Anda di halaman 1dari 42

TAMADUN ISLAM

SUMBANGAN INTELEKTUAL
ISLAM DALAM BIDANG ILMU


BIDANG SAINS &
MATEMATIK
AL- KHAWARIZMI
IBN SINA
AL-RAZI
AL-ZARQALI
IBN HAITHAM
1. AL- KHAWARIZMI
BIODATA:

Nama sebenar beliau ialah Abu Ja'far Muhammad ibn Musa.
Dilahirkan di Khuwarizam (Rusia) sekitar tahun 780 Masihi. Beliau
telah belajar di waktu mudanya ilmu-ilmu Greek, Hindi dan Parsi.

Beliau muncul di Baghdad pada masa pemerintahan Al Mamun &
telah berjaya mendapat penghargaan dan kedudukan sehingga
dilantik mengetuai Bait al Hikmah, sebuah akademi yang berfungsi
sebagai perpustakaan dan tempat penyelidikan dan pengajian
termasyhur pada kurun ke 9 & 10 Hijrah. Ia telah ditubuhkan oleh
Al-Mamun untuk mengumpul manuskrip-manuskrip sanitifik dari
Greek.

Tugas utama Al-Khuwarizmi di Bait al-Hikmah ialah
menterjemahkan manuskrip-manuskrip tersebut. Selain itu, al-
Khawarizmi juga telah dilantik menjadi wakil delegasi ke luar
negeri. Beliau telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq sekitar
tahun 850 Masihi.
SUMBANGAN:

Al-Khuwarizmi merupakan seorang yang berfikiran ke hadapan di
bidang matematik dan arithmatik .Beliau telah digelar sebagai ahli
matematik terulung dan zaman beliau dikenali sebagai zaman Al
Khuwarizmi. Antara sumbangan beliau dalam bidang Matematik dan
Arithmatik adalah seperti berikut:-

Sumbangan terpenting dan termasyhur al-Khuwarizmi ialah
menghasilkan buku pertama dalam algebra yang dinamakan Aljabar
wa al Muqabalah, Ia mengandungi himpunan pengetahuan yang
membolehkan terbentuknya algebra. Dalam menghasilkan algebra,
beliau telah menggabungkan antara matematik Hindi dan
kejuruteraan Greek.


Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik yang dianggap sebagai
yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa kurun
selepasnya dengan nama Algorisme. Di dalam risalah tersebut, beliau
telah membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka.
Risalah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh oleh Adelard of
Bath.
Melalui kejuruteraan, beliau telah menemui jalan bagi menyelesaikan
persamaan quadratik iaitu permasalahan yang paling tinggi dicapai
oleh orang Greek. Beliau juga telah menghasilkan buat julung kalinya
jadual kosain.
Beliau juga telah menghasilkan buku Al Jamu' wa al Tafriq bi Hisabi
al Hind" yang menyentuh tentang matematik Hindi.
2. IBN SINA

BIODATA:
Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Di
Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980
Masihi.
Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang
bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu
lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk
falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama
ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

SUMBANGAN:

Antara sumbangan Ibn Sina ialah menghasilkan lebih kurang 456
buah buku sepanjang hayat beliau dalam pelbagai judul, khasnya
bidang perubatan.
Karya beliau yang paling berpengaruh pada abad ke 10 ialah Al-
Qanun fi al-Tib yang mengandungi 5 jilid. Ia telah menjadi buku teks
perubatan yang paling terkenal dan digunakan selama enam abad
kemudiannya di Eropah. Antara kandungannya menceritakan gejala2
penyakit seperti diabetes, penyakit venerologi dan menjelaskan
bahawa penyakit batuk kering boleh berjangkit melalui udara.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul
Remedies for The Heart Buku itu menghuraikan 760 jenis penyakit
bersama dengan cara untuk mengubatinya.




3. AL-RAZI

BIODATA:
Nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi. Lahir
pada tahun 236H /850M di Ray, Iran.
Pada zaman mudanya, beliau menjadi pemain gambus sambil
menyanyi. Beliau kemudiannya meninggalkan pekerjaan itu dan
mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu
kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 - 240H/808-
855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang
sama, beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia.
Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray,
al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah saki selama enam tahun
(290-296H/902 - 908M). Kemudian al-Razi berpindah ke Baghdad
atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 - 295H/901 - 908M),
yang berkuasa pada waktu itu.

SUMBANGAN:

Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan
penulisan. Beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 200
buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat dalam
pelbagai bidang.
Karya agung beliau dalam bidang perubatan ialah Kitab al-Hawi
(Liber Contines) yg merupakan sebuah ensiklopedia amalan
perubatan terapeutik Ia menjadi rujukan penting di dunia Eropah.
sejak abad ke-12M sehingga abad ke-17M.
Karya beliau yang lain ialah Kitab al-Mansur (Liber medicinalis).
Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang sains
perubatan. beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan
yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu
penyakit.
Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox)
dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan
di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga
abad ke-18M.
Antara sumbangan lain al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan
rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam
penghasilan antiseptik.Beliau juga dikatakan sebagai pengasas perubatan
psikooptik.
Dalam kerja-kerja kedoktoran, al-Razi menekankan keseimbangan rohani
dan jasmani kerana pada pendapat beliau penyakit jasmani tidak boleh
dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya
kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani perlu digemblengkan.
Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan
terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama
maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M.
4. AL-ZARQALI

SUMBANGAN:

Al-Zarqali merupakan salah seorang tokoh dalam
bidang astronomi.
Beliau telah mencipta pelbagai alat astronomi yang
bermutu tinggi. Beliau juga telah membina sebuah
jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu
siang dan malam.
Beliau juga telah menyusun nama hari dalam setiap
bulan. Antaranya almanak yang mengandungi
pelbagai jadual untuk menentukan hari yang
menjadi permulaan bagi setiap bulan lunar, koptik
Romawi dan Parsi.

5. IBN HAITHAM
BIODATA:

Nama sebenarnya Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.
Di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen.

Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H /965
Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum
dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar
kelahirannya.Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak
pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke
Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan
pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.
Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan
beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai
Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak.


Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh
pengajiannya di Universiti al-Azhar.
Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang mahir
dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan
falsafah.

SUMBANGAN:

Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai
data penting mengenai cahaya. Penyelidikannya mengenai cahaya
telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,
Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop & teleskop.

Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang
dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu
telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta
pembesar yang pertama di dunia




Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light
dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan
mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari
serta bayang bayang dan gerhana., beliau juga telah berjaya
menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan
pembalikan cahaya.
Selain itu, Ibnu Haitham turut menemui prinsip isi padu udara
sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui
perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah
menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton
mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu
rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur
telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan.


wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada
penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan
dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat
kita tontoni pada masa kini
Beliau telah menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara
buku karyanya termasuk:
1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu
matametik dan matametik penganalisaannya;
2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang
arah kiblat bagi segenap rantau;
5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri
dalam urusan hukum syarak

BIDANG SAINS SOSIAL &
FALSAFAH
AL-GHAZALI
AL-FARABI
IBN KHALDUN
IBN BATTUTA
HAMKA
1. AL-GHAZALI

BIODATA:

Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-
Ghazali Dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah.
Sejak kecil, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa
dengan menguasai pelbagai bidang ilmu. Kecintaannya terhadap ilmu
mendorongnya merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain
untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya.
Semasa muda, beliau mempelajari ilmu fiqh dan ilmu perundangan
Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali dilantik sebagai profesor
Universiti Nizami.
Walaupun telah bergelar profesor, beliau masih merasakan
kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau
meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan
merantau ke Makkah untuk berguru dengan ahli-ahli sufi yang
terkenal di sana.


SUMBANGAN:

Al-Ghazali telah menulis beberapa buah buku falsafah
dalam bidang logika, fizik dan metafizik yang sangat
berpengaruh di Eropah. Kebanyakan bukunya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, antaranya;
a) Al Munqiz Min al Dhalal (Penyelamat Kesesatan),
b) Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah)
c) Mizanul Amal (Timbangan Amal)
d) Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan)
e) Mahkun Nazar & Miyarul Ilmu (Mengenai Ilmu Logik)
f) Maqasid al Falasifa (Tujuan Falsafah).
2. AL-FARABI

BIODATA:

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu
Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Di barat, beliau dikenali sebagai
Alpharabius. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia
yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki.
Beliau telah mempelajari bahasa Arab dengan Ali Abu Bakr
Muhammad ibn al-Sariy.sejak kecil lagi.
Beliau kemudiannya mempelajari ilmu falsafah dengan Abdul Bashar
Matta & Yuhanna ibn Khailan. Beliau amat tertarik dengan ilmu
falsafah Aristotle.
Kemiskinan tidak menghalang beliau untuk terus mencari ilmu. Beliau
bekerja sebagai penjaga rumah di Damascus & membaca buku di
bawah sinaran lampu jalan. Perihal beliau telah mendapat perhatian
Khalifah lalu memberinya elaun 4 dirham sehari. Dengan wang inilah,
Al-Farabi menyara diri, belajar, mengajar, menyalin,dan
menterjemah buku-buku.
SUMBANGAN:

Meskipun Al-Farabi memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang, keterampilannya lebih menyerlah dalam bidang falsafah.

Falsafah Al-Farabi lebih cenderung kepada sufisme, ilmu logik dan
metafizik. Ia lebih membahaskan kepada;
a) Membuat analisis antara fakta yang benar dan yang palsu untuk
tujuan mendapatkan ilmu
b) Membuat perbezaan antara yang baik dan yang jahat bagi tujuan
mendapatkan kesempurnaan
c) Menggesa orang ramai mempelajari ilmu logik agar seseorang itu
dapat membezakan antara yang betul & yang salah.
d) Ilmu metafizik hendaklah disokong dengan dalil-dalil logik.Antara
yang dibincangkan ialah tentang sifat, kewujudan, konsepsi , hal-
hal yang tidak wujud, zat, benda dan lain-lain.




e) Mempercayai alam semesta dijadikan Tuhan dengan satu
maksud & maksud tersebut hanya Tuhan sahaja yang tahu.
f) Alam ini mempunyai permulaan & kesudahan.
Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai
falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul
"Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah
zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah
disentuhnya dalam karya " Ihsa al-Ulum" dan "Kitab al-
Jam".
Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di
zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan
oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al
Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang
diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.
3. IBN KHALDUN

BIODATA:
Nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu
Bakar Muhammad bin al-Hasan.
Dilahirkan di Tunis pada 1 Ramadan 732H.
Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah
menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap
di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah
Tunis pada waktu itu.
Mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran,
al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan
mantik. Antara guru beliau ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd
Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

SUMBANGAN:

Ibn Khaldun banyak memberi sumbangan dari segi sosial & ekonomi yang
dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah.
Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan
dengan masalah ekonomi semasa. Antaranya ialah:



a) Teori Manusia & Ekonami
Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi
seperti keadilan, kerjasama, & kesederhanaan
Berhubung dengan keadilan, Ibn Khaldun menekankan bahawa keadilan
merupakan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat
dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.
Ibn Khaldun menganggap manusia sebagai manusia Islam (Islamic man/homo
Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya
di atas muka bumi ini dan bukannya haiwan ekonomi (economic animal)Dalam
hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan
jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam untuk memperbaiki
dirinya & mesti mengutamakan kehidupan akhirat.



b) Teori Pengeluaran
Dalam teori pengeluaran, Ibn Khaldun berpendapat bahawa kehidupan
perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara
penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan
kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau
menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran
walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu
untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras
harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini
beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap
bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi dan pembahagian tenaga buruh
bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori
pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran
yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam
Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.
c) Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga
elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai.
Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada
masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi
kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan
perkhidmatan awam.
Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama
dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran
barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada
penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu
sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran
dalam pasaran.
Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang
diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga
belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu

4. IBN BATTUTA
BIODATA:

Nama sebenar Ibn Batutah (1304-1377M) ialah Abu Abdullah Mohd
b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja,
dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya.
Pernah dilantik sebagai kadi di Delhi, India ketika mengembara di
sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat.

SUMBANGAN:

Dikenali sebagai Bapa Pelayaran kerana beliau telah mengembara
selama 28 tahun , sejauh 120 675 kilometer.
Pengembaraannya yang mashur ialah 1/3 terakhir iaitu ketika
menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Tempat-
tempat yang telah dilawati seperti Tangiers, Algiers, Mesir
Palestin, Syria, Makkah Yunan, Aden, Mombasa, Iran, Asia Tengah
India, China, Ukraine Selatan, Khurassan,

Bukhara, Lahore, Sukkar, Multan, Sumatera, Tanah Melayu,
Sepanyol, Afrika Tengah dan lain-lain.

Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki
sesebuah negara, beliau akan bertanya segala-galanya yang
menyentuh pakaian, makanan, sosial & kebudayaan sesebuah
masyarakat. Beliau turut memperincikan alam fizikal yang berbeza
dari satu tempat ke tempat yang lain, hasil ekonom, eksport negara,
bandar-bandar, pelabuhan-pelabuhan & jalan2 perhubungan.

Selepas itu beliau menetap di Pas, Magribi bagi mentafsirkan hasil
pengembaraannya.

Salah seorang penulis di Pas iaitu Ibn Juzu telah menyunting buku
beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Beliau
telah menghasilkan buku Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa
Ajaib al Asfa yang menyentuh mengenai pengembaraan Ibn
Batutah. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
dan diterbitkan di banyak tempat.
5. HAMKA
BIODATA:

Beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali
sebagai (HAMKA).
Dilahirkan di Sungai Batang, Maninjau pada 16 Feb 1908. Ayahnya
Tokoh Islam terkenal iaitu Dr H.A Karim Amrullah @Haji Rasul
pembawa pembaharuan Islam di Minangkabau.
Beliau bersekolah di Desa Padang Panjang, dan mempelajari Al-
Quran dengan ayahnya sampai khatam. Beliau belajar agama di
sekolah Diniyah School dan Sumatera Thawalib di Padang Panjang
dan Parabek 1916-1923.
Pada tahun 1924, beliau berangkat ke Jogja dan mengikuti kursus
pergerakan Islam dari HOS Tjokrominoto, H. Fachruddin,R.M.
Suryopranoto dan iparnya sendiri A.R. St. Mansur.
Pada tahun 1927 beliau berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu.

BIDANG SENI
SENI BINA
SENI KHAT
SENI UKIR/HALUS
SENI MUZIK
SENI SASTERA
1. SENI BINA

Bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka
bentuk dan reka letak.
Seni bina Islam memiliki gaya khas berunsurkan bentuk
pilar,busar, kubah & menara.
Ada 3 jenis seni bina Islam;

a) Bangunan sipil (imarah madaniyah) dalam perancangan bandar,
bangunan & taman.
Merangkumi bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluran air,
rumah rehat bilik mandi, perpustakaan, sekolah dll.
Dihiasi dengan corak tumbuh2an dalam bentuk geometri yang
halus & kompleks disulami dengan tulisan & ukiran Arab yang
indah.
Terdapat ruang pemisah antara lelaki & perempuan termasuk
tandas.





Menitikberatkan kepada reka bentuk yang sesuai dengan keadaan
& iklim setempat

b) Bangunan agama (imarah diniyyah) seperti masjid.

Seni bina masjid adalah karya seni yang pertama sebelum
berkembangnya seni-seni yang lain.
Dari sudut sejarah, ia bermula dengan pembinaan masjid
pertama yang diasaskan oleh Rasulullah saw. di Quba.
Konsep seni bina Islam dapat dilihat pada seni bina masjid yang
amat dipengaruhi oleh falsafah tauhid dan pengaruh tempatan.
Falsafah seni masjid dapat dilihat pada ruangnya yang terbuka
luas yang bermaksud terbuka kepada semua tanpa mengira
pangkat dan keturunan. Ini kerana semua umat Islam sama di sisi
Allah kecuali ketakwaan
Selain itu, ia banyak mengetengahkan bentuk-bentuk bulat
yang merupakan bentuk paling sempurna yang mencerminkn
kelembutan & kehalusan.

c) Bangunan ketenteraan (imarah harbiyyah) seperti
benteng-benteng & menara pertahanan.
Menara yang dibina tegak meninggi ke ruang lepas & dihiasi
puncaknya dengan bulan & bintang melambangkan
peningkatan jiwa pada alam syahadah ke alam ghaib yang
tidak bertepi.
Dinding menara dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran dalam
bentuk khat. Hal ini yang ditiru oleh bangunan gereja
Kristian yang menggantikannya dengan huruf Latin.
Antara menara yang tercantik yang pernah dibina ialah
Menara Cairo & Menara al-Kutubiya di Morocco.
2. SENI KHAT
Erti: Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk2 huruf
tunggal, penyusunannya, cara2 merangkainya menjadi sebuah tulisan
tersusun, cara penulisan & menggubah tulisan.

Sejarah perkembangan:
Seni khat lahir serentak dengan lahirnya Islam kerana ia berkait
rapat dengan pengaruh al-Quran. Wahyu yang diturunkan kepada
Rasulullah saw, terus dihafal oleh baginda & pengikutnya. Mereka
yang berkebolehan telah menulis di atas tanah2 kering, batu dll.
Dengan kewafatan baginda pada tahun 10 Hijrah & kematian
penghafal2 dalam peperangan, menyebabkan Sayyidina Umar al-
Khattab mendesak Khalifah Abu Bakar agar mengumpul & menulis
wahyu dalam bentuk yang lebih kekal.
Ketika sistem ejaan Arab di majukan pada abad ke-7 seperti titik &
baris, beberapa gaya & skrip tulisan dicipta & direka. Bentuk





terawal ialah bentuk bersegi yang dikenali sebagai kufi. Gaya kufi
dikembangkan lagi kepada 3 bentuk iaitu kufi berbunga, jalinan &
bercorak binatang.
Pada kurun ke 10 Masihi, Ibn Muqlah, seorang ahli khat terkemuka
telah mecipta kaedah baru menyempurna & mempiawaikn penulisan
khat (al-Khatab al-Mansuh). Beliau turut memperkenalkan bentuk
tulisan bulat & kursif yang dikenali sebagai naskhipada kurun ke 11
Masihi.
Ekoran daripada itu, Ibn Bawwab, seorang pegawai tinggi telah
menghasilkan satu daripada 6 jenis tulisan kursif yang menarik.
Seterusnya, Yaqut ibn Abd Allah telah memperbaiki tulisan ini &
mengasaskan sittah 6 jenis tulisan yang terkenal ketika itu.

Tokoh2 penting dalam perkembangan khat & sumbangan mereka:
1. Zayd ibn Thabit - penulis wahyu Nabi Muhammad saw
2. Abu ibn al-Aswad al-Duali (688M) pencipta sistem titik berwarna
besar yang digunakan pada zaman awal Islam sebagai penanda vokal.




3. Qutbah al-Muharrir penulis khat Umayyah yang mencipta
4 bentuk khat utama iaitu tumar, jalif, nisf & thuluth.
4. Khawaja Taj al-Salmani (abad ke-9)- mencipta tulisan taliq
5. Al-Ahwal al-Muharrir (abad ke-9)- mencipta sebilangan
tulisan bersurih & mencipta tulisan ghubar.
6. Ali ibn Ubaydah al-Rayhani (834M)- mencipta tulisan
rayhani
7. Abu Ali Muhammad ibn Muqlah (934-940M)- mecipta
kaedah baru menyempurna & mempiawaikn penulisan khat
(al-Khatab al-Mansuh).
8. Abu al-Hasan Ali ibn Hilal, terkenal dengan nama al-Bawaab
(1022M)- menyempurnakan sittah & menyalin Al-Quran
lengkap sebanyak 64 kali.
9. Yaqut al-Mustasim (1298M)- menyempurnakan tulisan khat
awal &mencipta tulisan baru, melatih penulis khat &
memperkenalkan potongan berbeza tentang pena reed.
10. Mir Ali Sultan al- Tibrizi (1416M), mencipta tulisan
nastaliq & melatih ramai penulis khat.


3. SENI HALUS & UKIRAN
Seni ukir/ halus berkembang seiring dengan seni khat.
Seni ukir/halus terdapat pada objek-objek seperti:
a) Kayu & logam
Banyak terdapat pada zaman kerajaan Fatimiyyah.
Logam yang dipilih biasanya daripada emas, perak & tembaga. Contoh:
Wang syiling, cerek, bekas air, tungku & topi besi perang.
b) Enamel
Ukiran seni enamel orang Islam berkembang di Eropah & di Cairo,
Mesir pada zaman Fatimiyyah.
Bentuk enamel ada dalam lampu, gelas, botol & mangkuk.
c) Seramik
Terdapat pada cangkir, piring & tembikar
Antara ukiran seramik yang terkenal ialah sebuah cangkir berwarna
emas yang terdapat 3 jenis ukiran iaitu di atasnya dihiasi khat kufi, di
tengahnya gambar burak & di bawahnya orang bermain alat muzik.
d) Stopless
Merupakan sejanis ukiran botol. Warna semarak biasanya dipilih untuk
menghiasi stopless.





Barang-barang tenunan.
Tenunan tekstil bermula di Iran, Syria & Mesir.
Keluarga Attabi yang mula-mula memperkenalkan seni tenunan
sutera pada abad ke-12 & berkembang pada zaman Islam di
Sepanyol.
Manakala permaidani dibawa ke Eropah dari negara Islam pada
abad ke-14 Masihi sebagai tempat duduk, sejadah & penghias
dinding.

Antara tokoh terkenal dalam seni ukir ialah Badr & Tariff (961-
976 M) yang telah mencipta karya halus pada sebuah peti perak
untuk dipersembahkan kepada khalifah.
Pelbagai barang seni turut dihasilkan untuk perhiasan istana
khalifah seperti ukiran halus pada botol, tinta, papan catur,
payung, pasu. Ukiran juga terdapat pada kotak loyang, cembung,
piring, perabot rumah, kulit buku, ubin, tembikar, daun pintu,
makam, gading dan lain-lain.

4. SENI SASTERA
Seni sastera Islam berkembang dari tamadun Islam & berpaksikan tauhid
Sumber utama sastera Islam ialah Al-Quran yang dapat dilihat dari 2
aspek iaitu keindahan bahasa dan isi kandungannya.
Konsep pengajaran sastera Islam ialah untuk mencari kebenaran, keadilan
& ketenteraman.
Sastera Islam mula disebar oleh Rasulullah saw & terus berkembang pada
zaman khalifah-khalifah Islam.
Sumbangan seni sastera Islam telah memberikan banyak faedah
terutama dari segi politik, ketenteraman, agama & sosial.
Pengaruh sastera Islam juga sangat besar di Eropah. Antara karya
bermutu yang dihasilkan oleh sasterawan Islam yang terkenal di dunia
barat adalah seperti berikut:

a) Hikayat 1001 Malam, karya Firdausi
Diulang cetak berpuluh-puluh kali 7 diterjemahkan ke dalam beratus-
ratus bahasa.
Pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Antionne
Galland pada tahun 1704 M, kemudian diterjemahkan oleh Dr.A.W Lane &
Henry Torrens. Terjemahan terbaik & lengkap oleh Sir Richard Burton
dengan judul baru Arabian Night.

b) Rubaiyat Omar Khayyam oleh Firdausi.
Menjadi terkenal selepas diterjemahkan oleh Edward Fitzgerald
ke dalam bahasa Inggeris. A.W Hamilton kemudiannya telah
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.
c) Shah Nameh oleh Firdausi
Diterjemahkan oleh Halene Jimmer ke bahasa Inggeris pada
tahun 1883 M dengan judul Epic Kings. Ia diterjemahkan semula
ke dalam bahasa Inggeris oleh George Warner & Edmund Warner
yang mengandungi 8 jilid besar.
Ia juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa German oleh Van
Schach.
d) Gulistam & Bustan oleh Muslehudin Al Saadi.
Orang Eropah menganggapnya sebagai sekuntum bunga yang paling
wangi daripada segala bunga yang pernah tumbuh.
Ia telah diterjemahkan oleh Geothe ke dalam bahasa Jerman.
e) Hayy ibn Yaqzhan, karya Ibn Tufail.
Ia memberi pengaruh besar terhadap kelahiran Robinson Crusoe
oleh Daniel Defoe.
5. SENI MUZIK
Seni muzik telah mendapat tempat yang penting dalam tamadun
Islam.
Lukisan2 dalam buku Hikayat 1001 Malam dihiasi dengan gambar2
sekumpulan ahli muzik yang sedang membuat persembahan di
hadapan khalifah. Ia menggambarkan betapa besarnya
penghargaan umat Islam terhadap seni muzik pada zaman
Abbasiyyah.
Terdapat 2 jenis muzik Islam pada masa itu:
a) Muzik vokal
Melahirkan qasidah, qita (fargment), ghazal (love song), mawal
(song of beauty).
b) Muzik instrumental
Melahirkan melodi (nada bunyi/not not lagu yang dipanggil tarkib,
majmu atau rhytam)
Peralatan muzik yang terdapat pada masa itu ialah ponar flextile,
qanun psalery, nay flute (ciptaan Khalifah Hakam II), tabl (drum
ciptaan Safi al-Din Abdul Mamun), duff taambaurine, qadib wand,
Urganun (organ ciptaan Ziryab) gitar, nafe trumpet & buq clarion.

Tokoh-tokoh yang berkaitan dengan seni muzik:
a) Ibn Misjan (705 M) telah memperkenalkan irama Misjah kepada
orang2 Hijaz. Irama ini kemudiannya telah diperbaiki oleh Ishak
al-Mansili, kemudiannya oleh al Isfahani yang memperkenalkan
rhythm Zalzaliaz & Khurasanain.
b) Al-Farabi & Ibn Sina telah megadun nilai muzik Islam dengan nilai
muzik Yunan. Buku al-Farabi yang teragung ialah The Grand Book
of Music.
c) Al-Kindi (874M), Al-Farabi (985M), Al-Khawarizmi (1000M) &
Ikhwan al-Safa telah mencipta pelbagai peralatan muzik seperti
gitar, flut, dram, klarinet & organ.
d) Antara penulis lirik & komposer terkenal pada zaman
kegemilangan Islam seperti Yunus al-Khatib (752M), Khairel ibn
Ahmad (772-842M). Ibn Nadiem al-Manshiley (772-849M)
menulis/meletak not-not melodi dalam lirik lagu. Hunayan ibn Haq
(810-973M) merupakan penilai suara lagu.
e) Al-Khindi (809-973M) terkenal sebagai pencipta peralatan muzik
& cara membunyikannya serta penulis lagu

Anda mungkin juga menyukai