Anda di halaman 1dari 24

BMM 3113 : PENYELIDIKAN

TINDAKAN 1
DISEDIAKAN OLEH :
NORLISHAKINA ROSLI
ROSLINA AMIR
SHABANA MUNAWWARAH ISHAK
SITI KHALIJAH SHAARI
SITI MURNI ZINOL
Model Stephen Kemmis
Konsep kajian tindakan
Kemmis (1983) mentafsirkan kajian tindakan adalah
pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam
situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional
amalan pendidikan.
Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan
secara kolaboratif namun ia masih boleh dilakukan
secara individu dan kadangkala kerjasama pihak luar.
Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan
untuk perkembangan kurikulum sekolah,
perkembangan profesional, perkembangan program
sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan
polisi.
Pendekatan / Reka bentuk
model stephen kemmis

























1. merancang
2. bertindak
3. pemerhatian
4. refleksi

*kitar ini akan berterusan mengikut kesesuaian
masalah. Jika masalah didapati belum selesai
dan terdapat penambahbaikan dalam
perancangan, kitar akan diteruskan

Proses kajian tindakan Kemmis bermula
dengan guru menjalankan refleksi ke atas
satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran
yang hendak ditangani

Kemudian guru itu menyediakan satu pelan
yang sesuai untukmengatasi masalah yang
dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya
guru terpaksalah memerhati kemajuan
tindakan yang dijalankan itu.
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan
sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika
masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru
bolehlah memulakan proses semula ke
Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah
masalah itu diselesaikan.
Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek
dan membuat adaptasi terhadap pelan
tindakan beliau.

Contoh kitaran
Model Stephen Kemmis
Gelung pertama
Langkah 1: PERANCANGAN
Apakah anda hendak buat?
Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang
berkaitan dengan pengajaran anda?
Adakah anda ingin membuat sesuatu yang
membawa manfaat kepada anda dan murid?
Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format
soalan?
Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah
diuruskan oleh anda seorang?
Langkah 2: PELAN TINDAKAN
Adakah anda bercadang memperkenalkan
kaedah, strategi atau teknik mengajar baru?
Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah,
strategi atau teknik mengajar yang anda sedang
menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda
akan mengubahsuai?
Berapa lama anda bercadang menjalankan
kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam
bilik darjah?
[Tempoh masa ditentukan oleh anda; iaitu berapa
lama anda agak perubahan dijangka berlaku]
Langkah 3: PENGUMPULAN DATA
Temu duga murid Pemerhatian dengan menggunakan
semak senarai (checklist) = memerhati apa yang
berlaku di kalangan murid
Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan,
karangan, lukisan, tulisan dan lain-lain
Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan
guru
Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku
dalam bilik darjah
Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam
kelas
Tape audio -perbualan dengan murid, guru lain
Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA
Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan
terdiri daripada apa yang sahaja yang diperkatakan,
atau ayat yang ditutur atau pernyataan daripada
pelajar.
Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan
walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah
rancangkan.
Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak
terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan
muncul.
Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan
guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka.
Gelung Kedua
Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA
Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang
dibuat terhadap data berkenaan, anda mungkin
menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar.
Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan
dipendekan atau dipanjangkan;
guru memberi lebih banyak peluang kepada murid
membuat penyampaian;
guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang
digunakan;
guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu
kumpulan kecil;
guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada
murid konsep asas dan sebagainya
Langkah 6: PELAN TINDAKAN SAMA SEPERTI
LANGKAH 2
Langkah 7: PENGUMPULAN DATA SAMA
SEPERTI LANGKAH 3
Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI SAMA
SEPERTI LANGKAH 4


DEFINISI KAJIAN TINDAKAN MENURUT
JOHN ELLIOT
Kajian tindakan sebagai kerangka untuk
penilaian (framework for self-evaluation) di
sekolah.
Pendekatan dalam kajian tindakan
mementingkan refleksi dan inkuiri yang
bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah
amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial.
KAJIAN TINDAKAN MENURUT
JOHN ELLIOT
Penyelidik membangunkan pemahaman
peribadi ke atas sesuatu masalah dan
pengertian abstrak itu adalah penting dalam
melaksanakan tindakan(Elliot, 1987:157).

Kajian dalam pendidikan adalah satu usaha
susila yang mencari dan memahami
nilai-nilai dalam pendidikan.
John Elliot berpendapat kajian dalam
pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian
tindakan yang baru di mana para guru akan
menjadi penyumbang utama.

Kajian tindakan adalah sebagai kajian situasi
sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti
tindakan dalam linkungan sendiri.
KAJIAN TINDAKAN MENURUT
JOHN ELLIOT
ASPEK MODEL STEPHEN KEMMIS MODEL JOHN ELLIOT
PERSAMAAN
PROSES
PERKEMBANGAN
Model yang dikembangkan melalui model Kurt Lewin.
(Model Kurt Lewin sebagai asas)
LANGKAH
Terdapat beberapa langkah yang sama dalam kedua-dua
model iaitu membuat tindakan, memerhati dan reflek.
ASPEK MODEL STEPHEN KEMMIS MODEL JOHN ELLIOT
PERBEZAAN
PELOPOR Stephen Kemmis John Elliot
KONSEP
Berkaitan pengumpulan inkuiri
kendiri yang diambil daripada
sampel kajian.
Satu kajian sosial untuk
meningkatkan mutu dan
kualiti tindakan yang diambil.
LINGKARAN/
GELUNG

2 lingkaran/gelung
Gelung 1 : rancang, bertindak,
memerhati, reflek
Gelung 2 : ubah strategi,
bertindak, memerhati, refleksi
3 lingkaran/gelung yang
berulang-ulang.
Idea awal, kenal pasti,
tindakan yang diambil,
perhati, kenal pasti, ulang
semula.
PERINGKAT
4 peringkat
: perancangan (plan), tindakan
(act), pemerhatian (observe),
refleksi (reflect)
Peringkat yang berulang-ulang
SENARAI RUJUKAN
Modul PGSR Penyelidikan Tindakan 1
PDF Penyelidikan Tindakan
(http://riaucpd.files.wordpress.com/2011/10/ba
b-4-penyelidikan-tindakan-35-54.pdf)
(http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/Nota_Penyelid
ikanTindakanI_PKP3113.pdf)
Power point Kajian Tindakan
(http://www.slideshare.net/malingall/konsep-
dan-model-kajian-tindakan)

Anda mungkin juga menyukai