boleh
memantau persiapan ini dilaksanakan dengan berkesan? Berikut adalah
beberapa panduan yang anda boleh gunakan untuk memastikan persiapan telah
berjalan seperti yang dirancang:
(a) Menyediakan carta aliran kerja yang boleh disemak dan diikuti oleh semua
anggota jawatankuasa.
52 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
(b) Persiapan yang perlu dijalankan dan menetapkan bila tugasan tersebut
perlu disediakan sebagai contoh kelulusan program perlu diperolehi dari
pihak pengurusan atau proses pinjaman peralatan aktiviti.
(c) Pemantauan yang berterusan ketika persiapan perlu dilakukan oleh Ketua
projek atau pengerusi jawatankuasa agar semua aktiviti persiapan
menepati jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.
(d) Menyediakan senarai semak yang boleh dijadikan panduan kepada anda
bagi menentukan semua agenda persiapan telah dilakukan.
(e) Mesyuarat merupakan satu aktiviti yang perlu dilaksanakan secara
berterusan bagi mendapatkan gambaran mengenai status persiapan, dan
masalah yang dihadapi. Dalam masa yang sama meninjau prestasi
persiapan aktiviti. Melalui mesyuarat juga anda boleh berkomunikasi
secara terus dan berbincang untuk menyelesaikan masalah.
(f) Jika aktiviti yang ingin dilaksanakan itu perlu melibatkan latihan seperti
aktiviti mendaki gunung misalnya, maka perancangan yang rapi untuk
latihan mendaki perlu dititikberatkan. Antara latihan yang boleh
dijalankan adalah seperti latihan kecergasan, latihan penyesuaian iklim,
latihan menggunakan peralatan, latihan menyelamat dan sebagainya.
2.4.5 Logistik

Rajah 2.17: Kemudahan penginapan yang baik melicinkan perjalanan aktiviti
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



53
Bagi tujuan logistik anda perlu memastikan apakah kemudahan logistik yang
perlu disediakan untuk menyokong aktiviti yang bakal anda laksanakan. Tanpa
kemudahan logistik yang baik anda akan berhadapan dengan pelbagai
kesukaran ketika aktiviti dilaksanakan. Antara contoh kemudahan logistik
adalah seperti kemudahan:
(a) Peralatan aktiviti
(b) Bekalan makanan
(c) Pengangkutan darat atau air
(d) Tempat penginapan dan sebagainya (lihat Rajah 2.17)
2.4.6 Kewangan
Melalui maklumat-maklumat yang telah diperolehi dan apa yang telah anda
rancang, anda sudah boleh mengenal pasti anggaran kewangan yang diperlukan
bagi aktiviti. Anda perlu membuat anggaran perbelanjaan kewangan aktiviti ini
berdasarkan keperluan yang amat diperlukan untuk memastikan aktiviti
tersebut boleh dijalankan. Elakkan dari memasukkan perbelanjaan yang tidak
penting bagi mengelakkan pembaziran. Melalui rancangan kewangan ini juga
anda perlu memastikan bagaimana sumber kewangan boleh diperolehi dalam
jangka masa yang telah ditetapkan antaranya seperti mendapatkan penajaan,
mengumpul wang sumbangan ahli dan sebagainya.
2.4.7 Pelaksanaan
Seperti yang telah dirancang tibalah masanya untuk melaksanakan atau
merealisasikan apa yang telah dirancang sekian lama. Ketika pelaksanaan
aktiviti anda perlu mengambil kira semua keperluan aktiviti telah dilengkapkan
untuk mengelak sebarang kekalutan ketika aktiviti bakal berjalan. Melalui
penjadualan aktiviti yang tersusun dan mengambil kira semua aspek
perancangan aktiviti juga akan menjadi penentu kepada kelicinan aktiviti
tersebut.
54 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN
2.4.8 Keselamatan

Rajah 2.18: Pemeriksaan keselamatan peralatan perlu dilakukan sebelum, semasa dan
selepas aktiviti dijalankan

Menitik berat dan mengutamakan keselamatan merupakan agenda yang perlu
sentiasa ada kepada perancang aktiviti rekreasi (Rajah 2.18). Keselamatan bukan
hanya tertumpu kepada aspek tertentu sahaja tetapi ianya perlu mengambil kira
pelbagai aspek. Ini selaras dengan peruntukan pada surat pekeliling berikut:
(Merujuk Surat Pekeliling Iktisas Blangan 8/2009 bertarikh 17/11/2009 berkaitan
Langkah - Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti / Program
LawatanDi Luar Waktu Persekolahan).

Sebagai contoh melaksanakan aktiviti ekspedisi berkayak, anda perlu
memastikan keselamatan antaranya:
(a) Peralatan peserta seperti kayak dan jaket keselamatan selamat untuk
digunakan;
(b) Peserta membawa keperluan yang cukup ketika aktiviti seperti makanan
yang cukup, air dan peralatan ikhtiar hidup;
(c) Keadaan cuaca, arus kekuatan laut, pasang surut air dan kawasan yang
berombak kuat dan berbahaya; dan
TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



55
(d) Memastikan kumpulan ekspedisi diiringi oleh bot keselamatan yang
berkuasa tinggi untuk tujuan menyelamat ketika kecemasan.

Anda juga perlu sentiasa memastikan kesemua peralatan aktiviti selamat
digunakan dan perlu diperiksa sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan
(lihat Rajah 2.18). Pemilihan tempat aktiviti juga perlu dipastikan selamat dengan
mengadakan penilai potensi bahaya di persekitaran tempat. Anda juga perlu
menyediakan satu pelan tindakan kecemasan sebagai langkah berjaga-jaga, iaitu
ketika berlaku kecemasan, seperti apakah tindakan yang perlu dibuat dan
memiliki nombor agensi menyelamat, hospital, polis dan sebagainya.

PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS
AKTIVITI
Pada setiap kali selesai sebarang aktiviti, satu penilaian yang menyeluruh perlu
dijalankan bagi meninjau akan keberkesanan aktiviti. Penilaian boleh dilakukan
melalui seisi maklum balas bersama peserta dan juga anggota pelaksana aktiviti.
Apa yang ingin diperolehi dari aktiviti penilaian dan maklum balas ini bukanlah
untuk mencari kesilapan, tetapi ianya bertujuan untuk mengetahui pelbagai isu
dan permasalahan yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan. Maklumat yang
diperolehi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan di masa akan datang bagi
memperkemaskan lagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang sama di
masa-masa akan datang.


2.5
SEMAK KENDIRI 2.5
1. Senaraikan faktor-faktor penting yang perlu dititik beratkan
dalam perancangan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

2. Apakah kepentingan menjalankan penilaian aktiviti?
56 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

x Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa.
x Masa yang dimaksudkan dengan rekreasi ini boleh didefinisikan sebagai
waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa
sahaja dengan kemahuan mereka sendiri.
x Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan
rapat di antara rekreasi dan konsep bermain (play).
x Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh
manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti
kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini
diterjemahkan dari perkataan Inggeris leisure. Kehidupan masyarakat secara
tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan yang
memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.
x Beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam perancangan adalah
seperti maklumat aktiviti, objektif, aktiviti, organisasi, persiapan, logistik,
kewangan, pelaksanaan dan keselamatan.
x Maklumat yang diperolehi melalui penilaian aktiviti boleh dijadikan
panduan dan rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi
perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan datang.



Berbasikal bukit
Berkhemah
Kayak
Kembara hutan (jungle trekking)
Kesenggangan
Mendaki tembok tiruan/semulajadi
Orienteering
Paintball
Permainan catur
Rekreasi
Rekreasi luar
Selam (scuba)
Snorkeling
Sukan siber (cyber sports)
Whitewater rafting

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN W



57
Bucher, C. A. (2002). Management of physical education and sports. New York:
McGraw Hill
Covell et. al. (2003). Managing sports oragnisation: responsibilty for
performance. Canada: Thomsom South Western
Edinton, C. R. et. al. (2004). Leisure programming. New York: McGraw Hill.
Hernandez, R. A. (2002). Managing sports organization. USA: Human Kinetics.
Judith E. Rink (2002). Teaching physical education for learning. New York:
McGraw Hill.
Miles, J. C. et. al. (1990). Adventure education. USA: Venture Publishing.
Mull, R. F. et. al. (1997). Recreational sports management. Human Kinetics. USA
Olson, J. R. (1997). Facility and equipment management for sports directors.
Illinios : Human Kinetics.
Siedentop D., (2001). Introduction to physical education, fitness and sports. New
York : McGraw Hill.
Slack, T. (1997). Undertanding organization: Application of organization theory.
USA: Human Kinetic.