Anda di halaman 1dari 5

1) Mempelbagaikan Pilihan Produk Anda

Ada beberapa cara untuk meningkatkan pelbagai produk yang ditawarkan di laman web anda. Anda
boleh menganalisa semula produk-produk yang laris sepanjang musim percutian dan memperkenalkan
produk yang hampir sama dengan produk tersebut ke pasaran. Selain dari itu, anda juga boleh
meningkatkan kepelbagaian produk di kedai online anda dengan memperkenalkan produk-produk yang
unik. Ini akan mempamerkan kelainan kedai anda berbanding pesaing-pesaing anda yang lain. Untuk
melakukan tugasan ini, anda seharusnya menjalankan kaji selidik terhadap pelanggan-pelanggan anda
untuk mengetahui produk apakah yang mereka inginkan.

2) Mengembangkan Perniagaan Anda Ke Pasaran Asing

Mengembangkan perniagaan ke pasaran asing boleh membantu untuk menjana keuntungan tambahan
hanya dengan pelaburan yang kecil. Sekiranya sebelum ini anda hanya mengambil tempahan hanya dari
seluruh Malaysia, mulakan langkah anda untuk menjual produk anda di peringkat antarabangsa. Anda
boleh mensasarkan negara-negara yang tertentu dengan mencipta produk-produk jualan yang
bersesuaian dengan citarasa masyarakat setempat.

Sebagai pelaburan, anda boleh mengklasifikasikan laman web anda mengikut pasaran tempatan dengan
cara menggunakan bahasa dan nilai matawang tempatan sebagai medium perhubungan melalui kedai
online anda.

3) Meningkatkan Pengalaman Pelanggan

Sukar bagi kita untuk mengukur dan menilai pengalaman pelanggan kita. Tetapi kita perlu sentiasa
memantau pengalaman pelanggan ini kerana ianya akan membuahkan hasil perniagaan yang
menguntungkan. Untuk menilai pengalaman pelanggan anda ini, jalankan satu kaji selidik untuk
memeriksa kepuasan pelanggan apabila melayari kedai online anda. Anda juga boleh menggunakan
perunding untuk menjalankan kaji selidik ini.

Hasil daripada kaji selidik ini boleh digunakan untuk anda meningkatkan lagi pengalaman pelanggan
anda selain meningkatkan juga keuntungan anda. Apabila pelanggan melawati laman web anda berasa
selesa dan berpuas hati terhadap servis dan produk yang anda tawarkan kepada mereka.

4) Melancarkan Saluran Jualan Baru

Salah satu faktor perniagaan secara online dapat berkembang dengan pesat adalah kerana pengenalan
pelbagai cara untuk menjual produk. Sekiranya laman web anda tidak memperkenalkan kaedah-kaedah
lain bagi tujuan jual beli, ini mungkin akan merugikan anda. Salah satu kaedah penjualan terbaru yang
diperkenalkan melalui ecommerce ini adalah perniagaan menerusi peranti mudah alih, atau dikenali
sebagai mobile commerce. Mobile commerce ini mampu untuk menjana keuntungan yang lebih dengan
pelaburan yang sedikit.

Jualan perniagaan kepada perniagaan atau Busines-to-Business (b2b) juga adalah salah satu saluran
perniagaan yang anda boleh di lancarkan. Perniagaan ini memerlukan anda untuk menawarkan ciri-ciri
baru di dalam perniagaan anda seperti:

a) Bahagian produk yang dicari dan muat naik
b) Kuota /saham
c) Mengintegrasi sistem perolehan

Akhir sekali, pertimbangkan untuk menjual barangan anda di eBay. Langkah ini adalah mudah dan ianya
mampu untuk menjana keuntungan yang besar.

5) Berkolaborasi Dengan Laman Yang Lain

Laman web anda akan menjana keuntungan tambahan sekiranya anda berkolaborasi dengan peniaga
online yang lain dengan cara saling menjual produk sesama sendiri di laman web masing-masing.
Sebagai contohnya, sekiranya anda menjual perabot rumah, anda boleh bekerjasama dengan peniaga
yang menjual produk hiasan dalaman rumah.

Ini akan meningkatkan hasil jualan rakan kongsi anda dan akan memberikan anda keuntungan melalui
hasil komisyen daripada jualan tersebut. Selain itu, rakan kongsi anda juga boleh mempromosikan
produk jualan barangan anda di laman web perniagaan mereka dan ini akan meningkatkan hasil jualan
anda.

6) Menaikkan Harga Barangan

Untuk kepastian, anda tidak boleh menaikkan harga barangan dengan begitu kerap. Walaupun, ini
adalah cara yang paling mudah untuk mendapat lebih banyak wang. Sebaik-baiknya anda seharusnya
membandingkan harga jualan barangan anda dengan pesaing-pesaing anda terlebih dahulu sebelum
anda menentukan samada boleh atau tidak untuk anda menaikkan harga barangan tersebut.

Seterusnya apa yang anda boleh lakukan adalah untuk memastikan samada pembeli boleh bertoleransi
atau tidak terhadap kenaikan harga barangan tersebut, sekiranya anda memaklumkan akan hal kenaikan
harga barangan tersebut kepada mereka terlebih dahulu.

Sebagai peniaga, anda juga perlu mengetahui bahawa peningkatan harga yang kecil sekalipun akan
membawa pertambahan terhadap keuntungan hasil jualan anda. Anda mungkin akan mengalami sedikit
rintangan sekiranya anda melakukan pertukaran harga secara kerap di kedai online atau sekiranya anda
hanya menjual satu jenis produk sahaja.

7) Tingkatkan Pemasaran Anda

Anda perlu sentiasa meningkatkan usaha pemasaran anda, baik untuk produk atau laman web anda.
Sebagai langkah permulaan, cari maklumat mengenai strategi-strategi yang boleh digunakan untuk
mendapatkan pulangan daripada hasil pelaburan anda. Selain dari itu, langkah-langkah dibawah juga
boleh digunakan untuk meningkatkan usaha pemasaran perniagaan anda:

1) Loyalty program. Ganjaran kepada pelanggan yang setia menggunakan produk anda.
2) Tawaran Untuk Pelanggan Baru. Hantar emel kepada pelanggan-pelanggan yang belum pernah
melayari laman web anda. Sertakan maklumat mengenai kempen jualan anda serta tawaran-tawaran
yang akan mereka peroleh.
3) Facebook. Gunakan Facebook sebagai medium perantaraan anda dan juga pelanggan-pelanggan
anda. hal ini kerana, Facebook sudah terbukti mudah bagi anda untuk menjalinkan rangkaian serta
memperluaskan promosi jualan barangan anda.
4) Free sample. Ini adalah teknik pemasaran yang lama tetapi terbukti berhasil untuk mempromosikan
produk.

8) Keperihatinan Terhadap Faktor Keselamatan dan Prestasi

Keprihatinan pembeli terhadap isu keselamatan mungkin akan menyebabkan mereka kurang
menggunakan kad kredit dalam urusniaga online. Hal ini juga mungkin menyebabkan pelanggan kurang
melawati laman web anda. Dengan menunjukkan pengiktirafan sijil SSL dan mempamerkan logo SSL
akan membantu anda membina keyakinan pembeli untuk membeli barangan daripada anda menerusi
urusniaga online.

Prestasi yang perlahan mungkin akan mengakibatkan anda kehilangan pelanggan yang datang melawat
laman web anda. sekiranya laman anda mengalami masalah prestasi pada tahun 2011, ianya adalah
penting untuk anda meningkatkan prestasi laman web anda.

Tetapi anda seharusnya pertimbangkan kadar pertumbuhan laman web anda untuk meningkatkan
prestasi dan skala.

9) Beroperasi Dengan Lebih Efisien

Mengurangkan kos akan meningkatkan keuntungan anda. Pada permulaan tahun baru ini adalah masa
yang sesuai untuk anda melihat semula kos anda. Pertimbangkan perkara-perkara berikut:

a) Lakukan proses rundingan semula dengan pembekal
b) Menghentikan pengeluaran produk yang memberi margin yang rendah atau pulangan yang sedikit
c) Mengenal pasti alternatif lain bagi tujuan perkapalan dan penghantaran barangan
d) Periksa sistem akaun anda dan pastikan proses penentuan harga dan invois adalah tepat
e) Mempertimbangkan semula operasi-opearsi perniagaan yang tidak penting dan fokus kepada aktiviti-
aktiviti yang lebih menguntungkan.