Anda di halaman 1dari 4

TAJUK 2: MAKANAN UNTUK KESIHATAN

KERACUNAN MAKANAN DAN CARA UNTUK PENCEGAHAN


Apakah Keracunan Makanan?
Keadaan di mana seseorang itu mengalami:
Loya dan muntah
Memulas dan sakit perut
Cirit-birit
Demam dan kesejukan

Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar
(beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
Ketahanan seseorang
Jenis racun
Jumlah racun yang termakan
Umur seseorang

Apakah Punca Keracunan Makanan?
Punca utama ialah makan makanan yang mengandungi toksin atau racun semulajadi
seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut dan sebagainya. Contohnya:
Tercemar oleh kuman yang merbahaya
Tercemar oleh bahan-bahan kimia
Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya

Bagaimana Cara Jangkitan
Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
TAJUK 2: MAKANAN UNTUK KESIHATAN


Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli

Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita
untuk:
Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya
menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis
Bandaran

Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?
Ya. Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan,
menghidang dan juga semasa makan makanan.
Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan
menyentuh makanan. Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah
penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan
alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam,
sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai
peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

Jika Terjadi Keracunan Makanan Kepada Anda Atau Keluarga Anda
1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
2. Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak
kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
TAJUK 2: MAKANAN UNTUK KESIHATAN


3. Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
4. Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan
yang berhampiran dengan segera.

Pencegahan keracunan makanan di rumah
1. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan
setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan atau menyediakan makanan.
Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak,
papan memotong dan lain-lain permukaan yang digunakan.

2. Apabila membeli-belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan
daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan
lain bagi mengelakkan pencemaran silang.

3. Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya
adalah dengan menggunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh
organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan
dengan memasak pada suhu antara 630 C hingga 740 C.

4. Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh dua jam
pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 C, sejukkan makanan
yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam
pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa dua hari.

5. Mencairbekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada
suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanan adalah dengan
mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan
air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat.

6. Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan cara penyediaan,
penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik
dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh
dimusnahkan lagi walaupun dengan memasaknya. Jangan kecap makanan itu
jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya. Walaupun
ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi
untuk dimakan.

TAJUK 2: MAKANAN UNTUK KESIHATAN


7. Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahaya boleh
membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan atau
penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau bufet. Buang saki-
baki makanan yang berada pada suhu bilik lebih dua jam atau dalam cuaca
panas, lebih empat jam.

8. Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu
terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati
perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging
mentah, ikan atau makanan bercangkerang yang tidak cukup masak.

9. Lain-lain termasuklah telur separuh masak atau makanan yang mengandungi
telur seperti doh biskut dan aiskrim buatan sendiri, ulam-ulaman mentah; jus,
tuak, susu dan produk tenusu yang tidak dipasteur (dibasmi kuman), keju lembut,
sapuan daging disejukkan dan beberapa lagi.

Penjagaan sendiri
Keracunan makanan selalunya reda dengan sendiri dalam masa 48 jam. Untuk
membantu diri anda berasa lebih selasa sekali gus menghalang dehidrasi dalam waktu
pemulihan itu, anda boleh cuba langkah-langkah berikut:
Biarkan perut anda rehat. Berhenti makan atau minum selama beberapa jam
Hisap ketulan ais atau hirup sediki air. Anda boleh juga mengambil minuman
bersoda. Orang dewasa patut minum sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas
air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap
Secara beransur-ansur, makan makanan yang dikisar dan mudah hadam seperti
kraker (biskut kering nipis), pisang dan nasi. Berhenti makan jika mual-mual
kembali
Elakkan makanan dan bahan-bahan tertentu hingga anda berasa lebih baik.
Antaranya produk tenusu, kafeina, nikotin dan makanan berlemak atau
mempunyai perasa makanan tinggi
Banyakkan berehat. Kesakitan dan dehidrasi mungkin telah melemah dan
memenatkan anda