Anda di halaman 1dari 15

Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang

jelas. Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka


tahu berapa A yang mereka mahukan atau berapa
peratus markah yang mereka mahukan.

Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang
yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya
yang bagaimana bakal ditempuh dan sebgainya.

Bagi seorang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan
sasaran adalah sangat penting. Namun matlamat dan
sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan
kepada petunjuk dan panduan yang telah digariskan
oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith
Nabi (SAW),

Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:Jadikanlah dirimu orang alim
(berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau
orang yang selalu mendengar pengajaran atau
orang yang mencintai (tiga golongan yang
tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari
golongan yang kelima, yang dengan sebabnya
engkau akan binasa. [ Riwayat Al Bazzar]

Berdasarkan hadith tersebut, dapat dilihat bahawa
Rasulullah telah menetapkan agar kita ummatnya,
dalam agenda menuntut ilmu harus menetapkan
matlamat yang jelas.

Antara matlamat yang digariskan adalah untuk
menjadi orang yang berilmu (memiliki ilmu), atau
menjadi penuntut ilmu atau orang yang sentiasa
mendengar pengajian ilmu atau akhirnya menjadi
orang yang sekurang-kurangnya mncintai ilmu.

Perlu difahami di sini, sebagai pelajar
Muslim,matlamat menuntut ilmu adalah untuk
memenuhi suruhan dan tuntutan agama agar setiap
ummatnya menjadi manusia berilmu.Apabila
matlamat ini telah jelas difahami dan dihayati,
insyaAllah matlamat-matlamat yang lainnya akan
menyusul dan mudah di kecapi.




Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya.
Mereka dapat gambarkan dengan jelas siapa mereka di
penghujung kehidupan nanti. Stephen Covey dalam
bukunya The 7 Habits ada menegaskan kepentingan
memulakan kehidupan dari belakang.

Maksudnya, kita menggambarkan kesudahan atau
penghujung kepada kehidupan ini dan menetapkan
apa yang ingin dikecapi. Bermula dari titik
penghujung itu, kita bergerak sedikit demi sedikit
merangka langkah-langkah atau usaha-usaha yang
akan membantu untuk mereliasasikan hajat dan cita-
cita di penghujungnya itu.

Apakah yang dapat kita sumbangkan kepada ummat
Islam seluruhnya, kepada negara tercinta, kepada
masayarakat setempat, kepada sanak saudara dan
kenalan, dan sebgainya. Kalau anda tahu anda mahu
mengakhiri kehidupan ini dengan

kejayaan, maka kejayaan yang bagaimana inigin anda
kecapai. Tidak cukup dengan hanya menyatakan aku
ingin berjaya, tetapi anda perlu perincikan lagi dengan
jelas matlamat yang ingin dicapai.




Setelah tahu matlamat anda, maka rangkalah sasaran
anda dalam pelajaran.Sasaran yang ingin ditetapkan
haruslah realistik dan optimistik. Dengan erti kata
yang lain, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi tapi
masih dalam lingkungan yang dapat dikecapi.

Dalam penatapan sasaran, jangan terlalu fikirkan
sangat sama ada ianya berjaya dicapai atau tidak,
sebaliknya fikirkanlah adakah anda benar-benar
mahukannya. Sebab sekiranya anda mahukannya,
maka dan sepastinya sentiasa akan ada jalan untuk
mengusahakannya.

Kemahuan yang meluap dan membara sentiasa
memberikan anda tenaga tambahan dalam berusaha.
Teruskan berusaha dan bertawakal kepadaNya,
nescaya akan dimudahkan segala urusan pembelajaran
kita.


Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia
akan mengadakan baginya
jalankeluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa
di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkannya.Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
[At-Talaaq:2-3]

Kesimpulannya
Sebagai pelajar cemerlang, penetapan matlamat amat
penting dalam memandu halatuju pembelajaran seharian.
Sebagai pelajar Muslim, penetapan matlamat haruslah
selari dengan tuntutan agama dan syariat.
Matlamat yang ditetapkan harus disusuli dengan
penetapan sasaran yang akan menjurus kepada
terlaksananya matlamat.
Akhirnya, tawakal kepada Allah setelah berusaha
membawa kepada kemudahan urusan pembelajaran
(dibukakan segala peluang dari sumber yang tidak
diketahui)

Anda mungkin juga menyukai