Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami panjatkan rasa syukur kami terhadap nikmatmu yang telah engkau kurniakan

kepada kami selama ini Ya Allah. Engkau Rahmatilah dan berkatilah majlis kami pada petang ini Ya Allah agar ianya
berlangsung dengan suasana yang penuh mahabbah dan persaudaraan keranamu Ya Allah.
Pada petang ini kami berkumpul dan berhimpun keranamu Ya Allah, Kami berkumpul bagi menjayakan satu
majlis yang amat bermakna bagi kami semua Ya Allah iaitu Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Tikam Batu bagi kali yang ke-40.
Sesungguhnya kami berkumpul pada petang ini untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbang buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini demi kebaikan anak-anak
kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini
sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang, sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang
akan melahirkan murid-murid yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami semua sedar akan tanggungjawab kami terhadap anak-anak.Seandainya kami ini
alpa dan leka terhadap tanggungjawab yang telah engkau amanahkan kepada kami ini, oleh itu engkau ampunilah
dosa kami Ya Allah, pempinlah kami Ya Allah agar kami ini menjadi hamba-hambamu yang sentiasa mentaatimu
dan juga sebagai ibubapa yang sentiasa perihatin terhadap masa depan anak-anak kami. Engkau hidupkanlah
dalam hati-hati kami ini dengan rasa tanggungjawab terhadap amanahmu dalam mendidik anak-anak Ya Allah.
Jadikanlah anak-anak kami sebagai anak anak yang taat kepada perintahmu, berakhlak mulia dan menjadi
penyejuk mata ibu ayah, anak yang cintakan ilmu pengetahuan, berwawasan jauh, menjadi contoh kepada
generasi yang akan datang.
Akhir sekali Ya Allah, kami memohon kepadamu Ya Allah engkau jadikanlah kami ibubapa, guru-guru serta waris
yang datang pada petang ini sentiasa sedar dan meletakkan tanggungjawab mendidik ana-anak sebagai satu
amanah darimu Ya Allah. Selain itu, perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan di antara kami,
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang membawa kepada keselamatan dan
keharmonian dalam menyelesaikan segala permasalahan yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan
ibubapa di sekolah ini. Amin Amin Amin, Ya Robbal Alamin

Anda mungkin juga menyukai