Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu


proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru.
Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan
guru. Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka
tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi
muridnya.
Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar
adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.
Secara ringkasnya, pengajaran berpusatkan murid
adalah suatu kaedah untuk meningkatkan
penglibatan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ia bertujuan untuk menggalakan murid menjadi
aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri,
memberi murid peluang membuat penyampaian
dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan
idea dan memberi pendapat, menggalakkan
murid membina ilmu dan mewujudkan suasana
kerjasama di kalangan murid.