Anda di halaman 1dari 14

1

Pengenalan
Penggunaan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dianggap berkesan untuk
mencapai sesuatu objektif khusus yang hendak dicapai olehMenurut Menurut Juriah Long,
Ruminah Sabran dan Sofia Hamid (1990), teknik merupakan cara-cara mengajar yang
khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran. Teknik juga adalah satu alat yang digunakan
oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang dipilih untuk
digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, seseorang
guru haruslah memilih sesuatu teknik untuk mengajar bersesuaian dengan kaedah yang
digunakan.
Menurut Kamaruddin Hj Husain (1998), teknik pengajaran bahasa mempunyai
beberapa teknik .Di antaranya ialah :
a) untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh menarik
minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa
ingin tahu mereka.
b) untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif objektif pengajaran
yang dipelajari dengan mudah dan berkesan.

Di antara cara-cara atau alat mengajar sesuatu pelajaran itu ialah permainan bahasa
,perbincangan,penyelesaian masalah, bercerita, berlakon, latih tubi, main peranan dan soal
jawab. Namun apa yang akan saya jelaskan bagi mengikut kehendak tugasan ialah teknik
latih tubi, bercerita dan permainan bahasa.

Konsep, objektif , prinsip dan langkah pengajaran bagi teknik permainan bahasa, teknik latih
tubi dan teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijelaskan
melalui jadual dibawah ini :

Teknik permainan
bahasa
Teknik Latih Tubi Teknik bercerita
Konsep 1. Teknik yang
digunakan untuk
mempelajari bahasa
melalui permainan.
2. Penglibatan murid
dalam permainan
secara aktif dan
menyeronokkan.
1. Teknik ini berasaskan
kaedah pengajaran
bahasa dengar dan
sebut (audiolingual)
yang biasanya
digunakan dalam
pengajaran bahasa
kedua (Tuan Jah Tuan
1.Membina kecekapan
berbahasa murid.
2.Melibatkan latihan
pemahaman,
keluasan perbenda
haraan kata dan
tatabahasa
3. Cerita yang
2

3. Digunakan sebagai
alat pengesanan
(diagnostik).
4. Menggunakan
pelbagai kemahiran
berbahasa murid
seperti mendengar,
bertutur, membaca
dan menulis.

Yusof dan Faridah
Nazir ,2012)
2. Ianya juga dikenali
sebagai teknik
menghafaz.
3. Menitikberatkan
kemahiran mendengar
dan bertutur.
4. Sesuai untuk mengajar
isi kandungan
pengajaran yang
memerlukan ikutan
dan ulangan.
5. Penekanan diberikan
terhadap lima aspek
bahasa iaitu
sebutan,tatabahasa,
perbendaharaan
kata,kefasihan dan
kefahaman.
disampaikan
mempunyai hubung
kait dengan
kehidupan seharian
murid atau sejarah
murid itu sendiri.
4. Menggabungjalinkan
Kemahiran berbaha
sa sepertimen
dengar, bertutur,
menulis dan mem
baca cerita.
5. Penglibatan murid
dalam menjawab
soalan-soalan yang
dikemukakan atau
pelaksanaan lakonan
semula.
Objektif
Menurut Juriah Long,
Ruminah Sabran dan
Sofia Hamid (1990),
diantara objektif
teknik permainan
bahasa ialah :
1. Mewujudkan
suasana
pembelajaran bahasa
yang selesa dan
menggembirakan.
2. Membolehkan murid
menggunakan
bahasa sebagai alat
perantaraan semasa
bermain.
3. Meneguhkan
Menurut Tuan Jah Tuan
Yusof dan Faridah Nazir
(2012), objektif
menggunakan teknik ini
adalah bertujuan untuk
mencapai penguasaan
kemahiran di samping
menjamin ketekalannya.
Menurut Juriah Long,
Ruminah Sabran dan
Sofia Hamid (1990)
pula,teknik latih tubi
adalah untuk melatih
murid-murid meguasai dan
menggunakan struktur
bahasa dan rumusan
1. Bercerita yang
bermanfaat dapat
memperkembang
kan aspek kognitif,
afektif dan
psikomotor murid
2. Menerusi cerita,
murid boleh
mendapatkan
maklumat tentang
fakta, konsep atau
pengetahuan yang
digabungjalinkan
dalam sesuatu
kisah.
3. Mampu
3

penggunaan unsur-
unsur bahasa
tertentu tapa disedari
oleh murid.
4. Mewujudkan situasi
sosial yang sihat bagi
membolehkan murid-
murid berinteraksi
dengan rakan sebaya
mereka.
5. Mendorong minat
murid untuk
bekerjasama bagi
menjayakan sesuatu
tugas yang diberi.


Objektif tersirat
1. Merangsang interaksi
verbal pelajar,
menambah kefasihan
dan keyakinan
pelajar,
Menyediakan
konteks
pembelajaran.
2. Bertindak sebagai
alat yang dapat
mengikis rasa bosan
3. Boleh dijadikan
sebagai alat
pemulihan,
pengukuhan dan
pengayaan (Adenan
Ayob dan Khairuddin
Mohamad , 2012).


bahasa. meningkatkan
kefahaman
terhadap isi-isi
pelajaran.
4. Mampu
menanamkan sikap
jujur,berani, setia ,
ramah dan sikap
positif yang
berguna dalam
pembentukan
keperibadian murid.
5. Membantu murid
menggabungjalinka
n kemahiran
berbahasa seperti
mendengar,bertutur
, menulis dan
membaca semasa
murid mendengar
dan membaca
cerita.

4

Prinsip 1. Memerlukan
persediaan yang
tidak terlalu banyak.
2. Senang dimain tetapi
dapat memberi
cabaran terhadap
daya pemikiran
murid-murid.
3. Pendek dan dapat
memenuhi jangka
waktu mengajar yang
biasa.
4. Dapat menghiburkan
murid di samping
kelas yang terkawal.


1. Memberi penekanan
terhadap lima aspek
kebolehan
menggunakan
bahasa seperti
sebutan, tatabahasa,
perbendaharaan kata,
kefasihan dan
kefahaman.
2. Melibatkan pengula-
Langan fakta-fakta atau
kecekapan yang
dipelajari.
3. Guru harus tahu dan
ingat bahawa teknik
yang ingin digunakan ini
berada dalam
pengetahuan dan
penguasaan mereka.
1. 1.Plot cerita yang
mudah dengan
menggunakan
perkataan sendiri
bagi menyesuaikan
dengan keupayaan
murid supaya
mereka mudah
difahami dan
menerima cerita
tersebut.
2. Penggunaan carta
alir sebagai
ringkasan bagi
rujukan guru tidak
lupa dan jalan cerita
yang disampaikan
guru menjadi lebih
lancar.
3. Guru menggunakan
alat bantu mengajar
atau bahan bantu
mengajar yang
berkaitan dengan
cerita bagi
menjadikan sesi
bercerita dapat
menarik minat
murid.
4. Guru haruslah
menghasilkan mutu
suara dan intonasi
serta penampilan
gaya yang sesuai
dan kena dengan
jalan cerita supaya
5

murid tidak merasa
bosan dan keadaan
murid lebih terkawal
Langkah Menurut Juriah Long,
Ruminah Sabran dan
Sofia Hamid (1990), di
antara langkah-langkah
yang perlu diambil untuk
melaksanakan teknik
permainan bahasa
dengan baik ialah :
1. Guru perlu pastikan
permainan yang
dipilih melibatkan se
mua orang murid
sama ada secara
individu atau
kumpulan.

2. Guru memberi
arahan yang jelas
tentang perjalanan
permainan dan
peraturan-peraturan
yang perlu diikuti.


3. Guru mengawasi
pelaksanaan
permainan.

4. Guru
memberhentikan
aktiviti permainan
bahasa pada masa
yang ditetapkan.
Menurut Kamaruddin Hj
Husin (1998), langkah-
langkah pengajaran
bahasa dengan
menggunakan teknik latih
tubi adalah seperti berikut
:
1. Memikirkan bahan
yang dipelajari. Ini
bermaksud murid-
murid diminta
menumpukan
perhatian kepada isi
kandungan yang harus
diingat.

2. Mengulang bahan
yang dipelajari . Ini
bermaksud murid-
murid dilatih berulang
kali sehingga apa yang
dipelajari itu menjadi
sebati dan murid-murid
tidak teragak-agak
untuk menyebutnya.

3. Mengucapkan bahan
di hadapan guru. Ini
bermaksud supaya
orang lain dapat
menyemak atau
membetulkan
kesalahan yang
mungkin berlaku.
1. Guru memilih cerita
yang sesuai dengan
umur, kecerdasan
dan minat murid.
Kemudian sesuaikan
dengan isi pelajaran
yang hendak
disampaikan.

2. Kaji cerita tersebut
dan cuba masukkan
aspek-aspek bahasa
yang hendak
disampaikan dalam
cerita itu.

3. Menghafaz frasa-
frasa atau ayat-ayat
penting atau lain-lain
aspek bahasa yang
hendak disampaikan
itu.

4. Melatih murid
bercerita seolah-
olah guru berada di
hadapan murid
sekurang-kurangnya
sekali sebelum guru
menggunakan
teknik itu.


5. Guru bercerita
6



4. Mengingatkan bahan
yang dipelajari. Ini
merupakan peringkat
terakhir dalam proses
menghafaz. Murid-
murid diminta
mengingatkan secara
bersendirian bahan
yang telah dipelajari itu
supaya menjadi lebih
kekal.

dalam keadaan
yang selesa dan
berikan penekanan
kepada aspek-
aspek bahasa yang
hendak diajarkan

6. Guru boleh
menggunakan gambar,
objek-objek sebenar
atau lain-lain alat bantu
mengajar.

7. Menyediakan
bahan-bahan bahasa
yang hendak
disampaikan seperti
kad-kad
perkataan,frasa-frasa
atau ayat-ayat dan lain-
lain yang berkaitan
dengan aspek bahasa
yang hendak
disampaikan untuk
pengajaran dan
penerangan yang
selanjutnya.










7

























Pengenalan
Apabila seseorang guru ingin melaksanakan sesuatu pengajaran di sekolah,
guru seharusnya mempunyai perancangan terlebih dahulu tentang bagaimana beliau ingin
menyampaikan isi pelajaran dan seterusnya memastikan pembelajaran berlaku pada hari
tersebut. Oleh yang demikian, guru seharusnya perlu mempunyai kefahaman tentang
strategi, pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran yang bakal digunakan dalam sesi
pengajarannya. Seterusnya, dengan menyesuaikan perkara-perkara tadi dengan isi
pelajaran, baharulah seorang guru dapat memilih apakah strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang sesuai digunakan. Sehubungan dengan itu, guru perlulah
memahami dengan baik dan dapat membanding bezakan di antara strategi,pendekatan ,
kaedah dan teknik pengajaran. Mengikut Tuan Jah Tuan Yusof (2013), strategi dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran bermaksud kebijaksanaan guru memilih pendekatan
8

serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.
Di antara strategi yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
strategi berpusatkan murid,strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan bahan serta
strategi berpusatkan masalah, namun strategi yang sangat disarankan oleh pihak
Kementertian Pelajaran Malaysia ialah strategi berpusatkan murid. Pendekatan dalam
bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang akan diamalkan dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran ( Kamarudin Hj. Hassan ,1998 ). Menurut Juriah Long,
Ruminah Sabran dan Sofia Hamid (1990), pendekatan pengajaran bahasa merupakan
orientasi atau pegangan ilmu linguistik dan psikologi yang dapat digunakan oleh seseorang
guru bagi menyelesaikan masalah pengajaran bahasa. Masalah pengajaran bahasa ini pula
khususnya merujuk kepada masalah apa yang hendak diajar dan bagaimana cara mengajar
bahasa.
Bagi mendefinisikan kaedah, menurut Kamarudin Hj Hassan (1998) , kaedah
merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif
pelajaran tertentu dalam jangka masa yang pendek. Dalam erti kata lain, ianya juga
merupakan cara untuk mendekati sesuatu objektif pelajaran di mana penyampaian langkah-
langkahnya disusun dengan rapi dan teliti. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011)
pula berpendapat dalam konteks pendidikan, teknik pengajaran merupakan taktik atau
cara-cara yang digunakan oleh seseorang guru untuk mencapai hasil segera yang
maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik boleh dijadikan sebagai alat
yang boleh membantu dalam sesi pengajaran seseorang guru untuk menyampaikan
sesuatu isi pelajaran.

Di dalam pengajaran bahasa Melayu, terdapat beberapa konsep pendekatan
yang boleh digunakan semasa pengajaran. Di antaranya pendekatan induktif, deduktif,
elektif dan komunikatif.

1.0 Pendekatan Induktif
Seperti yang telah dijelaskan di awal tadi, pendekatan merupakan sesuatu teori yang akan
diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Teori yang akan diguna pakai ini
biasanya disesuaikan dengan isi pelajaran yang akan diajar bagi mencapai matlamat
pembelajaran pada hari tersebut. Pendekatan yang telah dipilih dan digunakan haruslah
sesuai dengan perkembangan diri dan keupayaan murid supaya suasana pembelajaran
menjadi menarik dan berkesan kepada murid. Pendekatan induktif didefinisikan
sebagai penekanan terhadap perancangan aktiviti yang menonjolkan contoh-contoh konkrit
tentang sesuatu isi pelajaran ( Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad, 2012). Dalam
9

pengajaran bahasa Melayu, pendekatan ini mengutamakan contoh penggunaan bahasa
daripada hukum atau peraturan bahasa.

Pengajaran dimulakan dengan memberikan contoh penggunaan unsur-unsur
bahasa yang diajar sebelum seseorang guru menghuraikan peraturan bagi unsur bahasa
tersebut. Murid meneliti contoh yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, dalam
pengajaran ayat-ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan
contoh-contoh ayat tunggal. Langkah seterusnya murid akan mengumpul data berdasarkan
contoh-contoh lain yang telah diberikan dan menganalisis ayat-ayat tersebut. Pada langkah
ini murid akan mengkaji dan memberikan sebab untuk membuktikan kesahihan contoh tadi.
Pada langkah terakhir, baharulah guru akan memandu murid-murid supaya dapat membuat
generalisasi atau kesimpulan. Oleh itu berdasarkan contoh pengajaran ayat tunggal tadi,
dengan berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan membimbing murid sehingga
sampai kepada takrif ayat tunggal.

1.1 Prinsip Pendekatan induktif
Menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012), terdapat tujuh prinsip yang paling
asas dalan pendekatan induktif. Di antaranya ialah :
a) Memberikan contoh yang relevan untuk menerangkan isi
b) Membimbing murid untuk membuat kesimpulan
c) Memberikan peluang kepada murid untuk memerhati dan menganalisi sesuatu
contoh supaya mampu membuat kesimpulan
d) Merancang aktiviti pengajaran daripada contoh-contoh yang khusus kepada
kesimpulan yang umum.
e) Memaparkan contoh-contoh khusus untuk dipelbagaikan dengan mengambil kira
ciri-ciri yang sama dan mudah bagi murid mengenal pasti ciri-ciri berkenaan.
f) Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memudahkan murid
memperolehi sesuatu kesimpulan.
g) Mengajar dengan berpandukan urutan yang tepat.

Secara ringkasnya, proses pengajaran bahasa Melayu mengikut pendekatan induktif serta
konsep dalam pendekatan ini boleh diringkas dan dirumuskan seperti rajah berikut:
10


Rajah 1.0 : Rajah Konsep Pendekatan Induktif

2.0 Pendekatan Deduktif
Pendekatan deduktif merupakan songsangan daripada pendekatan induktif.
Pendekatan deduktif mengutamakan hukum atau peraturan bahasa daripada penggunaan
bahasa (Juriah Long, Ruminah Sabran dan Sofia Hamid ,1990). Menurut Tuan Jah Tuan
Yusof (2013), pendekatan ini mengutamakan generalisasi yang dilakukan dibahagian awal
pengajaran dan kemudian bergerak kepada contoh-contoh yang disediakan. Proses
pengajaran dengan menggunakan pendekatan deduktif bermula daripada masalah,hipotesis
atau andaian kemudian diikuti oleh contoh-contoh yang khusus ( Adenan Ayob & Khairuddin
Mohamad, 2012 ). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan
ini, biasanya guru memberi takrifan atau definisi terlebih dahulu di samping menjelaskan isi
pelajaran yang hendak diajar pada hari tersebut.Dalam erti kata yang lain, pendekatan ini
mengutamakan generalisasi dilakukan di bahagian awal pengajaran dan selepas itu
bergerak kepada contoh-contoh. Contoh-contoh yang telah dipilih pula haruslah mencukup
dan sesuai dengan keupayaan murid.Sebagai contoh , apabila seseorang guru ingin
mengajar ayat tunggal , beliau hendaklah memberi takrifan apakah itu ayat tunggal terlebih
dahulu. Kemudiannya baharulah guru akan menunjukkan contoh-contoh penggunaan ayat
tunggal (penggunaan bahasa).

Berdasarkan contoh-contoh inilah, guru memberikan latihan kepada murid.

Dalam pendekatan ini juga ,murid dibimbing untuk mengingat kembali hukum
,rumus,generalisasi, prinsip atau teori bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah
yang diutarakan. Dalam bimbingan ini, guru tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan
masalah ,tetapi guru boleh membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka
dapat menyelesaikan masalah itu sendiri.
Murid meneliti
contoh
Mengumpul data
berdasarkan contoh-
contoh lain
Menganalisis dan mengkaji data
yang dikumpul
Membuat generalisasi atau rumusan atau
kesimpulan
11



2.1 Konsep Pendekatan Deduktif Dalam Pengajaran Bahasa
Menurut Kamarudin Hj Husin (1998) ,konsep-konsep deduktif yang terdapat dalam
pengajaran bahasa ialah :
a) Mempelajari sesuatu berdasarkan hokum
b) Ianya merupakan satu proses penaakulan. Kaedah ini bertujuan mendapatkan fakta
atau contoh-contoh tertentu daripada peraturan-peraturan umum.
c) Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum
d) Menganalisa fakta atau isi yang membentuk generalisasi.
e) Membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang lebih spesifik
(khusus)
Melalui definisi dan konsep pendekatan deduktif seperti yang dinyatakan di atas, secara
ringkasnya pendekatan deduktif dalam pengajaran bahasa boleh dirumuskan melalui rajah
berikut :


Rajah 1.1 : Konsep Pendekatan Deduktif


3.0 Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan
induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran (Tuan Jah Tuan Yusof,
2013). Ianya menggabungkan segala ciri yang baik yang terdapat dalam pendekatan-
pendekatan tersebut untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran
tertentu. Ciri-ciri yang baik ini perlu diberi perhatian bagi menghasilkan satu strategi
pengajaran dan pembelajaran yang seimbang, berfaedah dan efektif.
Oleh itu, dengan mempunyai kelebihan-kelebihan ini, guru dapat mengubahsuai dan
mentadbir pengajaran mereka dengan lebih mudah disebabkan sifatnya yang berubah-
Membuat generalisasi
Murid memahami generalisasi yang
dibuat
Murid mengenal pasti dan memberi
contoh-contoh lain
12

ubah. Guru dapat memberikan banyak contoh dan penerangan yang boleh meningkatkan
pemahaman pelajar. Pendekatan ini juga sangat sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang
terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.

3.1 Konsep Pendekatan Eklektik
Terdapat dua variasi pendekatan eklektik yang digunakan dalam konsep pendekatan ini
iaitu :

3.1.1 Model Pendekatan Eklektik 1
Generalisasi contoh generalisasi


deduktif induktif

Berdasarkan model di atas, pendekatan ini dimulakan dengan generalisasi diikuti
oleh contoh-contoh dan kemudiannya diakhiri dengan memberikan generalisasi sekali lagi.
Ini bermakna, guru haruslah menerangkan terlebih dahulu peraturan-peraturan, hukum dan
syarat-syarat serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak
dipelajari.

Penerangan ini diberikan sebelum guru berkenaan memberikan conton-contoh yang
diperlukan. Selepas itu, guru akan menerangkan sekali lagi peraturan-peraturan tersebut
sebelum menutup pengajaran mereka pada hari tersebut.

3.1.2 Model Pendekatan Eklektik 2

Contoh generalisasi contoh


induktif deduktif

13

Dalam model di atas, pengajaran guru dimulakan dengan memberi contoh-contoh, diikuti
oleh generalisasi dan kemudiannya diakhiri dengan memberikan contoh-contoh sekali lagi.
Ini bermaksud, diperingkat awal, guru harus memberikan sebanyak mungkin contoh-contoh
terlebih dahulu sebelum peraturan-peraturan, hukum-hukum yang berkaitan dengan aspek
bahasa dijelaskan. Di akhirnya, guru akan sekali lagi memberikan contoh sebagai
pengukuhan.

4.0 Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif merupakan kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa
mestilah merangkumi kecekapan bahasa iaitu penguasaan system tatabahasa serta tahap
kecekapan komunikasi (Juriah Long, Ruminah Sabran dan Sofia Hamid ,1990). Pendekatan
komunikatif ini wujud kerana didapati pendekatan-pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang
terkeluar pada konteks wacana ( Kamarudin Hj Husin , 1998). Dengan sebab itu, hasilnya di
dapati ramai pelajar tidak dapat menguasai kecekapan berkomunikasi terutamanya dalam
menyatakan pemikiran mereka sendiri walaupun mereka mahir dalam tatabahasa.
Pengajaran bahasa mengikut pendekatan komunikatif disusun mengikut fungsi
komunikasi seperti meminta, menjemput, melapor, menafikan, bercerita, memberikan
arahan, menyatakan dan sebagainya. Fungsi ini disusun dan diajar mengikut apa yang
diperlukan oleh pelajar bagi membantu mereka untuk berkomunikasi di bilik darjah atau
digunakan dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan. Di samping fungsi
komunikatif, struktur bahasa juga diajar kerana tanpa kecekapan berbahasa, murid juga
tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Struktur bahasa yang hendak diajar juga haruslah
bersesuaian dengan fungsi komunikatif yang dipelajari.
Selain daripada fungsi bahasa sebagai alat komunikatif, faktor-faktor kognitif dan
sosiobudaya juga turut mempengaruhi kecekapan berbahasa serta kecekapan
berkomunikasi seorang penutur dalam masyarakat bahasa itu.
4.1 Konsep pendekatan Komunikatif
Menurut Adenan & Khairuddin Mohamad (2012), terdapat beberapa prinsip asas yang
membolehkan guru bahasa membina teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa
yang membolehkan pelajar menggunakan bahasa untuk berkomunikasi di bilik darjah. Di
antaranya ialah :
a) Murid perlu mengetahui tujuan setiap aktiviti bahasa yang dilaksanakan.
Dalam setiap pengajaran bahasa, seorang guru haruslah merancang aktiviti yang
memerlukan murid menggunakan bahasa untuk berkomunikasi . Contohnya dalam
pelajaran bacaan, murid ditugaskan untuk membaca bagi mengumpul maklumat yang akan
diberikan kepada seorang kawan. Maklumat yang akan disampaikan dibuat secara lisan
atau bertulis. Dalam pelajaran ini, tujuan aktiviti diberitahu kepada murid terlebih dahulu
bagi memastikan ianya bermakna kepada murid tersebut.
b) Pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks wacana
14

Dalam pengajaran bahasa ini, seorang guru haruslah mengajar bahasa yang
melampaui batas ayat supaya murid betul-betul boleh boleh berkomunikasi dengan
berkesan. Dengan mewujudkan situasi seperti dalam bilik darjah, murid boleh
berkomunikasi menggunakan bahasa yang digunakkan dalam kehidupan seharian mereka.

c) Pengajaran bahasa perlu berpandukan proses komunikasi yang sebenar
Pengajaran bahasa menggunakan pendekatan pendekatan komunikatif membolehkan
murid berkomunikasi.Oleh itu pengajaran bahasa perlu mengandungi tiga proses
komunikasi iaitu jurang maklumat, pilihan dan maklum balas ( Kamaruddin Hj Husin , 1998).
i) Jurang maklumat ialah seorang daripada mereka yang terlibat dalam komunikasi
mengetahui sesuatu perkara yang tidak diketahui oleh yang lain. Oleh yang demikian,
komunikasi bertujuan mengurangkan jurang maklumat tersebut.
ii) Pilihan melibatkan orang yg berkomunikasi dimana mereka boleh membuat pilihan
tentang apa yang hendak dikatakan dan bagaimana cara hendak menghasilkan sesuatu
ungkapan dengan menggunakan bahasa yang sesuai, betul dan tepat.

iii) Maklum balas membolehkan aktiviti komunikasi yang berlaku dalam bilik darjah
sehingga mencapai tujuannya. Contohnya, apabila seseorang murid berkata sesuatu
kepada murid yang lain sama ada dengan tujuan menjemput, mengadu, memberitahu dan
sebagainya, dia akan merancang bahasa yang digunakan supaya tercapai tujuan-tujuan
tadi. Jawapan yang diterima adalah maklum balas kepada percakapannya tadi.
Langkah-langkah dalam pendekatan komunikatif boleh dirumuskan dalam carta alir
berikut:
Latihan melalui soalan atau memberikan situasi dengan menggunakan struktur bahasa
yang tepat dan sesuai dengan aktiviti komunikasi (gunakan pendekatan induktif dan
deduktif)

Interaksi antara murid melalui perbincangan tentang tugasan

Pertanyaan dan perbincangan dengan guru