Refleksi Bina Insan Guru

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI BINA INSAN GURU

Saya telah diberi tugas sebagai AJK peralatan di mana bagi saya, tugas ini
adalah sangat berat sekali kerana kami perlu memastikan barang-barang yang
dibawa oleh kami nanti tidak ada yang kurang. Kelancaran program juga banyak
bergantung kepada kami memandangkan kebanyakan aktiviti memerlukan peralatan.
Namun begitu, dengan kerjasama dari semua, tugas ini mampu dilaksanakan
dengan baik dan aktiviti berjalan dengan lancar.
Setibanya kami di sana, semua peserta bekerjasama untuk mengeluarkan
barang dan tugas telah diberikan kepada beberapa orang tertentu untuk mengemas
surau dan dapur. Semua melakukan tugas dengan pantas kerana risau akan hujan
memandangkan sebelum ini, hujan telah turun setiap hari dengan lebatnya.
Seperti dijangka, tidak lama selepas khemas dipasang dan selepas
membersihkan tapak perkhemahan,hujan telah turun. Ini memaksa peserta untuk ke
surau sementara menantikan arahan selanjutnya dari kem komandan.
Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya kerana mengikut jadual, saya
akan berada di dapur dan menguruskan makanan. Ini juga merupakan salah satu
cabaran yang terpaksa saya hadapi kerana untuk menyediakan makanan bagi 116
orang bukanlah mudah. Namun, dengan bantuan rakan-rakan yang lebih
perpengalaman dan cekap, terutamanya ketua biro makanan, kami telah dipuji
kerana walaupun bilangan kami lebih ramai, tetapi kamilah satu-satunya kumpulan
yang berjaya menghidangkan makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pada keesokkan harinya, aktiviti kembara dan aktiviti air telah dijalankan.
Saya berada di dalam kumpulan kembara dan aktiviti ini banyak mengajar saya erti
kerjasama dan kesabaran. Apa yang menarik, aktiviti ini telah berlangsung
sepenuhnya semasa hujan dan ini menambah cabaran yang terpaksa kami hadapi.
Selesai sahaja aktiviti, kami telah diberitahu bahawa kami terpaksa pulang ke
institut lebih awal kerana khuatir akan keselamatan kami. Walaupun terkilan kerana
masih banyak aktiviti yang belum dijalankan, kami akur sahaja perintah dan selepas
membersihkan diri, kami bersama-sama mengemas barang dan peralatan untuk
dibawa pulang.

Anda mungkin juga menyukai