Anda di halaman 1dari 393

i

PROSIDING JILID 2
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2010
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
22 OKTOBER 2013

PENYELIDIKAN TINDAKAN MENJANA TRANSFORMASI KUALITI PENDIDIKAN

Anjuran bersama

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
dan
Pelajar-pelajar PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2010
SIDANG PENYUNTING
Dr Ramesh Rao
Pn Santhi Periasamy
Dr Ismail Raduan
Dr Raja Gopal
Datin Norliza binti Abdul Majid
Cik Grace Chang Siew Yeng
Pn Jeya Velu
Ahmad Mustaqim bin Khairuddin
Asrul bin Samat






ii

PROSIDING JILID 2
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2010
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Terbitan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi
kandungan dalam prosiding ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum
mendapatkan keizinan dari Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

Perundingan tertakluk kepada royalti atau honorarium

Diatur huruf Asrul Bin Samat
Grafik kulit buku Asrul Bin Samat
Muka taip teks Arial 10
ISBN 978-967-5580-01-7
Percetakan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur





iii

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR SEMINAR
PENYELIDIKAN TINDAKAN PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2010
BIL TAJUK HALAMAN
1 Meningkatkan Kreativiti Dalam Penghasilan Arca Berfungsi Menggunakan
Kaedah Portfolio Dalam Kalangan Murid Tahun 5
Asrul Bin Samat & Azlina Abdul Rani

1
2 Meningkatkan Kemahiran Membuat Corak Terancang Menggunakan Teknik
Lipatan Dan Guntingan Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Melalui Pembelajaran
Masteri
Hafizah Binti Daim & Zaharah Binti Mohamad

6
3 Meningkatkan Kemahiran Mencampurkan Warna Bagi Murid Tahun 5 Amanah
Dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Bbm) Melalui Kaedah Demonstrasi
Hafizul Syarafi Bin Mohd Noor & Nor Azizah Binti Atan

11
4 Meningkatkan Kemahiran Membuat Apresiasi Dalam Kalangan
Murid 3 Utarid Melalui Kaedah Nyanyian
Jude Annecella Simon Fong & Salehuddin Bin Zakaria

16
5 Meningkatkan Kemahiran Menghasilkan Lipatan Dan Guntingan Dalam
Kalangan Murid Tahun 5 Melalui Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek
Kirheba Murugan A/L Krishnan & Azlina Binti Abdul Rani

21
6 Meningkatkan Kemahiran Melakar Dalam Aktiviti Melukis Bagi Murid Tahun 5
Melalui Pembelajaran Masteri
Mohamad Hafiz Bin Muhamad & Zainun Binti Abu Bakar

26
7 Meningkatkan Kemahiran Mewarna Kraf Batik Basah Atas Basah Bagi Murid
Tahun 5 Menggunakan Kaedah Demonstrasi
Mohamad Safuan Bin Mohamad Idris & Faridah Anum Binti Abdul Wahid

31
8 Meningkatkan Kemahiran Membuat Topeng Muka Bagi Murid Tahun 4 Melalui
Kaedah Penerokaan Alat Dan Bahan
Mohamad Nur Fadhlan B Shes Sueiba & Faridah Anum Binti Abdul Wahid

36
9 Meningkatkan Kemahiran Psikomotor Halus Iaitu Menggunting Dalam Aktiviti
Membuat Model Murid Tahun Tiga Amal Melalui Kaedah Pembelajaran Masteri
Mohd Asyraf Bin Mohd Zubir & Nor Azizah Binti Atan

40
10 Meningkatkan Kemahiran Psikomotor Halus Dalam Membuat Lukisan Figuratif
Menggunakan Pensil Dalam Kalangan Murid Tahun 1 Melalui Pembelajaran
Masteri Mohd Yusri Bin Mohammed & Sharil Bin Awang

45
11 Meningkatkan Kemahiran Penguasaan Kontra Dalam Penghasilan Poster Bagi
Murid Tahun 5 Melalui Kaedah Pembelajaran Masteri
Muhammad Fakhrullah Bin Mohd Nasir & Shahril Awang

50
12 Meningkatkan Kemahiran Membuat Corak Menggunakan Unsur Garisan Dalam
Susunan Dam Bagi Murid Tahun 4 Ros Melalui Kaedah Demonstrasi
Nor Adilla Binti Che Mohamad & Nor Azizah Binti Atan

55
iv

13 Meningkatkan Tahap Penguasaan Bahan Dan Teknik Dalam Penghasilan Kolaj
Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek
Norsuhaila Binti Othman & Salehuddin Bin Zakaria

60
14 Meningkatkan Kemahiran Membuat Corak Orgee Dalam Kalangan Murid Tahun
Empat Kurnia Melalui Kaedah Latih Tubi
Nur Afifah Binti Azmi & Zaharah Binti Mohamad

65
15 Meningkatkan Kemahiran Pengaplikasian Unsur Ruang Di Dalam Aktiviti
Lukisan Bagi Murid Tahun 4 Utarid Melalui Kaedah Demonstrasi
Nur Akalili Fatin Binti Amin Nuddin & Zainun Binti Abu Bakar

70
16 Meningkatkan Kemahiran Melukis Lukisan Imitasi Menggunakan Media Pensel
Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Seroja Melalui Kaedah Garisan Grid
Nur Diyana Binti Zubiruddin & Nor Azizah Binti Atan

75
17 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Prinsip Imbangan Arca Mobail
Menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Kalangan
Tahun 5
Nur Yasmin Binti Ahmad Sapian & Zaharah Binti Mohamad

80
18 Meningkatkan Penggunaan Jalinan Dalam Karya Lukisan Dalam Kalangan
Murid Tahun 4 Karisma Dengan Menggunakan Kaedah Inkuiri-Penemuan.
Nursuhailah Binti Mohamed Kassin & Faridah Anum Binti Abdul Wahid

85
19 Meningkatkan Kemahiran Menghasilkan Ton Warna Menggunakan Media
Pensel Warna Dalam Bidang Menggambar Bagi Murid Tahun 3 Melalui
Penggunaan Modul
Nurul Aina Binti Khauli & Salehuddin Bin Zakaria

90
20 Meningkatkan Kemahiran Mewarna Menggunakan Warna Poster Dalam Aktiviti
Catan Bagi Murid Tahun 2 Melalui Teknik Latih Tubi
Nurul Hani Binti Abdul Manaf & Azlina Binti Abdul Rani

95
21 Meningkatkan Kemahiran Ton Terang Gelap Dalam Aktiviti Lukisan
Menggunakan Media Arang Melalui Kaedah Latih Tubi Dalam Kalangan Murid
Tahun 5 Kreatif
Nurul Nazihah Bt Jamaludin & Shahril Bin Awang

100
22 Meningkatkan Kemahiran Ton Warna Dengan Menggunakan Teknik Kolaj
Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Ehsan Melalui Kaedah Demonstrasi
Siti Aisyah Binti Abdul Hamid & Zaharah Binti Mohamad

105
23 Meningkatkan Kemahiran Mewarna Untuk Aktiviti Catan Bagi Murid Tahun 6
Jaya Dengan Berbantukan Perisian Adobe Photoshop Melalui Model
Pembelajaran Masteri
Wan Zulfadli Ad-Dinnie Bin Wan Azmi & Zainun Binti Abu Bakar

110
24 Meningkatkan Nyanyian Solfa Dalam Skel Pentatonik Mengikut Urutan Solfa
Kodaly Menggunakan Isyarat Tangan Curwen Dalam Kalangan Murid Tahun 4
Cemerlang
Ahmad Syafiq Bin Muhamad & Yusri Bin Hj. Hussain



115
v

25 Meningkatkan Kemahiran Menyanyi Pic Yang Tepat Dengan Menggunakan
Kaedah Pendengaran Dalaman
Allnie Bt. James
121

26

Meningkatkan Kemahiran Memainkan Rekoder Dengan Teknik Yang Betul
Melalui Aplikasi Peneguhan Positif Di Kalangan Murid Tahun Empat
Ekmal Andsaler Bin Mohd Iskandar Andrew Abdullah & Lee Yoke Fun


125
27 Meningkatkan Kemahiran Penjarian Not Rekoder Murid Tahun 5 Dalam
Pembelajaran Pendidikan Muzik Menggunakan Kaedah Sebutan Nombor
Fara Azira Binti Mohamad Kasim

130
28 Meningkatkan Kemahiran Menyanyikan Pic Dengan Tepat Melalui Permainan
Skala Badan Dalam Kalangan Tahun 5 Zamrud
Felicia Joseph Kulip & Mah Kok Heng

134
29 Meningkatkan Kemahiran Membaca Notasi Muzik Di Dalam Permainan Rekoder
Bagi Murid Tahun 6 Wawasan Dengan Menggunakan Perisian Muzik Melalui
Kaedah Pembelajaran Masteri
Hazwan Syazlim & Yusri Hussain

139
30 Meningkatkan Kemahiran Memainkan Corak Irama Dalam Meter Lazim
Empatan Bagi Murid Tahun 4 Bestari Melalui Pendekatan Pembelajaran Masteri
Merlyn Binti Johnjin Dan Abdul Razak Bin Abdul Rahman

144
31 Meningkatkan Kemahiran Memainkan Corak Irama Menggunakan Alat Perkusi
Dalam Meter Empatan Menggunakan Kaedah Sebutan Berirama Adaptasi
Pendekatan Carl Orff Bagi Murid Tahun Tiga Bestari
Mohd Rifdi Zaman Bin Rozlan & Edna Wellington

149
32 Meningkatkan Kemahiran Membaca Dan Menepuk Corak Irama Menggunakan
Kaedah Permainan Kad Sebutan Berwarna Bagi Murid-Murid Tahun 3X
Muhamad Irfan Bin Ab Manaf Dan Laura Annie Lalita Rajamoney

154
33 Meningkatkan Kemahiran Improvisasi Dalam Penulisan Corak Irama Di
Kalangan Murid-Murid Tahun 6 Amanah Dengan Menggunakan Kaedah
Koperatif
Muhamad Khaidzir Bin Kassim & Yusri Bin Hj. Hussain

160
34 Meningkatkan Kualiti Ton Permainan Rekoder Murid Tahun 5 Bestari Dengan
Menggunakan Perisian Sonar 8
Muhammad Hafizuddin Bin Abdul Razak

166
35 Meningkatkan Kemahiran Bermain Corak Irama Menggunakan Alat Perkusi
Sambil Membaca Skor Secara Ensembel Melalui Kaedah Pembelajaran Masteri
Dalam Kalangan Murid Tahun Empat
Muhamad Khairulanuar B Saim & Ching Ing Hoe

170
36 Meningkatkan Kemahiran Penjarian Dalam Permainan Rekoder Murid Tahun 5
Zuhrah Dengan Menggunakan Warna Melalui Kaedah Pembelajaran Masteri
Muhammad Nuh Izzuddin Bin Jumali

175
37 Meningkatkan Kemahiran Membezakan Pic Melalui Kaedah Pendekatan
Eurhythmics Dalcroze Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Nilam
Nor Hidayah Binti Huri & Peter Ong
180
vi

38 Meningkatkan Kemahiran Membaca Notasi Melalui Permainan Rekoder Dalam
Kalangan Murid-Murid Tahun 4 Dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran
Masteri
Nur Syafiqa Binti Tajuddin & Peter Ong

186
39 Meningkatkan Kemahiran Mengimprovisasi Corak Irama Mudah Dalam Meter
Lazim Tigaan Dan Empatan Dengan Menggunakan Alat Perkusi Melalui Kaedah
Permainan Colour And Count Dalam Kalangan Murid Tahun 5
Christina Ak Gael@Qistina Gael Bt Abdullah

192
40 Meningkatkan Penghasilan Kualiti Ton Dalam Permainan Rekoder Bagi Murid
Tahun 5 Bestari Berbantukan Modul Persembahan Multimedia
Siti Nurfaezah Asri Binti Asirul Dan Abdul Razak Bin Abdul Rahman

197
41 Meningkatkan Kemahiran Menepuk Detik Mengikut Lagu Secara Konsisten
Dengan Menggunakan Kaedah Pergerakan Bagi Murid Tahun 1 Cekal
Sophia Anak Assom Dan Lee Yoke Fun

203
42 Meningkatkan Ketepatan Sasaran Ketika Melakukan Tendangan Leret Dalam
Permainan Bola Sepak Bagi Murid Tahun 4 Dedikasi Dengan Menggunakan
Kaedah Praktis Random
Ahmad Hafiz Bin Adnan & Dr. Mohd Khamdani Bin Sairi

208
43 Meningkatkan Daya Tahan Otot Tangan Menggunakan Latihan Bola Segar Bagi
Murid Tahun 5 Berlian
Ahmad Hasif Bin Mohamad & Rozila Binti Mohd Isa

213
44 Meningkatkan Ketangkasan Murid Lelaki Tahun 5 Dalam Permainan Bola
Sepak Dengan Menggunakan Latihan Lari Ulang Alik Antara Skital
Ahmed Nur Fadzruluddin Bin Che Ghani & Pn. Rozila Binti Mohd Isa
218
45 Meningkatkan Kemahiran Asas Menolak Permainan Hoki Bagi Murid Tahun 4
Dengan Menggunakan Gaya Pengajaran Resiprokal
Anis Nurshafira Binti Jamaludin & Mohd Khamdani Bin Sairi

223
46 Meningkatkan Kepantasan Dalam Lari Pecut Menggunakan Kaedah Latihan
Bebanan Dan Lari Pecut Bagi Murid Tahun Lima
Badrul Hisyam Bin Mohd Yahya & Zulkifli Bin Mat Som

228
47 Meningkatkan Kemahiran Hantaran Lob Pukulan Depan Murid-Murid Tahun 5
Amal Dalam Permainan Badminton Melalui Kaedah Latih Tubi
Dick Chong Shia Feng & Zulkifli Mat Som

233
48 Meningkatkan Kemahiran Asas Menendang Bola Dalam Kalangan Murid Tahun
2 Mawar Melalui Kaedah Latih Tubi.
Md Fuhad Bin Mon @ Nor & Jalaluddin Bi Hj Abd Latif

238
49 Meningkatkan Kemahiran Membaling Dan Menangkap Pundi Kacang Dalam
Kalangan Murid Tahun 3 Melalui Pendekatan Teaching Games For
Understanding
Mohd Arif Hussaini Bin Yaakub & Jalaluddin Bin Abd Latif

243
50 Meningkatkan Ketangkasan Murid Tahun 5 Orked Dengan Menggunakan
Latihan Litar
Muhammad Fakaruddin Bin Ab Hamid & Jalaluddin Bin Hj Abd Latif
248
vii

51 Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Bagi Murid Tahun 5 Lily Dengan
Menggunakan Latihan Lompat Tali
Muhammad Farhat Uzair Bin Baharuddin & Jalaluddin Bin Hj. Abd Latiff
252
52
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Murid Tahun Enam Dengan
Menggunakan Latihan Litar
Munirah Binti Mohamad & Jamaliyah Binti Ahmad
257
53 Meningkatkan Daya Tahan Otot Tangan Murid Tahun 6 Melalui Latihan
Bebanan
Nor Ramy Binti Mohd Lazim & Jamaliyah Binti Ahmad

262
54 Meningkatkan Kemahiran Memukul Bola Hoki Dengan Menggunakan Kad
Kriteria Dalam Pembelajaran Berasaskan Gaya Resiprokal Bagi Murid Tahun 4
Nur Ajlali Asmaa Binti Ismail & Mohd Khamdani Bin Sairi
268
55 Meningkatkan Tahap Ketangkasan Murid Perempuan Tahun 4 Dalam
Permainan Bola Baling Menggunakan Latihan Litar.
Nurul Nabihah Binti Azmi & Mohd Khamdani Bin Sairi

273
56 Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Dalam Kalangan Murid Tahun 5
Cekal Menggunakan Latihan Fartlek
Syahirul Razafli Bin Mat Zin & Mokhtar Bin Ahmad

278
57 Meningkatkan Daya Tahan Otot Abdomen Bagi Murid Tahun 4 Intan
Menggunakan Kaedah Latih Tubi Bervariasi
Syazwan Syafiqri Bin Abdul Razab & Rozila Binti Mohd Isa

283
58 Meningkatkan Kemahiran Hantaran Leret Dalam Permainan Bola Sepak Bagi
Murid Tahun 3 Berdikari Menggunakan Kaedah Latih Tubi
Tengku Mohd Fazli Bin Tengku Maidin & Mokhtar Bin Ahmad

288
59 Meningkatkan Kemahiran Menjaring Atas Kepala Dalam Permainan Bola Baling
Murid Tahun 4 Murni Menggunakan Kaedah Multimedia
Ukasyah Bin Dzul Bahak & Zulkifli Bin Mat Som

292
60 Meningkatkan Ketangkasan Larian Murid Tahun 6 Menggunakan Latihan Litar
Wan Nur Izatie Bt Wan Zaharudin & Jamaliyah Bt Ahmad

297
61 Meningkatkan Kuasa Eksplosif Kaki Dengan Kaedah Latihan Pliometrik Dalam
Kalangan Murid Tahun 4
Abdul Hadi Bin Khalid & Hafidzah Binti Abd Khafidz

302
62 Meningkatkan Kuasa Otot Kaki Dalam Kalangan Murid Tahun Lima Melalui
Kaedah Latihan Pliometrik
Afifah Binti Azizan & Jamaliyah Binti Ahmad

307
63 Meningkatkan Kemahiran Hantaran Atas Kepala Permainan Bola Jaring
Bagi Murid Tahun 4 Menggunakan Prinsip Ansur Maju
Ainul Mardhiyah Binti Mansor

312
64 Meningkatkan Kemahiran Hantaran Atas Kepala Dalam Permainan Bola Jaring
Dengan Menggunakan Prinsip Latih Tubi Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Maju
Azimah Bt. Abdul Razak & Ikmalhisam Bin Haji Daroji
317
viii

65 Penggunaan Token Ekonomi Dalam Mengurangkan Tingkah Laku Negatif
Murid Tahun 4 Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani
Dhavasini A/P Arumugham & Noraini Binti Mohamed

321
66 Meningkatkan Ketepatan Sasaran Semasa Melakukan Tendangan Leret Dalam
Permainan Bola Sepak Menggunakan Multimedia Bagi Murid Tahun 4 Nilam
Mohd Aliff Hakimi Bin Mohd Hassan & Rodzila Binti Mat Isa

326
67 Meningkatkan Kemahiran Servis Atas Tangan Bola Tampar Untuk Murid Tahun
6 Semangat Dengan Menggunakan Kaedah Latih Tubi
Muhamad Bukhari Bin Abdullah & Mokhtar Bin Ahmad

331
68 Meningkatkan Tahap Kelenturan Murid Tahun 6 Cekal Melalui Latihan Litar
Mohamad Fahruddin Bin Mohd Fazain & Noraini Binti Mohamed

336
69 Meningkatkan Jarak Lontaran Peluru Dengan Gaya Melungsur Selangkah
Dalam Kalangan Murid Tahun 6
Mohammad Saiful Azwa Bin Jusuh & Hafidzah Binti Abd Khafidz

341
70 Meningkatkan Kemahiran Jaringan Lompat Bola Baling Melalui Penggunaan
Video (Ansur Maju Kemahiran) Dalam Kalangan Murid Tahun Empat
Muhd Nurul Sholihin Bin Abdul Rani & Ikmalhisam Bin Haji Daroji

346
71 Meningkatkan Penglibatan Pelajar Obes Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Jasmani Bagi Murid Tahun 5 Menggunakan Pendekatan Teaching
Games For Understanding (TGFU)
Nik Mohd Muhazmee Bin Nik Mustapha & Noraini Binti Mohamed

351
72 Meningkatkan Masa Reaksi Tangan Dan Kaki Dalam Menjaga Gol Melalui
Praktis Random Dalam Kalangan Murid Tahun 4
Noor Asiah Binti Mohd Noor & Noraini Binti Mohamed

356
73 Meningkatkan Pencapaian Hasil Pembelajaran Kognitif Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dengan Menggunakan Bahan Bantu
Mengajar Dalam Kalangan Murid Tahun 4
Nurfaten Binti Ismail & Dr. Mohd Khamdani Bin Sairi

361
74 Meningkatkan Kemahiran Memukul Sofbol Dalam Kalangan Murid Tahun 5
Menggunakan Latihan Praktis Random
Nur Izzati Bt Abd Wahab & Hafidzah Bt Abd. Khafidz

366
75 Meningkatkan Penguasaan Koordinasi Mata-Tangan Bagi Murid Tahun 4
Dengan Menggunakan Kaedah Latihan Praktis Random
Nursyazwani Binti Abdullah & Ikmal Hisyam Bin Hj Daroji

371
76 Meningkatkan Kemahiran Servis Rendah Badminton Dengan Menggunakan
Maklum Balas Penambahbaikan Dalam Kalangan Murid Tahun 5
Sharifah Fakhira Binti Syed Mahbar & Hafidzah Binti Abd Khafidz

375
77 Meningkatkan Kekuatan Otot Tangan Bagi Hantaran Bahu Bola Baling Melalui
Kaedah Latihan Pliometrik Dalam Kalangan Murid Tahun Lima
Syafiq Bin Zainal & Zukkifli Bin Mat Som

380

1

MENINGKATKAN KREATIVITI DALAM PENGHASILAN ARCA BERFUNGSI MENGGUNAKAN
KAEDAH PORTFOLIO DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Oleh

ASRUL BIN SAMAT & AZLINA ABDUL RANI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kreativiti murid tahun 5 dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual, dalam penghasilan arca berfungsi menggunakan kaedah portfolio.
Seramai lima orang murid tahun 5 terlibat dalam kajian ini sebagai responden. Fokus utama kajian ini
ialah untuk menilai sejauh manakah penggunaan kaedah portfolio mampu meningkatkan kreativiti
murid tahun 5 dalam penghasilan arca berfungsi. Dalam tinjauan awal, sejumlah besar murid
mempunyai tahap kreativiti yang rendah dan tidak menyukai aktiviti menghasilkan arca berfungsi
kerana ianya memerlukan murid untuk berfikir dan mengeluarkan idea. Untuk menangani masalah ini,
kaedah portfolio digunakan dengan melaksanakan aktiviti pengayaan idea kreatif. Keputusan kajian
menunjukkan kreativiti murid meningkat, arca berfungsi yang dihasilkan kreatif dan menarik serta
seronok untuk menghasilkan karya.
Kata kunci : Kreativiti, Arca Berfungsi, Portfolio.
1.0 PENDAHULUAN
Semasa menjalani praktikum, penyelidik telah melaksanakan aktiviti menghasilkan arca berfungsi
dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan. Murid-murid dilihat menunjukkan respon yang
kurang menggalakkan dalam beberapa aspek, seperti penggunaan alat dan bahan yang kurang
berkesan, idea yang tidak begitu memberangsangkan serta kualiti arca yang dihasilkan kurang
memuaskan. Selain itu, murid-murid secara amnya agak lambat untuk memulakan proses
penghasilan arca masing-masing dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih terperinci
seorang demi seorang walaupun telah ditunjukkan demonstrasi proses penghasilan. Mereka juga
seringkali mengatakan bahawa aktiviti tersebut susah dan memberikan alasan yang mereka tidak
tahu dan tidak pandai.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang akan dijalankan adalah berfokus untuk meningkatkan kreativiti murid tahun 5 dalam
penghasilan arca berfungsi melalui kaedah portfolio. Dalam hal ini, fokus untuk meningkatkan
kreativiti murid memerlukan penggunaan kaedah yang sistematik dan terancang agar perkembangan
dan hasil kerja murid dapat dinilai dan dibimbing dari masa ke semasa. tentang kreativiti dalam
kalangan murid tahun 5, khususnya dalam aktiviti menghasilkan arca berfungsi. Aspek yang ingin
diperbaiki melalui kitaran kajian yang dijalankan ialah berkenaan dengan kreativiti murid yang perlu
dipertingkatkan dari aspek cetusan, perkembangan dan olahan idea. Menurut Viktor Lowenfeld, W.
Lambert Brittain. (1983) pula telah menyatakan bahawa kreativiti mempunyai kaitan dengan suatu
garis panduan yang perlu diikuti dalam menghasilkan sesuatu yang baru melalui proses pemikiran
yang bercapah, motivasi yang tinggi, galakan untuk memperkembangkan dan meningkatkan idea.
Oleh itu, kaedah portfolio digunakan untuk memastikan setiap proses dalam intervensi dapat dilihat
dan pencapaian subjek kajian sama ada menunjukkan peningkatan atau sebaliknya dapat dinilai.
Arter et al (1995) telah menyatakan bahawa portfolio membolehkan apa yang diketahui dan boleh
dibuat oleh kanak-kanak dilihat dengan jelas dan merupakan satu bentuk penilaian autentik untuk
melaporkan kemajuan kanak-kanak dengan lebih baik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dalam penghasilan arca berfungsi
menggunakan kaedah portfolio dalam kalangan murid tahun 5.

2

3.2 Objektif Khusus
1. Murid dapat menghasilkan arca berfungsi dengan baik.
2. Murid dapat menghasilkan arca berfungsi yang kreatif dan menarik.
3. Murid dapat meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan arca berfungsi menggunakan
kaedah portfolio.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid yang dijadikan sebagai sebagai kumpulan sasaran dipilih untuk menjalankan ujian ini. Jadual 1
menunjukkan data keseluruhan bagi kumpulan sasaran yang telah dipilih.
Jadual 1
Data asas subjek kajian
Bil. Subjek kajian Jantina Bangsa Umur Ciri lain GRED PSV
1. A P Melayu 11 tahun C
2. B P Melayu 11 tahun D
3. C P Melayu 11 tahun Ketua kelas C
4. D L Melayu 11 tahun Atlet C
5. E L Melayu 11 tahun Pemain bola
sepak
D

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara mengumpulkan data.
Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik menggunakan triangulasi data bagi mengumpul data, iaitu
melalui ujian, pemerhatian, temu bual, soal selidik serta analisis dokumen. Selain daripada
memudahkan penyelidik untuk menganalisis dapatan kajian, ianya juga penting dari segi
kebolehpercayaan kajian.

5.1.1 Ujian.
Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik telah melakukan tiga ujian terhadap subjek kajian, iaitu
ujian diagnostik untuk mengetahui tahap kreativiti murid yang akan dipilih sebagai subjek kajian dan
ujian amali pertama dan ujian amali kedua untuk melihat hasil daripada aktiviti dalam setiap
intervensi. Menurut Mazlan Mohamad (1996), ujian pra dan pos menjadi instrumen pengukur untuk
menentukan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran.

5.1.2 Pemerhatian Tidak Berstruktur.
Pemerhatian tidak berstruktur yang telah dilakukan semasa tinjauan awal, kitaran kajian pertama dan
kedua dilakukan adalah untuk menilai hasil atau kesan pelaksanaan aktiviti dalam setiap kitaran
terhadap subjek kajian. Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud (2011) telah menyatakan bahawa
pemerhatian merupakan suatu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

5.1.3 Soal Selidik.
Menurut Best dan Kahn (1998), soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik perlu dijalankan bagi
mengekalkan kualiti seterusnya membantu mencapai objektif kajian. Penyelidik telah melakukan soal
selidik kepada subjek kajian sebanyak tiga kali, iaitu dalam tinjauan awal, untuk mengenalpasti
kecenderungan, minat serta pengalaman murid dalam aktiviti Pendidikan Seni Visual serta
pengalaman murid dalam penggunaan portfolio, manakala dalam kitaran kajian pertama dan kitaran
kajian kedua pula bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang kemajuan dari aspek tingkah
laku, keberkesanan aktiviti intervensi terhadap kreativiti dan hasil kerja subjek kajian.
5.1.4 Temu Bual Tidak Berstruktur.
Kaedah ini telah digunakan dalam fasa tinjauan awal. Objektif utama kaedah ini adalah untuk
mendapatkan maklum balas berkenaan hasil dapatan soal selidik yang telah dilakukan kepada subjek
kajian.

3

5.1.5 Analisis Dokumen.
Kaedah ini digunakan adalah bertujuan untuk mendapatkan data dan maklumat daripada dokumen-
dokumen yang berkaitan sebagai data sokongan kepada maklumat yang sedia ada. Antara perkara
yang diukur menggunakan kaedah ini ialah hasil kerja subjek kajian, iaitu bekas pensil yang dinilai
menggunakan rubrik pemarkahan, kemajuan dari aspek lakaran idea subjek kajian serta hasil
dapatan soal selidik dalam kitaran pertama dan kedua.
5.2 Analisis tinjauan masalah.
Berdasarkan pengalaman dalam sesi pengajaran dan pembelajaran lepas serta ujian diagnostik, iaitu
Ujian Kreativiti Torrence yang telah dilakukan 9 daripada 31 orang murid mempunyai tahap kreativiti
yang lemah. Implikasi daripada masalah kreativiti ini, murid kurang berminat dengan aktiviti
berkenaan, proses penghasilan karya yang lambat serta hasil karya yang kurang memuaskan. 5
orang daripada 9 murid berkenaan dipilih sebagai subjek kajian.

5.3 Tindakan menangani masalah.
Bagi memastikan kajian dapat dilaksanakan secara sistematik dan berperingkat mengikut keperluan
dan kemampuan subjek kajian , telah carta gantt sebagai panduan interaksi dan tindakan susulan
sepanjang kitaran pertama dan kedua dilaksanakan. Jadual x menunjukkan carta gantt yang telah
digunakan:
Jadual 1
Carta Gantt Proses Pelaksanaan Sepanjang Kitaran 1 dan 2.
Bil. Perkara Minggu
1
Minggu
2
Minggu
3
Minggu
4
Minggu
5
1. Kitaran 1 Taklimat Kajian
Kitaran 2 Refleksi Intervensi 1
2. Sumber Idea
3. Membuat lakaran kajian
4. Membuat olahan idea
5. Proses penghasilan karya

5.4 Keputusan Kajian
Selepas intervensi, subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam aspek kreativiti dan penghasilan
arca berfungsi, iaitu bekas pensil. Data yang diperolehi ditunjukkan dalam Jadual 2 dan 3.

Jadual 2
Jumlah lakaran subjek kajian
Bil.
Subjek Kajian
Jumlah Lakaran
Beza
Intervensi 1 Intervensi 2
1. A 4 7 +3
2. B 3 8 +5
3. C 4 7 +3
4. D 5 6 +1
5. E 4 7 +3


Rajah 1. Analisis Jumlah Lakaran Idea Subjek Kajian

0
5
10
A B C D E
J
u
m
l
a
h

L
a
k
a
r
a
n

I
d
e
a

Subjek Kajian
Jumlah Lakaran Subjek Kajian
Intervensi 1
Intervensi 2
4

Dalam aspek penghasilan lakaran idea, subjek kajian menyimpan setiap lakaran yang dihasilkan di
dalam portfolio untuk tujuan penilaian secara kuantitatif dan kualitatif. Selepas kedua-dua intervensi
dilakukan, kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam aspek pengwujudan,
perkembangan dan olahan idea kreatif dalam penghasilan lakaran idea. 4 daripada 5 subjek kajian
menunjukkan peningkatan yang baik, seorang subjek kajian mencatatkan peningkatan sebanyak 5
lakaran selepas intervensi 1, diikuti dengan 3 subjek kajian mencatatkan peningkatan sebanyak 3
lakaran selepas intervensi 1, manakala hanya seorang subjek kajian mencatatkan peningkatan
sebanyak 1 lakaran selepas intervensi 1.

Jadual 3
Markah Ujian Amali 1 dan Ujian Amali 2
Bil. Subjek Kajian MARKAH (%)
UJIAN AMALI 1 UJIAN AMALI 2 BEZA
1. A 55 71 +16
2. B 45 80 +35
3. C 59 69 +13
4. D 63 66 +3
5. E 60 67 +7



Rajah 2. Analisis Perbandingan Markah Ujian Amali

Daripada kedua-dua ujian amali ini, semua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan dalam
jumlah markah yang diperolehi. Subjek Kajian A mendapat 55% dalam Ujian Amali 1 dan
menunjukkan peningkatan sebanyak 16% dalam Ujian Amali 2, seterusnya mendapat 71%. Subjek
Kajian B yang mendapat markah 45% dalam Ujian Amali 1 pula telah menunjukkan peningkatan
yang tinggi, iaitu 35% dan memperolehi 80% dalam Ujian Amali 2. Subjek Kajian C juga menunjukkan
peningkatan yang baik setelah menjalani Ujian Amali 2 dengan markah 69%, peningkatan sebanyak
13% selepas menjalani Ujian Amali 1 dengan markah 59%. Di samping itu, Subjek Kajian D dan E
juga menunjukkan peningkatan, walaupun tidak begitu tinggi berbanding Subjek Kajian A, B dan C.
Peratus markah subjek Kajian D meningkat sebanyak 3% dalam Ujian Amali 2 dengan markah 66%
dan Ujian Amali 1 dengan markah 63%, manakala Subjek Kajian E pula menunjukkan peningkatan
markah sebanyak 7%, peningkatan daripada Ujian Amali 1 dengan markah 60%, kemudian
memperolehi 67% dalam Ujian Amali 2.

5.5 Rumusan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kreativiti dalam penghasilan arca berfungsi
menggunakan kaedah portfolio dalam kalangan murid tahun 5. Subjek kajian terdiri daripada murid
yang mempunyai kreativiti tahap lemah yang dikenalpasti dalam ujian diagnostik. Kajian yang telah
akan dijalankan adalah berfokus untuk meningkatkan kreativiti murid tahun 5 dalam penghasilan arca
berfungsi melalui kaedah portfolio. Menurut Meisels (1991), portfolio menunjukkan proses
pembelajaran dan aplikasi pemahaman dan mampu mendokumentasi kekuatan dan kelemahan
kanak-kanak yang merupakan bukti perkembangan harian yang berlaku ke atas kanak-kanak.

Bagi melihat perkembangan dan peningkatan dalam aspek kreativiti subjek kajian, pelaksanaan
beberapa aktiviti dalam intervensi adalah berpandukan Carta Gantt.
0
50
100
A B C D E
M
a
r
k
a
h

Subjek Kajian
Perbandingan Markah Ujian
Ujian Amali 1
Ujian Amali 2
5

Penyelidik menunjukkan gambar dan bekas pensil pelbagai bentuk bagi merangsang idea subjek
kajian, serta contoh lakaran perkembangan dan sumber idea bagi menggalakkan percambahan idea
kreatif subjek kajian. Di akhir intervensi, subjek kajian akan menghasilkan bekas pensil berdasarkan
olahan idea masing-masing. Melalui portfolio, subjek kajian dapat menilai hasil karya dan lakaran
lepas untuk membuat penambahbaikan dan mewujudkan idea baharu yang lebih menarik. Menurut
Murphy dan Smith (1990), penggunaan portfolio mampu memotivasikan pelajar dan meningkatkan
pembelajaran mereka melalui refleksi dan penilaian mereka sendiri terhadap kerja mereka, dan ia
juga digunakan untuk menilai proses pemikiran kanak-kanak. Peningkatan kreativiti pula telah
dibuktikan melalui jumlah markah yang diperolehi dalam ujian amali serta jumlah lakaran idea yang
telah dihasilkan. Hal ini disokong dengan kenyataan Viktor Lowenfeld, W. Lambert Brittain (1983)
iaitu, salah satu kompenen dalam pemikiran kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan idea
dalam jumlah yang besar.

5.6 Refleksi
Keseluruhannya, objektif kajian ini tercapai dengan peningkatan yang telah ditunjukkan oleh subjek
kajian berdasarkan data yang telah diperolehi sepanjang kajian. Penyelidik menunjukkan hasil
dapatan kajian dalam bentuk jadual dan graf agar kemajuan dan peningkatan yang dicapai oleh
subjek kajian dapat dilihat dengan lebih terperinci. Dengan pelaksanaan kajian menggunakan
portfolio, intervensi kajian dapat dijalankan dengan baik mengikut tahap dan kebolehan subjek kajian,
serta intervensi bagi meningkatkan kreativiti subjek kajian dapat dilaksanakan seperti yang telah
dirancang. Penyelidik berpuas hati dengan hasil dapatan dalam kajian ini yang telah menjawab
beberapa persoalan kajian.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA.
Melihat kepada keberhasilan kajian ini, penyelidik bercadang untuk menjalankan kajian yang lain
pada masa akan datang, iaitu :
1) Meningkatkan kemahiran-kemahiran lain dalam aktiviti-aktiviti seni yang lain seperti membuat
wau, anyaman dan sebagainya menggunakan kaedah portfolio.
2) menjalankan kajian menggunakan kaedah portfolio ke atas mata pelajaran lain yang
memerlukan kemahiran dan kefahaman yang tinggi, contohnya Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik.
3) Kajian yang dicadangkan juga boleh dijalankan kepada pelajar sekolah menengah dan
kepada peringkat yang lain mengikut keperluan dan kesesuaian kajian.
RUJUKAN

Arter, J. & Spandel, V. (1991). Using portfolios for student work in instruction and assessment,
Portland: Northwest Regional Educational Laboratory.

Best, Kahn (1998). Education Research Abstracts: In Accounting Education Vol. II, New Delhi:
Prentice Hall of India Ltd.

Mazlan Mohammad. (1996). Pendidikan Seni 1 Prinsip Pendidikan Seni. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Meisels, S. & Steele, D,(1991). The early childhood portfolio collection process.Ann Arbor,MI. Center
for Human Growth and Development, University of Michigan.

Murphy, S, Smith, M.A (1990). Talking About Portfolios. Spring : The National Writing Project.

Surayah Zaidon (2008). Satu Tinjauan literature Penggunaan Portfolio Kanak-Kanak Prasekola.
Maktab Perguruan Islam.

Viktor Lowenfeld, W. Lambert Brittain. (1983). Creative and Mental Growth, 8th Edition. New Jersey:
Prentice Hall.


6

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT CORAK TERANCANG MENGGUNAKAN TEKNIK
LIPATAN DAN GUNTINGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MELALUI PEMBELAJARAN
MASTERI.
Oleh:
HAFIZAH BINTI DAIM & ZAHARAH BINTI MOHAMAD
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran ton warna dengan
menggunakan teknik kolaj dalam kalangan murid Tahun 5 Ehsan melalui kaedah demonstrasi.
Seramai lapan orang subjek kajian telah dipilih dari sekolah kebangsaan di daerah Gombak,
Selangor. Kajian berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran ton warna melalui kaedah
demonstrasi menggunakan teknik kolaj. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis dokumen,
ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Keputusan mendapati kebanyakan murid tidak dapat
menghasilkan ton warna apabila mereka tidak mengetahui nilai warna dan jenis ton warna dengan
menggunakan teknik kolaj. Karya yang dihasilkan juga tidak memenuhi kriteria yang baik. Bagi
mengatasi masalah ini, kaedah demonstrasi telah digunakan. Subjek kajian diberi ujian pos selepas
kitaran kajian 1 dan kitaran kajian 2. Kedua-dua keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan
pencapaian yang ketara pada subjek kajian dalam ujian pra dan ujian pos. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa murid dapat menghasilkan karya ton warna menggunakan teknik kolaj dengan
baik.

Kata kunci: Bidang Membuat Corak dan Rekaan, Corak Terancang, Teknik Lipatan dan Guntingan,
Pembelajaran Masteri

1.0 PENDAHULUAN

Membuat corak dan rekaan merupakan latihan berfikir , peninjolan kreativiti dan sebagainya. Rekaan
dan corak merupakan asas utama untuk menghasilkan sesuatu karya seni. Corak merupakan satu
susunan motif sama ada terancang, teratur atau secara bebas. Motif pula merupakan rupa asas
dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripad motif flora, fauna, geometrical dan
organik. Aktiviti dalam bidang ini juga memberi peluang kepada murid untuk memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan kemudian mengaplikasikan corak tersebut menjadi suatu rekaan
lain. Corak terancang merujuk kepada corak yang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan
teratur dan dalam susunan tertentu. Teknik lipatan dan gutingan merupakan salah satu teknik dalam
aktiviti membuat corak terancang Bidang Membuat Corak Dan Rekaan. Teknik lipatan dan gunting
merupakan satu teknik yang memerlukan proses melipat kertas, menggunting corak dan menampal
corak pada permukaan kertas lukisan. Teknik ini menekankan kemahiran melipat dan menggunting.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Semasa menjalankan aktiviti seni penyelidik mendapati kebanyakkan murid tidak tahu dan tidak
faham dengan setiap konsep aktiviti yang hendak dijalankan. Mengetahui konsep aktiviti yang hendak
dijalankan merupakan salah satu asas yang perlu murid fahami sebelum melakukan satu-satu aktiviti
tersebut. Dalam aktiviti membuat corak terancang penyelidik mengenal pasti kebanyakkan murid
tidak menguasai kemahiran dalam aktiviti tersebut. Melalui pemerhatian yang dilakukan, penyelidik
mendapati murid hanya dapat membuat lipatan-lipatan mudah, selain itu, murid kurang faham
dengan pembahagian ruang pada lipatan untuk digunting. Murid gagal untuk mengenalpasti
bahagian-bahagian yang perlu digunting untuk menghasilkan corak yang menarik dan kesannya
corak yang dihasilkan oleh murid kurang menarik dan tidak kemas.



7

Refleksi Nilai Pendidikan
Menguasai sesuatu kemahiran merupakan salah satu aspek yang penting dalam pembelajaran
disekolah. Choong Lean Keow dalam bukunya Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (2010)
menyatakan kekurangan kemahiran merupakan salah satu masalah kanak-kanak. Oleh hal yang
demikian kanak-kanak perlu belajar dan diajar untuk menguasai satu-satu kemahiran. Untuk
memastikan Pembelajaran Dan Pengajaran yang berkesan terdapat pelbagai kaedah dan
pendekatan yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa waktu mengajar. Kaedah atau pendekatan
ini adalah bertujuan untuk membantu guru menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
mampu menarik minat murid untuk terlibat dengan semua aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh
guru. Howard Gagne (1983) menyatakan ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan profil
kecerdasan murid boleh menyebabkan murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata
pelajaran. Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan salah satu pendekatan yang dapat
membantu murid untuk meningkatkan penguasaan dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Melalui
Pembelajaran Masteri ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar
pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap-penguasaan pembelajaran.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian bagi penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
membuat corak terancang menggunakan teknik Lipatan Dan Guntingan dalam kalangan murid tahun
Lima melalui pendekatan Pembelajaran Masteri. Seramai enam orang murid telah dipilih untuk
menjadi subjek kajian bagi penyelidikan ini. Subjek kajian ini dipilih berdasarkan hasil pemerhatian
berstruktur, soal-selidik dan penilaian hasil karya yang dibuat pada tinjauan awal. Pengkaji mendapati
kesemua murid tersebut mempunyai masalah dari segi penguasaan pengetahuan konsep dan
kemahiran dalam membuat corak menggunakan teknik Lipatan dan Guntingan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Objektif umum bagi penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membuat corak
terancang menggunakan teknik lipatan dan guntingan bagi murid tahun 5 melalui pembelajaran
masteri. Melalui kajian ini adalah diharap murid-murid dapat mencapai objektif yang berikut:
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya kajian ini dibuat untuk:
i. Meningkatkan pengetahuan murid tentang konsep corak terancang dan teknik lipatan dan
guntingan melalui Pembelajaran Masteri.
ii. Murid menguasai teknik Lipatan dan Guntingan melalui Pembelajaran Masteri.
iii. Murid menghasilkan corak terancang menggunakan Teknik Lipatan dan Guntingan melalui
Pembelajaran Masteri

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang telah dipilih adalah murid-murid tahap dua di sebuah sekolah kebangsaan
daerah Gombak. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid tahun Lima. Seramai enam orang subjek
kajian yang telah dipilih iaitu terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Subjek
kajian ini dipilih berdasarkan hasil dapatan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang
kurang memuaskan yang diperolehi daripada hasil dapatan yang diperolehi oleh pengkaji pada
peringkat tinjauan awal yang menggunakan beberapa instrument seperti ujian, pemerhatian, soal
selidik dan temu bual.



8

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara pengumpulan data
Jadual 1
Instrumen Pengumpulan Data
Langkah Pelaksanaan Cara Pengumpulan Data
Fasa 1
Tinjauan Dan Analisis Data
Pemerhatian
Soal Selidik
Analisis Hasil Kerja Murid

Fasa 2
Kitaran 1 Dan Kitaran 2

Dijalankan Sebelum Inetrvensi
Ujian Pra
Dijalankan Sepanjang Fasa 2
Pemerhatian
Ujian-amali, teori
Dijalankan Selepas aktiviti
Analisis dokumen
Dijalankan Selepas Selesai Intervensi
Ujian Pos
Dalam Kitaran 2
Ujian Pos

5.2 Analisis tinjauan masalah
Pengkaji telah membuat analisis terhadap dapatan tinjauan awal yang diperolehi menerusi soal
selidik, pemerhatian berstruktur dan penilaian hasil karya semasa kelas Pendidikan Seni Visual.
Soal selidik
Hasil soal selidik yang dijalankan berkenaan pengetahuan dalam aktiviti membuat corak
menggunakan teknik Lipatan dan Guntingan mendapati murid tidak tahu konsep dan tiada
pendedahan secara khusus berkenaan topik dan kemahiran dalam aktiviti tersebut.
Pemerhatian Berstruktur
Hasil daripada pemerhatian yang dibuat sepanjang aktiviti membuat corak menggunakan teknik
Lipatan dan Guntingan, kebanyakan murid berada pada tahap lemah dari segi kemahiran lipatan dan
guntingan.
Penilaian Hasil Kerja
Corak Lipatan dan guntingan yang dihasilkan berada pada tahap lemah dari segi kemahiran dan
kreativiti. Murid hanya dapat menghasilkan lipatan mudah dan guntingan corak yang terhad. Hasil
corak juga tidak menarik dan tidak kemas.





9

5.3 TINDAKAN MENANGAI MASALAH



5.4 KEPUTUSAN KAJIAN
Jadual 2
Perbandingan Tahap Pencapaian Subjek Kajian Bagi Ujian Pra, Ujian Pos, Ujian Pos 2
Berdasarkan jadual 2, menunjukkan perubahan skor subjek kajian dalam setiap ujian. Semua subjek
kajian menunjukkan peningkatan skor yang ketara. Perubahn skor semasa ujian pra ke ujian pos 1
menunjukkan sedikit peningkatan berbanding peningkatan skor ujian pra kepada ujian pos 2. Ini
membuktikan penambahbaikan yang dilakukan dalam intervensi kedua menunjukkan kesan yang
positif. Ini juga membuktikan berlakukan peningkatan dalam kemahiran yang diajar.
1. Perancangan
- Kenal Pasti Masalah
- Pelan Tindakan
2. Tindakan
- Aktiviti pembelajaran
teori
- Aktiviti amali
3. Pemerhatian
-Pengumpulan Data
- Analisis Data
4. Refleksi
- Refleksi awal
- Refleksi semasa
- Refleksi akhir
1. Perancangan
- Kenal Pasti Penambahbaikan
- Pelan Tindakan
2. Tindakan
- Aktiviti
pembelajaran teori
- Aktiviti amali
3. Pemerhatian
-Pengumpulan Data
- Analisis Data
4. Refleksi
- Refleksi awal
- Refleksi semasa
- Refleksi akhir

Subjek
Kajian

Ujian
Pra (%)

Gred

Ujian
Pos I
(%)

Gred
Peningkatan
(Perbandingan
Ujian Pra &
Ujian Pos I) (%)

Ujian
Pos II
(%)

Gred
Peningkatan
(Perbandingan
Ujian Pos II &
Ujian Pos I) (%)
1
2
3
4
5
6

36
40
34
36
40
40

D
C
D
D
C
C

60
70
64
70
76
76

B
B
B
B
B
B

24
30
30
34
36
36

80
90
96
84
96
90

A
A
A
A
A
A

30
20
32
14
20
24

KITARAN 1
KITARAN 2
RAJAH 1 Model Kurt Lewin
10

5.5 RUMUSAN KAJIAN
Persoalan pertama : Adakah murid mengetahui konsep corak terancang dan teknik Lipatan
dan Guntingan?
Untuk menjawab persoalan ini ujian teori telah dijalankan semasa ujian pra dan semasa ujian pos 1. .
Berdasarkan dengan keputusan ujian teori yang dibuat semasa ujian pra dan ujian pos 1,
Pengetahuan tentang konsep dilihat mengalamai peningkatan yang positif.
Persoalan kedua pula ialah adakah murid dapat menguasai kemahiran dalam aktiviti membuat
corak menggunakan teknik Lipatan dan Guntingan
Bagi menjawab persoalan kedua, data daripada pemerhatian berstruktur diperlukan. Pemerhatian
berstruktur tersebut mengandungi tiga item soal semak yang ditumpukan untuk menilai tahap
penguasaan subjek kajian dalam kemahiran Lipatan. Hasil penilaian daripada pemerhatian bestruktur
yang dibuat peningkatan tahap kemahiran semasa ujian pos 1 kepada ujian pos 2 menunjukkan
peningkatan yang lebih memberansangkan.
Persoalan ketiga ialah adakah murid dapat menghasilkan corak terancang menggunakan
teknik Lipatan dan Guntingan.
Persoalan ini terjawab daripada hasil ujian amali yang dijalankan dalam ujian pra, ujian pos 1 dan pos
2. Perubahan markah subjek kajian dapat dilihat dalam setiap ujian. Semua subjek kajian
menunjukkan peningkatan skor yang ketara. Perubahn skor semasa ujian pra ke ujian pos 1
menunjukkan sedikit peningkatan berbanding peningkatan skor ujian pra kepada ujian pos 2. Ini
membuktikan penambahbaikan yang dilakukan dalam intervensi kedua menunjukkan kesan yang
positif. Ini juga membuktikan berlakukan peningkatan dalam kemahiran yang diajar.
5.6 REFLEKSI
Setelah kajian dibuat, didapati intervensi menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri
mendatangkan kesan positif dalam meningkatkan tahap kemahiran membuat corak terancang
menggunakan teknik Lipatan dan Guntingan. Pendekatan ini lebih berkesan kerana ianya
mementingkan penguasaan subjek kajian dalam satu-satu topic sebelum beralih kepada topik
lain.Antara kekuatan kajian ini adalah melalui intervensi yang dilaksanakan dapat meningkatkan
pengetahuan subjek kajian berkenaan pengetahuan teori dalam bidang yang ditumpukan. Kajian ini
bukan sahaja mementingankan peningkatan kemahiran semata-mata malah pengetahuan dalam teori
juga dipentingkan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Masih terdapat banyak ruang yang boleh ditambah dan dibaiki dalam kajian ini. Setelah murid
mencapai aras masteri dalam kemahiran membuat corak menggunakan teknik Lipatan dan
Guntingan, guru boleh merancang aktiviti membuat corak menggunakan pelbagai susunan corak
terancang menggunakan hasil corak Lipatan dan Guntingan. Contohnya menghasilkan corak
terancang susunan turun separa menggunakan teknik Lipatan dan Guntingan dan pelbagai lagi
susunan corak terancang.
RUJUKAN
Choong Lean Keow.(2010). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Chow Fook Meng PhD, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan & konsep amalan dalam
pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.



11

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCAMPURKAN WARNA BAGI MURID TAHUN 5 AMANAH
DALAM PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) MELALUI KAEDAH DEMONSTRASI

Oleh

HAFIZUL SYARAFI BIN MOHD NOOR & NOR AZIZAH BINTI ATAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mencampurkan warna bagi murid
tahun 5 Amanah dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) melalui kaedah demonstrasi.
Campuran warna ini melibatkan campuran warna asas untuk mendapatkan hasilan warna sekunder
dan akhir sekali warna tertier. Subjek kajian ini terdiri daripada 6 orang murid tahun 5 yang
memperolehi markah paling rendah di dalam kelas Pendidikan Seni Visual (PSV) KBSR. Antara
instrumen yang telah dijalankan untuk proses pengumpulan data adalah termasuklah pemerhatian
berstruktur, Ujian Pra Amali, Ujian Pos 1 dan 2, serta soal selidik. Sesi intervensi yang dijalankan
terhadap mereka serta penggunaan instrumen yang bersesuaian telah berjaya menjawab persoalan
bahawa kaedah dan penggunaan BBM yang digunakan adalah bersesuaian dan berjaya dalam
meningkatkan kemahiran mencampurkan warna bagi subjek kajian ini.
1.0 PENDAHULUAN
Secara umumnya, murid di sekolah rendah pada usia perkembangan mereka secara keseluruhannya
adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Maka, Pendidikan Seni Visual (PSV) memainkan peranan dalam
memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi imaginasi, visual dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual telah membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri. Sekaligus, pengalaman ini penting sebagai batu loncatan dalam
proses tumbesaran murid dalam membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita
rasanya yang tersendiri.
Dalam kajian meningkatkan kemahiran mencampurkan warna bagi murid tahun 5 Amanah dalam
melalui kaedah demonstrasi dan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) ini, pengkaji
menggunakan kaedah demonstrasi disebabkan prinsip kebolehtadbirannya yang bersesuaian. Selain
itu, demonstrasi juga merupakan satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Sekaligus memudahkan pengkaji di hadapan kelas
untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran. Bezanya, sesi
pengajaran biasa berbentuk kuliah memerlukan murid mendengar manakala demonstrasi
memerlukan murid memerhati. Namun dalam konteks kajian ini, murid yang akan dirawat adalah
dikenali sebagai subjek kajian.
Seterusnya, mengapa pengkaji memilih untuk menggunakan BBM pula adalah disebabkan pengkaji
percaya bahawa penggunaannya dapat memberi sumbangan yang amat besar dalam
mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya sewaktu mata
pelajaran pendidikan seni visual supaya murid mendapat panduan yang jelas dan memudahkan kerja
guru dalam memberi penerangan. Selain itu, bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan
pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.
(Omardin Ashaari, 1999)
2.0 FOKUS KAJIAN
Sebenarnya terdapat banyak masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran seni
visual ini. Antara masalah yang kerap kali timbul adalah masalah kecil yang melibatkan penggunaan
psikomotor mereka. Antaranya ialah, menggunting, menggam, melukis, dan mewarna. Namun begitu,
masalah ini dan masalah lain yang tidak dinyatakan bolehlah diatasi oleh guru melalui bimbingan
yang berterusan sama ada melalui kaedah bimbingan secara berkelompok ataupun individu selain
menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Walaupun terdapat pelbagai jenis permasalahan yang
pengkaji telah nyatakan di atas, terdapat juga jalan penyelesaian untuk setiap masalah tersebut.
Begitu juga dengan fokus kajian ini, iaitu isu meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan teknik
campuran warna dalam penggunaan media basah bagi murid tahun 5 Amanah melalui teknik
demonstrasi dan penggunaan BBM, Roda Warna.
12

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran mewarna menggunakan teknik campuran
warna dalam penggunaan media basah bagi murid tahun 5 Amanah melalui teknik demonstrasi dan
penggunaan bahan bantu mengajar, iaitu roda warna.
Objektif Khusus
Di akhir kajian ini, subjek kajian yang terpilih akan dapat menigkatkan kemahiran mencampurkan
wara dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) melalui kaedah demonstrasi. Objektif khusus
kajian ini adalah:
a) Murid dapat membuat kombinasi warna sekunder dan tertier melalui campuran warna asas.
b) Murid dapat melakukan aktiviti mewarna dengan lebih kemas dan sempurna menggunakan kaedah
demonstrasi dan penggunaan bahan bantu mengajar, iaitu roda warna.
c) Murid dapat meningkatkan kemahiran mewarna melalui teknik campuran warna melalui kaedah
demonstrasi dan penggunaan bahan bantu mengajar, iaitu roda warna.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 6 orang murid di sekolah sekitar Kuala Lumpur. Murid-
murid tersebut merupakan murid tahun 5 Amanah dan terdiri daripada empat orang lelaki dan dua
orang perempuan. Kesemua murid ini adalah berbangsa Melayu. Ke6-6 murid ini telah dipilih
berdasarkan ujian awal yang telah dipilih melalui beberapa instrumen yang telah disenaraikan
sebelum ini.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara mengumpulkan data.
Instrumen pengumpulan data yang terlibat dalam kajian ini adalah pemerhatian berstruktur, Ujian Pra
Amali, Ujian Pos, temu bual dan juga analisis dokumen.
Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan kepada enam orang murid yang telah dipilih menjadi subjek
kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggumpul data menggunakan kaedah pemerhatian
berstruktur dengan menggunakan borang senarai semak.
Ujian Pra diadakan sebelum Ujian Amali diadakan. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana
tahap pemahaman murid terhadap kemahiran mencampur warna mereka.
Bagi Ujian Amali pula, subjek kajian diminta untuk menghasilkan karya berdasarkan apa yang telah
dirancangkan oleh pengkaji. Untuk kajian ini, bagi sesi intervensi pertama, pengkaji telah meminta
penghasilan Capan Corak Hati dan bagi sesi intervensi kedua pula, subjek kajian diminta untuk
mencampurkan warna dan mewarnakannya di dalam lembaran kerja yang telah diberikan oleh
pengkaji berpandukan Bahan Bantu Mengajar (BBM).
Ujian Pos pula merupakan ujian atau aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi intervensi dijalankan
terhadap subjek kajian. Ujian Pos ini dilaksanakan dengan bertujuan untuk menguji keberkesanan
sesi intervensi yang dicadangkan terhadap subjek kajian.
Terdapat pelbagai bentuk skala yang dapat digunakan dalam pengukuran bidang pendidikan. Namun
begitu, untuk kajian kali iin, sistem kajian skala Guttman yang menekankan penggunaan dua respons,
positif atau negative atau Ya atau Tidak sahaja yang akan digunakan.
Soal selidik dijalankan kepada enam orang subjek kajian dari tahun 5 Amanah yang telah terpilih.
Mereka telah diberi borang soal selidik semasa menjalankan aktiviti seperti yang dikehendaki oleh
pengkaji semasa sesi intervensi sedang berlangsung di kawasan kajian. Borang ini diberi dengan
tujuan untuk mendapatkan maklum balas subjek kajian berkaitan dengan kemahiran menghasilkan
campuran warna dari segi pengetahuan mereka secara survei.
13

5.2 Analisis tinjauan masalah
Selesai menjalankan instrument terhadap lebih kurang 38 orang murid Tahun 5 Amanah, pengkaji
telah mengenal pasti seramai enam orang murid yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan sebagai murid yang mempunyai masalah dengan teknik campuran
warna mereka dan terdapat juga yang hanya menggunakan warna asas seperti kuning, biru dan
merah serta warna hitam dan putih dalam hasilan karya mereka.
Dalam usaha untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan
seni visual ini, pengkaji telah memilih kaedah demonstrasi dan penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM), iaitu Roda Warna di dalam sesi intervensi.
Kaedah demonstrasi merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru di
mana guru telah memperlihatkan dan memperjelaskan sesuatu uji kaji atau aktiviti di hadapan murid.
Tujuan pengkaji memilih kaedah ini adalah disebabkan kaedah ini merupakan kaedah yang paling
senang untuk murid lihat dan memahami arahan yang dikeluarkan untuk setiap perlakuan bagi setiap
aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.
Kaedah kedua pula, pengkaji telah menggunakan bahan bantu mengajar untuk meningkatkan
pemahaman murid selain daripada menggunakan kaedah demonstrasi. Pengkaji telah memilih
penggunaan bahan bantu mengajar yang melibatkan penggunaan roda warna sebagai medium untuk
meningkatkan pemahaman murid dalam kemahiran mencampurkan warna. Penggunaan bahan bantu
mengajar dapat memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya sewaktu mata pelajaran pendidikan seni visual supaya
murid mendapat panduan yang jelas dan guru dapat mengajar tanpa ralat. Selain itu, bahan bantu
mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang
sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. (Omardin Ashaari, 1999)
Disebabkan kebolehtadbiran dan proses pelaksanaan yang mudah untuk sesi intervensi kelak,
pengkaji telah memilih kaedah demonstrasi dan penggunaan bahan bantu mengajar dalam usaha
untuk meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan teknik campuran warna dalam penggunaan
media basah bagi murid tahun 5 Amanah.
5.3 Tindakan menangani masalah
Kitaran kajian yang dipilih adalah berdasarkan Model Stephen Kemmis (1983). Model ini menekankan
proses kajian tindakan yang bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyeditelah satu pelan
yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Setersunya guru melaksanakan pelan yang
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaanya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang
dijalankan itu.
Secara umumnya, keseluruhan pelaksanaan model Stephen Kemmis ini disifatkan sebagai gelungan
pertama (Kitaran 1). Namun begitu, sekiranya pengkaji masih tidak dapat mengatasi permasalahan
yang dihadapi ini, maka pengkaji bolehlah memulakan proses gelungan kedua sehinggalah masalah
tersebut diselesaikan. Perkara ini disebabkan, pada kitaran yang kedua, pengkaji sudah tentu telah
mebuat refleksi dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau yang seterusnya.
Setelah mengenal pasti permasalahan yang ingin dikaji, sudah tentulah langkah-langkah tindakan
telah dirancang. Masalah mencampurkan warna sememangya merupakan masalah yang amat ketara
di dalam penghasilan karya yang berkualiti dalam kalangan murid terutamanya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual.





14

5.4 Keputusan kajian.
Bil Subjek
Kajian
Markah (%)
Ujian Pra Amali Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
1. M1 44 65 82
2. M2 47 60 67
3. M3 43 62 80
4. M4 40 55 60
5. M5 44 70 85
6. M6 40 57 62

Jadual Banding beza analisis data Ujian Pra Amali, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
Berdasarkan jadual banding beza analisis data Ujian Pra Amali, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2,
dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak peningkatan positif yang berlaku kepada subjek kajian
seramai enam orang yang terpilih dari kelas tahun 5 Amanah ini.
Untuk subjek kajian pertama, M1, beliau telah mendapat 44 peratus markah dan kemudian
peningkatan kepada 65 peratus untuk Ujian Pos 1 dan 82 peratus untuk Ujian Pos 2. Bagi subjek
kajian M2 pula, 47 peratus markah untuk Ujian Pra Amali, 60 peratus untuk Ujian Pos 1 dan 67
peratus peingkatan untuk Ujian Pos 2. Begitu juga dengan subjek kajian M3. Beliau telah
memperolehi 43 peratusan markah pada Ujian Pra Amali pada awlnya, tetapi kemudiannya berlaku
beberapa peningkatan kepada 62 peratus markah untuk Ujian Pos 1 dan akhir sekali berjaya
memperoleh 80 peratus untuk Unjian Pos 2.
Seterusnya, untuk subjek kajian M4, subjek kajian ini memperolehi 40 markah pada awalnya untuk
Ujian Pra Amali, 55 markah untuk Ujian Pos 1 dan 60 peratus untuk Ujian Pos 2. Begitu juga dengan
subjek kajian M5. Subjek kajian inni memperolehi 44 peratus markah pada awalnya untuk Ujian Pra
Amali, seterusnya belaku peningkatan pada Ujian Pos 1 dengan pemerolehan markah sebanyak 70
peratus dan akhir sekali 85 peratus untuk Ujian Pos 2. Akhir sekali, untuk subjek kajian M6, beliau
mendapat 40 peratus markah untuk Ujian Pra Amali, 57 peratus markah untuk Ujian Pos 1 dan
mendapat 62 peratus markah sahaja untuk Ujian Pos 2.
5.5 Rumusan kajian
Subjek kajian tahun 5 Amanah dapat melaksanakan aktiviti campuran warna dengan kemas dan
sempurna berdasarkan hasilan data yang diperolehi daripada keputusan Ujian Pra Amali, Ujian Pos 1
dan Ujian Pos 2. Hasilan markah yang meningkat dan pemerolehan gred yang baik untuk setiap
subjek kajian yang melibatkan diri dalam proses intervensi sebelum ini telah membuktikan bahawa
mereka dapat melakukan aktiviti campuran warna dengan kemas dan sempurna, sekiranya proses
intervensi dijalankan untuk membimbing dan membantu mereka.
5.6 Refleksi
Selesai menjalankan intervensi dan membuat analisis data, secara keseluruhannya, penggunaan
kaedah demonstrasi dan bahan bantu mengajar dapat mempertingkatkan kemahiran mencampurkan
warna murid dalam penghasilan warna sekunder dan tertier daripada warna asas. Hasilan dapatan ini
dikutip berdasarkan beberapa instrument yang telah digunakan seperti pemerhatian berstruktur, Ujian
Pra Amali, Ujian Pos 1 dan 2 serta penggunaan borang soal selidik. Kesimpulannya, subjek kajian
dapat dibantu melalui sesi rawatan sebanyak 2 kitaran intervensi dengan menggunakan kaedah
demonstrasi dan penggunaan bahan bantu mengajar.




15

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Cadangan kajian yang seterusnya adalah untuk menggunakan kaedah demonstrasi dan penggunaan
BBM yang sama tetapi melibatkan lebih banyak instrumen dan penggunaan BBM bersifat elektronik
demi meningkatkan minat dan tahap pemahaman murid.
Pada masa yang sama, pengkaji juga bolehlah membuat penerokaan warna dengan menggunakan
pelbagai jenis media lain berbanding kajian kali ini yang hanya menggunakan media basah warna air.
Perkara ini bertepatan dengan dengan pernyataan Muliya di Mahamood (2001), penerokaan media-
media baru dalam berkarya menjadi aktiviti asas yang akan memenuhi sifat-sifat dasar seni lukis
moden masa kini. Berkemungkinan besar, pengkaji boleh mengaplikasikan penggunaan media basah
dan dan media kering serta penggunaan perisian interaktif supaya subjek kajian dapat ingat lebih
lama tentang apa yang dipelajari dan boleh menjadi ikutan kepada rakan mereka yang lain.
RUJUKAN
A.Razak Mohd. Shahrizal Dolah (2007). Ace Ahead Seni Visual. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hajijah Hasan (2008). Kaedah Mesra Warna (Di Kalangan Murid Tingkatan Lima).
Muzrimin Mohamad Alias. (2010). Meningkatkan Penguasaan kemahiran mewarna alam benda
menggunakan pensel warna melalui demonstrasi teknik lukisan dalam kalangan murid tahun
5 Amanah. Tesis tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala
Lumpur: Malaysia.
Omardin Ashaari (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zulkifli Bin Yahya. (2009) Keberkesanan kaedah demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran
ton warna bagi cat air untuk matapelajaran pendidikan seni visual bagi Tahun 4 di Sekolah
Kebangsaan Wakaf Mempelam. Malaysia: Kuala Lumpur.



















16

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT APRESIASI DALAM KALANGAN
MURID 3 UTARID MELALUI KAEDAH NYANYIAN

Oleh:

JUDE ANNECELLA SIMON FONG & SALEHUDDIN BIN ZAKARIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membuat apresiasi dalam kalangan
murid tahun 3 Utarid melalui kaedah nyanyian. Subjek kajian terdiri daripada enam orang murid tahun
3 Utarid yang telah dikenalpasti mempunyai kemahiran membuat apresiasi yang lemah semasa sesi
apresiasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik,
pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Melalui ujian pra dan ujian pos, pengkaji lebih memfokuskan
kepada penguasaan unsur seni dalam kemahiran membuat apresiasi. Data analisis secara deskriptif
iaitu membuat perbandingan dapatan markah ujian pra dan ujian pos. Hasil analisis mendapati
bahawa keenam-enam subjek kajian berjaya menguasai aspek unsur seni dalam ujian pos dengan
baik berbanding dengan ujian pra. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah nyanyian sangat
berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membuat apresiasi.
Kata kunci: kemahiran membuat apresiasi, kaedah nyanyian.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012) telah
menggubal satu modul baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran
PSV yang terkini diberi nama baharu, iaitu Dunia Seni Visual (DSV). Salah satu fokus KSSR bagi
mata pelajaran DSV ialah kemahiran membuat apresiasi spontan dalam setiap topik pembelajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012) turut menggariskan kepentingan membuat apresiasi.
Standard kandungan empat menekankan aspek apresiasi seni visual. Melalui apresiasi terhadap
karya seni, murid dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Apresiasi seni juga
merupakan satu bentuk komunikasi tentang apa yang difikirkan dan dirasakan yang melibatkan
penggunaan bahasa jika dibuat secara aktif. Ia bukan sahaja melibatkan kemahiran komunikasi
malah turut melibatkan penggunaan mental untuk memperolehi sesuatu ilmu. Justeru, kemahiran
membuat apresiasi amat penting diterapkan supaya dapat menanamkan nilai menghargai seni dan
meningkatkan kefahaman murid terutamanya penguasaan tentang asas seni reka sebelum mereka
berjaya membuat apresiasi terhadap karya seni.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengkaji telah menjalani sesi praktikum yang ketiga di sebuah sekolah di pinggiran Kuala Lumpur.
Pengkaji telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran DSV bagi murid
tahun 3 Utarid. Kelas tersebut merupakan kelas yang pertama daripada dua buah kelas. Semasa sesi
praktikum, pengkaji telah didedahkan dengan situasi sebenar di sekolah yang secara tidak langsung
memberi pengalaman dan pengetahuan baharu. Melalui pemerhatian dan soal selidik yang telah
dijalankan keatas murid dan guru, pengkaji mendapati murid tidak didedahkan dengan kemahiran
membuat apresiasi. Hal ini memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan murid dan mereka
seharusnya diberikan pendedahan awal. Kemahiran membuat apresiasi merupakan salah satu
kemahiran yang diperlukan untuk mengukur sejauh mana kefahaman dan pengetahuan murid
terhadap aktiviti pembelajaran DSV. Ia bukan sahaja dari segi makna penghasilan produk, tetapi apa
yang penting adalah dapatan ilmu untuk berkarya dan menguasai terminologi laras seni visual.



17

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Semasa sesi apresiasi dan refleksi dijalankan, pengkaji telah memanggil empat orang murid secara
rawak untuk membuat apresiasi terhadap hasil karya sendiri dan rakan. Walaupun menggunakan
teknik menyoal dan meminta murid menceritakan tentang karya seni yang dihasilkan, murid masih
mengalami masalah untuk membuat apresiasi dengan baik. Masalah membuat apresiasi seni ini
berpunca apabila murid tidak menguasai laras seni visual dengan baik. Apatah lagi dalam mengenal
pasti unsur seni dan prinsip rekaan yang diterapkan dalam aktiviti pembelajaran. Murid juga tidak
mempunyai keyakinan dan tidak mempunyai idea untuk dibicarakan semasa membuat apresiasi seni.
Justeru, pengkaji telah memilih kaedah nyanyian sebab ia sebagai suatu pendekatan bagi kajian
tindakan ini. Untuk menggunakan kaedah nyanyian dalam meningkatkan kemahiran membuat
apresiasi, aktiviti pembelajaran yang dirangka harus mampu menarik minat murid dan dapat
meningkatkan pengetahuan murid. Langkah ini selari dengan pendapat Dr. Bonnie Macmillan (2004)
yang menyatakan bahawa melalui kaedah nyanyian dan permainan aksi ia dapat meningkatkan
perkembangan kreativiti dan kemahiran bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Tambahan pula, beliau
menyatakan bahawa penggunaan kaedah nyanyian boleh meningkatkan kemahiran berfikir secara
logik dan memperkembangkan kosa kata.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini bertujuan untuk menerangkan secara lebih eksplisit terhadap
pengaplikasian kaedah nyanyian dalam meningkatkan kemahiran membuat apresiasi dalam kalangan
murid tahun 3. Pengkaji telah menggunakan salah satu pendekatan dalam teori kecerdasan pelbagai
oleh tokoh Howard Gardner, iaitu kecerdasan muzik. Penggunaan kaedah nyanyian dalam
kecerdasan muzik dapat mengatasi masalah murid yang lemah kemahiran membuat apresiasi.
Kaedah nyanyian merupakan satu pendekatan yang menarik dan sesuai digunakan ke atas subjek
kajian.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi tujuan untuk meningkatkan kemahiran membuat apresiasi
dalam kalangan murid tahun 3 Utarid melalui kaedah nyanyian.
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian tindakan ini adalah murid dapat:
i. Meningkatkan kefahaman terhadap asas seni reka khususnya unsur seni.
ii. Meningkatkan kemahiran membuat apresiasi melalui kaedah nyanyian.
iii. Mengenalpasti unsur seni yang terdapat dalam karya mereka berdasarkan lirik lagu yang
digunakan.
iv. Meningkatkan kemahiran membuat apresiasi mudah secara lisan di hujung sesi pengajaran
dan pembelajaran.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Jadual 1
Demografi Subjek Kajian
Subjek
kajian
Umur

Jantina Bangsa/Kaum Peranan/ Jawatan Tahap Pencapaian
Akademik
1 9 Perempuan Melayu Indonesia Penolong ketua kelas Sederhana
2 9 Perempuan Melayu Pengawas Sederhana
3 9 Perempuan Melayu Indonesia Biasa Baik
4 9 Lelaki India Ketua Kelas Sederhana
5 9 Lelaki Melayu Indonesia Pengawas Baik
6 9 Lelaki Melayu Biasa Baik

18

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara Mengumpul Data
Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen kajian, iaitu pemerhatian, soal selidik dan ujian. Pengkaji
telah menggunakan borang senarai semak ketika melaksanakan pemerhatian terhadap tingkah laku
murid semasa sesi apresiasi. Terdapat lapan item kriteria yang terdapat dalam senarai semak
pemerhatian dan 10 item soalan pada borang soal selidik.
Jadual 2
Instrumen Pengumpulan Data
Bil. Instrumen Pengumpulan Data Cara Menganalisis Data
1. Pemerhatian Senerai Semak
2. Soal Selidik Senarai Semak
3. Ujian (Ujian Pra dan Ujian Pos) Peratus
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Melalui dapatan pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan terhadap 30 orang murid kelas 3
Utarid, didapati bahawa 20 peratus daripada kalangan murid tersebut mempunyai tahap yang lemah
dalam membuat apresiasi. Hasil dapatan daripada soal selidik tersebut adalah seperti yang tertera
pada graf pada rajah 1.

Rajah 1. Graf Bar Analisis Data Soal Selidik 1
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Tindakan yang diambil oleh pengkaji terbahagi kepada tiga fasa, iaitu sebelum intevensi, semasa
intervensi dan selepas intervensi. Secara ringkasnya, fasa-fasa dalam tindakan boleh dirujuk pada
Jadual 3.
Jadual 3
Fasa dalam Kajian Tindakan
Fasa tindakan Penerangan
Sebelum intervensi i. Kenal pasti masalah murid
ii. Ujian Pra
Semasa intervensi Kitaran 1
- Soal selidik
- Pemerhatian
- Intervensi audio lagu & lirik
- Ujian pos 1
Kitaran 2
- Intervensi - Video lagu
- Pemerhatian
- Soal selidik
- Ujian pos 2
Selepas intervensi i. Pengumpulan data
ii. Analisis data
iii. Refleksi
0
10
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
S
u
b
j
e
k

K
a
j
i
a
n

Item Soalan
Analisis Data Soal Selidik 1
Ya
Tidak
19

6.0 KEPUTUSAN KAJIAN
Jadual 5
Keputusan Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2
Subjek Kajian Ujian Pra (%) Ujian Pos 1 (%) Ujian Pos 2 (%)
1 15 40 55
2 20 40 65
3 25 45 70
4 25 50 70
5 30 55 75
6 35 60 85
Min 25 48.33 70


Rajah 2. Graf Bar Perbandingan Keputusan Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2

7.0 RUMUSAN KAJIAN
Rumusan dapatan dibuat untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan data daripada
keputusan kajian.
Persoalan satu: Adakah murid dapat meningkatkan kefahaman terhadap asas seni reka
khususnya unsur seni?
Persoalan satu terjawab apabila subjek kajian menunjukkan tindak balas positif terhadap intervensi
pertama yang telah dilaksanakan. Walaupun subjek kajian tidak menunjukkan peningkatan yang
banyak, tetapi hasilnya subjek kajian telah memperoleh pengetahuan terhadap asas seni reka
khususnya unsur seni. Hal ini dapat dibuktikan melalui data pemerhatian, soal selidik dan ujian yang
telah diperolehi.
Persoalan dua: Adakah kajian dapat meningkatkan kemahiran membuat apresiasi seni dalam
kalangan murid?
Persoalan kedua terjawab melalui dapatan data pemerhatian, soal selidik dan ujian yang telah
dilaksanakan dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah nyanyian yang telah
digunakan dalam kajian ini telah membantu subjek kajian dalam meningkatkan kemahiran membuat
apresiasi seni. Tambahan, subjek kajian berasa seronok melakukan aktiviti pembelajaran dengan
penerapan kaedah nyanyian.




0
50
100
S1 S2 S3 S4 S5 S6
P
e
r
a
t
u
s

(
%
)

Subjek Kajian
Keputusan Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Pos 2
Ujian Pra
Ujian Pos 1
Ujian Pos 2
20

Persoalan tiga: Adakah murid dapat mengenalpasti unsur seni yang terdapat dalam karya
mereka berdasarkan lirik lagu yang digunakan?
Bagi persoalan ketiga, subjek kajian dapat mengenalpasti unsur seni yang terdapat dalam hasil karya
mereka berdasarkan lirik lagu yang digunakan apabila subjek kajian dapat menyatakan unsur seni
yang terlibat dalam penghasilan karya seni sendiri semasa membuat apresiasi seni. Hal ini boleh
dibuktikan melalui kutipan data pemerhatian, soal selidik dan ujian yang telah dilaksanakan dalam
kajian ini. Tambahan, subjek kajian masih lagi mengingati gubahan lirik lagu yang diajar terutamanya
selepas intervensi kedua dijalankan. Dimana, pengkaji telah menghasilkan video lagu untuk aktiviti
pembelajaran.
Persoalan empat: Adakah murid dapat membuat apresiasi mudah secara lisan di hujung sesi
pengajaran dan pembelajaran?
Subjek kajian dapat membuat apresiasi mudah secara lisan di hujung sesi pengajaran dan
pembelajaran. Melalui data pemerhatian, soal selidik dan ujian dapat dibuktikan bahawa subjek kajian
dapat menyatakan semula unsur seni yang telah dipelajari dalam setiap aktiviti pembelajaran. Malah
subjek kajian memenuhi kriteria yang terdapat dalam senarai semak pemerhatian selepas
pelaksanaan kedua-dua intervensi.
Kesimpulannya kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji untuk meningkatkan kemahiran
membuat apresiasi dalam kalangan murid tahun 3 melalui kaedah nyanyian telah membuahkan hasil.
Kaedah nyanyian yang telah digunakan dalam kajian ini amat berkesan dan membantu subjek kajian
meningkatkan kefahaman mereka tentang asas seni reka khususnya unsur seni yang terdapat pada
hasil karya mereka. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran membuat apresiasi
melalui nyanyian lagu yang diselitkan dengan asas seni reka yang dikaitkan dengan aktiviti
pembelajaran yang dipilih.
8.0 REFLEKSI
Hasil keputusan ketiga-tiga ujian menunjukkan perubahan tahap pencapaian setiap subjek kajian di
antara setiap ujian. Secara keseluruhan, kesemua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan
yang baik melalui peratus markah yang diperolehi. Peningkatan markah daripada ujian pos 1 kepada
ujian pos 2 adalah lebih banyak berbanding peningkatan markah daripada ujian pra kepada ujian pos
1. Pada ujian pra min peratusan markah ialah 25% membawa kepada tahap pencapaian yang lemah.
Hal ini membuktikan bahawa kaedah nyanyian dapat membantu meningkatkan kemahiran membuat
apresiasi seni. Malah subjek kajian menunjukkan tingkah laku yang positif dan tahap penguasaan
tentang asas seni reka khususnya unsur seni meningkat.
9.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Kajian ini masih boleh diberi penambahbaikan pada masa akan datang dengan menggunakan
kaedah lain seperti kaedah permainan dan kaedah bercerita. Untuk kajian seterusnya, pengkaji
mencadangkan penguasaan aspek prinsip rekaan perlu ditekankan dalam kajian seterusnya untuk
meningkatkan kemahiran membuat apresiasi seni bagi murid tahap dua pula. Tambahan, kaedah
nyanyian ini boleh diubahsuai dengan menggunakan nyanyian sambil membuat pergerakan serta
lagu-lagu yang ingin digunakan juga boleh dipelbagaikan. Selain itu, kaedah permainan seiring
dengan nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran juga boleh diaplikasikan.
RUJUKAN
Azila bt. Alias, Loy Chee Luen, Che Mustafa & Norly Binti Jamil.(2011). Muzik dan perkembangan
kanak-kanak. Selangor, Malaysia: Gerak Ilmu.
Dr Bonnie Macmillan. (2004). Words & Music Games for toddlers and twos. United Kingdom:
MYRiAD.
Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Apresiasi & kritikan seni visual. Tanjong Malim, Perak: UPSI.
Rahel Joseph & Jo Kukathas. (2008). The malaysian art book for children. Kuala Lumpur, Malaysia:
Khazanah Nasional.
21

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHASILKAN LIPATAN DAN GUNTINGAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 5 MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Oleh:

KIRHEBA MURUGAN A/L KRISHNAN & AZLINA BINTI ABDUL RANI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan kemahiran menghasilkan lipatan dan
guntingan dalam kalangan murid Tahun 5 melalui pembelajaran berasaskan projek. Dalam
penyelidikan ini, kaedah pembelajaran berasaskan projek telah digunakan. Ujian, analisis dokumen,
soal selidik, pemerhatian berstruktur telah digunakan bagi mendapatkan data. Seramai 10 orang
murid daripada tahun lima dari sebuah sekolah rendah Kuala Lumpur telah dipilih sebagai subjek
kajian. Fokus kajian ini adalah merujuk kepada kaedah yang digunakan bagi meningkatkan
kemahiran menghasilkan lipatan dan guntingan bagi menghasilkan karya. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui pemerhatian yang dijalankan dan juga melalui analisis markah atau gred yang
diperolehi murid-murid daripada aktiviti seni sebelumnya. Hasil dapatan kajian mendapati prestasi
murid-murid dalam menguasai kemahiran melipat dan menggunting telah meningkat hasil dari
pembelajaran berasaskan projek ini.
Kata kunci: guntingan, lipatan, projek
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini
bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Kurikulum
Bersepadu Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses
penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan.
Oleh itu, dengan menggunakan ilmu Pendidikan Seni Visual, maka murid- murid telah dapat
memperbaiki kelemahan menghasilkan karya dengan efektif serta mempelajari teknik-teknik yang
betul untuk melipat dan menggunting dengan betul selaras dengan tajuk iaitu Meningkatkan
kemahiran menghasilkan lipatan dan guntingan dalam kalangan murid tahun 5 melalui pembelajaran
berasaskan projek.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengkaji telah menjalani latihan praktikum disalah sebuah sekolah kebangsaan di Kajang selama dua
bulan atau 8 minggu. Dalam praktikum fasa kedua ini, pengkaji telah menghadapi beberapa masalah
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, masalah yang sama juga diadapati
berulang di sekolah yang baharu iaitu semasa praktikum fasa ketiga ini. Menurut tokoh-tokoh seperti
John Dewey (1993), Van Manen (1977), Schon (1983) dan Shulman (1987), seperti yang dinyatakan
dalam Wong (2000), mendefinisikan refleksi sebagai satu fasa di mana guru pelatih meninjau semula
pengajarannya di dalam bilik darjah iaitu refleksi selepas sesuatu kelas. Dengan mengikut teori
tersebut, segala masalah yang dikenal pasti sewaktu pengajaran dan pembelajaran sebelum
dijadikan sebagai sumber idea untuk menyelidik kejadian yang kemungkinan berulang di praktikum
yang ketiga.
Antara masalah yang telah dihadapi ialah, murid-murid kurang berminat dalam subjek Pendididkan
Seni Visual. Muridmurid beranggapan subjek Pendidikan Seni Visual ini kurang penting malah
membebankan. Ibu bapa perlu merasakan bahawa Pendidikan Seni Visual tidak penting untuk
dipelajari kerana ianya bukanlah satu mata pelajaran yang melibatkan peperiksaan. Oleh itu tidak
perlu membazirkan wang untuk membeli peralatan dan barangan seni untuk mengikuti aktiviri
Pendidikan Seni Visual. Maka dengan itu, murid-murid terikut dengan pengaruh ibu bapa dan mula
berubah dari segi mental dan minat serta tidak menghormati guru Pendidikan Seni Visual kerana
merasakan bahawa subjek tersebut tidak penting baginya.

22

Seterusnya ialah, murid- murid menghadapi masalah dalam penggunaan gunting. Kebanyakan murid-
murid masih lemah dalam melipat dan menggunting bagi menghasilkan karya. Murid-murid juga
kurang yakin serta kurang berani dalam penggunaan gunting untuk menggunting. Fasa ketiga pula,
seorang murid dari kelas 5 Mutiara menghadapi masalah untuk melipat dan menggunting. Murid
tersebut merupakan dari golongan orang kelainan upaya (OKU) menurut bapanya.
Dari pelbagai aspek masalah yang wujud dan dihadapi oleh pengkaji, masalah lipatan dan gunting
menampakkan pentingnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kaedah yang bersesuaian
bagi membantu murid - murid untuk menghasilkan karya yang lebih kemas dengan menguasai
kemahiran melipat dan menggunting dengan betul.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pengkaji telah menjalani praktikum fasa kedua pada tahun 2012 di salah sebuah sekolah di kawasan
Kuala Lumpur. Pengkaji telah mengajar murid-murid menghasilkan karya dengan lipatan dan
guntingan dalam menghasilkan karya dan mendapati murid- murid sangat lemah dalam penggunaan
gunting dan melipat serta tidak dapat menghasilkan karya lipatan dan guntingan dengan mengikut
cara dan kaedah yang betul.
Selain itu, pengkaji turut mendapati melalui pemerhatian yang telah dilakukan bahawa murid - murid
tidak tahu peraturan yang betul ketika melipat dan menggunting. Murid-murid menghasilkan karya
lipatan dan guntingan tidak mengikut cara yang dan tidak menepati kriteria yang sebenar.
Oleh itu, bagi memahirkan murid-murid dalam penggunaan melipat dan menggunting untuk lipatan
dan guntingan serta memahirkan diri mereka dalam penghasilan karya supaya mereka dapat
menggunakan kemahiran ini apabila mereka ke sekolah menengah serta dalam kehidupan harian
untuk menggunakan melipat dan menggunting dengan lebih baik dan sebagainya , pengkaji telah
memilih topik Meningkatkan kemahiran lipatan dan guntingan dalam kalangan murid Tahun 5
melalui Kaedah Berasaskan Projek.
Mazlan (1996) menyatakan Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan bersistem,
terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu.keperluan individu dapat
dicapai melalui aktiviti bidang seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses,
teknik dan media serta pembentukan nilai.
2.0 FOKUS KAJIAN
Setelah melakukan tinjauan awal ke atas sebuah kelas yang terdiri daripada 30 orang murid di
sebuah sekolah yang terletak di sekitar Cheras,Kuala Lumpur, pengkaji telah mengenalpasti masalah
utama murid di dalam kelas ini berkaitan dengan aktiviti melipat dan menggunting semasa mereka
melakukan kerja seni di waktu terluang.
Masalah ini timbul kerana mereka kurang pendedahan mengenai teknik melipat dan menggunting
dengan betul dalam penghasilan kerja seni yang baik dan tidak mengetahui bahawa setiap lipatan
adalah berbeza tekniknya untuk dapatkan kesan lipatan. Penguasaan teknik melipat sangat penting
kerana apabila lipatan yang dihasilkan tidak tepat, ini memberikan impak yang negatif terhadap
sesebuah hasil guntingan melalui kesan-kesan yang tidak dikehendaki.
Oleh itu, pengkaji memilih kaedah pembelajaran projek bagi mengatasi masalah ketidaksempurnaan
ini. Kaedah ini diharapkan dapat membantu murid-murid mengatasi masalah melipat dan
menggunting dengan kemas dan betul untuk menghasilkan hasil lipatan dan guntingan yang
berkualiti.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pada bahagian ini, pengkaji telah membincangkan objektif umum, objektif khusus dan soalan kajian.
3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran menghasilkan lipatan dan
guntingan dalam kalangan murid tahun 5 melalui pembelajaran berasaskan projek

23

3.2 Objektif Khusus
Di akhir kajian ini, murid-murid Tahun 5 dapat:-
1) Murid-murid Tahun 5 dapat menghasilkan lipatan melalui pembelajaran berasaskan projek.
2) Murid-murid Tahun 5 dapat menghasilkan guntingan melalui pembelajaran berasaskan
projek.
3) Murid-murid Tahun 5 dapat meningkatkan kemahiran melipat dan menggunting dengan betul
melalui pembelajaran berasaskan projek.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan muridmurid Tahun 5 dari sebuah sekolah di daerah Cheras, Kuala Lumpur.
Seramai sepuluh orang murid di mana semua murid tersebut adalah murid yang berusia 11 tahun.
Mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Muridmurid ini
menghadapi masalah dalam aktiviti melipat dan menggunting dalam penghasilan karya lipatan dan
guntingan. Murid-murid ini mengalami tahap masalah yang lemah kerana mereka semuanya daripada
kelas terakhir.
Jadual 1
Peratusan murid berdasarkan jantina

Bil Jantina Jumlah Peratus (%)
1 L 5 50
2 P 5 50

Jadual 1 menunjukkan peratusan murid yang terlibat sebagai subjek kajian berdasarkan jantina.
Lelaki 50 peratus dan perempuan 50 peratus.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Terdapat beberapa cara pengumpulan data yang telah dijalankan bagi kajian ini. Antara
pengumpulan data yang telah dijalankan ialah ujian pra, pemerhatian berstruktur dan soal selidik.
Pertama sekali pengkaji telah mengenal pasti subjek kajian yang hendak dikaji. Setelah
mengenalpasti subjek kajian ini, subjek kajian diberi ujian pra bagi mengetahui tahap penguasaan
subjek kajian terhadap cara penggunaan kaedah Lipatan dan guntingan dan cara subjek kajian
menghasilkan karya.
5.3 Cara Menganalisis Data
Setelah data dikumpul, pengkaji telah menganalisis data untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah
berasaskan projek terhadap subjek kajian.
5.3.1 Ujian
Keputusan markah dan jumlah masa yang digunakan untuk menghasilkan karya diambil kira. Markah
dan gred setiap subjek kajian dalam ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2 telah dibandingkan dengan
menggunakan rajah palang. Markah penuh yang telah diperolehi ialah 100 peratus.
5.3.2 Pemerhatian Berstruktur
Rekod pemerhatian telah dibuat dari satu tahap ke tahap yang lain. Pemerhatian ini telah dilakukan
sewaktu setiap kitaran itu berlangsung. Aspek yang diberi perhatian adalah seperti adakah
penghasilan karya murid berdasarkan kaedah menggunting dan melipat dengan betul, kebolehan
murid- murid mengawal melipat dan menggunting halus iaitu pergerakan tangan mereka,
berkeyakianan diantara lelaki dan perempuan dalam menggunakan kaedah Lipatan dan guntingan
menghasilkan karya, dan yang terakhir sekali ialah cara- cara murid- murid menghasilkan karya.
Perbandingan ini telah dipaparkan dalam bentuk rajah berbentuk palang.

24

5.3.4 Soal Selidik
Soal selidik diberikan sebelum ujian pra dan selepas ujian pos dijalankan. Ini bertujuan untuk
mendapatkan pendapat daripada subjek kajian setelah menggunakan kaedah projek. Dalam soal
selidik ini, Skala Likert berskala lima digunakan. Terdapat 10 pernyataan dikemukakan. Setiap
pernyataan mempunyai lima skala seperti jadual 1. Jawapan subjek kajian dicatatkan dalam borang
soal selidik (Lampiran W).
KEPUTUSAN KAJIAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang pengkaji perolehi semasa mengumpul data, analisis
berkaitan dapatan tersebut akan dihuraikan secara terperinci dengan menggunakan rajah dan jadual
yang akan dipaparkan dibawah. Penganalisasian data ini merangkumi pengumpulan maklumat
daripada soal selidik, ujian pra, ujian pos I dan ujian pos II, analisis dokumen dan pemerhatian
sebelum dan semasa kitaran 1 dan kitaran 2.

Rajah 1 Peratusan Keputusan Perbandingan Analisis Ujian Pra, Ujian Pos I dan Ujian Pos II karya
akhir Lipatan dan Guntingan.
Berdasarkan Rajah 1 di atas, terdapat beberapa perbezaan peningkatan markah antara Ujian Pra
dan kedua-dua Ujian Pos yang telah dijalankan.Peningkatan tertinggi selepas Ujian Pos I dijalankan
ialah 34 peratus . Seorang subjek kajian telah mendapat markah 18 peratus semasa Ujian Pra dan
meningkat kepada 52 peratus selepas Ujian Pos I dijalankan. Keadaan ini subjek kajian tersebut
telah mengalami peningkatan sebanyak 34 peratus selepas Ujian Pos I dijalankan.


Rajah 2; Analisis gred ujian pra, intervensi 1 dan intervensi 2
Rajah 2 diatas menunjukkan dalam ujian pra sebanyak 4 orang murid mendapat gred B dan 6 orang
murid mendapat C. Manakala, Selepas intervensi I sebanyak 9 orang subjek mendapat B dan
seorang mendapat C. Tambahan pula, dalam intervensi II sebanyak 9 orang subjek mendapat A dan
seorang mendapat C dalam penghasilan karya lipatan dan guntingan. Dapatan ini disokong oleh
penyataan yang dibuat oleh Noriati et al. (2010) bahawa pembelajaran berasaskan projek merupakan
model pembelajaran yang bersepadu dengan situasi dan amalan yang sebenar dalam persekitaran
serta memerlukan pelajar menggunakan kemahiran dan pengetahuan pada masa yang sama.


0
50
100
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
M
A
R
K
A
H

(
%
)

SAMPEL KAJIAN
ANALISIS KEPUTUSAN KARYA LIPATAN DAN GUNTINGAN
Ujian Pra
Ujian Pos 1
Ujian Pos 2
25

5.2 REFLEKSI
Selepas menjalani intervensi segala data telah dikumpul oleh pengkaji dan diinterpretasi dalam
bentuk graf dan jadual. Data seperti peratus dan gred dikeluarkan untuk mendapatkan banding beza
terhadap ujian yang terdahulu dengan selepas melaksanakan intervensi. Secara keseluruhannya,
objektif kajian tercapai di mana murid-murid telah menunjukan peningkatan dalam kemahiran
menghasilkan lipatan dan guntingan serta menunjukan prestasi yang baik dalam penghasilan karya
dengan baik. Pengkaji sangat berpuas hati dengan dapatan akhir kajian ini yang dapat menjawab
persoalan kajian.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ini banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan kemahiran dalam menghasilkan
lipatan dan guntingan dengan menggunakan kaedah berasaskan projek. Untuk kajian seterusnya,
pengkaji ingin mencadangkan supaya kaedah ini dapat diteruskan bagi menumpukan kumpulan
subjek kajian dari Tahun 4. Oleh itu, pengkajian ingin mencadangkan supaya kajian ini dapat
dilaksanakan dalam topik penghasilan lipatan dan guntingan dalam kalangan murid Tahun 4 melalui
kaedah pembelajaran berasaskan projek.
Pengkaji juga ingin mengkaji kaedah pembelajaran berasaskan projek ke atas murid-murid yang
berkeperluan khas bagi mendalami perbezaan antara masalah-masalah yang dihadapi oleh subjek
kajian biasa dan golongan berlainan upaya bagi membantu dalam peningkatan produktiviti karya agar
kemahiran golongan tersebut dapat dipertingkatkan melalui kaedah pembelajaran berasaskan projek.
Pengkaji juga ingin menyambung kajian ini keatas subjek kajian yang mempunyai kepelbagaian dari
segi kaum serta kecerdasan pelbagai yang berbeza bagi mendapatkan variasi data yang unik dan
lebih menarik.
Seterusnya, pengkaji ingin mencadangkan agar kitaran intervensi diperbanyakkan kepada lingkaran
ketiga dengan peruntukkan masa yang lebih panjang supaya kajian dapat dijalankan dengan lebih
baik dan lancar serta dengan lebih sempurna. Oleh yang demikian, kerjasama daripada semua pihak
diperlukan untuk memastikan matlamat murni ini tercapai dalam menyahut seruan Kementerian
Pendidikan Malaysia berdasarkan tunggak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKAN
Bandura, A. (1977). Social learning theory. United States: New Jersey.
Kathleen Chee (1996). Pendidikan Seni Tingkatan 1; Johor Bahru: Penerbitan Pelangi.Sdn.Bhd Chow
Fook Meng PhD, Jaizah Mahamud (2011), Kajian Tindakan Konsep dan Amalan dalam
Pengajaran, Penerbitan Multimedia Sdn.bhd
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam: MC Graw. Hill Education
Feldman, Bruke, E. (1996). Philosophy of Art Education. New Jersey: Prentice- Hall
Hung, D. & Chen, D. T. V. (2007). Context-process authenticity in learning: implications for identity
enculturation and boundary crossing. Educational Technology Research and Development, 2,
147- 167. Christchurch: University of Centerbury.
Judin Ahmad dan Jaafar Mahmud (2003). Kajian keberkesanan pendekatan berkumpulan dalam
pengajaran pembelajaran pendidikan seni visual. Kedah: Maktab Perguruan Sultan Abdul
Halim.
Jaafar Muhamad. (2001). Kelakuan organisasi Edisi Ke-4. Kuala Lumpur. Leeds Publication.



26

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELAKAR DALAM AKTIVITI MELUKIS BAGI MURID TAHUN 5
MELALUI PEMBELAJARAN MASTERI
Oleh
MOHAMAD HAFIZ BIN MUHAMAD & ZAINUN BINTI ABU BAKAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran melakar dalam aktiviti melukis
bagi murid Tahun 5 melalui pembelajaran masteri. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah di
sekitar daerah Gombak, Selangor dan telah melibatkan seramai 10 orang murid dalam kajian ini.
Fokus kajian ini adalah kepada penekanan terhadap meningkatkan kemahiran melakar dalam aktiviti
melukis yang merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai dalam matapelajaran Pendidikan Seni
Visual. Tinjauan awal telah dijalankan dengan menggunakan istrumen pemerhatian, soal selidik dan
ujian pra. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa subjek kajian lemah dari segi kemahiran melakar
dalam aktiviti melukis. Hal ini kerana subjek kajian tidak diberikan pendedahan terhadap kemahiran
tersebut meskipun terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Bagi
mengatasi masalah tersebut, pembelajaran masteri telah digunakan sebagai satu kaedah yang
sangat berkesan. Keputusan analisis menerusi pemerhatian, soal selidik dan ujian pos mendapati
bahawa subjek kajian telah menunjukkan peningkatan terhadap kemahiran melakar dalam aktiviti
melukis.
Kata kunci: Pembelajaran Masteri, Melakar, Melukis.
1.0 PENDAHULUAN
Semasa menjalani sesi praktikum fasa ketiga, pengkaji telah mengenal pasti satu masalah yang
dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran yang paling asas dalam aktiviti melukis.
Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran melakar. Berdasarkan refleksi yang dilakukan selepas
proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa masalah utama yang wujud dalam
kalangan murid-murid tahun 5 tersebut ialah tidak mempunyai kemahiran melakar yang betul dalam
aktiviti melukis.

Menurut Ronald Pearsall (1996), lakaran merupakan satu persembahan objek atau bentuk yang
dihasilkan melalui beberapa unsur antaranya ialah garisan, ruang, jalinan, bentuk dan warna. Maka,
jelaslah bahawa kemahiran melakar merupakan kemahiran peringkat pertama yang mengaplikasikan
asas seni reka di dalam setiap layangan garisan yang dilakar oleh pelukis amnya.

Selain itu juga, lakaran merupakan asas disiplin seni seperti catan, ilustrasi, cetakan dan
persembahan (S. A. Winner, 1997). Oleh yang demikian, kemahiran melakar ini bukan sahaja penting
bagi bidang Menggambar bahkan juga penting dalam bidang-bidang yang lain seperti bidang
Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan juga bidang Mengenal Kraf
Tradisional.

Maka bagi meningkatkan kualiti insan di samping melahirkan individu atau murid yang seimbang,
guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya perlu menitikberatkan kemahiran melakar agar
kemahiran ini dapat diaplikasikan di dalam hasil karya yang ingin dihasilkan. Penghasilan sesebuah
karya yang berkualiti akan memberi impak positif terhadap peningkatan pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang dapat membenarkan seseorang individu melihat dunia sebagai sebuah komuniti di
samping menghargai dan mengapresiasi budaya dan warisan bangsa.

Natihahnya, pengkaji mendapati bahawa masalah murid Tahun 5 adalah berpunca daripada
penguasaan kemahiran melakar dalam aktiviti melukis yang agak lemah dan hal ini dapat disokong
dan dikukuhkan lagi dengan melihat dan menilai pada hasil karya murid-murid yang telah dihasilkan
semasa aktiviti melukis yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Oleh
yang demikian, setelah mengenal pasti masalah utama tersebut, pengkaji telah merancang untuk
menjalankan dan melaksanakan intervensi kepada murid-murid berkenaan melalui pembelajaran
masteri.
27

2.0 FOKUS KAJIAN

Secara keseluruhannya, pengkaji telah mengenal pasti dan mendapati bahawa murid-murid tahun 5
menghadapi masalah dalam membuat lakaran sebelum memulakan aktiviti melukis. Langkah-langkah
yang sesuai perlu diambil bagi membantu murid-murid tersebut dalam membuat lakaran agar mereka
dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu daripada sebelum ini yang pernah mereka hasilkan.
Selain itu juga, pengkaji telah mengenal pasti bahawa kebanyakan hasil karya murid-murid
menampakkan kekurangan dari aspek lakaran masing-masing di samping memperlihatkan
kelemahan dari segi penguasaan dan pengaplikasian kemahiran melakar dalam aktiviti melukis
terutamanya.

Menurut Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Ibrahim Hassan. (2003), murid-murid pada abad ke-21
perlu menguasai kemahiran-kemahiran seperti pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kreativiti
dan inovasi, kolaborasi, kerja berpasukan dan kepimpinan, literasi komunikasi dan belajar tanpa
pergantungan.

Justeru, pembelajaran masteri amat sesuai dalam menangani masalah tersebut kerana pendekatan
ini bukan sahaja lebih berpusatkan murid bahkan juga proses pengajaran dan pembelajaran disusun
secara teratur dan berperingkat iaitu daripada aktiviti yang mudah kepada aktiviti yang sukar. Oleh
yang demikian, murid bukan sahaja berpeluang menguasai sesuatu kemahiran yang diajar tetapi juga
murid akan berasa lebih selesa dalam meningkatkan kemahiran melakar kerana tempoh masa yang
diperuntukkan dalam sesuatu penguasaan kemahiran adalah sesuai dengan tahap murid tersebut.

Jadual 1: Skor Ujian Diagnostik
SKOR MARKAH (%) GRED BILANGAN MURID
80-100 A 6
60-79 B 9
40-50 C 11
20-39 D 6
0-19 E -
JUMLAH 32

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Umum:
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melakar dalam aktiviti melukis bagi
murid tahun 5 melalui pembelajaran masteri.

ii. Objektif Khusus:
a) Dapat memilih hal benda yang bersesuaian dengan tajuk yang diberikan.
b) Dapat melakar rupa asas sesuatu hal benda yang dipilih dengan betul.
c) Dapat melakar hal benda dengan cantik dan kemas.
d) Dapat meningkatkan kemahiran melakar dalam aktiviti melukis melalui pembelajaran
masteri.
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian telah dijalankan di salah sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah Gombak, Selangor
yang melibatkan seramai 10 orang murid tahun 5. Seramai lima orang murid lelaki dan lima orang
murid perempuan dari kelas tahun 5 telah dipilih sebagai subjek kajian. Berdasarkan kepada
kesemua subjek kajian yang dipilih, seramai lima orang murid mendapat gred C manakala 5 orang
murid lagi mendapat gred D semasa ujian diagnostik dilaksanakan di awal kajian ini. Murid-murid ini
juga memegang jawatan yang pelbagai di sekolah tersebut iaitu seperti pengawas, ketua kelas,
penolong ketua kelas dan juga murid biasa






28

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara Mengumpulkan Data.
Ujian pra dijalankan sebelum proses intervensi dilaksanakan. Ujian pra juga dijalankan bertujuan
menilai kebolehan dan keupayaan melakar oleh subjek kajian berdasarkan tajuk yang telah
ditetapkan oleh pengkaji. Setelah semua langkah intervensi selesai dilakukan, maka ujian pos akan
dijalankan pula. Ujian pos ini dijalankan bertujuan melihat keberkesanan dan impak daripada
intervensi yang telah dilaksanakan terhadap subjek kajian tersebut. Ujian ini juga bertujuan untuk
melihat peningkatan murid terutamanya terhadap masalah yang difokuskan iaitu kemahiran melakar
dalam aktiviti melukis.

Melalui pemerhatian berstruktur yang dijalankan, pengkaji telah menyediakan senarai semak yang
merangkumi aspek pemerhatian seperti penyediaan alat dan bahan, pemilihan hal benda yang
sesuai, lakaran yang kemas, cara atau teknik lakaran yang betul dan juga tempoh masa yang diambil
oleh subjek kajian untuk menyiapkan aktiviti yang telah ditetapkan.

Soal selidik merupakan satu kaedah yang paling mudah untuk memperoleh data dan maklumat.
Borang soal selidik yang telah dirangka berpandukan skala Guttman yang mengandungi beberapa
soalan berfokuskan kepada isu atau permasalahan yang ingin dikaji. Antaranya aspek yang ditanya
ialah minat terhadap aktiviti seni visual, minat terhadap melakar, dan juga mampu melakar dengan
cepat dan kemas.

Penelitian dokumen dilaksanakan bagi mendapatkan data dan maklumat daripada dokumen-
dokumen yang berkaitan. Dokumen yang dimaksudkan di sini adalah seperti hasil karya subjek kajian
semasa Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan juga Ujian Pos 2. Berdasarkan penelitian dokumen, pengkaji telah
melakukan penilaian terhadap hasil karya setiap subjek kajian supaya tahap dan potensi mereka
dapat dikenal pasti. Penggunaan skema pemarkahan telah digunakan sebagai panduan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi murid tahun 5,
terdapat sekumpulan murid yang menunjukkan minat dalam aktiviti melukis tersebut. Kumpulan murid
tersebut mampu menghasilkan lakaran yang baik. Walaubagaimanapun, terdapat juga murid yang
tidak menunjukkan minat dalam aktiviti yang dijalankan tersebut. Melalui pemerhatian yang telah
dijalankan, kelompok murid yang bermasalah tersebut bukanlah disebabkan oleh tidak ada minat
dalam diri mereka terhadap Pendidikan Seni Visual, tetapi masalah ini wujud apabila kumpulan murid
berkenaan tidak mahir dalam memilih hal benda. Selain itu juga, masalah tersebut adalah berpunca
daripada kelemahan dari segi penguasaan kemahiran melakar.

Selepas tinjauan masalah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa sepuluh orang murid tahun 5
menghadapi masalah dalam membuat lakaran semasa aktiviti melukis. Murid-murid ini perlu dibantu
dan dibimbing agar mereka lebih berminat dengan Pendidikan Seni Visual dan secara langsung
dapat meningkatkan kemahiran melakar dalam aktiviti melukis khususnya.
Berdasarkan data yang diperoleh melalui Ujian Pos 1 yang dijalankan, semua subjek kajian masih
lagi belum mencapai tahap 80 peratus aras masteri dalam intervensi peringkat pertama ini
sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Pengkaji
mendapati subjek kajian tidak dapat melakar dengan baik dan seterusnya sukar untuk menguasai
kemahiran dan teknik yang diajar kerana masa yang diberikan kurang mencukupi.

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Proses intervensi merupakan tindakan yang telah diambil oleh pengkaji untuk menyelesaikan isu atau
masalah yang telah dikemukakan ini. Menerusi kajian ini, pengkaji telah menjalankan intervensi
peringkat pertama di mana pada intervensi ini, beberapa penekanan dari aspek teknikal seperti teknik
memegang pensel dan juga kemahiran melakar menggunakaan rupa asas telah dijalankan bagi
meningkatkan kemahiran melakar dalam aktiviti melukis bagi murid tahun 5.



29

Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Intervensi

LANGKAH/
TEMPOH MASA
AKTIVITI
Aktiviti 1
(10 minit)
1. Pengkaji memperkenalkan teknik memegang pensel yang betul untuk
melakar iaitu kedudukan tangan mestilah berada pada kedudukan yang
selesa.
2. Pengkaji menekankan bahawa kedudukan tangan tidak boleh terlalu rapat
dengan mata pensel.
3. Subjek kajian memegang pensel dengan teknik yang betul dan pada
kedudukan yang betul seterusnya mempraktikkannya berulang kali.
Aktiviti 2
(10 minit)
1. Pengkaji menunjukkan contoh hal-hal benda yang berkaitan dengan tema
yang dipelajari iaitu Pemandangan Dasar Laut.
2. Pengkaji menunjukkan contoh hal-hal benda yang mudah selaras dengan
pengetahuan dan tahap subjek kajian.
3. Subjek kajian memilih satu hal benda yang mereka minati daripada
contoh-contoh telah ditunjukkan oleh pengkaji.
Aktiviti 3
(10 minit)
1. Pengkaji memperkenalkan rupa seperti bulat, bujur, segi tiga, segi empat
sama dan segi empat tepat.
2. Pengkaji menunjukkan dan melakar rupa asas daripada hal-hal benda
yang ditunjukkan sebelum ini sebagai contoh kepada subjek kajian untuk
memahami maksud rupa asas tersebut.
3. Subjek kajian melakar rupa yang telah diperkenalkan.
4. Subjek kajian melakar rupa asas bagi hal benda yang telah dipilih sebelum
ini.
Akiviti 4
(10 minit )
1. Pengkaji menunjukkan cara melakar hal benda berpandukan rupa yang
telah dilakar sebelum ini.
2. Pengkaji menekankan tentang aspek kekemasan dari segi garisan yang
digunakan.
3. Subjek kajian melakar hal benda yang telah dipilih dengan kemas
berpandukan rupa asas yang telah dilakar.

5.4 Keputusan Kajian




Rajah 1: Graf Perbezaan Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2



0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Subjek Kajian
PERBANDINGAN
SKOR UJIAN PRA, SKOR UJIAN POS 1 DAN SKOR UJIAN POS 2
Ujian Pra
Ujian Pos 1
Ujian Pos 2
30

Secara keseluruhannya, 10 orang subjek kajian menunjukkan peningkatan pencapaian yang agak
baik. Perubahan skor jelas kelihatan daripada ujian pra ke ujian pos 2. Berdasarkan Rajah 2 tersebut,
peningkatan yang direkodkan tidak sekata dan hal ini adalah berdasarkan tahap kemampuan
seseorang subjek kajian tersebut.

Natijahnya, kesemua subjek kajian yang dipilih ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian skor
dalam ujian pos 1 dan ujian pos 2 berbanding dengan skor ujian pra. Hal ini jelas membuktikan
bahawa intervensi yang dijalankan telah memberi impak atau kesan yang positif ke atas setiap subjek
kajian bagi meningkatkan kemahiran melakar dalam aktiviti melukis.

5.5 Rumusan Kajian

Rumusan dapatan adalah untuk menjawab persoalan kajian yang dikemukakan dengan
menggunakan data daripada keputusan kajian. Intervensi yang dijalankan dalam kajian ini adalah
menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Aktiviti yang terkandung di dalam intervensi 1 dan
intervensi 2 adalah sama. Melalui intervensi-intervensi tersebut, pembelajaran masteri diajar secara
berpeirngkat bagi memastikan subjek kajian dapat menguasai kemahiran melakar dalam aktiviti
melukis. Menurut Bloom (1968), pencapaian pelajar dalam sesautu pembelajaran boleh dicapai
sekiranya peruntukan masa yang secukupnya. Oleh yang demikian, penambahbaikkan dari segi
peruntukkan masa telah dilakukan semasa intervensi 2.

5.6 Refleksi

Melalui penulisan refleksi kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji dapat melihat dan menilai
keberkesanan intervensi terhadap subjek kajian. Hal ini juga adalah untuk mengenalpasti masalah
yang perlu diambil dan dilakukan penambahbaikkan agar kemahiran melakar dalam aktiviti melukis
dapat dimurnikan dengan lebih terperinci dan lebih holistik melalui pendekatan pembelajaran masteri.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan ini merupakan panduan yang terbaik kepada guru-guru khasnya sebagai bahan
rujukan dalam usaha meningkatkkan kemahiran melakar dalam aktiviti melukis bagi murid-murid
tahun 5 terutamanya. Oleh yang demikian, aspek-aspek yang telah dikupas bagi tujuan
penambahbaikkan perlu diperbaiki dan dimurnikan lagi supaya kajian tindakan ini lebih berkualiti dan
bermutu dari pelbagai aspek untuk disesuaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual khasnya. Antara aspek tersebut ialah dari segi perbezaan garisan antara
garisan lakaran dan garisan objek, peruntukan masa bagi setiap aktiviti dan juga penekanan kepada
bentuk asas sesuatu hal benda.

RUJUKAN
Bloom B. S (1968). Learning of mastery. New York: Evaluation Comment (UCLA-CSIEP).

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Ibrahim Hassan. (2003). Pendidikan seni untuk maktab dan
universiti. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Pelaksanaan pembelajaran masteri dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ronald Pearsall (1996). Introduction to drawing. London: Quantum Publishing Ltd.

S.A. Winner. (1997). Innovation in arts education. London: Northern Illinois University.




31

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA KRAF BATIK BASAH ATAS BASAH
BAGI MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN KAEDAH DEMONSTRASI
Oleh
MOHAMAD SAFUAN BIN MOHAMAD IDRIS & FARIDAH ANUM BINTI ABDUL WAHID
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK
Didapati murid tahun 5 di sebuah sekolah harian biasa tidak mahir menggunakan warna air untuk
mewarna hasil kerja kraf batik mereka. Antara punca masalah tersebut adalah mereka kurang
diberikan pendedahan mengenai cara mewarna. Seramai 6 orang murid telah dikenalpasti dan dipilih
untuk terlibat di dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan
kaedah demonstrasi bagi meningkatkan kemahiran mewarna kraf batik teknik basah atas basah.
Tinjauan awal menunjukkan 6 orang murid tersebut gagal dalam ujian bulanan Pendidikan Seni
Visual. Perkara ini juga disokong oleh guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kelas murid
berkenaan. Oleh itu, kaedah demonstrasi telah dipilih bagi mengatasi masalah ini. Alat kajian yang
digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pos, pemerhatian, temubual dan analisis dokumen
kerja murid. Intervensi yang telah dijalankan sebanyak dua kitaran dengan mengunakan rancangan
pengajaran kaedah demonstrasi tetapi telah diubahsuai mengikut keperluan murid. Hasil analisis data
menunjukkan berlaku peningkatan yang baik bagi semua murid berbanding intervensi didedahkan.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah demonstrasi dapat meningkatkan
kemahiran mewarna kraf batik teknik basah atas basah dengan lebih baik dan berkesan.
Berdasarkan hasil kajian, penyelidik mencadangkan kajian ini boleh diteruskan dengan
menggabungkan penggunaan kaedah demonstrasi dengan video untuk menyelesaikan masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci : Kaedah Demonstrasi, Teknik Basah Atas Basah, Kraf Batik
1.0 PENDAHULUAN
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam praktikum fasa ketiga,
pengkaji telah mengenal pasti beberapa masalah yang timbul sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya adalah murid tidak membawa peralatan seni, murid tidak dapat menyiapkan
karya dan ada juga murid yang kurang berminat dalam aktiviti seni yang dijalankan. Semasa
pemerhatian dijalankan, terdapat murid yang menunjukkan penglibatan yang aktif di dalam kelas dan
ada juga yang membuat kerja sambil lewa berikutan tidak begitu menggemari aktiviti yang dijalankan.
Mengikut Howard Gardner (1998), setiap individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan
kenyataan ini disokong oleh Rohani Abdullah (2001), kecerdasan yang ada pada seseorang
merupakan kecenderungan kepada sesuatu bidang, manakala mereka mungkin lemah dalam bidang
yang lain.
Namun apabila pengkaji mengajar murid-murid tahun lima bagi tajuk Batik menggunakan teknik Resis
iaitu dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional, mereka amat meminati pelajaran pada hari itu dan
sungguh bersemangat. Pengkaji dapat mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi murid-murid
apabila menggunakan media basah, Segelintir murid masih mengalami masalah dan lemah dalam
pengawalan warna dan ramai lagi tidak mengetahui teknik mewarna seperti basah atas basah boleh
digunakan untuk menjadikan batik mempunyai ton warna yang menarik dan memaparkan komposisi
objek. Hasil yang diperoleh pada akhir P&P juga tidak memberangsangkan kerana banyak yang
comot, kertas koyak, kurang kemas dan tidak menarik.
2.0 FOKUS KAJIAN
Penyelidik telah mengenal pasti punca kenapa murid-murid tidak dapat mengaplikasikan kemahiran
mewarna dengan betul semasa melaksanakan aktiviti mewarna kraf batik dalam satu sesi pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Antara kesilapan dalam percubaan mewarnakan kraf batik
adalah tidak membancuh warna air dengan baik. Kedua, kesilapan tidak membasahkan kertas
terlebih dahulu ketika menggunakan teknik mewarna basah atas basah.

32

Ketiga, murid tidak meneroka pemilihan warna dalam media basah supaya dapat menghasilkan karya
yang baik. Kesemua yang dinyatakan di atas mampu menjejaskan kualiti karya apabila murid tidak
memahami cara menggunakan teknik mewarna basah atas basah di mana kertas harus dibasahkan
terlebih dahulu dan baru diwarnakan dengan warna yang telah dibancuh dengan baik. Kesilapan
yang dilakukan oleh murid diperoleh melalui pemerhatian yang dilakukan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.
Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran mewarna kraf batik menggunakan teknik basah atas
basah menggunakan pendekatan demonstrasi dapat membantu murid menguasai sesuatu aktiviti
atau prosedur atau langkah pembelajaran kerana murid dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan
lebih mudah dan jelas (Eley, M. & Norton, P. 2004). Penyelidik memilih untuk menggunakan kaedah
pengajaran demonstrasi untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti mewarna. Dengan ini,
murid dapat mengaplikasi kemahiran yang mereka pelajari dalam berkarya dan guru juga boleh
menggunakan kaedah ini untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi bukan sahaja dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif umum:
Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mewarna kraf batik
teknik basah atas basah bagi murid tahun 5 melalui kaedah demonstrasi.
ii. Objektif Khusus:
1. Meningkatkan pengetahuan jenis warna dan ton warna dengan menggunakan kaedah
demonstrasi
2. Meningkatkan kemahiran membanding beza teknik basah atas basah bagi warna
sewarna, warna panas, warna sejuk dan warna campuran dengan menggunakan media
warna air melalui kaedah demonstrasi
3. Meningkatkan kemahiran mewarna basah atas basah bagi kraf batik menggunakan
warna air dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional melalui kaedah demonstrasi
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan enam orang murid kelas tahun lima. Menurut guru yang pernah mengajar
kelas ini iaitu Pn. R, murid-murid kelas ini mempunyai kemahiran yang lemah dalam menggunakan
media basah. Satu pemerhatian telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat pengetahuan awal
murid-murid ini dalam Pendidikan Seni Visual. Berdasarkan hasil tinjauan awal, data yang diperoleh
dari pemerhatian, soal selidik, penelitian dokumen hasil kerja, penyelidik telah memilih enam subjek
kajian dari 30 orang murid tahun lima kerana mereka menunjukkan tahap penguasaan kemahiran
mewarna masih lemah berbanding rakan-rakan mereka yang lain.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data
Penyelidik telah memilih beberapa cara pengumpulan data sepanjang kajian tindakan dijalankan.
Menurut Chua (2007), menyatakan bahawa triangulasi data atau kepelbagaian pengumpulan data
perlu digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian. Oleh itu, penyelidik telah menjalankan
pengumpulan data yang pelbagai iaitu pemerhatian, ujian, dan juga temubual. Data yang hendak
diperoleh adalah merupakan kemahiran dari aspek fizikal dan kognitif yang dimiliki oleh subjek kajian.
Subjek kajian yang terlibat merupakan enam orang murid tahun lima yang telah dipilih setelah dikenal
pasti semasa tinjauan awal dilakukan oleh penyelidik

5.2 Analisis tinjauan masalah
Berdasarkan tinjauan awal penyelidik, hasil dapatan menunjukkan hanya seorang subjek kajian
sahaja yang lulus ujian pemahaman dengan mendapat markah 40 peratus iaitu gred C. Manakala
lima orang lagi subjek kajian didapati gagal dalam ujian tersebut dengan tiga orang subjek kajian
mendapat markah 30 peratus, dan dua lagi subjek kajian mendapat markah 20 peratus.

Manakala bagi ujian mewarna, Hanya dua orang subjek kajian sahaja yang berjaya lulus iaitu
mendapat markah melebihi 40 peratus manakala empat lagi subjek kajian gagal dalam ujian yang
diberikan. Terdapat dua orang subjek kajian yang memiliki markah yang terendah iaitu 30 peratus
markah. Manakala markah yang tertinggi pula adalah 50 peratus markah hanya seorang sahaja.
33

5.3 Tindakan menangani masalah

Aktiviti Kajian Kitaran 1 menggunakan Kaedah Demonstrasi
Bil Sesi Aktiviti Masa
1 Latihan mewarna mengikut ton
menggunakan bancuhan yang betul
i. Mengenal warna asas,
warna sekunder, warna
tertier
ii. Membancuh warna
dengan betul
iii. Menghasilkan ton warna

30 minit
2 Latihan membanding beza teknik
catan basah atas basah dan teknik
biasa
i. Mewarna teknik basah
atas basah
ii. Mewarna teknik biasa
iii. Membanding beza teknik
iv. Mengenal kesan warna
30 minit
3 Latihan mewarna corak batik
menggunakan teknik basah atas
basah
i. Mengaplikasi apa yang
dipelajari ke atas batik
60 minit
4 Ujian Pos 1 - Ujian Kefahaman
- Ujian mewarna
30 minit
60 init

5.4 Keputusan Kajian


Rajah 1. Skor Ujian Kefahaman Pos 1 dan Pos 2
Rajah di atas menunjukkan dapatan skor ujian kefahaman Pos 1 dan juga Pos 2. Ujian ini dijalankan
selepas aktiviti intervensi dijalankan terhadap subjek kajian. Ujian ini masih merangkumi jumlah
soalan yang sama iaitu tujuh objektif dan tiga struktur. Ini menunjukkan terdapat peningkatan dari
segi pengetahuan subjek kajian. Subjek kajian M4, M5 dan M6 menunjukkan peningkatan
pencapaian paling tinggi iaitu 40 peratus setelah penyelidik membanding markah bagi ujian pos 1 dan
ujian pos 2. Manakala subjek kajian M1 dan M2 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus.
Dan manakala subjek kajian M3 pula hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus iaitu 40
peratus kepada 60 peratus.

0
50
100
M1 M2 M3 M4 M5 M6
30
50
40
30
40
20
60
80
60
70
80
60
M
a
r
k
a
h

(
%
)


Skor Ujian Kefahaman Pos 1 dan Pos 2
Pos 1 Pos 2
34


Rajah 2. Skor Ujian Mewarna Pos 1 dan Pos 2
Rajah diatas menunjukkan hasil dapatan bagi ujian mewarna pos 1 dan pos 2. Ujian ini dijalankan
selepas intervensi iaitu kaedah demonstrasi diperkenalkan terhadap subjek kajian. Pada ujian pos 1,
pencapaian menunjukkan seramai empat orang subjek kajian mendapat pencapaian sederhana di
dalam lingkungan markah 40 peratus hingga 56 peratus. Manakala dua lagi subjek kajian mendapat
pencapaian rendah lingkungan markah antara 36 peratus dan 38 peratus. Apabila ujian pos 2
dijalankan, kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan pencapaian markah yang positif iaitu
markah yang tertinggi merupakan 90 peratus dan yang terendah pula 70 peratus. Hasil perbandingan
bagi kedua-dua markah pos 1 dan pos 2 menunjukkan keberkesanan penggunaan intervensi yang
dilakukan oleh penyelidik. Dan ini dapat menjawab persoalan kajian dua dan juga tiga iaitu dapat
membandingbeza warna panas dan warna sejuk serta dapat meningkatkan kemahiran mewarna kraf
batik basah atas basah.
5.5 Rumusan kajian
Hasil dapatan kajian menunjukkan pengunaan kaedah Demonstrasi untuk pengajaran dapat
membantu meningkatkan kemahiran subjek kajian dalam mewarna kraf batik menggunakan teknik
basah atas basah.
Selepas intervensi dijalankan, peningkatan yang positif ditunjukkan oleh hasil kerja mereka dan
berdasarkan soalan yang ditanya kepada subjek kajian semasa melakukan aktiviti, ternyata
berlakunya peningkatan dari segi pengetahuan mereka. Hasil dapatan dari ketiga-tiga kaedah ini
menunjukkan bahawa penggunaan kaedah demonstrasi dapat membantu subjek kajian
mengenalpasti warna dan jenis warna. Bukan sahaja dari aspek pengetahuan tetapi juga rasa
keyakinan diri turut bertambah. Subjek kajian menjadi lebih yakin untuk mewarna setelah lebih mahir
menggunakan teknik basah atas basah.

Kesimpulannya, kaedah demonstrasi boleh meningkatkan kemahiran mewarna basah atas basah
kepada subjek kajian. Kaedah ini melibatkan tunjuk ajar beserta bahan bantu mengajar yang menarik
dan sesuai dapat membina pengalaman dengan lebih bermakna. Dapatan ini disokong oleh kajian
Zulkifli Yahya (2009) yang menunjukkan peratusan peningkatan dalam mengenal pasti jenis warna
dan ton warna apabila kaedah demonstrasi digunakan. Hal ini dibuktikan apabila subjek kajiannya
boleh memilih warna dengan tepat dalam ujian yang dilakukan

5.6 Refleksi
Penggunaan kaedah demonstrasi juga dapat menjadikan suasana pembelajaran dan pengajaran
lebih menarik dan menyeronokkan. Kaedah demonstrasi melibatkan tunjuk cara dan penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Dapatan pemerhatian dan temubual menunjukkan
murid tidak cepat bosan malah berasa seronok dan menjadi aktif dengan kaedah yang digunakan.
Keadaan murid yang aktif menimbulkan suasana pembalajaran yang ceria.


0
20
40
60
80
100
M1 M2 M3 M4 M5 M6
40
50
40
56
36
38
76
70
90
80
84
80
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Graf skor ujian mewarna Pos 1 dan Pos2
Pos 1 Pos 2
35

Penggunaan kaedah demonstrasi membantu subjek kajian mengurangkan kesalahan dari segi
langkah. Ini kerana dengan menggunakan kaedah demonstrasi, subjek kajian dapat melihat langkah
demi langkah apa perkara yang perlu dibuat. Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh penyelidik,
subjek kajian mudah untuk melakukan aktviti amali. Selain dari itu, objektif yang diingini oleh
penyelidik tercapai. Setelah pelbagai aktiviti yang dilakukan, kajian ini berjaya mencapai objektif.

Oleh kerana semua dapatan dalam analisis dokumen hasil kerja ini telah menunjukkan peningkatan
positif dalam aspek penguasaan, terbukti kaedah demonstrasi yang ditunjukkan oleh penyelidik
adalah sangat sesuai untuk digunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
kemahiran mewarna. Dapatan ini selari dengan Teori Albert Bandura (1994) yang mengatakan
kanak-kanak belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Berdasarkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan kajian ini dapat
diteruskan dengan kajian ke atas bidang lain menggunakan kaedah demonstrasi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Contoh bidang lain yang boleh dikaji adalah bidang membentuk dan membuat
binaan seperti tembikar dengan menggunakan doh. Selain itu, media yang digunakan juga boleh
ditukar kepada seperti media kering oil pastel, soft pastel, pensel warna ataupun media basah lain
seperti cat minyak.
Untuk penambahbaikan, kajian seterusnya boleh dijalankan dengan menggabungkan penggunaan
kaedah demonstrasi dan video untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan video dapat menarik minat murid untuk melihat apa yang dilakukan oleh guru. Kaedah
ini melihat kepada keupayaan murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu
sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini
memberi peluang kepada untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan murid dapat
melakukan apa yang dipelajari secara praktikal.
RUJUKAN
Adler, P. S. (1997). Work Organization: From Taylorism to Teamwork. Perspectives on Work, June
1997, 61-6
Albert Bandura. (1977). Social learning theory. New York :Prentice Hall
Asharil Suhardi Abdullah. Batik daripada Tradisi kepada Modenisasi dalam Majalah Dewan Budaya:
Julai 2004.
Azizi Yahaya. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd
Azman Wan Chik. (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari
Brophy, Jere. (1998). Motivating Students To Learn. United States of America: Mc Graw Hill
Company
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan; Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep Dan Amalan
Dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn
Eley, M. & Norton, P. (2004). The Structuring of Initial Descriptions or Demonstrations in the Teaching
of Procedures. Boston: Saunders Publication
Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor : Universiti Teknologi Malaysia: Heinema

36

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT TOPENG MUKA
BAGI MURID TAHUN 4 MELALUI KAEDAH
PENEROKAAN ALAT DAN BAHAN

Oleh

MOHAMAD NUR FADHLAN B SHES SUEIBA & FARIDAH ANUM BINTI ABDUL WAHID
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah
penerokaan alat dan bahan dalam meningkatkan kemahiran membuat topeng muka dalam kalangan
murid tahun 4. Subjek kajian terdiri daripada tujuh orang murid dari tahun 4 yang memperoleh gred
paling rendah dalam ujian diagnostik bagi aktiviti membuat topeng muka. Data dikumpul melalui
pemerhatian, analisis dokumen serta ujian pra dan ujian pos. Hasil analisis data mendapati semua
subjek kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara di dalam ujian pos berbanding ujian pra.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah penerokaan alat dan bahan sangat
berkesan dalam meningkatkan kemahiran membuat topeng bagi murid tahun 4.
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual terdiri daripada empat bidang iaitu menggambar, mencorak dan membuat
rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Pengkaji telah memilih
untuk memilih bidang membentuk dan membuat binaan kerana berdasarkan tinjauan pengkaji,
subjek kajian masih lemah dalam bidang ini. Tajuk yang telah pengkaji pilih adalah cara untuk
meningkatkan kemahiran membuat topeng muka dalam kalangan subjek kajian tahun 4 melalui
kaedah penerokaan alat dan bahan. Pengkaji telah memilih topeng muka kerana ianya bersesuaian
dengan tahap murid seperti yang terdapat di dalam huraian sukatan. Selain itu aktiviti ini dapat
menarik minat murid.
2.0 FOKUS KAJIAN
Penguasaan kemahiran membuat topeng yang baik akan membantu subjek kajian dalam
menghasilkan hasil kerja yang lebih menarik. Kemahiran membuat topeng ini secara tidak langsung
dapat membantu subjek kajian dalam kreativiti mereka kerana dapat mencipta sesuatu yang baru dan
meningkatkan kebolehan subjek kajian untuk mengolah idea. Hal ini di sokong oleh JuneKing McFee
(1968).
Penerokaan adalah salah satu daripada empat aspek utama dalam pelajaran seni (Laura H.
Chapman, 1978). Hal ini kerana melalui penerokaan alat dan bahan, secara tidak langsung subjek
kajian dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam pengolahan idea. Perkara ini menunjukkan
betapa pentingnya penerokaan alat dan bahan dalam pendidikan seni visual. Walaupun begitu,
subjek kajian masih sangat lemah dan tidak kreatif dalam penggunaan alat dan bahan. Jika dilihat
pada kurangnya kreativiti subjek kajian dalam pemilihan alat dan bahan, hal ini mungkin kerana
kurangnya pendedahan kepada subjek kajian tentang penerokaan alat dan bahan. Perkara ini
menyebabkan minda mereka tidak berkembang dan mereka tidak mempunyai pengalaman dalam
menggunakan alat dan bahan yang menarik.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Objektif Umum :
Meningkatkan kemahiran membuat topeng muka dalam kalangan murid tahun 4 melalui
kaedah penerokaan alat dan bahan.
2. Objektif Khusus :
a) Meningkatkan kemahiran memilih alat dan bahan untuk menghasilkan topeng muka
dalam kalangan murid tahun 4 Cekal dengan menggunakan kaedah penerokaan alat
dan bahan.
37

b) Meningkatkan pengetahuan murid tentang alat dan bahan dalam kemahiran membuat
topeng muka dengan menggunakan kaedah penerokaan alat dan bahan.
c) Murid murid dapat membuat topeng muka menggunakan sekurang kurang tujuh
bahan yang menarik dengan kaedah penerokaan alat dan bahan.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas tujuh orang murid tahun 4. Murid murid ini terdiri daripada lima orang
murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Semua murid ini terdiri daripada bangsa Melayu.
Mereka juga tidak mempunyai masalah dalam memberikan kerjasama. Jika dilihat berdasarkan
keputusan ujian pra yang dijalankan pengkaji, mereka boleh dikategorikan dalam kumpulan murid
yang lemah kerana semua murid murid ini mendapat gred C. Tinjauan awal pula menunjukkan
murid murid di kelas ini kurang diberikan pendedahan mengenai alat dan bahan yang menarik.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpul data
Ujian
Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan ujian pos untuk melihat peningkatan kemahiran subjek
kajian. Data yang diperolehi melalui ujian ini digunakan untuk menjawab persoalan kedua kajian iaitu
sama ada kaedah penerokaan alat dan bahan dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang alat
dan bahan dalam kemahiran membuat topeng. Pengkaji telah menghasilkan satu rubrik untuk
memberi markah kepada hasil kerja subjek kajian. Markah tersebut kemudiannya ditukarkan ke
dalam bentuk peratus. Markah ujian pra dan ujian pos akan dibandingkan untuk melihat peningkatan
subjek kajian tersebut. Sisihan piawai pula telah digunakan untuk kesahan data.
Pemerhatian
Pemerhatian adalah suatu aktiviti untuk mengumpul data dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud, 2011). Jika aktiviti dijalankan secara terancang dan sistematik,
banyak maklumat serta data yang dapat dikumpul. Terdapat dua jenis kaedah pemerhatian iaitu
pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur.Pemerhatian yang telah digunakan
pengkaji adalah pemerhatian berstruktur.
Penelitian Dokumen
Penelitian dokumen hasil kerja subjek kajian daripada ujian yang dijalankan untuk mendapatkan data
daripada dokumen dokumen yang berkaitan. Penelitian telah dilakukan terhadap fail yang
mengandungi hasil kerja murid. Untuk menjawab persoalan kajian kedua, pengkaji telah
menggunakan kaedah penelitian dokumen. Pengkaji telah meneliti hasil kerja subjek kajian untuk
melihat perubahan dalam penggunaan alat dan bahan yang digunakan subjek kajian. Senarai semak
telah digunakan sebagai instrumen di dalam penelitian dokumen ini. Kriteria yang dilihat adalah alat
dan bahan yang digunakan dalam penghasilan topeng muka.
5.2 Analisis tinjauan masalah
Berdasarkan analisis tinjauan awal, pengkaji mendapati bahawa semua Subjek kajian masih lemah
dalam penerokaan alat dan bahan. Melalui pemerhatian yang dijalankan, mereka hanya mendapat
dua markah dalam memilih alat dan bahan. Hal ini bermaksud mereka hanya menggunakan dua alat
dan bahan iaitu pensel warna dan oil pastel di dalam menghasilkan topeng muka mereka. Tiada di
antara mereka yang menggunakan bahan lain seperti reben, manik, kapas dan tali untuk menghias
topeng mereka. Melalui penelitian karya murid pula pengkaji mendapati bahawa lima orang subjek
kajian mendapat gred A(16.66%), 14 orang subjek kajian mendapat gred B(46.66%) dan tujuh orang
subjek kajian mendapat gred C(23.33%). Perkara yang dinilai di atas tidak mengambil kira kreativiti
subjek kajian dalam memilih bahan. Jika pengkaji menilai dari sudut berkenaan, maka boleh
dikatakan tiada seorang pun yang akan mendapat gred A. Berdasarkan markah juga, dapat dilihat
mereka bukan sahaja tidak kreatif dalam pemilihan alat dan bahan namun terdapat juga sebilangan
kecil subjek kajian yang masih lemah dalam penghasilan topeng sehingga menempatkan mereka di
kelompok gred C.
38

5.3 Tindakan menangani masalah
Bagi menangani masalah ini pengkaji telah menjalankan intervensi selama 3 minggu. Tiga jenis
aktiviti telah dijalankan bagi menangani masalah ini. Untuk aktiviti pertama, pengkaji telah
menggunakan gambar topeng muka untuk memberi pendedahan kepada subjek kajian mengenai alat
dan bahan yang pelbagai. Untuk aktiviti kedua pula, pengkaji menunjukkan contoh topeng muka yang
sudah siap dengan menggunakan pelbagai bahan kepada subjek kajian. Kemudian, pengkaji
bertanya kepada subjek kajian alat dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan topeng muka
tersebut. Aktiviti ketiga yang telah dijalankan pengkaji adalah untuk meningkatkan kemahiran
memotong subjek kajian. Pengkaji telah mengajar beberapa teknik untuk memotong kepada subjek
kajian. Antara teknik yang diajar adalah teknik memotong menggunakan pembaris, teknik memotong
menggunakan gunting dan teknik memotong menggunakan pisau.
5.4 Keputusan kajian

Rajah 1 Graf perbezaan penggunaan alat dan bahan Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2
Berdasarkan graf perbezaan di atas, dapat dihuraikan bahawa terdapat peningkatan yang drastik
setelah intervensi dijalankan. Semua subjek kajian telah mencatatkan peningkatan daripada ujian pra
ke ujian pos 2. Subjek kajian dapat menggunakan lebih banyak alat dan bahan yang pelbagai. secara
puratanya peningkatan yang berlaku adalah sebanyak 40.5%.

Rajah 2 Graf perbezaan peratus Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2
Berdasarkan graf perbezaan di atas, dapat dihuraikan bahawa terdapat peningkatan yang drastik
setelah intervensi dijalankan. Semua subjek kajian telah mencatatkan peningkatan daripada ujian pra
ke ujian pos 2. Subjek kajian dapat meningkatkan peratus markah yang diperolehi mereka. Secara
puratanya peningkatan yang berlaku adalah sebanyak 29.4%.





Subjek kajian
M
a
r
k
a
h

2 2 2 2 2 2 2
4
5
4
5
6
5
4
8
11
9
8
12
9
8
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7
Ujian pra
Ujian pos 1
Ujian pos 2
Subjek kajian
S
k
o
r

39

5.5 Rumusan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membuat topeng muka bagi murid
tahun 4 melalui kaedah penerokaan alat dan bahan. Subjek kajian merupakan lima orang murid lelaki
dan dua orang murid perempuan yang mendapat gred C di dalam ujian diagnostik. Fokus kajian
adalah untuk meningkatkan kemahiran subjek kajian di dalam membuat topeng muka. Bagi mengkaji
sama ada objektif kajian tercapai atau tidak, ujian pra, pos 1 dan pos 2 di jalankan. Pada akhir
intervensi, secara puratanya didapati markah subjek kajian meningkatkan sebanyak 29.4%. Kajian ini
disokong oleh Maziah Mohamad Saad (2012) yang menyatakan bahawa kaedah penerokaan alat dan
bahan dapat menigkatkan pengetahuan murid murid mengenai alat dan bahan yang pelbagai.
selain itu, kajian ini juga bertepatan dengan perkara yang dinyatakan oleh J. Bruner (1966) iaitu
maklumat yang ditemukan sendiri atau jawapan penyelesaian yang dicari sendiri membolehkan
maklumat baharu mudah diingati.
5.6 Refleksi
Selepas menjalani intervensi segala data telah dikumpul oleh pengkaji dan diinterpretasi dalam
bentuk graf dan jadual.Data seperti min dan peratus dikeluarkan untuk mendapatkan banding beza
terhadap ujian yang terdahulu dengan selepas melaksanakan intervensi. Secara keseluruhnya,
objektif kajian tercapai di mana subjek kajian telah menunjukan peningkatan di dalam penggunaan
alat dan bahan untuk membuat topeng. Selain itu markah subjek kajian juga dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya intervensi yang dirancang pengkaji berjaya mencapai sasarannya dan menunjukkan
hasil yang positif.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian ini pengkaji telah melihat hubungan antara penerokaan alat dan bahan dan
pencapaian murid. Antara cadangan kajian akan datang ialah :
1. Pengkaji bercadang untuk menambah jumlah subjek kajian untuk memastikan lebih
ramai murid dapat menguasai kemahiran penggunaan alat dan bahan yang menarik.
2. Menggunakan alat dan bahan yang terpakai atau yang berada di sekeliling murid di
dalam melaksanakan kajian untuk meningkatkan kreativiti murid serta menjimatkan
kos.
3. Menjalankan kajian dengan aras mudah ke sukar untuk meningkatkan lagi kemahiran
murid murid di dalam membuat topeng.

RUJUKAN
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud.(2011). Kajian tindakan: konsep dan amalan dalam pengajaran.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Bruner, J. S. (1966). Towards a theory of instruction (Vol. 59). Harvard University Press
McFee, JuneKing. (1968). Creative problem solving abilities in art of academically superior
adolescents. Eric Clearing house.
Laura H. Chapman. (1978). ApproachestoArt in Education. HarcourtCollege.
Marziah binti Mohamad Saad. (2012). Meningkatkan kemahiran menghasilkan corak terancng dalam
kalangan murid tahun 4 zamrud melalui penerokaan teknik dan bahan. Tesis Ijazah, Institut
Perguruan Guru Malaysia, Kuala Lumpur. (Tidak diterbitkan)






40

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PSIKOMOTOR HALUS IAITU MENGGUNTING DALAM AKTIVITI
MEMBUAT MODEL MURID TAHUN TIGA AMAL MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI

Oleh
MOHD ASYRAF BIN MOHD ZUBIR & NOR AZIZAH BINTI ATAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Penyelidikan Tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting dalam aktiviti membuat model murid tahun tiga Amal melalui kaedah pembelajaran
masteri. Seramai 13 orang Subjek kajian telah dipilih dari sebuah sekolah kebangsaan di sekitar
Kuala Lumpur. Kajian ini memberi fokus kepada meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting dalam aktiviti membuat model bertajuk Bas Mini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui
ujian diagnostik, pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Keputusannya mendapati
kebanyakan murid kurang faham tentang aktiviti model serta tidak menguasai kemahiran psikomotor
halus iaitu menggunting. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah pembelajaran masteri telah digunakan
sebagai intervensi bagi meningkatkan kemahiran menggunting. Subjek kajian diberikan ujian pos 1
dan pos 2 selepas intervensi 1 dan intervensi 2 dilaksanakan. Hasilnya, kesemua ujian menunjukkan
peningkatan subjek kajian terhadap kefahaman aktiviti model dan kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting. Data untuk kajian ini telah dikumpul menggunakan tiga instrumen kajian utama iaitu
pemerhatian, soal selidik, dan ujian. Dapatan kajian ini telah menunjukkan subjek kajian telah dapat
meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting dengan baik dan berkesan. Oleh itu,
dicadangkan bagi kajian seterusnya adalah fasa kitaran kajian satu dan kitaran kajian dua
dipanjangkan tempoh agar mendapat hasil yang lebih memberangsangkan.
Kata kunci : Kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting, Aktiviti model, Pembelajaran Masteri
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu mata pelajaran elektif yang telah diperkenalkan di
sekolah rendah dan menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Seni Visual ini
memberikan perhatian yang lebih kepada seni visual atau tampak dan tidak mempunyai sebarang
kaitan dengan seni seni yang lain seperti seni pertahanan diri, seni tari, seni sastera dan seni
muzik.

Ketika melaksanakan praktikum fasa tiga pada tahun 2013 selama tiga bulan di sebuah sekolah di
sekitar Kuala Lumpur, pengkaji telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual oleh pihak sekolah. Sewaktu melaksanakan tanggungjawab mengajar kelas
tahun tiga Amal bidang Membentuk dan Membuat Binaan aktiviti membuat model, pengkaji
mendapati bahawa ada sedikit masalah telah timbul ketika sesi pengajaran dan pembelajaran pada
hari tersebut berlangsung. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan murid di dapati kurang memahami
konsep dan definisi model dan beberapa murid tidak berjaya dan mampu menggunting dengan baik.

Akibatnya, beberapa murid tidak berjaya menguasai objektif pembelajaran bidang kegiatan
Membentuk dan Membuat Binaan aktiviti model kenderaan bertajuk bas mini. Oleh itu, permasalahan
ini telah menarik perhatian pengkaji untuk dijadikan tajuk penyelidikan tindakan bagi
menyelesaikannya.

2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji setelah melaksanakan praktikum fasa tiga di sekolah di
sekitar Kuala Lumpur adalah untuk meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting
dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan aktiviti model. Kaedah pembelajaran masteri akan
digunakan sebagai salah satu langkah intervensi untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Dengan penetapan keadah tersebut, pengkaji mengharapkan bahawa permasalahan ini akan dapat
diselesaikan dan sekali gus dapat meningkatkan penguasaan bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual
yang memerlukan penggunaan kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting.
41

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan aktiviti model dalam kalangan
murid tahun tiga Amal melalui kaedah pembelajaran masteri

ii. Objektif Khusus :
a) Meningkatkan kefahaman murid tentang bidang Membentuk dan Membuat Binaan aktiviti
model melalui kaedah pembelajaran masteri.
b) Meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting dengan kemas dan teratur
melalui kaedah pembelajaran masteri.
c) Meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting dan kefahaman murid
tentang bidang Membentuk dan Membuat Binaan aktiviti model melalui kaedah
pembelajaran masteri.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Setelah menjalankan dan menganalisis tinjauan awal dan ujian diagnostik terhadap kelas tahun tiga
Amal, pengkaji telah dapat memilih murid yang mempunyai tahap sederhana dan lemah dalam
kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting. Kumpulan sasaran tersebut merupakan murid tahun
tiga Amal yang bersekolah di Sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Seramai 13 orang murid daripada 38
orang murid kelas tersebut telah dikenalpasti mempunyai kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting pada tahap yang sederhana dan lemah. Kesemua kumpulan kajian berumur dalam
lingkungan 9 tahun dan terdiri daripada 5 perempuan dan 8 lelaki.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data.
5.1.1 Ujian
Dalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan dua sesi ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Menurut
Mazlan bin Mohammad (1996), ujian pra dan ujian pos adalah instrumen pengukur untuk menentukan
tahap pencapaian subjek kajian terhadap kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting. Hasil
dapatan ujian pra, pos1 dan pos 2 akan dibanding bezakan bagi mengetahui peningkatan
pengetahuan dan kemahiran subjek kajian berdasarkan persoalan kajian tindakan ini.

5.1.2 Pemerhatian Berstruktur
Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), pemerhatian merupakan suatu aktiviti
pengumpulan data dalam proses pengajaran pembelajaran. Oleh itu, pengkaji telah melakukan
pemerhatian secara berstruktur di sepanjang tempoh kajian berlaku. Subjek kajian telah diperhatikan
oleh pengkaji di sepanjang aktiviti intervensi dijalankan. Borang senarai semak pemerhatian secara
berstruktur juga telah di isi oleh pengkaji apabila kajian ini selesai dilaksanakan. Dua pemerhatian
telah dijalankan pada semasa ujian pra dan semasa ujian pos.

5.1.3 Soal Selidik
Terdapat lima jenis skala bagi mengukur item item soal selidik iaitu skala likert, skala perbezaan
sematik, skala rank, skala Thurstone dan skala Guttman. Menurut Rosinah Edinin (2012), skala
Guttman digunakan untuk memberi respons yang tegas mengenai sesuatu isu. Oleh itu, hanya
ruangan ya atau tidak terdapat dalam skala Guttman dan subjek kajian perlu membuat salah satu
pilihan sahaja. Borang soal selidik skala Guttman telah pengkaji sediakan berdasarkan objektif kajian
tindakan ini. Dua soal selidik telah dijalankan sebelum ujian pra dan selepas ujian pos.

5.2 Analisis tinjauan masalah
Jadual 1: Gred Ujian Diagnostik Membuat Model Bas Mini
Bil Jumlah Murid Markah Gred
1 19 80 100 A
2 6 60 79 B
3 10 40 59 C
4 3 0 39 D
42

5.3 Tindakan menangani masalah.
Bagi mengatasi masalah ini penyelidik telah merancang sebuah fasa perlaksanaan dalam kajian
tindakan. Intervensi yang disediakan selaras dengan objektif kajian ini. Aktiviti yang disediakan pada
setiap fasa adalah berbeza-beza sesuai dengan fasa fasa yang dijalankan. Berikut merupakan
jadual tindakan kitaran intervensi I dan II.

Jadual 2: Fasa dalam Kajian Tindakan

Fasa Tindakan Penerangan
Sebelum
intervensi
i. Mengenal pasti masalah murid.
ii. Ujian Pra
Semasa intervensi Kitaran 1
i. Soal selidik
ii. Pemerhatian
iii. Ujian pos 1
Kitaran 2
i. Soal selidik
ii. Pemerhatian
iii. Ujian pos 2
Selepas intervensi i. Pengumpulan data
ii. Analisis data
iii. Refleksi

Jadual 3:Tindakan dalam intervensi I

Kitaran Fasa Aktiviti


1
1: Perancangan Mengenal pasti masalah, Pelan tindakan
2: Tindakan Ujian pra, Soal selidik, Intervensi 1 (Pembelajaran
Masteri), Ujian pos
3: Pemerhatian Pengumpulan data, Analisis data
4: Refleksi Cadangan penambahbaikan, Rancangan intervensi 2

Jadual 4: Tindakan dalam intervensi II

Kitaran Fasa Aktiviti


2
1: Perancangan Mengenal pasti penambahbaikan, Pelan tindakan
2: Tindakan Soal selidik, Intervensi 2 (Latih Tubi), Ujian Pos
3: Pemerhatian Pengumpulan data, Analisis data
4: Refleksi Cadangan penambahbaikan









43

5.4 Keputusan Kajian


Rajah 1: Graf palang keputusan ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2

Berdasarkan rajah 1, Pengkaji telah mendapati bahawa terdapat perubahan tahap pencapaian subjek
kajian bermula daripada ujian pra, ujian pos 1 dan pos 2. Secara keseluruhannya, kesemua subjek
kajian telah menunjukkan perubahan yang positif melalui peratusan dan gred markah yang diperolehi.
Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa intervensi intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji telah
membuat perubahan dengan meningkatkan kefahaman tentang aktiviti model dan kemahiran
psikomotor halus iaitu menggunting.

5.5 Rumusan Kajian
Hasil keputusan kajian telah dirumus dan penyelidik telah menggunakan data data tersebut untuk
membuat sebuah rumusan bagi menjawab persoalan - persoalan kajian yang dikaji oleh penyelidik.

Persoalan pertama: Adakah murid dapat meningkatkan kefahaman tentang bidang Membentuk
dan Membuat Binaan aktiviti model?
kesemua subjek kajian dapat meningkatkan kefahaman tentang bidang membentuk dan membuat
binaan aktiviti model. Untuk membuktikan perkara tersebut, senarai semak pemerhatian dan soal
selidik perlu dirujuk. Item 1 pada senarai semak pemerhatian dan item 2 pada senarai semak soal
selidik adalah soalan mengenai pemahaman subjek kajian apakah itu model. Sebelum intervensi
dilaksanakan, subjek kajian kurang yakin dan tidak menanda atau menunjukkan ciri ciri item
tersebut. Setelah selesai kitaran intervensi 1, subjek kajian kelihatan lebih yakin dan menanda atau
telah menunjukkan ciri ciri item tersebut. Selain itu, keputusan ujian pra, ujian pos 1 dan pos 2 turut
menunjukkan kesemua subjek kajian telah faham tentang aktiviti model kerana mereka telah berjaya
menghasilkan model dengan baik.







0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13
Graf palang Perbandingan Keputusan Ujian
Pra, Ujian Pos 1 dan Pos 2
Ujan Pra
Ujian Pos 1
Ujian Pos 2
Subjek
kajian
44

Persoalan kajian kedua: Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting dengan kemas dan teratur?
kesemua subjek kajian dapat meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting dengan
kemas dan teratur. Untuk membuktikan perkara tersebut, senarai semak pemerhatian dan soal selidik
perlu dirujuk. Item 2 hingga item 9 untuk pemerhatian dan item 3 hingga item 10 untuk soal selidik
adalah ciri ciri untuk meningkatkan kemahiran menggunting. Sebelum intervensi kitaran 1
dilaksanakan, subjek kajian kurang yakin dan tidak menanda atau melaksanakan ciri ciri item
tersebut. Setelah intervensi kitaran 1 dilaksanakan, subjek kajian kelihatan lebih yakin dan menanda
atau melaksanakan ciri ciri item tersebut. Selain itu, keputusan ujian pra, ujian pos 1 dan pos 2 turut
menunjukkan kesemua subjek kajian telah dapat meningkatkan kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting dengan kemas dan teratur setelah berjaya menghasilkan karya model yang baik.

Persoalan kajian ketiga: Adakah murid dapat meningkatkan kefahaman murid tentang bidang
Membentuk dan Membuat Binaan aktiviti model dan kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting melalui kaedah pembelajaran masteri?
Melalui kaedah pembelajaran masteri, kesemua subjek kajian telah dapat meningkatkan kefahaman
tentang bidang membentuk dan membuat binaan aktiviti model dan kemahiran psikomotor halus iaitu
menggunting. Hal ini boleh dibuktikan dengan keputusan ujian pra dan ujian pos 1. Kitaran intervensi
1 adalah menggunakan kaedah pembelajaran masteri, di sini hasil yang diperolehi adalah lebih baik
daripada hasil ujian pra. Terdapat tiga orang subjek kajian mendapat gred A berbanding ujian pra
yang tiada seorang pun yang mendapat gred A. Selain itu, keputusan ujian pos 1 turut menunjukkan
bahawa tiada seorang pun yang mendapat gred D berbanding ujian pra yang menpunyai tiga orang
subjek mendapat gred D. Disini telah dapat membuktikan bahawa kaedah pembelajaran masteri telah
dapat meningkatkan kefahaman murid tentang bidang Membentuk dan Membuat Binaan aktiviti
model dan kemahiran psikomotor halus iaitu menggunting berdasarkan keputusan yang diperolehi.

5.6 Refleksi
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, pengaji mendapati bahawa intervensi 1 iaitu
pembelajaran masteri yang digunakan telah memberikan kesan dalam meningkatkan kemahiran
psikomotor halus iaitu menggunting. Dengan melaksanakan intervensi 1 iaitu pembelajaran masteri,
keputusan ujian subjek kajian dilihat semakin baik dan maju berbanding dengan sebelumnya.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
a) pengkaji merasakan bahawa untuk kajian yang seterusnya memerlukan pelbagai aktiviti yang
boleh mendatangkan kesan yang positif dilaksanakan.

b) pengkaji merasakan bahawa untuk kajian yang seterusnya memerlukan penggunaan
pelbagai bahan untuk membuat model.

c) pengkaji merasakan bahawa untuk kajian yang seterusnya memerlukan pengguasaan
pelbagai kemahiran.

d) pengkaji merasakan bahawa untuk kajian yang seterusnya memerlukan bantuan dari segi
teknologi maklumat (ICT).

RUJUKAN

Bloom B.S. (1981). All our children learn. New York: McGraw-Hill
Bloom B. S. (1983). Taxanomy of Educational Objectives: Cognitive Domain. New York: David Mc
Kay Co.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran masteri. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia


45

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PSIKOMOTOR HALUS DALAM MEMBUAT LUKISAN FIGURATIF
MENGGUNAKAN PENSIL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1 MELALUI PEMBELAJARAN
MASTERI
Oleh
MOHD YUSRI BIN MOHAMMED & SHARIL BIN AWANG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam aktiviti membuat
lukisan figuratif menggunakan pensil dalam kalangan murid tahun 1 melalui pembelajaran masteri.
Seramai lima orang murid dari kelas 1 Maju di sebuah sekolah sekitar Cheras telah dipilih untuk
terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah dalam menghasilkan
lukisan figuratif. Tinjauan awal menerusi temubual, analisis dokumen dan soal selidik telah mendapati
murid tidak dapat mengaplikasikan aspek di dalam lukisan figuratif dalam lukisan kerana kurangnya
pendedahan yang diberi. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah pembelajaran masteri telah
diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Analisis dokumen, soal selidik dan ujian
telah digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Hasil dapatan mendapati kemahiran
psikomotor halus murid menghasilkan lukisan figuratif meningkat setelah kaedah pembelajaran
masteri dilaksanakan. Cadangan kajian seterusnya adalah membuat latihan pengukuhan bagi lukisan
figuratif dan juga pendedahan asas berkaitan bidang ini agar dapat meningkatkan lagi perkembangan
idea murid dan ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti masalah dengan lebih cepat dan
efisyen.
1.0 PENDAHULUAN
Pada semester tujuh pengkaji telah menjalani sesi praktikum selama 12 minggu. Pada sesi ini
pengkaji ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu.
Pengkaji telah menggunakan peluang ini untuk membuat pemerhatian dan mendapati murid tahap
dua menghadapi masalah di dalam mempraktikkan kemahiran melukis lukisan figuratif.
Masalah wujud apabila pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran PSV di dalam bidang
menggambar kegiatan lukisan figuratif di mana melalui pemerhatian dan tinjauan, tahap
perkembangan kemahiran psikomotor melukis yang masih berada pada tahap lemah dan tidak dapat
menghasilkan karya yang baik dalam aktiviti melukis. Aktiviti melukis yang diaplikasikan bagi
keempat-empat bidang Pendidikan Seni Visual merupakan aktiviti asas bagi memperkenalkan
kegiatan Seni Visual dan sesuai dipraktikkan kerana ia banyak melatih meningkatkan kawalan
psikomotor halus murid.
Semasa pemerhatian dibuat, masalah ini jelas kelihatan apabila terdapat golongan murid yang tidak
mampu menyiapkan hasil karya di dalam masa yang telah diberikan. Murid kelihatan terlalu lama di
dalam mencari idea untuk menghasilkan karya. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana mengikut Howard
Gardner (1998), setiap individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri. Setiap murid mempunyai
tahap mental dan pengetahuan yang berbeza yang menyebabkan segelintir murid tidak menyiapkan
karya yang ditugaskan.
Motif utama dalam aktiviti ini ialah pengkaji harus meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam
aktiviti membuat lukisan figuratif di dalam proses penghasilan karya. Pengkaji harus memberi lebih
penumpuan kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pengkaji juga harus
memberi panduan yang lebih khusus kepada murid agar mereka memahami cara pelaksanaan
semasa menghasilkan karya. Pengkaji juga perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis.
46

Oleh itu pengkaji haruslah melakukan penggabungjalinan matapelajaran sains semasa
mendemonstrasikan proses penghasilan karya. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi
kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Oleh itu
pengkaji haruslah meneliti kesemua unsur yang harus diaplikasikan agar murid dapat menghasilkan
karya dengan tepat dan betul.
2.0 FOKUS KAJIAN
Bahagian ini mengandungi isu kajian, tinjauan literatur berkaitan dengan isu kajian dan istilah kajian.
Pengkaji telah membuat kajian terhadap meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam aktiviti
membuat lukisan figuratif menggunakan pensil dalam kalangan murid tahun 1 melalui pembelajaran
masteri. Antara isu yang difokuskan adalah murid mudah berputus asa semasa proses menyiapkan
karya dijalankan, cara genggaman pensil yang kurang sesuai, kedudukan postur badan semasa
melukis dan murid kurang kemahiran berkenaan lukisan figuratif. Pengkaji telah memfokuskan kajian
ini terhadap penggunaan kaedah pembelajaran masteri kerana kaedah ini akan dapat membantu
memudahkan subjek kajian untuk memahami setiap langkah demi langkah. Postur badan semasa
melukis juga memainkan peranan utama didalam menghasilkan lukisan figuratif yang menarik. Jika
postur badan kurang sesuai lukisan yang dihasilkan kebanyakan tidak menepati piawai yang telah
ditetapkan. Responden memainkan peranan utama didalam membanteras perkara ini.
Akhir sekali subjek kajian kurang kemahiran berkenaan lukisan figuratif. Pengkaji haruslah
menerapkan kesemua unsur penting yang diperlukan untuk menghasilkan lukisan figuratif. Disamping
dapat memahami dan mempertingkatkan ilmu, responden juga dapat menerapkan unsur yang
dipelajari kedalam kajian yang telah dijalankan. Perkara ini secara tidak langsung akan melancarkan
lagi isu kajian yang dijalankan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
I. Objektif Umum :
Kajian ini akan dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam
aktiviti membuat lukisan figuratif menggunakan pensil dalam kalangan murid tahun 1 melalui
pembelajaran masteri. Kajian ini juga bertujuan untuk memupuk minat murid dalam
melakukan aktiviti-aktiviti Pendidikan Seni Visual.
II. Objektif Khusus :
a) Meningkatkan kawalan psikomotor halus yang melibatkan kemahiran-kemahiran
pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan dan jari-jari tangan dalam aktiviti
melukis lukisan figuratif melalui pembelajaran masteri.
b) Murid dapat meningkatkan kemahiran menghasilkan lukisan figuratif dengan menggunakan
kaedah pembelajaran masteri.
c) Murid dapat meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam aktiviti melukis melalui
pembelajaran masteri.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang dipilih bagi menjalankan kajian ini terdiri daripada murid dari tahun 1 Maju
yang mempunyai masalah di dalam mengawal psikomotor halus dengan baik. Subjek kajian terdiri
daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk
menguji keberkesanan kaedah pembelajaran masteri untuk meningkatkan kemahiran psikomotor
halus dalam aktiviti membuat lukisan figuratif.







47

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Kajian ini telah menggunakan kaedah trigulasi semasa menjalankan kajian tindakan ini. Kaedah ini
bermaksud penyelidikan dengan menggunakan lebih daripada satu gabungan alat kajian ( Rosinah
Edinin, 2012 ). Pengkaji telah membuat pilihan dengan memilih ujian, penelitian dokumen dan borang
soal selidik. Pengkaji telah menggunakan model Stephen Kemmis (1983 ) yang terdiri kepada empat
iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Kajian yang dijalankan melibatkan kitaran 1
dan kitaran 2 bagi mencapai objektif kajian yangtelah ditetapkan. Pengkaji juga menggunakan
analisis dokumen, soal selidik dan instrumen ujian bagi mengumpul seberapa banyak data berkaitan
kajian ini.

5.1 Perancangan

Semasa kajian pada kitaran satu pengkaji memulakan rancangan awal dengan memeriksa hasil
karya lukisan subjek. Aktiviti-aktiviti dirancang secara berperingkat dari tahap mudah ke tahap sukar
di mana melibatkan prinsip ansur maju. Selepas itu penelitian dijalankan terhadap karya subjek kajian
untuk mengetahui tahap pencapaian mereka terhadap lukisan figuratif dan telah menggunakan
pengajaran yang berpusatkan guru. Melaui kitaran kedua ini, pengkaji telah menjalankan strategi
pemusatan murid bagi menggantikan strategi pemusatan guru. Objektif yang hendak dicapai adalah
dapat meningkatkan penguasaan psikomotor halus murid dalam menghasilkan lukisan figuratif.

5.2 Tindakan
Pada kitaran satu pengkaji telah membuat aktiviti menyambung titik untuk mengukuhkan lagi
kefahaman dan kecekapan subjek kajian di dalam proses penghasilan karya yang sebenar. Subjek
diberikan masa selama 30 minit untuk menyiapkan satu karya lukisan bertajuk manusia (lampiran B)
sebagai Ujian Pra. Aktiviti membuat rupa oraganik dan rupa geometri juga telah dijalankan untuk
meningkatkan lagi daya psikomotor halus mereka. Pada kitaran dua pula pengkaji telah menjalankan
kuiz bagi menguji lagi konsep pemahaman murid berkaitan lukisan figuratif dan pengkaji hanya
menjalankan peranan sebagai pembimbing sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul
semasa aktiviti dijalankan.

5.3 Pemerhatian

Semasa menjalankan intervensi pertama pengkaji telah memperolehi data melalui pemerhatian, hasil
karya murid dan maklum balas dari borang soal selidik daripada subjek kajian. Data maklumat ini
kemudiannya dianalisis. Tujuan pemerhatian adalah untuk melihat respon subjek kajian terhadap
kajian yang dibuat. Pemerhatian ini juga secara tidak langsung menjawab persoalan kajian iaitu
bagaimana keberkesanan hasil pembelajaran masteri dengan menggunakan strategi berpusatkan
guru dan murid.Pada intervensi kedua pengkaji masih lagi menjalankan pemerhatian iaitu
pemerhatian secara berstruktur mengunakan senarai semak dan juga borang soal selidik. Selepas
selesai intervensi kedua pengkaji memberikan subjek soalan Ujian Pos. Segala data yang diperoleh
melalui pemerhatian, hasil karya subjek dan Ujian Pra dan Ujian Pos akan dianalisis secara kualitatif
dan kuantitatif.

5.4 Refleksi
Refleksi merupakan peringkat terakhir dalam proses menjalankan kajian ini. Refleksi ini bertujuan
untuk menilai sejauh mana keberkesanan intervensi yang telah pengkaji jalankan untuk
meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam aktiviti membuat lukisan figuratif menggunakan
pensil dalam kalangan murid tahun 1 melalui pembelajaran masteri.




48

6.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan instrumen-instrumen kajian yang telah digunakan, hasil data yang diperolehi
menunjukkan keputusan kajian yang telah dilaksanakan. Keputusan kajian ini adalah sejajar dengan
objektif utama kajian.

Sebelum intervensi dijalankan skor yang tertinggi ialah 60 peratus dan skor yang terendah ialah 40
peratus. Setelah intervensi dijalankan skor telah meningkat sehinga 80 peratus. Kesemua subjek
kajian menunjukkan perubahan drastik kerana telah memahami tajuk ini dengan lebih mendalam
serta dapat mengaplikasikan dengan jayanya. Ini secara tidak langsung telah menyelesaikan
persoalan kajian yang kedua iaitu adakah kaedah pembelajaran masteri dapat meningkatkan
kemahiran di dalam membuat aktiviti lukisan figuratif.
Item pertama di dalam senarai semak pula adalah mengenai minat subjek kajian terhadap
matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Perkara ini tidak dinafikan lagi dimana kesemua murid
kelihatan tertunggu-tunggu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan oleh pengkaji.
Kesemua murid juga menyediakan alat dan bahan yang lengkap semasa sesuatu aktiviti
berlangsung. Item kedua pula berkenaan murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh
pengkaji. . Sebelum mengadakan sesi soal jawab, guru telah menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran terhadap topik berkenaan. Subjek telah berjaya menghasilkan karya dan mengenali
ciri-ciri lukisan figuratif. Item ketiga pula menunjukkan keupayaan subjek kajian untuk memahami
perkaitan kompenan figuratif bagi melukis karya. Subjek kajian telah memahami anatomi badan
manusia melalui pengajaran daripada pengkaji serta telah mengenali bahagian badan manusia dan
penggunaanya. item keempat pula ialah subjek kajian suka melukis lukisan figuratif. Semasa pengkaji
menjalankan intervensi pada kitaran pertama, kedua dan ketiga subjek kajian telah mula
menunjukkan minat dan kesungguhan untuk mempelajari lukisan figuratif. Manakala apabila
berlangsungnya kitaran seterusnya, subjek kajian masih menunjukkan minat yang mendalam untuk
mempelajari topik berkaitan lukisan figuratif. Ini menunjukkan subjek kajian begitu meminati tajuk
yang diajar dan ia secara tidak langsung melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang
telah dilangsungkan.

Perubahan yang mendadak berlaku pada pencapaian kesemua subjek kajian dalam ujian pra dan
ujian pos. Semasa ujian pra, subjek kajian 3 menunjukkan telah mendapat skor yang terendah iaitu
40 peratus. Setelah intervensi dijalankan peratusannya telah meningkat kepada 60 peratus. Subjek
kajian 2 menunjukkan jumlah peratusan yang tinggi selepas ujian pos dilaksanakan iaitu 90 peratus.
Semasa ujian pra subjek kajian 2 hanya menunjukkan peratusan markah sebanyak 60 peratus, tetapi
selepas intervensi dijalankan ternyata intervensi yang diguna pakai berjaya menyelesaikan
permasalahan berkaitan kajian yang dilaksanakan.

0
50
100
A B C D E
Sebelum
Intervensi (% )
Selepas
Intervensi (% )
0
50
100
Subjek 1 Subjek 2 Subjek 3 Subjek 4 Subjek 5
Ujian Pra
Ujian Pos
Subjek Kajian
Peratus
Subjek Kajian
P
e
r
a
t
u
s

49

7.0 RUMUSAN
Rumusan dapatan dijalankan untuk menjawab setiap persoalan kajian yang telah disenaraikan.
Persoalan pertama telah terjawab dimana kesemua subjek kajian telah mendapat peratusan yang
tinggi di dalam aspek kemahiran persepsi estetik, aplikasi seni dan eskpersi kreatif semasa intervensi
ujian pos dijalankan. Jumlah peratusan yang meningkat melalui ujian pra kepada ujian pos
menunjukkan bahawa pengetahuan subjek kajian mengenai lukisan figuratif telah meningkat.
Kesemua subjek kajian menunjukkan perubahan drastik kerana telah memahami tajuk ini dengan
lebih mendalam serta dapat mengaplikasikan dengan jayanya. Analisis dokumen telah digunakan
bagi menjawab persoalan ini. Analisis dokumen ini telah dianalisis secara peratusannya dengan
menggunakan rubrik pemarkahan. Melalui intervensi yang dijalankan jelas menunjukkan kaedah
pembelajaran masteri sesuai digunakan untuk membantu murid meningkatkan lagi kefahaman
mereka tentang sesuatu topik pembelajaran. Penggunaan intervensi lukisan figuratif ini telah berjaya
meningkatkan kawalan psikomotor halus mereka dangan peningkatan yang ditunjukkan di dalam
kualiti di dalam proses penghasilan karya lukisan mereka pada ujian pos. Pembangunan tahap
kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap
sekelilingnya. Ini secara tidak langsung menunjukkan aktiviti melukis lukisan figuratif dapat
meningkatkan kawalan psikomotor halus murid.
8.0 REFLEKSI
Melalui kajian ini, subjek kajian juga menunjukkan peningkatan minat yang mendadak berkaitan
lukisan figuratif. Semasa ujian pos dijalankan, pengkaji merasa sangat gembira dan terharu dengan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh subjek kajian yang dizahirkan melalui fizikal, kognitif dan hasil
karya mereka. Tindakan intervensi dijalankan adalalah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan
bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Skor peratusan markah ujian pra telah menunjukkan peningkatan
setelah ujian pos dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa subjek kajian telah berjaya menguasai
elemen yang terdapat pada lukisan figuratif dan hasil yang dipamerkan agak memberangsangkan.
Lukisan figuratif yang dihasilkan adalah secara berperingkat dan telah menambahkan lagi peluang
subjek kajian untuk menguasai bidang ini dengan semaksimum yang mungkin. Melaui ujian pos,
peratusan bagi menyiapkan karya adalah lebih tinggi dan ini akan menimbulkan minat bagi murid
untuk terus berkarya. Dengan ini kawalan psikomotor halus murid akan meningkat dengan kesediaan
murid untuk berkarya dan melakukan latihan-latihan secara berulang-ulang.
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Antara cadangan kajian akan datang ialah :
I. Meningkatkan aras kesukaran dan mempelbagaikan gambar yang diberikan kepada murid.
II. Proses penyampaian melalui penggunaan teknologi maklumat (TMK).
III. Mempelbagaikan lagi penggunaan animasi, teks dan warna bagi menarik minat murid.
RUJUKAN
Davis, D. & Sorrell, J. (1995). Mastery learning in public schools. Valdosta State University.
Dawyer, T.A. (1971). Priciples for the human use of computers ini education. International journal og
man-machine studies,3,219-239.
Gardner, H. (1983). Frames of Mind. New York: Basic Book Inc.
Kathleen Chee. (2006) Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3. Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Lowenfeld, Viktor. (1952). Creative and Mental Growth, 2nd edition. New York: Macmillan
Mazlan bin Mohamad (1996)Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd
Mei Hui Tseng, Susanna M. K. Chow (2000). Perceptual-Motor Function of School-Age Children With
Slow Handwriting Speed. American Jurnal Of Occupational Theraphy.
Mokhtar Ismail, (1995). Penilaian di bilik darjah.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
50

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN KONTRA DALAM PENGHASILAN POSTER
BAGI MURID TAHUN 5 MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI
Oleh
MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN MOHD NASIR & SHAHRIL AWANG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan penguasaan
prinsip rekaan kontra dalam penghasilan poster melalui pembelajaran masteri dalam kalangan murid
tahun 5. Subjek kajian ini terdiri daripada lima orang murid dari tahun 5 yang memperoleh markah
terendah dalam ujian diagnostik bagi aktiviti menghasilkan poster. Data-data dikumpul melalui ujian
pra, pemerhatian, analisis dokumen, soal selidik dan ujian pos. Hasil analisis data mendapati bahawa
seramai lima orang subjek kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos
berbanding ujian pra. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penguasaan prinsip rekaan kontra
melalui pembelajaran masteri sangat berkesan dalam menghasilkan poster bagi murid tahun 5.
Kata kunci : Prinsip rekaan, kontra, pembelajaran masteri.

1.0 PENDAHULUAN
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang
berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi
kurikulum.Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan
melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti
melalui imaginasi dan konsepsi murid.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengkaji telah menjalankan praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (2)
selama tiga bulan pada 21 Januari 2013 hingga 19 Januari 2013. Pengkaji diberi peluang oleh pihak
pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (2) untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual untuk Tahun 2 , Tahun 3, Tahun 4 dan juga Tahun 5. Pengkaji mengajar Pendidikan Seni
Visual berpandukan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Seperti
di setiap kebanyakkan sekolah rendah, terdapat beberapa masalah berlaku yang dihadapi di Sekolah
Kebangsaan Jalan Sungai Besi (2) semasa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) Pendidikan
Seni Visual bagi Tahun 5. Antaranya adalah cara untuk meningkatkan penguasaan penggunaan
salah satu prinsip rekaan dalam Pendidikan Seni Visual iaitu kontra.

Refleksi Nilai Pendidikan
Dalam tempoh tiga bulan praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (2) ini, sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual yang dibuat oleh pengkaji mendapati
penguasaan prinsip rekaan dalam penghasilan karya poster bagi Tahun 5 berada di tahap yang
kurang memuaskan.terdapat beberapa orang murid yang berada di tahap yang lemah dalam
mengaplikasikan salah satu prinsip rekaan iaitu kontra dalam menghasilkan karya poster. Murid juga
dikenalpasti menggunakan warna, bentuk serta jalinan yang kurang sesuai dalam penghasilan poster.
Didapati hasil karya mereka juga berada di tahap yang tidak memuaskan. Di samping itu, murid
murid akan berasa kurang keyakinan, tidak ceria dan tidak mahu berusaha apabila melihat hasil
karya tidak menarik seperti murid murid yang lain. Kaedah yang dipilih untuk membuat kajian ialah
pendekatan pembelajaran masteri. Kaedah pembelajaran masteri ini adalah salah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk melihat dan memastikan murid murid dapat menguasai
mata pelajaran yang sedang dipelajari. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan,
kaedah masteri ini dirangka untuk menghasilkan sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang menarik, berkesan, menyeronokkan dan juga bermakna.







51

2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan permasalahan yang berlaku, masalah yang dapat dilihat pada peringkat permulaan ini
adalah pemilihan warna yang kurang sesuai untuk menghasilkan kontra pada poster. Berdasarkan
pemerhatian yang telah dibuat oleh pengkaji, kemahiran murid murid menghasilkan kontra pada
poster masih lagi berada ditahap yang lemah. Pemerhatian ini dilakukan ke atas hasil karya yang
lepas 17 orang murid tahun 5. Pengkaji dapat melakukan tinjauan peringkat permulaan ini dengan
melihat hasil kerja murid-murid dalam fail dokumen Pendidikan Seni dan juga temu bual secara rawak
dan tidak langsung tentang aktiviti penghasilan poster. Bagi mengatasi masalah ini, pendekatan yang
sesuai digunakan adalah pendekatan pembelajaran masteri kerana ia bertepatan dengan masalah
yang ingin dikaji.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum :
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan kontra dalam kalangan murid tahun
5 melalui pembelajaran masteri.Kajian ini juga dapat memupuk minat murid dalam melakukan aktiviti-
aktiviti Pendidikan Seni Visual.

Objektif Khusus :
a) Murid tahun 5 dapat melakukan aktviti menggambar poster dengan kemas dan
sempurna.
b) Murid tahun 5 dapat meningkatkan kemahiran penguasaan penggunaan kontra
melalui penghasilan poster menggunakan pembelajaran masteri.
c) Murid tahun 5 dapat menggunakan warna yang betul untuk menghasilkan kontra
dalam penghasilan poster melalui pembelajaran masteri.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian dijalankan ke atas lima orang subjek kajian di sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Jadual 1
Demografi Subjek Kajian
Subjek kajian Jantina Umur Bangsa
Subjek kajian 1 Perempuan 11 tahun India
Subjek kajian 2 Perempuan 11 tahun Melayu
Subjek kajian 3 Lelaki 11 tahun Cina
Subjek kajian 4 Lelaki 11 tahun Melayu
Subjek kajian 5 Lelaki 11 tahun Melayu


5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data.

Jadual 2
Cara Pengumpulan Data Sepanjang Kajian
Fasa Cara Pengumpulan Data
Fasa 1
(tinjauan dan analisis masalah)
o Analisis dokumen
o Pemerhatian
o Soal selidik
o Ujian diagnostik
Fasa 2
(kitaran 1 dan kitaran 2)
o Sebelum intervensi ujian pra
o Sepanjang fasa 2 pemerhatian
o Selepas setiap sesi aktiviti analisis dokumen
o Selepas intervensi ujian pos


52

5.2 Analisis tinjauan masalah

Jadual 3
Skor Ujian Pra
Subjek kajian Markah (50 markah) Peratus (%)
Subjek 1 21 42
Subjek 2 20 40
Subjek 3 19 38
Subjek 4 17 34
Subjek 5 21 42

5.3 Tindakan menangani masalah.

Jadual 4
Aktiviti Kitaran 1
Sesi Aktiviti
Sesi 1
perkara asas dalam poster
menghasilkan poster bertemakan anti dadah
Sesi 2
pengenalan tentang
kontra
Mewarna kontra
Objek, muka taip
Sesi 3
Latihan 1
Menghasilkan poster dengan memasukkan prinsip rekaan kontra
Sesi 4
Ujian
ujian pos 1

Jadual 5
Aktiviti Kitaran 2
Sesi Aktiviti
Sesi 1
Latihan pengukuhan aktiviti
kontra
Pengayaan
pemulihan
Sesi 2
Latihan 2
Pengukuhan : menghasilkan poster dengan memasukkan prinsip
rekaan kontra
Sesi 3
ujian
Ujian pos 2

5.4 Keputusan Kajian

Jadual 6
Skor Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
Subjek kajian Ujian pra (%) Ujian pos 1 (%) Ujian pos 2 (%)
Subjek 1 42 70 80
Subjek 2 40 70 86
Subjek 3 38 74 90
Subjek 4 34 70 88
Subjek 5 42 78 92





53

Rajah 1
Perbandingan Skor Ujian Pra, Ujian Pos1 Dan Ujian Pos 2


5.5 Rumusan Kajian
Rumusan dapatan adalah untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan data daripada
keputusan kajian. Dalam persoalan pertama adakah murid dapat melakukan aktiviti menggambar
dengan menggunakan kontra warna dengan kemas dan sempurna? Bagi menjawab persoalan ini,
data daripada analisis dokumen dan pemerhatian digunakan. Data analisis dokumen dan
pemerhatian dianalisis menggunakan senarai semak yang telah disediakan. Semua subjek kajian
melakukan aktiviti penghasilan poster yang telah diberikan oleh pengkaji pada intervensi pertama.

Persoalan kedua pula adakah murid dapat memahami konsep kontra dalam prinsip rekaan? Bagi
menjawab persoalan ini data daripada analisis dokumen dan soal selidik telah digunakan. Data
analisis dokumen dan data soal selidik dianalisis menggunakan senarai semak yang telah dibuat.
Soal selidik telah dilakukan sebelum ujian pra serta selepas ujian pos 2. Sebelum ujian pra, terdapat
seorang subjek kajian sahaja yang tahu mengenai prinsip rekaan manakala empat subjek kajian lagi
tidak. Walaubagaimanapun, selepas ujian pos 2, kelima-lima subjek kajian dapat mengetahui tentang
prinsip rekaan. Ini menunjukkan kefahaman subjek kajian tentang konsep kontra dalam prinsip
rekaan meningkat apabila subjek kajian diberi tunjuk ajar serta menghasilkan karya secara langsung.

Persoalan ketiga ialah adakah murid dapat mengaplikasikan kontra warna dalam aktiviti
menghasilkan poster melalui pembelajaran masteri? Untuk menjawab persoalan ini, data daripada
ujian dan soal selidik telah digunakan. Terdapat tiga jenis ujian yang telah dilakukan sepanjang kajian
ini berlangsung iaitu ujian pra, ujian pos1 dan juga ujian pos 2. Ujian-ujian ini dilakukan untuk melihat
peningkatan pencapaian subjek kajian dalam aktiviti menghasilkan poster dengan mengaplikasikan
prinsip rekaan iaitu kontra. Soal selidik pula dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum ujian pra dan
selepas ujian pos 2. Tujuan soal selidik dijalankan adalah untuk melihat pandangan serta maklum
balas subjek kajian mengenai penghasilan poster dengan mengaplikasikan prinsip rekaan iaitu konta.

5.6 Refleksi
Kelebihan kajian ini adalah semua objektif kajian yang telah pengkaji tetapkan telah tercapai
sepanjang kajian ini berlangsung. Di samping itu, kekuatan intervensi terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran murid dapat meningkatkan penguasaan prinsip rekaan kontra dalam penghasilan
poster. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan sokongan dalam dapatan kajian oleh Fariz bin Pauzi
(2009) yang mana telah menyatakan bahawa murid mula menunjukkan kemahiran mereka
mengadaptasikan penggunaan kontra dengan baik setelah melalui latihan serta intervensi. Karya
aktiviti poster yang dihasilkan oleh murid juga kelihatan lebih kemas dari semasa ke semasa
sepanjang kajian ini berlangsung.
Dalam pada itu juga, kekuatan intervensi yang dijalankan dalam kajian ini adalah dapat meningkatkan
kefahaman murid untuk memahami lebih mendalam mengenai prinsip rekaan iaitu kontra. Hasil karya
poster murid menjadi lebih baik setelah mereka lebih menguasai prinsip rekaan ini. Kenyataan ini
54

disokong oleh Zainal Ahmad (2010) yang menyatakan hasil karya poster yang tidak memuaskan
apabila murid tidak memahami serta menguasai prinsip rekaan kontra ini.

Kelemahan yang dapat dikesan adalah melalui kitaran intervensi yang telah dilakukan sebanyak dua
kali dalam kajian ini adalah kemahiran yang diajar terhad kepada teknik sahaja. Selain itu, kelemahan
lain yang telah dapat dikesan dalam kajian ini adalah murid hanya mempelajari prinsip rekaan kontra
sahaja. Murid-murid tidak dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaan lain yang terdapat dalam
Pendidikan Seni Visual ini. Penggunaan kontra juga terbatas untuk poster sahaja.

Setelah melihat kelemahan dan masalah yang telah diketahui, pengkaji perlu melakukan
penambahbaikan dalam usaha untuk memastikan penguasaan murid dalam prinsip rekaan kontra
dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran masteri. Penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah
memperbanyakkan lagi aspek kemahiran selain dapat mengaplikasikan pelbagai prinsip rekaan
dalam penghasilan poster.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA.
Cadangan kajian selanjutnya ialah penguasaan prinsip rekaan dapat dipertingkatkan dengan lebih
berkesan jika penguasaan prinsip rekaan tidak hanya fokus kepada kontra sahaja. Dalam pada itu
juga, tempoh intervensi yang akan dilaksanakan juga akan dipanjangkan dalam kajian tindakan yang
seterusnya. Hal ini demikian kerana adalah untuk memberi peluang kepada murid yang lemah serta
lambat untuk menguasai satu per satu kemahiran yang ingin diajar oleh guru. Kajian ini juga hanya
melibat murid yang gagal, lulus sahaja dalam ujian yang dijalankan oleh pengkaji. Hal ini adalah
untuk membolehkan pengkaji memberikan bimbingan yang lebih kepada murid-murid ini.

Selain daripada itu, dalam meningkatkan kemahiran penguasaan penggunaan prinsip rekaan iaitu
kontra dalam penghasilan poster, kaedah pembelajaran secara imitasi juga boleh dilaksanakan untuk
mengukuhkan lagi kaedah pembelajaran secara masteri yang diguna pakai ini.pengkaji akan
menyediakan contoh-contoh hasil karya poster yang terbaik yang meliputi semua aspek yang
diperlukan untuk ditiru oleh murid. Teknik imitasi yang dilakukan oleh murid secara tidak langsung
membantu mereka menguasai kemahiran yang diperlukan. Namun begitu, untuk melakukan kaedah
ini, pengkaji perlu mengaplikasikannya dari aras mudah ke aras yang lebih sukar untuk menjamin
keberkesanannya.

RUJUKAN

Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan dalam
Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Colin Hayes. (2002). The Complete Guide to Painting and Drawing Techniques and Materials.
London: Quantum Publishing Ltd.








55

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT CORAK MENGGUNAKAN UNSUR GARISAN DALAM
SUSUNAN DAM BAGI MURID TAHUN 4 ROS MELALUI KAEDAH DEMONSTRASI
Oleh
NOR ADILLA BINTI CHE MOHAMAD & NOR AZIZAH BINTI ATAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mencorak secara susunan dam
menggunakan unsur garisan dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan melalui kaedah demonstrasi
bagi murid Tahun 4 Ros. Seramai 10 orang subjek kajian telah dipilih dari sebuah sekolah
kebangsaan di sekitar Kuala Lumpur. Kajian berfokus kepada meningkatkan kemahiran mencorak
secara susunan dam melalui kaedah demonstrasi menggunakan unsur garisan. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui pemerhatian berstruktur, ujian mencorak, soal selidik dan ujian kefahaman
objektif. Keputusan mendapati kebanyakan murid lemah dalam kemahiran corak terancang walaupun
jenis susunan corak yang paling mudah seperti susunan dam. Penghasilan motif corak juga
merupakan sesuatu yang sukar bagi mereka kerana mereka tidak mengetahui bahawa olahan dan
gabungan pelbagai jenis garisan boleh menghasilkan satu motif corak yang unik dan menarik. Bagi
mengatasi masalah ini, kaedah demonstrasi telah digunakan.. Data untuk kajian ini telah dikumpul
dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, ujian kefahaman objektif, dan ujian
mewarna. Oleh itu, dicadangkan bagi kajian seterusnya ialah kaedah demonstrasi digabungkan
dengan bantuan ICT bagi mengukuhkan kemahiran mencorak.

Kata kunci : Corak Terancang, unsur garisan, susunan dam, kaedah demonstrasi.


1.0 PENDAHULUAN

Pengenalan

Bidang Membuat Corak dan Rekaan adalah merupakan salah satu daripada empat bidang dalam
sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melalui bidang Membuat Corak dan Rekaan, murid dapat menghasilkan pelbagai jenis susunan corak
terancang dengan teknik yang pelbagai. Secara teorinya menurut Rousliluddin et al. (2007) corak
ialah suatu susunan motif yang boleh digubah secara tersusun atau bebas. Pengkaji memberi
penekanan terhadap penghasilan corak terancang melalui penggunaan unsur garisan. Maka motif
corak yang diolah menggunakan unsur garisan boleh disusun secara bersiri secara jenis Susunan
Dam bagi menghasilkan satu corak terancang yang cantik dan unik.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengkaji mendapati bahawa murid sangat lemah dalam menggunakan unsur seni khususnya unsur
yang paling mudah iaitu unsur garisan dalam karya corak terancang. Selain itu, pengkaji juga
mendapati bahawa pengetahuan murid tentang ciri dan jenis-jenis susunan corak terancang juga
sangat lemah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan tentang corak terancang oleh para
guru kepada murid-murid sekolah tersebut. Mereka sering kali didedahkan dengan aktiviti membuat
corak tidak terancang seperti tiupan, renjisan, percikan dan lipatan warna yang tidak memerlukan
kemahiran penggunaan unsur garisan secara terperinci.

Refleksi Nilai Pendidikan
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) terdapat lapan jenis teknik untuk menghasilkan
corak terancang iaitu lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) corak terancang mempunyai jenis susunan
tertentu seperti susunan batu bata, turun separa, orgee, cerminan, tapak dam dan sebagainya.
Kaedah demonstrasi dirasakan sesuai sebagai intervensi kepada murid 4 Ros kerana kaedah ini
56

memudahkan murid untuk menguasai kemahiran membuat corak menggunakan unsur garisan dalam
susunan dam. Seperti yang dinyatakan oleh Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.
Salah satu kaedah berkesan yang membolehkan kanak-kanak belajar adalah melalui demontrasi.
Adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memilih kaedah paling tepat untuk membantu murid-murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. (Mok Soon Sang, 2009)

2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji memberi penekanan terhadap penguasaan subjek kajian berkaitan dengan kemahiran
menghasilkan corak menggunakan unsur garisan iaitu berfokus kepada penggunaan pelbagai jenis
garisan. Motif corak yang dihasilkan akan disusun secara susunan dam. Menurut Mohamed Amin
Embi 2010, kaedah demonstrasi menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman,
pemerhatian dan percubaan. Jadi pengkaji telah memilih kaedah demonstrasi kerana kesesuaian
kaedah ini dengan pemerhatian murid terhadap tunjuk cara pengkaji dan pengalaman serta
percubaan mereka dalam membuat corak secara susunan dam menggunakan unsur garisan.
Pengkaji menggunakan beberapa instrumen yang sesuai untuk mengumpul data iaitu ujian pra, ujian
pos, soal selidik, dan pemerhatian berstrukur. Ujian diagnostik membuat corak dilaksanakan oleh 28
orang murid 4 Ros bagi mengenalpasti murid yang lemah untuk dijadikan subjek kajian.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Umum :
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan meningkatkan kemahiran membuat corak
menggunakan unsur garisan dalam susunan dam bagi murid tahun 4 Ros melalui
kaedah demonstrasi.

ii. Objektif Khusus :
Murid dapat:
a. Meningkatkan kemahiran melukis pelbagai jenis garisan melalui kaedah
demonstrasi.
b. Menghasilkan motif corak menggunakan unsur garisan melalui kaedah
demonstrasi;
c. Menyusun motif corak dalam susunan dam dengan betul melalui kaedah
demonstrasi;
d. Meningkatkan kemahiran membuat corak menggunakan unsur garisan dalam
susunan dam melalui kaedah demonstrasi.


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang telah dipilih adalah murid-murid tahun 4 Ros di sebuah sekolah kebangsaan
sekitar Kuala Lumpur. Seramai 10 subjek kajian iaitu 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan.
Pencapaian PSV mereka adalah 2 orang mendapat gred A, 7 orang mendapat gred B dan 2 orang
mendapat gred C. Ciri-ciri unik setiap subjek kajian memegang pelbagai jawatan di sekolah iaitu
Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Pinjaman Buku Teks. Rasional
pemilihan murid-murid ini adalah berdasarkan pencapaian skor mereka yang rendah di dalam ujian
diagnostik ujian membuat corak dan dikukuhkan lagi dengan skor ujian kefahaman objektif, senarai
semak pemerhatian dan soal selidik.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data.
Jadual 1
Instrumen Pengumpulan Data Fasa 1
Fasa Intervensi Cara Pengumpulan Data

1
Tinjauan dan Analisis Masalah

Intervensi belum dilaksanakan
dalam fasa ini
Ujian diagnostik (20 soalan objektif)
Ujian amali (Membuat corak)
Soal Selidik
Pemerhatian
57

Jadual 2
Instrumen Pengumpulan Data Fasa 2
Kitaran Bilangan subjek kajian Intervensi Cara Pengumpulan Data
1 10 1 Ujian Pos (I)
Ujian Objektif (20 soalan)
Ujian Amali (Membuat Corak)
Soal Selidik
Pemerhatian

2 4 2 Ujian Pos (II)
Ujian Objektif (20 soalan)
Ujian Amali (Membuat Corak)
Soal Selidik
Pemerhatian

5.2 Analisis tinjauan masalah
Jadual 3
Skor Ujian Diagnostik (Ujian Membuat corak) bagi 10 Subjek Kajian.
BIL SUBJEK KAJIAN (S) MARKAH, % GRED
1. S1 18 E
2. S2 13 E
3. S3 14 E
4. S4 9 E
5. S5 11 E
6. S6 14 E
7. S7 13 E
8. S8 12 E
9. S9 13 E
10. S10 12 E

5.3 Tindakan menangani masalah.



Refleksi
4 subjek kajian
meneruskan intervensi 2.
Perancangan
Merancang aktiviti
berperingkat melalui
kaedah demonstrasi
Tindakan
Menjalankan 4 aktiviti yang dirancang
melalui kaedah demonstrasi.
Pemerhatian
6 subjek kajian berjaya mencapai skor
ujian pos (I).
4 subjek kajian gagal mencapai skor
ujian pos (I)
Refleksi
4 subjek kajian berjaya
mencapai skor ujian pos (II)
Perancangan
Merancang penambahbaikan
lanjutan aktiviti Intervensi 1
dan menyediakan carta
langkah bagi memudahkan
kaedah demonstrasi
Tindakan
Menjalankan 4 aktiviti dengan
penambahbaikan yang dirancang
berserta carta langkah.
Pemerhatian
4 subjek kajian dapat
menghasilkan corak
dengan lebih baik.
1
3
2
Rajah 1: Ubahsuai Model Penyelidikan Tindakan Stephen Kemmis (1983)

58



Rajah 2. Graf Banding Beza Skor Ujian Pra, Pos (I) dan Pos (II) Mencorak.

5.5 Rumusan Kajian

Rumusan dapatan dibuat dengan menjawab persoalan kajian dengan menggunakan data daripada
keputusan kajian.

Persoalan kajian pertama ialah adakah subjek kajian dapat meningkatkan kemahiran melukis
pelbagai jenis garisan melalui kaedah demonstrasi?

Hasil dapatan menunjukkan terdapat peningkatan peratus markah dalam ujian mencorak
daripada ujian pra kepada pos (I) dan pos (II) iaitu subjek kajian berjaya melukis pelbagai jenis
garisan untuk menghasilkan motif corak. Selain itu, terdapat peningkatan peratus melalui item
pertama dalam senarai semak pemerhatian berstruktur terhadap hasil karya. Berdasarkan dapatan
data analisis soalan objektif pula, item soalan 4,5,6,7,8,9 dan 10 didapati subjek kajian dapat
mengenal garisan dengan baik. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Dira Hirdayanti Mah Husni
(2010) yang mengatakan murid mula menunjukkan kemahiran mereka mengaplikasikan teknik
garisan dengan baik setelah melakukan latihan dan intervensi.

Persoalan kedua ialah adakah subjek kajian dapat menghasilkan motif corak menggunakan
unsur garisan melalui kaedah demonstrasi?

Peningkatan peratus markah dalam ujian mencorak bagi ujian pos (I) dan pos (II)
menunjukkan bahawa subjek kajian berjaya melukis 2 motif corak berbeza menggunakan pelbagai
jenis garisan. Selain itu, subjek kajian juga menunjukkan peningkatan peratus markah melalui item
kedua iaitu penghasilan motif corak menggunakan sekurangnya 3 jenis garisan dalam senarai semak
pemerhatian berstruktur terhadap hasil karya. Hasil dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian
oleh Hazzim Suahimi (2012) yang mengatakan bahawa tunjuk cara semasa menjalankan sesi
intervensi berjaya meningkatkan kemahiran murid menghasilkan motif corak menggunakan enam
unsur seni.

Persoalan ketiga ialah adakah subjek kajian dapat menyusun motif corak dalam susunan dam
dengan betul melalui kaedah demonstrasi?

Subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menyusun motif corak secara
susunan dam. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan markah yang ketara bagi ujian mencorak pos (I)
dan pos (II) iaitu kriteria ketiga dalam skema pemarkahan berkenaan dengan kemahiran menyusun
motif corak. Subjek kajian berjaya menyusun motif corak dengan lebih kemas dan tersusun. Selain
itu, dapatan data daripada analisis item kelima dalam senarai semak pemerhatian juga menunjukkan
peningkatan peratus iaitu daripada 0% kepada 100%. Hasil dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan
kajian lepas oleh Marziah (2012) yang mengatakan murid menunjukkan peningkatan dalam
kemahiran menyusun motif corak menjadi corak terancang melalui intervensi dan tunjuk ajar.





18%
13% 14%
9%
11%
14% 13% 12% 13% 12%
83%
86%
98%
63%
60%
80%
51%
80%
96%
49%
80%
84%
78%
76%
0
20
40
60
80
100
120
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
Banding Beza Skor Ujian Pra, Pos (I) dan Pos (II) Mencorak
Markah (%)
Subjek kajian (S)
Pra
Pos (I)
Pos (II)
59

Persoalan keempat ialah sejauh manakah murid dapat meningkatkan kemahiran membuat
corak menggunakan unsur garisan dalam susunan dam melalui kaedah demonstrasi?

Terdapat peningkatan gred bagi ujian mencorak bagi pos (I) dan pos (II) iaitu lapan subjek
kajian mendapat gred A manakala dua lagi mendapat gred B. Selain itu terdapat peningkatan peratus
bagi kelima-lima item dalam senarai semak pemerhatian karya. Analisis soal selidik menunjukkan
100% subjek kajian bersetuju bahawa kemahiran membuat corak menggunakan unsur garisan
memberi pengalaman yang berbeza dalam menghasilkan corak terancang. Bagi ujian kefahaman
objektif pula menunjukkan bahawa kesemua sepuluh subjek kajian berjaya mendapat gred A.
Dapatan kajian ini selari dengan Nurul Nadzirah (2012) yang menyatakan bahawa menunjukkan
bahawa kemahiran murid bertambah dalam aktiviti mencorak selepas sesi intervensi dilaksanakan.

5.6 Refleksi

Kaedah demonstrasi mendatangkan kesan positif terutama dalam meningkatkan kemahiran membuat
corak menggunakan unsur garisan dalam susunan dam. Subjek kajian dapat mempertingkatkan
kemahiran membuat corak menggunakan unsur garisan dalam susunan dam. Mereka juga dapat
mengenali pelbagai jenis garisan yang boleh digunakan untuk menghasilkan motif corak yang
pelbagai. Selain itu, mereka dapat mempelajari cara penyusunan motif corak dalam susunan dam
dengan betul.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA.

Bagi kajian seterusnya, pengkaji ingin mencadangkan supaya kajian ini diteruskan dengan
menumpukan kepada penggunaan gabungan unsur garisan dengan unsur seni lain dalam
menghasilkan corak terancang susunan dam. Pengkaji juga ingin menambahkan jumlah bilangan
subjek kajian untuk memperolehi kesahan data yang tinggi. Selain itu, pengkaji ingin mencadangkan
supaya subjek kajian dapat menghasilkan corak terancang dengan berbantukan komputer.

RUJUKAN

Dira Hirdayanti Mah Husni. (2010). Meningkatkan kemahiran menggambar menggunakan
kepelbagaian media kering melalui teknik garisan selari dalam kalangan murid tahun lima
bestari. Tesis tidak diterbitkan. IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Hazzim Suahimi. (2012). Meningkatkan penggunaan unsur-unsur seni dalam menghasilkan corak
terancang dalam kalangan murid tahun lima Bestari. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Ilmu
Khas, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru pendidikan seni visual, KBSR. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual, KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Marziah Mohamad Saad. (2012). Meningkatkan kemahiran menghasilkan corak terancang dalam
kalangan murid tahun empat zamrud melalui penerokaan teknik dan bahan. Tesis tidak
diterbitkan, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohamed Amin Embi. (2010). Panduan amalan pengajaran & pembelajaran berkesan.

Nurul Nadzirah Muhamad Zain. (2012). Meningkatkan kreativiti murid tahun lima dalam penghasilan
karya corak melalui pendekatan inkuiri penemuan. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Ilmu
Khas, Kuala Lumpur.

Rousliliddin Ambia, Jamel, Taslim Abd Rahim dan Manan Sarbani. (2007). HBAE1103 Pengenalan
Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

60

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN BAHAN DAN TEKNIK DALAM PENGHASILAN
KOLAJ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 MELALUI PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK

Oleh

NORSUHAILA BINTI OTHMAN & SALEHUDDIN BIN ZAKARIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan tahap penguasaan bahan dan
teknik dalam membuat kolaj dalam kalangan murid tahun 3 melalui pembelajaran berasaskan projek .
Dalam kajian ini, seramai enam orang murid dari tahun 3 yang mendapat markah paling rendah
dalam ujian diagnostik berfokuskan penerokaan bahan dan teknik untuk menghasilkan kolaj telah
dipilih oleh pengkaji. Hasil Ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan bahawa murid kurang
berkemahiran untuk menggabungkan penggunaan bahan dan teknik yang pelbagai dalam membuat
kolaj. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah pembelajaran berasaskan projek telah digunakan untuk
memberi pengalaman kepada murid meneroka dan menguasai pelbagai bahan dan teknik dalam
menghasilkan kolaj. Dapatan kajian diperoleh melalui ujian Pra, Ujian Pos I dan Ujian Pos II,
pemerhatian berstruktur melalui senarai semak dan soal selidik. Hasil keputusan kajian telah
menunjukkan bahawa aktiviti penerokaan bahan dan teknik telah berjaya meningkatkan kualiti
penghasilan kolaj dari segi penggunaan bahan dan teknik.

Kata kunci : tahap, penguasaan bahan dan teknik,, kolaj, pembelajaran berasaskan projek

1.0 PENDAHULUAN

Pengenalan

Bidang menggambar merupakan salah satu daripada empat bidang dalam Sukatan Pelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Seni Visual dan di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Bidang-bidang utama yang telah disusun terdiri
daripada bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan
mengenal kraf tradisional. Kurikulum DSV mempunyai matlamat yang tersendiri untuk melahirkan
insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif. Bidang menggambar juga menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual akan membolehkan murid menyatakan idea dan mengekpresikan diri mereka melalui hasil
karya yang dihasilkan. Pengalaman ini penting bagi membantu murid membina keyakinan diri dalam
membuat penilaian semasa apresiasi seni terutamanya di dalam kelas di samping membantu murid
dapat menyatakan bahasa seni dengan mudah.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Sepanjang tempoh praktikum fasa tiga di sekolah sekitar Cheras, pengajaran dan pembelajaran
Dunia Seni Visual yang dilakukan, pengkaji mendapati penguasaan dalam aktiviti membuat kolaj
berkaitan penerokaan teknik dan bahan masih kurang diterokai. Kaedah yang dipilih bagi kajian ialah
pembelajaran berasaskan projek dalam meningkatkan penguasaan bahan dan teknik dalam
penghasilan kolaj. Berdasarkan praktikum fasa tiga, ujian amali, borang soal selidik dan pemerhatian
berstruktur telah digunakan oleh pengkaji.

Refleksi Nilai Pendidikan

Menurut Mohamad Hazzim Suahimi (2012), pembelajaran berasaskan projek mula berkembang maju
dan menekankan kolaboratif antara guru dan murid dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik
secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), mentafsir pembelajaran
berasaskan projek sebagai model sesuatu aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Ini kerana
penerokaan bahan dan teknik memerlukan penerokaan melalui pelbagai sumber termasuklah media
cetak, alam semula jadi, bahan terpakai dan lain-lain.
61

Menurut Nur Baizura Mahyidin (2006), teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru haruslah
sesuai agar dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan minat dalam kalangan murid. Ini menjadikan
pembelajaran murid lebih bermakna. Jika sebelum ini murid hanya menggunakan kertas untuk
membuat aktiviti kolaj, dengan pendekatan ini murid akan mempelajari aktiviti ini dengan lebih
seronok dan berupaya meneroka pelbagai bahan dan teknik untuk menghasilkan kolaj.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian bagi penyelidikan tindakan ini untuk meningkatkan tahap penguasaan bahan dan teknik
dalam penghasilan kolaj melalui pembelajaran berasaskan projek. Pengkaji memberi penekanan
terhadap tahap penguasaan subjek kajian berkaitan dengan penggunaan pelbagai bahan dan teknik
dalam penghasilan kolaj dengan menggunakan instrumen yang sesuai untuk mengumpul data
dengan menjalankan ujian pra dan ujian pos, pemerhatian berstruktur dan juga soal selidik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF UMUM
Penyelidikan ini secara umumnya dijalankan bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahan dan
teknik dalam penghasilan kolaj dalam kalangan murid tahun tiga melalui pembelajaran berasaskan
projek.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir kajian ini murid Tahun 3 dapat :

1. Meningkatkan kemahiran membuat kolaj dengan menggunakan bahan-bahan yang berbeza
melalui pembelajaran berasaskan projek
2. Meningkatkan pengetahuan dari segi teknik dalam membuat kolaj melalui pembelajaran
berasaskan projek.
3. Meningkatkan pengetahuan tentang konsep kolaj dengan lebih luas melalui pembelajaran
berasaskan projek.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, pengkaji telah membuat tinjauan awal ke
atas subjek kajian dari tahap satu, tahun tiga di sekitar Kuala Lumpur. Setelah ujian dilakukan,
pengkaji mendapati seramai enam subjek kajian lemah dalam membuat penerokaan teknik dan
bahan semasa membuat aktiviti kolaj. Dengan itu, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas enam
orang subjek kajian di sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Subjek kajian berusia sembilan
tahun dan terdiri daripada dua jantina iaitu dua lelaki dan empat perempuan yang telah dipilih
sebagai subjek kajian ini. Semua subjek kajian terdiri daripada murid kaum Melayu. Subjek kajian
diambil daripada kelas yang sama kerana pengkaji ingin menfokuskan kajian ini terhadap satu kelas
sahaja supaya kawalan mudah dijalankan.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara Pengumpulan Data

Kaedah intervensi yang digunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek. Intervensi ini
dilakukan sebanyak satu sesi mengikut masa dalam tempoh dua minggu selama 60 minit. Cara
pengumpulan maklumat dengan menggunakan borang soal selidik, borang senarai semak melalui
pemerhatian berstruktur dan ujian amali iaitu Pra, Pos I dan Pos II diukur menggunakan skema
permarkahan.






62

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Pemerhatian berstrukturuktur

Dalam analisis tinjauan awal, tahap penguasaan murid mengenai penerokaan bahan dan teknik
sangat lemah dan murid tidak pernah mengaplikasikan pelbagai bahan dan teknik dalam penghasilan
kolaj. keadaan ini dapat dilihat semasa proses P d P di dalam kelas iaitu murid hanya menggunakan
kertas untuk membuat kolaj. pengkaji juga telah menyediakan satu senarai semak sama ada murid
menguasai tahap yang dikehendaki oleh pengkaji atau tidak. Dalam senarai semak tersebut juga
terdapat beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Hasil pemerhatian yang dijalankan, pengkaji
mendapati murid bermasalah untuk mengenalpasti pelbagai bahan dan teknik yang sesuai digunakan
untuk menghasilkan kolaj dalam bidang menggambar.
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Dalam satu lingkaran kitaran kajian terdiri daripada empat fasa yang telah dinyatakan oleh Model
Penyelidikan Tindakan iaitu Stephen Kemmis (1948). Beliau menjelaskan bahawa terdapat empat
fasa dalam lingkaran iaitu bermula dengan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.


1.PERANCANGAN
-merancang instrumen
kajian untuk membuat
tindakan.
-membina beberapa
instrumen penilaian untuk
mendapatkan data
3. PEMERHATIAN
Ujian Pos Amali 1
- Rubrik pemarkahan
Pemerhatian
- senarai semak
-soal selidik

2. TINDAKAN :
-Pengenalan kepada aktiviti kolaj
dalam bidang menggambar.
- teknik dan bahan
4. REFLEKSI
Membuat refleksi dan
keputusan menunjukkan
peningkatan yang sedikit
4. REFLEKSI
Membuat refleksi dan keputusan
menunjukkan peningkatan yang
lebih banyak daripada intervensi
pertama

3. PEMERHATIAN
Ujian Pos Amali 2
- Rubrik pemarkahan
Pemerhatian
- Senarai semak
soal selidik

2. TINDAKAN
Pengenalan kepada
bahan dan teknik dalam
penghasilan kolaj
1. PERANCANGAN :
-merancang instrumen kajian
untuk membuat tindakan.
-Membina beberapa
instrumen penilaian untuk
mendapatkan data
Kitaran Kajian 1

Kitaran Kajian 2
63

5.4 KEPUTUSAN KAJIAN
Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos I Mengikut Gred


Jadual di atas menunjukkan kesemua subjek kajian menunjukkan perbezaan peningkatan markah
antara Ujian Pra dan Ujian Pos I. Peningkatan tertinggi diperoleh oleh dua subjek kajian (S4 & S5)
selepas Ujian Pos 1 iaitu sebanyak 50 peratus. Ini menunjukkan peningkatan yang mendadak
terutamanya untuk subjek S5 yang mendapat 18 peratus dalam Ujian Pra dan kemudiannya
mencapai 68 peratus dalam Ujian Pos I. Sebaliknya, peningkatan yang terendah pula ialah selepas
Ujian Pos I dijalankan ialah 42 peratus oleh S1. Manakala, dua subjek yang lain, S2 dan S3
menunjukkan peningkatan 45 peratus dan 47 peratus dan berada pada tahap yang sederhana.
Akhirnya, pengkaji mendapati subjek kajian yang lemah dan mendapat markah terendah dalam Ujian
Pos I iaitu masing-masing dengan 68 peratus (S5) dan 65 perarus (S6) perlulah mengambil Ujian Pos
II. Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan kedua-dua subjek kajian.

Perbandingan Tahap Pencapaian Subjek Kajian Bagi Ujian Pos I Amali Dan Ujian Pos II
Subjek
Kajian
Markah (Gred)

Ujian Pos I
(%)
Markah (Gred)

Ujian Pos II
(%)
Peningkatan
(%)
S5 60-79 (B) 68 90-100 (A) 95 27
S6 60-79 (B) 65 90-100 (A) 93 28

Berdasarkan jadual di atas, analisis perbandingan peratus menunjukkan terdapat peningkatan
terhadap markah bagi kedua-dua ujian pos. Peratusan subjek kajian dapat dilihat menghasilkan karya
akhir kolaj dengan pengaplikasian lebih daripada lapan bahan dan lima teknik yang berbeza. Bagi
subjek kajian S5 dapat dilihat semasa ujian pos I, subjek kajian telah mendapat 68 peratus dan
selepas ujian pos II, S5 telah berjaya untuk meningkatkan penguasaannya dengan mencapai
95peratus. Peningkatannya sungguh ketara sebanyak 27 peratus selepas Ujian Pos II.
5.5 Rumusan Kajian
Persoalan kajian pertama : Adakah murid dapat membuat kolaj menggunakan bahan yang
berbeza?
Melalui pemerhatian berstruktur didapati perbandingan tahap pencapaian subjek kajian bagi Ujian Pra
dan Ujian Pos I adalah amat ketara. Hal ini dapat dikenalpasti semasa Ujian Pos I dilaksanakan
seramai empat subjek kajian telah mendapat gred A- mewakili Band 5 dalam hasil karya kolaj yang
majoritinya mempunyai peningkatan 42 peratus hingga 50 peratus. Berbanding semasa Ujian Pra
seorang subjek kajian mendapat gred E iaitu Band 1, dua subjek kajian mendapat gred C iaitu Band
tiga dan dua subjek kajian yang mendapat gred D mewakili Band 2.



Subjek
Kajian
Ujian Pra
(%)
Gred Ujian Pos I
(%)
Gred Perbandingan Ujian Pra & Ujian Pos I
(%)

1 45 C 87 A- 42
2 41 C 88 A- 47
3 39 D 84 A- 45
4 33 D 83 A- 50
5 18 E 68 B 50
6 21 D 65 B 44
64

Persoalan kajian kedua : Adakah murid dapat meningkatkan pengetahuan dari segi teknik
dalam membuat kolaj?
Hasil analisis senarai semak pemerhatian dan soal selidik didapati perbandingan tahap pencapaian
subjek kajian meningkat daripada ujian pra, pos I dan ujian pos II. Dikukuhkan lagi dengan item 2
kekerapan untuk enam subjek kajian ialah 0 peratus. Apabila di ujian pos I seramai empat subjek
kajian telah dapat mengaplikasikan teknik kolaj dengan peningkatan sebanyak 66.7 peratus.
Sebahagian besar subjek kajian telah dapat menghasilkan kolaj dengan lebih cantik dan menarik
apabila mengaplikasikan pelbagai teknik semasa ujian pos I dan ujian pos II. Ini disokong oleh Nur
Baizura Mahyidin (2006), teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru haruslah sesuai agar dapat
menimbulkan rasa ingin tahu dan minat dalam kalangan murid.
Persoalan kajian ketiga : Adakah murid dapat meningkatkan pengetahuan tentang konsep
kolaj melalui pembelajaran berasaskan projek?
Dengan penerokaan bahan dan teknik, subjek kajian telah dapat menghasilkan karya akhir dengan
lebih tersusun, kemas dan memahami konsep aktiviti kolaj semasa ujian pos I dan ujian pos II
menggunakan pembelajaran berasaskan projek. Dapatan ini selari dengan Kajian John (2008),
seperti yang dinyatakan dalam Mohamad Hazzim (2012), menyatakan bahawa secara
keseluruhannya kesemua subjek kajian bersetuju pembelajaran berasaskan projek sangat sesuai
untuk diaplikasikan pada semua tahap persekitaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, dengan
kaedah ini, mampu untuk memberi tahap kefahaman yang terperinci kepada murid berkaitan dengan
objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji.
5.6 Refleksi
Kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji menunjukkan peningkatan yang baik dari segi
pencapaian dari segi penguasaan subjek kajian dalam menggabungkan pelbagai bahan dan teknik
dalam membuat aktiviti kolaj. Penerokaan bahan dan teknik ini menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan melalui dua ujian yang telah dijalankan iaitu Ujian Pos I dan Ujian Pos II. Kajian
tindakan ini telah dijalankan selama hampir empat bulan pada tahun 2013 iaitu semasa praktikum
fasa tiga selama tiga bulan dan program internship selama sebulan. Selain itu, kaedah pembelajaran
berasaskan projek yang digunakan oleh pengkaji telah membantu memberi pengalaman dan
pengetahuan baru kepada subjek kajian dan guru-guru di sekolah yang telah pengkaji jalankan kajian
ini. Akhir sekali, saya berharap amalan kajian ini dapat saya laksanakan di sekolah dalam
meningkatkan kualiti pendidikan negara ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang telah sedia ada
6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Pengkaji mencadangkan supaya kajian seterusnya ini dilaksanakan kepada subjek kajian yang
mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza bagi mendapatkan hasil dapatan dan refleksi yang
berbeza. Selain itu, intervensi perlu diperbanyakkan kepada lingkaran yang ketiga dengan
peruntukan masa yang lebih lama supaya kajian yang dijalankan berjalan dengan baik dan tidak
terlalu tergesa-gesa. Seterusnya pengkaji ingin mencadangkan supaya subjek kajian ditambah
jumlah bilangannya supaya memperoleh kesahan data yang lebih tinggi dan intervensi perlu
diperbanyakkan kepada lingkaran yang ketiga dengan peruntukan masa yang lebih lama supaya
kajian yang dijalankan berjalan dengan baik dan tidak terlalu tergesa-gesa.
RUJUKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. (2006). Project-based learning
handbook. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan.

Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan
Amalan dalam Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nur Baizura Mahyidin. (2006). Faktor-Faktor Yang Menggalakkan
Penggunaan Alat Bantu Mengajar DiKalangan Guru-Guru Teknikal Di Dalam Pengajaran
Seharian. Universiti Teknologi Malaysia: FakultiPendidikan.
65

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT CORAK ORGEE DALAM KALANGAN MURID TAHUN
EMPAT KURNIA MELALUI KAEDAH LATIH TUBI
Oleh :
NUR AFIFAH BINTI AZMI & ZAHARAH BINTI MOHAMAD
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran membuat corak orgee dalam
kalangan murid tahun Empat Kurnia melalui kaedah latih tubi. Seramai 10 orang subjek kajian telah
dipilih dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Gombak. Kajian mefokuskan kepada meningkatkan
kemahiran membuat corak orgee melalui kaedah latih tubi menggunakan teknik kolaj. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui soal selidik, pemerhatian, penelitian dokumen serta ujian. Keputusan
mendapati bahawa kebanyakkan murid tidak dapat menghasilkan corak orgee dengan baik kerana
mereka tidak pernah melakukan aktiviti ini pada pembelajaran yang lepas. Bagi mengatasi masalah
ini, subjek kajian diberikan ujian pos selepas intervensi 1 dan intervensi 2. Kedua-dua keputusan
ujian pos menunjukkan peningkatan pencapaian subjek kajian dalam melaksanakan ujian yang
diberikan. Data untuk kejian ini telah dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian
berstruktur, soal selidik, penelitian dokumen dan ujian. Dapatan kajian telah mendapati bahawa
subjek kajian dapat mengaplikasikan psikomotor halus mereka dalam menghasilkan corak susunan
orgee yang lebih baik daripada sebelumnya. Di samping itu juga, aspek kekemasan di dalam
menghasilkan corak orgee ini juga meningkat. Oleh itu, dicadangkan bagi kajian seterusnya ialah
teknik kolaj digantikan dengan teknik stensilan dan media yang digunakan ditukar kepada media yang
berbeza.
1.0 PENDAHULUAN
Matlamat sebenar pendidikan yang berteraskan seni ialah bertujuan melahirkan seorang individu
supaya bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif dalam menghasilkan cita rasa dalam penciptaan. Ia
bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan bahawa Pendidikan
Seni Visual bertujuan untuk melahirkan insan yang harmoni, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pengukuhan asas seni visual. Pendekatan kaedah dan teknik latih tubi dapat diaplikasikan bagi
membantu murid dalam meningkatkan kemahiran. Latih tubi adalah salah satu latihan yang diberikan
secara berualng-ulang kepada murid dan akan memberikan impak yang positif terutamanya di dalam
jangka masa panjang. Menurut Abd Fatah Hassan (1990), ulangan atau membuat tinjauan semula
bahan pembelajaran boleh meningkatkan ingatan. Melalui kaedah latih tubi, murid dapat
mempertingkat kemahiran mereka dalam membuat corak susunan orgee dengan baik. Selain itu, ia
juga dapat melatih keupayaan psikomotor murid untuk menghasilkan corak orgee secara simetri dan
seragam.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam praktikum fasa tiga di
salah sebuah sekolah di daerah Gombak, pengkaji telah mengenalpasti beberapa masalah yang
timbul sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah murid ternyata
tidak dapat membezakan jenis-jenis susunan grid di dalam corak terancang seperti corak turun
separa dan corak orgee. Seterusnya, pengkaji turut mendapati bahawa penguasaan kemahiran
psikomotor murid adalah lemah ketika menghasilkan corak. Aspek-aspek penting di dalam
menghasilkan corak terancang seperti kekemasan dan keseragaman tidak dapat diaplikasikan oleh
murid.Selain itu, murid tidak pernah diajar berkenaan corak susunan orgee secara teori atau amali.
Oleh sebab itu, kemahiran murid dalam menghasilkan corak ini berada pada tahap yang
mendukacitakan. Disamping itu juga, corak orgee yang dihasilkan oleh murid tidak menepati bentuk
orgee yang sebenar di yang mementingkat keseragaman dan simetri.



66

Refleksi Nilai Pendidikan
Bidang membuat corak dan rekaan membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak
dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. (Sukatan Pelajaran KBSR Pendidikan Seni
Visual). Salah satu aktiviti di dalam bidang membuat corak dan rekaan ini adalah membuat corak
susunan grid orgee dengan menggunakan teknik kolaj. Aktiviti membuat corak dan rekaan dapat
memberi kesedaran terhadap Asas Seni Reka dalam hasil kerja. Latih tubi bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan sesuatu perkara. Dengan menggunakan teknik
latih tubi, murid dilatih untuk meningkatkan perkembangan psikomotor dan menghasilkan corak
susunan orgee dengan baik. Menurut pendapat Schmidt (1982), pembelajaran motor merupakan satu
proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang
kekal.

2.0 FOKUS KAJIAN

Terdapat banyak masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang dapat
diperhatikan sepanjang menjalani praktikum di sekolah. Namun, kajian ini hanya difokuskan kepada
isu tentang meningkatkan kemahiran membuat corak susunan orgee menggunakan teknik kolaj bagi
murid tahun 4. Isu yang terdapat di dalam kajian ini adalah kemahiran dalam membuat corak susunan
orgee dan kekemasan ketika menggunakan teknik kolaj. Kemahiran membuat corak susunan orgee
dititik beratkan kerana murid gagal untuk menghasilkan keseragaman corak susunan orgee
menggunakan teknik kolaj dengan kemas. Aspek yang ingin diperbaiki di dalam kitaran yang pertama
adalah kemahiran menggunakan motor halus dalam menghasilkan corak susunan orgee yang
seragam, menarik dan kemas. Menurut pendapat Schmidt (1982), pembelajaran motor merupakan
satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan
yang kekal. Menurut Model Simpson, E.J (1972) terdapat empat tahap cara penguasaan kemahiran.
Salah satu adalah tahap ketiga pada peringkat berlatih iaitu urutan dan masih cuba mencari
penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i) Objektif umum
Secara umumnya kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran membuat
corak orgee dalam kalangan murid tahun Empat Kurnia melalui kaedah latih tubi.

ii) Objektif Khusus
Murid tahun 4 dapat :

i. Mengenalpasti aspek-aspek dalam meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan corak
susunan orgee.
ii. Murid dapat menghasilkan corak susunan orgee menggunakan teknik kolaj.
iii. Murid dapat meningkatkan kemahiran membuat corak susunan orgee dengan menggunakan
teknik kolaj melalui kaedah latih tubi.
4.0 KUMPULAN SASARAN

Jadual 1
Data Demografi Kumpulan Sasaran
Subjek Kajian Jantina Umur Bangsa
Subjek Kajian 1 Lelaki 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 2 Lelaki 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 3 Lelaki 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 4 Lelaki 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 5 Lelaki 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 6 Lelaki 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 7 Lelaki 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 8 Perempuan 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 9 Perempuan 10 tahun Melayu
Subjek Kajian 10 Perempuan 10 tahun Melayu
67

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpul data / maklumat
Instrumen pengumpulan data fasa 1
Fasa Intervensi Cara Pengumpulan Data
Tinjauan dan analisis masalah Analisis dokumen
- Markah PdP sisik ikan
- Markah PKSR 1
Soal selidik
Pemerhatian
Kitaran 1 dan Kitaran 2 1 Ujian Pra
- Ujian Amali
Pemerhatian
Soal Selidik
Latih Tubi (terdapat 5 jenis latih tubi)
Ujian Pos 1 & 2 ( Ujian amali setelah
menjalankan intervensi)


Instrumen pengumpulan data fasa 2
Fasa Intervensi Cara Pengumpulan Data
Kitaran 1 dan Kitaran 2 1 Ujian Pra
- Ujian Amali
Pemerhatian
Soal Selidik
Latih Tubi (terdapat 5 jenis latih tubi)
Ujian Pos 1 & 2 ( Ujian amali setelah
menjalankan intervensi)


5.2 Analisis tinjauan masalah
Melalui penggunaan borang soal selidik, pengkaji dapat mengetahui murid tidak langsung mempunyai
pengetahuan secara teori ataupun amali mengenai corak susunan orgee. Berdasarkan item analisis
domuken yang telah dibuat melalui keputusan Ujian PKSR 1, pengkaji mendapati tiada murid yang
mendapat gred A di dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual
5.3 Tindakan menangani masalah











PEMERHATIAN
Melaksanakn pemerhatian
daripada
- Hasil dapatan
- Analisis dapatan
- Huraian dapatan.
TINDAKAN
1) Melaksanakan intervensi 1 menggunakan kaedah latih
tubi.
2) Melaksanakan pengumpulan data

REFLEKSI
Membuat refleksi pembelajaran
dan pengajaran (PdP)

PERANCANGAN
1) Merancang intervensi 1 menggunakan kaedah latih tub
2) Merancang pengumpulan data


68










Rajah 1 : Kitaran model Stephen Kemmis yang telah diubahsuai oleh pengkaji
5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1 : Graf perbandingan Ujian Pra & Ujian Pos 1
5.5 Rumusan kajian
Rumusan kajian dibuat dengan menjawab persoalan kajian dengan menggunakan data daripada
keputusan kajian.
Persoalan pertama ialah adakah subjek kajian dapat mengenalpasti aspek-aspek dalam
meningkatkan kemahiran dalam membuat corak orgee seperti kemahiran psikomotor dan
kekemasan?
Bagi menjawab persoalan ini, pemerhatian berstruktur digunakan untuk mendapatkan data.
Berdasarkan kepada perbandingan yang dibuat antara ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2, terdapat
banyak peningkatan di dalam aspek psikomotor untuk melukis corak orgee. data juga telah dikumpul
melalui keputusan latih tubi 3 dan latih tubi 4 yang dijalankan bagi meningkatkan kemahiran dan
tahap psikomotor murid untuk membuat corak susunan orgee. Kajian ini selari dengan dapatan Nik
Azhan Nik Man (2012) yang menyatakan bahawa latihan yang banyak dalam bentuk visual dan
tampak dapat membantu subjek kajian menterjemah apa yang dipelajari untuk meningkatkan tahap
psikomotor halus.


56
47
39
38
58
54
37
48
57
44
70
54
56
52
72
74
56
70
75
57
0
20
40
60
80
S 1 S 2 S 3 S 4 S 5 S 6 S 7 S 8 S 9 S 10
P
e
r
a
t
u
s

Subjek kajian
Perbandingan Ujian Pra & Ujian Pos 1
Ujian Pra
Ujian Pos 1
REFLEKSI
Membuat refleksi pembelajaran
dan pengajaran (PdP)

PERANCANGAN
1) Merancang intervensi 1 menggunakan kaedah latih tubi
2) Merancang pengumpulan data


TINDAKAN
1) Melaksanakan intervensi 1 menggunakan kaedah latih
tubi.
2) Melaksanakan pengumpulan data

PEMERHATIAN
Melaksanakn pemerhatian
daripada
- Hasil dapatan
- Analisis dapatan


69

Persoalan kedua ialah adakah subjek kajian dapat menghasilkan corak orgee menggunakan
teknik kolaj dengan baik dan kemas?
Bagi menjawab persoalan ini, pengkaji telah menggunakan data analisis keputusan latih tubi
2 yang telah dilaksanakan oleh subjek kajian. Berdasarkan latih tubi 2, pengkaji dapat merumuskan
bahawa subjek kajian belum dapat menghasilkan teknik kolaj dengan kemas terhadap corak susunan
orgee. Dapatan ini adalah selari dengan Madigan (1969), dalam Muhamad Awang (1999) yang
menyatakan bahawa peratus sesuatu perkara yang dapat diingat meningkat selepas subjek kajian
mengalami dua pengualangan berturut-turut selepas pengalaman pertama input diberi. Di samping itu
juga, pemerhatian berstruktur melalui item 4 dan 5 turut dapat membuktikan bahawa subjek kajian
semakin sabar dan melaksanakan setiap latih tubi dan ujian dengan penuh minat.
Persoalan ke tiga adalah adakah subjek kajian dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam
membuat corak susunan orgee menggunakan teknik kolaj setelah kaedah latih tubi
dijalankan?
Bagi menjawab persoalan ini, pengkaji telah menggunakan keputusan ujian pos, intervensi
pertama dan intervensi ke dua. Berdasarkan analisis setiap ujian yang telah dijalankan, pengkaji
mendapati bahawa semua subjek kajian menunjukkan peningkatan dari ujian pra hingga ujian pos 2.
Pada ujian pra tujuh daripada sepuluh orang subjek kajian mendapat gred C manakala selebihnya
mendapat B. Dapatan ini adalah bersesuaian dengan kajian yang telah dilakukan oleh Norhayati
Ellias (2002) yang menyatakan bahawa teknik latih tubi telah meningkatkan pencapaian subjek kajian
daripada ujian pra hingga ujian pos 2.
5.6 Refleksi
Setelah kajian dibuat, didapati bahawa intervensi menggunakan kaedah latih tubi mendatangkan
kesan positif terutama dalam meningkatkan kemahiran membuat corak susunan orgee meggunakan
teknik kolaj. Kaedah latih tubi juga dapat melatih keupayaan psikomotor murid untuk melukis bentuk
corak orgee dengan seimbang dan seragam. Melalui kaedah latih tubi, pengkaji telah merancang
pelbagai jenis latihan supaya subjek kajian dapat memantapkan kemahiran mereka untuk melukis
corak orgee tersebut dengan baik dan mudah.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membuat corak orgee menggunakan
teknik kolaj melalui kaedah latih tubi. Cadangan kajian seterusnya adalah pengkaji boleh mengubah
teknik kolaj kepada stensilan. Pengkaji boleh menyediakan blok stensilan untuk digunakan oleh murid
dalam menghasilkan corak orgee tersebut.
Media yang digunakan pula adalah media kering seperti oil pastel. Hal ini kerana, oil pastel
memudahkan murid untuk menghasilkan stensilan menggunakan blok cetakan. Penggunaan oil
pastel dilihat lebih kemas disamping warna-warna yang terang.
Di samping itu juga, pengkaji boleh menggabungkan kaedah latih tubi dengan kaedah
pembelajaran masteri. Hal ini akan mempertingkatkan lagi kecekapan dan kemahiran subjek kajian
terhadap setiap latih tubi yang dijalankan. Ini bermaksud, setiap murid perlu melepasi tahap
pencapaian yang telah ditetapkan dahulu sebelum meneruskan latih tubi yang berikutnya.
RUJUKAN
Abdul Fatah Hasan. (1990). Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Johor: Unit
Penerbitan Akademik Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah
pendidikan seni visual. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Schmidt, R.A. (1982). Motor control and learning: A behavioural emphasis. Champaign, IL: Human
Kinetics Press
Simpson E. J. (1972). The Classification of Educational Objectives in the Psychomotor Domain.
Washington, DC: Gryphon House.
70

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGAPLIKASIAN UNSUR RUANG
DI DALAM AKTIVITI LUKISAN BAGI MURID TAHUN 4 UTARID
MELALUI KAEDAH DEMONSTRASI

Oleh :

NUR AKALILI FATIN BINTI AMIN NUDDIN & ZAINUN BINTI ABU BAKAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melukis dengan mengaplikasikan unsur seni iaitu
unsur ruang. Kajian ini telah dijalankan ke atas 8 orang murid tahun 4 Utarid yang kurang
berkemahiran untuk mengaplikasikan unsur ruang di dalam karya lukisan. Kekurangan kemahiran ini
menyebabkan karya lukisan yang dihasilkan tidak seimbang dan tidak menarik. Hasil tinjauan awal
melalui ujian diagnostik, soal selidik, temu bual dan juga pemerhatian membuktikan murid tidak
dapat menghasilkan karya lukisan dengan baik kerana kekurangan pemahaman dan kemahiran
tentang unsur ruang dan cara pengaplikasiannya. Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah
mengaplikasikan kaedah demonstrasi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ujian, pemerhatian,
temu bual ,serta analisis dokumen telah digunakan sebagai instrument pengumpulan data. Hasil
dapatan menunjukkan terdapat peningkatan terhadap hasil karya yang telah dihasilkan oleh murid-
murid setelah kaedah demonstrasi dilaksanakan. Implikasinya murid semakin minat melukis dan
murid berasa lebih yakin untuk menghasilkan lukisan yang mempamerkan unsur ruang dari segi
susunan , komposisi dan juga kadar banding yang sesuai.
Kata kunci : Unsur ruang, lukisan, kaedah demonstrasi.
1.0 PENDAHULUAN
Pusat perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif melalui pemupukan
asas seni visual. Pendidikan Seni Visual juga berperanan untuk melahirkan individu yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah. Bidang Pendidikan Seni Visual telah disusun
bagi melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Antara bidang-bidang yang terdapat di dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ialah bidang menggambar, bidang membuat
corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan serta bidang mengenal kraf tradisional.
Di dalam bidang menggambar unsur ruang sangat penting bagi menimbulkan ilusi terhadap sesuatu
karya. Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga (1998) ruang ialah lubang atau rongga yang terdapat di
dalam sesuatu benda. Penggunaan unsur ruang dari segi susunan komposisi sesuatu hal benda
dalam karya mampu menimbulkan kesan jarak antara objek, keharmonian dan juga penegasan.
Penggunaan ruang juga mampu menghasilkan sudut perspektif yang baik dan menarik di dalam
sesuatu karya. Karya lukisan yang menggunakan unsur ruang dengan baik akan kelihatan lebih
menarik dan tampak hidup. Pada zaman Renaissance lukisan-lukisan dan juga catan-catan yang
dihasilkan sangat mementingkan penggunaan ruang bagi melukis figura manusia yang bersifat
keagamaan secara realistik dan tampak hidup.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pada praktikum fasa satu dan fasa dua pengkaji telah menjalani praktikum di sebuah sekolah sekitar
Ampang. Pengkaji mendapati kebanyakan murid tahun 4 mengalami masalah di dalam menghasilkan
lukisan. Melalui pemerhatian pengkaji, ramai murid tidak dapat melakar objek dengan kemas. Selain
itu penyelidik mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak tahu mewarna dengan kemas dan
baik. Tetapi penyelidik telah dapat mengesan masalah lain yang lebih menonjol, masalah tersebut
ialah murid-murid tidak dapat melukis lukisan yang mempunyai kadar banding dan penggunaan unsur
ruang yang betul. Masalah ini juga dapat dilihat semasa pengkaji menjalani praktikum fasa ketiga dan
program intership di sekolah. Hasil pemerhatian pengkaji, murid-murid amat lemah dalam domain
kognitif. Murid lebih gemar melukis tanpa menitikberatkan penggunaan susunan, komposisi dan
kadar banding yang betul. Murid-murid juga tidak mahir untuk mewujudkan kesan ruang melalui
susunan tindihan objek dengan betul dan penghasilan ton warna yang sesuai.

71

Refleksi Nilai Pendidikan
Lukisan adalah salah satu faktor yang paling asas dalam penghasilan karya seni. Hasil penjanaan
idea dan perkembangan idea perlu dilukis terlebih dahulu bagi membolehkan penghasilan karya ke
peringkat yang seterusnya. Masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran bagi mengaplikasi
konsep ruang harus dititikberatkan di dalam lukisan. Ruang tampak dan ruang ilusi memainkan
peranan penting di dalam kehidupan seharian, pengajaran secara berperingkat mampu membantu
murid meningkatkan penguasaan penggunaan unsur ruang. Menurut Spondek (1987) Perkembangan
kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain
ia adalah salah satu proses memperkembangkan daya fikir atau pengetahuan kanak-kanak. Kaedah
pengajaran secara demonstrasi mampu memberikan pendedahan dan pengalaman kepada murid-
murid untuk mengaitkan hasil pembelajaran tentang tunjuk cara penggunaan unsur ruang dengan
langkah penghasilan lakaran atau lukisan, Selain itu, menurut Mazlan lagi, Lowenfeld (1970)
menyatakan, terdapat lima peringkat perkembangan kanak-kanak. Murid-murid yang berada di tahun
empat telah mencapai umur 10 tahun. Oleh itu, mereka dikategorikan di dalam peringkat realisme.
Menurut Lowenfeld, kanak-kanak di peringkat realisme telah mampu menghasilkan lukisan yang
bersifat realistik. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah boleh menyusun objek secara berhati-hati
dan boleh melukis garisan horizon bagi membahagikan ruang kepada dua bahagian iaitu ruang udara
dan ruang tanah. Kesimpulannya, murid seharusnya diberikan pendedahan yang mendalam tentang
penggunaan unsur ruang agar dapat meningkatkan penguasaan kognitif dan psikomotor murid.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasikan unsur ruang di dalam
karya lukisan menggunakan kaedah demonstrasi.
3.0 OBJEK TIF KAJIAN

Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus.

Objektif Umum

Penyelidikan ini secara umumnya dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengalikasian
unsur ruang di dalam aktiviti lukisan bagi murid tahun 4 Utarid melalui kaedah demonstrasi.

Objektif Khusus

1. Murid tahun 4 Utarid dapat mengaplikasikan unsur ruang dalam lukisan yang dihasilkan
melalui kaedah demonstrasi.
2. Murid tahun 4 Utarid dapat membuat banding beza saiz objek yang berada di hadapan,
tengah, belakang, bahagian atas dan juga bahagian bawah melalui kaedah demonstrasi.
3. Murid tahun 4 Utarid dapat membuat penyataan tentang unsur ruang yang diaplikasikan
melalui kaedah demonstrasi di dalam lukisan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah seramai lapan orang murid daripada tahun 4 Utarid, di sebuah sekolah
yang terletak di Ampang Selangor. Kelas ini merupakan kelas pertama daripada tiga buah kelas.
Pencapaian akedemik subjek kajian baik. Kesemua subjek kajian berumur sepuluh tahun dan terdiri
daripada empat perempuan dan empat lelaki. Subjek kajian terdiri daripada bangsa Melayu dan India.
Keunikan setiap subjek kajian adalah mereka memegang pelbagai jawatan seperti pengawas,
pengawas pusat sumber, dan pembimbing rakan sebaya. Subjek kajian ini telah dipilih berdasarkan
tahap kemahiran subjek kajian yang lemah dalam mengaplikasikan penggunaan unsur seni iaitu
unsur ruang di dalam menghasilkan lukisan.







72

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara pengumpulan data

Instrumen Pengumpulan Data Fasa 1
Fasa CARA PENGUMPULAN DATA
Fasa 1
(Tinjauan dan Analisis masalah)
Temu bual
Ujian diagnostik
Pemerhatian
Soal selidik
Analisis dokumen

Fasa 2
(Kitaran 1 dan 2)
Pemerhatian (sepanjang fasa)
Soal selidik (Selepas intervensi)
Analisa dokumen (selepas selesai aktiviti)
Ujian pos 1 dan ujian pos 2 (selepas selesai
intervensi)

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Skor Ujian Diagnostik (ujian melukis)
Bil Subjek Jantina Pencapaian markah hasil
karya lukisan
Gred

1 A L 56 C
2 B P 65 B
3 C P 68 B
4 D L 54 C
5 E L 52 C
6 F L 60 B
7 G P 50 C
8 H P 52 C

5.3 Tindakan Menangani Masalah







Rajah 1 : Kitaran 1
PERANCANGAN INTERENSI 1
-Perancangan tentang aktiviti intervensi 1 (penyelidik melakukan
demonstrasi melukis dan mengaplikasikan unsur ruang.
TINDAKAN INTERVENSI 1
-Penyelidik menetapkan masa tindakan dan menjalankan
aktiviti tindakan (penyelidik akan menunjukkan
demonstrasi cara-cara melukis dengan mengaplikasikan
unsur ruang yang betul. Subjek kajian akan menjalani
ujian melukis dan ujian bertulis soalan objektif dan
struktur berkaitan dengan penggunan unsur ruang).
PEMERHATIAN INTERVENSI 1
-Penyelidik memerhati subjek kajian melukis dan
akan membuat tafsiran serta analisa terhadap karya
lukisan subjek kajian.
REFLEKSI INTERVENSI 1
-Hasil daripada analisa
intervensi 1, penyelidik akan
membuat refleksi tentang
kekuatan, kelemahan tindakan
yang dijalankan.
REFLEKSI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
73







Rajah 2 : Kitaran 2
5.4 KEPUTUSAN KAJIAN
Skor ujian melukis semasa ujian diagnostik, ujian pos 1 dan ujian pos 2
Bil Subjek Jantina Pencapaian
markah hasil karya
lukisan
(ujian diagnostik)
Pencapaian
markah hasil
karya lukisan
(Intervensi 1)
Pencapaian markah
hasil karya lukisan
(Intervensi 2)
1 A L 56 58 65
2 B P 65 72 82
3 C P 68 74 78
4 D L 54 62 80
5 E L 52 58 74
6 F L 60 66 80
7 G P 50 56 62
8 H P 52 58 68






Rajah 3. Graf palang perbandingan skor ujian diagnostik, ujian pos 1 dan ujian pos 2

PERANCANGAN INTERENSI 2
-Perancangan penambahbaikan dilakukan bagi aktiviti intervensi 2
(penyelidik melakukan demonstrasi aktiviti lukisan yang
mengaplikasikan unsur ruang menggunakan tayangan video.
TINDAKAN INTERVENSI 2
-Penyelidik menetapkan masa tindakan dan menjalankan aktiviti
intervensi 2 (penyelidik akan menunjukkan demonstrasi cara-
cara melukis dengan mengaplikasikan unsur ruang yang betul
menggunakan bantuan video. Subjek kajian akan menjalani
ujian melukis dan ujian bertulis soalan objektif dan struktur
berkaitan dengan penggunan unsur ruang).
PEMERHATIAN INTERVENSI 2
-Penyelidik memerhati subjek kajian melukis dan akan membuat
tafsiran serta analisa terhadap karya lukisan subjek kajian.
REFLEKSI INTERVENSI 2
-Hasil daripada analisa
intervensi 2 penyelidik
akan membuat refleksi
tentang kekuatan,
kelemahan tindakan yang
dijalankan.
REFLEKSI
INTERVENSI 1
0
20
40
60
80
100
A B C D E F G H
M
a
r
k
a
h

Subjek kajian
UJIAN MELUKIS
Ujian diagnostik
Intervensi 1
Intervensi 2
74

5.5 Rumusan Kajian
Bagi menjawab persoalan pertama adakah subjek kajian dapat mengaplikasikan unsur ruang dalam
lukisan yang dihasilkan melalui kaedah demonstrasi. Selepas intervensi 1 dan intervensi 2
dilaksanakan, pengkaji mendapati kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam
penyusunan objek semasa melakar. Selain itu, bubjek kajian juga sudah mula melukis garisan
horizon bagi membahagikan bahagian atas dan bahagian bawah lukisan. Subjek kajian juga telah
melukis objek-objek yang sesuai pada ruang atas dan bawah lukisan. Dapatan ini menunjukkan
kaedah demonstrasi telah membantu murid meningkatkan pemahaman mereka tentang
pengaplikasian unsur ruang di samping meningkatkan kemahiran psikomotor dalam menghasilkan
lukisan.
Bagi persoalan kedua adakah subjek kajian dapat membanding beza saiz objek yang berada
di hadapan dengan objek yang berada di bahagian belakang. Selepas intervensi 1 dan intervensi 2
subjek kajian telah meniru hasil demonstrasi pengkaji. Subjek kajian telah mula cuba melukis objek
yang di depan lebih besar daripada objek yang di belakang. Data orang soal selidik juga
menunjukkan kesemua subjek kajian mewakili 100 peratus menyatakan mereka lebih memahami
tentang unsur ruang setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan selepas intervensi 1 dan intervensi
2.
Bagi persoalan ketiga pula adakah subjek kajian dapat membuat penyataan tentang unsur
ruang yang diaplikasikan di dalam lukisan. Apabila penyelidik bertanya kepada subjek kajian tentang
mengapa mereka melukis garisan horizon, kesemua subjek kajian telah menjawab mereka melukis
garisan horizon bagi menonjolkan perbezaan ruang atas dan ruang bawah. Terdapat juga subjek
kajian yang menyatakan objek yang di hadapan perlu dilukis lebih besar dari objek yang di belakang
supaya nampak lebih seimbang. Walaupun soalan ini tidak disoal oleh penyelidik, namun subjek
kajian telah dapat menyatakan kepentingan unsur ruang semasa melukis bagi mendapatkan karya
yang lebih menarik dan nampak seimbang.

5.6 Refleksi

Antara kekuatan intervensi menggunakan kaedah demonstrasi ialah ianya memberikan kesan positif
dalam meningkatkan kemahiran pengaplikasian unsur ruang semasa menghasilkan lukisan dalam
kalangan subjek kajian. Pengkaji melihat peningkatan daripada segi markah ujian melukis dan ujian
bertulis subjek kajian. Subjek kajian telah dapat menghasilkan lukisan yang mempunyai kadar
banding yang lebih baik dari segi susunan ruang. Hal ini disebabkan oleh peningkatan kefahaman
kognitif dan juga kemahiran melukis dengan mengaplikasikan penggunaan unsur ruang yang tepat.

6.0 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA

Cadangan kajian seterusnya adalah dari aspek persembahan demonstrasi video. Demonstrasi video
yang dipaparkan haruslah mempunyai penerangan agar subjek kajian yang mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah dapat melihat demonstrasi sambil membaca penerangan tentang video
yang dipaparkan. Penerangan ini bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang
demonstrasi yang dipaparkan.

Cadangan kedua ialah penyelidik melakukan demonstrasi berpusatkan individu. Penyelidik
akan mengambil subjek kajian yang dirasakan masih belum mencapai tahap supaya subjek kajian ini
dapat melihat demonstrasi secara individu bagi memantapkan lagi pemahamannya tentang unsur
ruang.

RUJUKAN
Mazlan bin Mohamad. (1996). Pendidikan seni 1 prinsip pendidikan seni.Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd
Piaget, Jean (1951). Play dreams and imitation in childhood. New York : Norton
Unit Pendidikan Seni Visual Pusat Perkembangan Kurikulum.Modul pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual.Kementerian Pendidikan Malaysia.
75

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS LUKISAN IMITASI MENGGUNAKAN MEDIA PENSEL
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 SEROJA MELALUI KAEDAH GARISAN GRID

Oleh

NUR DIYANA BINTI ZUBIRUDDIN & NOR AZIZAH BINTI ATAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran melukis lukisan imitasi
menggunakan media pensel dalam kalangan murid Tahun 4 Seroja melalui kaedah garisan grid.
Seramai tujuh orang subjek kajian telah dipilih dari sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur.
Kajian ini berfokus untuk meningkatkan kemahiran melukis lukisan imitasi melalui kaedah garisan grid
dengan menggunakan media pensel. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, analisis
dokumen dan ujian diagnostik. Hasil ujian mendapati kebanyakan daripada murid tidak dapat
menghasilkan lukisan imitasi yang mempunyai struktur rupa yang sama serta tidak mengikut nisbah
gambar sebenar. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah garisan grid telah digunakan. Kedua-dua ujian
pos dalam Intervensi 1 dan Intervensi 2 menunjukkan peningkatan pencapaian subjek kajian dalam
ujian melukis lukisan imitasi. Data kajian telah dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian,
soal selidik, analisis dokumen dan ujian diagnostik (ujian kefahaman dan ujian melukis). Dapatan
kajian menunjukkan kesan positif dalam menghasilkan lukisan imitasi yang kemas dan mempunyai
struktur rupa yang sama seperti gambar asal serta berupaya meningkatkan kemahiran melukis
lukisan imitasi mereka menggunakan media pensel melalui kaedah garisan grid.

Kata kunci : melukis, lukisan imitasi, pensel, kaedah garisan grid

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan (1980), pendidikan berasal daripada kata dasar didik (mendidik) iaitu
memelihara dan memberi latihan (ajaran, kepimpinan) mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran.
Pendidikan juga bermaksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang atau kelompok dalam
usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan latihan, proses perbuatan serta cara
mendidik. Selain itu, Feldman (1996) sendiri memberikan definisi Pendidikan Seni sebagai usaha
yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran, membuat serta memahami seni disamping
mengetahui tentang dunia dan diri sendiri melalui seni. Pengajaran berasaskan kaedah garisan grid
yang secara dilakukan secara berulang-ulang dalam menghasilkan lukisan imitasi yang kemas
menggunakan media pensel amat penting dalam membimbing murid-murid mengetahui cara mudah
untuk melakukan lukisan imitasi yang mempunyai struktur rupa sama seperti gambar sebenar
sekaligus membina keyakinan diri mereka melukis lukisan imitasi.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengkaji mendapati dan mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid apabila
melakukan aktiviti lukisan imitasi sewaktu sesi PdP. Murid-murid didapati lemah dalam kemahiran
melukis gambar dan ada yang tidak tahu langsung bagaimana untuk meniru struktur rupa gambar
yang diberi oleh guru. Mereka juga didapati kurang keyakinan diri untuk melukis serta tidak berminat
dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil yang diperoleh pada akhir PdP juga kurang menarik dan tidak
kemas. Malah, ada antara hasil karya tersebut yang tidak menyerupai gambar asal. Oleh itu, pengkaji
ingin melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran melukis serta meningkatkan kemahiran
melukis lukisan imitasi murid menggunakan pensel melalui kaedah garisan grid. Hal ini kerana,
dapatan kajian yang diperoleh bakal memberikan kesan yang positif terhadap perubahan yang
terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki oleh pihak berwajib agar
matlamat pendidikan dapat direalisasikan.

Refleksi Nilai Pendidikan
Sistem pendidikan negara pada era ini berprinsipkan untuk memberikan pendidikan yang sejajar
kepada semua murid dengan menerapkan nilai kemahiran, pengetahuan, nilai, norma, unsur
kebudayaan dan kepercayaan setiap kaum di Malaysia. Hal ini bertujuan untuk memperkembangkan
tahap murid secara holistik dari segi JERIS (Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial). Oleh itu,
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (PSV SR) telah meletakkan matlamat
76

Pendidikan Seni Visual untuk melahirkan insan yang harmonis, kreatif,kritis dan produktif melalui
pemupukan asas seni visual. Dalam masa yang sama, kandungan mata pelajaran PSV ini digubal
agar dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini boleh dikaitkan dengan Teori
Pembelajaran Behavioris yang dinyatakan oleh Pavlov, Thorndike dan Skinner (Mok Soon Sang,
2010) yang menyatakan bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Melalui proses pembelajaran berdasarkan pelaziman, sesuatu perhubungan yang baru akan dibentuk
dan akan membawa kepada perubahan tingkah laku. Proses pembelajaran berlaku apabila wujudnya
motivasi yang sesuai iaitu penggerak yang dapat mendorong murid tersebut.

2.0 FOKUS KAJIAN

Antara kesilapan dalam melukis lukisan imitasi adalah lukisan tidak mempunyai struktur tepat rupa
gambar serta tidak mengikut nisbah gambar yang ditiru. Kedua, murid tidak meneroka teknik-teknik,
cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan imitasi yang kemas dan menarik
serta sama seperti gambar asal. Ketiga, tekanan mata pensel di atas permukaan kertas semasa
murid-murid melukis gambar. Tekanan mata pensel yang terlalu kuat apabila seringkali dipadam akan
meninggalkan kesan di atas permukaan kertas lukisan. Ini menyebabkan karya kotor dan tidak
kelihatan kemas. Maka, kaedah garisan grid diperkenalkan dan diaplikasikan dengan memberikan
latihan secara ansur maju kepada subjek kajian yang pilih. Kaedah ini diyakini berupaya membantu
meningkatkan kemahiran melukis murid dalam aktiviti lukisan imitasi dengan lebih kemas, berkualiti
dan lebih artistik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i) Objektif Umum
Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran melukis lukisan
imitasi menggunakan media pensel dalam kalangan murid Tahun 4 Seroja melalui
kaedah garisan grid.

ii) Objektif Khusus
Di akhir kajian ini, murid Tahun 4 Seroja dapat :
1. Melukis garisan grid dengan kemas dan betul.
2. Menghasilkan lukisan imitasi menggunakan media pensel melalui kaedah garisan grid
dengan kemas dan sempurna.
3. Meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam aktiviti lukisan imitasi melalui kaedah
garisan grid.
4. Meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam aktiviti lukisan imitasi melalui kaedah
garisan grid.
5. Meningkatkan kemahiran lukisan imitasi melalui kaedah garisan grid dengan
menggunakan media pensel.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah seramai tujuh orang murid di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Jadual 1
Data Demografi Kumpulan Sasaran

Subjek Kajian


Jantina

Umur

Kaum

Jawatan

Pencapaian PSV (Gred)

S1 P 10 Cina Pengawas Pusat Sumber A
S2 L 10 Singh Murid Biasa B
S3 L 10 Cina Murid Biasa B
S4 P 10 India Pengawas Pusat Sumber B
S5 P 10 Melayu Murid Biasa C
S6 P 10 Melayu Murid Biasa B
S7 P 10 India Pengawas Sekolah A

77

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara Mengumpul Data / Maklumat
Jadual 2
Instrumen Pengumpulan Data Fasa I dan Fasa II
Fasa Intervensi Cara Pengumpulan Data


1
(Tinjauan dan analisis masalah)

Analisis dokumen (hasil karya murid)
Pemerhatian
Soal selidik
Ujian diagnostik
- Ujian melukis
- Ujian kefahaman
(10 soalan objektif)
- Pemerhatian
- Temu bual tidak berstruktur (secara tidak
langsung)

Fasa Intervensi Cara Pengumpulan Data










2
(Kitaran 1 dan Kitaran 2)
1 Ujian Pra
- Ujian melukis
- Ujian kefahaman (14 soalan objektif)
- Pemerhatian
- Soal Selidik
Ujian Pos
- Ujian melukis
- Ujian kefahaman (14 soalan objektif)
- Pemerhatian
2

Ujian Pos
- Ujian melukis
- Ujian kefahaman
- (14 soalan objektif)
- Pemerhatian

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Jadual 3
Jumlah Murid Tahun 4 Seroja Mengikut Keputusan Gred Ujian Diagnostik
Jumlah Murid Markah Gred
10
11
11
0
80-100
60-79
40-59
0-39
A
B
C
D

5.3 Tindakan Menangani Masalah




















Rajah 1. Model Stephen Kemmis (1983) yang diubahsuai pengkaji
Perancangan
Menyediakan alat bahan bagi menjalankan kaedah garisan
grid (setiap sesi berlainan aktiviti)
Tindakan
Menjalankan kaedah garisan grid melalui
beberapa sesi
Pemerhatian
Hasil karya selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran (pdp) dan hasil ujian lukisan imitasi
Refleksi
Segelintir murid masih kurang mahir melukis lukisan
imitasi dengan mengaplikasikan kaedah garisan grid.
Cadangan penambahbaikan
Pengaplikasian kaedah garisan grid dengan menggunakan
buku tulis Matematik dan puzzle bergambar.
Tindakan
Melaksanakan intervensi kedua.
Menggunakan kaedah garisan grid dengan
menggunakan kotak buku tulis Matematik dan
puzzle bergambar.
Menjalankan kaedah melalui beberapa sesi.
Pemerhatian
Peningkatan kemahiran dan kefahaman dalam melukis
lukisan imitasi menggunakan kaedah garisan grid.
Refleksi
Melihat peningkatan kemahiran lukisan imitasi
menggunakan kaedah garisan grid dan keputusan ujian
yang dilaksanakan.
3
78

5.4 Keputusan Ujian





5.5 Rumusan Kajian
Rumusan dapatan dibuat dengan menjawab persoalan kajian dengan menggunakan data daripada
keputusan kajian.

Persoalan pertama : Adakah murid-murid dapat melukis garisan grid dengan kemas dan betul?
Hasil dapatan pemerhatian daripada lembaran kerja setiap sesi intervensi menampakkan garisan grid
dari aspek kekemasan, lurus dan mempunyai saiz persegi yang sama. Dapatan diperkukuhkan
dengan hasil ujian melukis (pos) yang menunjukkan bahawa subjek kajian dapat melukis garisan grid
dengan kemas dan betul. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Aimi Nadia binti Razali (2010) yang
menyatakan bahawa latihan-latihan yang bersesuaian perlu dilakukan untuk memahirkan diri
seseorang.

Persoalan kedua : Adakah murid-murid berupaya menghasilkan lukisan imitasi menggunakan media
pensel melalui kaedah garisan grid dengan kemas dan sempurna?
Hasil dapatan skor ujian melukis lukisan imitasi (pos) menunjukkan bahawa subjek kajian dapat
melukis lukisan imitasi yang mempunyai struktur rupa yang sama atau hampir sama dengan gambar
yang ditiru secara kemas dan hampir sempurna berbanding semasa sebelum intervensi
dilaksanakan. Dapatan ini selari dengan penyataan Marvin (2002) bahawa kebolehan melukis boleh
dipelajari dengan adanya latihan-latihan kerap yang dapat mengasah kebolehan yang ada dalam diri
seseorang individu walaupun pada asalnya dia tidak boleh melukis. Dapatan turut disokong oleh
Safani Bali (2003) bahawa murid-murid memang menghadapi masalah. Namun, sekiranya murid-
murid diberikan intervensi yang sewajarnya dan guru menggunakan kaedah yang sesuai, ia akan
membantu murid-murid menguasai kemahiran dengan baik.

Persoalan ketiga : Adakah murid-murid berjaya meningkatkan kemahiran psikomotor halus dalam
aktiviti lukisan imitasi melalui kaedah garisan grid?
Persoalan terjawab melalui hasil dapatan data daripada item senarai semak pemerhatian yang
menunjukkan bahawa psikomotor halus subjek kajian dapat dipertingkatkan dari segi pengaplikasian
strok dan ketebalan garisan pada karya. Selain itu, hasil dapatan juga menunjukkan bahawa tekanan
mata pensel yang digunakan semasa melukis serta kesan melukis dan memadam yang semakin
berkurangan membuktikan bahawa intervensi memberikan kesan positif dan peningkatan kemahiran
psikomotor halus murid-murid. Dapatan ini selari dengan penyataan Nik Azhan bin Nik Man (2012)
bahawa intervensi yang dijalankan ke atas subjek kajian berupaya memberikan impak dari segi
penguasaan kawalan psikomotor halus ke atas subjek kajian.







0%
20%
40%
60%
80%
100%
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7
70%
46% 46%
50%
60%
72%
62%
92%
82%
74%
70%
74%
96%
92%
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Subjek Kajian
Skor Ujian Lukisan Imitasi Pra dan Pos
Intervensi 1
Pra
Intervens
i 1
0%
20%
40%
60%
80%
100%
S3 S4 S5
74%
70%
74%
86%
88% 88%
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Subjek Kajian
Skor Ujian Lukisan Imitasi (Pos)
Intervensi 1
Intervensi 2
Rajah 2. Banding Beza Skor Ujian
Lukisan Imitasi Pra dan Pos Intervensi 1
Rajah 3. Banding Beza Skor Ujian Lukisan
Imitasi (Pos) bagi 3 Subjek Kajian dalam
Intervensi 1 dan Intervensi 2
79

Persoalan keempat : Adakah murid-murid berjaya meningkatkan kemahiran melukis lukisan imitasi
melalui kaedah garisan grid dengan dengan menggunakan pensel?
Persoalan keempat terjawab melalui hasil dapatan data ujian melukis (pos) yang menunjukkan
peningkatan jumlah subjek kajian yang berjaya mendapatkan gred A dalam meniru struktur rupa
gambar yang sama atau hampir sama melalui item senarai semak pemerhatian yang disediakan oleh
pengkaji. Keputusan menunjukkan bahawa empat orang subjek kajian telah berjaya mendapatkan
gred A dan tiga orang mendapat gred B berbanding semasa sebelum intervensi dilaksanakan iaitu
empat orang gred B dan tiga orang gred C. Seterusnya, keputusan ujian dalam Pos 2 pula
menunjukkan peningkatan gred bagi tiga orang subjek kajian yang telah mendapat gred B dalam
ujian Pos 1. Keputusan data menunjukkan bahawa ketiga-tiga orang subjek kajian berjaya
mendapatkan gred A setelah melalui intervensi kedua yang dilaksanakan oleh pengkaji. Ini
memperkukuhkan persoalan keempat bahawa kaedah garisan grid berjaya meningkatkan kemahiran
melukis lukisan imitasi murid-murid. Dapatan ini selari dengan penyataan Smith (1994) bahawa
semakin kerap penggunaan kaedah garisan grid, semakin tinggi keyakinan dan kemahiran yang akan
diperolehi dalam melukis.

5.6 REFLEKSI
Kaedah garisan grid memberikan kesan positif terutama dalam meningkatkan kemahiran melukis
lukisan imitasi menggunakan media pensel. Mereka dapat melukis lukisan imitasi yang mempunyai
struktur rupa yang sama dengan gambar walaupun saiz gambar berbeza-beza melalui
pengaplikasian kaedah garisan grid. Selain itu, kaedah garisan grid yang diaplikasikan dalam kajian
ini juga membantu meminimakan kesalahan struktur garisan rupa yang dilukis oleh subjek kajian.


6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Cadangan kajian seterusnya adalah dari aspek penggunaan media kering. Pengkaji boleh
menggunakan media kering yang berbeza dalam memperlihatkan kemahiran meniru karya lukisan
atau gambar dengan lebih menarik. Kedua, pengkaji mencadangkan agar kemahiran melukis lukisan
imitasi menggunakan kaedah garisan grid digabungkan dengan kaedah latih tubi. Setiap kali sesi
aktiviti dilakukan, murid akan melakukan latih tubi berulang kali menggunakan gambar dan media
kering yang berbeza namun masih mengekalkan kaedah garisan grid. Cadangan seterusnya adalah
menggunakan saiz kertas lukisan yang lebih besar dengan skala grid yang diperbesarkan beberapa
kali ganda daripada garisan grid yang dilukis di atas gambar yang ingi ditiru. Hal ini dapat membantu
murid meningkatkan lagi kemahiran dan minat mereka dalam aktiviti melukis lukisan imitasi melalui
pengalaman yang telah mereka alami disamping menghasilkan karya lukisan yang berkualiti dan
demi kepuasan dalam diri mereka.

RUJUKAN

Hamdzun Haron & Jaffri Hanafi. (2007). Hbae 4103 pendidikan seni visual 1. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.

Hazimi Malek. (1996). Skil asas seni lukis pensel teknik dan kaedah penggunaan.Selangor:
Pencetakan Dan Perniagaan Berlian Sdn. Bhd.

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan seni untuk maktab dan
universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pelangi. (2004). Belajar melukis dengan pensel. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Smith. (1994). Step-by-step drawing. London : Collings & Brown Limited.








80

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PRINSIP IMBANGAN ARCA MOBAIL
MENGGUNAKAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM
DALAM KALANGAN TAHUN 5

Oleh
NUR YASMIN BINTI AHMAD SAPIAN & ZAHARAH BINTI MOHAMAD
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran prinsip imbangan arca mobail
menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam kalangan Tahun Lima. Seramai 10
orang subjek kajian telah dipilih dari sebuah Sekolah Kebangsaan di sekitar Kuala Lumpur. Kajian ini
berfokus kepada meningkatkan kemahiran mengaplikasi prinsip imbangan dalam pembinaan arca
mobail melalui Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham. Tinjauan awal telah dijalankan melalui
soal selidik, ujian diagnostik dan analisis dokumen. Keputusan mendapati kebanyakan murid kurang
faham tentang prinsip imbangan dan aplikasi prinsip tersebut dalam pembinaan arca mobail. Bagi
mengatasi masalah ini, sebuah program, Program 5 hari 5 fasa yang diadaptasikan daripada Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham dijadikan sebagai intervensi. Subjek kajian diberi ujian pos
selepas intervensi 1 dan intervensi 2. Kedua dua keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan
pencapaian subjek kajian. Data untuk kajian telah dikumpul dengan menggunakan instrumen soal
selidik, pemerhatian berstruktur dan ujian. Dapatan kajian menunjukkan subjek kajian dapat
meningkatkan penguasaan terhadap prinsip imbangan serta meningkatkan kemahiran pembinaan
arca mobail menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham. Oleh itu, dicadangkan bagi
kajian seterusnya ialah Program 5 hari 5 fasa dipanjangkan tempoh pelaksanaan setiap fasa untuk
mengukuhkan kemahiran prinsip imbangan arca mobail.
Kata kunci : Prinsip imbangan, Arca mobail, Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan pemerhatian penyelidik semasa menjalani praktikum didapati bahawa murid mempunyai
masalah untuk menjalankan aktiviti kegiatan seni yang melibatkan bidang Membentuk dan Membuat
Binaan. Pada pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh penyelidik, didapati ada
dalam kalangan murid yang tidak dapat menghasilkan binaan mudah arca mobail yang hanya
menggunakan tali/benang dan kad manila sahaja.

Masalah ini berlaku kerana mereka kurang mahir mengaplikasi prinsip imbangan dalam
menghasilkan arca mobail. Menurut Chang Hon Woon (2008), unsur seni perlu disusun mengikut
prinsip rekaan tertentu. Prinsip rekaan akan menjadikan hasil karya itu lengkap dan mempunyai nilai
estetika yang tinggi. Prinsip prinsip rekaan merupakan peraturan untuk menyusun unsur unsur
seni agar dapat menjadi suatu karya yang bermutu.

Teori Konstruktivisme yang sememangnya amat popular digunakan sebagai salah satu strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam kajian ini berteraskan model yang mempunyai lima
fasa yang diasaskan oleh Needham. Melalui kajian ini, Model Kontruktivisme Lima Fasa Needham
akan dikaji oleh penyelidik kesesuaiannya dalam meningkatkan penguasaan prinsip imbangan dan
arca mobail.

2.0 FOKUS KAJIAN

Semasa proses tinjauan masalah, isu yang telah menjadi fokus adalah tahap penguasaan murid
terhadap prinsip imbangan dan arca mobail. Pemerhatian yang dijalankan mendapati murid kurang
diberi penekanan terhadap aktiviti yang melibatkan binaan konkrit seperti arca mobail dan kurang
pendedahan kepada prinsip imbangan. Di samping itu juga, melalui pengumpulan data seperti soal
selidik dan analisis dokumen, didapati bahawa tahap murid rendah dan kurang memuaskan.
Penyelidik juga telah menjalankan ujian diagnostik bagi mengenal pasti masalah masalah yang
mungkin menjadi punca kepada isu yang dijadikan sebagai fokus.


81

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

iii. Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan prinsip imbangan
dan arca mobail menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam kalangan
murid Tahun lima.

iv. Objektif Khusus :
a) Mengenal pasti prinsip imbangan dalam membuat arca mobail dalam kalangan Tahun
lima.
b) Meningkatkan penguasaan prinsip imbangan menggunakan Model Konstruktivisme Lima
Fasa Needham dalam kalangan Tahun lima.
c) Meningkatkan kemahiran membina arca mobail dalam kalangan Tahun lima.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Penyelidikan ini melibatkan 10 orang murid Tahun lima di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang
terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan dipilih sebagai subjek kajian
berdasarkan pencapaian di dalam kelas serta pemerhatian penyelidik. Subjek kajian juga dipilih
berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Rasional pemilihan murid-murid ini adalah
berdasarkan pencapaian skor mereka yang rendah di dalam ujian diagnostik yang dijalankan.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data.
5.1.1 Ujian
Ujian adalah insturmen yang mengukur penentuan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran.
Skop ujian adalah merangkumi tentang prinsip imbangan dan aktiviti membina arca mobail. Set
soalan yang dibina adalah berdasarkan aras Taksonomi Bloom dan sesuai dengan tahap murid.
Antara ujian yang dijalankan adalah ujian pra, ujian pos dan ujian amali bagi mendapatkan data
sebagai hasil dapatan kajian.

5.1.2 Pemerhatian Berstruktur
Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), pemerhatian merupakan suatu aktiviti
pengumpulan data dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai data yang berguna dapat
diperoleh melalui kaedah pemerhatian yang terancang dan sistematik. Untuk bahagian ini,
pemerhatian yang diguna pakai adalah pemerhatian berstruktur yang menggunakan borang senarai
semak Pemerhatian penyelidik terhadap tingkah laku dan hasil karya subjek kajian adalah sepanjang
penyelidikan tindakan ini dijalankan.

5.1.3 Soal Selidik
Soal selidik yang dijalankan sewaktu tinjauan awal masalah adalah bagi mengenal pasti masalah
murid dengan lebih mendalam. Borang soal selidik adalah terdiri daripada 10 item bagi mendapatkan
respon dengan menanda pilihan Ya dan Tidak pada ruangan yang telah disediakan. Subjek kajian
menjawab soalan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kefahaman subjek kajian terhadap
prinsip imbangan dan arca mobail.

5.2 Analisis tinjauan masalah
Jadual 1:Markah dan gred ujian diagnostik 10 soalan objektif/aneka pilihan
Bil Jumlah Murid Markah Gred
1 19 80-100 A
2 11 60-79 B
3 6 40-59 C
4 4 0-39 D




82

5.3 Tindakan menangani masalah.
Bagi mengatasi masalah ini penyelidik telah merancang sebuah program, Program 5 hari 5 fasa yang
diadaptasikan daripada Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dijadikan sebagai intervensi.
Intervensi yang disediakan selaras dengan objektif kajian ini. Aktiviti yang disediakan pada setiap
fasa adalah berbeza-beza sesuai dengan fasa fasa yang dijalankan. Berikut merupakan jadual
tindakan kitaran intervensi I dan II.

Jadual 2:Tindakan dalam intervensi I
Kitaran Fasa Aktiviti



1
1: Orientasi Pengenalan kepada konsep dan prinsip imbangan
Tayangan slaid gambar
2: Pencetusan Idea Penghasilan Lakaran Idea
Lakaran idea untuk arca mobail (mudah)
3: Penstrukturan
Semula Idea
Perbincangan tentang lakaran idea yang dihasilkan dalam
kumpulan

4: Aplikasi Idea Pembinaan arca mobail berdasarkan lakaran idea

5: Refleksi Sesi apresiasi penghasilan arca mobail yang dihasilkan

Jadual 3: Tindakan dalam intervensi II
Kitaran Fasa Aktiviti



2
1: Orientasi Pengenalan kepada konsep dan prinsip imbangan
Tayangan video dan contoh bahan maujud
2: Pencetusan
Idea
Penghasilan Lakaran Idea
Lakaran idea untuk arca mobail (kompleks)
2 & 3:
Pencetusan
Idea dan
Penstrukturan
semula Idea
Aplikasi prinsip imbangan dalam hasil lakaran idea Perbincangan
tentang lakaran idea yang dihasilkan dalam kumpulan
4: Aplikasi Idea Pembinaan arca mobail berdasarkan lakaran idea
5: Refleksi Sesi apresiasi penghasilan arca mobail yang dihasilkan

5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1. Gred Ujian pos I dan Ujian pos II
Rajah 1 di atas menunjukkan perbandingan gred Ujian pos I dan Ujian pos II bagi kedua dua
intervensi. Pada Intervensi I, didapati seramai lima subjek kajian yang mendapat gred A, seramai dua
orang subjek kajian mendapat gred B dan tiga orang subjek kajian lagi mendapat gred C. Bagi
Intervensi II, peningkatan jumlah subjek kajian seramai 8 orang mendapat gred A dan dua orang
subjek kajian mendapat gred B. Peningkatan juga dapat dilihat dengan pengurangan jumlah gred
rendah iaitu gred C dan D.
83


Rajah 2. Gred Ujian amali Intervensi I dan Intervensi II

Perbandingan keputusan gred pada Rajah 2 menunjukkan terdapat peningkatan berdasarkan jumlah
gred A yang berjaya dicapai oleh subjek kajian. Pada Intervensi I, tiada subjek kajian yang mendapat
gred A dan seramai dua orang mendapat gred B, enam orang mendapat gred C dan dua orang
mendapat gred D. Peningkatan boleh dilihat pada jumlah gred A yang meningkat kepada tiga orang
subjek kajian pada Intervensi II manakala seramai lima orang mendapat gred B dan dua orang lagi
mendapat gred C. Kesemua subjek kajian berjaya meningkat dari segi markah dan gred walaupun
masih lagi terdapat subjek kajian yang berada di tahap yang rendah.

5.5 Rumusan Kajian
Hasil keputusan kajian telah dirumus dan penyelidik telah menggunakan data data tersebut untuk
membuat sebuah rumusan bagi menjawab persoalan - persoalan kajian yang dikaji oleh penyelidik.

Persoalan pertama: Adakah murid Tahun Lima mengenal pasti prinsip imbangan dalam
membuat arca mobail?
Ujian pra dan ujian pos digunakan bagi mendapatkan data untuk intervensi yang telah dijalankan.
Apabila markah dibandingkan, terdapat peningkatan yang ketara terhadap tahap pengetahuan subjek
kajian mengenal pasti prinsip imbangan dan ciri ciri yang perlu ada dalam membuat arca Mobail
melalui intervensi yang dijalankan.

Persoalan kedua: Adakah tahap penguasaan murid Tahun Lima terhadap prinsip imbangan
meningkat menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham?
Bagi menjawab persoalan kajian kedua, keputusan kajian daripada soal selidik dan pemerhatian
dijadikan sebagai hasil dapatan melalui Program 5 hari 5 fasa yang dimodifikasikan daripada Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) mengikut kesesuaian dijadikan sebagai intervensi yang
dijalankan sehari satu fasa mengikut urutan dari Fasa Orientasi, Fasa Pencetusan Idea, Fasa
Penstrukturan Semula Idea, Fasa Aplikasi Idea dan akhir sekali Fasa Refleksi melengkapkan satu
kitaran program ini.

Berdasarkan analisis soal selidik yang telah dijalankan dalam intervensi II, item soalan 1 hingga 5
didapati terdapat peningkatan terhadap kekerapan menjawab Ya dan ini menunjukkan tahap
penguasaan kebanyakan subjek kajian terhadap prinsip imbangan mengalami peningkatan selepas
menjalani intervensi oleh penyelidik. Melalui hasil dapatan pemerhatian juga menunjukkan
peningkatan tahap penguasaan murid terhadap prinsip imbangan selepas intervensi dijalankan.
Peningkatan ditunjukkan daripada kekerapan 5 pada intervensi I kepada 8 pada intervensi II
menunjukkan jumlah subjek kajian yang berjaya menghasilkan arca mobail yang mempunyai ciri-ciri
keseimbangan dan aplikasi fungsi dan kemahiran prinsip imbangan.

Persoalan ketiga: Adakah kemahiran murid tahun lima meningkat dalam membina arca
mobail?
Persoalan ketiga ini terjawab dengan hasil analisis ujian amali yang telah dijalankan semasa
intervensi ketika penyelidik menjalankan Fasa Aplikasi Idea dimana subjek kajian menghasilkan arca
mobail selepas mneghasilkan lakaran arca mobail pada Fasa Pencetusan Idea. Berdasarkan analisis
ujian amali yang dijalankan dan markah yang dinilai menggunakan rubrik pemarkahan, Peratusan
yang diperoleh menunjukkan peningkatan daripada intervensi I kepada intervensi II. Jumlah subjek
kajian yang mendapat gred C dan D dapat dikurangkan dan seorang subjek kajian telah berjaya
mendapat gred A pada intervensi II. Ini menunjukkan kemahiran subjek kajian dalam membina arca
mobail dapat dipertingkatkan dan menjawab persoalan kajian ini. Hal ini juga disokong oleh hasil
dapatan soal selidik yang telah dijalankan. Bagi item soalan 6 hingga 10, persoalan adalah
84

berkenaan dengan maksud arca mobail dan pemahaman tentang arca mobail. Peningkatan dapat
dilihat daripada kekerapan subjek kajian menjawab Ya selepas menjalani intervensi.

5.6 Refleksi
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati intervensi Program 5 hari 5 fasa yang digunakan
memberikan kesan yang positif dalam meningkatkan penguasaan kemahiran prinsip imbangan dan
arca mobail menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham. Dengan mengaplikasikan
kesemua fasa dalam satu kitaran yang lengkap, didapati peningkatan pencapaian subjek kajian
adalah tinggi berbanding amalan guru yang hanya menggunakan sebahagian daripada fasa fasa
tersebut. Secara keseluruhnya, objektif kajian tercapai di mana murid-murid telah menunjukan
peningkatan dalam kemahiran dan penguasaan prinsip imbangan dalam pembinaan arca mobail
serta mengatasi masalah mengaplikasi prinsip tersebut kepada membina arca mobail. Selain dari itu,
pengetahuan dan kemahiran ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni supaya dapat
menghasilkan sebuah hasil seni yang berkualiti.


6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Berdasarkan kajian ini pengkaji telah mencadangkan beberapa penambahbaikkan. Antara cadangan
kajian akan datang ialah :

I Aspek penambahan tempoh masa pelaksanaan untuk setiap fasa yang dijalankan.
Melalui cadangan ini, untuk setiap tempoh masa fasa yang dijalankan dilanjutkan
mengikut keperluan kumpulan pelajar dari segi kesediaan, aspek pencapaian dan
perbezaan individu.
II Mempelbagaikan aktiviti dan contoh bahan maujud yang sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan supaya subjek kajian dapat membina pengetahuan melalui pengamatan
penglihatan disamping sentuhan dalam pembinaan arca mobail.

RUJUKAN

Chang Hon Woon. (2008). Teori seni visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: konsep dan amalan dalam
pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Needham, R. & Hill, P. (1987). Children learning in science project: teaching strategies for developing
understanding in science. Centre for Studies in Science and Mathematics Education. The
University of Leeds.

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul pengajaran secara konstruktivisme. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Subadrah Nair, Malar A/P Muthiah (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme
Lima Fasa Needham dalam pembelajaran Sejarah. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.






85

MENINGKATKAN PENGGUNAAN JALINAN DALAM KARYA LUKISAN DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 4 KARISMA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN.
Oleh
NURSUHAILAH BINTI MOHAMED KASSIN & FARIDAH ANUM BINTI ABDUL WAHID
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran penggunaan jalinan dalam karya lukisan
melalui kaedah inkuiri-penemuan dalam kalangan murid Tahun 4. Seramai 10 orang murid Tahun 4
Karisma dari salah sebuah sekolah rendah di Ampang, Selangor telah dijadikan subjek kajian. Fokus
kajian ini menjurus kepada peningkatan kemahiran jalinan dalam penghasilan karya lukisan murid
Tahun 4 yang kebanyakannya tidak pernah mereka pelajari sebelum ini. Penyelidikan ini melibatkan
beberapa instrumen seperti soalan kefahaman objektif dan soalan berstruktur, senarai semak
pemerhatian berstruktur, soal selidik dan penelitian dokumen untuk dijadikan sebagai alat kajian
terhadap subjek kajian. Hasil tinjauan awal mendapati murid-murid kurang mahir menggunakan
jalinan secara maksimum dalam aktiviti lukisan. Oleh itu, intervensi kajian menggunakan kaedah
inkuiri-penemuan telah digunakan bagi memantapkan kemahiran penggunaan jalinan semasa
melukis. Dapatan kajian yang diperolehi melalui Ujian Pos I dan Ujian Pos II menunjukkan
peningkatan pencapaian murid yang amat ketara dalam menjawab soalan kefahaman dan
menghasilkan karya lukisan yang lebih baik semasa menjalani ujian amali melukis. Kajian turut
menunjukkan kemahiran murid dalam menggunakan jalinan semakin meningkat setelah mengikuti
kaedah inkuiri penemuan. Kesimpulannya, hasil kajian memberi implikasi bahawa murid berjaya
menguasai kemahiran menggunakan jalinan berdasarkan kaedah inkuiri penemuan yang
diperkenalkan pengkaji dan berjaya menghasilkan karya lukisan dengan lebih kreatif dan bermutu
dalam bidang Menggambar.

Kata kunci : Jalinan, Lukisan, Kaedah Inkuiri-Penemuan.

1.0 PENDAHULUAN

Bidang Menggambar merupakan bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
murid serta kemampuan murid terhadap aspek melukis aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi. Bidang ini juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi murid.
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, 2002). Selanjutnya, bidang ini juga
memaparkan representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan dalam bentuk 2 Dimensi.
Bidang ini juga mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual
kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. (Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Penghasilan sesebuah karya lukisan
menggunakan media yang terhad seperti media kering. Media kering termasuklah arang, pen, pensel,
pensel warna, krayon, oil pastel. Kaedah inkuiri penemuan yang digunakan dalam kajian ini adalah
bertujuan memberi pendedahan kepada murid dalam menjalankan eksperimentasi ke atas objek alam
semula jadi mahupun objek alam benda yang mempunyai pelbagai jenis jalinan di permukaan objek
tersebut.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian peyelidikan tindakan ini adalah menjurus kepada meningkatkan penggunaan jalinan
dalam karya lukisan dalam kalangan murid Tahun 4 Karisma melalui kaedah penemuan inkuiri. Isu-
isu yang difokuskan tersebut merangkumi murid tidak tahu melukis menggunakan jalinan tampak
dengan betul, murid tidak mahir melukis menggunakan jalinan sentuh dengan tepat, murid tidak tahu
membanding beza jalinan sentuh dan jalinan tampak, murid tidak mengaplikasi pelbagai jenis jalinan
dalam karya lukisan di samping murid tidak dapat melukis dan mewarna dengan kemas, teliti dan
kreatif.

86

Pengkaji juga telah melaksanakan kajian dengan kaedah penemuan inkuiri yang telah digunakan oleh
kajian lepas (Nurul Nadzirah Muhamad Zain, 2012) bahawa kaedah ini merupakan strategi
pengajaran yang efektif dan boleh digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran PSV.
Strategi pembelajaran berasaskan inkuiri merupakan kaedah yang membolehkan murid
menggunakan keperluan ingin tahu untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Oleh yang demikian,
pengkaji akan menyediakan beberapa aktiviti yang bersesuaian untuk membangkitkan persoalan
dalam diri subjek kajian dan seterusnya subjek kajian akan cuba menyelesaikan persoalan-persoalan
tersebut dengan menjalankan beberapa eksperimen dan membuat penerokaan.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum :

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan
jalinan dalam karya lukisan dalam kalangan murid Tahun 4 Karisma melalui kaedah penemuan
inkuiri.

Objektif Khusus :

1. Meningkatkan kemahiran menggunakan jalinan tampak dalam aktiviti lukisan bagi murid Tahun 4
Karisma melalui kaedah inkuiri-penemuan.
2. Meningkatkan kemahiran melukis dengan memindahkan jalinan sentuh kepada jalinan tampak
dalam menghasilkan lukisan bagi murid Tahun 4 Karisma melalui kaedah inkuiri-penemuan.
3. Meningkatkan pengetahuan membanding beza jalinan tampak dan jalinan sentuh dalam aktiviti
lukisan bagi murid Tahun 4 Karisma melalui kaedah inkuiri penemuan.
4. Meningkatkan kemahiran melukis menggunakan pelbagai jalinan bagi murid Tahun 4 Karisma
dalam aktiviti lukisan melalui kaedah inkuiri penemuan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi penyelidikan kajian ini melibatkan murid-murid di sebuah sekolah bandar.
Murid-murid tersebut telah dipilih dalam kalangan murid-murid tahap dua iaitu tahun 4 Karisma di
salah sebuah yang berada di kawasan Ampang, Selangor. Seramai 10 orang murid empat Karisma
yang terdiri daripada lima orang subjek lelaki dan lima orang subjek perempuan yang dipilih sebagai
subjek kajian selepas analisis tinjauan awal. Ciri unik yang dapat dilihat melalui subjek kajian ialah
subjek kajian memegang jawatan sebagai pengawas sekolah,pengawas pusat sumber, ketua kelas di
samping pernah melibatkan diri dalam pertandingan melukis peringkat sekolah yang dianjurkan oleh
Panitia Pendidikan Seni Visual.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data.

Salah satu instrumen yang telah digunakan bagi pengumpulan data termasuklah soalan kefahaman
yang berbentuk 10 soalan objektif yang digunakan sebelum intervensi manakala semasa intervensi,
pengkaji menggunakan soalan objektif yang sama namun terdapat penambahan bagi soalan subjektif
berstruktur yang mengandungi Bahagian A, B, C dan D Selain itu, borang soal selidik aktiviti melukis,
borang senarai semak penelitian dokumen, borang senarai semak pemerhatian berstruktur dan
borang skor indikator pemarkahan bidang Menggambar. Cara pengumpulan dan penganalisisan data
kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.










87

5.2 Analisis tinjauan masalah

Berdasarkan analisis tinjauan awal, pengkaji mendapati bahawa terdapat masalah penggunaan
jalinan dalam karya murid sewaktu aktiviti lukisan. Tambahan lagi, melalui pemerhatian terhadap
kelas Tahun 4 Karisma, murid juga tidak mengetahui apa itu jalinan. Manakala ujian diagnostik yang
telah dijalankan, hasil analisis menunjukkan penguasaan dan kefahaman murid mengenai unsur seni
jalinan berada pada tahap sangat lemah dan rendah. Hal ini menunjukkan murid tidak diterapkan ilmu
sepenuhnya tentang unsur seni jalinan dalam PdP PSV sebelum ini. Hasil karya dan dokumen
analisis yang diperolehi daripada subjek kajian memberi maklumat kepada pengkaji bahawa penilaian
tahap pencapaian subjek kajian menunjukkan tahap penguasaan yang sangat lemah dalam
menerapkan dan mengaplikasikan jalinan dalam karya lukisan.

5.3 Tindakan menangani masalah.

Kitaran kajian ini merangkumi empat langkah pelaksanaan iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian
dan refleksi berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis (1988).

Kitaran Kajian 1

Sebelum pelaksanaan aktiviti dalam Intervensi 1, pengkaji telah menjalankan ujian pra bagi soalan
kefahaman objektif dan ujian amali melukis. Pengkaji telah merangka beberapa aktiviti dan
melaksanakan tindakan mengikut perancangan bagi meningkatkan penggunaan jalinan dalam
menghasilkan lukisan melalui kaedah inkuiri-penemuan. Intervensi ini dijalankan dalam dua sesi yang
berlainan masa dalam tempoh seminggu. Selama 60 minit masa diperuntukkan bagi menjalankan
setiap sesi. Intervensi pertama merangkumi tiga aktiviti yang menekankan kaedah inkuiri-penemuan.
Aktiviti ini disediakan untuk merangsang sikap ingin tahu murid-murid dengan menggunakan kreativiti,
pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan tugasan yang diberi pengkaji secara
terbimbing.

Aktiviti yang pertama ialah menampal dan melukis gambar yang terdapat jalinan tampak dalam
instrumen kajian I. Aktiviti kedua ialah menampal dan melukis gambar yang terdapat jalinan sentuh
dalam instrumen kajian II. Manakala aktiviti ketiga melibatkan murid untuk menghasilkan sebuah
lukisan dalam karya akhir. Ujian Pos I diberikan kepada murid untuk mengenal pasti keberkesanan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan karya lukisan melihat sejauh mana tahap penguasaan
murid terhadap kemahiran penggunaan jalinan. Intervensi pertama ini juga melibatkan penerokaan
alat dan bahan. Murid meneroka objek alam semula jadi dan alam buatan manusia yang terdapat di
persekitaran mereka..

Kitaran Kajian 2

Pengkaji telah menjalankan ujian Pos II yang melibatkan instrumen set soalan kefahaman objektif
dan soalan berstruktur yang terdiri daripada 10 soalan objektif dan empat bahagian berstruktur yang
terdiri daripada Bahagian A, B, C dan D serta ujian amali lukisan bertemakan taman bunga.Kitaran ini
bertujuan untuk membuat penambahbaikan melalui kesinambungan daripada kajian kitaran
pertama.Intervensi kedua merangkumi tiga aktiviti yang menekankan kaedah inkuiri-penemuan.
Aktiviti ini disediakan untuk merangsang sikap ingin tahu murid-murid dengan menggunakan kreativiti,
pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan tugasan yang diberi pengkaji secara
terbimbing.
Aktiviti yang pertama ialah menampal dan melukis gambar yang terdapat jalinan tampak dalam
Instrumen Kajian I serta melihat tayangan slaid jalinan tampak. Aktiviti kedua ialah menampal dan
melukis gambar yang terdapat jalinan sentuh dalam Instrumen Kajian II serta melihat tayangan slaid
jalinan sentuh. Manakala aktiviti ketiga melibatkan murid untuk menghasilkan sebuah lukisan dalam
karya akhir. Ujian Pos II akan diberikan kepada murid untuk mengenal pasti keberkesanan aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan karya lukisan dan melihat sejauh mana tahap penguasaan
murid terhadap penggunaan jalinan.Di samping itu,intervensi kedua ini juga melibatkan penerokaan
alat dan bahan. Murid akan meneroka objek alam semula jadi dan alam buatan manusia yang
terdapat di persekitaran mereka. Penggunaan media kering yang terdiri daripada pen, pensel dan
pensel warna dalam karya akhir juga memberi pengalaman baru kepada murid untuk meneroka
bahan yang akan digunakan bagi menghasilkan lukisan.
88

5.4 Keputusan Kajian

.







Rajah 11 Keputusan Skor Ujian Amali Melukis
Berdasarkan Rajah 11 di atas, terdapat peningkatan yang memberansangkan selepas intervensi II
dilaksanakan. Semasa intervensi I, seramai empat subjek kajian mendapat keputusan di bawah paras
58 peratus, lima subjek kajian berjaya mendapat markah diantara 70 peratus sehingga 76 peratus
manakala seorang subjek kajian berjaya memperolehi markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus.
Peningkatan markah tertinggi dalam intervensi II iaitu sebanyak 95 peratus. Perbezaan markah
subjek kajian tersebut adalah sebanyak 15 peratus kerana semasa intervensi I, subjek kajian
mendapat markah 80 peratus. Oleh sebab itu, hal ini jelas membuktikan bahawa subjek kajian dapat
memahirkan kemahiran melukis pelbagai jalinan dalam karya lukisan semasa intervensi II dan telah
menunjukkan pengetahuan yang sangat baik dengan mengaplikasi asas seni reka dalam karya dan
menghasilkan karya lukisan dengan kemas dan baik berdasarkan rubrik pemarkahan bidang
Menggambar.
5.5 Rumusan Kajian

Persoalan pertama : Adakah murid Tahun 4 Karisma dapat meningkatkan kemahiran
menggunakan jalinan tampak dalam aktiviti lukisan melalui kaedah inkuiri-penemuan?

Peningkatan yang lebih baik dapat dilihat apabila skor keputusan Ujian Pos II yang merangkumi
keputusan ujian kefahaman dan ujian amali melukis. Kemahiran murid dalam menggunakan jalinan
tampak ketika aktiviti melukis dapat dipertingkatkan dalam ujian amali melukis Pos II. Perkara ini
selari dengan kajian yang dijalankan oleh Nurul Nadzirah Mohamad Zain (2012) iaitu pendekatan
pembelajaran secara inkuiri-penemuan adalah lebih berkesan dan membantu meningkatkan
perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu perkara.
Persoalan kedua : Adakah murid Tahun 4 Karisma dapat meningkatkan kemahiran melukis
dengan memindahkan jalinan sentuh kepada jalinan tampak dalam menghasilkan lukisan
melalui kaedah inkuiri-penemuan?

Setelah menjalani intervensi dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan pengkaji iaitu melukis
semula objek yang mempunyai jalinan sentuh dalam instrumen aktiviti semasa Kitaran 1 dan Kitaran
2 telah menunjukkan murid lebih jelas dan lebih mahir memindahkan jalinan sentuh kepada jalinan
tampak. Pemerhatian berstruktur dan ujian amali lukisan yang menunjukkan perbezaan peningkatan
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Murid lebih jelas dan lebih mahir memindahkan jalinan
sentuh kepada jalinan tampak semasa ujian amali melukis dalam Ujian Pos I dan Ujian Pos II.
Persoalan ketiga : Adakah murid Tahun 4 Karisma dapat meningkatkan pengetahuan
membanding beza jalinan tampak dan jalinan sentuh dalam aktiviti lukisan melalui kaedah
inkuiri penemuan?
Seterusnya, bagi menjawab persoalan ketiga, analisis data bagi keputusan soal selidik dan ujian
kefahaman merupakan bukti yang menunjukkan murid telah dapat meningkatkan pengetahuan
membanding beza jalinan sentuh dan jalinan tampak dalam lukisan. Pengetahuan mengenal jalinan
semakin meningkat berdasarkan keputusan ujian kefahaman setelah menjalani Intervensi 2.
0
20
40
60
80
100
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
80
74
76
72
60
70
55
58
54
50
95
90
86
84
82
80 79 80
78
75
Intervensi 1
Intervensi 2
Keputusan Skor Ujian Melukis
Subjek Kajian
Markah
(%)
89

Persoalan keempat : Sejauh manakah murid Tahun 4 Karisma dapat meningkatkan kemahiran
melukis menggunakan pelbagai jalinan bagi dalam aktiviti lukisan melalui kaedah inkuiri
penemuan?

Dapatan kajian membuktikan bahawa tahap kemahiran melukis pelbagai jalinan dalam aktiviti lukisan
semakin meningkat setelah menjalani intervensi. Hal ini dapat dibuktikan menerusi analisis data
daripada ujian amali melukis. Keputusan skor yang diperolehi menunjukkan peningkatan skor yang
ketara dalam penghasilan karya lukisan oleh subjek kajian. Peningkatan yang berlaku ini adalah
disebabkan murid menggunakan pelbagai garisan yang membentuk pelbagai jalinan semasa melukis
karya lukisan mereka .
5.6 Refleksi

Terdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti dalam kajian ini. Salah satu kekuatannya ialah subjek
kajian dapat meningkatkan penggunaan jalinan terutamanya dalam aktiviti melukis. Pendekatan
pembelajaran yang digunakan iaitu kaedah inkuiri penemuan dalam kajian ini berjaya merangsang
sifat ingin tahu dalam diri murid dan memberi pendedahan tentang pembelajaran yang melibatkan
proses meneroka jalinan yang terdapat pada objek alam semula jadi dan objek alam benda secara
langsung. Selanjutnya, kajian ini juga dapat memberi pengalaman baru kepada murid di samping
dapat memupuk sikap positif dalam diri murid seperti nilai bekerjasama, berkongsi idea dan bantu
membantu semasa melakukan aktiviti penerokaan alam semula jadi.
6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA.

Bagi kajian yang seterusnya, pengkaji ingin mencadangkan supaya kaedah ini dapat digunakan bagi
peningkatan unsur seni yang lain selain daripada jalinan iaitu garisan, rupa, bentuk, warna dan juga
ruang dalam menghasilkan karya lukisan yang lebih bermutu. Pengkaji ingin menambah beberapa
media kering yang lain seperti arang dan pen semasa membuat aktiviti melukis. Pengkaji juga ingin
mencadangkan supaya kajian yang seterusnya dilaksanakan dalam bentuk berkumpulan secara
koperatif semasa aktiviti pengumpulan maklumat dan bahan. Tambahan lain, pengkaji ingin
mencadangkan supaya subjek kajian menghasilkan lukisan berbantukan alat teknologi maklumat iaitu
murid boleh membuat eksplorasi tentang penghasilan jalinan dengan menggunakan Tools yang
terdapat dalam perisian Paint.
RUJUKAN

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Chang Hon Woon (2008). Teori Seni Visual. Kuala Lumpur :Perpustakaan Negara Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab dan
Universiti. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nurul Nadzirah Binti Muhamad Zain (2012). Meningkatkan Kreativiti Murid Tahun 5 Dalam
Penghasilan Karya Corak Melalui Pendekatan Inkuiri-Penemuan. Kuala Lumpur : Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas.






90

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHASILKAN TON WARNA MENGGUNAKAN MEDIA
PENSEL WARNA DALAM BIDANG MENGGAMBAR BAGI MURID TAHUN 3 MELALUI
PENGGUNAAN MODUL
Oleh
NURUL AINA BINTI KHAULI & SALEHUDDIN BIN ZAKARIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

Abstrak
Penyelidikan tindakan yang dijalankan adalah untuk membina dan menguji modul pembelajaran
kendiri kemahiran menghasilkan ton warna. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran
menghasilkan ton warna menggunakan media pensel warna bagi murid tahun 3 melalui penggunaan
modul. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai modul dari aspek mesra pengguna dan juga untuk
menentukan kebolehlaksanaan modul yang dihasilkan dalam proses pembelajaran. Seramai enam
orang murid tahun 3 terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Antara instrumen yang digunakan
ialah pemerhatian, soal selidik, ujian kefahaman, ujian mewarna dan analisis dokumen. Tinjauan
awal mendapati, kebanyakan murid masih lemah dalam menghasilkan ton warna. Bagi mengatasi
masalah ini, penggunaan modul pembelajaran digunakan. Kajian yang dijalankan ini didapati
mencapai keseluruhan objektif yang ingin dikaji terhadap modul pembelajaran kendiri yang
dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran menghasilkan ton warna menggunakan pensel warna
bagi murid tahun 3.
Kata kunci: ton warna, pensel warna, modul
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual dikenali sebagai Dunia Seni Visual yang baharu digunapakai dalam sistem
persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) yang lebih menjurus kepada empat bidang
iaitu menggambar, mencorak dan membuat rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal
kraf tradisional.
Pendidikan Seni Visual merupakan satu wacana untuk menyatakan perasaan. Seorang pelukis dari
Hungary, Moholy Nagey (1949) juga bersetuju bahawa seni merupakan satu alat penyataan untuk
meluahkan perasaan.
Dalam teori kreativiti Victor Lowenfeld (1975) menyatakan bahawa peringkat perkembangan kreativiti
kanak-kanak yang berusia 9 hingga 12 tahun telah mula menunjukkan kefahaman tentang ruang.
Oleh itu, ton warna penting untuk menunjukkan kesan ruang dalam lukisan.
Pengajaran berasaskan pendekatan modul penting dalam memberi pendedahan dan membimbing
murid untuk mengetahui perkara asas untuk menghasilkan ton warna. Menurut Anwar (2010) modul
pembelajaran adalah satu bahan yang telah disusun secara sistematik dan menarik merangkumi
semua isi kandungan dan berkesan digunakan secara berdikari untuk mencapai objektif
2.0 FOKUS KAJIAN
Pengkaji memfokuskan kajian ini kepada masalah menghasilkan ton warna menggunakan pensel
warna dalam bidang menggambar melalui penggunaan modul. Pengkaji memberi penekanan
terhadap tahap penguasaan asas dalam menghasilkan ton warna bermula daripada pengenalan
warna sehinggalah cara menentukan arah cahaya. Pengkaji menggunakan kaedah modul
pembelajaran bagi membantu subjek kajian untuk menguasai kemahiran menghasilkan ton warna
menggunakan pensel warna dalam bidang menggambar agar karya yang dihasilkan lebih realistik,
menarik dan menunjukkan rupa sebenar objek tersebut.


91

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menghasilkan ton warna
menggunakan media pensel warna dalam bidang menggambar bagi murid tahun 3
melalui penggunaan modul

ii. Objektif khusus
Di akhir kajian murid tahun 3 dapat
1. Meningkatkan kemahiran mengenal ton warna pada objek melalui penggunaan modul.
2. Meningkatkan kemahiran kawalan warna melalui penggunaan modul.
3. Meningkatkan kemahiran mengaplikasikan ton pada sesuatu objek melalui penggunaan
modul.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan ke atas enam orang subjek kajian di sebuah sekolah di sekitar Cheras,
Kuala Lumpur. Subjek kajian ialah terdiri daripada enam orang murid tahun 3 yang berusia
sembilan tahun yang mempunyai prestasi sederhana dalam pembelajaran. Subjek kajian juga
terdiri daripada tiga murid lelaki dan tiga subjek kajian perempuan. Semua subjek kajian tersebut
berbangsa Melayu. Subjek kajian dipilih melalui ujian diagnostik yang dijalankan bagi
mengenalpasti subjek kajian yang mempunyai masalah kemahiran mewarna.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data



Rajah 1. Fasa-Fasa Tindakan
5.2 Analisis tinjauan awal
Jadual 1
Skor Ujian Diagnostik (Ujian Mewarna)

Bil Ujian Diagnostik 1 Ujian Diagnostik 2
50 Markah Peratus (%) 50 Markah Peratus (%)
Subjek 1 25 50 27 54
Subjek 2 34 68 36 72
Subjek 3 23 46 25 50
Subjek 4 21 42 22 44
Subjek 5 25 50 23 46
Subjek 6 17 34 18 36
FASA 1: Sebelum
Intervensi
Mengenalpasti masalah
murid dalam
menghasilkan ton warna
Menjalankan ujian
diagnostik
FASA 2: Semasa
Intervensi
Kitaran 1:
Latihan dalam modul.
Mewarna rupa geometri
Kitaran 2
Latihan mewarna objek
yang mempunyai rupa
geometri.
Latihan mewarna
gambar saiz besar.
FASA 3: Selepas
Intervensi
Pengumpulan data
Pemerhatian
Soal selidik
Ujian
Analisis dokumen
Analisis data
Keputusan kajian
Refleksi
Rumusan dapatan
FASA-FASA TINDAKAN
92

5.3 Tindakan menangani masalah

















Rajah 1. Kitaran Kajian 1 (Model Stephen Kemmis)


Mengenalpasti masalah
(pemerhatian berstruktur,
temubual tidak
berstruktur, soal selidik)
Latihan psikomotor
memegang pensel warna
dan mengawal warna.
Menukar rupa geometri
kepada bentuk 3 dimensi
dengan ton warna.
Mewarna objek sebenar
berdasarkan bentuk
geometri.
Perancangan Strategi
(ujian diagnostik 1 dan 2)
Latihan pengukuhan
Modul
3. Pengumpulan Data
Pengumpulan data
Analisis data
2. Pelan Tindakan
Aktiviti menggunakan
modul
4. Refleksi
Refleksi awal
Refleksi semasa
Refleksi akhir
1. Perancangan
Kenalpasti masalah
Pelan tindakan
Rajah 2. Kitaran 2 (Ubahsuai model Kemmis)
93


5.4 Keputusan kajian
Jadual 2
Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian pos 2

Subjek Kajian Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Subjek 1 42 60 76
Subjek 2 48 68 82
Subjek 3 40 56 70
Subjek 4 42 54 68
Subjek 5 44 56 70
Subjek 6 36 52 66




Rajah 3. Perbandingan Markah Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Jadual di atas menunjukkan perbandingan markah ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2. Subjek 2
menunjukkan peningkatan yang baik dengan mendapat skor 82 peratus pada akhir ujian pos 2.
Subjek 6 yang mendapat skor paling rendah pada ujian pra iaitu 36 peratus menunjukkan
peningkatan pada akhir ujian pos 2 iaitu 66 peratus. Subjek 3 dan Subjek 5 mendapat skor yang
sama iaitu 70 peratus pada ujian pos 2 walaupun pada ujian pra Subjek 3 mendapat skor rendah
berbanding Subjek 5. Semua skor subjek meningkat pada setiap ujian yang diberikan.
5.5 Rumusan kajian
Persoalan pertama: Adakah murid dapat mengenalpasti ton warna pada sesuatu objek?
Melalui aktiviti 3 dalam modul yang di berikan murid dapat menanda dengan betul gambar-gambar
yang mempunyai ton warna berdasarkan contoh dan perbincangan yang telah dibuat. Pengukuhan di
berikan bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam agar murid dapat mengenalpasti gambar
yang mempunyai ton warna sebelum menguasai kemahiran tersebut.

0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Subjek 1
Subjek 2
Subjek 3
Subjek 4
Subjek 5
Subjek 6
Perbandingan Markah Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan
Jenis Ujian
M
ar
ka
h
94

Persoalan kedua: Adakah kawalan warna murid dalam karya mereka kemas dan mempunyai ton
warna?
Hasil analisis senarai dan ujian yang diberikan, kawalan warna murid lebih baik berbanding sebelum
kajian di jalankan. Setelah belajar cara memegang pensel warna yang betul, murid menjadi lebih
mudah untuk mengawal pergerakan tangan dan aktiviti mewarna menjadi lebih kemas. Ujian pos 2
membuktikan bahawa kemahiran psikomotor murid lebih baik dengan penghasilan kawalan
warnayang kemas dan menarik.
Persoalan ketiga: Adakah murid dapat mengaplikasikan kemahiran ton warna pada lukisan mereka
dengan baik tanpa bantuan guru?
Di akhir penggunaan modul, latih tubi diberikan untuk mengukuhkan kemahiran murid dalam
meghasilkan ton warna. Murid dapat mengaplikasikan kemahiran ton warna yang telah mereka
pelajari melalui penggunaan modul tanpa bantuan guru. Latihan yang banyak dapat membantu murid
untuk memantapkan kemahiran penghasilan ton warna. Ujian pos 2 menunjukkan hasil karya murid
menggunakan ton warna dengan baik dan kawalan warna yang kemas serta realistik.

5.6 Refleksi
Kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan peningkatan yang baik dari segi
pencapaian yang telah ditunjukkan oleh subjek kajian dalam menghasilkan ton warna melalui ujian-
ujian yang telah dijalankan. Penggunaan modul banyak membantu subjek kajian langkah demi
langkah mengikut bahagian yang telah dibahagikan dalam modul. Pembelajaran berasaskan modul
memberi pendedahan dan pengetahuan baru kepada subjek kajian dan dapat membantu guru-guru di
sekolah temapat pengkaji menjalankan program internship. Akhir sekali, pengkaji berharap kajian
tindakan ini dapat dilaksanakan di sekolah kelak bagi membantu memudahkan pengajaran dan
pembelajaran dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pelbagaikan penggunaan media
contohnya media pensel, arang, krayon dan cat air. Selain itu juga, penggunaan modul pembelajaran
juga boleh dijalankan secara menyeluruh dalam subjek Pendidkan Seni Visual. Pelbagaikan modul
lain contohnya modul anyaman, modul menghasilkan corak, modul menghasilkan wau dan pelbagai
jenis modul yang dapat membantu guru dan juga murid kelak. Di harap penggunaan modul ini dapat
dijalankan dalam jangka masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil yang lebih
memberangsangkan dan bermutu.


RUJUKAN
Anwar Ilham. 2010. Pengembangan Bahan Ajar. Bahan Kuliah Online. Direktori UPI. Bandung
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud.(2011). Kajian tindakan: konsep dan amalan dalam pengajaran.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2006). Buku 1: Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Cik Noraza Haziqah Cik Azli. (2012). Meningkatkan kemahiran mewarna dengan pensel warna
menggunakan teknik garisan selari dalam kalangan murid tahun 1 melalui pembelajaran
masteri. Tesis Ijazah, Institut Perguruan Guru Malaysia, Kuala Lumpur. (Tidak diterbitkan)
Seni sebagai alat penyataan diri Moholy Nagey. Dilayari pada April 23, 2013 daripada
http://artisenivisual.blogspot.com/2011/11/kepentingan-pendidikan-seni-di-sekolah
95


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA MENGGUNAKAN WARNA POSTER DALAM AKTIVITI
CATAN BAGI MURID TAHUN 2 MELALUI TEKNIK LATIH TUBI.

Oleh

NURUL HANI BINTI ABDUL MANAF & AZLINA BINTI ABDUL RANI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan penggunaan warna
poster dalam aktiviti catan melalui teknik latih tubi dalam meningkatkan kemahiran mewarna murid tahun
2. Seramai 5 orang subjek kajian telah dipilih dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Ampang.
Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, soal selidik, analisis dokumen, ujian diagnostik dan
ujian pra. Keputusan mendapati kebanyakan murid tidak dapat mewarna dengan kemas menggunakan
media basah. Subjek kajian diberikan rawatan intervensi dan kedua-dua keputusan ujian pos selepas
intervensi menunjukkan peningkatan pencapaian subjek kajian. Data untuk kajian ini dikumpul dengan
menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, ujian kefahaman, ujian mewarna dan analisis dokumen.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan kemahiran penggunaan warna poster bagi subjek
kajian iaitu sebanyak 49.2 peratus berbanding ujian pra. Ini menunjukkan bahawa kajian ini telah berjaya
meningkatkan kemahiran mewarna murid tahun 2 dengan lebih baik selepas teknik latih tubi digunakan.
Kata Kunci: Teknik latih tubi, kemahiran mewarna, warna poster, aktiviti catan.
1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti catan merupakan salah satu sub topik dalam bidang Menggambar. Catan melibatkan penggunaan
media basah iaitu proses menyapu media basah ke atas permukaan rata seperti kertas dengan
menggunakan berus warna. (Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, 2000). Bagi menghasilkan catan
yang menarik dan kemas, kemahiran asas dalam penggunaan media basah adalah sangat penting. Hal
ini disokong oleh (Walter Dick, 1972) yang mengatakan bahawa kekemasan dan kawalan garisan yang
baik sentiasa diutamakan dalam sistem pemberian markah. Menurut pendapat Amir Saifudin Ahmad
(2009), murid tahap satu biasanya diperkenalkan dengan aktiviti mewarna supaya mahir dengan alatan
dan bahan mewarna, disamping ia juga berperanan untuk melatih kemahiran psikomotor murid supaya
selari dengan koordinasi ruang kawasan. Intervensi yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui teknik
latih tubi. Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari
bertujuan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya.(Ezani
Yusuf (1999)). Oleh itu, teknik ini dipilih untuk membantu meningkatkan kecekapan kemahiran mewarna
murid ke tahap yang lebih baik.
2.0 FOKUS KAJIAN
Pengkaji memfokuskan kajian ini kepada masalah mewarna dalam aktiviti catan bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran pada masa hadapan. Hal ini sangat penting untuk diperbaiki memandangkan murid-
murid Tahap 1 banyak didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan media basah
terutamanya dalam bidang Menggambar sepertimana yang terkandung dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011). Oleh itu, pengkaji telah merancang
beberapa langkah intervensi bagi meningkatkan kemahiran mewarna melibatkan penggunaan media
basah dalam kalangan murid tahap 1 ini supaya kecekapan mewarna mereka dapat dipertingkatkan.
Pengkaji telah memilih teknik latih tubi dalam kajian ini bagi membantu murid agar dapat menjalani aktiviti
mewarna dengan lebih baik pada masa hadapan. Dalam kajian ini, murid akan dilatih untuk mewarna
dengan kemas menggunakan warna poster tanpa melebihi dan terkeluar dari garisan dan aktiviti ini akan
sentiasa dipertingkatkan supaya murid akan dapat mengingati dan menguasai kecekapan mewarna
dengan lebih efisyen, cekap, kemas dan baik untuk peringkat yang lebih rumit.
96

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Umum :
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan warna poster dalam
aktiviti catan bagi murid-murid Tahun Dua melalui teknik latih tubi
ii. Objektif Khusus :
1. Murid Tahun Dua dapat meningkatkan kemahiran mewarna ruang besar dengan betul dan kemas
menggunakan warna poster melalui teknik latih tubi.
2. Murid Tahun Dua dapat meningkatkan kemahiran mewarna ruang kecil menggunakan warna poster
dengan betul dan kemas melalui teknik latih tubi.
3. Murid Tahun Dua dapat meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan warna poster dalam
aktiviti catan dengan baik melalui teknik latih tubi.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dipilih bagi menjalankan kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 2 yang
berumur 8 tahun disalah sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor. Rasional pemilihan murid-
murid ini adalah berdasarkan pencapaian skor mereka yang rendah di dalam ujian Diagnostik serta
analisis dokumen mewarna sepanjang tahun yang telah disemak oleh pengkaji.
Jadual 1
Demografi Subjek Kajian
Bil. Subjek Kajian Jantina Umur Bangsa Prestasi
Akademik
Jawatan
1. Murid A Perempuan 8 Tahun Melayu Lemah Tiada
2. Murid B Perempuan 8 Tahun India Sederhana Tiada
3. Murid C Lelaki 8 Tahun Melayu Sederhana Tiada
4. Murid D Lelaki 8 Tahun Melayu Sederhana Tiada
5. Murid E Perempuan 8 Tahun Melayu Lemah PK Kelas

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara mengumpul data/maklumat
Jadual 2
Instrumen Pengumpulan Data Fasa 1
Fasa Intervensi Cara Pengumpulan Data

Fasa 1 :
Tinjauan dan
analisis masalah

Tiada

Ujian Diagnostik (Ujian mewarna)
Pemerhatian
Soal Selidik
Analisis dokumen - Markah hasil karya aktiviti mewarna


Fasa 2 :
Kitaran 1 dan
Kitaran 2

Intervensi 1
Intervensi 2

Sebelum intervensi :
Ujian Pra ( Ujian Mewarna, Ujian Kefahaman)
Sepanjang Fasa Kitaran
- Pemerhatian (borang senarai semak)
Selepas setiap sesi aktiviti
- Analisis Dokumen
Selepas selesai intervensi
- Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 (Ujian mewarna, Ujian kefahaman)
97

5.2 Analisis tinjauan masalah
Jadual 3
Skor Ujian Diagnostik
Bil Skor Markah (%) Gred Bilangan Murid Peratus (%)
1. 80 100 A 5 17.86%
2. 60 79 B 10 35.71%
3. 40 59 C 8 28.57%
4. 20 39 D 5 17.86%
5. 1 19 E 0 0.00%

5.3 Tindakan Menangani Masalah










Rajah 1. Kitaran Kajian 1
5.3 Tindakan Menangani Masalah











Rajah 2. Kitaran Kajian 2
PERANCANGAN
- Kenal pasti masalah
- Merancang pelan tindakan berpandukan teknik latih tubi.
TINDAKAN
- Menjalankan aktiviti mewarna
gambar yang mempunyai ruang
besar dan ruang kecil.
(2 sesi)
PEMERHATIAN
- Mengumpul dan menganalisis data ujian pra, pemerhatian, soal
selidik, analisis dokumen dan ujian pos 1.
REFLEKSI
- Hasil ujian pos 1 menunjukkan
peningkatan sebanyak 26.8%
dari ujian pra.
- Subjek masih kurang mahir
mewarna ruang besar dan kecil.
PERANCANGAN
- Kenal pasti penambahbaikan.
- Merancang pelan tindakan kitaran 2 berpandukan teknik latih tubi.
TINDAKAN
- Menjalankan aktiviti mewarna
gambar yang mempunyai ruang
besar dan ruang kecil. (2 sesi)
PEMERHATIAN
- Mengumpul dan menganalisis data pemerhatian, soal selidik, analisis
dokumen dan ujian pos 2.
REFLEKSI
- Hasil ujian pos 2 menunjukkan
peningkatan kemahiran
mewarna sebanyak 22.4% dari
ujian pos 1.
- Objektif telah tecapai.
Refleksi
Kitaran1
98

5.4 Keputusan Kajian
Jadual 4
Skor Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
Bil Subjek Kajian Ujian Pra (%) Gred Ujian Pos 1 (%) Gred Ujian Pos 2 (%) Gred
1. Subjek Kajian A 55 C 60 B 88 A
2. Subjek Kajian B 29 D 56 C 93 A
3. Subjek Kajian C 53 C 77 B 98 A
4. Subjek Kajian D 37 D 88 A 92 A
5. Subjek Kajian E 35 D 62 B 84 A

















Rajah 3. Graf Palang Peningkatan Markah Ujian Bagi Setiap Subjek Kajian
5.5 Rumusan Kajian
Rumusan dapatan dibuat bagi menjawab setiap persoalan kajian berdasarkan keputusan yang telah
diperoleh sepanjang kajian dijalankan.
Persoalan pertama: Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mewarna ruangan besar
menggunakan warna poster dengan betul dan kemas melalui teknik latih tubi?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, data daripada pemerhatian dan analisis dokumen yang telah direkod
digunakan. Peningkatan dari ujian pra ke ujian pos 1 telah berlaku secara mendadak iaitu sebanyak 38
peratus dari hanya 34 peratus kepada 72 peratus manakala peningkatan sebanyak 22 peratus telah
berlaku dari ujian pos 1 kepada ujian pos 2 iaitu dari 72 peratus kepada 94 peratus.
Persoalan kedua: Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mewarna ruangan kecil
menggunakan warna poster dengan betul dan kemas melalui teknik latih tubi?
Peningkatan dari ujian pra ke ujian pos 1 telah berlaku sebanyak 21 peratus iaitu dari hanya 40 peratus
kepada 61 peratus manakala peningkatan sebanyak 25 peratus telah berlaku dari ujian pos 1 kepada
ujian pos 2 iaitu dari 61 peratus kepada 86 peratus.
Persoalan ketiga: Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mewarna dalam aktiviti catan
menggunakan warna poster dengan baik melalui teknik latih tubi?
Bagi menjawab persoalan terakhir, data daripada ujian dan soal selidik digunakan. Terdapat tiga jenis
ujian yang telah dilaksanakan sepanjang kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan peningkatan
markah subjek kajian dalam aktiviti catan menggunakan warna poster melalui teknik latih tubi. Data
0%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
Subjek A Subjek B Subjek C Subjek D Subjek E
M
a
r
k
a
h

u
j
i
a
n

Subjek Kajian
Perbandingan markah ujian mewarna
Ujian Pra
Ujian Pos 1
Ujian Pos 2
99

menunjukkan bahawa kesemua subjek kajian telah dapat meningkatkan tahap penguasaan dalam
kemahiran mewarna dan menunjukkan pencapaian yang cemerlang pada akhir ujian.
Dapatan data ujian pos 1 menunjukkan sebanyak tiga orang subjek kajian yang memperoleh gred B
dengan jumlah markah antara 60 peratus hingga 77 peratus. Bagi ujian pos 2 pula, dapatan data
menunjukkan bahawa kesemua subjek kajian telah berjaya memperolehi gred A dengan jumlah markah
yang cemerlang iaitu antara 84 peratus hingga 98 peratus. Latihan mewarna yang diberikan secara
berterusan dapat membantu murid meningkatkan penguasaan dan kecekapannya dalam aktiviti
kemahiran mewarna. Dapatan ini disokong oleh kajian Nur Rashidah Shafia (2010) yang menyatakan
bahawa murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih cepat sekiranya mereka kerap
mengaplikasikannya semasa melaksanakan aktiviti.
5.6 Refleksi
Kekuatan yang dikenalpasti ialah kaedah rawatan yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan
kemahiran mewarna murid menggunakan media basah. Murid mula menunjukkan kemahiran mewarna
dengan baik setelah beberapa aktiviti intervensi dijalankan. Karya catan yang dihasilkan oleh murid-murid
juga kelihatan lebih kemas dari semasa ke semasa. Hal ini disokong oleh Ee Ah Meng (1987), iaitu teknik
latih tubi ialah teknik di mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang sehingga pembelajaran lampau berlaku.
Tujuannya ialah untuk mencapai kejituan serta kelajuan sesuatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun.
Kekuatan seterusnya ialah murid lebih faham tentang penggunaan berus yang berlainan saiz sebenarnya
berfungsi untuk mewarna ruangan-ruangan tertentu dalam karya. Oleh itu, masalah dalam aktiviti
mewarna akan dapat diatasi sekiranya murid tahu untuk menggunakan berus yang tepat dan sesuai
dengan saiz ruangan yang hendak diwarnakan. Menurut Shahizan (2006), kemahiran psikomotor berkait
rapat dengan perkembangan kognitif dan afektif. Oleh yang demikian, bagi mencapai prestasi
perkembangan psikomotor yang cemerlang, kanak-kanak perlu melalui latihan yang intensif kerana
kemahiran mewarna boleh dipelajari.
Kekuatan seterusnya ialah keyakinan diri murid untuk melakukan aktiviti catan semakin bertambah. Murid
kelihatan lebih berkeyakinan untuk mewarna menggunakan media basah setelah menjalani intervensi
yang diberikan. Kenyataan ini disokong oleh Muzrimin Mohamad Alias (2010) yang mengatakan
kekurangan penguasaan murid dalam kemahiran mewarna menyebabkan murid kurang berkeyakinan
untuk melakukan aktiviti mewarna.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Cadangan kajian seterusnya ialah mempelbagaikan campuran warna untuk mewarna sesuatu karya.
Campuran warna ini boleh dihasilkan melalui campuran warna-warna asas. Hal ini akan memberi
peluang kepada murid untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan jenis-jenis warna yang telah
sedia ada dan boleh dihasilkan. Selain itu, cadangan kajian seterusnya juga ialah menekankan kepada
peningkatan aspek ton warna. Ton warna dihasilkan bertujuan untuk menjadikan hasil karya lebih
menarik dan nampak lebih semulajadi. Aspek ini boleh diajarkan kepada murid untuk meningkatkan
kemahiran mewarna mereka ke tahap yang lebih tinggi melalui latihan-latihan mewarna imej-imej mudah
yang bersifat 3D.
RUJUKAN

Amir Saifudin Ahmad. (2009). Meningkatkan kreativiti mewarna murid-murid tahap satu dari aspek
penggunaan alatan dan bahan mewarna. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Terbuka Malaysia
(OUM), Kuala Lumpur, Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Dokumen standard kurikulum sekolah rendah: Modul teras
asas: SK: Tahun & Dua.

Ee Ah Meng. (1987). Pedagogi Bakal Guru. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
100

MENINGKATKAN KEMAHIRAN TON TERANG GELAP DALAM AKTIVITI LUKISAN MENGGUNAKAN
MEDIA ARANG MELALUI KAEDAH LATIH TUBI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 KREATIF
Oleh
NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN & SHAHRIL BIN AWANG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran ton terang gelap dalam aktiviti lukisan
menggunakan media arang melalui kaedah latih tubi dalam kalangan murid Tahun 5 Kreatif. Penyelidikan
ini dijalankan di salah sebuah sekolah di sekitar kawasan Cheras yang melibatkan seramai lapan orang
subjek kajian telah dipilih. Penyelidikan ini berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran ton terang
gelap melalui kaedah latih tubi menggunakan media arang. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian, ujian diagnostik, dan soal selidik. Hasil tinjauan awal mendapati kebanyakan murid tidak
dapat menghasilkan ton terang gelap di dalam lukisan menggunakan media arang. Karya yang dihasilkan
juga kelihatan kaku dan tidak menimbulkan bentuk tiga dimensi. Hal ini kerana subjek kajian tidak
diberikan pendedahan berkenaan kemahiran tersebut malah media arang sekalipun. Bagi mengatasi
masalah ini, kaedah latih tubi telah digunakan sebagai rawatan kepada isu kajian ini. Keputusan analisis
menerusi ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2 mendapati subjek kajian telah menunjukkan prestasi yang
meningkat dalam penguasaan kemahiran ton terang gelap dalam aktiviti lukisan.

Kata kunci : kemahiran ton terang gelap, lukisan, media arang, latih tubi

1.0 PENDAHULUAN
McNiff (1988) yang mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau
meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan. Bersandarkan kepada arus peredaran masa dan
zaman serta beberapa perubahan yang telah berlaku di dalam kurikulum, seorang guru itu perlu sentiasa
membuat penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajarannya selaras dengan
permintaan kurikulum dari masa ke semasa. Hal ini juga termasuklah mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Penyelidik telah menjalankan satu penyelidikan tindakan bagi meningkatkan kemahiran ton terang
gelap dalam aktiviti lukisan bagi murid-murid tahun 5 Kreatif melalui kaedah latih tubi. Mengikut
pengalaman yang lepas, murid-murid kurang ditekankan tentang kemahiran ton terang gelap terhadap
sesuatu objek yang dilukis. Kebanyakkan objek yang dilukis kelihatan kaku dan tidak mempunyai kesan-
kesan ilusi mahupun kesan dimensi.
Paul & Mynga (1990) memberi beberapa alasan yang boleh menggunakan latih tubi untuk mengekalkan
kemahiran yang telah dipelajari, untuk memproses kemahiran yang telah dipelajari serta untuk
mengingatkan pelajar tentang maklumat atau kemahiran yang diperlukan bagi mempelajari kemahiran
baru. Hal ini amat bersesuaian dengan penyelidikan tindakan bagi meningkatkan kemahiran ton terang
gelap dalam lukisan. Murid kurang mendapat pendedahan menggunakan arang dalam aktiviti lukisan
malah lebih gemar menggunakan pensel berbanding arang. Blick (1999) dalam kajiannya mendapati
kebanyakkan subjek kajiannya lebih banyak menggunakan pensel berbanding dengan arang. Beliau juga
mendapati subjek kajian yang menggunakan arang dapat menghasilkan lukisan yang menarik dan
menakjubkan berbanding dengan subjek kajian yang menggunakan pensel walaupun kelihatan kemas.
2.0 FOKUS KAJIAN
Isu yang dkenal pasti ialah murid kurang mahir melukis objek dengan mengaplikasikan kemahiran ton
terang gelap. Hal ini kerana murid kurang diberi pendedahan dan peluang untuk mengaplikasikan
kemahiran ton terang gelap di dalam sebuah lukisan. Ini menyebabkan objek yang dilukis kelihatan kaku
Sekaligus menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat dicapai. Hasil karya
murid tidak berkualiti dan mengikut spesifikasi pemarkahan yang telah ditetapkan. Murid tidak memahami
cara menghasilkan ton terang gelap di dalam lukisan dan seakan-akan keliru bahagian atau kawasan
yang perlu diterangkan atau digelapkan ketika melukis sesuatu objek. Sebenarnya kedudukan sesuatu
101

objek mempengaruhi ton terang gelap yang perlu diaplikasikan dalam lukisan tersebut. Murid lemah
dalam mengawal pergerakan media kering yang digunakan ketika melukis malahan kelihatan kekok.
Perkara ini juga akan memberi kesan kepada hasil karya di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
hasil lukisan yang dibuat kelihatan tidak kemas dan berlakunya kesan lorekan yang tidak sehala dan
sekata.
3.0 FOKUS KAJIAN

i. Objektif Umum
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ton terang gelap dalam aktiviti
lukisan menggunakan media arang melalui kaedah latih tubi dalam kalangan murid tahun 5
Kreatif.

ii. Objektif Umum
a) Adakah murid tahun 5 Kreatif dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang
kemahiran ton terang gelap dalam aktiviti lukisan melalui kaedah latih tubi?
b) Adakah murid tahun 5 Kreatif dapat meningkatkan kemahiran menghasilkan ton terang gelap
bagi menimbulkan kesan arah cahaya dan bayang pada objek yang dilukis menggunakan
dan media arang melalui kaedah latih tubi?
c) Adakah murid tahun 5 Kreatif dapat menghasilkan lukisan tiga dimensi menggunakan
kemahiran ton terang gelap menggunakan media arang melalui kaedah latih tubi?

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 5
Kreatif yang berumur 11 tahun di sebuah sekolah di daerah Cheras. Subjek kajian yang dipilih adalah
seramai 8 orang yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Subjek kajian
dipilih berdasarkan tinjauan awal pemerhatian berstruktur ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual, ujian diagnostik dan soal selidik. Rasional pemilihan subjek kajian adalah
berdasarkan pencapaian yang rendah berdasarkan ketiga-tiga instrumen yang digunakan.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara pengumpulan data
Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan data kajian iaitu :
Ujian pra dan ujian pos
Ujian pra dijalankan bertujuan untuk menilai kemahiran ton terang gelap subjek kajian di dalam aktiviti
lukisan menggunakan media arang. Subjek kajian diminta untuk menghasilkan lukisan sebiji buah epal
dalam tempoh 60 minit. Penilaian hasil karya subjek kajian dibuat berdasarkan skema pemarkahan yang
dibina berdasarkan kriteria tertentu. Ujian pos pula adalah bagi menilai kemahiran ton terang gelap
subjek kajian dalam aktiviti lukisan menggunakan media arang selepas melalui intervensi menggunakan
kaedah latih tubi. Subjek kajian diminta untuk melukis sebiji buah epal yang sama supaya pengkaji dapat
menilai kemahiran subjek kajian sebelum dan selepas menerima intervensi menggunakan skema
pemarkahan yang dibina berdasarkan kriteria yang sama.
Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur dibuat menggunakan boring senarai semak. Setiap item senarai semak
mempunyai tujuan untuk menilai kemahiran ton terang gelap subjek kajian dalam lukisan menggunakan
media arang.
Soal selidik
102

Borang soal selidik dibahagikan kepada 7 item soalan yang merangkumi 3 item soalan berkenaan
tentang pengetahuan dan kefahaman tentang media arang manakala 4 item soalan adalah tentang
kemahiran ton terang gelap.
5.2 Analisis tinjauan masalah
Berdasarkan analisis tinjauan awal, pengkaji mendapati seramai 8 orang murid tahun 5 Kreatif telah
mendapat keputusan yang lemah di bawah 70 % dalam ujian diagnostik (ujian pemahaman) dan ujian
amali (melukis). Ini menunjukkan 8 orang murid ini mengalami masalah kemahiran ton terang gelap
dalam aktiviti lukisan. Selain itu, dapatan pemerhatian berstruktur dan soal selidik telah dianalisis bagi
mengenal pasti masalah murid dan meninjau sejauh mana masalah yang mereka hadapi dalam
menghasilkan lukisan menggunakan kemahiran ton terang gelap dan media arang. Pengkaji menjalankan
kajian ini bagi meningkatkan kemahian ton terang gelap dalam aktiviti lukisan menggunakan media
arang. Memandangkan kesemua subjek kajian tidak pernah didedahkan menggunakan media arang
dalam lukisan sedangkan media arang lebih mudah untuk memberikan kesan ton terang gelap dalam
lukisan. Oleh itu, pengkaji menfokuskan kemahiran ton terang gelap dalam lukisan menggunakan media
arang.
5.3 Tindakan menangani masalah
bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menyediakan 3 aktiviti latih tubi di dalam intervensi 1 dan
intervensi 2 bagi meningkatkan kemahiran ton terang gelap subjek kajian di dalam aktiviti lukisan
menggunakan media arang. Aktiviti yang disediakan mempunyai konsep ansur maju.
Jadual 1 : Jadual pelaksanaan intervensi 1
Bil Tindakan Aktiviti Tempoh Keterangan
1 Latih tubi 1 Plat ton
terang gelap
Sekali
seminggu
Meningkatkan kefahaman secara teori merangkumi
kesan arah cahaya, kualiti ton yang wujud, proses
penghasilan ton terang gelap, dan cara mengawal
pergerakan media arang
2 Latih tubi 2 Kesan
pencahayaan
Sekali
seminggu
Meningkatkan kemahiran mengaplikasikan ton terang
gelap dalam lukisan asas yang merangkumi kesan
arah cahaya, kualiti ton yang wujud, proses
penghasilan ton terang gelap, dan cara mengawal
pergerakan media arang.
3

Latih tubi 3 Lukisan alam
semulajadi
Sekali
seminggu
Mengaplikasikan kemahiran ton terang gelap dalam
lukisan alam semulajadi seperti buah epal yang
merangkumi kesan arah cahaya, kualiti ton yang
wujud, proses penghasilan ton terang gelap, dan
cara mengawal pergerakan media arang.

Jadual 2 : Jadual pelaksanaan intervensi 2
Bil Latih tubi Aktiviti Tempoh Keterangan
1 Latih tubi 1 Membuat
imitasi plat
ton terang
gelap
Dua kali
seminggu
Meningkatkan kefahaman secara teori merangkumi
kesan arah cahaya, kualiti ton yang wujud, proses
penghasilan ton terang gelap, dan cara mengawal
pergerakan media arang
2 Latih tubi 2 Membuat
imitasi
berdasarkan
lukisan asas.
Dua kali
seminggu
Meningkatkan kemahiran mengaplikasikan ton terang
gelap dalam lukisan asas yang merangkumi kesan
arah cahaya, kualiti ton yang wujud, proses
penghasilan ton terang gelap, dan cara mengawal
pergerakan media arang.
3 Latih tubi 3 Membuat Dua kali Mengaplikasikan kemahiran ton terang gelap dalam
103

imitasi
lukisan buah-
buahan
seminggu lukisan buah epal yang merangkumi kesan arah
cahaya, kualiti ton yang wujud, proses penghasilan
ton terang gelap, dan cara mengawal pergerakan
media arang.


5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1 : Analisis Bandingbeza Peratus Markah Ujian Amali Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
Berdasarkan graf perbezaan di atas dapat dijelaskan bahawa terdapat peningkatan bagi setiap subjek
kajian selepas menjalani intervensi 1 yang telah disediakan oleh pengkaji. Terdapat 5 orang subjek kajian
yang berjaya mendapat peratus markah melebihi 70 % ke atas berbanding ujian pra. Terdapat perbezaan
markah dalam ujian pra yang menunjukkan bahawa tidak ada seorang subjek kajian yang berjaya
mendapat markah 70% dan ke atas. Namun begitu terdapat 3 orang subjek kajian yang masih belum
berjaya mendapat peratus markah sebanyak 70%. Oleh itu, ketiga-tiga subjek kajian ini diberi intervensi
yang ke-2 yang telah disediakan oleh pengkaji dan terdapat beberapa penambahbaikan yang dibuat.
Terdapat peningkatan bagi ketiga-tiga subjek kajian selepas menjalani intervensi 2. 3 orang subjek kajian
ini berjaya mencapai peratusan markah 70% dan ke atas dalam ujian pos 2. Ini menunjukkan bahawa
kesemua subjek kajian telah berjaya mendapat peratusan markah 70% dan ke atas.

5.4 Rumusan Kajian
i. Adakah murid tahun 5 Kreatif dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang kemahiran
ton terang gelap dalam aktiviti lukisan melalui kaedah latih tubi?
Bagi menjawab persoalan kajian kedua, penyelidik telah menggunakan instrumen ujian diagnostik dan
soal selidik. Berdasarkan kepada dapatan ujian diagnostik yang telah dianalisis, keputusan akhir kitaran 1
dan 2 telah menunjukkan berlakunya peningkatan dalam kemahiran ton terang gelap dalam aktiviti
lukisan ini.. Setelah intervensi 1 dan 2 telah dijalankan, berlaku peningkatan dalam ujian diagnostik ujian
pos 1 dan ujian pos 2 secara mendadak. Persoalan ini juga terjawab berdasarkan data analisis soal
selidik yang diperolehi bermula dari ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2. Semua aspek yang dijawab di
dalam borang soal selidik menunjukkan peningkatan pengetahuan subjek kajian terhadap kemahiran ton
terang gelap dan media arang. Perkara ini disokong oleh kajian Nur Rashidah Sahafia (2010) yang mana
murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih cepat sekiranya mereka kerap mengaplikasikan
semasa melaksanakan aktiviti.
ii. Adakah murid tahun 5 Kreatif dapat meningkatkan kemahiran menghasilkan ton terang gelap bagi
menimbulkan kesan arah cahaya dan bayang pada objek yang dilukis menggunakan dan media
arang melalui kaedah latih tubi?
SK 1 SK 2 SK 3 SK 4 SK 5 SK 6 SK 7 SK 8
63
60
58
45
56
61
41 41
75
72
70
62
70
76
55
60
Analisis Bandingbeza Peratus Markah
Ujian Amali
Ujian Pra Dan Pos 1
Uian pra
0
50
100
SK 1 SK 2 SK 3
62
55
60
75
72 74
Analisis Bandingbeza Peratus Markah Ujian
Amali
Ujian Pos 1 Dan Pos 2
Uian
pra
104

Peningkatan peratusan markah dalam ujian amali yang diperoleh setiap subjek kajian bagi setiap ujian
pra, pos 1 dan pos 2 Ini menunjukkan berlakunya peningkatan meningkatkan kemahiran menghasilkan
ton terang gelap bagi menimbulkan kesan arah cahaya dan bayang pada objek yang dilukis
menggunakan media arang Keputusan ini bersesuaian dengan pendapat Flansburg (1994) yang
menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua faktor utama yang mempengaruhi penguasaan
mata pelajaran seseorang pelajar iaitu ingatan dan latihan dan amalan yang berterusan. Jadi jelas
menunjukkan bahawa kaedah latih tubi mampu meningkatkan meningkatkan kemahiran menghasilkan
ton terang gelap bagi menimbulkan kesan arah cahaya dan bayang pada objek yang dilukis
menggunakan dan media arang.
iii. Adakah murid tahun 5 Kreatif dapat menghasilkan lukisan tiga dimensi menggunakan kemahiran ton
terang gelap menggunakan media arang melalui kaedah latih tubi?
Penyelidik telah menggunakan data yang dianalisis berdasarkan ujian amali dan borang skema
pemarkahan. Data yang dianalisis menggunakan skema pemerkahan ini adalah merangkumi aspek-
aspek penting yang dapat menimbulkan lukisan tiga dimensi menggunakan kemahiran ton terang gelap
menggunakan media arang. Setiap aspek ini mempunyai pembahagian markah yang sama rata iaitu
sebanyak 25 peratus. Hal ini dibuktikan melalui peningkatan peratusan markah yang diperoleh setiap
subjek kajian bagi setiap ujian pra, pos 1 dan pos 2 Peningkatan markah ujian amali subjek kajian yang
dipengaruhi oleh tiga aspek utama ini membuktikan bahawa subjek kajian mampu menghasilkan lukisan
tiga dimensi. Hal ini disokongoleh Keith Micklewrigt (2005 menyatakan bahawa nilai ton di dalam sebuah
lukisan sangat penting bagi menimbulkan bentuk ilusi dan rupa berjisim akan kelihatan sempurna apabila
dimasukkan unsur cahaya dan bayang.
5.4 Refleksi
Antara kekuatan di dalam penyelidikan ini ialah kaedah latih tubi yang dijalankan semasa intervensi dapat
melatih subjek kajian untuk meningkatkan daya ingatan mereka. Pengulangan yang ditekankan dalam
kaedah tersebut telah mampu memindahkan sebarang input yang diperoleh murid ke stor ingatan jangka
masa panjang. Di dalam skop penyelidikan ini pula, kaedah latih tubi yang dijalankan semasa intervensi
dapat mengasahkan kemahiran ton terang gelap bagi setiap subjek kajian. Hal ini disokong oleh Hj. Ab.
Fatah Hasan (1990) yang menyatakan bahawa ulangan atau membuat tinjauan semula bahan
pembelajaran boleh meningkatkan daya ingatan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Pengkaji telah mencadangan kajian yang seterusnya menggunakan teknik titik bagi meningkatkan
kemahiran ton terang gelap dalam aktiviti lukisan. Pengkaji boleh menggunakan teknik ini untuk
meningkatkan kemahiran subjek kajian dalam kemahiran ton terang gelap. Kaedah latih tubi boleh
digunakan namun setiap latih tubi yang dijalankan di dalam intervensi lebih menekan kepada teknik titik.
Sebagai contoh, semakin banyak titik yang digunakan semakin gelap ton yang dapat dihasilkan. Selain
itu, pengkaji mencadangkan kajian meningkatkan kemahiran ton terang gelap ini dilaksanakan terhadap
subjek kajian pada peringkat awal seperti tahap 1 dengan menggunakan media yang lebih mudah
supaya masalah yang sama tidak akan timbul setelah mereka berada di tahap 2.
RUJUKAN
Ezani Yusoff (1999). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Jun 24, 2011
dari bobezani.tripod.com/teknik.htm
McNiff, J. (1998). Action research for teachers: A practical guide. New York: David Fulton Publishers
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

105

MENINGKATKAN KEMAHIRAN TON WARNA DENGAN MENGGUNAKAN
TEKNIK KOLAJ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 EHSAN
MELALUI KAEDAH DEMONSTRASI

Oleh :

SITI AISYAH BINTI ABDUL HAMID & ZAHARAH BINTI MOHAMAD
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran ton warna dengan menggunakan
teknik kolaj dalam kalangan murid Tahun 5 Ehsan melalui kaedah demonstrasi. Seramai lapan orang
subjek kajian telah dipilih dari sekolah kebangsaan di daerah Gombak, Selangor. Kajian berfokuskan
kepada meningkatkan kemahiran ton warna melalui kaedah demonstrasi menggunakan teknik kolaj.
Data dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis dokumen, ujian pra, ujian pos dan soal selidik.
Keputusan mendapati kebanyakan murid tidak dapat menghasilkan ton warna apabila mereka tidak
mengetahui nilai warna dan jenis ton warna dengan menggunakan teknik kolaj. Karya yang dihasilkan juga
tidak memenuhi kriteria yang baik. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah demonstrasi telah digunakan.
Subjek kajian diberi ujian pos selepas kitaran kajian 1 dan kitaran kajian 2. Kedua-dua keputusan ujian
pos menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara pada subjek kajian dalam ujian pra dan ujian
pos. Keputusan kajian menunjukkan bahawa murid dapat menghasilkan karya ton warna menggunakan
teknik kolaj dengan baik.

Kata kunci : ton warna, kolaj, kaedah demonstrasi.
1.0 PENDAHULUAN
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Subjek ini dapat memenuhi
keperluan pembentukan sahsiah dengan cara penerapan nilai-nilai murni seperti membina keyakinan diri,
membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri supaya dapat merangsang kreativiti dan
sebagainya. Dalam Bidang Menggambar menegaskan tentang perkembangan persepsi dan kemahiran
serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai
media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Dalam aktiviti kolaj,
ia bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latar
belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di
mana foto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk dua dimensi (2D) dilekat dan disatukan di
atas permukaan. Menurut Albert Munsell (1858) beliau menerangkan bahawa warna merupakan elemen
penting dalam seni rupa dan kehidupan seharian manusia. Warna merupakan satu unsur seni yang
terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum Fasa 3 dan Internship ini dijalankan,
penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang sesi pembelajaran dan
pengajaran. Antara masalah yang timbul adalah murid tidak membawa alat dan bahan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Malah, murid kurang didedahkan dalam pengetahuan konsep kolaj dan
montaj. Tambahan pula, murid tidak dapat menghasilkan ton warna pada teknik lukisan dengan baik
bahkan, tidak mengetahui teknik yang sebenar untuk menghasilkan ton warna dengan baik. Berdasarkan
pemerhatian yang dijalankan, penyelidik mendapati bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiran
melukis gambar dengan baik dalam aktiviti lukisan. Tambahan pula, murid juga tidak didedahkan dengan
ton warna. Berdasarkan analisis dokumen yang telah dibuat, penyelidik mendapati murid tidak
menghasilkan ton warna pada objek menggunakan teknik kolaj dengan baik.

106


Refleksi Nilai Pendidikan
Dalam dunia yang serba canggih ini, ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa Pendidikan Seni Visual
ini sebagai satu mata pelajaran yang tidak perlu diberikan keutamaan dalam kehidupan seharian.
Menurut pandangan Viktor Lowenfeld (1975) mempercayai bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Pernyataan ini disokong oleh dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang ingin penuh dunia penerokaan
dan dunia perasaan ingin tahu. Menurut Wan Md Hatta (2011) mengatakan demonstrasi ialah kaedah
pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau
menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Melalui kaedah demontrasi, murid
didedahkan dengan pelaksanaan menghasilkan ton warna dengan menggunakan teknik kolaj yang betul.
Menurut Albert Bandura, manusia adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi
sendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya mengurus diri. Seperti yang diutarakan oleh
Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. Salah satu kaedah berkesan yang membolehkan
kanak-kanak belajar adalah melalui demontrasi. Dengan menggunakan kaedah demonstrasi ini, murid
berupaya untuk menghasilkan karya dengan lebih baik dan menarik lagi. Kolaj bermaksud memotong,
mengoyak, menggunting dan menampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh
didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian imej seperti gambar foto
atau dari cetakan majalah yang disusun dan ditindih. Beberapa kepentingan dari aktiviti kolaj yang dapat
dikenalpasti adalah memantapkan kemahiran motor halus murid-murid. Tambahan pula, penilaian
terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru membantu dalam pemerolehan dalam aspek kognitif
kanak-kanak.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna menggunakan teknik kolaj
melalui kaedah demonstrasi.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Umum

Objektif umum bagi kajian ini adalah meningkatkan kemahiran ton warna dengan menggunakan
teknik kolaj dalam kalangan murid Tahun 5 Ehsan melalui kaedah demonstrasi.

ii. Objektif Khusus

a) Menguasai pengetahuan tentang ton warna dengan baik melalui kaedah demonstrasi.
b) Menghasilkan kolaj menggunakan teknik yang betul melalui kaedah demontrasi.
c) Meningkatkan penggunaan ton warna dalam membuat aktiviti kolaj melalui kaedah
demontrasi.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah seramai 8 orang murid dari kelas tahun 5 Ehsan di salah
sebuah sekolah di Selangor. Seramai empat orang lelaki dan empat orang perempuan dari kelas 5 Ehsan
telah terpilih sebagai subjek kajian. Subjek kajian dipilih berdasarkan pelaksanaan penelitian dokumen
pada pembelajaran dan pengajaran yang lepas serta ujian pra pada tinjauan awal dimana penyeldik telah
mendapati bahawa 8 daripada 37 orang murid Tahun 5 Ehsan mempunyai masalah dalam penghasilan
ton warna menggunakan teknik kolaj serta tahap pengetahuan asas dalam aktiviti kolaj dan ton warna.
Kesemua subjek kajian ini terdiri daripada bangsa Melayu. Berdasarkan penelitian dokumen borang
maklumat murid, diantara mereka, seramai empat orang murid yang tidak menyandang apa-apa jawatan
di sekolah manakala empat orang murid yang lain menyandang jawatan pengawas sekolah, pengawas
perpustakaan, ketua kelas dan juga penolong ketua kelas.
107

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Jadual 1
Cara Pengumpulan Data Sepanjang Kajian
Fasa Cara Pengumpulan Data
Fasa 1
(Tinjauan dan analisis masalah)
Analisis dokumen
Pemerhatian
Soal selidik
Ujian

Fasa 2
( Kiataran 1 dan Kitaran 2 )
Sebelum intervensi = Ujian pra
Sepanjang fasa 2 = Pemerhatian
Selepas setiap sesi aktiviti = Analisis Dokumen
Selepas selesai intervensi = Ujian Pos

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Jadual 2
Skor Ujian Pra
Bil Subjek Kajian Peratus (100 %) Gred
1 S1 51 C
2 S2 56 C
3 S3 50 C
4 S4 54 C
5 S5 50 C
6 S6 56 C
7 S7 51 C
8 S8 55 C

5.3 Tindakan Menangani Masalah










Rajah 1: Fasa-fasa Tindakan
FASA KETIGA ( SELEPAS INTERVENSI)
5. Pengumpulan data
- Pemerhatian
- Soal Selidik
- Ujian
- Analisis Dokumen
6. Analisis Data
7. Keputusan
kajian
8. Refleksi
9. Rumusan
dapatan
FASA KEDUA (SEMASA INTERVENSI)
Kitaran 1
3. Memberi penerangan tentang konsep ton warna
dan latihan ton warna menggunakan teknik kolaj
pada daun.
Kitaran 2
4. Latihan membuat ton warna pada kotak yang
disediakan dan latihan ton warna menggunakan
teknik kolaj pada bunga.
FASA PERTAMA (SEBELUM INTERVENSI)
1. Mengenal pasti masalah murid dalam
kemahiran ton warna menggunakan teknik
kolaj.
2. Menjalankan ujian pra, pemerhatian,
soal selidik, penelitian dokumen.
108

5.4 Keputusan Kajian
Jadual 3
Skor Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
Bil Subjek
Kajian
Ujian Pra
(%)
Gred Ujian Pos 1
(%)
Gred Ujian Pos 2
(%)
Gred
1. S1 51 C 65 B 79 B
2. S2 56 C 78 A 87 A
3. S3 50 C 74 B 81 A
4. S4 54 C 68 B 78 B
5. S5 50 C 73 B 82 A
6. S6 56 C 73 B 81 A
7. S7 51 C 73 B 85 A
8. S8 55 C 63 B 77 B


Rajah 2: Graf Palang Bagi Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
5.5 Rumusan Kajian
Persoalan pertama: Adakah murid dapat menguasai pengetahuan tentang ton warna dengan baik?
Bagi menjawab persoalan ini, data daripada soal selidik, pemerhatian dan analisis telah digunakan. Data
soal selidik, analisis dokumen dan pemerhatian menggunakan senarai semak yang telah disediakan.
Aktiviti ini dijalankan pada kitaran pertama dan kedua pada sesi pertama. Selepas subjek-subjek ini
didedahkan dengan pengetahuan tentang ton warna, hasil dapatan melalui borang soal selidik yang
sama menunjukkan peningkatan yang baik. Dimana, berdasarkan soal selidik dijalankan selepas ujian
pos 2, didapati kesemua responden dapat memahami tentang apa itu warna dan konsep warna. Ini
kerana, penyelidik ingin subjek lebih memahami tentang konsep ton warna dengan lebih mudah.
Dapatan ini selari dengan Hajijah Hassan (2008) yang dimana dengan menggunakan aktiviti sedemikian
dalam pengajaran dan pembelajaran, sebanyak 82.4 peratus menunjukkan murid memahami konsep
warna dengan baik.
Persoalan kedua: Adakah murid dapat menghasilkan kolaj dengan menggunakan teknik yang
betul?
Bagi menjawab persoalan ini, data daripada pemerhatian dan analisis telah digunakan. Data analisis
dokumen dan pemerhatian menggunakan senarai semak yang telah disediakan. Berdasarkan kepada
pemerhatian yang dijalankan, pada sesi pertama, banyak pelakuan positif yang ditunjukkan pada sesi
kedua dimana hampir kesemua subjek melakukan aktiviti kolaj yang diberi, subjek kelihatan berminat
dengan aktiviti yang diberi, subjek kelihatan semangat, subjek menghasilkan karya dengan cepat.
Dengan mengunakan kaedah demonstrasi ini, subjek berupaya menghasilkan kolaj dengan betul.
Dapatan ini selari dengan Mohd Arshad (2010) menyatakan bahawa demonstrasi dalam pengajaran dan
pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
0
50
100
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
M
a
r
k
a
h

Jenis Ujian
Perbandingan Skor Ujian
S1 S2
S3 S4
S5 S6
S7 S8
109

Persoalan ketiga: Adakah murid dapat mengaplikasikan ton warna dalam menghasilkan teknik
kolaj?
Bagi menjawab persoalan ini, data daripada soal selidik dan ujian telah digunakan. Terdapat tiga jenis
ujian yang dijalankan iaitu ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2. Ujian-ujian ini dilakukan bagi
menentukan tahap pencapaian setiap subjek kajian dalam mengaplikasikan ton warna mengunakan
teknik kolaj. Soal selidik pula dijalankan sebanyak dua kali dimana sebelum ujian pra dilaksanakan dan
selepas ujian pos 2. Ia bertujuan untuk melihat pandangan subjek tentang aktiviti mengaplikasikan ton
warna menggunakan teknik kolaj. Kitaran kajian yang dijalankan menggunakan kaedah demonstrasi dan
kaedah ini berjaya dilihat dalam kajian yang Mazur (2011) dimana, dalam kajiannya yang menunjukkan
murid mula menunjukkan reaksi yang memberangsangkan ketika pengajaran yang dijalankan dengan
kaedah demonstrasi. Dapatan ujian pra mendapati kesemua subjek memperolehi gred C. Seterusnya
ujian pos 1 dijalankan setelah subjek kajian membuat intervensi pada kitaran 1. Ujian ini djalankan bagi
menilai tahap keberkesanan subjek pada intervensi yang telah dijalankan. Hasil dapatan yang diperolehi
mendapati kesemua subjek memperolehi gred B di antara 63 peratus hingga 78 peratus. Dapatan ujian
pos 2 memperlihatkan peningkatan yang ketara dimana, tiga orang subjek memperolehi gred B dan lima
orang subjek memperolehi gred A.
5.6 Refleksi
Penyelidik berharap agar kajian tindakan ini berupaya untuk memberi manfaat kepada para pengguna
sama ada di sekolah mahupun individu itu sendiri. Antara kekuatan kajian yang ditonjolkan dalam ini
adalah objektif kajian tercapai dimana subjek dapat menguasai pengetahuan ton warna dengan baik
dimana, melalui instrumen soal selidik dan analisis dokumen. Selain daripada itu juga, subjek dapat
menghasilkan kolaj menggunakan teknik yang dengan betul dan subjek berupaya meningkatkan
penggunaan ton warna di dalam membuat aktiviti kolaj melalui kaedah demonstrasi. Seterusnya, antara
kekuatan intervensi dapat meningkatkan keyakinan murid melalui pelaksanaan aktiviti yang telah
dijalankan. Tambahan pula, murid dapat meningkatkan tahap pengetahuan dalam ton warna dan juga
kemahiran membuat kolaj. Ini akan menjadikan murid tersebut akan mengaplikasikan kemahiran yang
sedia ada pada penggunaan aktiviti yang seterusnya.
6.0 CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA
Antara penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah penyelidik perlu membanyakkan lagi lembaran
kerja agak murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik dan menonjol. Tambahan pula,
dengan berlakunya banyak lembaran kerja yang dilakukan, murid akan dapat menguasai tahap
kemahiran ton warna menggunakan teknik kolaj dengan cepat. Selain daripada itu juga, penambahbaikan
yang perlu dilakukan adalah penyelidik perlu mempelbagaikan teknik-teknik agar murid dapat
mengaplikasikan setiap teknik pada ton warna. Kepelbagaian teknik dapat meningkatkan lagi tahap
kemahiran murid itu sendiri. Selain daripada itu juga, penyelidik perlu membuat penambahbaikkan dalam
pengurusan masa dimana, penyelidik perlu membahagikan masa dengan baik pada setiap aktiviti yang
dijalankan agar masalah pengurusan masa dapat diselesaikan dengan teratur. Malahan dengan cara
pengurusan masa yang teratur, kitaran kajian dapat dilaksanakan dengan lebih baik malah dapat
menyesuaikan aktiviti yang tidak memerlukan masa yang banyak dan dapat murid menyiapkan tugasan
mengikut masa yang telah ditetapkan.
RUJUKAN
Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan : Konsep dan amalan pengajaran.
Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd .
Cik Norazah Haziqah Cik Azli. (2012). Meningkatkan kemahiran mewarna dengan pensel warna
menggunakan teknik garisan selari dalam kalangan murid tahun 1 melalui pembelajaran masteri.Tesis
tidak diterbitkan.Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, Malaysia.
110

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA UNTUK AKTIVITI CATAN BAGI MURID TAHUN 6 JAYA
DENGAN BERBANTUKAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP MELALUI
MODEL PEMBELAJARAN MASTERI

Oleh
WAN ZULFADLI AD-DINNIE BIN WAN AZMI & ZAINUN BINTI ABU BAKAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mewarna catan berbantukan perisian
Adobe Photoshop untuk murid Tahun 6 Jaya melalui model pembelajaran masteri. Seramai enam orang
subjek kajian telah dipilih dari sebuah sekolah kebangsaan di sekitar Ampang. Data dikumpul melalui
ujian diagnostik, ujian pra, pemerhatian, soal selidik, dan ujian pos. Hasil analisis data mendapati
terdapat peningkatan yang ketara berlaku terhadap pencapaian subjek kajian dalam ujian pos berbanding
ujian pra. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan perisian Adobe Photoshop melalui model
pembelajaran masteri telah membantu murid tahun enam dalam meningkatkan kemahiran mewarna.

Kata kunci : Adobe Photoshop, Aktiviti Catan, Kemahiran Mewarna, Model Pembelajaran Masteri.

1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan pemerhatian semasa menjalani praktikum, penyelidik telah mengajar matapelajaran
Pendidikan Seni Visual untuk murid tahun enam, penyelidik perhatikan terdapat banyak kelemahan murid
dalam kemahiran mewarna dalam catan. Antara isu yang sering timbul adalah mewarna terlalu terang,
tidak mewarna dengan kemas, tidak mewarna dengan teknik dan cara yang betul, tidak warna yang selari
dan sekata, tidak dapat mencampurkan warna dengan cara yang betul, tidak dapat membezakan tona
warna gelap dan cerah serta murid kurang motivasi untuk meneruskan berkarya. Kebanyakan murid
kelas itu masih belum mampu mewarna dengan menampakkan tona yang dapat memberi kesan ruang
ilusi.

Pemerhatian yang dilakukan mendapati murid mewarna dengan bersungguh-sungguh. Namun, beberapa
orang murid didapati mewarna dengan sambil lewa dan tidak serius. Penyelidik tidak menolak
kemungkinan bahawa mereka mungkin kurang meminati aktiviti mewarna berdasarkan kecerdasan
mereka. Hal demikian berdasarkan kenyataan Howard Gardner (1998), setiap individu itu mempunyai
kecerdasan yang tersendiri. Rohani Abdullah (2001), turut menyokong dengan menyatakan kecerdasan
yang ada pada seseorang merupakan kecenderungan kepada sesuatu bidang, manakala mereka
mungkin lemah dalam bidang lain.

Penyelidik telah menjalankan pemerhatian sewaktu murid menjalankan aktiviti. Ketika murid sedang
menduduki ujian PKSR, penyelidik dikehendaki untuk mengawas salah satu daripada kelas tahun enam.
Penyelidik mengambil kesempatan itu untuk menyaksikan sendiri kemahiran mewarna murid tahun
enam. Apa yang telah diperhatikan adalah setiap murid seolah-olah lebih bersungguh dalam
menjalankan aktiviti PSV untuk ujian atau peperiksaan berbanding dalam PdP biasa sahaja.

2.0 FOKUS KAJIAN

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid-murid, namun penyelidik hanya memfokuskan
kajian ini kepada isu meningkatkan kemahiran mewarna bagi murid tahun 6 Jaya untuk aktiviti catan
sahaja. Isu-isu yang difokuskan adalah isu mewarna dengan terlalu terang, mewarna dengan tidak
kemas, mewarna dengan teknik dan cara yang tidak betul, warna yang tidak selari dan tidak sekata, tidak
dapat mencampurkan warna dengan betul serta tidak dapat membezakan tona warna gelap dan cerah.

Bagi isu mewarna dengan tidak kemas, murid mewarna hingga terkeluar dari garisan luar atau outline
yang telah ditetapkan. Hal ini menunjukkan murid masih kurang peka terhadap kawasan yang perlu
111

diwarnakan. Umumnya, keinginan untuk menyiapkan karya dengan lebih cepat yang mendorong individu
itu mewarna keluar daripada garisan.

Akibat daripada isu yang timbul, murid menjadi kurang yakin untuk berkarya serta kurang motivasi.
Apabila murid kurang motivasi untuk berkarya, karya yang dihasilkan menjadi kekurangan dari segi mutu
dan kualiti. Hal ini yang merendahkan nilai estetika dalam hasil karya murid. Karya murid-murid yang
tidak bermutu tinggi serta rendah dari sudut nilai estetika ini yang telah menjadi tarikan kepada penyelidik
untuk menjalankan kajian ini.

Bagi mengatasi masalah ini, perisian Adobe Photoshop telah digunakan untuk membezakan tona warna
pada imej. Model pembelajaran masteri pula telah dipilih sebagai model atau strategi untuk mengajar
murid bermasalah ini. Model pembelajaran masteri memerlukan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan sehingga murid mampu menguasai sesuatu topik pembelajaran yang telah
ditetapkan. Pembelajaran masteri memerlukan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
sehingga murid mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh guru. Selagi mana murid belum menguasai
sesuatu topik dengan baik, selagi itulah proses pembelajaran diteruskan tanpa berpindah ke topik
seterusnya.

Jadual 2 : Data soal selidik secara keseluruhan tentang aktiviti mewarna melalui ujian diagnostik


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

iii. Objektif Umum :
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mewarna untuk Aktiviti Catan bagi murid
tahun 6 Jaya dengan berbantukan perisian Adobe Photoshop melalui
model pembelajaran Masteri.

iv. Objektif Khusus :
d) Dapat meningkatkan kemahiran mewarna untuk aktiviti catan dengan merujuk kepada
Adobe Photoshop.
e) Dapat melakukan aktiviti mewarna menggunakan warna air dengan kemas dan
sempurna melalui pembelajaran Masteri.
f) Dapat menghasilkan catan yang menggunakan lima tona warna dengan baik.








Bil. Item-item Skala
1 2 3 4 5
1. Minat aktiviti Pendidikan Seni Visual 1 1 - 2 2
2. Minat aktiviti mewarna. 1 1 1 1 2
3. Suka mewarna menggunakan warna air 2 - 1 1 2
4. Pernah belajar teknik catan. 1 - - 2 3
5. Pernah menghasilkan karya catan selain untuk
sekolah.
5 - - 1 -
6. Pernah mengenali perisisan Adobe
Photoshop.
5 - - 1 -
7. Pernah menggunakan perisian Adobe
Photoshop.
5 - - 1 -
8. Minat aktiviti Adobe Photoshop. 5 - 1 - -
112

4.0 KUMPULAN SASARAN

Penyelidik telah menjalankan kajian ke atas enam orang subjek kajian di sebuah sekolah sekitar
Ampang, Selangor. Kumpulan sasaran ini merupakan murid tahun enam yang berusia dalam lingkungan
12 tahun. Subjek kajian ini terdiri daripada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Seramai tiga orang
responden lelaki dan tiga orang subjek kajian perempuan yang dipilih sebagai subjek kajian ini.
Kesemuanya berbangsa Melayu. Subjek kajian dipilih berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan
bagi mengenal pasti responden yang mempunyai karekteristik tertentu dalam aktiviti mewarna.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data.
Soal selidik ini telah dijalankan kepada enam orang murid yang telah dipilih sebagai subjek kajian. Soal
selidik ini bertujuan untuk melihat tahap minat murid dalam Pendidikan Seni Visual, aktiviti catan dan
komputer serta pengetahuan mengenai perisian Adobe Photoshop. Soal selidik ini dijalankan sebelum
intervensi serta mengandungi lima soalan berpandukan skala Likert. Borang soal selidik ini juga
menjawab persoalan yang bermain di fikiran penyelidik. Borang ini mengandungi soalan yang berbentuk
tertutup. Soal selidik telah dijalankan sebelum bermula sesi Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Hal
ini penting bagi membanding beza pengetahuan subjek kajian.

Pemerhatian telah dilakukan sewaktu sesi ujian pra dan pos dijalankan. Penyelidik telah memilih
pemerhatian secara berstruktur. Pemerhatian yang dijalankan telah diteliti secara senarai semak. Senarai
semak ini menggunakan skala Guttman. Sebanyak sembilan aspek yang telah ditekankan dalam senarai
semak ini. Berdasarkan ujian diagnostik, seramai enam orang murid telah dijadikan subjek kajian.
Sepanjang ujian diagnostik, murid telah diperhatikan melalui senarai semak. Ciri-ciri yang memenuhi
kehendak penyelidik telah menjadikan mereka sebagai subjek kajian yang sesuai. Subjek kajian telah
diuji melalui Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Ujian pra telah dijalankan sebelum intervensi
diberikan kepada para subjek kajian. Dalam ujian pos, terdapat intervensi yang dijalankan kepada subjek
kajian bagi membantu menyelesaikan masalah.

5.2 Analisis tinjauan masalah
Berdasarkan ujian dan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap 36 orang murid Tahun 6 Jaya,
terdapat enam orang murid yang dikenal pasti mempunyai kelemahan dalam kemahiran mewarna. Jadi,
enam orang murid ini telah diperhati dan dikaji sejak dari ujian diagnostik. Setiap rekod pemerhatian
dicatat ke dalam senarai semak yang telah dihasilkan oleh penyelidik. Berdasarkan Graf 1, penyelidik
mendapati murid telah mendapat catatan ya melebihi catatan tidak pada lebih daripada separuh item
iaitu pada item 3, 4, 5, 6, 7 dan 9. Hal ini menunjukkan bahawa murid sememangnya bermasalah dalam
aktiviti catan. Manakala 3 item lain pula iaitu item 1, 2 dan 8 mempunyai jumlah yang sama banyak.

Hasil soal selidik menunjukkan bahawa kebanyakan murid meminati matapelajaran Pendidikan Seni
Visual. Dua orang murid kurang meminati matapelajaran Pendidikan Seni Visual manakala empat orang
yang lain meminati matapelajaran ini. Hanya tiga orang yang meminati kemahiran mewarna, dua orang
kurang meminati kemahiran mewarna dan seorang lagi kurang pasti. Untuk Item 4 pula, yakni belajar
catan, lima orang sudah mempelajarinya manakala seorang lagi tidak pernah mempelajarinya.
Berdasarkan Item 5 hingga Item 7, seramai lima orang tidak pernah menghasilkan catan selain daripada
karya di sekolah, tidak pernah mengenali dan menggunakan Adobe Photoshop. Hanya seorang sahaja
yang pernah menghasilkan catan selain daripada karya di sekolah, pernah mengenali serta
menggunakan Adobe Photoshop. Bagi Item 8 pula, iaitu minat aktiviti Adobe Photoshop, seramai lima
orang tidak meminatinya manakala seorang lagi tidak pasti.

5.3 Tindakan menangani masalah.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik telah menyediakan aktiviti intervensi selama dua minggu dalam
masa dua minggu ini terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan. Intervensi yang disediakan selaras
dengan objektif kajian ini.Aktiviti yang disediakan pada setiap sesi berbeza-beza bagi menghilangkan
rasa bosan kepada murid-murid. Ansur maju yang disediakan ialah dari segi peningkatan dari kesukaran
aktiviti yang dijalankan.
113


MINGGU 1 MINGGU 2
AKTIVITI 1
Pengenalan Tentang Kemahiran Mewarna
Dalam Catan (40 Minit)
AKTIVITI 2
Kenal Pasti Tona Warna Dan Warnakan Siri 1
(10 Minit)
AKTIVITI 3
Kenal Pasti Tona Warna Dan Warnakan Siri 2
(10 Minit)
AKTIVITI 4
Mengenal Pasti Tona Warna Dan Mewarna
Berpandukan Adobe Photoshop Yang
Ditayangkan Melalui Paparan LCD (20 Minit)
AKTIVITI 5
Mengenal Pasti Tona Warna Dan Mewarna
Berpandukan Adobe Photoshop Yang
Ditayangkan Melalui Paparan LCD (30 Minit)

AKTIVITI 1
Melabel Tona Warna Dengan Nombor Dan
Mewarna Berpandukan Adobe Photoshop
Yang Dipaparkan (10 Minit)
AKTIVITI 2
Melabel Tona Warna Dengan Nombor Dan
Mewarna Berpandukan Adobe Photoshop
Yang Dipaparkan (15 Minit)
AKTIVITI 3
Melabel Tona Warna Dengan Nombor Dan
Mewarna Berpandukan Adobe Photoshop
Yang Dipaparkan (20 Minit)
AKTIVITI 4
Melabel Tona Warna Dengan Nombor Dan
Mewarna Berpandukan Adobe Photoshop
Yang Dipaparkan (20 Minit)
AKTIVITI 5
Melabel Tona Warna Dengan Nombor Dan
Mewarna Berpandukan Adobe Photoshop
Yang Dipaparkan (30 Minit)


5.4 Keputusan Kajian


RAJAH 22 Peratusan markah Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Berdasar graf dalam Rajah 22, dapat dihuraikan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian subjek
kajian ini selepas menjalani intervensi yang telah disediakan oleh penyelidik. Secara puratanya, pada
Ujian Pra, subjek kajian telah mendapat 38 peratus. Selepas peningkatan sebanyak 19 peratus, subjek
kajian telah meningkat sebanyak 57 peratus. Pada Ujian Pos 2, purata markah bagi kesemua subjek
kajian adalah 70 peratus dan hal ini menunjukkan mereka telah meningkat sebanyak 13 peratus daripada
Ujian Pos 1. Jumlah peningkatan purata markah bagi kesemua subjek kajian dari Ujian Pra hingga Ujian
Pos 2 adalah sebanyak 32 peratus.

5.5 Rumusan Kajian
Tujuan serta fokus bagi kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mewarna untuk
aktiviti catan bagi murid tahun 6 Jaya dengan berbantukan perisian Adobe Photoshop melalui model
pembelajaran Masteri. Subjek kajian terdiri daripada enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan dari
kalangan kelas tahun 6 Jaya yang mendapat prestasi sederhana serta lemah dalam ujian diagnostik yang
38
45
48
32
30
35
58
60
62
55
58
50
75
80
78
62
65
60
0
20
40
60
80
100
D1 D2 D3 D4 D5 D6
UJIAN PRA
UJIAN POS 1
UJIAN POS 2
114

berdasarkan kemahiran mewarna dalam aktiviti catan. Soal selidik ini bertujuan untuk melihat tahap minat
murid dalam Pendidikan Seni Visual, aktiviti catan dan komputer serta pengetahuan mengenai perisian
Adobe Photoshop. Pemerhatian yang dijalankan telah diteliti secara senarai semak. Subjek kajian telah
diuji melalui Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Ujian pra telah dijalankan sebelum intervensi
diberikan kepada para subjek kajian. Purata markah bagi Ujian Pos 2 adalah sebanyak 70 peratus dan
hal ini menjadikan jumlah peningkatan purata markah dari Ujian Pra adalah sebanyak 32 peratus. Selain
itu, Toh Seong Chong dan Ng (1994) juga telah mengatakan bahawa multimedia dan teknologi maklumat
dan komunikasi berasaskan komputer dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan
mudah dan cepat selain daripada serta menjadikan sesuatu proses pengajaran itu lebih menyoronokkan
dan menarik.

5.6 Refleksi
Selepas menjalani intervensi segala data telah dikumpul oleh penyelidik dan diinterpretasi dalam bentuk
graf dan jadual.Data seperti min dan peratus dikeluarkan untuk mendapatkan banding beza terhadap
ujian yang terdahulu dengan selepas melaksanakan intervensi. Secara keseluruhnya, objektif kajian
tercapai di mana murid-murid telah menunjukan peningkatan Selepasa kajian dijalankan, setiap data
telah dianalisis oleh penyelidik dengan penuh terperinci dan tekun. Data yang telah dikumpul telah
dimasukkan dalam bentuk jadual dan graf. Dengan reformasi bentuk data ini, data-data serta markah
lebih mudah untuk diinterpretasi dan dinilai dari segi peningkatan dan sebagainya.

Kekuatan kajian adalah subjek kajian berjaya belajar suatu teknik baru dan dapat mengenal pasti tona
warna secara lebih terperinci dan eksplisit. Subjek kajian juga telah dapat mempelajari kemahiran
mewarna dengan cara yang lebih menarik dan mudah. Selain itu, subjek kajian juga telah mengenali dan
mempelajari serba sedikit mengenai Adobe Photoshop. Tuntasnya intervensi yang telah dirangka oleh
penyelidik telah menunjukkan hasil yang positif kepada subjek kajian yang mempunyai kelemahan dalam
kemahiran mewarna untuk aktiviti catan. Subjek kajian juga berjaya belajar suatu teknik baru dan dapat
mengenal pasti tona warna secara lebih terperinci dan eksplisit. Selain itu, subjek kajian juga telah dapat
mempelajari kemahiran mewarna dengan cara yang lebih menarik dan mudah. Disamping itu, subjek
kajian juga telah mengenali dan mempelajari serba sedikit mengenai Adobe Photoshop. Penyelidik
sangat berpuas hati dengan dapatan kajian.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA.

Berdasarkan kajian ini, penyelidik telah melihat terdapat perhubungan antara penggunaan filter dalam
perisian Adobe Photoshop dengan kemahiran mewarna untuk aktiviti catan. Antara cadangan kajian akan
datang ialah :

III Penambahbaikan perlu dijalankan berdasarkan perkembangan teknologi. (Akses kendiri
untuk murid).
IV Tempoh masa intervensi juga dapat dipanjangkan.
V Penyelidik dapat mempelbagaikan gambar yang digunakan bagi tujuan intervensi dan ujian.
VI Penyelidik juga boleh menggunakan perisian lain selain Adobe Photoshop bagi
pemudahcara dalam memperkenalkan tona warna. (Corel Painter)

RUJUKAN
Gardner, Howard (2002), Interpersonal Communication amongst Multiple Subjects: A Study in
Redundancy, Experimental Psychology. Amerika
Rohani Abdullah. (2003). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. UPM Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Toh Seong Chong dan Ng (1994). Jaringan Pendidikan. Proceedings of the National Symposium on
Educational Computing. USM: MCCE
115

MENINGKATKAN NYANYIAN SOLFA DALAM SKEL PENTATONIK MENGIKUT URUTAN SOLFA
KODALY MENGGUNAKAN ISYARAT TANGAN CURWEN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
CEMERLANG
Oleh
AHMAD SYAFIQ BIN MUHAMAD & YUSRI BIN HJ. HUSSAIN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meningkatkan nyanyian solfa dalam skel pentatonic mengikut urutan solfa Kodaly
dengan menggunakan isyarat tangan Curwen. Kajian ini dijalankan terhadap 10 orang murid murid tahun
4 Cemerlang yang dikenal pasti mempunyai masalah dalam nyanyian solfa. Kajian yang dijalankan
berfokus kepada penggunaan isyarat tangan Curwen dalam nyanyian solfa untuk meningkatkan
ketepatan pic. Kaedah yang diaplikasikan ialah dengan menggayakan isyarat tangan semasa nyanyian
solfa mengikut aras yang betul. Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian diagnostik dan temubual.
Dapatan tinjauan awal telah menunjukkan bahawa murid mempunyai masalah dalam nyanyian secara
solfa. Analisis keputusan ujian diagnostik dan Ujian Pra juga menunjukkan kesemua subjek kajian berada
pada tahap pencapaian minimum iaitu 0-39 markah. Intervensi dilakukan dengan aktiviti
memperkenalkan solfa dalam skel pentatonik mengikut urutan solfa Kodaly seterusnya menggabungkan
nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen. Keputusan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan
dalam peratus pencapaian subjek kajian dan hampir kesemua subjek kajian dapat meningkatkan
kemahiran nyanyian solfa mereka berpandukan kaedah isyarat tangan Curwen. Cadangan kajian
seterusnya akan dibuat dengan kaedah yang sama tetapi dengan objektif dan aktiviti yang lebih
mencabar.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan muzik adalah satu bidang pendidikan yang seharusnya menjadi satu keperluan dalam
mendidik murid supaya berkembang secara seimbang dan secara holistik seiring dengan kehendak
Falasafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Zoltan Kodaly (1882-1967), muzik adalah bersifat universal
dan ianya adalah hak milik setiap individu, dan tidak terhad kepada golongan tertentu
sahaja(Chosky,2001). Matapelajaran ini terkandung dalam kurikulum pendidikan secara formal di sekolah
walaupun kepentingannya diragui malah dinafikan oleh segelintir pendidik. Walaubagaimanapun
Pendidikan Muzik adalah penting bagi murid sebagai medium yang tepat untuk murid mengekspresikan
emosi mereka secara sihat disamping melatih koordinasi mata dan tangan murid serta anggota fizikal
yang lain menerusi aktiviti muzikal yang dijalankan. Tambahan lagi, pendidikan muzik mampu
membentuk pemikiran kognitif murid supaya berkembang menjadi lebih kreatif. Nyanyian merupakan
komponen yang sangat penting dalam pembelajaran muzik di sekolah, menurut Zoltan Kodaly,
pembelajaran muzik yang pertama adalah bermula dari nyanyian dan menurut beliau juga, instrumen
muzikal yang paling penting bagi setiap individu adalah suara mereka sendiri (Banhalmi, George ,1968).
Suara juga merupakan suatu pintu ke arah pembelajaran muzik yang lebih mendalam. Tambahan lagi
suara adalah mudah diakses, tidak perlu kos tertentu dan mudah digunakan serta semulajadi terbina
dalam diri manusia (Kodly,1969).
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian pengkaji adalah terhadap masalah murid-murid tahun 4 Cemerlang untuk meningkatkan
nyanyian solfa dalam skel pentatonik mengikut urutan solfa Kodaly dengan menggunakan kaedah isyarat
tangan Curwen.


116

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran nyanyian solfa dalam
skel pentatonik mengikut urutan solfa Kodaly dengan menggunakan isyarat tangan Curwen
dalam kalangan murid tahun 4 Cemerlang.


ii. Objektif Khusus
a) Murid dapat menyanyikan solfa dengan pic yang betul mengikut urutan solfa Kodaly dengan
isyarat tangan Curwen.
b) Murid dapat menyanyi solfa berpandukan keratan melodi yang mengandungi pic la so mi re do
sepanjang dua bar dengan menggunakan isyarat tangan Curwen.
c) Murid dapat menyanyikan solfa bagi lagu Bergembira yang mengandungi pic la so mi re do
sepanjang empat bar dengan menggunakan isyarat tangan Curwen.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 10 orang murid daripada kelas 4 Cemerlang.Menurut guru Pendidikan Muzik yang
pernah mengajar murid kelas ini, rata-rata murid kelas ini mempunyai pencapaian yg lemah dalam subjek
Pendidikan Muzik.Pencapaian ini termasuklah dari segi pengalaman muzikal, bahasa muzik dan juga
kebolehan muzik.Satu soal selidik telah dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang
pengetahuan awal murid dalam bidang muzik.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Pengkaji telah memilih Model Stephen Kemmis (1983) kerana model ini sangat sesuai untuk digunakan
kerana model ini boleh dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah dapat dikenalpasti dan
diselesaikan dengan berkesan.
5.1 Cara Mengumpulkan Data
Data yang dikumpul dari ujian pra ,ujian pencapaian dan ujian pasca dianalisis berdasarkan skema
pemarkahan analitik. Menurut Maznah (2006), skema pemarkahan analitik bertujuan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah ataupun kemahiran dalam pembelajaran dan pengajaran
melalui peratusan (%). Berikut menunjukkan pecahan skor pemarkahan analitik yang digunakan oleh
penyelidik dalam kajian ini.
Jadual 1
Skor Pemarkahan Analitik
Gred Peratusan Markah (%) Tahap Pencapaian
A 80-100 Cemerlang
B 60-79 Sederhana
C 40-59 Lemah
D 0-39 Sangat Lemah

Bagi menganalisis borang pemerhatian , penyelidik menggunakan jadual peratusan yang menunjukkan
peratusan murid berpandukan kriteria yang ditetapkan iaitu ketepatan pic solfa dan ketepatan isyarat
tangan semasa menyanyikan solfa. Penyelidik akan memerhatikan ketepatan pic dan ketepatan isyarat
tangan subjek kajian sepanjang menjalani intervensi pada kitaran satu dan kitaran dua. Setelah
menganalisis instrumen ini, penyelidik dapat mengukur sejauh mana tahap pencapaian murid dalam
nyanyian solfa menggunakan isyarat tangan dengan melihat tahap peratusan murid. Perbandingan
peratusan semasa pemerhatian kitaran satu dan dua dibuat supaya dapat dilihat apakah perbezaan
pencapaian.

117

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pada temu bual dengan guru mata pelajaran Pendidikan Muzik kelas 4 Cemerlang, pengkaji telah
menjalankan temubual tentang prestasi dan tingkah laku murid-murid.Menurut beliau, prestasi murid-
murid kelas ini adalah terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap lemah, sederhana dan cemerlang. Perkara
ini boleh menjadi masalah yang besar dalam pengajaran muzik kerana aktiviti pengajaran yang
dijalankan tidak boleh terlalu susah dan tidak boleh terlalu senang. Ini kerana jika aktiviti yang dijalankan
terlalu senang, maka murid-murid yang berprestasi tinggi akan cepat berasa bosan dan hilang minat
untuk mengikuti pengajaran itu lagi. Tetapi, jika aktiviti pengajaran yang dijalankan terlalu susah, murid-
murid yang berprestasi sederhana dan lemah akan cepat putus asa dan tidak lagi mengikuti akiviti
pengajaran tersebut. Daripada hasil temu bual dengan murid-murid pula, pengkaji mendapati murid-murid
ini lemah dalam nyanyian solfa kerana guru yang mengajarnya tidak mengunakan teknik yang betul ,
contohnya mengikut urutan solfa Kodaly dalam skel pentatonic.Oleh kerana itu, murid ini tidak boleh
menyanyikan solfa dengan baik. Dan berdasarkan temu bual dengan murid-murid ini, pengkaji mendapati
murid-murid di dalam kelas ini tiada mempunyai latar belakang muzik. Setelah menjalankan kaedah
temubual, penyelidik telah melaksanakan ujian diagnostik bagi mengumpul data awal pencapaian murid,
sebelum dilaksanakan intervensi.Penyelidik telah menggunakan lagu Lenggang Kangkung sepanjang
empat bardan meminta subjek kajian untuk menyanyikan secara solfa. Dibawah menunjukkan peratusan
pencapaian murid:
Jadual 2
Pencapaian Muri dalam Ujian Diagnostik
Gred Peratusan Markah (%) Tahap Pencapaian Kekerapan Peratus (%)
A 80-100 Cemerlang 0 0
B 60-79 Sederhana 0 0
C 40-59 Lemah 0 0
D 0-39 Sangat Lemah 10 100
Jumlah 10 100

5.3 Tindakan Menangani Masalah
Jadual 3
Pelaksanaan Intervensi Kitaran 1 dan 2
Kitaran 1 Kitaran 2
Aktiviti 1 i. Perkenalkan tonik solfa ( so,mi )
ii. Perkenalkan isyarat tangan
Curwen ( so,mi )

Aktiviti 1 latih tubi nyanyian solfa dan isyarat
tangan menggunakan keratan
melodi dalam skel pentatonik
sepanjang 2 bar
Aktiviti 2 i. Perkenalkan tonik solfa ( la,so,mi )
ii. Perkenalkan isyarat tangan
Curwen ( la,so,mi )
Aktiviti 2 latih tubi nyanyian solfa dan isyarat
tangan menggunakan lagu
'Bergembira' sepanjang 4 bar

Aktiviti 3 i. Perkenalkan tonik solfa ( mi,re,do )
ii. Perkenalkan isyarat tangan
Curwen ( mi,re,do )


Aktiviti 4 i. Perkenalkan tonik solfa
( la,so,mi,re,do )
ii. Perkenalkan isyarat tangan
Curwen ( la,so,mi,re,do )



118

5.4 Keputusan Kajian
Jadual 4
Perbezaan Keputusan Ujian Pra, Pencapaian dan Ujian Pasca
















10
15
0
25
0
15
10 10
20
5
20
40
10
55
10
25
15
25
30
10
50
80
45
80
40
50
60
65
75
65
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
Perbezaan Keputusan Ujian Pra, Ujian
Pencapaian dan Ujian Pasca
ujian pra (%) ujian pencapaian (%) ujian pasca (%)
119

Jadual 5
Keputusan Pemerhatian ( Kitaran Satu )

subjek
kajian
Aktiviti 1
( so mi )
Aktiviti 2
( la so mi )
Aktiviti 3
( mi re do )
Aktiviti 4
( la so mi re do )
Aspek 1 Aspek 2 Aspek 1 Aspek 2 Aspek 1 Aspek
2
Aspek 1 Aspek 2
1 / / / / X / X X
2 / / / / / / X /
3 X / X / X X X X
4 / / / / / / / /
5 X / X X X X X X
6 / / X / / / X /
7 / / / / / X X X
8 / / / / X / X X
9 / / / / / / X /
10 / / / / / X X X
% 80% 100% 70% 90% 60% 60% 10% 40%

5.5 Rumusan Kajian
Setelah dianalisis keputusan, dapat dilihat bahawa berlakunya peningkatan peratusan dalam pencapaian
subjek kajian dalam Ujian Pra, Ujian Pencapaian dan Ujian Pasca.Melalui keputusan yang diperolehi ini
penyelidik dapat membuktikan bahawa keberkesanan kaedah isyarat tangan Curwen dalam
meningkatkan nyanyian solfa.Dapatan kajian ini juga dilihat bertepatandengan kajianRaja Nadiah Binti
Raja Zaharuddin Shah (2012) yang juga telah mengkaji penggunaan kaedah isyarat tangan Curwen
dalam nyanyian solfa dengan pic yang tepat. Kajian beliau membuktikan bahawa murid lebih mudah
mengecam aras pic dengan bantuan pergerakan fizikal.
5.6 Refleksi
Penyelidik berharap hasil kajian dapatan kajian yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak dapat
memberikan manfaat kepada guru-guru di sekolah, khasnya guru matapelajaranPendidikan Muzik,serta
diri sendiri pada masa akan dating supaya dapat memperkemaskan adan meningkatkan kemahiran
nyanyian solfa dengan menggunakan isyarat tangan yang betul di dalam bilik darjah.Kajian ini juga dapat
dijadikan sebagai panduan kepada penyelidik bagi membuktikan bahawa penggunaan isyarat tangan
Curwen dalam nyanyian solfa telah banyak membantu dalam usaha untuk meningkatkan pic nyanyian
solfa. Sebelum dijalankan intervensi, penyelidik telah mengajar murid kemahiran nyanyian solfa dengan
cara yang kurang betul dan berkesan, dan didapati murid tidak dapat memahami dan mengikuti isi
pengajaran malahan beranggapan bahawa kemahiran nyanyian secara solfa adalah satu kaedah yang
sangat susah untuk dikuasai mereka.Tambahanlagi, murid-murid juga tidak mengajukan sebarang
persoalan sekiranya mereka tidak mengetahui atau memahami sesuatu perkara yang diajar.
Walaubagaimanapun, setelah diperkenalkan skel pentatonik mengikut urutan solfa Kodaly seterusnya
digabungkan pula penggunaan isyarat tangan Curwen, maka berlaku perubahan ketara dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.Murid-murid nampak lebih fokus dan berkeyakinan
dengan diri sendiri terhadap nyanyian solfa yang dihasilkan dan mereka juga memberi respon yang baik
terhadap bahan pengajaran yang disediakan. Sepanjang pelaksanaan kajian, murid-murid dapat
menimba ilmu dan pengalaman yang berharga daripada pengajaran penyelidik dan yakin murid dapat
mempraktikkan penggunaan solfa dalam pembelajaran Pendidikan Muzik disekolah.Kelemahan yang
120

dapat dikesan sepanjang pelaksanaan kajian penyelidik adalah dengan perancangan aktiviti pada kitaran
satu.Sepatutnya perancangan penyelidik adalah perlu lebih teliti dan harus ke arah mencapai objektif
khusus kajian.Walaupunbegitu, apabila diperbetulkan kesilapan oleh pensyarah pembimbing dan melalui
beberapa siri refleksi kendiri, penyelidik dapat memperbetulkan kelemahan yang ada.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Keberkesanan penggunaan isyarat tangan Curwen dalam meningkatkan nyanyian solfa dalam
penyelidikan ini telah terbukti keberkesanannya.Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa isyarat
tangan Curwen juga membantu dalam meningkatkan ketepatan pic nyanyian solfa.Berikut adalah
cadangan yang disarankan untuk penambahbaikan pada masa hadapan.Penyelidik berminat untuk
mencadangkan supaya kaedah isyarat tangan Curwen digunakan untuk membaca notasi menggunakan
movable do ataupun dikenali sebagai do bergerak.Menggunakan solfa dan isyarat tangan, murid dapat
mengenalpasti pic pada lagu dan membuat pembacaan notasi dengan lebih lancar.


RUJUKAN
Bagley, K. B. (2004). The Kodaly Method: Standardizing Hungarian music education. Diperoleh daripada
http://www.olemiss.edu.
Banhalmi, George (1968), The Kodly Lesson, Clavier, Vol. 2, Evanston, Illinois, Instrumentalist Co,
September 1968.
Chosky, L. (1999). The Kodaly Method I : Comprehensive Music Education Third Edition. New Jersey:
Prentice Hall.
Fredrickson, W. E. (2007). Using Curwen Hand Sign for Solfege Singing, Journal of Research in Music
Education,55 , 326-343.
Fauzila Binti Abdul Latif, Nadiah Hayati binti Omar dan Abdul Razak Bin Abd. Rahman
(2012).Meningkatkan Kemahiran Bernyanyi dengan Pic yang Tepat bagi Pelajar program
Pengsiswazahan Guru Melalui Pendekatan Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur. Jabatan
Pendidikan Muzik. Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Pendidikan Muzik.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia








121

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYANYI PIC YANG TEPAT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
PENDENGARAN DALAMAN
Oleh
ALLNIE BT. JAMES
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menyanyi pic yang tepat dengan
menggunakan kaedah pendengaran dalaman. Seramai 11 orang murid lelaki dan 17 orang murid
perempuan tahun 4 telah menjadi kumpulan sasaran di dalam kajian ini. Murid-murid ini terlibat secara
langsung menjalani intervensi selama 3 minggu. Data ujian pra dan pasca adalah menunjukkan
perbezaan peningkatan pic nyanyian murid semasa sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Hasil
analisis telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam yang ketara dalam nyanyian lagu
Dayung Sampan dan Auld Lyng Syne. Ketika Ujian Pra mereka mencatatkan sebanyak 50% pencapaian
lemah, manakala ujian pasca pula tiada pencapaian lemah dicatatkan. berdasarkan kajian ini, ia memberi
kesan yang positif kepada guru untuk mengajar nyanyian dengan menggunakan kaedah pendengaran
dalaman untuk meningkatkan ketepatan pic nyanyian murid.

Kata Kunci: Kaedah Pendengaran Dalaman

1.0 PENDAHULUAN

Selepas pengkaji menjalankan sesi latihan profesional di sekolah, pengkaji mendapati bahawa murid-
murid tidak dapat menyanyi dengan pic yang tepat semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji telah menggunakan kaedah pendengaran dalaman oleh Kodaly untuk membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran menyanyi pic yang tepat. Rasional pemilihan kaedah ini adalah kerana pengkaji
berpendapat bahawa kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran mendengar secara dalaman untuk
membolehkan mereka menyanyi dengan lebih baik.

2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji dari segi
kemahiran menyanyi pic yang tepat semasa nyanyian lagu. Selain itu, kajian ini juga memfokuskan
kepada meningkatkan kemahiran mendengar secara dalaman dengan aktif dalam kalangan murid-murid
tahun 4 Zamrud.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini bertujuan menjelaskan menjelaskan tentang kaedah meningkatkan kemahiran murid-
murid tahun 4 zamrud untuk menyanyi pic yang tepat menggunakan kaedah pendengaran dalaman.

Objektif umum:

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid menyanyi dengan pic yang tepat dengan
menggunakan kaedah pendengaran dalaman.
Objektif Khusus:

i. Murid dapat menyanyi solfa so mi, la so mi, la so mi re, la so mi re do dengan isyarat tangan yang betul
dengan menggunakan pendengaran dalaman sepanjang empat bar.

ii. Murid dapat menyanyi empat bar melodi pendek menggunakan not do re mi so la dengan isyarat
tangan yang betul.
122

iii. Murid dapat meningkatkan kemahiran menyanyi lagu Dayung Sampan dan lagu Auld Lyng Syne
dengan menggunakan isyarat tangan yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran di dalam kajian ini melibatkan murid-murid tahun Empat Zamrud di sebuah Sekolah
di Kuala Lumpur. Seramai 28 orang murid yang terlibat di dalam kajian ini. Murid-murid ini terdiri
daripada 11 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Pengkaji telah menjalankan tinjauan awal
dan mendapati tidak ada seorang murid yang berjaya menjawab dengan tepat ujian pic dan ujian
nyanyian lagu.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara pengumpulan data

Pengkaji telah menggunakan dua jenis ujian untuk melihat pencapaian murid-murid dari segi ketepatan
pic nyanyian. Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan pasca dan juga ujian kemahiran pada setiap
akhir aktiviti. Ujian kemahiran ini dinamakan sebagai ujian solfa dan isyarat tangan pada kitaran pertama
dan juga ujian nyanyian melodi pendek pada kitaran kedua. Bagi mengukuhkan lagi dapatan data yang
diperolehi, pengkaji juga telah menjalankan pemerhatian ke atas subjek kajian semasa mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran pada kitaran pertama dan juga kitaran kedua. Pengkaji telah memilih untuk
menjalankan pemerhatian keseluruhan secara berstruktur dan direkodkan dengan menggunakan alat
rakaman audio-visual.

5.2 Analisis tinjauan awal

Berdasarkan tinjauan awal, pengkaji mendapati tiada seorang murid yang berjaya menyanyi dengan
tepat semasa ujian pic dijalankan. Berdasarkan kepada peratus ketepatan pic semasa ujian pic
dijalankan, seramai 46 % orang murid menyanyi dengan pic tepat bagi item 1 dan seramai 54 % orang
murid menyanyi dengan tepat bagi item 2 dan 3. Ini menunjukkan bahawa murid-murid amat lemah
dalam nyanyian kerana tiada item ujian yang dapat dinyanyikan dengan tepat. Hampir separuh murid
tidak dapat menyanyi dengan tepat walaupun item ujian merupakan pic yang mudah.

5.3 Tindakan menangani masalah

Pengkaji telah merancang untuk menjalankan intervensi kitaran pertama dengan menggunakan kaedah
pendengaran dalaman seperti yang diasaskan oleh Zoltan Kodaly. Intervensi kitaran pertama ini
berlangsung selama dua hari dalam seminggu iaitu hari isnin dan selasa dalam tempo masa tiga minggu
yang mengambil masa sejam setiap kali sesi. Lokasi intervensi dijalankan di bilik muzik di sebuah
sekolah di Kuala Lumpur. Intervensi ini dijalankan secara berperingkat dari mudah ke susah iaitu latih tubi
pendengaran dalaman yang disusun secara sistematik dengan menggunakan alat (tools) pendengaran
dalaman seperti solfa, isyarat tangan, nyanyian semerta dan singing games.



Rajah 1. Kitaran Pertama Rajah 2. Kitaran Kedua
1. Pendengaran
Dalaman
2. Nyanyian Melodi
Pendek
3. Nyanyian Solfa Lagu 4. Nyanyian lagu
Aktivit 1 & 2
Mengajuk pic &
isyarat tangan
Mendengar secara
dalaman
Nyanyian notasi
solfa
Kuiz nyanyian
semerta
Aktiviti 3 & 4
Mengajuk pic &
isyarat tangan
Mendengar secara
dalaman
Nyanyian solfa lagu
Nyanyian lagu
123

5.4 Keputusan Kajian


Rajah 3. Keputusan Ujian Pra dan Pasca
Rajah 3 menunjukkan keputusan ujian pra dan pasca. Berdasarkan daripada dapatan tersebut, dapat
dilihat bahawa terdapat peningkatan yang ketara pada ujian pasca iaitu tiada pencapaian lemah
dicatatkan pada ujian pasca berbanding 50% pada ujian pra. Manakala 50% daripada murid telah
mendapat cemerlang pada ujian pasca berbanding hanya 14% pada ujian pra. Oleh itu, dirumuskan
bahawa kaedah pendengaran dalaman yang diaplikasikan oleh guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran telah membantu murid-murid untuk menyanyi dengan pic yang lebih tepat.
5.5 Rumusan Kajian
Objektif yang disasarkan di dalam kajian ini berjaya dijawab melalui persoalan kajian iaitu keputusan
ujian solfa dan isyarat tangan telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam menyanyi solfa dengan
keputusan pada tahap sederhana , baik dan cemerlang sahaja. Murid-murid dapat menyanyi solfa
dengan menggunakan isyarat tangan yang betul setelah mengikuti latih tubi pendengaran dalaman
semasa intervensi. Berdasarkan kepada keputusan ujian nyanyian melodi pendek juga telah
menunjukkan peningkatan dalam nyanyian melodi pendek sepanjang empat bar. Keputusan ujian
nyanyian melodi pendek menggunakan la so mi re do sepanjang empat bar dicatatkan pada tahap baik
dan cemerlang. Melalui data pemerhatian dan data ujian pra dan pasca, murid-murid telah menunjukkan
peningkatan dalam menyanyi lagu Dayung Sampan dan Auld Lyng Syne. Di akhir kitaran kedua seramai
50% telah menyanyi lagu Dayung Sampan dan Auld Lyng Syne dengan pic yang lebih tepat dan
mendapat cemerlang berbanding 14% pada ujian pra. Keputusan ujian pasca telah menunjukkan bahawa
tiada murid mencapai aras pencapaian lemah berbanding semasa ujian pra iaitu sebanyak 50%.
5.6 REFLEKSI
Selepas menjalankan intervensi, data telah dikumpul dan diinterpretasi dalam bentuk graf dan jadual.
Secara keseluruhannya, semua objektif kajian telah tercapai. Terdapat pelbagai kekuatan dan kelemahan
telah dikenalpasti sepanjang menjalankan kajian ini namun pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa
kaedah yang digunakan di dalam kajian ini iaitu kaedah pendengaran dalaman telah membuktikan
bahawa ia dapat membantu meningkatkan kemahiran murid menyanyi pic yang tepat. Kemahiran
mendengar secara dalaman perlu dikuasai sejak dari peringkat awal untuk melahirkan murid-murid yang
mempunyai kemahiran muzikal secara keseluruhannya. Pengkaji sangat berpuas hati dengan keputusan
akhir yang diperolehi daripada keputusan kajian dan berharap agar kajian ini dapat member sumbangan
kepada dunia pendidikan muzik.

0
20
40
60
80
100
Lemah memuaskan Baik Cemerlang
P
e
r
a
t
u
s


B
i
l
a
n
g
a
n

M
u
r
i
d

Keputusan Ujian Pra dan Pasca
Ujian Pra
Ujian Pasca
124

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa kaedah pendengaran dalaman adalah amat
berkesan. Oleh itu pengkaji telah mengenalpasti dua cadangan kajian yang boleh dijalankan pada masa
akan datang.
i). Meningkatkan kemahiran pendengaran dalaman melalui kaedah permainan dan pergerakan.
ii). Meningkatkan kemahiran pendengaran dalaman bagi tujuan penguasaan nyanyian semerta.
RUJUKAN
Johami Abdullah. (2010). Pendidikan muzik kontemporari edisi kedua. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

Chosky, Lois. (1999). The Kodaly Method I: Comprehensive Music Education. Upper Saddle River,
New Jersey: Prentice Hall.

Erwin, J.H., Edwards, K.L., Kerchner, J.L., Knight, J.W. (2003). Prelude to music education. United
States of America: Pearson Education.

Ferris, Jean. (2003). Music: The Art of Listening. New York: McGraw-Hill.

Frewen, K. G. (2010). Effects of familiarity with a melody prior toinstruction on childrens piano
performance accuracy. Journal of Research in Music Education, 57, 14-17.

Garner, A. M. (2009). Singing and moving: Teaching strategies for audiation in children. Music
Educators Journal, 95, 6-9.
















125

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN REKODER DENGAN TEKNIK YANG BETUL MELALUI
APLIKASI PENEGUHAN POSITIF DI KALANGAN MURID TAHUN EMPAT
Oleh
EKMAL ANDSALER BIN MOHD ISKANDAR ANDREW ABDULLAH & LEE YOKE FUN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah pengaplikasian
peneguhan postif yang diperkenalkan oleh B.F Skinner dalam meningkatkan kemahiran memainkan
rekoder dengan teknik yang betul. Kajian telah dijalankan terhadap 5 orang murid lelaki dan 5 orang
murid perempuan tahun 4P2. Data bagi peningkatan teknik bermain rekoder diperoleh melalui ujian pra
dan pos dan juga melalui pemerhatian. Hasil analisis menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam
bermain rekoder dengan teknik yang betul selepas intervensi dijalankan. Berdasarkan kajian ini, dapat
disimpulkan penggunaan intervensi dapat meningkatkan kemahiran bermain rekoder dengan teknik yang
betul.

Kata kunci: Pengaplikasian peneguhan positif, Teknik bermain rekoder penjarian, penglidahan, postur,
embochure, pernafasan.

1.0 PENDAHULUAN

Rekoder merupakan alat muzik yang umum digunakan untuk pengajaran muzik di sekolah. Tujuan
penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah memberi pengalaman
muzikal secara hands-on dan pada masa yang sama murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman
bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Pendidikan muzik adalah satu bidang pendidikan yang
seharusnya menjadi satu keperluan dalam mendidik murid supaya berkembang secara seimbang dan
secara holistik seiring dengan kehendak Falasafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini disokong oleh Zoltan
Kodaly dimana di menyatakan bahawa kerana muzik adalah bersifat universal dan ianya adalah hak milik
setiap individu. (Choksy,1999). Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana
sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaannya. Antara teknik
untuk menghasilkan kualiti ton yang baik dalam permainan rekoder ialah postur, embouchure,
penglidahan, pernafasan dan penjarian. Penyelidikan tindakan telah dibuat dengan mengumpul dan
mentadbir data melalui soal selidik, pemerhatian dan juga temu bual. Murid-murid telah melibatkan diri
dalam pembelajaran seperti biasa namun pengkaji menggunakan pendekatan pengaplikasian peneguhan
positif seperti yang telah dirancang di dalam kelas. Pengkaji telah memberi sedikit ganjaran berupa
hadiah dan kata-kata semangat kepada murid yang boleh mengaplikasikan untuk setiap teknik-teknik
dalam permainan rekoder.

2.0 FOKUS KAJIAN

Penguasaan teknik yang betul bagi permainan rekoder akan membantu murid memainkan rekoder
dengan betul justeru akan meningkatkan pencapaian murid bagi memainkan lebih banyak lagu dan
penghasilan ton yang baik bagi permainan rekoder. Isu-isunya ialah:
i) Murid-murid Tahun 4P2 tidak mengamalkan postur dan teknik memegang rekoder yang betul
semasa permainan rekoder.
ii) Murid-murid Tahun 4P2 tidak menggunakan teknik penjarian yang betul semasa permainan
rekoder.
iii) Murid-murid Tahun 4P2 tidak memainkan rekoder dengan teknik pernafasan yang betul
semasa permainan rekoder.
iv) Murid-murid Tahun 4P2 tidak melakukan teknik penglidahan yang betul semasa permainan
rekoder.


126

3.0 Objektif Kajian

A) Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran permainan rekoder dengan teknik yang betul menggunakan aplikasi peneguhan
positif.kepada murid Tahun 4.
B) Objektif Khusus
i) Memastikan murid-murid Tahun 4 sentiasa mengamalkan postur dan teknik memegang rekoder
yang betul semasa permainan rekoder dalam aplikasi peneguhan positif.
ii) Memastikan murid-murid Tahun 4 dapat memainkan lagu rekoder yang mempunyai not B A G C
D dengan teknik penjarian yang betul dalam aplikasi peneguhan positif.
iii) Memastikan murid-murid Tahun 4 dapat memainkan rekoder dengan teknik pernafasan yang
betul dalam aplikasi peneguhan positif.
iv) Memastikan murid-murid Tahun 4 dapat memainkan rekoder dengan teknik penglidahan yang
betul dalam aplikasi peneguhan positif.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 4P2 yang terdiri daripada 8 orang murid Melayu, 2 orang
murid India. Mereka ini mempunyai pencapaian yang baik, sederhana dan juga lemah dalam pencapaian
akademik mereka. Ini adalah kerana SK X tidak mengamalkan konsep streaming kepada murid-murid
mereka. Murid-murid dibahagikan sama rata, bagus, sederhana dan lemah, semuanya ada di dalam satu
kelas. Dalam kelas yang dikaji dan dpilih oleh pengkaji, terdapat seorang murid yang dikategorikan
sebagai LINUS (Literasi dan Numerasi). Mereka juga baru mengenali rekoder kerana baru sahaja
memasuki Tahun 4.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara mengumpul data
Pengkaji akan menjalankan ujian pra ke atas subjek kajian untuk mengenal pasti tahap penguasaan
teknik bermain rekoder dalam permainan rekoder sebelum menjalankan intervensi yang pertama. Soalan
pada ujian pra dan ujian pasca adalah sama supaya pengkaji boleh menilai perubahan tahap
penguasaan teknik bermain rekoder pada subjek kajian. Dalam ujian pra dan ujian pasca, subjek kajian
telah diuji untuk menjawab soalan tentang postur, embouchure, penjarian dan cara peniupan rekoder.

Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian dan senarai semak untuk menggumpul data semasa
menjalankan intervensi. Pengkaji akan menyediakan senarai semak bagi setiap aktiviti intervensi yang
telah dijalankan. Kitaran pertama dan kitaran kedua juga akan menggunakan kaedah pemerhatian dan
senarai semak untuk menggumpul data. Ini adalah supaya pengkaji boleh menilai perubahan tahap
penguasaan teknik bermain rekoder pada subjek kajian.

5.2 Analisis tinjauan masalah

Keputusan Ujian Pra
Subjek kajian Peratus(%) Gred Pencapaian
S1 50 C
S2 8 E (Gagal)
S3 52 C
S4 30 E (Gagal)
S5 24 E (Gagal)
S6 46 D
S7 48 D
S8 10 E (Gagal)
S9 40 D
S10 44 D
127



Keputusan Ujian Pra
Aras Pencapaian Peratus markah(%) Bil. Murid Peratus Bil. Murid (%)
A (80-100) 0 0/10 0
B (60-79) 0 0/10 00
C (50-59) 2 2/10 20
D (40-49) 4 4/10 40
E (Gagal) (0-39) 4 4/10 40
Jumlah 10 100


Berdasarkan keputusan ujian pra seperti dalam Jadual 4 dan 5 di atas, pengkaji mendapati
majoriti subjek kajian iaitu sebanyak empat orang (40%) telah gagal dalam ujian pra. Ini
menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran membaca notasi muzik pada subjek kajian
adalah sangat lemah sekali kerana mendapat markah kurang dari 40% dalam ujian pra ini.

Data Analisis Pemerhatian

BIL. AKTIVITI KRITERIA SUBJEK KAJIAN(10 ORANG)
TB B
1 POSTUR 8 2
2 PENJARIAN 8 2
3 PERNAFASAN 9 1
4 PENGLIDAHAN 9 1
5 KELANCARAN 9 1
* TB = Tidak Betul
* B = Betul

5,3 Tindakan menangani masalah

Jadual Aktiviti dan Latihan Permainan Rekoder Kitaran 1
Aktiviti Latihan (Teknik yang diuji) Masa(minit) Cubaan(kali) Masa cubaan(saat)
1 Postur 5 5 10
Pernafasan 5 2 -
Penglidahan 5 5 7
Penjarian 5 10 5
Peniupan 5 5 -
2 Postur 5 5 7
Pernafasan 5 3 -
Penglidahan 5 5 -
Penjarian 5 5 10
Peniupan 10 5 -
3 Postur 5 3 5
Pernafasan 5 3 -
Penglidahan 5 5 -
Penjarian 5 3 5
128

Peniupan 10 5 -
4 Postur 5 3 3
Pernafasan 5 3 -
Penglidahan 5 5 -
Penjarian 5 3 3
Peniupan 10 5 -



Jadual Aktiviti dan Latihan Permainan Rekoder Kitaran 2
Aktiviti Latihan
(Teknik yang diuji)
Masa
(minit)
Cubaan
(kali)
Masa cubaan
(saat)
1 Postur 5 5 10
Penjarian 5 10 5
Peniupan 10 5 -
2 Pernafasan 5 3 -
Penglidahan 5 5
3 Semua teknik
Lagu Mary Had A
Little Lamb
7 - -

5.4 KEPUTUSAN KAJIAN


Melalui perbandingan dalam graf di atas, pengkaji mendapati peningkatan pencapaian subjek kajian
adalah sangat tinggi. Ini telah menunjukkan bahawa intervensi pada subjek kajian adalah berjaya dan
berkesan untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik pada subjek kajian. Daripada carta bar
perbandingan ujian pra dan ujian pasca ini, pengkaji telah dapat lihat peningkatan prestasi yang sangat
memuaskan pada setiap subjek kajian. Antaranya ialah daripada tiada orang subjek kajian yang
mendapat gred A dalam ujian pra telah meningkat kepada empat orang. Ini juga boleh dilihat daripada
tiada orang subjek kajian yang mendapat B telah meningkat kepada tiga orang. Seramai tiga orang telah
berjaya mendapat gred C pada ujian pasca berbanding dua orang pada ujian pra. Daripada lapan orang
yang mendapat gred D dan E, tiada lagi subjek kajian yang mendapat gred D dan E pada ujian pasca
selepas intervensi dijalankan.

0
1
2
3
4
GRED A
GRED B
GRED C
GRED D
GRED E
UJIAN PRA
UJIAN PASCA
129



Berdasarkan rajah 4 di atas, terdapat peningkatan yang jelas dan nyata yang dapat dilihat daripada
pemerhatian pertama hingga pemerhatian keempat. Ini jelas menunjukkan keberkesanan kaedah
pengaplikasian peneguhan positif dalam usaha meningkatkan kemahiran bermain rekoder dalam
kalangan murid tahun 4P2.

5.5 RUMUSAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran bermain rekoder dengan teknik yang
betul. Responden merupakan 10 orang murid 4P2 yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang
perempuan. Ujian diambil pada sebelum intervensi (pra) dan selepas intervensi selama 3 minggu
dijalankan (pasca), manakala pemerhatian berstruktur digunakan untuk mencatat perubahan murid dalam
bermain rekoder dengan teknik yang betul. Pada akhir intervensi didapati berlaku peningkatan dalam
keupayaan murid untuk bermain rekoder dengan teknik yang betul. Ini bermakna penggunaan kaedah
pengaplikasian peneguhan positif sangat berguna dalam melaksanakan intervensi ini dan ini kerana ia
memberi impak positif kepada murid-murid.
5.6 REFLEKSI KAJIAN

Selepas menjalani intervensi segala data telah dikumpul oleh pengkaji dan diinterpretasi dalam bentuk
graf dan jadual. Secara keseluruhnya, objektif kajian tercapai di mana murid-murid telah menunjukan
peningkatan dalam kemahiran bermain rekoder dengan teknik yang betul. Tuntasnya intervensi yang
telah dirangka oleh pengkaji telah menunjukkan hasil yang positif kepada murid-murid dalam permainan
rekoder.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penggabungan kaedah pengaplikasian peneguhan positif dan kaedah ansur maju adalah satu cadangan
penambahbaikan yang sangat baik. Penggunaan kaedah pengaplikasian peneguhan positif dapat
membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran dalam permainan rekoder di mana murid-murid akan
dapat memainkan lagu-lagu mudah dengan baik dengan menggunakan pengaplikasian peneguhan
positif. Manakala dengan penambahan bersama dengan kaedah ansur maju, setiap subjek kajian akan
dapat memantapkan tahap penguasaan sesuatu kemahiran bermula dari peringkat yang asas dan
senang.

RUJUKAN
Choksy, L. (1999). The Kodaly Method 1: Comprehensive music education (3
rd
ed).
New Jersey: Prentice Hall.
Eisner, E. (2003). The Function Of Music In Education. Diperolehi pada 26 Jun 2012
dari http://www.isme.org/article/view/89/1/26.
0
2
4
6
8
10
Postur Penjarian Pernafasan Penglidahan Kelancaran
Pemerhatian Pertama
Pemerhatian Kedua
Pemerhatian Ketiga
Pemerhatian Keempat
130

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN NOT REKODER MURID TAHUN 5
DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK MENGGUNAKAN KAEDAH
SEBUTAN NOMBOR
Oleh
FARA AZIRA BINTI MOHAMAD KASIM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALU LUMPUR

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah murid dalam kemahiran penjarian not asas rekorder yang
betul dalam kalangan murid tahun lima. Aspek yang dikaji ialah apakah punca kelemahan murid dalam
menguasai atau mengingat penjarian not-not asas rekorder dalam tangganada C major, apakah faktor
kurang minat murid menyebabkan mereka tidak dapat mengingat penjarian rekorder sekali gus
meniupkan not-not asas tersebut dan apakah kaedah sebutan nombor dapat meningkatkan ingatan dan
kefahaman murid dalam penjarian not-not asas rekorder. Kajian ini terbatas kepada murid tahun lima di
sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Seramai 10 orang murid menjadi responden kajian iaitu 70
peratus adalah murid lelaki manakala 30 peratus lagi adalah murid perempuan. Tinjauan awal kajian
dibuat melalui kaedah temubual dan pemerhatian. Pengkaji telah memperkenalkan kaedah sebutan
nombor dalam intervensi. Dapatan daripada ujian pos yang dijalankan telah dicatatkan dalam bentuk
jadual dan graf perbandingan. Keputusan kajian telah menunjukkan kaedah sebutan nombor dapat
meningkatkan kemahiran penjarian not rekoder murid tahun 5 dalam pembelajaran Pendidikan Muzik.
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini menjelaskan tentang penggunaan kaedah sebutan nombor untuk meningkatkan kemahiran
penjarian not rekoder murid tahun 5 dalam pembelajaran Pendidikan Muzik. Setelah menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 5P2, didapati murid murid tidak dapat memainkan not
asas dalam permainan rekoder dengan betul. Kebanyakan murid meletakkan jari pada not yang salah
dan berpura pura meniup rekoder. Justeru itu, pengkaji ingin menggunakan kaedah sebutan nombor
untuk meningkatkan kemahiran penjarian not rekoder di kalangan murid.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjarian not rekoder dalam
pengajaran Pendidikan Muzik. Ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pengkaji dalam aktiviti permainan rekoder dari segi bermain
dengan penjarian not rekoder yang betul menggunakan kaedah sebutan nombor. Fokus kajian ini dipilih
kerana pengkaji menghadapi beberapa masalah semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam
bilik darjah bagi murid tahun 5P2. Murid tidak dapat memainkan not rekoder dengan penjarian yang betul.
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dan temubual semasa tinjauan awal yang dijalankan kepada
kesemua 37 orang murid untuk menguji tahap kemahiran penjarian not rekoder. Hasil daripada tinjauan
awal tersebut, pengkaji mendapati seramai 10 orang murid berada pada tahap yang lemah dan pengkaji
mengambil keputusan untuk menjadikan mereka sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjarian not rekoder murid tahun
5 dengan menggunakan kaedah sebutan nombor.

131

Objektif Khusus
Terdapat 3 objektif khusus untuk dicapai di dalam kajian ke atas murid Tahun 5P2 :
i. Murid dapat memainkan rekoder not not dalam skel C Major dengan penjarian yang
betul melalui kaedah sebutan nombor.
ii. Murid dapat memainkan rekoder skel C Major dengan kualiti ton yang baik melalui
kaedah sebutan nombor.
iii. Meningkatkan minat murid dalam permainan rekoder melalui kaedah sebutan nombor.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini mensasarkan kepada sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan bandar di sekitar Kuala
Lumpur. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini berada pada tahap
sederhana. Seramai 10 orang murid dari kelas 5P2 yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang
murid perempuan telah dipilih sebagai murid kajian ini. Murid berumur dalam lingkungan 11 tahun.
Kesemua murid berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala Lumpur. Tahap
pencapaian murid di dalam pelajaran Pendidikan Muzik adalah berbeza.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara pengumpulan data
1) Ujian
Ujian Pra (Lampiran B dan C) bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang pengetahuan murid-
murid terhadap kemahiran penjarian rekoder yang betul. Keputusan ini digunakan untuk mengukur
sejauh mana kebolehan murid dalam teknik penjarian yang betul. Ujian Pos (Lampiran E dan F)
dilakukan pada peringkat akhir proses kajian. Ujian ini dijalankan ke atas sampel pada akhir kajian. Data
yang diperolehi dapat mengukur keberkesanan kajian selepas rawatan dijalankan.
2) Soal selidik
Pengkaji menggunakan borang soal selidik (Lampiran D) yang dijawab oleh sampel kajian.
Soalan yang disediakan merangkumi minat murid terhadap permainan rekoder dan tahap kemahiran
murid. Soal selidik ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam
penjarian rekoder. Mereka dikehendaki menanda jawapan pada ruang yang disediakan.

5.2 Analisis tinjauan masalah


Rajah 1. Carta Keputusan Ujian Pra (Penjarian Not Asas Rekoder) Mengikut
Soalan
Petunjuk :
Paksi-x : S = soalan
Paksi-y : Bilangan Murid

0
2
4
6
8
10
12
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
Betul
Salah
132

Berdasarkan carta keputusan di atas dapat disimpulkan bahawa murid masih tidak mempunyai
pengetahuan asas berkaitan not-not yang terlibat dalam skel asas serta teknik permainan rekoder,
khususnya dalam penjarian rekoder.

5.3 Tindakan menangani masalah
Pengkaji membahagikan waktu pengajaran untuk melakukan beberapa sesi intervensi. Pengkaji
akan menjalankan kaedah rawatan dengan melakukan sebanyak 3 aktiviti iaitu Sebut Nombor Saya, Isi
Nombor Saya dan Mainkan Nombor Saya. Pengkaji melakukan persediaan bahan-bahan bantu
mengajar yang sesuai bagi setiap aktiviti terlebih dahulu. Bagi aktiviti Sebut Nombor Saya, pengkaji
menyediakan kad imbasan rajah penjarian rekoder dan juga skor lagu mudah Rumah Kecilku. Bagi
aktiviti Isi Nombor Saya pula, pengkaji menyediakan sticker bernombor dan carta skor keratan lagu
Rumah Kecilku. Bagi aktiviti Mainkan Nombor Saya, pengkaji menyediakan carta skor lagu
Camptown Race. Setelah ketiga-tiga aktiviti dijalankan, pengkaji mengedarkan satu set ujian pos dan
borang soal selidik kepada murid-murid untuk menilai hasil dapatan kaedah yang telah dijalankan.


5.4 Keputusan kajian

Penjarian Not Asas Rekoder


Rajah 2. Carta Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Murid

Petunjuk :
Paksi-x : R = murid
Paksi-y : Peratus markah

Amali Permainan Rekoder


Rajah 3. Carta Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos ( Amali Permainan Rekoder ) Mengikut
Responden

Petunjuk :
Paksi-x : responden
Paksi-y : gred markah
0
20
40
60
80
100
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Ujian Pra
Ujian Pos
0
1
2
3
4
5
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ujian Pra
Ujian Pos
133

Hasil dapatan ujian pos yang dilakukan menunjukkan peningkatan dalam kemahiran penjarian not
rekoder dan juga peningkatan dalam aspek kualiti ton permainan rekoder murid tahun 5P2.

5.5 Rumusan kajian

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati terdapat beberapa perubahan yang berlaku kepada murid
selepas pengkaji menjalankan kajian ini. Dapatan kajian daripada kedua kedua instrument
menunjukkan kesemua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran penjarian not
rekoder, penghasilan kualiti ton yang baik dalam skel C Major dan peningkatan minat dalam permainan
rekoder dengan menggunakan kaedah sebutan nombor.

5.6 REFLEKSI

Konklusinya, kajian ini telah Berjaya menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran penjarian not rekoder
dalam permainan rekoder murid. Selain itu, murid juga menunjukkan peningkatan dalam penghasilan ton
yang berkualiti dalam permainan rekoder disamping meningkatkan minat murid dalam aktiviti permainan
rekoder. Hasil daripada pelaksanaan kajian ini juga mendapati kaedah sebutan nombor jga sangat sesuai
diaplikasikan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder terhadap murid tahun 5
yang mempunyai masalah dalam permainan rekoder walaupun masih terdapat kelemahan di dalam
kaedah ini dan memerlukan langkah langkah penambahbaikan dari segi pelaksanaan dan pengisian
setiap intervensi yang dijalankan.


6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Untuk melanjutkan kajian ini ke peringkat yang seterusnya, antara cadangan yang sesuai untuk kajian
yang seterusnya ialah seperti penglibatan negeri lain dalam pelaksanaan kajian ini bagi mendapatkan
keputusan kajian yang lebih tekal dan jitu. Selain itu juga, kajian ke atas teknik dan kemahiran asas lain
dalam permainan rekoder boleh dilaksanakan untuk mendapatkan hasil yang lebih padu ke atas
permasalahan yang mungkin timbul ke atas murid dalam pembelajaran rekoder. Faktor demografi yang
berbeza turut dicadangkan dalam memperluaskan lagi kajian ini pada masa akan datang. Lokasi kajian
dan penglibatan murid yang berbeza dapat memantapkan lagi pengaplikasian kaedah sebutan nombor
dalam pembelajaran teknik penjarian rekoder pada masa akan datang. Selain itu, kaedah yang pelbagai
seperti kaedah temubual juga boleh dipraktikkan dalam kajian akan datang, di samping penggunaan
instrumen dan reka bentuk yang berbeza dalam pengumpulan data kajian.
RUJUKAN
Azilia Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Che Mustafa & Norly Jamil. (2011). Muzik dan Perkembangan
Kanak Kanak. Selangor: Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah
pendidikan muzik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shabeshan, R. (2009). Keberkesanan demonstrasi dalam meningkatkan pembelajaran kemahiran
menggelecek bola sepak. Jurnal Penyelidikan IPGM, 8, 44-59.


134

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYANYIKAN PIC DENGAN TEPAT MELALUI PERMAINAN
SKALA BADAN DALAM KALANGAN TAHUN 5 ZAMRUD

Oleh:

FELICIA JOSEPH KULIP & MAH KOK HENG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menyanyikan melalui permainan Skala Badan
kepada 24 orang murid tahun 5 Zamrud di salah sebuah sekolah di pinggir Kuala Lumpur. Fokus kajian
ini adalah untuk menilai samada aktiviti yang melibatkan permainan pergerakan badan ini mampu
memberikan kesan positif terhadap meningkatkan kemahiran membezakan aras pic dengan sebutan
solfa. Hasil tinjauan awal yang telah dilaksanakan melalui pemerhatian, hasil temubual dan ujian. Dapat
tinjauan awal menunjukkan murid menghadapi masalah yang melibatkan membezakan dan menyanyikan
pic dengan tepat. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah permainan Skala Badan sebagai intervensi
untuk mengatasi masalah ini. Teknik ini menuntut pengkaji menggunakan aktiviti pengajaran yang
berunsurkan pemahaman membezakan aras pic dan kedudukan solfa. Keputusan kajian telah
menunjukkan kaedah permainan Skala Badan yang diadaptasikan daripada teknik Euritmik berjaya
meningkatkan kemahiran membeza dan menyanyikan aras pic dalam sebutan solfa. Hasil kajian ini,
pengkaji mencadangkan pada kajian seterusnya melaksanakan pembelajaran secara koperatif,
penggunaan teknologi maklumat dan kaedah permainan dalam kumpulan.


Kata kunci: timbre,tone deaf, pic, Skala Badan, Solfa.

1.0 PENDAHULAN

Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Rendah adalah untuk semua murid di sekolah rendah yang
disediakan. Ia direka bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menikmati unsur
estetik dalam muzik dan pada masa yang sama memperoleh pengetahuan, kefahaman dan konsep
muzik yang asas.

Di peringkat sekolah, pendedahan awal muzik kepada kanak-kanak perlu banyak dilakukan
melalui aktiviti amali berbanding dengan pendedahan secara formal. Usaha hendaklah ditumpukan ke
arah memberi peluang murid melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan serta
memberi pengetahuan dan juga pengalaman dengan lebih berkesan.

Skala Badan merupakan satu permainan di mana murid dikehendaki untuk menunjukkan aras pic dengan
menggunakan anggota badan yang diperdengarkan. Permainan Skala Badan ini telah di adaptasi
daripada kaedah Dalcroze iaitu Euritmik di mana pergerakan badan merupakan salah satu kaedah
pengajaran muzik yang sesuai bagi kanak-kanak bagi menyanyi pic dan solfa yang tepat.

Pendekatan Dalcroze dapat membantu dan mempengaruhi dalam pendidikan muzik dalam era
moden ini. Kanak-kanak dapat mengimaginasikan lagu yang dinyanyikan tambahan disokong dengan
pergerakan badan. Ini kerana pendekatan Dalcroze melibatkan pembelajaran berkaitan elemen atau
unsur muzik antaranya seperti irama, melodi dan ekspresi di kalangan murid melalui aktiviti pergerakan
dengan muzik. Ia boleh diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan kreatif (Anderson, 2012).
Permainan Skala Badan melibatkan anggota badan murid-murid semasa dalam pembelajaran
muzik di dalam bilik darjah di mana mengaplikasikan teori Dalcroze iaitu mempelajari muzik
menggunakan badan. Secara tidak langsung, murid-murid akan mengalami keseronokan dalam
pembelajaran dan akan timbul rasa minat untuk membuat penerokaan yang lebih dalam tentang muzik.
Dalam Euritmik, tubuh badan manusia adalah instrumen pertama yang harus dilatih (Jeong, 2005).
Emosi dan badan adalah berkait rapat sesama sendiri di mana tubuh badan mengekspresikan emosi
135

secara fizikal. Oleh itu, konsep permainan Skala Badan ini adalah sangat penting dan telah dinyatakan di
dalam metodologi Dalcroze.
2.0 FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 5 Zamrud.
Walaubagaimanapun, pengkaji hanya akan menumpukan terhadap masalah murid untuk mengecam dan
menyanyikan pic dengan tepat. Pengkaji akan menggunakan permainan Skala Badan agar dapat
menarik minat murid-murid tahun 5 Zamrud dan memudahkan murid-murid untuk membezakan
kedudukan aras pic.
Instrumen yang digunakan dalam tinjauan awal kajian ini ialah pemerhatian berstruktur, temubual
bersama guru dan juga ujian mengenalpasti masalah murid.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i) Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran mendengar dan menyanyikan pic murid-murid Tahun 5 Zamrud dengan tepat
menggunakan permainan Skala Badan.
ii) Objektif Khusus
Objektif khusus yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah seperti berikut:.
- Murid-murid Tahun 5Z dapat membezakan dan menyanyikan aras pic dengan sebutan solfa So,
Mi, Re, Do yang tepat melalui permainan Skala Badan.
- Murid-murid dapat Tahun 5Z dapat menyanyikan solfa So, Mi, Re, Do dalam lagu Mary had a
little lamb pada pic yang tepat menggunakan permainan Skala Badan.

4.0 KUMPULAN SASARAN
kajian ini melibatkan seramai 24 orang murid-murid tahun 5 Zamrud di salah sebuah sekolah kebangsaan
yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Organisasi dalam kelas ini adalah ketua kelas tahun lima ini
adalah seorang lelaki manakala pembantu ketua kelasnya murid perempuan. Kumpulan sasaran pengkaji
ini terdiri daripada 8 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Pencapaian murid-murid ini dari segi
akademik menunjukkan ada yang cemerlang, baik, sederhana dan lemah. Pengkaji mengambil
keputusan memilih mereka untuk menjalankan kajian ini agar mereka mendapat input yang bermanfaat
kepada diri mereka kerana aktiviti ini bersifat seronok dan mengimplementasikan permainan dalam
pembelajaran.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Dalam menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah mengaplikasikan model kajian tindakan Kemmis
dan McTaggart (1988). Menurut Rosinah Edini (2011), model ini dilaksanakan secara berulang-ulang
sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya. Model ini menyarankan empat langkah
kajian tindakan iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

5.1 Cara mengumpul data
Bagi mengesahkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid 5 Zamrud, pengkaji
telah melaksanakan tiga kaedah mengumpul data bagi mendapatkan maklumat mengenai
kelemahan dan masalah yang mereka hadapi. Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian
berstruktur, temubual berstruktur bersama guru kelas dan juga ujian mengenal pasti timbre.


136

5.2 Analisis tinjauan masalah
Dengan dapatan pemerhatian yang telah dijalankan, sebahagian murid-murid Tahun 5
Zamrud amat lemah dari segi aspek menyanyikan solfa dalam pic yang tepat. Murid-murid ini
didapati tidak boleh mengecam pic yang didengarkan untuk mereka dan berasa teragak-agak
untuk menyanyikan semula solfa yang didengari. Pengkaji mendapati masalah ini timbul
semasa pengkaji ingin menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai
nyanyian solfa menggunakan isyarat tangan Curwen. Tambahan pula, mereka tidak dapat
membezakan aras pic apabila diberikan susunan solfa dalam bentuk bunyi yang dibunyikan
menggunakan kibod. Keadaan yang berlaku ini membuat diri pengkaji ingin mengetahui di
manakah silapnya pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas dan
secara tidak langsung ingin menjadikan masalah ini sebagai fokus kajian pengkaji.

5.3 Tindakan mengatasi masalah
Dalam menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah mengaplikasikan model kajian
tindakan Kemmis dan McTaggart (1990). Menurut Rosinah Edini (2011), model ini
dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan
sepenuhnya. Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan iaitu mereflek,
merancang, bertindak dan memerhati.

Dalam kitaran 1, pengkaji melaksanakan 3 sesi yang melibatkan keseluruhan kelas tahun 5
Zamrud. Setiap sesi ini mengambil masa selama 15 minit. Sesi ini dijalankan semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik muzik. Dengan ini pengkaji telah menyediakan
satu rancangan pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan konsep nyanyian solfa
dengan pic yang betul

Pada kitaran 2 ini pengkaji akan melaksanakan 4 sesi. Bagi kitaran pertama, pengkaji telah
menjalankan 4 sesi ke atas kumpulan sasaran. Setiap sesi tersebut telah mengambil masa
selama 15 minit. Sesi tersebut telah dijalankan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran
bertempat di bilik muzik. Pada peringkat ini, pengkaji telah menambah dua lagi solfa dan aras
pic di dalam aktiviti permainan Skala Badan. Pengkaji telah menyediakan satu rancangan
pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan permainan yang melibatkan Skala Badan.
Objektif yang ingin dicapai ialah murid-murid dapat menunjukkan aras pic yang diperdengar
dengan menggunakan Skala Badan.

5.4 Keputusan kajian


Jadual 1: Keputusan Ujian Kemahiran Kitaran 1
0 5 10 15 20
Lemah
Cemerlang
Lemah Baik Cemerlang
ujian 3 3 15 7
ujian 2 3 14 8
ujian 1 2 13 9
137


Jadual 2: Keputusan Ujian Kemahiran Intervensi Kedua
5.5 Rumusan kajian
Melalui keputusan yang diperoleh dalam kajian ini, dapat dilihat disini bahawa kaedah
permainan Skala Badan ini yang diadaptasikan daripada teknik euritmik ini dalam
menyanyikan dan membezakan aras pic dengan sebutan solfa telah membantu subjek kajian
mengasahkan lagi kemahiran mengenalpasti aras pic rendah dan tinggi. Menurut Grifa
(2011), kaedah ini dapat mengelakkan kekeliruan bagi kanak-kanak yang masih kecil dan
dapat memberikan motivasi sekiranya seseorang itu harus menyanyi skel dalam keadaan
yang bosan. Dapatan ini selari dengan kajian Jaques-Dalcroze, E., (1967) yang menyatakan
bahawa cara terbaik bagi kanak-kanak untuk belajar adalah dengan melakukan dan
mengalaminya dalam erti kata lain learning by doing. Contohnya, membuat pergerakan
badan membentuk huruf T bagi menunjukkan aras pic Mi. Kesimpulannya, persoalan kajian
pertama dan kedua dapat dijawab menggunakan data yang diperoleh daripada instrumen
pengumpulan data. Kajian ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang ditetapkan.

5.6 Refleksi
Pengkaji telah menyedari bahawa terdapat lebih banyak perubahan positif dalam tingkah
laku dan pemahaman terhadap diri subjek kajian apabila permainan Skala Badan yang
diadaptasikan daripada teknik euritmik diserapkan dalam konsep muzik. Walker (2009)
menyatakan bahawa perkembangan minda dalam diri murid-murid berkembang maju apabila
gerakan disertakan dengan muzik. Subjek kajian telah menunjukkan sikap sebenar mereka
melalui nyanyian dan pergerakan Body Scale di dalam lagu Mary had a little lamb. Hal ini
kerana pengajaran muzik dapat melahirkan motivasi intrinsik serta menjadikan kelas muzik
lebih seronok dan mudah difahami oleh murid-murid (Yang, 2001).
Namun disebalik kejayaan kaedah permainan Skala Badan, pengkaji juga dapat
mengenalpasti terdapat beberapa orang subjek kajian terutamanya lelaki suka menimbulkan
masalah seperti bising kerana sangat teruja hendak melakukan aktiviti. Terdapat juga
beberapa subjek kajian yang agak lemah jika dibandingan dengan orang lain. Walaupun
mereka agak lemah namun mereka mempunyai semangat untuk menyertai aktiviti di dalam
kelas. Sifat ingin cuba merupakan tingkah laku yang harus diberikan peneguhan positif oleh
pengkaji.Pengkaji juga menghadapi masalah untuk mendapatkan rujukan yang lebih banyak
tentang kaedah permainan the Body Scale (Skala Badan) kerana penggunakan ini jarang
diterbitkan. Pengkaji mendapati bahawa ramai guru muzik berasal dari luar negara lebih suka
menggunakan kaedah ini kerana ia dapat menarik minat kanak-kanak yang berusia lebih
muda.





0
5
10
15
20
25
Cemerlang Baik Sederhana
Baik
Ujian A
Ujian B
Ujian C
138

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi kajian yang akan datang, pengkaji mencadangkan agar melakukan semula cadangan
penambahbaikan yang seterusnya. Contohnya menggunakan kaedah kooperatif dalam
melengkapkan suatu lagu dengan menggunakan permainan Skala Badan. Melalui cadangan
penambahbaikan ini, diharapkan subjek kajian dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan
pemahaman mereka berhubung konsep muzik yang dipelajari.
SENARAI RUJUKAN

Anderson, W. T. (2012). The Dalcroze Approach to Music Education: Theory and Application
Blankenbehler, G. (2011). Singing Lessons for Little Singers: Level A Very Young Beginer Series. Pitch
Perfect Publishing.
Danielson, C. (2012). Observation Classroom Practice. Educational Leadership, 32-37.
Debby C. A. S. (2010). Using Obervational Methods to Research the Student Experience. Journal of
Geography in Higher Education, 463-473
Grifa, A. M (2011). The Use of Touch to Facilitate Learning in Music Education. Eastman School of Music
Rochester, New York.
Rosinah binti Edinin, (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Sazak, N. (2012). The Effect of The Music Road Board Game of Learning Situation to the Primary
Education 7th Class Students. New World Sciences Academy (NWSA) Vol. 8 Issue 1, 15-24.


















139

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA NOTASI MUZIK DI DALAM PERMAINAN REKODER
BAGI MURID TAHUN 6 WAWASAN DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN MUZIK MELALUI
KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI.

Oleh

HAZWAN SYAZLIM & YUSRI HUSSAIN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membaca notasi muzik didalam permainan
rekoder menggunakan perisian muzik melalui kaedah masteri. Guru muzik sekolah rendah sering
menghadapi masalah mengajar konsep notasi muzik kepada murid tahun 6. Ini disebabkan oleh
kurangnya penekanan diberikan kepada pembacaan notasi. Dengan itu kajian ini telah dijalankan
menggunakan kaedah masteri dengan tujuan meningkatkan kemahiran membaca notasi didalam
permainan rekoder. Lanjutan daripada itu, penggunaan perisian muzik untuk membantu meningkatkan
kefahaman terhadap notasi dengan menggunakan kaedah masteri didapati berkesan untuk membantu
murid menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini telah dijalankan terhadap 10 orang murid tahun 6
Wawasan di salah sebuah sekolah di daerah hulu langat Selangor. Segala maklumat yang diperlukan
untuk dianalisis dalam kajian ini diperoleh dengan kaedah menemubual guru muzik, membuat
pemerhatian terhadap murid dan meneliti hasil kerja murid-murid.

Kata kunci : Perisian muzik, notasi muzik, permainan rekoder.


1.0 PENDAHULUAN

Pada bahagian ini, akan menerangkan tentang latar belakang kajian yang dilakukan, hasil refleksi
pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan semasa praktikum bagi sesi yang lepas
serta refleksi nilai pendidikan.

Semasa pengkaji berada di sekolah, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dilihat oleh pengkaji semasa pengkaji mengajar
subjek Pendidikan Muzik, pengkaji mendapati bahawa terdapat murid yang menghadapi masalah
semasa melaksanakan aktiviti bermain rekoder berdasarkan keratan notasi yang diberikan. Murid
tersebut tidak dapat membaca notasi muzik dengan betul dan lancar semasa melakukan aktiviti
permainan rekoder. Pengkaji juga mendapati bahawa murid tersebut tidak mengetahui tentang notasi
muzik asas.

Pengkaji mendapati bahawa murid tersebut lemah di dalam topik Bahasa Muzik dan asas dalam teori
muzik. Pengkaji melihat bahawa murid tersebut tidak mempunyai kemahiran asas yang kukuh serta tidak
mengetahui konsep serta kaedah untuk melakukan aktiviti bermain alat muzik yang membabitkan notasi
seperti rekoder dan alat perkusi. Pengkaji dapat mengesan beberapa punca awal sebab murid tersebut
lemah dalam asas notasi muzik adalah kerana murid tersebut kurang dan jarang melakukan latihan
berkaitan dengan notasi. Berkemungkinan besar faktor ini menyebabkan murid tersebut lemah dalam
notasi. Hal ini kerana mereka tidak diberikan pendedahan secara meluas berkenaan dengan perkara
tersebut dan penekanan terhadap kepentingan perkara ini tidak diambil berat. Terdapat murid yang
menunjukkan tahap kemahiran muzik yang tinggi semasa aktiviti dilakukan menyebabkan murid-murid
yang mempunyai masalah ini lebih cenderung untuk mendiamkan diri dan tidak terlibat semasa aktiviti
ataupun mereka lebih suka mengamalkan teknik menghafal pergerakan jari atau rentak perkusi daripada
membacanya di skor.

140

2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji dapat mengesan banyak masalah berkaitan dengan asas Pendidikan Muzik yang dihadapi oleh
murid-murid. Walau bagaimanapun, pengkaji memberi fokus kepada aspek pembacaan notasi di dalam
permainan rekoder. Murid yang mempunyai masalah di dalam notasi selalunya akan mempunyai
masalah semasa pembelajaran muzik. Masalah ini adalah serius kerana notasi di dalam pendidikan
muzik adalah satu pengetahuan yang perlu ada. Hal ini adalah kerana semua topik-topik pembelajaran
muzik ada menggunakan notasi sebagai perantara. Ianya seperti belajar matematik tetapi tidak
mengenali nombor. Fokus kajian ini adalah untuk murid tahun 6 kerana berdasarkan sukatan,
pembelajaran notasi adalah satu aspek yang agak ditekankan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

v. Objektif Umum :
Kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik bagi permainan
rekoder tahun 6 dengan menggunakan komputer yang dilengkapi dengan perisian muzik
secara kaedah masteri.

vi. Objektif Khusus :
g) Murid dapat mengaplikasikan kemahiran membaca notasi yang dipelajari di dalam
permainan rekoder.
h) Meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik di dalam apa jua topik di dalam
Pendidikan Muzik.
i) Meningkatkan minat murid terhadap konsep teori di dalam muzik dengan proses
pembelajaran yang menarik.


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan 10 orang murid kelas 6 Wawasan yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5
orang perempuan. Pengkaji mengambil subjek kajian yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah
untuk menjalankan kajian. Selain daripada itu, subjek kajian terdiri daripada murid berbangsa Melayu
yang mempunyai latar belakang dan personaliti yang berbeza. Subjek kajian juga diambil tanpa mengira
sebarang jawatan yang disandang oleh murid.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data.

1. Ujian
Ujian pra dijalankan untuk mengenalpasti tahap pencapaian kemahiran semua subjek kajian sebelum
intervensi dan selepas intervensi pula, ujian pasca akan dilakukan bagi mengenalpasti tahap pencapaian
murid selepas intervensi. Kedua-dua ujian ini kemudian akan dibandingkan untuk mendapatkan peratus
sebenar pencapaian semua subjek kajian.

2. Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan bagi mengumpul data mengenai pencapaian kemahiran permainan rekoder
subjek kajian sebelum dan selepas intervensi. Beberapa kriteria disenaraikan didalam senarai semak
sebagai panduan.


141

3. Soal Selidik
Bagi melihat keberkesanan intervensi yang dijalankan ke atas semua subjek kajian, soal selidik
dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian dan juga maklum balas subjek
kajian.

5.2 Analisis tinjauan masalah

Bagi menganalisis tinjauan awal, pengkaji telah membuat dapatan tinjauan awal dengan menggunakan
dapatan temu bual bersama seorang guru Pendidikan Muzik di mana temu bual ini dijalankan secara
tidak formal. Di dalam temu bual ini, pengkaji telah bertanya tentang bagaimanakah keadaan murid-murid
di sini apabila melakukan aktiviti di dalam kelas. Guru tersebut memberitahu mereka selalunya kurang
aktif di dalam kelas, kurang melakukan interaksi dan hanya mendiamkan diri serta terlalu bergantung
pada guru atau rakan-rakan membantu mereka melakukan aktiviti.

5.3 Tindakan menangani masalah.

Sebanyak dua kitaran kajian telah dirancang untuk menangani masalah yang dihadapi. Perancangan
kajian tindakan kitaran pertama dan kedua adalah mengikut Model Penyelidikan Tindakan Stephen
Kemmis (1983).




5.4 Keputusan Kajian

Berdasarkan kepada hasil data yang telah dikumpul, dapat dirumuskan bahawa intervensi yang
dijalankan telah berjaya meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik didalam permainan rekoder
menggunakan pendekatan komputer dan masteri.








142

Jadual 1

Perbezaan Ujian Pra dan Ujian Pasca

5.5 Rumusan Kajian

Persoalan pertama : Adakah murid dapat mengaplikasikan kemahiran membaca notasi yang telah
mereka pelajari menggunakan perisian muzik di dalam permainan rekoder?

Kajian tindakan yang telah dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi
muzik didalam permainan rekoder bagi murid tahun 6. Cara yang telah digunakan ialah dengan
menggunakan perisian muzik. Bagi menjawab persoalan ini, pengkaji telah merujuk kepada data yang
telah dikumpul dan melalui kepada pemerhatian yang telah dilakukan terhadap murid-murid yang telah
menjalani pembelajaran ini didapati telah memenuhi kehendak persoalan kajian. Perkara ini dapat dilihat
melalui rekod anekdot yang telah mencatatkan data murid mengenai ujian pra dan ujian pasca yang
dilaksanakan. Pengkaji telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca untuk melihat keberkesanan
intervensi yang telah dijalankan.

Pada awal kajian, kesemua subjek kajian menunjukkan satu tahap kemahiran dalam pembacaan notasi
dalam permainan alat muzik yang rendah atau lemah menerusi ujian pra. Setelah intervensi dijalankan,
terdapat peningkatan yang sedikit pada kemahiran membaca notasi setelah pengkaji menjalankan ujian
pasca. Berdasarkan kepada data, pengkaji membuat keputusan untuk menjalankan intervensi kedua
dengan mengubah perisian yang digunakan dan juga pendekatan yang lebih mudah untuk murid dengan
menurunkan aras pembelajaran. Setelah mendapatkan data daripada ujian pra yang kedua, pengkaji
menjalankan intervensi kedua dan data daripada ujian pasca tersebut mendapati terdapat peningkatan
yang mendadak dalam kemahiran murid sewaktu bermain rekoder dengan membaca notasi muzik.

5.6 Refleksi
Sepanjang melaksanakan kajian ini, banyak kekuatan yang berjaya diperoleh diantaranya adalah konsep
pemahaman subjek kajian di dalam mengenal notasi muzik. Pemahaman yang ditunjukkan oleh subjek
kajian dapat dilihat dengan adanya peningkatan didalam kemahiran membaca notasi dan juga pada
masa yang sama kemahiran dalam permainan rekoder. Subjek kajian masih lagi berada dalam proses
pembelajaran notasi muzik dan juga rekoder didalam kelas oleh guru muzik sekolah tetapi dengan
bantuan kajian ini, pemahaman murid menjadi lebih tinggi dan juga murid yang ketinggalan di dalam
kelas juga dapat kembali berada pada aras yang sama dengan rakan-rakan yang lain dan isu keciciran
tidak lagi berlaku.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Murid
1
Murid
2
Murid
3
Murid
4
Murid
5
Murid
6
Murid
7
Murid
8
Murid
9
Murid
10
Ujian Pra
Ujian Pasca
143

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Diantara penambahbaikkan yang boleh dilakukan dalam kajian ini ialah dengan menggunakan peralatan-
peralatan teknologi lain semasa sesi pengajaran juga dapat meningkatkan keberkesanan kajian ini.
Sebagai contoh guru boleh memanfaatkan kemudahan komputer riba untuk menggunakan cara
pengajaran menggunakan perisian didalam kelas berbantu projektor. Ini adalah kerana penggunaan
kaedah kajian pengkaji yang menggunakan makmal komputer sebagai tempat menjalankan intervensi
mempunyai batasannya yang tersendiri iaitu jumlah murid yang boleh menggunakan komputer makmal
adalah terhad bergantung kepada sekolah.
Selain daripada itu juga, penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk kajian seterusnya ialah
dari segi umur murid. Kajian ini menyasarkan kepada murid tahun 6 kerana pengkaji merasakan bahawa
murid tahun 6 sepatutnya sudah menguasai kemahiran membaca notasi muzik didalam permainan alat
muzik dan bukan hanya permainan rekoder. Penggunaan perisian untuk meningkatkan kemahiran notasi
murid ini boleh dilaksanakan pada awal tahap dua iaitu ketika murid berada dalam tahun 4 pendedahan
awal dapat membantu meningkatkan pemahaman murid sekaligus dapat meningkatkan kemahiran murid.
Isi kandungan pengajaran ini juga boleh diperbaiki lagi mengikut kepada kesesuaian tahap murid.
Penambahbaikan kepada kajian ini pastinya dapat memberi manfaat yang berguna untuk guru dan juga
murid di masa akan datang.

RUJUKAN

Adrian Brown, The Ganassi recorder: separating fact from fiction., American
Recorder 47(5): 1118, 1984.

Bonard, Jean-Marc (January 2001), "The Physicist's Guide to the Orchestra", European Journal of
Physics 22 (1): 89101

Edgar Hunt, "Fitting the Instrument to the Music"; Recorder and Music 7, no. 9, March 1983: pp227-228

John Mansfield Thomson, Anthony Rowland-Jones (editors): The Cambridge Companion to the
Recorder, Cambridge University Press, 1995.

Jonathan Wainwright and Peter Holman, From Renaissance To Baroque: Change in Instruments and
Instrumental Music in the Seventeenth Century, Ashgate Publishing, Ltd, 2005.

McRae, Shirley W. "The Orff ConnectionReaching the Special Child." Music Educators Journal 68
(April 1982)
MacMillan, D. (2007). The Recorder 1800-1905. Recorder Magazine 27(4): 126-131.

Michael H. Kater, Composers of the Nazi Era: Eight Portraits. New York: Oxford University Press, 2000.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988).The action research planner. Geelong, Victoria : Deakin University
Press.
Metler, C. (2005). Action research : Teachers as reachers in the classroom. United States: California.

Waitzman, Daniel: "The Decline of the Recorder in the 18th Century". Published in American Recorder 8
no. 2 (Spring 1967).


144

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN CORAK IRAMA DALAM METER LAZIM EMPATAN
BAGI MURID TAHUN 4 BESTARI MELALUI PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
Oleh:
MERLYN BINTI JOHNJIN DAN ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Masteri dalam
meningkatkan kemahiran memainkan corak irama bagi meter lazim empatan. Kajian ini dijalankan
terhadap 30 orang murid Tahun 4 Bestari yang terdiri daripada 11 orang murid perempuan dan 19 orang
murid lelaki. Tinjauan awal telah dilakukan melalui alat kajian temubual, pemerhatian, soal selidik,dan
ujian diagnostik dan menunjukkan bahawa murid-murid tidak berupaya untuk memainkan corak irama
meter lazim empatan yang dipaparkan dengan betul dan konsisten. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan
intervensi dengan menggunakan Pendekatan Pembelajaran Masteri sambil mengaplikasikan kaedah
sebutan berirama bunyi binatang untuk membolehkan murid dapat memainkan corak irama meter lazim
empatan yang dipaparkan. Hasil dapatan dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian
berstruktur, temubual berstruktur dan analisis dokumen dan menunjukkan peningkatan murid dalam
memainkan corak meter lazim empatan telah meningkat. Pengkaji mencadangkan pada kajian
seterusnya, pertukaran ikonik binatang kepada ikon yang lebih jelas menunjukkan panjang dan pendek
sesuatu nilai not dilakukan. Selain itu, penambahan jenis not juga dapat mengukuhkan lagi kemahiran
murid dalam memainkan corak irama bagi meter lazim empatan.
Kata kunci: Pendekatan Pembelajaran Masteri, corak irama, meter lazim empatan, sebutan berirama
bunyi binatang.
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini menjelaskan tentang keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Masteri dalam membantu
meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter lazim empatan bagi murid-murid Tahun 4
Bestari.

1.1 Pengenalan

Menurut Dalby dan Bruce (2005), kepentingan konsep irama tidak dapat disangkal kerana irama
merupakan pusat kepada pengalaman dan pemahaman muzikal bagi semua jenis muzik. Kini, wujudnya
sistem pendidikan yang baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) turut menunjukkan
konsep irama begitu penting dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat sekolah rendah.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Menerusi pengalaman pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi Pendidikan
Muzik pada kelas 4 Bestari, pengkaji mendapati murid mengalami masalah dalam menepuk dan
memainkan corak irama yang dipaparkan. Oleh itu, pengkaji telah cuba untuk mengatasi masalah ini
dengan mengaplikasikan Pendekatan Pembelajaran Masteri di samping menggunakan kaedah sebutan
berirama berupa bunyi binatang.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Penguasaan konsep corak irama menjadikan murid lebih mudah dalam mempelajari kemahiran
memainkan alat muzik tertentu. Pendekatan Pembelajaran Masteri dilihat amat sesuai untuk
diaplikasikan dalam mengatasi masalah memainkan corak irama dalam kalangan murid. Dalam
mengaplikasikan pendekatan tersebut, pengkaji turut menggunakan kaedah sebutan berirama berupa
145

bunyi binatang. Menurut Wicks (2008), gaya pembelajaran sebutan berirama adalah efektif kerana ia
mewakili bunyi yang sebenar dengan menggunakan sebutan bahasa yang tidak melibatkan pic.

2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada cara bagaimana untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama
dalam meter lazim empatan bagi murid Tahun 4 Bestari dengan menggunakan Pendekatan
Pembelajaran Masteri.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
Meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter lazim empatan bagi murid Tahun 4
Bestari melalui Pendekatan Pembelajaran Masteri.
Objektif Khusus:
1. Menepuk corak irama bagi meter lazim empatan secara konsisten dengan menggunakan
Pendekatan Pembelajaran Masteri.
2. Memainkan pelbagai corak irama bagi meter lazim empatan secara sebutan bunyi melalui
Pendekatan Pembelajaran Masteri.
Persoalan Kajian:
1. Adakah murid-murid dapat menepuk corak irama bagi meter lazim empatan secara konsisten
dengan menggunakan Pendekatan Pembelajaran Masteri?
2. Dapatkah murid-murid memainkan pelbagai corak irama bagi meter lazim empatan secara
sebutan bunyi melalui Pendekatan Pembelajaran Masteri?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 30 orang murid Tahun 4 Bestari yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki
dan 11 orang murid perempuan yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Latar belakang
murid ini pula adalah daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Pengkaji juga mendapati
bahawa tiada murid dalam kelas ini yang mengambil kelas muzik di luar sekolah. Akan tetapi, kesemua
murid tersebut menunjukkan minat yang tinggi terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Muzik.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Pengkaji telah menjalankan aktiviti intervensi dengan menggunakan Pendekatan Pembelajaran Masteri.
Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga adalah berdasarkan kepada penggunaan bunyi binatang sebagai
sebutan kepada corak irama yang dipaparkan.
5.1 Cara mengumpulkan data / maklumat
Instrumen kajian pada tinjauan awal adalah temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur, soal selidik
dan ujian diagnostik.
Dalam proses pelaksanaan kajian, pengkaji menjalankan ujian pra, ujian pasca, pemerhatian berstruktur,
temubual berstruktur dan juga analisis dokumen bagi mendapatkan maklumat dan data berkenaan
peningkatan murid dalam penguasaan kemahiran memainkan corak irama bagi meter lazim empatan.

146

5.2 Analisis tinjauan masalah
Menerusi instrumen temubual yang dijalankan pada tinjauan awal, pengkaji mendapati murid sangat
lemah dalam mengenal beberapa not yang dipaparkan. Bagi instrumen pemerhatian berstruktur pula,
pengkaji mendapat kesemua murid Tahun 4 Bestari amat meminati Pendidikan Muzik. Soal selidik yang
dijalankan pula menunjukkan hanya satu orang murid yang mempunyai latar belakang muzik di luar
sekolah. Ujian diagnostik juga menunjukkan murid sangat lemah dalam memainkan not-not yang
dipaparkan.
5.3 Tindakan menangani masalah
Sebanyak dua kitaran bagi intervensi kajian ini untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama
dalam meter lazim empatan bagi murid Tahun 4 Bestari melalui Pendekatan Pembelajaran Masteri.
Terdapat empat aktiviti yang dijalankan pada kitaran satu dan dua aktiviti pada kitaran dua. Kedua-dua
kitaran tersebut adalah berdasarkan Model Stephen Kemmis (1983) dalam membuat perancangan.
Kitaran 1
Setiap aktiviti dilaksanakan dalam tempoh 30 minit. Bagi aktiviti satu, pengkaji telah memperkenalkan
murid kepada ikon dan bunyi yang mewakili setiap not iaitu krocet, minim, kuaver dan juga tanda rehat
krocet. Setelah itu, pengkaji membimbing murid untuk memainkan corak irama yang dipaparkan dengan
membunyikan bunyi yang telah ditetapkan. Aktivit yang dijalankan adalah secara berperingkat, yang
mana pada aktiviti dua, berlaku penambahan iaitu murid membuat pergerakan bagi setiap ikon dan not
tersebut. Penambahan aras kesukaran ditambah pada aktiviti tiga iaitu aktiviti menepuk corak irama yang
dipaparkan. Bagi aktiviti empat, penambahan aktiviti memainkan alat perkusi dijalankan. Setiap aktiviti
tersebut diakhiri dengan lembaran kerja.
Kitaran 2
Aktiviti pertama merangkumi ulangkaji pelajaran lepas, dan memainkan corak irama yang tidak
menggunakan ikon binatang lagi. Selain itu, aktiviti berkumpulan juga dilaksanakan. Bagi aktiviti dua,
penambahan dari segi aras kesukaran berlaku. Setiap aktiviti tersebut juga diakhiri dengan edaran
lembaran kerja.
5.4 Keputusan Kajian
Jadual 1
Perbandingan Keputusan Ujian Pasca Kitaran Satu dan Dua

Nombor Soalan
Ujian Pasca Kitaran 1 Ujian Pasca Kitaran 2
Bil. Murid Peratusan (%) Bil. Murid Peratusan (%)
Soalan 1 10 33 25 83
Soalan 2 12 40 26 87
Soalan 3 20 67 30 100
Soalan 4 15 50 29 97
Soalan 5 13 43 30 100
Soalan 6 26 87 30 100
Soalan 7 30 100 30 100
Soalan 8 30 100 30 100
Soalan 9 18 60 29 97
Soalan 10 11 37 28 93



147

Jadual 2
Perbandingan Pemerhatian Berstruktur Kitaran Satu dan Dua
Aspek yang diperhati Selepas Intervensi 1 Selepas Intervensi 2
Ya (%) Tidak (%) Ya (%) Tidak (%)
1. Minat dalam muzik. 100 0 100 0
2. Pengetahuan asas
tentang isu kajian.

60

40

97

3
3. Kebolehan
memainkan corak
irama yang
dipaparkan.


60


40


97


3

Jadual 3
Perbandingan Keputusan Temubual Berstruktur Kitaran Satu dan Dua.
Perkara Kitaran 1 Kitaran 2
Ya (%) Tidak (%) Ya (%) Tidak (%)
1.Boleh mengenal not krocet? 100 0 100 0
2. Boleh mengenal not minim? 67 33 100 0
3. Boleh mengenal not kuaver? 63 37 97 3
4. Boleh mengenal tanda rehat krocet? 100 0 100 0
5. Boleh memainkan not krocet? 100 0 100 0
6. Boleh memainkan not minim? 67 33 100 0
7. Boleh memainkan not kuaver? 63 37 97 3
8. Boleh memainkan tanda rehat krocet? 100 0 100 0

Jadual 4
Keputusan Analisis Dokumen Bagi Setiap Aktiviti Kitaran Satu dan Dua

Aktiviti Intervensi
Bilangan murid

Cemerlang

Baik

Sederhana

Lemah
Sangat
Lemah
Lembaran kerja 1 (k1) 20 5 2 - -
Lembaran kerja 2 (k1) 18 6 - - -
Lembaran kerja 3 (k1) 18 10 2 - -
Lembaran kerja 4 (k1) 25 4 - - -
Lembaran kerja 1 (k2) 25 5 - - -
Lembaran kerja 2 (k2) 29 1 - - -

148

5.5 Rumusan Kajian
Persoalan kajian telah dapat dijawab dengan menggunakan data yang diperolehi daripada instrument
kajian yang telah dijalankan. Pendekatan Pembelajaran Masteri dapat meningkatkan kemahiran
memainkan corak irama dalam meter lazim empatan bagi murid Tahun 4 Bestari. Objektif kajian juga
dapat dicapai.
5.6 Refleksi
Pengkaji berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid setelah pelaksanaan intervensi
kitaran satu dan dua. Menerusi perancangan aktiviti yang menarik dan berperingkat, murid dapat
memahirkan diri dalam fokus kajian dan objektif kajian dapat dicapai.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan agar ikonik bagi setiap not ditukar kepada bentuk yang
lebih jelas menunjukkan panjang dan pendek not yang diwakilinya. Menurut Garcia (2002), murid-murid
dapat mempelajari, memahami dan membaca corak irama dengan lebih sekiranya menggunakan
pendekatan visual. Selain itu, penambahan jenis not untuk dipelajari turut dicadangkan oleh pengkaji.
Rasionalnya, murid dapat mempelajari lebih banyak jenis not.
7.0 RUJUKAN
Bloom, B.S. (1971).Mastery learning. In. J. H. Block (Eds.). Mastery learning: Theory and practice, 47
63. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Dalby, B. (2005). Toward an effective pedagogy for teaching rthym: Music Education Journals, 92, 54-60.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner: Action research and the critical
analysis of pedagogy. Melbourne: Deakin University.
Wicks, D. (2008). Rhythm syllables. Diperoleh pada Mac 5, 2013 daripada
http://www.kodaly.org.au/index.













149

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN CORAK IRAMA MENGGUNAKAN ALAT PERKUSI
DALAM METER EMPATAN MENGGUNAKAN KAEDAH SEBUTAN BERIRAMA ADAPTASI
PENDEKATAN CARL ORFF BAGI MURID TAHUN TIGA BESTARI
Oleh
MOHD RIFDI ZAMAN BIN ROZLAN & EDNA WELLINGTON
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan
alat perkusi bagi murid Tahun Tiga. Kajian ini telah dijalankan ke atas 14 orang murid di sebuah sekolah
sekitar Kuala Lumpur. Fokus kajian ini adalah untuk menilai sama ada kaedah sebutan berirama yang
diadaptasi dari kaedah sebutan berirama oleh Carl Orff dapat meningkatkan kemahiran memainkan
corak irama menggunakan perkusi terhadap murid Tahun Tiga. Tinjauan awal menunjukkan lebih dari
separuh murid gagal memainkan corak irama mudah yang diberikan. Mereka didapati tidak boleh
menepuk corak irama dengan betul. Murid juga tidak mengetahui nilai sebenar yang mewakili notasi.
Justeru itu, pengkaji menggunakan kaedah sebutan berirama untuk meningkatkan kemahiran memainkan
corak irama menggunakan alat perkusi disamping meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan
pembejalaran serta pencapaian dalam pendidikan muzik. Pengkaji telah menggunakan tiga jenis
instrumen bagi mengumpul data iaitu soal selidik, ujian (pra dan pos) serta pemerhatian. Pada akhir
kajian, pengkaji menggunakan ujian pos bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah sebutan
berirama ini. Hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah sebutan berirama
dapat meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi murid Tahun Tiga ini
di samping meningkatkan minat murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi
dengan menggunakan kaedah sebutan berirama pendekatan Carl Orff bagi murid tahun 3 Bestari di
dalam bilik darjah. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan lagi
potensi setiap individu secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di mana setiap
murid harus menguasai keempat-empat aspek ini dalam diri mereka. Secara umumnya kaedah sebutan
berirama ini telah banyak digunakan oleh pendidik dalam meningkatkan kefahaman murid dalam
menepuk corak irama.
2.0 FOKUS KAJIAN
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik tidak dapat berdiri
dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang.
Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu
muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan
kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama.
Kemahiran memainkan corak irama merupakan kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh setiap individu.
Oleh yang demikian, sekiranya murid tidak mengambil berat tentang aspek tersebut maka secara tidak
langsung dapat menjejaskan sesuatu kualiti permainan alat perkusi murid. Di sekolah ini pengetahuan
murid tentang nilai-nilai Pendidikan Muzik berada pada tahap yang sederhana. Perkara tersebut berlaku
adalah disebabkan oleh kelemahan dalam menghargai dan mempelajari nilai-nilai estetik dalam
Pendidikan Muzik khusus dalam memainkan corak irama.
Fokus kajian kali ini adalah untuk mengkaji bagaimana cara untuk membantu murid dalam meningkatkan
kemahiran memainkan corak irama bermeter empatan menggunakan alat perkusi.

150

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam memainkan corak irama dengan menggunakan alat
perkusi dalam meter empatan menggunakan kaedah sebutan berirama adaptasi pendekatan Carl
Orff.
ii. Objektif Khusus
a. Murid - murid dapat menepuk corak irama yang mempunyai not minim, krocet, kuaver dan
tanda rehat krocet dalam meter empatan dengan betul menggunakan kaedah sebutan
berirama adaptasi pendekatan Carl Orff.
b. Murid - murid dapat memainkan corak irama yang diberi menggunakan alat perkusi melalui
kaedah sebutan berirama adaptasi pendekatan Carl Orff dengan betul.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 3 Bestari sebagai kumpulan sasaran di mana terdiri dari 14
orang murid dan kesemua mereka adalah perempuan. Murid dari kelas ini juga mempunyai pencapaian
yang lemah dalam pengalaman muzikal dan bahasa muzik. Murid ini mempunyai minat yang mendalam
terhadap permainan perkusi. Hasil dari satu soal selidik yang dijalankan pengkaji telah mengetahui punca
atau permasalahan sebenar murid tersebut. Pengkaji telah menjalankan kaedah seperti yang dinyatakan
iaitu mengajar kaedah sebutan berirama supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran dalam
memainkan corak irama. Murid tahun 3 Bestari juga dipilih oleh pengkaji kerana masalah yang dihadapi
sangat membimbangkan.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara Mengumpulkan Data
Pengkaji telah menganalisis keseluruhan data mengikut senarai semak yang telah dibuat. Segala
keputusan iaitu data yang diperolehi dari senarai semak tersebut ditukarkan ke dalam bentuk peratus
(%). Ini adalah supaya jumlah atau data yang diperoleh dapat dianalisis dan dapat dilihat dengan mudah.
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian berstruktur sebanyak dua kali menggunakan senarai semak di
mana pemerhatian dijalankan semasa aktiviti pada kitaran satu di buat dan pemerhatian yang kedua pula
dijalankan semasa aktiviti pada kitaran dua dijalankan.
Selain itu, pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pasaca untuk mengenal pasti tahap penguasaan
murid terhadap pengetahuan mereka mengenai corak irama dan nilai not. Ujian pra dijalankan sebelum
bermulanya setiap intervensi dalam kitaran satu dan kitaran dua. Ujian pasca pula dijalankan selepas
tamatnya intervensi dalam kitaran satu dan kitaran dua. Data yang dikumpul dari ujian pra dan ujian
pasca dianalisis berdasarkan skema pemarkahan analitik.
Dalam tinjauan awal masalah, pengkaji telah menggunakan soal selidik yang menggunakan skala
Guttman di mana murid hanya diberi pilihan jawapan ya atau tidak dalam soal selidik yang telah
dibentuk. Dengan menggunakan instrumen soal selidik ini, pengkaji dapat memahami dan mengetahui
pengalaman muzikal murid.Ini dapat membantu pengkaji dalam pelaksaan kajian yang hendak dijalankan
dengan lebih senang dan lancar.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat semasa praktikum untuk semester ini, pengkaji mendapati
bahawa murid-murid tahun 3 Bestari ini masih belum dapat memainkan corak irama menggunakan alat
perkusi dengan betul. Walaupun hanya diuji untuk memainkan corak irama yang hanya mempunyai not
krocet dan minim, didapati bahawa ramai daripada mereka gagal untuk memainkan corak irama tersebut.
pengkaji telah menggunakan beberapa alat kajian bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan
permasalahan yang dikaji. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik, dan pemerhatian
151

berstruktur. Alat - alat kajian ini disediakan bagi meninjau atau mencari masalah - masalah yang perlu
diatasi bagi meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama menggunalan alat perkusi.
Permerhatian dibuat berdasarkan aktiviti memainkan corak irama mudah yang diberi oleh pengkaji di
mana pengkaji memerhati dari pelbagai aspek antaranya ialah bagaimana murid menepuk corak irama
yang diberi, bagaimana pengetahuan murid berkenaan dengan nilai not, bagaimana hasil apabila
memainkan corak irama menggunakan alat perkusi dan adakah corak irama yang dimainkan oleh murid
mengikut corak irama yang diberi.
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Jadual 1
Pelaksanaan Intervensi Kitaran 1 dan 2
Kitaran 1 Kitaran 2
Aktiviti 1 Latihan memainkan corak irama
mudah bermeter empatan sepanjang
empat bar yang mengandungi not
minim (slow-ow).
Aktiviti 1 Latihan memainkan corak irama
mudah bermeter empatan
sepanjang lapan bar yang
mengandungi not minim, krocet,
kuaver dan tanda rehat krocet.

Aktiviti 2 Latihan memainkan corak irama
mudah bermeter empatan sepanjang
empat bar yang mengandungi not
minim (slow-ow) dan krocet (walk).

Aktiviti 2 Latihan memainkan corak irama
mudah bermeter empatan
sepanjang enam belas bar yang
mengandungi not minim, krocet,
kuaver dan tanda rehat krocet.

Aktiviti 3 Latihan memainkan corak irama
mudah bermeter empatan sepanjang
empat bar yang mengandungi not
minim (slow-ow), krocet (walk) dan
kuaver (running).

Aktiviti 4 Latihan memainkan corak irama
mudah bermeter empatan sepanjang
empat bar yang mengandungi not
minim (slow-ow), krocet (walk),
kuaver (running) dan tanda rehat
krocet (rest).











152

5.4 Keputusan Kajian


Rajah 1. Keputusan ujian pra dan pasca kitaran 1.
Berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca selepas intervensi dalam kitaran satu dan dua dijalankan,
didapati terdapat peningkatan terhadap murid di mana dapat dilihat murid yang mencapai keputusan
yang lemah semasa ujian pra iaitu yang memperolehi hanya 40 markah telah meingkat kepada 80
markah dan markah itu merupakan markah yang paling rendah dicapai selepas ujian pasca dijalankan.
5.5 Rumusan Kajian
Pencapaian murid dalam kajian ini menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan walaupun ada
antara murid yang tidak sepenuhnya menguasai. Ini kerana lebih separuh daripada 14 orang murid dapat
memainkan corak irama menggunakan alat perkusi dengan baik dan betul dalam mata pelajaran
Pendidikan Muzik ini. Manakala sebahagian kecil daripada mereka masih belum menguasai kemahiran
asas dalam menepuk corak irama ini dan ini memberi kesan secara langsung dalam penguasaan mereka
dalam melakukan aktiviti muzikal seperti bermain alat perkusi loceng mengikut corak irama yang diberi
ini.
Kaedah sebutan berirama Carl Orff juga dilihat dapat membantu murid dalam meningkatkan keyakinan
diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria dan menyeronokkan.
5.6 Refleksi
Setelah intervensi dijalankan data-data telah dikumpulkan dan dianalisis dalam pelbagai cara. Carta
seperti graf bar dihasilkan untuk melihat perbezaan keputusan ujian pra dan pasca. Secara
keseluruhannya, kaedah sebutan berirama adaptasi dari pendekatan Carl Orff ini sangat membantu
pengkaji dalam meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi murid.
Pengkaji juga berharap bahawa kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kerana pengkaji telah
menjalankan ujian dan pemerhatian untuk membuktikan bahawa penggunaan kaedah sebutan berirama
ini telah memberi banyak membantu murid Tahun 3 dalam meningkatkan kemahiran memainkan corak
irama menggunakan alat perkusi. Pengkaji juga berharap agar kajian ini memberikan manfaat kepada
0
20
40
60
80
100
120
A B C D E F G H I J K L M N
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Subjek Kajian
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca
Ujian Pra
Ujian Pasca
153

guru-guru muzik dalam dalam membentuk meningkatkan pengetahuan mereka juga seiring mencapai ke
arah matlamat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji berharap kaedah seperti ini dapat diperluaskan oleh pengkaji lain. Pengkaji juga berharap
melalui kajian tindakan yang dijalankan ini dapat mengatasi masalah pembelajaran murid-murid
khususnya bagi mengatasi masalah kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi.
Pengkaji juga mencadangkan supaya kajian seterusnya dibuat menggunakan kaedah sebutan berirama
yang direka sendiri dan diadaptasi dari sebutan berirama Carl Orff dengan memainkan corak irama yang
ditetapkan untuk mengiringi lagu. Selain itu juga cara sebutan berirama juga boleh ditukar dengan
sebutan yang lebih kreatif supaya murid lebih seronok untuk mengambil bahagian. Hasil kajian ini juga
diharapkan dapat digunakan untuk membuat penyelidikan beberapa masalah pembelajaran yang lain
dengan menggunakan pendekatan hasil dari kajian tindakan ini.
RUJUKAN
Azzara, C. (1993). Audiation-based improvisation techniques and elementary instrumental students
music achievement. Journal of Research in Music Education, 41(1), 328-42.
Bebeau, M. J. (1982). Effects of traditional and simplified methods of rhythm reading instruction. Journal
of Research in Music Education, 30(2), 107-119.
Carl Orff. Diperoleh pada 27 Februari 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/36378074/Carl-Orff.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan Dalam
Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2006). Buku 1: Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: McGraw-Hill.
Gordon, E. E. (2011). Roots of music learning theory and audiation. Chicago , IL: GIA Publications.
Gordon, E. (1971). The psychology of music teaching. United States: Prentice-Hall.
Hickey, M. (1997). Teaching ensembles to compose and improvise. Music Educators Journal, 83(6),
17-21.
Reichenthal, E. (1960). French time names. In J. Achie (Ed.), Music Education In Action.
(pp. 319-324). Boston: Allyn & Bacon.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah danPenulisan (edisi kedua). Kuala Lumpur
: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Scott, J. K. (2007). Me? Teach improvisation to children? General Music Today, 20(2), 6-13.
Diperoleh April 14, 2013, daripada www.ebscohost.com.






154

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENEPUK CORAK IRAMA MENGGUNAKAN
KAEDAH PERMAINAN KAD SEBUTAN BERWARNA BAGI MURID-MURID TAHUN 3X

Oleh:
MUHAMAD IRFAN BIN AB MANAF DAN LAURA ANNIE LALITA RAJAMONEY
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan mencipta corak irama dalam
kalangan murid Tahun 3X. Seramai 10 orang murid terpilih menjadi subjek kajian ini. Fokus kajian ini
dijalankan bertujuan menilai keberkesanan penggunaan kaedah permainan kad sebutan berwarna. Ianya
merupakan satu kaedah penggantian notasi corak irama kepada kad-kad berwarna yang dibaca
mengikut warna kad tersebut dalam meningkatkan kemahiran membaca dan menepuk corak irama.
Masalah yang timbul dikenalpasti melalui tinjauan awal yang dijalankan menggunakan ujian diagnostik
serta temuduga bersama guru subjek. Dapatan membuktikan bahawa mereka sememangnya lemah
dalam kemahiran membaca dan menepuk corak irama. Justeru pengkaji merasakan masalah ini tidak
boleh dibiarkan sahaja. Pengkaji menggunakan kaedah permainan kad sebutan berwarna dalam
intervensi yang dijalankan iaitu sebanyak dua kitaran. Kaedah ujian dan pemerhatian berstruktur menjadi
pilihan sebagai instrumen pengumpulan data. Keputusan kajian menunjukkan penggunakan kaedah kad
sebutan berwarna ini mampu meningkatkan kemahiran membaca dan menepuk corak irama dalam
kalangan murid-murid tersebut. Hal ini dilihat berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan pasca
serta pemerhatian berstruktur yang dicatatkan sepanjang proses pengumpulan data. Kajian berikutnya
dicadangkan dengan mempelbagaikan not, mempelbagaikan tanda masa dan juga menggunakan ICT
bagi menggantikan bahan maujud yang digunakan oleh pengkaji.

1.0 PENDAHULUAN
Pengenalan
Pendidikan Muzik merupakan salah satu subjek wajib yang perlu dipelajari oleh semua murid di
sekolah kebangsaaan di Malaysia. Subjek ini diwajibkan sebagai satu pendekatan ke arah melahirkan
murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sementara itu matlamat Pendidikan Muzik bagi kurikulum bersepadu sekolah
rendah adalah bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas
tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek
kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai
murni.
Dari aspek kecil iaitu penghasilan muzik, perkara asas yang perlu dikuasai oleh murid ialah membaca
corak irama. Hal ini berikutan, membaca corak irama merupakan keperluan minimum ke arah
penghasilan muzik yang kreatif. Justeru, penyelidikan tindakan yang pengkaji laksanakan ini adalah
berkisar tentang keupayaan murid-murid tahun 3X menepuk membaca corak irama asas yang
menggunakan not krocet, kuaver dan rehat krocet.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini akan mengupas dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan langkah alternatif bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran bagi aspek permasalahan yang dikenal pasti iaitu kemahiran
membaca dan menepuk corak irama. Teknik permainan kad sebutan berwarna diaplikasikan dalam sesi
pengajaran bagi meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran tersebut.
155

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Penyelidikan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menepuk corak irama melalui
permainan kad sebutan berwarna bagi murid-murid tahun 3X.

Objektif Khusus
1. Murid boleh membaca corak irama yang melibatkan not kuaver, krocet dan rehat krocet dalam
meter empatan dengan betul.
2. Murid boleh menepuk corak irama yang melibatkan not kuaver, krocet dan rehat krocet dalam
meter empatan dengan betul.
3. Murid boleh mencipta satu corak irama sepanjang dua bar melibatkan not kuaver, krocet dan
rehat krocet dengan betul.
4. Murid boleh memainkan alat perkusi bagi corak irama yang dicipta sepanjang dua bar melibatkan
not kuaver, krocet dan rehat krocet dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 10 orang murid dari tahun 3X, Sekolah Kebangsaan Y telah dipilih sebagai kumpulan sasaran
dalam kajian ini. Murid-murid ini dipilih berdasarkan keputusan ujian diagnostik yang dijalankan bagi
mengukur pencapaian mereka bagi aspek membaca dan menepuk corak irama. Mereka merupakan 10
orang murid yang dikategorikan lemah bagi kemahiran tersebut. Mereka terdiri daripada 6 orang pelajar
lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Mereka mempunyai pencapaian akademik yang secara
keseluruhannya adalah sederhana. Kesemua murid tersebut tidak mengikuti kelas tambahan muzik di
luar waktu persekolahan.

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN
Pengkaji menggunakan intervensi dari model Lewin, 1946 dan Laidlaw 1992, Menurut model ini,
intervensi kajian tindakan melibatkan dua fasa tindakan yang digelar Gelung Kajian Tindakan.
Sekiranya pada gelungan pertama, masalah subjek kajian tidak dapat diatasi, pengkaji memulakan
perancangan semula proses ke gelungan kedua.
5.1 Cara Pengumpulan Data/ Maklumat

Pengkaji telah menjalankan tinjauan awal menggunakan instrumen ujian diagnostik dan temubual
bersama guru Pendidikan Muzik bagi kelas tersebut. Bagi mengumpul maklumat semasa kajian
dijalankan pula pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur dan ujian. Terdapat tiga jenis
ujian yang dilaksanakan iaitu ujian pra, ujian pasca dan ujian ciptaan corak irama. Pengkaji memilih untuk
menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur berikutan instrumen tersebut bersesuaian dengan
kemahiran yang diperhatikan. Manakala ujian pula dilaksanakan secara lisan dan individu.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan, 10 orang murid telah dikenalpasti terlalu lemah dalam
kemahiran membaca dan menepuk corak irama. Justeru, murid-murid tersebut telah dipilih sebagai
subjek kajian. Pada masa yang sama, berdasarkan temubual yang dijalankan bersama guru subjek
pendidikan muzik kelas tersebut, didapati bahawa murid-murid tersebut memang lemah dalam kemahiran
tersebut disamping peruntukkan masa yang terlalu minima untuk penguasaan murid.
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Pengkaji telah melaksanakan empat aktiviti untuk kitara satu iaitu, aktiviti membaca corak irama, aktiviti
menepuk corak irama, aktiviti mencipta corak irama dan aktiviti memainkan alat perkusi bagi corak irama
tertentu. Sebanyak empat corak irama disediakan oleh pengkaji bagi aktiviti satu, dua dan empat yang
156

melibatkan not kuaver,krocet dan rehat krocet dalam meter empatan dan sepanjang satu bar.Seterusnya
berikutan pencapaian yang tidak memuaskan bagi aktiviti yang telah dijalankan ketika kitaran satu,
pengkaji telah menjalankan kitaran dua. Kitaran dua terdiri daripada dua aktivit iaitu yang pertama ialah
aktiviti mencipta dan menepuk corak irama sepanjang dua bar dan aktiviti kedua pula ialah mencipta dan
memainkan corak irama sepanjang dua bar. Kedua-dua aktiviti tersebut melibatkan not kuaver, krocet
dan rehat krocet.
5.4 Keputusan Kajian
Keputusan bagi itervensi yang dijalankan adalah seperti yang berikut:
Jadual 1 :
Keputusan Keseluruhan bagi Intervensi Kitaran 1
Murid Intervensi 1
Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3

Aktiviti 4

C1 C2 C3 C4 C1 C2 C3 C4 C1 C2 C3 C4

A / / / / / / / / / / / / /
B / / / / / / / / / / / / /
C / / / / / / / / X / / X /
D / / / / / / / / / / / / /
E / / / / / / / / / / / / X
F / / / / / / / / / / / / /
G / / / / / / / / X / / / X
H / / / / / / / / / / / / /
I / / / / / / / / / / / / /
J / / / / / / / / / / / / /








157

Jadual 2
Keputusan Keseluruhan bagi Intervensi Kitaran 2

Murid Intervensi 2
Aktiviti 1
Murid mencipta dan menepuk corak irama
menggunakan kaedah permainan kad
sebutan berwarna sepanjang dua bar
Aktiviti 2
Murid mencipta dan memainkan alat
perkusi bagi corak irama yang telah
dicipta sepanjang dua bar menggunakan
kaedah kad sebutan berwarna.

A / / / /
B / / / /
C X X / X
D / / / /
E / / / /
F / / / /
G X X X X
H / / / /
I / / / /
J / / / /
PERATUS 80% 80% 90% 80%

Pengkaji membandingkan keputusan ujian pra dan pasca bagi mendapatkan rumusan dapatan.
Rumusan ditafsirkan kedalam carta di bawah.

Rajah 1 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca


0
20
40
60
80
100
120
Corak Irama1
(Membaca)
Corak Irama1
(Menepuk)
Corak Irama2
(Membaca)
Corak Irama2
(Menepuk)
Pra Pasca
158

5.5 Rumusan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi menunjukkan bahawa kaedah permainan kad
sebutan berwarna sememangnya memberikan impak yang positif dalam meningkatkan kadar
penguasaan murid bagi kemahiran membaca dan menepuk corak irama mudah yang menggunakan nilai
not krocet, kuaver dan rehat krocet. Perkara ini dapat dilihat pertamanya melalui keputusan ujian pra dan
pasca yang telah dijalankan. Perbezaan yang besar dapat dilihat bagi penguasaan murid terhadap
kemahiran yang diuji. Selain itu juga, melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji dengan bantuan
rakan pengkaji ketika intervensi dijalankan menunjukkan keputusan yang positif dengan peningkatan
prestasi murid yang sangat ketara bagi kemahiran-kemahiran yang diuji. Murid bukan sahaja mampu
membaca dan menepuk corak irama malahan lebih membanggakan penggunaan kaedah ini juga
membantu murid menguasai kemahiran mencipta corak irama dan juga memainkan alat perkusi dengan
corak irama yang tepat. Secara sosialnya, kaedah ini juga meningkatkan pemahaman murid disamping
menjadikan pembelajaran lebih menarik dan efektif. Murid lebih teruja untuk mencuba dan terus mencuba
membaca,menepuk, mencipta dan kemudiannya memainkan alat perkusi bagi corak-corak irama mudah
yang menggunakan nilai not krocet, kuaver dan rehat krocet. Pekara ini juga boleh dilihat daripada kajian
yang dijalankan oleh Ozal Bin Mokhtar (2012) adalah bertujuan mengkaji keberkesanan permainan tea-
coffee dalam meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik bagi murid tahun 4 Delima. Keputusan
intervensi kajian mendapati bahawa keseluruhan murid memahami cara permainan tea-coffee dengan
baik dan semuanya dapat membaca notasi muzik dengan cemerlang.

5.6 Refleksi
Sepanjang melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan yang
telah ditempuhi. Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini ialah melalui kaedah
permainan kad sebutan berwarna yang digunakan memberi impak yang mendalam kepada sikap dan
tingkah laku murid selain penguasaan murid bagi kemahiran-kemahiran yang ditingkatkan. Murid
menunjukkan tingkah laku yang baik sepanjang pengkaji menjalankan intervensi berbanding pengajaran
lalu yang tidak menggunakan kaedah permainan kad sebutan berwarna ini. Sebelumnya, murid kurang
memberi perhatian dan kurang memberi kerjasama. Aspek sosial murid juga menunjukkan peningkatan,
ini dapat dilihat melalui kerjasama antara rakan-rakan yang ditunjukkan oleh murid, mereka lebih gemar
berbincang antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan lebih banyak
pandangan dan pendapat yang diutarakan oleh mereka. Selain itu, kekuatan kajian ini ialah dari segi
kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah iaitu pihak pentadbiran, guru-guru dan murid-murid sendiri.
Pengkaji sentiasa mendapat bantuan dan sokongan yang diperlukan terutamanya daripada guru-guru
yang banyak membantu dari segi cara melaksanakan intervensi dan penghasilan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan dalam kajian yang dilaksanakan ini,
antara kelemahan yang ketara ialah masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai sepenuhnya
kemahiran membaca dan menepuk corak irama. Antara sebab yang dikenalpasti menjadi faktor ialah
kekangan masa yang dihadapi oleh pengkaji. Tempoh interaksi bagi intervensi yang dijalankan adalah
sangat minimum. Bagi murid yang lemah, interaksi yang kurang ini menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai sepenuhnya isi pengajaran yang dijalankan oleh guru. Pengkaji tidak dapat menjalankan lebih
interaksi bersama murid kerana dikhuatiri akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek-subjek lain .Selain itu, kelemahan kajian ini juga adalah kumpulan sasaran pengkaji turut tidak
meliputi keseluruhan murid di dalam kelas Tahun 3X, ini disebabkan pengkaji hanya menumpukan
kepada murid-murid yang terlalu lemah bagi kemahiran membaca dan menepuk corak irama. Pengkaji
tidak merasa satu keperluan bagi murid-murid yang telah berjaya membaca dan menepuk corak irama
dengan baik tanpa menggunakan kaedan permainan kad sebutan berwarna ini untuk sama-sama
menjalani intervensi. Namun masih menjadi satu cabaran bagi pengkaji untuk memperuntukkan masa
yang bersesuaian untuk menjalankan sesi interaksi bersama subjek kajian kerana ianya tidak melibatkan
semua murid dari kelas tersebut.


159

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi kajian seterusnya, pengkaji seterusnya boleh menambahkah isi permainan kad sebutan berwarna
dengan not-not lain seperti not minim, semibrif dan sebagainya. Pengkaji berikutnya perlu memikirkan
warnawarna yang bersesuaian bagi not-not yang ditambah. Dicadangkan warna biru(blue-u) boleh
digunakan untuk not minim dan warna hitam (bla-a-a-ack) bagi not semibrif. Bahan bantu mengajar yang
digunakan juga boleh ditingkatkan seperti penggunakan ICT bagi menggantikan bahan maujud yang
digunakan oleh pengkaji. Penggunaan ICT seperti pancaran slide Power Point yang disediakan
menggunakan permainan kad sebutan berwarna akan menarik minat murid.
RUJUKAN
Bo W. L. (2008). Factors affecting the motivation of Hong Kong primary school students in composing
music. International Journal of Music Education 2008 26: 47

Silveira, J. M., & Diaz, F. M. (2013). Student teaching in music: A content analysis of research journals in
music education. Journal of Music Teacher Education. 2013 10:13

Ozal Mokhtar. (2012), Meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik melalui permainan tea cof-fee
dalam kalangan murid-murid 4 Delima. Dalam Ismail Raduan, Santhi Periasamy,.. (Eds.),
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur: Jld. 2. Penyelidikan Tindakan Memperkasa
Pengajaran dan Pembelajaran (hlm. 292-297). Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas.













160

MENINGKATKAN KEMAHIRAN IMPROVISASI DALAM PENULISAN CORAK IRAMA DI KALANGAN
MURID-MURID TAHUN 6 AMANAH DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOPERATIF
Oleh
MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM & YUSRI BIN HJ. HUSSAIN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR
ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran improvisasi dalam penulisan corak
irama di kalangan murid-murid Tahun 6 Amanah dengan menggunakan kaedah pendekatan koperatif
model STAD. Objektif khusus dalam kajian ini adalah supaya murid-murid dapat mengenal dan
menghafal jenis-jenis notasi dan tanda rehat walaupun diajukan soalan dengan spontan dan rawak.
Selain itu juga, kajian ini berobjektifkan supaya murid-murid dapat membaca corak irama pada skor
dengan betul dan tepat dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif model STAD. Objektif
khusus yang terakhir dalam kajian ini adalah supaya murid-murid dapat melakukan improvisasi dalam
penulisan corak irama dengan kaedah pembelajaran koperatif model STAD. Kajian ini disasarkan kepada
16 orang murid daripada Tahun 6 Amanah. Daripada analisis tinjauan awal mendapati bahawa murid-
murid adalah sangat lemah dalam improvisasi corak irama dan penguasaan notasi serta meter. Mereka
juga tidak pernah melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan improvisasi corak irama. Ujian pra dalam
kitaran satu menunjukkan bahawa peratusan murid yang mendapat gred E (gagal) adalah yang tertinggi
sekali berbanding dengan gred-gred lain. Setelah intervensi di dalam kedua-dua kitaran dijalankan,
murid-murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan tiada seorang murid pun yang
gagal dalam ujian pasca yang dijalankan di akhir kitaran dua. Oleh hal yang demikian, kaedah ini jelas
berjaya membantu subjek kajian mengatasi masalah mengimprovisasi dalam penulisan corak irama.
Cadangan kajian seterusnya adalah dengan menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan improvisasi
dalam penghasilan melodi.
1.0 PENDAHULUAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KBSR turut menyatakan bahawa Pendidikan Muzik di sekolah
rendah turut bertujuan bagi melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman asas
tentang dunia muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek
kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai-nilai
murni.
Secara umumnya, teknik imrovisasi sering digunakan dalam dunia pendidikan. Teknik ini sering
digunakan dalam bilik darjah, khususnya bagi pembelajaran bahasa dan juga muzik. Melalui aktiviti ini
juga, kanak-kanak dirangsang untuk bertindak secara spontan berdasarkan stimulus atau rangsangan
yang telah disediakan oleh guru. Murid-murid juga digalakkan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu
serta menghasilkan ciptaan yang difikirkan sesuai dengan stimulus yang telah disediakan. Melalui
improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti murid dapat dijana dengan maksimum. Menurut Som Hj.
Nor (1998), improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak
dijangka.
Dalam konteks muzikal pula, improvisasi muzik dapat didefinisikan sebagai ciptaan muzik secara spontan
tanpa niat untuk memperbaharuinya. Improvisasi di dalam muzik boleh dilakukan kepada corak irama
atau melodi. Oleh kerana improvisasi dapat menjana daya kreativiti kanak-kanak, maka ianya amat
sesuai diajar di sekolah rendah.
2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan permasalahan yang berlaku dapat dikenal pasti bahawa murid-murid masih lagi tidak mahir
dalam membaca corak irama. Dalam pada masa yang sama murid-murid juga masih lagi tidak
berkemahiran dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan improvisasi corak irama. Pengkaji turut
mendapati bahawa murid-murid tidak tahu nilai yang perlu diisi dalam satu-satu bar yang disediakan.
161

Pengkaji turut mendapati bahawa murid-murid Tahun 6 Amanah masih tidak dapat menepuk corak irama
dengan tepat dan yakin walaupun dalam tempo yang perlahan. Walaupun mereka telah didedahkan
dengan kaedah sebutan Kodaly, mereka masih lagi membuat kesalahan-kesalahan yang berulang
seperti terlebih harakat, terkurang harakat dan sebagainya.
Oleh kerana murid-murid ini tidak yakin dalam membaca corak irama, ini akan lebih menyukarkan lagi
untuk mereka melakukan improvisasi corak irama terutamanya secara spontan. Pengkaji turut mendapati
bahawa murid-murid ini telah dididik dengan menghafal bunyi dan tidak untuk membaca notasi.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengimprovisasi
dalam penulisan corak irama di kalangan murid-murid tahun 6 Amanah dengan menggunakan
kaedah koperatif.

ii. Objektif Khusus
a. Murid-murid dapat menamakan not-not dan tanda rehat seperti krocet, minim dan kuaver
sekiranya diajukan soalan secara spontan.
b. Murid-murid dapat membaca corak irama pada skor dengan betul dan tepat dengan kaedah
pembelajaran model STAD.
c. Murid-murid dapat melakukan improvisasi dalam penulisan corak irama secara spontan
secara bertulis dengan kaedah pembelajaran koperatif model STAD.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 16 orang murid Tahun 6 Amanah. Kelas ini adalah terdiri daripada tujuh
orang murid lelaki dan sembilan orang murid perempuan. Guru Pendidikan Muzik Kelas ini mendakwa
kelas 6 Amanah adalah kelas yang berada di tahap yang sederhana di sekolah ini. Secara kebiasaannya
murid-murid yang berjawatan seperti pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber mempunyai tahap
pencapaian yang lebih baik daripada murid-murid lain. Terdapat pelbagai berbezaan tahap kemahiran
muzikal dan kebolehan tersendiri. Hasil daripada soal selidik mendapati bahawa tiada murid yang
mendapat didikan muzik secara formal. Mereka hanya belajar Pendidikan Muzik di sekolah sahaja. Selain
daripada itu juga terdapat dua orang murid yang pernah terlibat dalam pasukan nasyid sekolah dalam
bermain alat perkusi.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara Mengumpulkan Data
Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan ujian pasca bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
improvisasi dalam penulisan corak irama. Ujian pra dijalankan sebelum setiap intervensi kitaran satu dan
kitaran dua. Setelah tama intervensi kitaran satu dan kitaran dua, pengkaji telah menjalankan ujian pasca
terhadap subjek kajian. Soalan bagi ujian pra dan ujian pasca adalah sama sahaja supaya pengkaji dapat
memerhatikan peningkatan pencapaian murid. Aspek yang diuji dalam ujian-ujian ini ialah pengetahuan
notasi, meter dan kemahiran mengimprovisasi dalam penulisan corak irama.
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur untuk mengumpul data semasa
menjalankan intervensi. Dalam melakukan pemerhatian ini, pengkaji telah menyediakan senarai semak
bagi setiap aktiviti intervensi yang telah dijalankan. Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur
supaya tidak tersasar dengan aspek yang telah ditetapkan.
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian separa berstruktur untuk mengumpul data mengenai
latar belakang, minat, perasaan dan pemikiran subjek kajian. Selain daripada itu, pengkaji juga telah
menggunakan kaedah ini dalam mengumpulkan keberkesanan dan maklum balas mengenai
keberkesanan intervensi yang telah dijalankan oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan kaedah temubual
162

separa berstruktur supaya dapat menjana pelbagai idea yang mungkin dijana oleh subjek kajian dan juga
pengkaji itu sendiri.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Dalam temubual yang telah dijalankan dengan guru Pendidikan Muzik kelas 6 Amanah, pengkaji
mendapati bahawa terdapat tiga kategori murid iaitu kategori lemah, sederhana dan lemah.
Walaubagaimanapun jumlah murid bagi ketiga-tiga kategori murid ini adalah tidak seimbang di mana
murid-murid berkategori lemah dan sederhana adalah tertinggi di dalam kelas ini. hal ini boleh
mendatangkan masalah kepada pengkaji dalam merancang aktiviti yang sesuai semasa menjalankan
kajian. Aktiviti yang dijalankan perlulah bersesuaian dan dapat diikuti oleh semua peringkat prestasi
murid. Jika aktiviti yang dijalankan terlalu mudah, murid-murid yang cemerlang akan mudah berasa
bosan dan tidak berminat untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya pula jika
aktiviti yang dijalankan terlalu sukar, murid yang berkategori sederhana dan lemah akan mudah berputus
asa dan tidak mahu mengikuti aktiviti tersebut.
Pengkaji turut mendapati bahawa murid-murid Tahun 6 Amanah juga tidak menguasai pengetahuan asas
dalam menjalani aktiviti improvisasi corak irama. Hal ini termasuklah dengan pembacaan corak irama,
pengetahuan mengenai meter, dan juga pengetahuan mengenai not. Dalam pembacaan corak irama,
murid-murid bergantung kepada guru dan tidak berusaha sendiri dalam membaca corak irama tersebut.
Hanya segelintir murid sahaja yang mampu membaca corak irama yang dipaparkan dengan baik.
Pengkaji juga berpendapat bahawa murid tidak berminat untuk membaca corak irama kerana
pengetahuan asas mereka adalah kurang. Hal ini telah menjadi penghalang bagi pengkaji dalam
meningkatkan kemahiran murid mengimprovisasi penulisan corak irama.
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Jadual 1
Pelaksanaan Intervensi Kitaran 1 dan 2
Kitaran 1 Kitaran 2
Aktiviti 1 Melengkapkan bar dengan not-not
yang sesuai.
Aktiviti 1 Melengkapkan bar dengan not-not
yang sesuai.
Aktiviti 2 Menghasilkan corak irama sepanjang
empat bar dengan notasi yang telah
ditetapkan.
Aktiviti 2 Menghasilkan corak irama
sepanjang lapan bar dengan notasi
yang telah ditetapkan
Aktiviti 3 Menghasilkan corak irama sepanjang
lapan bar dengan notasi yang telah
ditetapkan.
Aktiviti 4 Mengimprovisasi corak irama yang
telah disediakan dengan notasi yang
telah ditetapkan.
Aktiviti 4 Mengimprovisasi corak irama yang
telah disediakan dengan notasi yang
telah disediakan.






163

5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1. Keputusan ujian pra dan pasca kitaran 1.
Berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca kitaran satu, adalah dapat disimpulkan bahawa terdapat
peningkatan markah untuk gred C. Peningkatan peratus gred C ini adalah dalam kadar 12.50%. Hal ini
adalah berikutan penurunan peratus bagi gred D dan E. Kadar penurunan bagi gred D ialah 6.25% dan
kadar penurunan gred E ialah 6.25%. Ini menunjukkan sedikit peningkatan pemahaman murid terhadap
notasi, meter dan juga improvisasi corak irama. Namun begitu, tiada perubahan langsung bagi gred A
dan gred B.

Rajah 2. Keputusan ujian pra dan pasca kitaran 2.
Berdasarkan keputusan ujian pasca kitaran dua yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa setiap
subjek kajian telah berjaya meningkatkan diri dalam pemahaman mengenai notasi, meter dan improvisasi
dalam penulisan corak irama. Tiada subjek kajian yang mendapat gred E (gagal) dan juga gred D. Hanya
tiga orang sahaja murid yang memperolehi gred C dalam ujian pasca ini. Mereka yang mendapat gred C
ini adalah di kalangan murid-murid yang lemah. Seramai empat orang yang telah berjaya melonjakkan
diri untuk mendapat gred A manakala seramai sembilan orang murid yang mendapat gred B.
5.5 Rumusan Kajian
Kaedah pembelajaran koperatif model STAD sangat membantu murid-murid dalam membantu murid-
murid membaca corak irama. Rentetan daripada pengetahuan yang diperolehi semasa aktiviti-aktiviti
berkumpulan yang dijalankan membantu mereka membaca corak irama di dalam skor dengan betul dan
tepat. Objektif bagi persoalan kajian kedua ini juga tercapai.
0
6.25
31.25
18.75
43.75
0
6.25
43.75
12.5
37.5
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
A B C D E (Gagal)
Ujian Pra
Ujian Pasca
0
37.5
18.75
12.5
31.25
25
56.25
18.75
0 0
0
10
20
30
40
50
60
A B C D E (Gagal)
Ujian Pra
Ujian Pasca
164

Kaedah pembelajaran koperatif sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran improvisasi penulisan
corak irama murid-murid selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Ong Eng Sing (2012), yang
telah menjalankan kajian dalam meningkatkan pembelajaran STAB dengan menggunakan kaedah
koperatif model STAD.
5.6 Refleksi
Setelah intervensi dijalankan data-data telah dikumpulkan dan dianalisis dalam pelbagai cara. Carta
seperti graf bar dihasilkan untuk melihat perbezaan keputusan ujian pra dan pasca. Secara
keseluruhannya, kaedah koperatif model STAD ini sangat membantu pengkaji dalam meningkatkan
kemahiran improvisasi dalam penulsan corak irama murid. Pengkaji mendapati bahawa pelaksanaan
kajian tindakan ini sangatlah membantu dalam meningkatkan lagi kualiti pengajaran pengkaji. Kajian
tindakan ini juga membantu pengkaji mengesan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam diri
pengkaji dan berusaha untuk memperbaikinya. Pengkaji juga berharap agar kajian ini memberikan
manfaat kepada guru-guru muzik dalam dalam membentuk meningkatkan pengetahuan mereka juga
seiring mencapai ke arah matlamat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pada kajian seterusnya pengkaji bercadangkan untuk menjalankan aktiviti mengimprovisasi dalam
penghasilan melodi pula. Aktiviti penghasilan melodi lebih menarik daripada penghasilan corak irama
namun masih perlu dikukuhkan dahulu dalam kemahiran mengimprovisasi corak irama. Dalam
penghasilan melodi juga secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran nyanyian dan juga dapat
membetulkan nyanyian murid. Murid-murid juga akan lebih celik muzik dan kemahiran-kemahiran muzikal
murid-murid juga akan berkembang. Berkemahiran dalam penghasilam melodi juga turut membuka
kemahiran-kemahiran dalam permainan alat-alat muzik berpic. Oleh sebab itu, pengkaji berpendapat
bahawa meningkatkan kemahiran mengimprovisasi dalam nyanyian melodi adalah paling sesuai sebagai
kajian susulan daripada kajian ini.
RUJUKAN
Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research (2nd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson, Merril Prentice Hall
Biggs, J. & Telfer, R. (1987). The Process of Learning. Sydney: Prentice Hall.
Johnson, David., & Johnson R.T. (1989). Cooperation and Competition. Theory and Research. Edina,
MN: Interaction Book Company
Johnson, David., & Johnson, Roger Y., & Holubec, Edythe J. (1990). Circle of Learning. Cooperation in
the Classroom (3rd ed.). Edina, Minnesota: Interaction Book
Kalgan, S. (1992). Cooperative Learning. San Juan Capistrano, CA: Kalgan Cooperative Learning
Merriam Ismail (1997). The Effect of Team Game Tournament on the Attitudes of Year 4 Students
towards Mathematics in SRK. Sekaan Kecil in the District of Matu, Sarawak Prosiding
International Conference on Cooperative Learning and Constructivism in Science and
Mathematics Education, 1-4, Rescam, Pulau Pinang.
Merriem, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education (2nd Edition). San
Francisco: Jossey-Bass
Noraini Idris (2012). Pedagogi dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications
Ong Eng Sing (2012). Meningkatkan Penulisan SATB Melalui Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam
Kalangan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2012. Kuala Lumpur:
Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas.
165

Patton, M.Q. (1980). Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage Publications
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Pendidikan Muzik.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Slavin, R.E. (1986). Using Student Team Learning (3rd Edition). Baltimore: Johns Hopkin University.
Center for Research on Elementary and Middle Schools
Slavin, (1990). Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Englewood Cliff NJ: Prentice Hall
Suhaida Abdul Kadir (2002). Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi,
Atributasi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial dalam Pendidikan
Perakaunan. Tesis Doktor Falsafah (Tidak Diterbitkan). Kuala Lumpur: Universiti
Som Hj. Nor (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.
Zaiton Ismaon (2004). Kesan Pembelajaran Koperatif model STAD ke atas Sikap dan Persepsi Murid
Tahun 5 dalam Matapelajaran Matematik KBSR. Tesis Sarjana Muda (Tidak Diterbitkan). Pulau
Pinang.













166

MENINGKATKAN KUALITI TON PERMAINAN REKODER MURID TAHUN 5 BESTARI DENGAN
MENGGUNAKAN PERISIAN SONAR 8
Oleh
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABDUL RAZAK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini bertujuan meningkatkan kualiti ton permainan rekoder dengan menggunakan
perisian Sonar 8. Seramai 10 orang murid dari kelas tahun 5 Bestari dikenalpasti mempunyai masalah
dalam menghasilkan kualiti ton yang baik dalam permainan rekoder telah dipilih sebagai responden
kajian tindakan yang dijalankan. Fokus utama kajian ini adalah menilai sejauh mana perisian Sonar 8
dapat membantu dalam meningkatkan kualiti ton permainan rekoder. Pada peringkat tinjauan awal,
pengkaji mendapati majoriti murid tidak menghasilkan ton yang berkualiti dalam permainan rekoder.
Justeru, kaedah perisian Sonar 8 digunakan bagi membantu murid mendengar ton permaianan rekoder
mereka dan membandingkannya dengan kualiti ton yang seharusnya dihasilkan.
Kata Kunci: Kualiti Ton Permainan Rekoder

1.0 PENDAHULUAN

Selepas pengkaji menjalankan sesi latihan profesional di sekolah, pengkaji mendapati bahawa
murid-murid tidak dapat menghasilkan ton yang baik semasa mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam permainan rekoder. Pengkaji telah memilih tajuk yang berkaitan dengan aspek
pengalaman muzikal. Permainan rekoder tergolong dalam aspek pengalaman muzikal. Kajian yang
pengkaji buat ini ialah lebih menjurus kepada kemahiran memainkan rekoder dengan menghasilkan
kualiti ton yang baik, tepat dan tanpa bunyi nyaring. Hal ini adalah kerana murid dapat memainkan
rekoder mengikut melodi dan irama yang betul, namun, ton yang dihasilkan tidak memuaskan kerana ada
bunyi nyaring.

2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji dari segi
kemahiran menghasilkan ton yang berkualiti dalam permainan rekoder. Selain itu, kajian ini juga
memfokuskan kepada keberkesanan penggunaan perisian komputer Sonar 8 dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kualiti ton permainan rekoder dengan penggunaan perisian
Sonar 8.
Objektif Khusus
Objektif khusus bagi kajian ini terbahagi kepada dua perkara iaitu:
i. Murid dapat memainkan jenis-jenis not semibrif, minim, krocet, kuaver dan tanda rehat krocet pada
rekoder mengikut kualiti ton dengan berpandukan perisian Sonar 8.
ii. Murid dapat memainkan corak melodi pada rekoder dengan berpandukan perisian Sonar 8.
167

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran di dalam kajian ini melibatkan murid-murid tahun Lima Bestari di sebuah Sekolah di
Kuala Lumpur. Seramai 10 orang murid yang terlibat di dalam kajian ini. Murid-murid ini terdiri daripada
murid perempuan. Pengkaji telah menjalankan tinjauan awal dan mendapati bahawa mereka masih
belum berjaya menghasilkan kualiti ton permainan rekoder yang baik.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara pengumpulan data

Pengkaji telah menggunakan dua jenis ujian untuk melihat pencapaian murid-murid dari penghasilan
kualiti ton permainan rekoder. Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan pasca dan juga pemerhatian
pada setiap akhir aktiviti. Perkara yang diambil perhatian semasa pemerhatian dijalankan ialah penjarian,
teknik pernafasan dan ketepatan pic . Bagi mengukuhkan lagi dapatan data yang diperolehi, pengkaji
juga telah menjalankan ujian pra dan pasca.

5.2 Analisis tinjauan awal

Berkenaan dengan tinjauan awal yang dilakukan, pengkaji telah membuat analisis berdasarkan tinjauan
awal yang dibuat bagi mencari punca permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid tahun 5
tersebut. Analisis ini dibuat bagi mencari punca masalah serta kaedah yang betul- betul sesuai untuk
digunakan bagi merawat permasalahan yang timbul ini. Bagi analisis borang soal selidik, murid telah
memberikan respon yang positif di mana mereka menjawab soalan- soalan yang terdapat dalam borang
soal selidik tersebut dengan penuh kerjasama. Hasil dapatan daripada borang soal selidik yang dijawab
tersebut dikumpul menggunakan jadual mengikut item- item yang telah disediakan.
5.3 Tindakan menangani masalah

Pengkaji telah memilih model Penyelidikan Tindakan Kemmist dan Mc Taggart kerana fasa yang
dicadangkan menepati keperluan pengkaji untuk menjalankan kajian. Lokasi intervensi dijalankan di bilik
muzik di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Intervensi ini dijalankan secara berperingkat dari mudah ke
susah.



Rajah 1. Kitaran Pertama Rajah 2. Kitaran Kedua









168

5.4 Keputusan Kajian


Rajah 3. Keputusan Ujian Pra dan Pasca
Rajah di atas menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan pasca. Secara keseluruhannya,
pencapaian semua subjek kajian meningkat kecuali Murid D yang mendapat markah yang sama pada
kitaran pertama dan kedua iaitu 65%. Peningkatan tertinggi ditunjukkan oleh murid Markah murid A
meningkat dari 65% kepada 80%, meningkat sebanyak 15%. Murid B meningkat dari 50% kepada 75%,
meningkat sebanyak 25%. Murid C meningkat dari 45% kepada 65%, meningkat sebanyak 20%. Murid E
meningkat dari 50% kepada 65%, meningkat sebanyak 15%. Murid F meningkat dari 75% kepada 85%,
meningkat sebanyak 10%. Murid G meningkat dari 85% kepada 90%, meningkat sebanyak 5%. Murid H
meningkat dari 65% kepada 70%, meningkat sebanyak 5%. Murid I meningkat dari 70% kepada 76%,
meningkat sebanyak 6%. Murid J meningkat dari 60% kepada 80%, meningkat sebanyak 20%.
5.5 Rumusan Kajian
Semasa, sebelum dan selepas kajian ini dijalankan, pengkaji telah mengenalpasti bahawa subjek kajian
yang dikaji mempunyai masalah dalam menghasilkan ton permainan rekoder yang berkualiti.walaupun
mereka boleh memainkan rekoder sambil membaca lembaran skor, ton permainan rekoder mereka masih
belum berada pada tahap yang sepatutnya. Oleh yang demikian, pengkaji telah membuat keputusan
untuk menjalankan kajian yang berfokuskan tentang kualiti ton permainan rekoder dengan menggunakan
perisan Sonar 8. Objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji berjaya dicapai. Hal ini dapat dibuktikan
melalui dapatan kajian yang telah dianalisis. Persoalan kajian juga terjawab dalam kajian ini. Datapan
kajian yang dianalisis daripada ujian pra dan pasca, temubual dan soal selidik berjaya menjawab
persoalan kajian yang diutarakan. Secara kesimpulannya, kaedah pembelajaran permainan rekoder
dengan menggunakan perisian Sonar 8 berjaya membantu dan meningkatkan kuaiti ton permainan
rekoder dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dio sekolah.
5.6 REFLEKSI
Secara keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian yang berjaya kerana berjaya mencapai objektif yang
disasarkan. Perjalanan kajian dari mula hingga akhir juga lancar dan mudah untuk dikendalikan. Namun
begitu, kajian ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Kekuatan yang dapat
dikenalpasti ialah peningkatan kualiti ton permainan rekoder oleh subjek kajian setelah selesai kajian
dijalankan. Subjek kajian juga nampak lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Hal ini dapat diliha melalui tingkah laku dan tindak balas yang ditunjukkan
oleh subjek kajian yang kelihatan lebih berminat untuk mengambil bahagian semasa kajian dijalankan.
Perkara ini dapat dilihat berdasarkan hail dapatan yang diperoleh semasa pemerhatian dijalankan.
Kelemahan yang terdapat sepanjang proses kajian dijalankan ialah kehadiran subjek kajian ke sekolah
169

semasa kajian dijalankan. Hal ini sedikit sebanyak merencatkan proses kajian yang dijalankan. Namun
begitu, pengkaji telah mengambil langkah mengatasi masalah ini dengan menjalankan kajian kepada
subjek kajian pada waktu yang lain. Usaha yang lebih daripada pengkaji berjaya mengatasi masalah
tersebut. Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kajian tentang penggunaan perisian Sonar 8 berjaya
meningkatkan kualiti ton permainan rekoder subjek kajian. Kajian ini boleh digunakan pada masa akan
datang bagi membantu guru meningkatkan kualiti ton permainan rekoder semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku di sekolah.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa kaedah pendengaran dalaman adalah amat
berkesan. Oleh itu pengkaji telah mengenalpasti dua cadangan kajian yang boleh dijalankan pada masa
akan datang.
i). Meningkatkan bilangan subjek kajian.
ii). Menggunakan perisian yang lebih mudah.
RUJUKAN
Biggs, J.&Telfer. (1987). The Process of Learning.Diperoleh pada 8 Mac 2013 dari
http://eprints.oum.edu.my/174/1/Koperatif_model.pdf
Clark, Eileen (1965), A report from the Orff Institute : Recorder, Jounal of Research in
Music Education, 42, 213-145.
Dewer, Tammy.(1996) Adult learning. Diperoleh pada 8 Mac 2013 dari
www.cybercorp.net/~tammy/lo/oned2.html
Dr. C. Paul Newhouse.(2002). The Impact of ICT on Learning and Teaching. Diperoleh pada 8 Mac 2013
dari http://www.det.wa.edu.au/education/cmis/eval/downloads/pd/impactreview.pdf
Dyabat, B. (2007). The effect of a computerized musical program in the achievement of Talifa Technical
University students for the musical principles and their attitutes towards the program. Ph.D Thesis,
Jourdanian University.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diperoleh pada 8 Mac 2013 sempena 50 Tahun Pembangunan
Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007)- USM dari http://www.usm.my/





170

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERMAIN CORAK IRAMA MENGGUNAKAN ALAT PERKUSI
SAMBIL MEMBACA SKOR SECARA ENSEMBEL MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI
DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT.
Oleh
MUHAMAD KHAIRULANUAR B SAIM & CHING ING HOE
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran bermain corak irama menggunakan alat
perkusi sambil membaca skor dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Masteri bagi murid Tahun 4.
Subjek kajian adalah seramai dua puluh satu orang dengan kecerdasan yang pelbagai tetapi mampu
menerima pembelajaran dengan baik. Kaedah Pembelajaran Masteri yang memastikan pelajar
menguasai bidang asas sebelum ke tahap pembelajaran yang lebih sukar dilihat menjadi tunjang kepada
pelajar bagi memastikan objektif akhir pembelajaran dengan sempurna sepanjang sesi intervensi
berlangsung. Tinjauan awal telah dilaksanakan terhadap dua puluh satu pelajar kumpulan sasaran
menggunakan soal selidik, ujian pra, pemerhatian, dan temubual. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa
murid ini sukar untuk bermain corak irama menggunakan alat perkusi sambil membaca skor kerana tidak
mempunyai asas pengetahuan teori muzik yang tidak kukuh selepas menggunakan kaedah
pembelajaran yang tidak sesuai dalam sesi pembelajaran sebelum ini. Murid diperkenalkan dengan
kaedah Pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang intervensi. Kaedah
Pembelajaran Masteri dijalankan dengan menerapkan pengukuhan asas isi pelajaran dalam unit kecil
sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lebih sukar. Sebanyak dua kitaran telah dijalankan
melibatkan enam sesi intervensi. Pada akhir kitaran, dapat dilihat hasilnya menunjukkan peningkatan
pada prestasi murid setelah diaplikasikan kaedah Pembelajaran Masteri.
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini menjelaskan tentang penggunaan kaedah Pembelajaran Masteri untuk meningkatkan
kemahiran bermain corak irama menggunakan alat perkusi sambil membaca skor secara ensembel
dalam kalangan murid tahun empat. Harapan melalui kajian tindakan ini adalah untuk mengetahui sejauh
manakah penggunaan kaedah pembelajaran ini dapat meningkatkan penguasaan asas pelajar sebelum
menguasai kebolehan bermain ensembel. Justeru, harapan pengkaji adalah untuk memastikan
penggunaan kaedah Pembelajaran Masteri ini digunakan oleh semua warga pendidik.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bermain corak irama yang melibatkan notasi krocet,
minim, kuaver, tanda rehat, semibrif dan minim bertitik dengan menggunakan alat perkusi seperti seperti
tamborin, kerincing, kastenet, marakas dan loceng sambil membaca skor dalam meter empatan secara
ensembel melalui kaedah Pembelajaran Masteri.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran bermain corak irama dengan menggunakan alat perkusi secara ensembel
dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Masteri.
Objektif Khusus
171

i Menyatakan nama, bentuk dan nilai notasi krocet, minim, kuaver, tanda rehat, semibrif dan minim
bertitik dalam subjek Pendidikan Muzik mengikut sukatan muridan melalui kaedah Pembelajaran
Masteri.
ii Menepuk corak irama sambil membaca skor dalam meter empatan yang melibatkan semua notasi
krocet, minim, kuaver, tanda rehat, semibrif dan minim bertitik dalam subjek Pendidikan Muzik
mengikut sukatan muridan melalui kaedah Pembelajaran Masteri.
iii Memainkan dan memegang alat perkusi seperti seperti tamborin, kerincing, klarinet, marakas dan
loceng dengan betul melalui kaedah Pembelajaran Masteri.
Persoalan Kajian
i Adakah kaedah Pembelajaran Masteri dapat mengatasi masalah murid Menyatakan nama, bentuk
dan nilai notasi krocet, minim, kuaver, tanda rehat, semibrif dan minim bertitik dalam subjek
Pendidikan Muzik dipelajari pada akhir intervensi?
ii Adakah kaedah Pembelajaran Masteri dapat mengatasi masalah murid menepuk corak irama
sambil membaca skor dalam meter empatan yang melibatkan not krocet, minim, semibrif, tanda
rehat, kuaver, dan minim bertitik pada akhir intervensi?
iii Adakah kaedah Pembelajaran Masteri dapat mengatasi masalah murid memainkan dan
memegang alat perkusi seperti seperti tamborin, kerincing, klarinet, marakas dan loceng dengan
betul pada akhir intervensi?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pengkaji membuat kajian ke atas murid-murid kumpulan sasaran kelas KBSR tahun empat. Kesemua
ahli kumpulan sasaran adalah murid normal. Murid-murid ini terdiri daripada seorang murid lelaki India
dan empat orang lelaki Melayu. Selebihnya pula terdiri daripada seorang murid perempuan India dan lima
belas orang murid perempuan Melayu.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

i. Kitaran Kajian Pertama
Bagi melaksanakan kitaran pertama, empat sesi intervensi telah dilakukan bagi meningkatkan kemahiran
bermain corak irama menggunakan alat perkusi sambil membaca skor dalam sebuah ensembel. Kitaran
pertama lebih tertumpu kepada pemantapan pemahaman murid tentang asas-asas muzik sebelum
bermain sebagai ensembel seperti mengecam dan membanding beza setiap semua notasi asas dalam
subjek Pendidikan Muzik mengikut sukatan pelajaran. Secara umumnya, sepanjang kitaran pertama
berlangsung, peningkatan telah ditunjukan oleh semua orang murid. Mereka sudah boleh bermain corak
irama dengan menggunakan alat perkusi secara ensembel dengan baik berbanding sebelum bermulanya
intervensi. Kejayaan ini berjaya dicapai kerana murid kelihatan seronok ketika sesi intervensi
berlangsung. Keseronokan belajar menjadikan murid aktif. Proses pembelajaran yang aktif mampu
mempercepatkan proses menghafal murid. Selain itu murid juga mendapat pengalaman belajar dengan
bimbingan sepenuhnya daripada pengkaji sehingga berjaya. Hal ini kerana, berlandaskan konsep kaedah
Pembelajaran Masteri guru tidak akan merubah topik pembelajaran sehingga murid dapat menguasai
hasil pembelajaran yang diajarkan ketika sesi tersebut. Kaedah Pembelajaran Masteri yang melibatkan
ujian ini juga membantu pengkaji untuk mengesan kelemahan murid secara terperinci dan membantu
murid sendiri belajar daripada kesalahan yang dilakukan mereka. Namun, masih terdapat
penambahbaikan yang perlu dibuat untuk memastikan murid boleh bermain di dalam ensembel yang
lebih besar pada tahap yang lebih tinggi.

172

ii. Kitaran Kajian Kedua
Selepas melakukan refleksi untuk kitaran pertama, pengkaji mula membuat penambahbaikan dan
mengimprovisasi rancangan pengajaran tetapi masih menerapkan kaedah Pembelajaran Masteri ke
dalam proses intervensi. Bertitik tolak kepada kebolehan murid selepas menjalani Ujian Pencapaian 1
yang memberangsangkan, pengkaji meningkatkan tahap kesukaran soalan set intervensi. Oleh kerana
itu, pengkaji akan mempelbagaikan lagi notasi-notasi dalam sebuah skor corak irama. Selain itu, pengkaji
juga memanjangkan bar bagi setiap corak irama yang dicipta. Disamping itu, pengkaji juga
memperbanyakan bahagian dalam sebuah ensembel dengan cara membanyak lagi instrumen dalam
sebuah persembahan ensembel. Sebanyak dua sesi intervensi dilaksanakan dalam kitaran kajian kedua
bagi meningkatkan kemahiran bermain corak irama menggunakan alat perkusi sambil membaca skor
secara ensembel. Kitaran kajian kedua lebih tertumpu untuk memastikan murid mampu bermain corak
irama menggunakan alat perkusi secara ensembel pada tahap yang tinggi.Murid menunjukkan
peningkatan yang ketara dan pemahaman yang tinggi dalam memainkan corak irama menggunakan alat
perkusi sambil membaca skor dalam sebuah ensembel setelah selesai kitaran kedua. Kaedah
Pembelajaran Masteri dilihat membantu murid bukan sahaja dalam memahamkan murid tentang isi
muridan, malahan kaedah ini dilihat membantu murid untuk mengingat semula isi muridan dalam sesi
muridan yang lepas. Namun begitu, kemampuan murid boleh ditingkatkan lagi jika lebih banyak latihan
dan pendedahan aras tinggi dilakukan terhadap mereka. Pengkaji berharap agar guru subjek Pendidikan
Muzik tidak membiarkan kemahiran yang telah diajar kepada mereka disia-siakan begitu sahaja.
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA/PENGANALISISAN DATA

i. Ujian
Ujian merupakan instrumen yang akan kerap digunakan pengkaji bagi mengesan tahap kebolehan murid.
Beberapa jenis ujian dilakukan antaranya ujian pra, ujian amali, ujian pasca dan ujian pencapaian.
ii. Pemerhatian
Pemerhatian ini bertujuan untuk melihat tahap murid dalam kemahiran bermain corak irama dengan
menggunakan alat perkusi sambil membaca skor dalam sebuah ensembel serta sejauh mana
peningkatan dan pemahaman mereka terhadap kemahiran sasaran tersebut dari intervensi ke intervensi
berikutnya. Terdapat dua borang digunakan untuk mencatat data daripada pemerhatian iaitu Borang
Senarai Semak dan Borang Pemerhatian. Borang ini digunakan secara berpanjangan sehingga semua
murid berjaya menguasai item yang di kehendaki. Cara Menganalisis dibahagikan kepada empat iaitu
cara menganalisis ujian, cara menganalisis pemerhatian, cara menganalisis temubual dan cara
menganalisis borang soal selidik. Markah yang diperolehi diketegorikan seperti Jadual 4 ;
Jadual 4
Kategori Markah Yang Diperolehi
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN/INTERPRETASI DATA

0
5
10
15
UJIAN PRA UJIAN PENCAPAIAN
1
UJIAN PENCAPAIAN
2
SANGAT LEMAH LEMAH SEDERHANA
BAIK SANGAT BAIK
173


Secara purata dapat dilihat perbezaan yang ketara dalam keputusan murid sebelum kitaran bermula dan
selepas kitaran berakhir. Perbezaan graf antara Ujian Pra dan Ujian Pencapaian 1 jelas menunjukan
kaedah Pembelajaran Masteri sesuai untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran bermain
corak irama dengan menggunakan alat perkusi sambil membaca skor dalam sebuah ensembel.
Membanding beza antara Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2 pula, hanya peningkatan yang
sedikit ditonjolkan. Peningkatan ini tidak terlalu ketara kerana soalan yang dikemukan dalam Ujian
Pencapaian 2 berada pada tahap yang sukar dan menguji kemampuan murid pada aras tinggi. Selain itu,
jarak antara Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2 tidak terlalu jauh dan kerana ini murid tidak
diberi peluang untuk menghadam isi muridan dan meningkatkan potensi.
8.0 RUMUSAN & REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan hasil keputusan data-data yang diperolehi sepanjang kitaran pertama dan kitaran kedua
berlangsung, objektif kajian meningkatkan kemahiran bermain corak irama sambil membaca skor secara
ensembel berjaya dilakukan. Beberapa persoalan yang dikemukakan sebelum ini pada bahagian
persoalan akan dijawab oleh pengkaji satu persatu.
Persoalan Pertama : Adakah kaedah Pembelajaran Masteri dapat mengatasi masalah murid menyatakan
nama, bentuk dan nilai notasi krocet, minim, kuaver, tanda rehat, semibrif dan minim bertitik dalam subjek
Pendidikan Muzik dipelajari pada akhir intervensi? Sepanjang sesi penyelidikan ini dijalankan, sebanyak
tiga ujian pasca dilakukan bagi menjawab persoalan ini antaranya Ujian Pasca 1, Ujian Pasca 2 dan
Ujian Pasca 3. Ujian Pasca 1 yang dijalankan pada sesi intervensi pertama dalam kitaran pertama,
melihatkan hanya dua orang murid sahaja mencapai markah kategori sederhana,sementara purata murid
lain hanya mencapai markah pada tahap lemah. Memasuki Ujian Pasca 2, peningkatan ditunjukan oleh
purata kumpulan sasaran apabila enam belas orang murid mendapat markah sederhana. Walaupun
tahap kesukaran soalan ditingkatkan bagi setiap sesi ujian, namun peningkatan dapat dilakukan murid
kerana mereka telah menguasai unit asas bagi topik ini. Bagi sesi Ujian Pasca 3 yang dilakukan pada
intervensi terakhir kitaran kedua peningkatan mendadak telah ditonjolkan oleh kesemua murid kumpulan
sasaran apabila sebelas daripada dua puluh satu orang murid kumpulan ini mendapat markah dalam
kategori sangat baik. Bagi memperlihatkan perbezaan keupayaan awal dan akhir kumpulan sasaran
untuk menjawap persoalan tersebut, data pengiraan peratus peningkatan dapat dilihat dengan mengira
peratus markah Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 3. Peningkatan daripada 41.8% markah pada Ujian
Pasca 1 kepada 81.8% markah untuk Ujian Pasca 3 jelas menunjukkan kaedah Pembelajaran Masteri
dapat mengatasi masalah murid menyatakan nama, bentuk dan nilai notasi krocet, minim, kuaver, tanda
rehat, semibrif dan minim bertitik dalam subjek Pendidikan Muzik dipelajari pada akhir intervensi.
Peningkatan yang konsisten bagi setiap sesi intervensi ini disokong oleh Anderson & Block (1975).
Mereka menyatakan Pembelajaran Masteri merupakan satu set idea dan amalan pengajaran secara
individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten.
Persoalan Kedua : Adakah kaedah Pembelajaran Masteri dapat mengatasi masalah murid menepuk
corak irama sambil membaca skor dalam meter empatan yang melibatkan not krocet, minim, semibrif,
tanda rehat, kuaver, dan minim bertitik pada akhir intervensi? Sepanjang sesi penyelidikan ini dijalankan,
sebanyak tiga ujian amali dilakukan bagi menjawab persoalan ini antaranya Ujian Amali 1, Ujian Amali 3
dan Ujian Amali 4. Peningkatan yang ditunjukkan melalui keputusan setiap ujian tersebut. Namun begitu,
peningkatan yang ditonjolkan tidaklah mendadak seperti Ujian Pasca. Peningkatan purata bagi setiap
sesi ujian adalah 15%. Walaupun murid tidak mencapai tahap sangat baik untuk tugasan ujian ini, namun
peningkatan dilakukan jelas membuktikan kaedah Pembelajaran Masteri dapat mengatasi masalah murid
menepuk corak irama sambil membaca skor dalam meter empatan yang melibatkan not krocet, minim,
semibrif, tanda rehat, kuaver, dan minim bertitik pada akhir intervensi. Memperlihatkan keadaan ini, dapat
dirumuskan peningkatan dalam proses Pembelajaran Masteri memerlukan masa. Jika kitaran ini
dirumuskan, murid dijangka dapat mencapai markah sangat baik. Perkara ini disokong oleh Arlin dan
Webster (1983) yang menyatakan melalui kajian mereka bahawa kaedah Pembelajaran Masteri adalah
satu kaedah sangat berkesan tetapi memakan sedikit masa.
174

Persoalan Ketiga : Adakah kaedah Pembelajaran Masteri dapat mengatasi masalah murid memainkan
dan memegang alat perkusi seperti seperti tamborin, kerincing, kastenet, marakas dan loceng dengan
betul pada akhir intervensi?Untuk menjawap persoalan ini, hanya satu set ujian yang digunakan. Set
ujian tersebut adalah Ujian Amali 2. Pada awal perancangan beberapa set ujian akan dijalankan untuk
memastikan murid menguasai kemahiran ini. Akan tetapi purata kumpulan sasaran dilihat mendapat
markah sangat baik pada ujian pertama, dan pengkaji tidak mencadang untuk meneruskan sesi ujian
kerana murid sudah menguasai kemahiran tersebut hasil pembelajaran menggunakan kaedah
Pembelajaran Masteri yang disampaikan dengan masa tambahan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Jelaslah kaedah Pembelajaran Masteri dapat mengatasi masalah murid
memainkan dan memegang alat perkusi seperti seperti tamborin, kerincing, klarinet, marakas dan loceng
dengan betul pada akhir intervensi. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan Arlin & Webster (1983)
yang menyatakan bahawa murid yang menggunakan kaedah Pembelajaran Masteri dapat mempelajari
15.75 item dalam masa sejam berbanding murid yang tidak menggunakan kaedah Pembelajaran Masteri
hanya dapat memmuridai 12.08 item sahaja dalam masa sejam. Tetapi untuk mencapai kadar
pembelajaran tersebut, murid daripada kumpulan kaedah Pembelajaran Masteri telah menghabiskan
lebih banyak masa berbanding kumpulan satu lagi hanya pada bahagian arahan.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi meningkatkan lagi kemahiran bermain corak irama menggunakan alat perkusi sambil membaca skor
secara ensembel terhadap murid kumpulan sasaran, beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh
pengkaji semasa kitaran kedua untuk meningkatkan kemahiran murid berbanding perlaksanaan kitaran
pertama. Proses penambahbaikan tidak terhenti pada sesi kitaran kedua sahaja. Jika kajian ini diteruskan
guru akan meningkatkan lagi tahap kesukaran isi pelajaran.















175

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN DALAM PERMAINAN REKODER MURID TAHUN 5
ZUHRAH DENGAN MENGGUNAKAN WARNA MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI
Oleh:
MUHAMMAD NUH IZZUDDIN BIN JUMALI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaikkan pengajaran terhadap kemahiran penjarian murid.
Objektif kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjarian permainan rekoder yang betul
dalam permainan rekoder menggunakan warna melalui kaedah Pembelajaran Masteri di kalangan murid
Tahun 5 Zuhrah. Seramai 23 orang murid telah dipilih menjadi subjek kajian yang mempunyai masalah
penjarian dalam permainan rekoder. Tinjauan awal dilakukan dengan melalui soal selidik dan
permerhatian. Dapatan tinjauan awal menunjukkan bahawa murid murid menghadapi masalah
memainkan rekoder dengan penjarian yang betul. Oleh demikian, kajian ini berfokus kepada cara untuk
mengatasi masalah penjarian ini dengan menggunakan warna melalui kaedah pembelajaran Masteri.
Pengkaji telah menjalankan empat sesi intervensi untuk memastikan murid murid menunjukkan prestasi
yang lebih baik dalam kemahiran penjarian permainan rekoder. Alat pengumpul data yang telah
digunakan ialah ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian berstruktur. Hasil analisis data menunjukkan
bahawa peningkatan murid daripada aras lemah ke aras yang baik di dalam ujian pasca berbanding di
dalam ujian pra. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan warna melalui kaedah
pembelajaran Masteri sangat berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran penjarian dalam
permainan rekoder dengan betul. Hasil dari kajian ini, pengkaji mencadangkan kaedah ini diterapkan
pada peringkat permulaan atau pendidikan awal rekoder dan meningkatkan kualiti ton permainan rekoder
dengan menggunakan warna melalui kaedah pembelajaran masteri.

Kata kunci : kemahiran penjarian permainan rekoder, warna, pembelajaran masteri

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Muzik merupakan salah satu matapelajaran yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) di Malaysia. Walau bagaimanapun, masyarakat di Malaysia tidak menganggap
Pendidikan Muzik sebagai sebuah mata pelajaran yang penting dan hanya menganggap muzik sebagai
sebuah hiburan semata-mata. Pendidikan Muzik bertujuan untuk memberikan penekanan pada
pemerolehan ilmu pengetahuan mengenai muzik dan membina kemahiran muzikal secara amali melalui
aktiviti-aktiviti muzik vokal dan juga instrumental. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
hendaklah berfokus pada bentuk amali agar aktiviti yang dijalankan menarik dan memberi impak kepada
murid-murid. Sebagai seorang guru Pendidikan Muzik, sudah menjadi tanggungjawab untuk memastikan
bahawa murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi dalam bidang
Pendidikan Muzik.
Sewaktu menjalani praktikum di sebuah sekolah yang terletak di kawasan Hulu Langat, Selangor
selama 12 minggu dari bulan Januari sehingga ke bulan April 2012, pengkaji telah mengenal pasti
sebuah masalah yang dihadapi oleh murid-murid ketika pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan
Muzik dijalankan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap permainan rekoder murid-murid tahun 5
Zuhrah , didapati bunyi permainan rekoder tersebut memuaskan tetapi terdapat sesetengah murid
memainkan rekoder dengan teknik penjarian yang tidak sempurna dan kurang betul. Perkara sebegini
176

berlaku mungkin kerana amalan pedagogi yang pengkaji gunakan kurang berkesan. Pengkaji hanya
menggunakan pendekatan yang berpusatkan guru.
Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih penggunaan kaedah pembelajaran masteri bagi
mengatasi masalah tersebut. Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.
Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan
yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Pengkaji juga menginovasikan kaedah dengan penggunaan warna kerana menurut Muhamad
Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar perolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan
mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, hidu dan pendengaran. Ini
menunjukkan bahawa visual membolehkan pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.

2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan masalah yang telah dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran, pengkaji memfokuskan
kepada penguasaan teknik penjarian dalam kemahiran permainan rekoder. Latihan untuk kajian ini hanya
berfokus kepada not G, A, B, C Dan D sahaja. Ini kerana not not berikut merupakan asas dan renj
yang mudah untuk memainkan lagu dalam permainan rekoder. Pengkaji menggunakan warna melalui
kaedah pembelajaran masteri bertujuan memastikan subjek kajian menguasai kemahiran teknik penjarian
permainan rekoder dengan baik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini, diharapkan murid-murid dapat mencapai objektif berikut:
Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan teknik permainan rekoder dengan penggunaan
warna pada setiap lubang pada rekoder dengan menggunakan kaedah masteri.
Objektif khusus
i) Murid-murid dapat memainkan rekoder dengan teknik penjarian yang betul tanpa bimbingan guru
dengan menggunakan warna melalui pendekatan pembelajaran masteri.
ii) Murid-murid dapat mengecam teknik penjarian rekoder yang betul dengan bantuan kad imbasan
warna melalui pendekatan pembelajaran masteri.
iii) Murid-murid dapat memainkan rekoder dengan teknik penjarian betul tanpa bantuan kad imbasan
warna dan bimbingan guru dengan menggunakan warna melalui pendekatan pembelajaran
masteri.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian yang telah saya jalankan ini melibatkan keseluruhan murid dari tahun 5 Zuhrah yang terdiri
daripada murid- murid berjantina lelaki dan perempuan. Prestasi murid- murid ini pula adalah pada tahap
sederhana mengikut keputusan ujian ketika mereka di tahun empat.

177

Aktiviti
Pertama
Pengkaji telah memperkenalkan teknik penjarian berwarna lima not
sahaja iaitu not G, A, B, C dan D
Aktiviti Kedua
Pengkaji hanya akan fokuskan kepada latihan not G, A, dan B dengan
bimbingan kad imbasan
Aktivi Ketiga
Pengkaji hanya akan fokuskan kepada latihan not C dan D dengan
bimbingan kad imbasan
Aktiviti
Keempat
Pengkaji mula menggabungkan keseluruhan not dan tidak akan
membimbing murid dengan kad imbasan
Jadual 1 : Kumpulan sasaran kajian
Bil. Skop Dapatan Bilangan Murid
Peratus
(%)
1. Bangsa Melayu 12 52.2
2. Bangsa Cina 1 4.3
3. Bangsa Indonesia 9 39.2
4. Bangsa Bajau 1 4.3
Jumlah 23 100

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara Pengumpulan Data
Ujian
Terdapat dua jenis ujian kemahiran yang telah digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data iaitu
ujian pra dan ujian pasca. Tujuan ujian pra dan ujian pasca dijalankan adalah untuk membina
kebolehpercayaan pengukuran dalam sesuatu item kajian.
Pemerhatian
Selain daripada ujian, pengkaji juga menggunakan cara pengumpulan data seperti permerhatian untuk
mengenalpasti sama ada subjek kajian menguasai dan focus kepada kemahiran. Pemerhatian
berstruktur telah dipilih bagi kaedah pemerhatian ini. Senarai semak pemerhatian telah disediakan untuk
melihat perkara yang perlu diberi perhatian.
5.2 Analisis Tinjauan Awal
Melalui tinjauan awal, alat bantu kajian telah digunakan bagi membantu mendapat maklumat awal
berkaitan permasalahan yang sedang dikaji. Alat kajian tersebut adalah termasuk borang soal selidik,
dan pemerhatian berstruktur. Alat-alat ini digunakan bagi mencari tahap atau tanda aras teknik penjarian
permainan rekoder murid-murid tersebut.

5.3 Tindakan menangani masalah
Kitaran 1
178

Aktiviti
Pertama
Memainkan lagu keratan mudah sepanjang 8 bar ( Ode To Joy ) dengan
bimbingan kad imbasan
Aktiviti
Kedua
Memainkan lagu keratan mudah sepanjang 8 bar ( Wau Bulan ) tanpa
bimbingan kad imbasan

Kitaran 2


5.4 Keputusan Kajian
Kitaran 1








Rajah 1 . Markah Ujian Pra Dan Pasca Kitaran 1
Keputusan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang positif dalam kemahiran penjarian
permainan rekoder melalui warna menggunakan kaedah masteri murid murid tahun 5 Zuhrah tetapi
masih lagi terdapat segelintir subjek kajian yang masih lagi tidak menguasai kemahiran penjarian
permainan rekoder ini dengan tepat.
Kitaran 2












Rajah 2. Peratusan Markah Ujian Pra Dan Pasca Kitaran Kedua
179

Keputusan ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang sangat positif dalam
kemahiran penjarian permainan rekoder melalui warna menggunakan kaedah pembelajaran masteri
murid murid tahun 5 Zuhrah. Ini menunjukkan bahawa objektif kajian ini dapat dicapai oleh pengkaji.
5.5 Rumusan Kajian
Berdasarkan analisis data yang telah diperolehi daripada ujian pra, pasca, dan pemerhatian yang telah
dikaji oleh pengkaji didapati bahawa segala objektif kajian dapat dicapai. Data yang telah diperolehi
menunjukkan bahawa dengan penggunaan warna melalui kaedah pendekatan pembelajaran masteri
dapat meningkatkan penguasaan teknik penjarian permainan rekoder murid-murid 5 Zuhrah. Daripada
hasil keputusan pemerhatian sesi aktiviti kedua, didapati bahawa murid-murid tidak menunjukkan
peningkatan yang ketara. Namun, pada ujian pasca setelah murid-murid melalui kesemua sesi aktiviti
kitaran satu, murid-murid telah menunjukkan peningkatan konsisten dalam penguasaan teknik penjarian
dalam permainan rekoder.
5.6 Refleksi Kajian
Pengkaji berharap agar kajian ini dapat digunapakai dan dimanfaatkan oleh guru-guru, dan individu yang
ingin memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengkaji juga mengharapkan bahawa
kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam mempertingkatkan teknik penjarian permainan
rekoder. Hal ini demikian kerana, hasil daripada kajian menunjukkan teknik penggunaan warna dapat
memberi impak dan meningkatkan mutu teknik penjarian subjek kajian iaitu murid-murid 5 Zuhrah,
Di sebalik kejayaan yang dicapai melalui objektif kajian, pengkaji juga mempunyai beberapa
kelemahan sepanjang kajian berlansung. Antaranya adalah pengkaji berasa sukar untuk menjalankan
kajian kerana kekangan waktu dengan aktiviti murid-murid di sekolah. Waktu yang sesuai sukar dicari
pada peringkat awal kerana terdapat murid-murid tidak mahu memberi kerjasama terhadap aktiviti yang
telah dirancang. Walau bagaimanapun, pengkaji telah berusaha untuk membuktikan bahawa
penggunaan warna dalam teknik penjarian permainan rekoder melalaui kaedah pembelajaran masteri
adalah efektif dan berkesan ke atas murid-murid Tahun 5 Zuhrah dan dapat digunakan oleh semua pihak
tanpa mengira bangsa, umur, dan pengaruh persekitarannya.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNNYA
Kajian lajutan yang dicadangkan boleh dilakukan atau mampu membuat penambahbaikkan atas tindakan
yang telah dijalankan pada masa akan datang. Antara cadangannya ialah
Menerapkan kaedah ini pada peringkat permulaan atau pendidikan awal rekorder
Menerapkan teknik ini dalam masa yang panjang
RUJUKAN
Ag Ruzaini Ag Ali Omar, Siti Hajar Ahmad Sabari (2012). Kajian tindakan: Penggunaan warna dalam
pengajaran hukum mad asli terhadap murid tahun lima dalam bacaan Surah Ad-Dhuha. Institut
Pendidikan Guru
Chow Fook Meng, & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: Konsep dan amalan dalam pengajaran.
Punchong: Penerbitan Multimedia.
Kemmis, S., McTaggaer, R. (1988). Model PTK (3): Model spiral dari Kemmis & Taggart. Retrieved
From http://bugishq.blogspot.com/.
Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan. (2nd ed.). Kuala Lumpur:
Freemin Horizons.
Warren, A. D. (2000). Mastery learning: A basic introduction. New York: Holt, Rinchart & Winston.
180

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBEZAKAN PIC MELALUI KAEDAH PENDEKATAN
EURHYTHMICS DALCROZE DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 NILAM
Oleh:
NOR HIDAYAH BINTI HURI & PETER ONG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membezakan pic melalui Kaedah Pendekatan
Eurhythmics Dalcroze. Kajian ini dilaksanakan ke atas murid Kelas Tahun 4 Nilam. Fokus kajian ini
berfokuskan kepada kemahiran murid membezakan pic dalam nyanyian. Dalam tinjauan awal yang telah
dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid-murid tidak dapat membezakan pic dan membunyikan pic
tersebut dengan tepat. Pengkaji telah menggunakan Kaedah Pendekatan Eurhythmics Dalcroze untuk
meningkatkan kemahiran murid-murid membezakan pic. Sebanyak dua kitaran telah dijalankan dan data
dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian berstruktur dan temubual separa berstruktur. Pada
keseluruhannya, hasil analisis data dan ujian pasca berbanding ujian pra telah menunjukkan peningkatan
sebanyak 60% dalam kalangan murid membezakan pic dalam nyanyian. Justeru itu, pengkaji dapat
membuat rumusan bahawa penggunaan Kaedah Pendekatan Eurhythmics Dalcroze telah berjaya
meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4 Nilam dalam membezakan pic dalam nyanyian. Pengkaji
juga mencadangkan untuk kajian seterusnya ialah menggunakan Kaedah Pendekatan Eurhythmics
Dalcroze dan digabungkan dengan Kaedah Kooperatif untuk meningkatkan kemahiran membezakan pic
dalam nyanyian.
(Kata kunci: Pic, Pendekatan Eurhythmics)
1.0 PENDAHULUAN
Pengenalan
Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik (2000),
Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan mata pelajaran ini
bertujuan memberi murid pengetahuan tentang unsur-unsur muzik, pelbagai jenis muzik, pelbagai
jenis alat muzik, serta memberi murid pengalaman menghasilkan muzik yang mudah.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2000), telah
menggariskan empat aspek iaitu aspek persepsi estetik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan
penghargaan estetik dalam pengajaran pendidikan muzik serta penglibatan murid secara aktif dalam
aktiviti muzik yang dijalankan mampu menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
murid juga nilai sosialnya. Jika dilihat dari sudut kognitif, murid mendapat pengetahuan dan
kefahaman konsep muzik yang asas.

Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik (2000),
dalam bidang nyanyian, asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan
pergerakan harian..

Pengkaji menggunakan Kaedah Eurhythmics yang diperkenalkan oleh Dalcroze untuk membantu
murid-murid meningkatkan kemahiran membezakan pic. Penggunaan Kaedah Eurhythmics ini
disokong lagi oleh pendapat Dalcroze (1898), dalam buku bertajuk An Education Through and Into
Music yang mengatakan saya melihat kepada sistem Pendidikan Muzik di mana tubuh badan sendiri
sebenarnya memainkan peranan penting di antara bunyi dan pembelajaran, dan menjadi tempat
luahan perasaan, kanak-kanak di sekolah tidak hanya diajar menyanyi, tetapi mendengar dengan baik
dan bergerak pada irama yang tepat dan perkara ini membantu pendidik memberi arahan berkaitan
pembelajaran yang diajar kata beliau.

181

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pengkaji ialah bagi menyelesaikan masalah murid-murid Tahun 4 Nilam untuk
membezakan pic dalam nyanyian. Setelah pengkaji melakukan tinjauan awal kepada murid kelas
Tahun 4 Nilam di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur, pengkaji telah dapat mengenalpasti masalah
utama murid di dalam kelas ini berkaitan dengan pic. Antaranya ialah pertama murid-murid tidak
dapat membunyikan pic dengan tepat. Kedua, murid-murid tidak dapat membezakan setiap aras pic
dan ketiga ialah murid-murid sukar untuk menyanyikan solfa dalam keratan solfa/keratan lagu dengan
tepat. Pengkaji telah mengajar subjek Pendidikan Muzik bagi kelas Tahun 4 Nilam. Pengkaji
mendapati masalah ini timbul kerana mereka kurang pendedahan mengenai pic dalam nyanyian dan
tidak mengetahui bahawa setiap pic adalah berbeza bunyinya dan aras tinggi dan rendahnya.
Pengkaji juga mendapati kebanyakan murid hanya tahu menyebut solfa do, re, mi, fa, dan so tanpa
mengetahui bahawa setiap solfa yang disebutkan adalah berbeza bunyi picnya. Masalah ini perlu
diatasi dengan segera kerana penguasaan pic yang tepat dalam nyanyian sangat penting kerana
apabila pic yang dihasilkan tidak tepat, ini memberikan impak yang negatif terhadap sesebuah
nyanyian.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
Meningkatkan kemahiran membezakan pic menggunakan Kaedah Eurhythmics Pendekatan
Dalcroze dalam kalangan murid Tahun 4 Nilam.
Objektif khusus:
1. Murid-murid Tahun 4 Nilam dapat membezakan aras pic tinggi, rendah dan tengah (pic do, re, mi,
fa, so) serta membunyikannya dengan tepat dengan menggunakan Kaedah Eurhythmic, Dalcroze.
2. Murid-murid Tahun 4 Nilam dapat menyanyikan solfa do, re, mi, fa dan so dalam keratan lagu
pendek pada pic yang tepat dengan menggunakan Kaedah Eurhythmics, Dalcroze.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran melibatkan 34 orang murid kelas 4 Nilam. Kelas Nilam ini merupakan kelas yang
mempunyai pelajar yang berprestasi sederhana. Terdapat seramai 16 orang pelajar perempuan dan
seramai 18 orang pelajar lelaki.Murid- murid ini terdiri daripada 33 orang berbangsa Melayu dan
seorang berbangsa India. Setelah pengumpulan maklumat dibuat, pengkaji mendapati kesemua
murid kelas Tahun 4 Nilam tidak mengambil kelas tambahan muzik di luar waktu persekolahan serta
tidak mempunyai kepakaran dalam bidang muzik. Terdapat tujuh orang murid yang memegang
jawatan pengawas sekolah dan selebihnya iaitu seramai 27 ialah murid biasa.
5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN
Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan Stephen Kemmis dalam kitaran yang
dijalankan. Model ini terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi. Model ini dilaksanakan berulang-ulang sehingga masalah dapat diselesaikan.
5.1 Cara mengumpul data/maklumat
Pada awal permulaan kajian, pengkaji menggunakan kaedah temubual separa berstruktur,
kaedah pemerhatian dan ujian diagnostik. Seterusnya, pengkaji telah menggunakan cara
pengumpulan data untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan kajiannya
iaitu secara ujian dan pemerhatian.Pengkaji telah melaksanakan ujian diagnostik, ujian pra,
ujian penilaian satu, ujian penilaian dua dan pasca Ujian yang telah dijalankan ialah pengkaji
menyediakan keratan solfa dan murid dikehendaki membunyikan pic dengan tepat pada
keratan solfa tersebut. Terdapat lima jenis pic yang akan diuji di dalam ujian tersebut iaitu pic
do, re, mi, fa dan so.
182

Pengkaji juga telah melaksanakan pemerhatian ke atas responden semasa responden
menjalankan intervensi kitaran pertama dan intervensi kitaran kedua. Pengkaji juga membuat
pemerhatian keatas pencapaian responden semasa melaksanakan aktiviti yang
dilaksanakan. Pemerhatian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana
pencapaian murid dalam kemahiran membezakan pic dan membunyikan pic yang diuji oleh
pengkaji.
5.2 Analisis tinjauan masalah
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji dapat melihat sejauh mana pencapaian
pelajar menguasai pic.berdasarkan temubual yang telah dijalankan, pengkaji juga dapat
mengetahui sejauh mana aras pencapaian pelajar dan pengetahuan pelajar mengenai pic.
Melalui ujian dianostik yang telah dijalankan, pengkaji dapat mengetahui aras pencapaian
responden dalam menguasai pic. Jadual 1 dibawah menunjukkan keputusan ujian diagnostic
bagi pelajar Tahun 4 Nilam.
Jadual 1
Keputusan Ujian Diagnostik Tahun 4 Nilam
Gred/Aras Pencapaian Bilangan responden Peratus bilangan
responden (%)
A (sangat baik)
B (baik)
C (sederhana)
D (lemah)
E (sangat lemah)

2
4
6
8
14
2/34 = 6
4/34 = 12
6/34 = 18
8/34 = 23
14/34 = 41
Jumlah 34 100

5.3 Tindakan menangani masalah
Sebanyak empat aktiviti telah dijalankan sewaktu kitaran satu dan dua aktiviti dijalankan
sewaktu kitaran dua. Setiap aktiviti dijalankan selama 30 minit dan setiap aktiviti
mengandungi empat langkah. Berikut ialah penerangan mengenai aktiviti yang telah
dilaksanakan.
Jadual 2
Senarai aktiviti untuk setiap intervensi
Aktiviti Perkara Kaedah
Aktiviti 1 Latihan pergerakan pic
berdasarkan carta
tangga solfa

Aktiviti 2 Mengenalpasti pic
tertinggi, terendah dan
tengah berdasarkan pic
yang dibunyikan


Kaedah Eurhythmics
Aktiviti 3



Aktiviti 4
Membunyikan pic dan
gerakan badan
berdasarkan keratan
solfa
Membuat gerakan


183




5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1: Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Penilaian Satu Kajian
Kitaran Satu

Rajah 2: Graf Perbandingan Keputusan Ujian Penilaian Dua dan Ujian Pasca
0
10
20
30
40
50
Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E
b
i
l
a
n
g
a
n

r
e
s
p
o
n
d
e
n

(
%
)

Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Penilaian Satu
Kajian Kitaran Satu
Ujian Pra
Ujian Penilaian 1
0
10
20
30
40
50
60
70
Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E
b
i
l
a
n
g
a
n

r
e
s
p
o
n
d
e
n

(
%
)

Graf Perbandingan Keputusan Ujian Penilaian Dua dan Ujian
Pasca
Ujian Penilaian Dua
Ujian Pasca
badan berdasarkan pic
keratan lagu.


184


Rajah 3: Graf Perbandingan Keputusan Pemerhatian Responden yang Dapat
Melakukan Aktiviti Dengan Tepat dalam Kitaran Satu dan Kitaran Dua

5.5 Rumusan Kajian
Rumusan daripada kajian ini dapat menjawab persoalan kajian. Dalam kitaran pertama yang
telah dijalankan, pengkaji mendapati tahap penguasaan pelajar mengenai pic adalah sangat
lemah. Namun begitu, responden telah menujukkan peningkatan selepas intervensi kitaran
kedua dijalankan .Pengkaji mendapati gred/aras pencapaian responden semakin meningkat
selepas intervensi kitaran kedua dijalankan ke atas mereka setelah pengkaji mengambil kira
kekuatan dan kelemahan intervensi kitaran pertama yang telah dijalankan dan membuat
penambahbaikan pada kajian kitaran kedua.

Pengkaji mendapati hasil dapatan menunjukkan bahawa intervensi ini adalah berjaya
dan berlakunya peningkatan gred/aras pencapaian membezakan pic dan membunyikan pic
bagi setiap responden. Aras pencapaian /gred pelajar dalam membezakan pic akan semakin
meningkat iaitu aras pencapaian responden yang mendapat gred A meningkat daripada 6%
kepada 59%. Manakala responden yang mendapat gred B meningkat daripada 18% kepada
29% seterusnya responden yang mendapat gred C berkurang daripada 23% kepada 12%
dan tiada responden yang mendapat gred D dan E di dalam ujian pasca yang telah
dijalankan.
5.6 Refleksi
Berdasarkan kajian ini, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa kekuatan yang terdapat di
dalam intervensi yang telah dijalankan iaitu menggunakan Kaedah Eurhythmics.
Penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran murid membezakan pic.
Penguasaan murid dalam membezakan pic membantu murid menyanyikan sesebuah lagu
dengan baik.
Pengkaji mengenalpasti kelemahan dari sudut pengurusan masa. Hal ini kerana
kesukaran menguruskan masa bagi menjalankan setiap aktviti yang telah dirancang kepada
responden.
Kesimpulannya, pengkaji harus bersedia dengan pelbagai strategi untuk mengatasi
sebarang masalah yang timbul semasa menjalankan kajian pada masa yang akan datang.


0
20
40
60
80
Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Aktiviti 4
b
i
l
a
n
g
a
n

r
e
s
p
o
n
d
e
n

(
%
)

Graf Perbandingan Keputusan Responden yang Dapat
Melakukan Aktiviti dengan Tepat dalam Kajian Kitaran Satu
dan Kajian Kitaran Dua
kitaran 1
kitaran 2
185

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi meneruskan kesinambungan kajian ini, pengkaji mencadangkan untuk membuat gabungan
Kaedah Eurhythmics dan Kaedah Kooperatif dalam mengajarkan pic kepada murid. Pengkaji
berpendapat pengajaran secara kooperatif akan lebih memudahkan proses pengajaran selain murid
akan lebih seronok melakukan aktiviti secara berkumpulan. Buku panduan KBSR (1982), Kaedah
kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran
sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan
kemahiran sosial.
RUJUKAN
Dalcroze, E.J. (1898). An education Through and into music. New York: Bames and 92 Company.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1882). Buku panduan khas Kurikulum baru
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
































186

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA NOTASI MELALUI PERMAINAN REKODER DALAM
KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN
MASTERI

Oleh:
NUR SYAFIQA BINTI TAJUDDIN & PETER ONG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi melalui permainan rekoder dengan
menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Kajian telah dilaksanakan ke atas sekumpulan murid Tahun
4. Fokus kajian ini adalah kepada kemahiran murid membaca notasi melalui permainan rekoder. Dalam
tinjauan awal yang dijalankan, pengkaji mendapati murid tidak dapat membaca notasi dan menyebabkan
murid tidak dapat bermain rekoder. Pengkaji telah menggunakan kaedah pembelajaran masteri bagi
meningkatkan kemahiran membaca notasi murid. Pengkaji telah menjalankan dua kitaran dan data telah
dikumpulkan melalui ujian dan pemerhatian. Secara keseluruhannya, setalah semua data di analisis,
terdapat peningkatan yang sangat ketara dalam kalangan murid. Murid bukan sahaja dapat membaca
notasi tetapi juga dapat bermain rekoder dengan lancar. Oleh itu, pengkaji dapat membuat kesimpulan
bahawa dengan menggunakan pendekatan masteri, pengkaji telah berjaya meningkatkan kemahiran
membaca notasi melalui permainan rekoder bagi murid-murid tahun 4. Pengkaji juga mencadangkan
agar menggunakan pendekatan masteri bagi membantu murid dalam mengenalpasti not C hingga C atas
melalui permainan rekoder.
Kata Kunci : Pembelajaran Masteri, Kemahiran Membaca Notasi dan Permainan Rekoder
1.0 PENDAHULUAN
Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan memberi
pengalaman muzikal secara hands-on. Menurut PPK Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), selain
memberi pengalaman muzikal, pembelajaran rekoder juga dapat mengukuhkan kefahaman bahasa
muzik melalui pengalaman praktikal. Sejak KBSR diperkenalkan, penggunaan rekoder dalam subjek
Pendidikan Muzik terus diberi keutamaan dan diperkasakan melalui aktiviti bercorak pertandingan
sama ada di peringkat daerah, negeri atau pun kebangsaan.
Seperti yang tercatat dalam buku yang ditulis oleh Salhah Abdullah (2009), Howard Gardner
(1983), menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan
latihan. Menurut Garder (1983), setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza
kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang
bersesuaian.
Kecerdasan ini berkait dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Hal ini adalah kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri
seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat
di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian
atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang
timbul dalam daripada alam seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain.
Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat
muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan
ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada
bunyi atau muzik.
187

Individu juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta pelbagai alat
dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan
kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah
komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati
pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza.
Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting. Kaedah yang
sesuai akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu para pelajar mencapai objektif
pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan. Penggunaan
unsur latihan secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah
anggapan dan pentafsiran. Pengajaran berasaskan kepada bahan maujud yang menarik akan dapat
meningkatkan motivasi pelajar. Ditambah lagi dengan suara penerangan guru yang menarik dengan
menggunakan alunan suara yang betul.
2.0 FOKUS KAJIAN
Semasa pemerhatian, pengkaji telah mendapati masalah di dalam kelas yang dikendalikan dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran iaitu membaca notasi pada baluk. Masalah ini kerap berlaku di
dalam kelas yang diambil untuk tajuk kajian yang dipilih. Membaca notasi merupakan salah satu
aspek yang penting kerana alat-alat muzik tidak kira dari kecil hingga besarnya alat tersebut dapat
dimainkan sekiranya tidak dapat membaca notasi dengan betul. Selain itu, dengan mengetahui
notasi, seseorang murid itu akan dapat memainkan sesebuah karya atau lagu dengan baik dan
lancar.
Antara isu-isunya ialah:
i) Murid tidak dapat meniup rekoder dengan baik
ii) Murid tidak dapat menepuk corak irama dengan tepat
iii) Murid tidak dapat membaca notasi pada baluk

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran membaca notasi melalui permainan rekoder dalam kalangan murid-murid
tahun 4 Baiduri dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri.
Objektif Khusus
i) Murid-murid dapat membaca notasi pic B, A dan G pada carta dengan betul sambil
memainkan not- not tersebut dengan betul pada rekoder dengan menggunakan kaedah
pembelajaran masteri.
ii) Murid-murid dapat memainkan melodi lagu sepanjang 8 bar dengan rekoder sambil
membaca notasi dengan betul dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian ini melibatkan 30 orang iaitu murid yang berada di dalam kelas 4
Baiduri. Pada mulanya, kelas ini mempunyai 35 orang murid, namun, setelah tinjauan awal dibuat,
hanya 30 orang murid sahaja yang bermasalah. Mengikut bilangan jantina pula, kelas ini mempunyai
10 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Kelas ini mempunyai berbilang bangsa iaitu Melayu dan
India. Walaupun berbilang bangsa, murid-murid ini sangat bekerjasama di antara satu sama lain.
188

Setelah pengumpulan maklumat dijalankan, kesemua murid kelas ini tidak mengambil kelas
tambahan berbayar bagi mata pelajaran muzik di luar waktu persekolahan dan tidak mempunyai
kemahiran dan kepakaran dalam memainkan alat muzik.

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN
Dengan menggunakan kaedah model spiral atau nama lainnya iaitu kajian tindakan yang dipelopori
oleh dua individu iaitu Stephen Kemmis (1988) dan McTaggart (1988), dua kitaran telah dilaksanakan
bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
5.1 Cara Mengumpul Data
Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk membuat pengumpulan data yang
betul. Pengkaji menggunakan dua jenis cara pengumpulan data iatu melalui ujian dan
pemerhatian. Pengumpulan data ini dipilih berdasarkan persoalan kajian yang telah
ditetapkan.
Ujian dibuat dengan meniup rekorder sambil membaca notasi sepanjang beberapa bar
yang diberikan dan murid-murid juga diberi tempo. Pengkaji menanda sama ada murid dapat
memainkan skor dengan tepat ataupun tidak. Ujian ini adalah untuk mengenalpasti dan
mengetahui tahap pengetahuan murid sama ada mereka telah menguasai sesuatu
kemahiran itu.
Pemerhatian dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Terdapat beberapa borang pemerhatian yang telah
dilaksanakan bagi tujuan mengumpul data ini. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat
mengumpul data dengan mudah kerana murid tidak perlu tertekan dengan pengkaji. Data
dapat dikumpul melalui sesi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan analisis yang dikumpul, rata-rata murid tidak mendapat pendedahan muzik di
luar sekolah. Setelah meneliti borang-borang seperti borang soal selidik dan ujian diagnostik,
pengkaji dapat mengenalpasti punca masalah. Pengkaji juga telah membuat pemerhatian
semasa di dalam kelas. Analisis dikumpul melalui pemerhatian tidak berstruktur kerana untuk
mendapat pengetahuan dan maklumat secara keseluruhan dan umum.
Analisis tidak berstruktur dipilih kerana akan memudahkan pengkaji mencatat data dan
menyenangkan proses pemerhatian dengan melihat dan mendapat maklumbalas secara
spontan dan melalui persekitaran yang biasa dan tidak memerlukan jenis interaksi yang
kadang-kadang boleh menyebabkan pelajar rasa tertekan dan mereka sendiri apabila
diperlihatkan melalui pemerhatian dan temubual yang berstruktur.
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Terdapat dua intervensi yang telah dijalankan bagi menangani masalah. Bagi intervensi satu,
terdapat empat aktiviti. Setiap aktiviti terdapat empat latihan yang berlainan bagi
membolehkan murid menguasai rekoder dan membaca notasi dengan baik. Antara aktivitinya
ialah latihan menepuk corak irama, latihan meniup rekoder mengikut tempo, latihan penjarian
dan juga latihan meniup melodi. Setiap aktiviti mempunyai latihan yang serupa namun
berbeza dari aras kesukaran. Mengikut pendekatan pembelajaran masteri, murid harus
menguasai sesuatu unit dahulu sebelum ke unit yang seterusnya. Oleh hal yang demikian,
setiap aktiviti telah dirancang bagi memudahkan murid meneguasai sesuatu unit sebelum ke
189

unit yang seterusnya. Bagi intervensi kedua pula, pengkaji telah merancang dua aktiviti yang
mempunya empat latihan yang sama namun berbeza dari aras kesukarannya.
Untuk mendapatkan data, pengkaji telah membina instrumen iaitu ujian. Ujian tersebut di
namakan ujian pra, ujian formatif dan juga ujian pasca. Terdapat 10 soalan di dalam ujian
tersebut. Ujian pra dilaksanakan sebelum intervensi dijalankan manakala ujian pasca
dijalankan setelah intervensi kedua dilakaksanakan. Bagi ujian formatif pula dijalankan
setelah selesai intervensi satu dijalankan.
Selain daripada itu, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian secara
berstruktur. Pengkaji ada menjalankan beberapa pemerhatian terhadap responden. Semasa
pemerhatian ini, pengkaji telah meminta bantuan rakan untuk sama-sama membuat
pemerhatian.
Di sini, pengkaji membuat pemerhatian tentang apa yang berlaku di dalam kelas.
Pengkaji akan melihat sejauh mana murid yang boleh bermain mengikut bacaan notasi pada
baluk, meniup dengan warna ton, memainkan corak irama, penjarian yang betul dan
memainkan melodi lagu. Pada setiap aktiviti, pengkaji melihat sejauh mana keberkesanan
penggunaan kaedah pembelajaran masteri ini bagi murid.
5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1: Graf Perbandingan Bilangan Responden Yang Mendapat Keputusan Ujian Lebih Dari
50 Markah
0
10
20
30
40
Graf Perbandingan Bilangan Responden Yang Mendapat
Keputusan Ujian Lebih Dari 50 Markah
Ujian Pra Ujian Formatif Ujian Pasca
190


Rajah 2: Graf Perbezaan Dalam Menguji Ketepatan Bagi Kriteria Yang Ditentukan Semasa
Kitaran Satu dan Kitaran Dua.
5.5 Rumusan Kajian
Setelah membuat pemerhatian yang berstruktur dan juga menjalankan ujian, pengkaji
mendapati bahawa responden berjaya meningkatkan diri mereka kepada tahap yang teratas
iaitu mereka dapat memainkan rekoder sambil membaca not-not B, A dan G secara semerta.
Walaupun dalam kitaran pertama, keputusan yang dilihat tidak berapa memberangsangkan,
namun, setelah menjalani kajian kitaran kedua, dengan kedua-duanya sekali menggunakan
pendekatan pembelajaran masteri, keputusan yang ditunjukkan amat memuaskan hati
semua pihak iaitu pengkaji dan juga responden. Ini adalah kerana penyusunan aktiviti yang
bermula dari senang ke susah telah banyak membantu responden. Ini mengakibatkan
responden menjadi tertarik terhadap aktiviti ini dan tidak rasa membebankan kerana aktiviti
pada tahap pertama masih dapat dimainkan oleh semua responden dan secara tidak
langsung, mereka menjadi lebih berminat terhadap muzik.
Selain itu juga, pengkaji memastikan bahawa responden dapat menguasai satu aktiviti
dahulu barulah pengkaji meneruskan ke aktiviti yang tahap tinggi sedikit. Ini dapat membantu
semua responden mengusai sesuatu kemahiran dahulu barulah meneruskan ke kemahiran
yang seterusnya. Hasil daripada kaedah ini, semua respoden dapat mengikuti pekembangan
pembelajaran dengan baik dan berkualiti.
5.6 Refleksi
Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan. Antaranya ialah kajian ini berjaya
dijalankan dengan sempurna walaupun pada awalnya agak susah untuk menghasilkan serta
melaksanakan kajian ini. Walaupun begitu, kajian ini telah berjaya dan mencapai objektif
yang diinginkan. Selain itu, kekuatan kajian ini juga adalah dengan penggunaan kaedah
pembelajaran masteri, kesemua responden berjaya meningkatkan diri mereka dalam
menguasai kemahiran membaca notasi dan bermain rekoder. Walaupun baru belajar pada
peringkat asas, namun, dengan pencapaian mereka pada kali ini dapat membantu mereka
pergi lebih jauh dengan mempelajari ilmu muzik dengan lebih mendalam. Kemahiran
membaca notasi dan bermain rekoder memerlukan masa yang agak panjang bagi
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Meniup
dengan warna
ton
Bermain corak
irama
Penjarian Bermain
melodi
Graf Perbezaan Dalam Menguji Ketepatan Bagi Kriteria Yang
Ditentukan Semasa Kitaran Satu dan Kitaran Dua.
Kitaran 1
Kitaran 2
191

membiasakan diri melatih dan membuat latihan yang banyak agar kemahiran yang sedia ada
ini dapat ditingkatkan lagi.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi meneruskan kesinambungan kajian ini, pengkaji mencadangkan agar kajian ini diteruskan
dengan menambahkan not-not yang baru iaitu dari not C sehingga C atas iaitu dengan tajuknya
Meningkatkan kemahiran murid membaca notasi dari C hingga C melalui permainan rekoder dengan
menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Dengan penggunaan kaedah ini yang menggabungkan
kaedah pembelajaran masteri bersama-sama ansur maju akan membantu responden dalam
mengatasi masalah mereka dan memantapkan lagi permainan rekoder mereka.
RUJUKAN
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Pelaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sains. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur. PTS Profesional.
Gardner, H. (1983). The disciplined mind: What all students should understand. NY: Basic Book.
















192

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGIMPROVISASI CORAK IRAMA MUDAH DALAM METER
LAZIM TIGAAN DAN EMPATAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PERKUSI MELALUI KAEDAH
PERMAINAN COLOUR AND COUNT DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Oleh:
CHRISTINA AK GAEL@QISTINA GAEL BT ABDULLAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama mudah dalam
meter lazim tigaan dan empatan menggunakan alat perkusi dengan Kaedah Permainan Colour
And Count. Kajian ini dijalankan ke atas 34 orang murid Tahun 5 yang menjalani kelas
Pendidikan Muzik di sekolah. Fokus kajian ini adalah untuk menilai tahap murid-murid dalam
mengimprovisasi corak irama mudah dalam meter lazim tigaan dan empatan dan memain kan
corak irama tersebut dengan alat perkusi. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan
menggunakan ujian diagnostik, soal selidik, dan pemerhatian. Dapatan tinjauan awal
menunjukkan bahawa penguasaan murid-murid terhadap kemahiran tersebut berada pada tahap
yang lemah. Untuk mengatasi masalah ini, Kaedah Pemainan Colour And Count telah digunakan.
Melalui data yang dikumpul dan dianalisis, telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah main
berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengimprovisasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji mencadangkan untuk kajian seterusnya, aktiviti soal jawab dan sistem merit demerit
untuk mengatasi kelemahan pada kitaran 1 dan 2.
1.0 PENDAHULUAN
Pengenalan
Untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, program pembelajaran
Pendidikan Muzik sekolah rendah memberikan penekanan pada pemerolehan ilmu pengetahuan
tentang muzik dan membina kemahiran muzikal secara amali melalui aktiviti muzik vokal dan
instrumental. Melalui program ini juga, murid akan mendapat pendedahan tentang seni muzik
secara lebih sistematik.Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah berfokus pada
bentuk amali agar aktiviti yang dijalankan menarik dan berkesan.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik, pengkaji berhadapan dengan satu
masalah iaitu responnden mengalami kesukaran dalam mengimprovisasi corak irama mudah
dalam meter lazim tigaan dan empatan apatah lagi memainkan corak irama yang telah
diimprovisai dengan alat perkusi. Oleh sebab itu, pengkaji telah cuba untuk mengatasi masalah
tersebut dengan menggnakan Kaedah Permainan Colour And Count yang dapat membantu
mereka mengimprovisasi corak irama dan sekaligus dapat memainkan corak irama tersebut
dengan alat perkusi.
Refleksi Nilai Pendidikan
Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang
amat penting ke arah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang
kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia
dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga
menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak. Proses improvisasi boleh
berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal
193

seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi
yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.
2.0 FOKUS KAJIAN
Masalah yang telah dikenal pasti adalah murid-murid mempunyai masalah pembelajaran muzik
terutamanya mengimprovisasikan corak irama mudah dalam meter tigaan dan empatan. Masalah
yang dikesan ialah murid-murid kelas 5 Cemerlang tidak mampu untuk mengimprovisasikan
corak irama balas dalam meter tigaan dan empatan. Masalah ini telah menyebabkan objektif bagi
pengajaran dan pembelajaran improvisasi corak irama mudah dalam meter tigaan dan empatan
tidak tercapai.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum
Meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama mudah dalam meter lazim tigaan dan
empatan dengan menggunakan alat perkusi dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Cemerlang
melalui Kaedah Permainan Colour And Count.
Objektif Khusus
Menepuk corak irama sepanjang dua bar dalam meter lazim tigaan dan empatan yang
melibatkan not kuaver, krocet, minim dan semibrif melalui Kaedah Permainan Colour And Count
dalam kalangan murid Tahun 5 Cemerlang.
Mengimprovisasi corak irama mudah dalam meter lazim yang melibatkan not minim, krocet,
kuaver, dan semibrif melalui Permainan Colour And Count dalam kalangan murid Tahun 5
Cemerlang.
Memainkan corak irama mudah dalam meter lazim yang melibatkan not minim, krocet, kuaver,
dan semibrif dengan menggunakan alat perkusi di dalam kalangan murid Tahun 5 Cemerlang
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 34 orang murid tahun 5 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Pandan
Indah, Selangor. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 20 orang murid perempuan dan 14 orang
murid lelaki. Majoriti murid-murid berbangsa Melayu iaitu seramai 33 orang dan hanya seorang
sahaja yang berbangsa Cina. Murid ini kebanyakannya tinggal di sekitar kawasan sekolah seperti
kawasan perumahan Pandan Indah, Pandan Jaya dan Taman Cahaya. Maka taburan demografi
status ekonomi keluarga murid-murid ini adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah
hingga keluarga yang berpendapatan tinggi.
5.0 PELAKSANAAN INTERVENSI
Pengkaji telah menjalankan sebanyak dua kitaran sepanjang kajian untuk meningkatkan kemahiran
murid dalam mengimprovisasi corak irama mudah dalam meter lazim dan memainkan corak irama
tersebut dengan alat perkusi. Kitaran 1 mempunyai empat intervensi dan kitaran 2 pula mempunyai
dua intervensi. Kedua-dua kitaran yang dijalankan menggunakan Model Stephen Kemmis (1983)
sebagai panduan dalam membuat perancangan.
5.1 Cara mengumpul data
Pengkaji menggunakan empat jenis instrumen di dalam kajian yang dijalankan iaitu penelitian
dokumen, ujian diagnostik, temu bual dan senarai semak. Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan
pasca untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid tentang pelajaran yang
telah diajar. Pemerhatian pula dijalankan untuk mencatat perubahan kriteria yang telah dibina oleh
pengkaji. Pengkaji telah menyediakan dua borang soal selidik (Lampiran 1&2) di mana borang selidik
yang pertama digunakan untuk memperolehi data responden seperti nama penuh, umur, bangsa dan
194

alamat semasa. Bagi borang soal selidik yang kedua adalah untuk membolehkan pengkaji
mengetahui isu sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Penelitian dokumen pula
digunakan menganalisis keputusan ujian akhir tahun reponden tahun 2012.
5.2 Cara Menganalisis Data
Langkah Cara Penilaian Cara Penganalisian
1 Ujian Terdiri daripada 2 ujian iaitu pra dan pasca. Sistem gerd pencapaian
seperti berikut:

Cemerlang : 80-100%
Baik : 60-79%
Lemah : 40-59%
Sangat lemah: 39% ke bawah
2 Pemerhatian Pemerhatian dilakukan untuk mengenalpasti kelemahan responden
dalam kriteria yang telah dibina .
3 Soal selidik Dua borong selidik dibina. Borang soal selidik 1 diguanakan untuk
mendapatkan maklumat murid dan borang soal selidik 2 digunakan
untuk sistem refleksi responden terhadap p&p sebelum kajian.
4 Penelitaian
dokumen
Tahap pencapaian ujian akhir tahun responden pada tahun 2012 di
tahap yang agak memuaskan. Bilangan responden mendapat gerd
B lebih banyak daripada responden mendapat gred A.

5.3 Tindakan
Kitaran 1
Intervensi Masa
Intervensi 1
Ujian pra
Menguasai simbol irama muzik dan nilainya
Menepuk not dalam meter lazim tigaan dan empatan
Latihan pengukuhan



30 minit
Intervensi 2
Menepuk corak irama mudah yang merangkumi not kuaver, krocet,
minim dan semibrif dalam meter lazim tigaan dan empatan sepanjang
dua bar
Dijalankan secara berperingkat



30 minit
Intervensi 3
Permainan Colour And Count
Petunjuk
~ kuaver (merah), krocet (hijau), minim (kuning), semibrif ( biru)
Cipta corak irama



30 minit
Intevensi 4
Mengimprovisasi corak irama sepanjang dua bar dengan Kaedah
Permainan Colour And Count
Menepuk corak iram yang diimprovisasi
Memainkan corak irama dengan alat perkusi
Ujian pasca



30 minit

195

Kitaran 2
Intervensi Masa
Intervensi 1
Ujian pra
Ulang kaji simbol irama muzik dan nilainya
Permainan ubah bentuknya



60 minit
Intervensi 2
Ulangkaji Permainan Colour And Count
Permainan alat perkusi
Ujian Pasca



60 minit

5. 4 Keputusan Kajian
Kitaran 1 Keputusan Kitaran 2
Ujian Pra B 1
C 29
D 4
B 13
C 21

Ujian Pra
Ujian Pasca B 14
C 20
A 3
B 31
Ujian


5.5 Rumusan Kajian
Persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga dapat dijawab dengan sokongan data yang
diperolehi daripada instrument pengumpulan data. Kajian ini berjaya dilaksanakan dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
5.6 Refleksi
Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengesan beberapa kekuatan. Kekuatan
pengkaji di dalam kajian ini dapat diukur apabila objektif kajian dapat dicapai. Pencapaian objektif
ini adalah satu kejayaan besar kerana Kaedah Permainan Colour And Count ternyata berjaya
membantu murid untuk mengimprovisasi corak irama dan memainkan corak irama tersebut
dengan mengunakan alat perkusi. Selain daripada kekuatan, aspek juga dapat dikesan oleh
pengkaji. Sepanjang intervensi dijalankan, murid kelihatan bosan sepanjang intervensi kerana
kaedah ini mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Murid juga tidak menumpukan
perhatian sepenuhnya dalam pembelajaran teori kerana mereka berpendapat bahawa
pembelajaran teori amat membosankan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Memandangkan intervensi yang dijalanka telah dapat meningkatkan kemahiran mengimprovisasi
corak irama mudah dalam meter lazim tigaan dan empatan dengan alat perkusi melalui Kaedah
Permainan Colour And Count, pengkaji bercadang untuk memperluaskan kajian seterusnya
dengan memgunakan kaedah soaljawab di dalam kumpulan dan penerapan peneguhan negatif
bersama sistem merit demerit yang mampu memperkukuhkan kemahiran murid-murid tersebut.


196

RUJUKAN
Aida Ibrahim (2006). Meningkatkan kemahiran murid menconggak fakta asas darab melalui pendekatan
permainan DOMINO. Jurnal Kajian Negeri Johor, (hlm. 1-12). Diperoleh daripada
http://wwwslidesharenet/shopza
Asmawati Ismail. (2012). Teknik bermain dalam P&P. Diperoleh daripada
http://www.slideshare.net/mamacayah/gaming-13721240
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008).
Buku manual kajian tindakan (Edisi ke-3). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.
Bruner, J. (1996). The culture of education. Cambridge, MA: Harvard University Press
Brian, S. S., Jay Mechling, Thomas W. J., & Felicia McMahon (1995). Childrens Folklore Source Book.
New York: Routledge.
Caplan and Caplan. (Jun 1991). Children's hero play of the 20th century: Changes Resulting From
Television's Influence, Child Study Journal. Vol. 21 Issue 2, pp. 79




















197

MENINGKATKAN PENGHASILAN KUALITI TON DALAM PERMAINAN REKODER BAGI MURID
TAHUN 5 BESTARI BERBANTUKAN MODUL PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Oleh:
SITI NURFAEZAH ASRI BINTI ASIRUL DAN ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaikkan pengajaran terhadap penghasilan kualiti ton
rekoder murid. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penghasilan ton dalam
permainan rekoder berbantukan modul persembahan multimedia di kalangan murid Tahun 5.
Berdasarkan pengalaman praktikum, pengkaji mendapati bahawa murid tidak dapat meniup rekoder
dengan kualiti ton yang baik. Pengkaji telah melaksanakan tinjauan masalah terhadap 24 orang murid
Tahun 5 Bestari yang terdiri daripada13 orang perempuan dan 11 orang lelaki pada praktikum fasa III di
sebuah Sekolah Kebangsaan. Analisis tinjauan awal mendapati pengetahuan yang sedikit dalam teknik-
teknik bermain rekoder yang betul adalah puncanya. Oleh itu, kajian tindakan ini berfokus kepada cara
untuk meningkatkan kemahiran bermain rekoder dengan penghasilan kualiti ton yang baik. Maka, modul
persembahan multimedia telah digunakan. Intervensi kajian tindakan ini dijalankan selama 6 minggu di
mana setiap intervensi mengambil masa selama 30 minit dan instrumen kajian seperti pemerhatian, ujian
pra dan pasca, temubual dan analisis dokumen digunakan untuk mengumpul data. Keputusan ujian
mendapati79% murid telah dapat meniup rekoder dengan kualiti ton yang sangat baik. Kesimpulannya,
penggunaan modul persembahan multimedia ini telah berjaya meningkatkan kemahiran penghasilan
kualiti ton yang baik dalam permainan rekoder murid. Maka dengan itu, cadangan kajian seterusnya ialah
untuk mengenai penghasilan kualiti ton yang baik dalam permainan rekoder yang meliputi not-not yang
lebih banyak dan sukar.
Kata Kunci: Kualiti Ton, Rekoder, Modul Persembahan Multimedia.
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Muzik merupakan salah satu mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah di Malaysia.
Salah satu aspek yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik adalah
pengalaman muzikal, di mana murid akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran bermain alatan
muzikal, antaranya permainan rekoder. Menurut huraian sukatan pelajaran KBSR, murid dikehendaki
untuk menguasai teknik bermain rekoder iaitu postur, penjarian, pernafasan, embouchure, penglidahan,
dan penghasilan ton, bermain sambil membaca notasi, serta bermain mengiringi nyanyian atau muzik
instrumental.
Kemahiran bermain rekoder secara asas dengan kualiti ton yang baik penting untuk memastikan
objektif pembelajaran yang dirancang mengikut sukatan pelajaran dapat dicapai, mengembangkan aspek
muzikal dalam diri murid, meningkatkan prestasi sekolah, selain memastikan murid berkembang secara
menyeluruh sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan cara bagaimana untuk meningkatkan penghasilan kualiti ton dalam permainan
rekoder bagi murid Tahun 5 Bestari. Fokus kajian ini dipilih selepas pengkaji berhadapan dengan
beberapa masalah semasa mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran rekoder di kelas 5 Bestari.
Masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid tersebut adalah murid tidak mempunyai kemahiran
bermain rekoder dengan kualiti ton yang baik. Kualiti ton permainan rekoder yang dihasilkan murid
sangat lemah di mana bunyi tiupan yang dihasilkan sumbang dan membingitkan. Mereka juga tidak
mempunyai kemahiran dalam teknik-teknik permainan rekoder seperti postur, embouchure, penglidahan,
pernafasan, dan penjarian yang amat penting dalam menghasilkan kualiti ton permainan rekoder yang
baik, selain tidak boleh membaca notasi muzik.
198

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Objektif umum yang telah digariskan oleh pengkaji adalah untuk meningkatkan penghasilan kualiti ton
dan kemahiran bermain rekoder dengan teknik yang betul dengan berbantukan modul persembahan
multimedia bagi murid Tahun 5 Bestari.
Objektif Khusus
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencapai objekif-objektif berikut:
1. Meningkatkan kemahiran bermain rekoder dengan aplikasi teknik postur, teknik penjarian, teknik
pernafasan, serta teknik embouchure dan penglidahan yang betul bagi murid Tahun 5 Bestari dengan
berbantukan modul persembahan multimedia.
2. Meningkatkan kemahiran bermain rekoder dengan penghasilan kualiti ton yang baik bagi murid
Tahun 5 Bestari dengan berbantukan modul persembahan multimedia.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 24 orang murid Tahun 5 Bestari yang terdiri daripada 13 orang perempuan dan 11
orang murid lelaki. Mereka terdiri daripada 22 orang berbangsa Melayu dan dua orang berbangsa India.
Kesemua murid ini juga tidak pernah mengambil sebarang kelas tambahan atau kelas muzik di luar
waktu sekolah, dan kebanyakkan daripada mereka langsung tidak boleh meniup rekoder dengan kualiti
ton yang baik dan tidak boleh membaca notasi muzik.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Tindakan kajian yang dijalankan oleh pengkaji menggunapakai Model Stephen Kemmis (1998). Model ini
terdiri daripada empat peringkat iaitu peringkat perancangan, peringkat tindakan, peringkat pemerhatian,
dan peringkat refleksi.
5.1 Cara Mengumpul Data / Maklumat
Untuk mendapatkan data tinjauan awal masalah, pengkaji telah memilih untuk menggunakan instrumen
pemerhatian berstruktur, senarai semak, temu bual berstruktur, dan ujian diagnostik. Instrumen-
instrumen kajian ini digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dan menguji tahap
kemahiran bermain rekoder murid-murid. Aspek-aspek yang dilihat melalui instrumen-instrumen ini
termasuklah tahap kebolehan murid dalam menghasilkan kualiti ton permainan rekoder dan dalam teknik-
teknik bermain rekoder, pengetahuan sedia ada, motivasi, minat, dan latar belakang murid.
Untuk melihat keberkesanan penggunaan modul persembahan multimedia dalam meningkatkan
kemahiran menghasilkan kualiti ton permainan rekoder yang baik bagi murid ini, pengkaji telah
menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian,
temubual, dan analisis dokumen. Aspek-aspek yang dilihat melalui penggunaan instrumen-instrumen ini
termasuklah peningkatan dalam kemahiran murid menghasilkan kualiti ton permainan rekoder,
peningkatan dalam aplikasi dan kemahiran bermain rekoder dengan teknik-teknik yang betul, selain
peningkatan motivasi, minat, dan keyakinan murid dalam bermain rekoder.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil dapatan soal selidik mendapati bahawa murid sangat berminat dalam mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik dan keinginan murid untuk mempelajari pemainan
rekoder tinggi. Daripada temubual berstruktur yang telah dijalankan pula, didapati latarbelakang muzik
bagi kebanyakan murid hanya daripada sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang diikuti
di sekolah sahaja. Daripada ujian diagnostik amali dan bertulis serta pemerhatian berstruktur yang telah
dijalankan, didapati kebolehan dan tahap kemahiran permainan rekoder murid Tahun 5 Bestari secara
199

keseluruhannya masih lemah dimana aspek postur, aspek pernafasan, penglidahan dan embouchure,
aspek penjarian dan pembacaan not B, A dan G, perletakan tangan dan jari, serta kualiti ton yang
dihasilkan dalam permainan rekoder mereka sangat lemah. Jadual 1 di bawah menunjukkan keputusan
ujian diagnostik amali murid dengan skala 5 sebagai skala tertinggi dan skala 1 sebagai skala terendah.
Jadual 1 Keputusan
Ujian Diagnostik Amali Murid (N=24)
Item / Skala Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Postur. 11 13 0 0 0
Pernafasan, penglidahan dan embouchure. 19 5 0 0 0
Penjarian dan pembacaan not B, A, dan G. 24 0 0 0 0
Perletakan tangan kanan dan kiri 16 8 0 0 0
Kualiti ton. 24 0 0 0 0

5.3 Tindakan Menangani Masalah
Kitaran 1
Pengkaji telah menjalankan empat sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kitaran ini dimana setiap
sesi mengambil masa selama 30 minit. Pada sesi pertama, pengkaji telah menjalankan sesi latihan
postur, latihan pernafasan, latihan embouchure dan penglidahan, latihan menepuk corak irama dan
latihan memperkenalkan not B. Kesemua latihan ini dijalankan dengan berbantukan modul persembahan
multimedia yang telah disediakan oleh pengkaji. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kedua dan
ketiga, latihan yang sama diulang akan tetapi corak irama yang berlainan digunakan dan pengenalan not
B ditukar kepada pengenalan not A dan not G. Terdapat juga latihan meniup not B dan A di akhir sesi
kedua dan latihan meniup not B, A, dan G di akhir sesi ketiga. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran
keempat pula, latihan tersebut diulang lagi, cuma corak irama yang berbeza digunakan dan tiada lagi
pengenalan not baru, hanya latihan meniup not B, A, dan G dalam pelbagai corak irama. Pada
penghujung setiap sesi, pengkaji telah mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah kepada murid.
Kitaran 2
Pada kitaran kedua pula, pengkaji telah menjalankan dua sesi pengajaran dan pembelajaran di mana
setiap sesi mengambil masa selama 30 minit. Pada sesi pertama, pengkaji telah menjalankan sesi latihan
mengingat semula, latihan pernafasan, latihan embouchure dan penglidahan, latihan menepuk corak
irama dan latihan meniup not B, A dan G. Kesemua latihan ini dijalankan dengan berbantukan modul
persembahan multimedia yang telah disediakan oleh pengkaji. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran
kedua pula, latihan yang sama diulang akan tetapi corak irama yang berlainan telah digunakan. Pada
penghujung setiap sesi, pengkaji telah mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah kepada murid.






200

5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1: Perbandingan Peratusan Keputusan Cemerlang Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 dan 2.
Jadual 2
Peratusan Murid Dengan Markah Cemerlang Pada Setiap Pemerhatian Aktiviti Intervensi (N=24)
Aspek Aktiviti Intervensi
1 2 3 4 5 6
Postur 29% 46% 54% 71% 79% 92%
Embouchure 21% 33% 42% 58% 75% 83%
Penjarian 17% 25% 42% 54% 63% 75%
Perletakan Tangan Kanan dan Kiri 25% 38% 63% 83% 92% 100%
Kualiti Ton 0% 13% 33% 50% 63% 79%

Jadual 3
Dapatan Hasil Temubual (N=24)
Item Sebelum Aktiviti
Intervensi
Selepas Aktiviti
Intervensi 1
Selepas Aktiviti
Intervensi 2
Ya /
Boleh
Tidak /
Tidak
Boleh
Ya /
Boleh
Tidak /
Tidak
Boleh
Ya /
Boleh
Tidak /
Tidak
Boleh
Minat bermain rekoder? 83% 17% 100% - 100% -
Tahu apa teknik-teknik bermain rekoder? - 100% 100% - 100% -
Boleh bermain rekoder dengan teknik-
teknik yang betul?
- 100% 75% 25% 83% 17%
Boleh bermain sambil membaca notasi B,
A, dan G dengan teknik yang betul?
- 100% 79% 21% 83% 17%
Boleh anda bermain rekoder dengan baik? - 100% 75% 25% 83% 17%

0%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
Postur Pernafasan,
Penglidahan, dan
Embouchure
Penjarian dan
Pembacaan Not B,
A, G.
Perletakan Tangan
Kanan dan Kiri
Serta Perletakan
Jari
Kualiti Ton
Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2
201

Jadual4
Peratusan Murid Menjawab Kesemua Soalan Dengan Betul (N=24)
Sesi
Intervensi
Soalan Betul
1 Mewarnakan not B pada keratan lagu (10 soalan). 42%
2 Mewarnakan not B dan A dalam dua warna yang berbeza pada keratan lagu
(10 soalan).
54%
3 Mewarnakan not B, A, dan G dalam tiga warna yang berbeza pada keratan
lagu (10 soalan).
63%
4

5

6
Mewarnakan not B, A, dan G dalam tiga warna yang berbeza pada keratan
lagu (10 soalan).
Mewarnakan not B, A, dan G dalam tiga warna yang berbeza pada keratan
lagu dan teknik-teknik bermain rekoder (10 soalan).
Mewarnakan not B, A, dan G dalam tiga warna yang berbeza pada keratan
lagu dan teknik-teknik bermain rekoder (10 soalan).
67%

79%

83%

5.5 Rumusan Kajian
Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, keputusan data ujian pra dan pasca, serta keputusan
data pemerhatian digunakan. Sebelum sebarang tindakan intervensi kajian dijalankan, kemahiran murid
dalam teknik-teknik bermain rekoder sangat lemah. Ini dibuktikan apabila pengkaji menjalankan ujian pra
yang menguji kesemua aspek permainan rekoder dan didapati murid mempunyai kemahiran yang sangat
lemah di dalam teknik-teknik bermain rekoder di mana peratusan pencapaian murid dalam markah
cemerlang adalah 0%. Pada ujian pasca dua, sebanyak 92% peningkatan dapat dilihat pada aspek
postur, sebanyak 83% peningkatan pada aspek embouchure, pernafasan dan penglidahan, sebanyak
75% peningkatan pada aspek penjarian dan pembacaan notasi, serta sebanyak 100% peningkatan pada
aspek perletakan tangan kanan dan kiri. Dapatan ini turut disokong oleh dapatan Sam Sze Ni (2012)
dimana kemahiran bermain rekoder mengikut notasi telah dapat ditingkatkan di kalangan murid Tahun 4
telah dapat ditingkatkan menggunakan kombinasi multimedia yang terdiri daripada audio dan visual.
Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua pula, keputusan data ujian pra dan pasca, keputusan
data pemerhatian serta keputusan data temubual digunakan. Sebelum sebarang tindakan intervensi
kajian dijalankan, kemahiran bermain rekoder dengan penghasilan kualiti ton yang baik di kalangan murid
adalah tersangat lemah di mana pada ujian pra yang menguji penghasilan kualiti ton permainan rekoder
di kalangan murid dan keputusannya adalah 0%. Apabila tindakan intervensi telah dilaksanakan,
kemahiran bermain rekoder dengan penghasilan kualiti ton yang baik di kalangan murid telah meningkat
dengan sangat memberangsangkan berikutan berlakunya perkembangan dalam aplikasi teknik yang
betul di dalam permainan rekoder mereka. Ini dapat diperhatikan dengan jelas pada hasil dapatan
pemerhatian yang menunjukkan peratusan peningkatan penghasilan kualiti ton permainan rekoder
tersebut selepas setiap aktiviti intervensi telah dilaksanakan. Ini turut disokong oleh keputusan ujian
pasca dua di mana peningkatan peratusan murid yang mendapat markah cemerlang dalam aspek
penghasilan kualiti ton ini adalah tinggi iaitu sebanyak 79%. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan
kajian oleh Aszoura (2007) yang mendapati pengaplikasian multimedia berbentuk powerpoint interaktif
telah meningkatkan penguasaan konsep Sains dalam tajuk sel untuk sains Tingkatan Satu.
Sehubungan dengan itu, hasil dapatan kajian dalam kitaran satu dan dua telah jelas membuktikan
bahawa pendekatan pengajaran berbantukan modul persembahan multimedia ini sememangnya dapat
202

membantu meningkatkan kemahiran murid dalam bermain rekoder dengan penghasilan kualiti ton yang
baik, dan objektif yang telah ditetapkan telah berjaya dicapai.
5.6 Refleksi
Penyelidik telah melihat pengajaran dengan berbantukan modul persembahan multimedia ini telah
mewujudkan keseronokan dan meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti aktiviti pengajaran yang
dijalankan kerana modul tersebut menekankan pembelajaran secara tersusun dan berperingkat dan
aplikasi multimedia pula menekankan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif. Motivasi
murid juga telah dapat ditingkatkan menjadi motivasi bersifat lebih intrinsik dalam mengikuti aktiviti
pembelajaran dan bukan lagi bersifat motivasi luaran sahaja.
Di sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji juga telah mempelajari banyak kemahiran-
kemahiran baru seperti bagaimana untuk menghasilkan satu tindakan yang tersusun, terancang, dan
bersistematik untuk mengatasi sesuatu isu yang timbul, selain melatih pengkaji berfikir di aras yang lebih
tinggi. Pelaksanaan kajian tindakan ini telah menjadi sebuah pengalaman yang cukup berharga kepada
diri pengkaji.
6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Pengkaji mencadangkan kajian seterusnya adalah mengenai penghasilan kualiti ton yang baik dalam
permainan rekoder yang meliputi not-not yang lebih banyak dan sukar. Kajian tersebut boleh meliputi not
C sehingga not C. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan kajian seterusnya adalah mengenai
peningkatkan kualiti warna ton dalam permainan rekoder dengan mengaplikasikan penggunaan perisian
permainan yang diterapkan bersama penggunaan modul persembahan multimedia.
RUJUKAN
Aszoura Binti Muhamed Salleh. (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan komputer
(penggunaan perisian powerpoint interaktif) terhadap peningkatan penguasaan konsep sains
dalam tajuk sel untuk Sains Tingkatan Satu. Fakulti Sains dan Pendidikan Asas, University
Terbuka Malaysia, Serdang Jaya.
Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1998). The action research planner: Action research and the critical
analysis of pedagogy. Melbourne: Deakin University.
Sam Sze Ni. (2012). Meningkatkan kemahiran memainkan rekoder mengikut notasi melalui kaedah
kombinasi audio dan visual dalam kalangan murid Tahun Empat Zuhal. Jurnal Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.








203

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENEPUK DETIK MENGIKUT LAGU SECARA KONSISTEN
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERGERAKAN BAGI MURID TAHUN 1 CEKAL
Oleh:
SOPHIA ANAK ASSOM DAN LEE YOKE FUN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaikkan pengajaran terhadap konsep detik yang
konsisten. Objektif kajian ini bertujuan unutk meningkatkan kemahiran murid membuat pergerakan kreatif
dengan detik yang konsisten menggunakan kaedah pergerakan bagi murid Tahun Satu. Berdasarkan
pengalaman semasa menjalani sesi praktikum, pengkaji mendapati bahawa murid seringkali tidak
mampu membuat pergerakan mengikut detik lagu dengan konsisten. Berdasarkan kepada permasalahan
ini, pengkaji telah membuat tinjauan terhadap 15 orang murid Tahun 1 Cekal pada praktikum fasa III di
sebuah sekolah kebangsaan. Melalui analisis tinjauan awal yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa
kurangnya penekanan terhadap konsep detik menyebabkan murid tidak mampu membuat pergerakan
kreatif mengikut detik dengan konsisten. Oleh sebab itu, kajian tindakan ini memfokuskan kepada cara
meningkatkan kemahiran murid membuat pergerakan mengikut detik dengan konsisten. Pengkaji telah
memilih kaedah pergerakan sebagai kaedah dalam intervensi. Intervensi telah dijalankan selama 5
minggu dan setiap intervensi adalah selama 30 minit dengan menggunakan instrumen kajian seperti
pemerhatian dan ujian pra dan pasca. Keputusan ujian pasca menunjukkan seramai 86.67% murid dapat
membuat pergerakan kreatif mengikut detik lagu yang diperdengarkan. Kesimpulannya, kaedah
pergerakan yang digunakan berjaya dalam meningkatkan kemahiran murid membuat pergerakan kreatif
mengikut detik lagu dengan konsisten. Cadangan kajian seterusnya ialah dengan menggunakan kaedah
belajar sambil main bagi mengajar konsep detik yang konsisten.
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini berfokuskan kepada masalah murid yang tidak mampu membuat pergerakan mengikut detik
yang konsisten. Kajian ini juga bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah pergerakan dalam
mengatasi isu detik yang tidak konsisten dalam kalangan murid Tahun 1.
1.1 Pengenalan

Detik merupakan salah satu sub-topik bagi konsep irama. Kemahiran mengekalkan detik dengan
konsisten adalah amat penting kerana detik merupakan asas bagi mempelajari konsep muzikal yang lain
dengan efektif. Kemahiran ini juga merupakan kemahiran yang paling susah dikuasai kerana kanak-
kanak pada lazimnya tidak memahami kepentingan pengekalan detik yang konsisten. Bagi menarik minat
murid tahun 1, pengkaji telah menggunakan kaedah pergerakan bagi mengatasi masalah ini. Hal ini juga
disebabkan oleh kecenderungan minat murid terhadap aktiviti yang berbentuk pergerakan.


1.2 Refleksi Pengajaran & Pembelajaran

Setelah menjalankan beberapa fasa sesi praktikum di pelbagai sekolah, pengkaji mendapati bahawa
masalah mengekalkan detik yang konsisten merupakan masalah yang berulang kali terjadi tidak mengira
umur murid, sama ada semasa menanyi, memainkan alat perkusi ataupun membuat pergerakan. Hal ini
walau bagaimanapun lebih ketara apabila membuat aktiviti pergerakan. Oleh sebab itu, pengkaji telah
membuat keputusan untuk membuat kajian tindakan terhadap murid Tahun 1 Cekal kerana ingin
menangani masalah ini sejak awal persekolahan lagi. Pengkaji juga memfokuskan kajian terhadap
pergerakan kerana ia merupakan aktiviti muzikal yang lebih menarik minat murid yang berumur 7 tahun.



204

1.4 Refleksi Nilai Pendidikan

Kepentingan kajian ini dijalankan dengan memilih kemahiran detik sebagai fokus utama adalah kerana
untuk membolehkan muid menguasai asas dalam konsep muzik terlebih dahulu sebelum menguasai
kemahiran yang lain. Ia juga bagi memudahkan murid apabila terpilih untuk terlibat dalam persembahan
yang berbentuk kumpulan kerana keseragaman dari segi detik merupakan perkara yang amat penting
dalam satu-satu persembahan. Konsep detik yang konsisten dapat mengajar murid untuk menghayati
lagu supaya dapat memudahkan mereka mengikut tempo yang betul.


2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada masalah murid yang tidak mampu membuat pergerakan dengan detik
yang konsisten. Kaedah pergerakan telah digunakan bagi sesi intervensi dengan kumpulan sasaran.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Meningkatkan kemahiran menepuk detik mengikut tempo lagu secara konsisten dengan menggunakan
kaedah pergerakan bagi murid Tahun 1 Cekal.


Objektif Khusus:

1. Murid dapat melakukan pergerakan menepuk tangan mengikut detik metronom yang
diperdengarkan dengan menggunakan kaedah pergerakan
2. Murid dapat melakukan pelbagai pergerakan kreatif mengikut detik lagu yang diperdengarkan
dengan detik yang konsisten menggunakan kaedah pergerakan.


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai 15 (7 murid perempuan dan 8 murid lelaki) orang murid
tahun satu di sebuah sekolah di Ampang, Kuala Lumpur. Kesemua murid adalah berbangsa Melayu.
Majoriti murid juga berasal dari latar belakang keluarga yang berpendapatan sederhana. Walau
bagaimanapun, kesemua murid tidak mempunyai pengetahuan asas tentang muzik. Mereka juga tidak
pernah mengikuti kelas muzik di luar waktu kelas. Murid tahun satu ini dipilih kerana pengkaji ingin
seawal mungkin memupukkan kesedaran detik dan tempo yang konsisten dalam diri murid. Murid kelas
ini juga dikenal pasti agak aktif tetapi dalam keadaan yang terkawal . Kebanyakkan murid menyukai
subjek Dunia Muzik dan mampu memahami serta mengingati setiap konsep muzik yang diajar walaupun
subjek Dunia Muzik hanyalah sekali seminggu.


5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1Cara Pengumpulan Data

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian berstruktur dan ujian pra dan pasca.
Pemerhatian telah dijalankan dengan bantuan borang senarai semak dan rakan praktikum sebagai
pemerhati bagi memerhatikan beberapa aspek yang dikehendaki oleh pengkaji semasa menjalankan
intervensi. Ujian pra dan pasca pula dijalankan sebelum intervensi kitaran satu dan selepas intervensi
kitaran dua. Ujian pra dan pasca ini dijalankan dengan menguji kemahiran menepuk tangan dan
membuat pergerakan mudah bagi mengekspresikan detik lagu yang diperdengarkan kepada mereka.

205


5.2 Analisis Tinjaun Awal

Pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik bagi mengenal pasti tahap masalah murid secara
keseluruhan. Ujian diagnostik yang dijalankan adalah dengan memasang lagu Chicken Dance dan
meminta murid menepuk tangan mengikut detik lagu tersebut. Melalui ujian tersebut, pengkaji mendapati
bahawa murid tidak dapat menghayati detik dengan betul apabila dilihat hanya menepuk tangan
mengikut keseronokan masing-masing.Mereka juga tidak mampu membezakan detik dan tempo. Selain
daripada itu, murid dalam kumpulan sasaran juga didapati tidak dapat bergerak mengikut detik dengan
konsisten tanpa bimbingan guru. Masalah utama yang menyebabkan murid tidak dapat mengekalkan
detik dengan konsisten ialah kurangnya peneguhan untuk mengekalkan detik secara konsisten oleh guru
muzik.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Pengkaji telah menjalankan tiga aktiviti bagi setiap kitaran dengan menggunakan kaedah pergerakan.
Setiap aktiviti dijalankan selama 30 minit sekali seminggu. Setiap aktiviti dimulakan dengan perkara yang
mudah dahulu dan kemudiannya akan menjadi lebih rumit bagi menguji kemahiran dan kebolehan murid.
Penggunaan metronom telah diaplikasikan bagi membiasakan murid mengesan detik. Beberapa lagu
yang pernah dipelajari juga digunakan bagi membolehkan murid mengaitkan lagu tersebut dengan
konsep detik yang konsisten.

5.4 Keputusan Kajian



0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
cemerlang baik lemah sangat lemah
p
e
r
a
t
u
s

m
u
r
i
d

Tahap Pencapaian
Keputusan Ujian Pra dan Pasca Item 1
Ujian Pra
Ujian Pasca
206



Berdasarkan kepada jadual perbandingan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat perubahan yang ketara
dalam kedua-dua item yang diuji semasa ujian pra dan ujian pasca. Ujian dijalankan dengan meminta
murid bergerak mengikut detik lagu Gajah Menari. Penilaian akan dilihat pada dua item sahaja iaitu
keupayaan murid menepuk tangan mengikut detik lagu Gajah menari dan keupayaan murid melakukan
pergerakan kreatif mengikut detik lagu Gajah Menari. Bagi ujian ini, murid akan diuji secara individu.

Pemerhatian



Graf perbandingan di atas adalah berdasarkan kepada keupayaan murid menguasai aspek yang
diperhatikan. Murid yang menguasai adalah murid yang berada dalam tahap cemerlang, baik dan
0
10
20
30
40
50
60
cemerlang baik sangat lemah lemah
P
e
r
a
t
u
s

Tahap pencapaian
Keputusan Ujian Pra dan Pasca Item 2
Ujian Pra
0
20
40
60
80
100
120
Aspek 1 Aspek 2 Aspek 3
Kitaran 1
Kitaran 2
207

sederhana. Manakala murid yang berada pada tahap lemah dan sangat lemah adalah murid yang tidak
dapat menguasai item-item tersebut. Graf perbandingan pada di atas hanya berdasarkan kepada
murid yang mampu menguasai item tesebut. Berdasarkan kepada graf perbandingan itu, 100%
murid mampu menguasai Item 1 iaitu mempunyai keyakinan diri yang tinggi semasa melakukan aktiviti
dalam setiap intervensi sama ada pada kitaran 1 ataupun kitaran 2. Manakala bagi Item 2, iaitu
keupayaan mengekalakan detik yang kosisten sepanjang lagu pula, terdapat perbezaan yang ketara
antara peratus pencapaian murid pada kitaran 1,iaitu hanya 33.34% dan kitaran 2, iaitu sebanyak
93.4%. Aspek 3 yang menguji keupayaan mengubah pergerakan dengan mengekalkan detik yang
kosisten sepanjang lagu hanya mendapat pencapaian sebanyak 40% bagi kitaran 1. Manakala
kitaran 2 pula mencatatkan peningkatan sehingga 80% daripada jumlah murid.
Jelaslah melalui graf perbandingan tersebut tentang keberkesanan kaedah pergerakan yang digunakan
bagi mengajar detik konsisten kepada murid darjah 1. Namun begitu, aktiviti yang menggunakan kaedah
pergerakan perlulah dirancang dengan teliti suapaya keberkesanannya dalam jumlah yang maksima.


5.4 RUMUSAN KAJIAN

Rumusan kajian adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan. Persoalan
kajian pula merupakan soalan yang dibina oleh pengkaji berdasarkan kepada objektif khusus kajian.
Berdasarkan kepada keputusan kajian yang telah diterjemahkan dalam bentuk graf perbandingan,
dapat dilihat bahawa kesemua objektif kajian khusus telah terjawab apabila setiap ujian dan
pemerhatian yang dijalankan mencatakan peningkatan yang mendadak dari segi pencapaian murid.
Hal ini jelas menujukkan keberkesanan kaedah pergerakan dalam menangani masalah murid untuk
bergerak dengan detik yang konsisten mengikut lagu.


5.5 REFLEKSI

Melalui kajian tindakan ini, pengkaji telah mempelajari bagaimana untuk merancang sesuatu tindakan
dengan bersistematik dan memastikan keberkesanannya. Hali ini kerana, mengajar kemahiran
bergerak mengikut lagu dengan mengekalkan detik dengan konsisten bukanlah perkara yang senang.
Saya mendapati bahawa kekuatan saya dalam menjalankan kajian tindakan ini adalah aktiviti yang
berbentuk pergerakan dan kajian ini agak menjimatkan dari segi kos dan penggunaan alat bantu
mengajar. Kelemahannya pula adalah pengawalan kelas dan juga kekangan masa untuk
merancang intervensi dengan lebih terperinci.


6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji menyarankan penggunaan kaedah bermain sambil belajar pada kajian tindakan yang
melibatkan konsep detik yang konsisten pada masa akan datang. Hal ini kerana pengkaji mendapati
bahawa murid-murid Tahun 1 lebih cepat mempelajari sesuatu konsep muzikal apabila dijalankan dalam
bentuk permainan atau pergerakan. Pengkaji juga menyarankan pengawalan kelas yang tegas tetapi
mesra dengan menekankan peneguhan positif terhadap murid.


RUJUKAN
Ellen Booth Church (1992) . Music And Movement (Music Through Play). Scholastic Inc. New York.
Farber, A. & Parker, L. (1987). Discovering Music Through Dalcroze Eurhythmics. Music Educators
Journal, 74(3), 43-45
Jae-Eun Jeong. (2005). Adaptation of Dalcroze methodology to the teaching of music to kindergarten
students in korea. Unpublished Master Degree dissertation, Boston University.
208

MENINGKATKAN KETEPATAN SASARAN KETIKA MELAKUKAN TENDANGAN LERET DALAM
PERMAINAN BOLA SEPAK BAGI MURID TAHUN 4 DEDIKASI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
PRAKTIS RANDOM
Oleh
AHMAD HAFIZ BIN ADNAN & DR. MOHD KHAMDANI BIN SAIRI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan ketepatan sasaran ketika melakukan tendangan leret
dalam permainan bola sepak. Lapan orang murid Tahun 4 yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
empat orang perempuan telah dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran kajian di sebuah sekolah
kebangsaan di daerah Hulu Langat, Selangor. Pengkaji telah menjalankan intervensi dengan aktiviti yang
berprinsipkan praktis random bagi mengatasi masalah kumpulan sasaran kajian ini. Pengkaji telah
menjalankan sesi intervensi selama empat minggu dengan dua kali sesi seminggu. Pengkaji telah
menjalankan intervensi ini selama 30 minit untuk setiap sesi. Instrumen penilaian perlakuan sebelum dan
selepas intervensi terdiri daripada pemerhatian melalui senarai semak fasa perlakuan serta ujian
ketepatan sasaran menggunakan sub ujian daripada Manual Ujian Spesifik Bola Sepak. Keputusan
kajian menunjukkan min peningkatan lakuan sebanyak 21.8%. Min peratus peningkatan ketepatan
sasaran pula ialah 249.9%. Dapatan ini menunjukkan bahawa aktiviti praktis random dapat meningkatkan
ketepatan sasaran dalam kemahiran tendangan leret dalam kalangan murid Tahun 4. Oleh itu, aktiviti
praktis random sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Kata kunci : Tendangan leret, ketepatan sasaran, praktis random

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Menurut Dauer (1995), Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang
menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan dan pembangunan
keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan Jasmani terdiri daripada tiga tunjang utama, iaitu kecergasan,
kesukanan dan kemahiran. Menurut Nichols (1994), menendang bola adalah salah satu kemahiran asas
motor yang dipelajari semasa awal persekolahan dan menjadi asas kepada perkembangan kemahiran di
dalam sukan serta perubahan aktiviti cara hidup. Kemahiran yang lebih kompleks digunakan dalam
kebanyakan sukan dan permainan digabung dan diadaptasikan bagi meningkatkan kemahiran motor
kanak-kanak. Misalnya kemahiran tendangan leret (Ignico, 1994).

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa menjalani praktikum selama tiga bulan di salah sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, pengkaji
telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
di bawah tunjang kemahiran iaitu tendangan leret dalam permainan bola sepak. Pengkaji mendapati
kebanyakan murid tahun 4 Dedikasi menunjukkan kesukaran dalam melakukan tendangan leret tepat ke
sasaran iaitu rakan mereka. Pengkaji telah mengurangkan tahap kesukaran aktiviti yang dibuat supaya
mudah dilakukan oleh murid-murid. Namun, ia masih tidak membuahkan hasil yang baik bagi setiap
murid. Selain itu, pengkaji juga mendapat maklum balas daripada murid yang sering kali merungut
kerana tendangan leret yang dilakukan tidak menepati sasaran. Malah, pengkaji juga mendapati terdapat
beberapa orang murid tidak memberi perhatian dan kurang minat dengan aktiviti yang dijalankan.
Kebanyakan mereka menjadi kurang berkeyakinan apabila pengkaji memberi arahan untuk melakukan
aktiviti tersebut. Pengkaji telah mendapati murid tahun 4 Dedikasi mengalami masalah ketepatan sasaran
ketika melakukan tendangan leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki dominan. Permasalahan
ini telah menyedarkan pengkaji untuk mengambil langkah positif dengan memikirkan penyelesaian untuk
membantu mereka. Menurut Payne dan Isaacs (2008), pada usia 9 tahun hingga 11 tahun, murid sudah
dapat menguasai kemahiran yang pelbagai sebagai contohnya berlari, melontar, menyepak, menangkap
dan menggelecek secara pantas dan sepatutnya mereka mempunyai tahap koordinasi yang lebih baik.
209

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pengkaji telah mengaplikasi teori Fits and Posner (1967) sepanjang kajian ini dilaksanakan. Teori ini
menyatakan bahawa pembelajaran kemahiran dipelajari oleh pelajar melalui peringkat demi peringkat.
Fitts dan Posner telah mengenal pasti beberapa peringkat atau fasa dalam pembelajaran kemahiran
kerana proses pembelajaran adalah kompleks. Hal ini kerana, setelah maklum balas diberi, murid akan
cuba mengurangkan kesalahan yang dilakukan. Pada peringkat terakhir, murid mampu melakukan
kemahiran tendangan leret dengan lakuan yang betul tanpa bimbingan guru. Teori ini sesuai untuk mata
pelajaran Pendidikan Jasmani terutama dalam mengajar sesuatu kemahiran kepada murid-murid.
Kemahiran yang ingin diajar kepada murid-murid perlu berperingkat supaya murid dapat menguasai
kemahiran tersebut.


2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah untuk meningkatkan ketepatan sasaran ketika melakukan tendangan leret dalam
permainan bola sepak bagi murid tahun 4 Dedikasi dengan menggunakan kaedah praktis random.
Berdasarkan pemerhatian sepanjang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati
murid tahun 4 Dedikasi tidak dapat melakukan kemahiran asas tendangan leret tepat ke sasaran. Antara
isu kajian yang difokuskan adalah murid gagal melakukan tendangan leret menggunakan bahagian
dalam kaki dominan tepat ke sasaran pada jarak yang telah ditetapkan dan murid tidak berkeyakinan dan
berminat dalam melaksanakan kemahiran tendangan leret dengan teknik yang betul.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan ketepatan tendangan leret dalam permainan bola sepak dalam kalangan murid tahun 4
Dedikasi dengan menggunakan kaedah praktis random.

3.2 Objektif Khusus

Meningkatkan ketepatan murid dalam melakukan kemahiran tendangan leret menggunakan bahagian
dalam kaki dominan tepat kepada sasaran dengan menggunakan kaedah praktis random.

3.3 Persoalan Kajian

Adakah praktis random dapat meningkatkan ketepatan sasaran ketika melakukan tendangan leret
menggunakan bahagian dalam kaki dominan dalam permainan bola sepak?


4.0 KUMPULAN SASARAN

Subjek yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 8 orang, yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki
dan 4 orang murid perempuan yang mengalami masalah dalam melakukan kemahiran tendangan leret
menggunakan bahagian dalam kaki dominan tepat ke sasaran dalam permainan bola sepak. Kesemua
mereka dari kelas yang sama iaitu kelas pertengahan. Subjek yang terlibat tidak mempunyai latar
belakang kemahiran tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dominan tepat ke sasaran
dalam permainan bola sepak yang baik. Subjek juga tidak pernah mewakili sekolah dalam aktiviti
kokurikulum. Justeru itu, masalah yang dialami subjek kajian perlu diperbaiki supaya mereka dapat
menguasai kemahiran tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dominan tepat ke sasaran
dengan baik.


210

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara Mengumpul Data
5.1.1 Ujian
Data bagi ujian pra dan pasca dikutip dan dikumpulkan melalui kaedah pengujian iaitu melalui sub ujian
dalam Manual Ujian Spesifik Bola Sepak yang yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni Dan
Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Tujuan ujian ini adalah untuk menilai ketepatan
sasaran tendangan leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki dominan subjek kajian. Data ujian
yang diperolehi akan dianalisis secara deskriptif melalui ujian ini. Ujian pra dan pasca digunakan untuk
membandingkan prestasi sebelum dan selepas subjek menjalani intervensi.

5.1.2 Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk merekod lakuan tendangan leret subjek kajian terhadap kajian yang
dilakukan semasa ujian pra dan pasca. Melalui kajian ini kaedah senarai semak telah di gunakan untuk
merekod lakuan kemahiran subjek. Menurut Creswell (2003), pengkaji mempunyai kelebihan untuk
merekod maklumat sebenar tentang perkara yang berlaku dalam persekitaran dan untuk mengkaji
tingkah laku yang sebenar.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Ujian
Berdasarkan data yang telah dikumpul daripada ujian pra dan ujian pasca, pengkaji telah menganalisis
dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2010 dan telah menterjemahkannya ke dalam bentuk graf
dan disertakan dengan penerangan yang membantu menjelaskan perihal yang ditunjukkan di dalam graf
dan jadual tersebut. Pengkaji mendapatkan min dan peratus berdasarkan data ujian pra dan ujian pasca
yang dilakukan. Seterusnya, perbandingan antara ujian pra dengan ujian pasca dilakukan bagi
memastikan sama ada latihan intervensi yang diberikan dapat memberikan peningkatan kepada subjek
kajian ataupun sebaliknya.

5.2.2 Pemerhatian
Berdasarkan data yang dikumpul melalui enam kriteria lakuan dalam kemahiran tendangan leret,
pengkaji telah membina senarai semak yang berlandaskan Manual Ujian Spesifik Bola Sepak yang yang
dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Enam kriteria
utama lakuan tendangan leret adalah mata fokus pada bola (L1), kaki sokongan di sebelah bola (L2),
condongkan badan sambil kaki dominan dihayunkan ke belakang (L3), gunakan bahagian dalam kaki
(L4), sepakan pada bahagian tengah bola (L5) dan lajakan (follow through) (L6). Kaedah ini dianalisis
berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. Setiap kriteria lakuan yang berjaya dilaksanakan oleh
subjek kajian akan di tanda (/) sebaliknya subjek yang tidak berjaya menguasai lakuan akan ditanda (x).

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Berikut merupakan jadual pelaksanaan intervensi praktis random selama empat minggu di mana setiap
sesi selama 30 minit. Intervensi yang disediakan selaras dengan objektif kajian ini.

MINGGU INTERVENSI BILANGAN SESI MASA
1. Tendangan leret tepat kepada sasaran (dinding)
dalam jarak 10 meter.
2 kali seminggu 30 Minit setiap sesi
2. Tendangan leret berpasangan dalam jarak 10
meter.
2 kali seminggu 30 Minit setiap sesi
3. Tendangan leret melalui dua skitel kepada
pasangan.
2 kali seminggu 30 Minit setiap sesi
4. Hantaran leret berkumpulan dalam jarak 10
meter.
2 kali seminggu 30 Minit setiap sesi

211

5.4 Keputusan Kajian


















Dapatan kajian mendapati berlaku peningkatan terhadap bilangan skor yang diperolehi. Jadual
menunjukkan S4 telah melakukan peningkatan yang tertinggi dengan meningkat sebanyak 13 markah,
diikuti dengan S8 dengan peningkatan sebanyak 10. S2 dan S3 telah meningkat sebanyak 8 markah,
manakala S1 dan S5 telah meningkat sebanyak 7 markah. S6 telah menunjukkan peningkatan yang
sedikit dengan meningkat sebanyak 6 markah sahaja. Jadual juga menunjukkan perbandingan min
antara ujian pra dan min ujian pasca untuk tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dominan
tepat kepada sasaran. Rajah di atas menunjukkan peningkatan berlaku terhadap min ujian pra dan min
ujian pasca, iaitu sebanyak 8.25. Bagi peratus peningkatan pula, S8 telah menunjukkan peningkatan
yang tertinggi iaitu sebanyak 500%, diikuti dengan S6 iaitu sebanyak 300%. S4 pula telah mencatatkan
peningkatan sebanyak 260% manakala S5 dan S7 telah meningkat sebanyak 233%. S3 pula
mencatatkan peningkatan sebanyak 200% dan S1 meningkat sebanyak 140%. S2 mencatatkan
peningkatan yang paling sedikit iaitu sebanyak 133%. Dapatan ini jelas menunjukkan subjek yang terlibat
dapat melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dominan tepat kepada sasaran
dengan lebih baik selepas menjalani latihan intervensi praktis random yang disediakan selama 4 minggu.

5.4 Rumusan Kajian

Hasil dapatan kajian yang diperolehi setelah menjalankan intervensi selama empat minggu ke atas
subjek kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap ketepatan sasaran ketika melakukan
tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dominan. Peningkatan ini menunjukkan bahawa
latihan intervensi praktis random yang diberikan telah menunjukkan kesan yang positif terhadap
ketepatan sasaran ketika melakukan tendangan leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki
dominan. Perkara ini disokong dalam kajian Vera, Alvarez, dan Medina, (2008) yang bertajuk Effects of
Different Practice Conditons On Acqusition, Retention, And Transfer Of Soccer Skills By 9 Year School;
Children telah mengkaji kesan praktis tiga model iaitu, praktis blocked, praktis random, dan gabungan
pada pemerolehan, pengekalan dan pemindahan kemahiran motor baru terhadap kanak-kanak. Hasil
dapatan mendapati kaedah praktis random menunjukkan peningkatan yang bagus berbanding praktis
lain. Ia juga disokong oleh kajian Schmidt & Wrisberg, (2008) yang mendapati bahawa peserta yang
menjalani praktis random berjaya memperlihatkan lakuan yang lebih baik berbanding dengan peserta di
bawah praktis blocked.

5.5 Refleksi

Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa kekuatan semasa
menjalankan kajian ini seperti pemilihan instrumen ujian diagnostik yang tepat dan telah membantu
pengkaji untuk mengenalpasti subjek yang lemah. Bagi ujian pra dan pasca, instrumen yang digunakan
oleh pengkaji diambil daripada Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

Subjek
Keputusan


Ujian
pra
Ujian pasca Peningkatan Peratus
peningkatan
(%)
S1 5 12 7 140
S2 6 14 8 133
S3 4 12 8 200
S4 5 18 13 260
S5 3 10 7 233
S6 2 8 6 300
S7 3 10 7 233
S8 2 12 10 500
Min 3.75 12 8.25 249.9
212

iaitu Manual Ujian Spesifik Bola Sepak. Kekuatan instrumen ini adalah bersifat mudah tadbir. Hal ini
kerana pengkaji tidak terikat untuk menjalankan ujian ini terutamanya dari segi pemilihan kawasan
kerana ujian ini boleh dijalankan di kawasan terbuka ataupun tertutup. Pemilihan kaedah praktis random
juga telah membantu pengkaji untuk melihat keberkesanan intervensi yang telah dijalankan selama
empat minggu.

Walau bagaimanapun terdapat juga kekangan yang telah berlaku semasa kajian ini dijalankan.
Antara kekangan yang paling jelas berlaku adalah pengkaji terpaksa menunggu subjek kajian terlalu lama
sebelum sesi intervensi dijalankan. Kekangan yang kedua ialah arahan yang kurang jelas telah berlaku
sepanjang kajian ini dilaksanakan. Subjek kajian terdiri daripada murid kelas pertengahan. Oleh itu,
pengkaji perlu memberi penerangan yang ringkas dan mudah difahami. Malah, bagi meningkatkan
rangsangan murid terhadap sesi intervensi pengkaji perlu menggunakan alat bantu mengajar bagi
menarik minat subjek untuk terlibat secara langsung dalam kajian ini. Sekiranya, penggunaan alat bantu
mengajar dalam sesi latihan ia dapat menguatkan lagi ingatan subjek kajian terhadap kemahiran yang
telah dipelajari. Sekaligus, pada masa yang sama membantu pengkaji untuk mendapat maklumbalas
yang berkaitan kemahiran ini.


6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi kajian yang seterusnya, pengkaji mencadangkan kajian ini dijalankan menggunakan kaki yang
bukan dominan. Hal ini kerana, untuk melahirkan pemain bola sepak yang baik pemain perlu menguasai
permainan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. Cadangan yang kedua, pengkaji mencadangkan
kajian ini diteruskan dan melakukan penambahbaikan berkaitan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji boleh menggunakan alat multimedia bagi mempelbagaikan kaedah pendekatan pengajaran.
Sebagai contoh, pengkaji boleh menunjukkan video berkaitan teknik-teknik lakuan semasa tendangan
leret bagi menarik lebih minat murid sepanjang kajian ini dijalankan. Selain itu, pengkaji mencadangkan
kajian berkaitan meningkatkan koordinasi mata dan kaki dalam kemahiran tendangan leret dalam
permainan bola sepak. Hal ini kerana, koordinasi mata dan kaki yang baik sangat penting bagi
menghasilkan tendangan leret yang berkualiti dan menepati sasaran.
RUJUKAN
Creswell, J.W. (2003). Research design: qualitative approaches. Thousand Oaks, California: Sage
Publication, Inc.

Dauer, V. (1995). Dynamic physical education for elementary school children (9
th
ed.). New York:
Macmillan.

Fitts, P. M, & Posner, M. L. (1967). Human Performance. Belmont, LA: Brooks Cole.

Ignico, A. (1994). Early childhood physical education: Providing a foundation.
Journal of Physical Education Recreation and Dance, 65,(6), 28-30

Nichol, B. (1994). Moving and learning: The elementary school physical education experience. St. Louis,
MO: Mosby-Year Book.

Payne, V. G., & Isaacs L. D. (2008). Human motor development: A lifespan approach (7
th
ed.) New York:
McGraw-Hill Companies.






213

MENINGKATKAN DAYA TAHAN OTOT TANGAN MENGGUNAKAN LATIHAN BOLA SEGAR BAGI
MURID TAHUN 5 BERLIAN
Oleh
AHMAD HASIF BIN MOHAMAD & ROZILA BINTI MOHD ISA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan latihan bola segar dalam meningkatkan daya
tahan otot tangan. Responden kajian adalah 10 orang murid Tahun 5 Berlian yang terdiri daripada 10
orang murid lelaki yang dikenalpasti bermasalah semasa tinjauan awal dijalankan. Responden telah
menjalani intervensi dengan menggunakan latihan bola segar. Pemerhatian dengan menggunakan
borang senarai semak (Ujian Pull-Ups) telah digunakan sebagai instrumen untuk melihat peningkatan
kriteria lakuan daya tahan otot semasa ujian pra dan ujian pasca. Keputusan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan terhadap peratus peningkatan bilangan ulangan 9 daripada 10 responden selepas
perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca dilakukan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
latihan bola segar berjaya meningkatkan teknik lakuan yang dilaksanakan semasa Ujian Pull-Ups
dijalankan. Cadangan pengkaji untuk kajian masa hadapan ialah melibatkan responden perempuan,
kajian juga melibatkan lebih ramai sampel kajian, dan memanjangkan tempoh pelaksanaan intervensi.
Kata kunci : Latihan bola segar, Ujian Pull-Ups Daya tahan otot
1.0 PENDAHULUAN
Pengkaji telah menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur untuk subjek major
iaitu Pendidikan Jasmani dan minor iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Pengkaji telah
menjalani praktikum di sana selama 12 minggu.
Murid-murid di sekolah tersebut menunjukkan semangat dan minat untuk bersukan kerana apabila sahaja
tiba waktu Pendidikan Jasmani mereka terus segera dan bergegas ke padang untuk bersukan. Mereka
sentiasa berpakaian lengkap sukan dan berkasut kerana tidak mahu ketinggalan kelas Pendidikan
Jasmani. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani murid tahun 5, pengkaji telah
membuat pemerhatian semasa melakukan aktiviti mengangkat rakan mereka dengan tangan dan
bermain kereta sorong. Semasa melakukan aktiviti itu, segelintir murid mengadu menghadapi sakit
tangan dan penat ketika melakukan aktiviti mengangkat rakan mereka secara berterusan dan berulang.
Semasa melakukan aktiviti mengangkat rakan, beberapa orang murid hanya mampu bergerak dua atau
tiga meter. Manakala sesetengah murid tidak dapat melakukan kereta sorong dengan bergerak sejauh
dua meter sahaja. Pengkaji telah membuat kesimpulan awal menyatakan murid tidak mempunyai daya
tahan otot yang sepatutnya mereka mampu.
Masalah ini menyebabkan terganggunya waktu pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga tidak mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk daya tahan otot tangann. Pengkaji mendapati murid-
murid tidak mampu untuk melakukan aktiviti tekan tubi untuk berulang kali dalam masa yang telah
ditetapkan. Sebilangan murid tidak mampu melakukan untuk berulang dan mengadu tidak berupaya
melakukannya. Murid tidak mempunyai daya tahan otot tangan yang sepatutnya pada usia mereka.
Penggunaan latihan bola segar telah dipilih untuk digunakan untuk meningkatkan daya tahan otot tangan
seseorang individu. Tenke dan Higgins (1992) menyatakan bola segar juga boleh digunakan untuk
melatih pergerakan, meningkatkan kekuatan, meningkatkan lontaran, permainan, pertandingan yang
mana memberi kesan yang baik terhadap kecergasan fizikal. Ia selaras dengan kajian ini yang
memfokuskan penggunaan latihan bola segar sebagai intervensi.

214

2.0 FOKUS KAJIAN
Pengalaman dan pemerhatian pengkaji menerusi pengajaran dan pembelajaran telah mendapati bahawa
murid mengalami masalah ketika melakukan aktiviti mengangkat rakan mereka dengan tangan pada
waktu Pendidikan Jasmani. Murid mengadu sakit tangan dan penat ketika melakukan aktiviti secara
berulang-rulang. Pertama adalah topik kajian ini iaitu meningkatkan keupayaan daya tahan otot tangan
untuk melakukan aktiviti daya tahan otot seperti mengangkat rakan mereka. Dalam erti kata lain,
keupayaan murid untuk meningkatkan peluang mereka melakukan aktiviti dengan lebih banyak ulangan.
Sekiranya murid tidak mampu melakukan pengulangan dalamn aktiviti, sukar bagi mereka untuk
menguasai satu-satu kemahiran. Seterusnya menyukarkan mereka untuk menguasai permainan lain
secara umum dan tekan tubi dalam Ujian SEGAK secara khususnya.
Pengkaji telah mendapati masalah utama yang dikenalpasti ialah murid tidak dapat melakukan tekan tubi
dalam Ujian SEGAK secara berterusan. Dalam waktu Pendidikan Jasmani guru juga meminta murid
melakukan aktiviti tekan tubi secara berulang untuk meningkatkan daya tahan otot. Namun murid
mengadu keletihan dan penat apabila berulang kali melakukan aktiviti tekan tubi. Ini menunjukkan murid
kurang melakukan aktiviti yang melibatkan daya tahan otot.
Jadual 1 : Norma Bagi Ujian Tekan Tubi Lelaki
Tahap Pencapaian Skor Mata
Sangat Baik 15 ke atas (L)
Baik 13 14 (L)
Sederhana 9 12 (L)
Lemah 7 8 (L)
Sangat Lemah 6 ke bawah (L)
Sumber : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 /2008 : Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK), 2008
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Umum
Secara umumnya, objektif kajian ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan otot tangan murid
tahun 5 Berlian.

ii. Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian ini adalah untuk meningkatkan daya tahan otot tangan murid tahun 5
Berlian menerusi latihan bola segar (medicine ball).

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini melibatkan 10 orang murid tahun 5 Berlian yang berumur 11 tahun. Murid-murid
yang dipilih terdiri daripada 10 orang murid lelaki. Murid ini dipilih di salah sebuah sekolah yang terletak di
sekitar kawasan Kuala Lumpur. Pemilihan telah dibuat berdasarkan skor markah ujian SEGAK yang telah
dijalankan menerusi bateri ujian daya tahan otot iaitu Tekan Tubi Lelaki satu minit.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpulkan data
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini pengkaji telah memilih untuk mengadakan ujian pra dan ujian
ujian pos. Ujian ini menguji daya tahan otot tangan murid-murid setelah melakukan intervensi. Sekiranya
responden mempunyai peningkatan dalam ujian dengan baik, ini bermakna responden telah melakukan
intervensi dengan betul. Masa sesi ujian ini dijalankan mengikut keupayaan murid di mana berapa
banyak murid itu dapat melakukan ujian Pull-Ups tersebut. Prestasi responden dalam ujian ini
digunakan sebagai alat pengukur kepada keberkesanan intervensi yang telah dijalankan.
215

Bagi mendapatkan data untuk kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan pemerhatian. Dua
sesi pemerhatian telah dijalankan semasa ujian pra dan ujian pasca bagi mengumpulkan data-data yang
diperlukan. Pemerhatian yang dijalankan merupakan pemerhatian berstruktur dan satu senarai semak
telah disediakan bagi memudahkan pengkaji menandakan hasil pemerhatian. Senarai semak ini
disediakan agar pengkaji lebih fokus kepada perkara yang ingin dinilai dan diberi perhatian.

5.2 Analisis tinjauan masalah
Ujian SEGAK dipilih pengkaji sebagai tinjauan awal yang dibuat. Skor Ujian SEGAK bagi ujian tekan tubi
satu minit dan tekan tubi suaian satu minit bagi penggal satu telah dirujuk. Skor ini berdasarkan 10 orang
murid tahun 5, di mana pengkaji telah membuat pemerhatian sebelum ini. 10 orang murid ini terdiri
daripada 10 murid lelaki yang mendapat skor terendah.

Dapatan daripada ujian tersebut yang dijalankan terhadap 10 orang murid, didapati skor diperolehi oleh
sebahagian besar murid adalah 2. 90% murid mendapat skor 2 dan 10% murid mendapat skor 3 dalam
ujian ini. Pencapaian ini amat lemah dan rendah. Julat bilangan ulangan tekan tubi ialah 2 hingga 6.
Bilangan ulangan tertinggi iaitu 8.

5.2 Tindakan menangani masalah
Latihan menggunakan bola segar atau dikenali sebagai medicine ball dilihat sebagai intervensi yang
bersesuai untuk kajian ini. Latihan ini dipilih kerana ia bersesuain dengan otot sasaran iaitu biseps,
triceps dan deltoid. Latihan-latihan bola segar (medicine ball) adalah seumpama latihan beban boleh
digunakan untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan (Jones, 1997). Menurut beliau lagi, latihan
menggunakan bola segar sesuai untuk semua peringkat umur, perkembangan, kemahiran dan sukan. Ia
signifikan dengan intervensi yang diperlukan kajian berdasarkan umur responden kajian ini. Dua jenis
latihan menggunakan bola segar dalam bentuk latihan litar dipilih dari buku Theory and Methodology Of
Training by Bompa, 1994 iaitu straddle stance with ball in high position dan straddle stance with ball at
chest. Berat bola segar yang digunakan ialah satu kilogram. Baechle & Earle (2008) menyatakan latihan
daya tahan otot sesuai dilakukan dengan ulangan 10 dan 15 kali ulangan.

Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Intervensi

Minggu Aktiviti Berat
Bola
Segar
(kg)
Ulangan Set Tempoh
Masa
Latihan
Per Sesi
(minit)
Tempoh
Rehat
Antara
Set
(saat)
Sesi Lokasi
1 Straddle
stance
with ball
in high
position
1 12 3 30 30 1 &2 Gelanggang
Bola Tampar
2 Straddle
stance
with ball
at chest
1 15 3 30 30 1 & 2 Gelanggang
Bola Tampar
3 Straddle
stance
with ball
in high
position
1 15 4 30 30 1 & 2 Gelanggang
Bola Tampar
4 Straddle
stance
with ball
at chest
1 12 3 30 30 1 & 2 Gelanggang
Bola Tampar


216

5.4 Keputusan kajian


Rajah 1 : Graf Perbezaan Ulangan Ujian Pra dan Ujian Pasca Pull-Ups

Berdasarkan keputusan tersebut didapati responden seperti R1, R2, R7 dan R10 mencatatkan
peningkatan sebanyak dua ulangan. Manakala peningkatan sebanyak tiga ulangan telah dicatatkan oleh
responden R4, R5 dan R9. Responden R3 dan R6 telah mencatatkan ulangan peningkatan sebanyak
satu ukangan. Manakala hanya responden R8 tidak menunjukkan bilangan peningkatan. Ini menunjukkan
responden-responden menunjukkan peningkatan dari segi ulangan peningkatan dalam ujian tersebut.


Rajah 2 : Graf Perbezaan Min Ulangan Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 2 menunjukkan peningkatan min ulangan sebanyak 1.9 daripada ujian pra kepada ujian pasca. Ini
menunjukkan terdapat peningkatan signifikan apabila min ulangan tersebut meningkat. Secara
keseluruhannya, hampir kesemua responden mencapai peningkatan bilangan ulang. Ini menunjukkan
bahawa intervensi yang diaplikasikan iaitu latihan bola segar dapat meningkatkan daya tahan otot tangan
responden. Selaras dengan kajian Mohd Anizu Mohd Noor dan Mohd Nasir Lajewah (2011), iaitu
mengukur kesan program latiham bebanan ke atas kekuatan otot dan daya tahan otot tangan setelah
mengikuti sesi latiahan selama empat minggu dengan kekerapan sebanyak tiga kali dalam seminggu ke
atas empat atlet renang.

5.5 Rumusan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, kesemua responden mencapai peningkatan bilangan
ulangan dalam ujian Pull-Ups yang telah dijalankan. Namun begitu hanya seorang sahaja yang tidak
mencapai peningkatan. Dapatan kajian yang diperolehi telah berjaya menjawab persoalan kajian yang
pertama iaitu murid-murid Tahun 5 Berlian berjaya meningkatkan daya tahan otot tangan mereka dengan
menggunakan latihan bola segar. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan program latihan yang dijalankan
oleh setiap responden semasa latihan intervensi dengan menggunakan bola segar. Namun begitu hanya
seorang responden sahaja yang tidak mencapai peningkatan. Ini kerana beliau tidak dapat menghadiri
latihan intervensi yang dijalankan selama satu minggu disebabkan masalah kesihatan. Latihan bola segar
217

yang dilaksanakan sebanyak dua kali seminggu bagi tempoh empat minggu ini telah membantu
meningkatkan daya tahan otot tangan. Hasil dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan
oleh Mohd Anizu Mohd Noor dan Mohd Nasir Lajewah (2011) yang mendapati bahawa latihan bebanan
dengan menggunakan bola segar sebagai tambahan latihan dilihat releven dalam meningkatkan
kekuatan dan daya tahan otot subjeknya. Intervensi yang telah dijalankan dengan menggunakan bola
segar amat berkesan untuk meningkatkan daya tahan otot. Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil
kajian yang telah diperoleh jelas menunjukkan bahawa latihan bola segar mampu meningkatkan daya
tahan otot tangan responden dan latihan bola segar juga mampu meningkatkan skor dalam ujian Pull-
Ups responden menerusi latihan bola segar. Justeru itu, melalui kenyataan yang telah dibincangkan ini
telah membuktikan bahawa persoalan kajian telah berjaya dijawab.

5.6 Refleksi

Latihan bola segar dapat membantu responden dalam meningkatkan daya tahan otot tangan. Pada awal
sesi intervensi dilaksanakan, didapati responden menunjukkan keseronokan dan semangat ingin tahu
apabila mereka melihat bola segar tersebut. Penggunaan bola segar tersebut menjadi satu kelainan dan
variasi kepada responden. Selari dengan kenyataan oleh Tenke dan Higgins (1992) menyatakan
penggunaan bola segar dalam latihan dilihat sesuatu yang memberikan faedah dan keseronokan kepada
pengguna. Bola segar merupakan alatan sukan yang mudah dibawa dan fleksibel dari segi pelaksanaan
bergantung kepada jenis latihan yang dirancang. Dalam konteks kajian ini, pengkaji tidak menggunakan
terlampau banyak pergerakan dan tidak memberi masalah kepada pengkaji untuk melaksanakan latihan
intervensi yang dirancang. Walaupun begitu, beberapa kelemahan yang dikenalpasti sepanjang kajian ini
dilaksanakan. Seperti contoh lokasi kajian yang tidak sesuai disebabkan cuaca semasa menjalani
intervensi tidak baik. Ini menyebabkan lokasi kajian terpaksa diubah mengikut cuaca yang tertentu.
Arahan yang terlalu panjang dan terperinci akan mengambil masa yang lama menyebabkan murid berasa
bosan semasa mendengar arahan yang diberi. Masalah ini timbul semasa minggu pertam intervensi
dilaksanakan. Pengkaji perlu merancang terlebih dahulu apa yang hendak disampaikan bagi mengelak
membuang masa begitu sahaja.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini pengkaji telah melihat terdapat perhubungan antara kelenturan dan prestasi murid
melepasi palang lompat tinggi.Antara cadangan kajian akan datang ialah :

i. Pengkaji seterusnya boleh melakukan penambahbaikan dengan memanjangkan tempoh
intervensi.
ii. Pengkaji seterusnya dapat menggunakan latihan atau kaedah yang lain bagi menangani
masalah daya tahan otot responden. Seperti contoh, pengkaji boleh memilih latihan bebanan
dengan menggunakan berat badan sendiri.
iii. Pengkaji seterusnya juga boleh menambah bilangan responden atau memasukkan
responden perempuan ke dalam kajian.

RUJUKAN

Anderson , M. (2010). Strength training and kids. Diakses daripada http://www.the-
leader.com/x532574271/Michael-Anderson-Strength-training-and-kids. Pautan pada 18 Julai 2013
Mohd Anizu Mohd Noor & Mohd Nasir Lajewah. (2011). Keberkesanan latihan bebanan terhadap
kekuatan otot tangan bagi atlet renang SUKMA Johor. Kajian tidak diterbitkan. Johor: Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Tenke, Z. & Higgins, A. (1992). Medicine Ball Training: Acomplete book of medicine ball exercise for
coaches of all asports. Toronto, Canada: Sport Books Publisher.
Jones, M. (1997). Strength Conditioning with Medicine Balls. Leeds: The National Coaching Foundation.
218

MENINGKATKAN KETANGKASAN MURID LELAKI TAHUN 5 DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK
DENGAN MENGGUNAKAN LATIHAN LARI ULANG ALIK ANTARA SKITAL
Oleh :
AHMED NUR FADZRULUDDIN BIN CHE GHANI & PN. ROZILA BINTI MOHD ISA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan lari ulang alik antara skittle dalam meningkatkan
ketangkasan dalam kalangan murid tahun 5. Seramai 10 orang lelaki telah dipilih sebagai subjek kajian
daripada sebuah sekolah di Cheras, Kuala Lumpur. fokus kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana
latihan lari ulang alik antara skital dapat meningkatkan ketangkasan semasa melakukan aktiviti
permainan bola sepak. Tinjauan awal terhadap 10 orang pelajar lelaki yang dipilih melalui ujian T
mendapati mereka mendapat masa terlambat berbanding pelajar lain yang menjalani ujian yang sama.
Ujian lari ulang alik 10 meter digunakan sebagai ujian pra dan pasca untuk melihat peningkatan setelah
menjalani ujian lari ulang alaik antra skital. Dapatan kajian menunjukkanpenurunan masa min yang
menandakan peningkatan ketangkasan subjek kajian.
1.0 PENDAHULUAN
Pettitor, dalam Wee Eng Hoe (2005) Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran
yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan
emosi. Melalui Pendidikan Jasmani muridakan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri
pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah
merupakan subjek yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif
dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat
menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif
(Asiah Abu Samah,1993).
Ketangkasan adalah satu komponen kecergasan dalam perlakuan motor dan ia juga berkait rapat
dengan komponen-komponen kecergasan yang lain (Ahmad, 2004). Ketangkasan boleh membantu
meningkatkan prestasi yang baik dalam sesuatu aktiviti sukan dan permainan yang diceburi. Kekurangan
unsur ketangkasan sedikit sebanyak mampu mempengaruhi atau menjejaskan prestasi atlit tersebut
dalam aktiviti sukan, selain dari faktor lain seperti kemahuan sendiri atau motivasi dalaman yang jitu
untuk mencapai prestasi yang baik.

2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini menekankan penggunaan kaedah latihan lari ulang alik antara skital yang digunakan oleh
pengkaji dalam meningkatkan tahap ketangkasan murid tahun 5 dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Masalah yang dihadapi oleh subjek kajian mendapati subjek kajian mempunyai kesukaran
untuk menukar arah semasa aktiviti permainan bola sepak. Pada fasa kemuncak.pemerhatian lanjutan
juga mendapati subjek kajian tidak dapat mengimbangi badan dan lambat bertindak semasa ingin
menukar arah pergerakan dalam permainan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Umum
Mempertingkatkan ketangkasan dalam tunjang kecergasan menggunakan latihan yang betul
seterusnya dapat digunakan kemahiran tersebut dalam permainan apabila mewakili sekolah


219

ii. Objektif Khusus
Meningkatkan tahap ketangkasan murid lelaki tahun 5 dalam permainan bola sepak
Membuktikan latihan litar dapat meningkatkkan ketangkasan murid lelaki tahun 5

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada murid-murid lelaki tahun 5. Seramai 10 orang lelaki yang terdiri
daripada murid tahun 5 yang berumur 11 tahun telah dipilih sebagai subjek kajian yang telah dijalankan di
sebuah sekolah kebangsaan di Cheras, Kuala Lumpur.


5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpul data
Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen dalam proses pengumpulan data iaitu ujian pra lari
ulang alik 10 meter, intervensi dan ujian pasca lari ulang alik 10 meter.
i. Ujian pra lari ulang alik 10 meter

Ujian pra dilakukan sebelum intevensi diberikan kepada subjek kajian. Ujian ini dilakukan untuk mencari
tahap kelemahan murid dalam ketangkasan. Ujian yang digunakan adalah ujian lari ulang alik 10 meter.
Semasa ujian dilakukan, subjek kajian diberikan 2 kali percubaan untuk melakukan larian yang terbaik
dan purata masa larian dibuat digunakan sebagai keputusan akhir ujian. Prosedur untuk melakukan ujian
ini diambil daripada ujian bateri TID.

ii. Intevensi

Intevensi adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan ketangkasan dalam kajian ini. Intevensi
dijalankan selama empat minggu dan dua sesi setiap minggu dengan setiap sesi latihan memakan masa
sebanyak 30 minit dan kenyataan ini disokong oleh Froelicher(1999) yang menyatakan jangkamasa yang
sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan secara efisen adalah empat hingga lapan minggu dan ini
disokong oleh Cissik(2004) keupayaan seseorang individu ini bergantung kepada masa program latihan
dan kekerapan latihan diadakan. Intevensi ini dijalankan pada hari khamis dan selasa bagi memberi
waktu rehat kepada subjek kajian dan ini selari dengan Rushall & Pyke (1990) yang menyatakan prinsip
pemulihan adalah salah satu daripada prinsip-prinsip asas latihan.

iii. Ujian pasca lari ulang alik

Ujian pasca dilakukan selepas intevensi bagi melihat tahap perkembangan atau adakah terdapat
peningkatan dalam ketangkasan selepas menjalani latihan lari ulang alik antara skital. Skor akhir setelah
melakukan dua larian di ambil untuk dibandingkan dengan skor akhir ujian pra bagi melihat
perkembangan yang terjadi kepada subjek kajian.

220

5.2 Analisis tinjauan masalah
Jadual 2
Analisis Ujian Percubaan Lari Ulang Alik 10 Meter

Bil

Nama

Jantina


Ujian (saat)

Skor Akhir
(saat)
Percubaan 1 Percubaan 2
1 A L 18.51 18.31 18.41
2 B L 17.31 16.57 17.34
3 C L 20.10 18.43 19.26
4 D L 17.43 15.52 16.47
5 E L 18.43 17.57 18.00
6 F L 15.44 15.05 15.24
7 G L 17.54 15.58 16.56
8 H L 15.11 16.43 15.77
9 I L 17.12 15.31 16.21
10 J L 18.30 17.59 18.34

5.3 Tindakan menangani masalah


Rajah 3. Tindakan Yang Dijalankan Dalam Kajian
MENGENAL
PASTI
MASALAH &
REFLEK
Kenal pasti isu
Analisis Isu
Reflek punca
MERANCANG
Merancang
aktiviti
Prosedur
pelaksanaan
aktiviti
Tempoh masa
Bahan yang
diperlukan
Tentukan cara
penilaian

BERTINDAK
Melaksanakan
ujian pra
melaksanakan
latihan lari
ulang alik
antara skitel
melaksanakan
ujian pos


MEMERHATI
Ujian pra dan
ujian pos
latihan yang
dijalankan
REFLEKSI
Membuat
kesimpulan
Merumuskan
dapatan
Mencadangkan
penambahbaikan
Mencadangkan
kajian lanjutan
221

5.4 Keputusan kajian

Rajah 4. Perbandingan Min Ujian Pra dan Ujian Pasca

5.5 Rumusan kajian
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan peningkatan terhadap ketangkasan subjek kajian
melalui latihan yang diberikan selama 4 minggu. Peningkatan ini menunjukkan bahawa latihan lari ulang
alik antara skital yang diberikan telah menunjukkan kesan yang positif terhadap ketangkasan subjek
kajian.

5.6 Refleksi
Terdapat beberapa kebaikan yang diperolehi berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan ini. Antaranya
seperti penggunaan peralatan yang mudah diperolehi daripada pihak sekolah. Hal ini kerana semua
peralatan yang digunakan oleh pengkaji merupakan peralatan asas yang wajib ada dalam stor
Pendidikan Jasmani. Perkara tersebut sekaligus membantu pengkaji untuk mentadbir sesi latihan
intervensi dengan baik dan mudah. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji merupakan instrumen yang
telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara tersebut secara tidak langsung membantu
kesahihan kajian ini. Instrumen tersebut juga bersifat mudah tadbir. Jadi, pengkaji boleh melaksanakan
instrumen tersebut di mana-mana sahaja, seperti kawasan padang berumput atau kawasan gelanggang
dengan menitikberatkan tentang aspek keslamatan ke atas responden yang terlibat. Kerjasama yang baik
antara pengkaji dengan pihak sekolah juga merupakan kekuatan yang terdapat dalam kajian ini. Hal ini
kerana kewujudan kerjasama yang baik adalah penting dalam melaksanakan sesuatu program agar
pihak yang terlibat mendapat manfaat yang secukupnya.

Kelemahan yang dikesan adalah untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.
Berdasarkan kajian ini, kelemahan yang ketara adalah melalui faktor kelewatan responden untuk tiba di
kawasan latihan. Hal ini disebabkan responden perlu menghadiri sesi perhimpunan yang diadakan pada
setiap hari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Kelewatan murid telah mengganggu
sedikit sebanyak proses perjalanan latihan intervensi yang telah dirancang. Faktor cuaca juga perlu
dititikberatkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Setiap perancangan perlu mempunyai
11
11.5
12
12.5
13
13.5
14
14.5
Ujian Pra Ujian Pasca
M
i
n

m
a
s
a

(
s
a
a
t
)

Ujian
222

pelan sokongan sebagai alternatif lain agar sesi latihan intervensi tidak terhenti sementara. Jika faktor
cuaca mengganggu, maka alternatif lain perlu digunakan bagi memastikan sesi atihan intervensi yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Bagi kajian selanjutnya, pengkaji mencadangkan penambahbaikan dilakukan dari aspek tempoh masa
kajian. Pengkaji mencadangkan tempoh masa kajian dipanjangkan agar hasil kajian yang diperolehi lebih
kukuh dan mempunyai kesahan yang tinggi, selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar subjek kajian
ditukar kepada menggunakan subjek kajian perempuan sahaja atau menggabungkan subjek kajian lelaki
dan perempuan. Tujuan subjek ini dicampurkan supaya dapat membandingkan ketangkasan antara
murid lelaki dengan murid perempuan.
Selain daripada itu, pengkaji juga mecadangkan agar komponen kecergasan yang lain diuji dalam
kajian ini disamping mengubahsuai intervensi kajian ini untuk sukan sukan yang bersesuaian.

RUJUKAN
Ahmad Hashim (2004). Pengukuran kecergasan motor. Tanjong Malim: Quantum Books.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan Dalam Pengajaran.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Cissic, J. (2004). Sport Speed and Agility Training. Monterey, CA : Coaches Choice Publication

Froelicher, L.(1999). Children & Sport Training: How Your Future Champion Should Exercise to be
Healthy, Fit and Happy: Stadion Publishing Co.

Gray (2004) : Reliability and Validity of a New Test of Change-of-Direction Speed for Field based Sports:
the Change-of-Direction and Acceleration Test (CODA)

Gray, M. (2004). Speed training program for high school football players: Retrived August 25, 2013,
from http://www.thesportjournal.org/article/effects-speed-function-some-technical-elements-
soccer

Johnson, B.L., & Nelson, J.K. (1986). Practical measurements for evaluation in Physical Education
(4th.ed.). Edina, Mennesoto: Burges.

Pauolo et al (2000),Canadian Sport Centre Pacific / PacificSport, Field Testing Workbook: hlm. 32
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia,Buku Sumber Sains Sukan
Tingkatan 5:hlm 60-61.






223

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MENOLAK PERMAINAN HOKI BAGI MURID TAHUN 4
DENGAN MENGGUNAKAN GAYA PENGAJARAN RESIPROKAL

Oleh:

ANIS NURSHAFIRA BINTI JAMALUDIN & MOHD KHAMDANI BIN SAIRI (PhD)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran asas menolak permainan hoki bagi murid
tahun 4 dengan menggunakan gaya pengajaran resiprokal. Responden kajian ini terdiri daripada
sembilan orang murid tahun 4 Arif yang memperoleh tahap pencapaian yang lemah dalam lembaran
kerja dan lakuan kemahiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas menolak
permainan hoki pada sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Data dikumpulkan melalui
ujian pra dan pasca dengan menggunakan ujian kemahiran, analisis dokumen dan pemerhatian
berstruktur. Data dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2010. Hasil analisis data mendapati bahawa
keseluruhan responden telah menunjukkan peningkatan terhadap pencapaian ujian kemahiran, analisis
dokumen dan pemerhatian berstruktur dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa kaedah resiprokal berkesan dalam membantu murid untuk meningkatkan
kemahiran asas menolak permainan hoki. Bagi kajian seterusnya, waktu intervensi perlu dipanjangkan,
mengaplikasikan intervensi terhadap subjek yang pelbagai dan pengkaji perlu menyediakan soalan ujian
formatif yang lebih pelbagai tetapi masih bersandarkan tema yang sama dalam kemahiran-kemahiran
dalam permainan hoki.
Kata kunci: Permainan hoki, penilaian formatif, pemerhatian berstruktur dan gaya pembelajaran
resiprokal

1.0 PENDAHULUAN
Matlamat Pendidikan Jasmani adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1990)
iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Terdapat
tiga tunjang utama dalam Pendidikan Jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Tunjang
kemahiran menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot
besar dan otot halus. Tumpuan diberikan kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga,
gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi (Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kementerian
Pelajaran Malaysia (2002). Pengkaji telah memilih kemahiran dalam permainan hoki iaitu kemahiran
asas menolak bagi murid tahun 4. Intervensi yang digunakan ialah diadaptasi dari Spektrum
Pangajaran Guru dan Murid oleh Mosston dan Ashworth (2008) iaitu gaya pengajaran resiprokal iaitu
gaya pengajaran c untuk dijadikan intervensi bagi kajian ini. Gaya ini merupakan gaya pengajaran
secara berpasangan.


2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian yang dilakukan adalah untuk melihat sama ada terdapat peningkatan pada kemahiran
asas menolak permainan hoki dengan menggunakan gaya pengajaran resiprokal dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid tahun 4.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas menolak dalam permainan hoki
dengan menggunakan gaya pengajaran resiprokal.

224

3.2 Objektif Khusus
Mengenal pasti peningkatan pada kemahiran asas menolak dalam permainan hoki dengan
menggunakan gaya pengajaran resiprokal dalam kalangan murid tahun 4.


4.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 9 orang subjek (5 perempuan dan 4 lelaki) kajian telah dipilih apabila lakuan dalam
kemahiran asas menolak permainan hoki semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga
dipilih berdasarkan jumlah jawapan yang betul pada lembaran kerja yang diberikan selepas sesi
pengajran yang telah dijalankan. Subjek ini dipilih berdasarkan jumlah lakuan dan markah pada
lembaran kerja yang rendah berbanding rakan lain.
Jasual 1: Butiran Responden Kajian

Bil. Subjek Jantina Bentuk Badan Umur Tangan
Dominan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
A
B
C
D
E
F
G
H
I
P
P
P
P
P
L
L
L
L
Endomorf
Endomorf
Mesomorf
Mesomorf
Mesomorf
Ektomorf
Ektomorf
Ektomorf
Ektomorf
10
10
10
10
10
10
10
10
10
Kiri
Kanan
Kanan
Kanan
Kanan
Kanan
Kiri
Kanan
Kanan



5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN


5.1 Cara Pengumpulan Data
5.1.1 Ujian Kemahiran
Ujian yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini adalah ujian TID
Spesifik Hoki, Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) iaitu dalam kemahiran
menolak permainan hoki. Sebanyak 12 kali percubaan diberikan kepada setiap
subjek kajian untuk mengumpul skor pada ujian ini.

5.1.2 Pemerhatian Berstruktur
Subjek diberikan percubaan sebanyak dua kali. Semua lakuan yang terdapat
dalam lakuan kemahiran asas menolak diperhati dan direkodkan oleh pengkaji.


Memanaskan
badan
Arahan dan
demonstrasi
Intervensi
Menyejukkan
badan
225

5.1.3 Senarai Semak Dokumen
Ujian formatif digunakan bagi intrumen bagi mengumpul data dalam kajian ini
iaitu dalam instrumen senarai semak dokumen. Terdapat 19 item dalam ujian
tersebut. Ujian ini dikonstruk dari Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tahun 4.


5.2 Analisis Tinjauan Awal
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian bagi lakuan dan lembaran kerja pada sesi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas menolak permainan hoki. Subjek kajian dipilih
berdasarkan lakuan subjek yang lemah dan juga telah diperhatikan oleh pengkaji serta
disokong oleh jumlah markah yang rendah pada lembaran kerja diakhir sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.


5.3 Tindakan Menangani Masalah

5.4 Keputusan Kajian
Berikut merupakan dapatan kajian ini:

Jadual 2: Perbezaan Skor Ujian Kemahiran

Subjek

Jantina
Jumlah Skor
Ujian Pra
Jumlah Skor
Ujian Pasca
Perbezaan Skor
Ujian Pra dan
Pasca
Peratus Peningkatan
(%)
A L 2 4 2 100
B L 1 7 6 300
C L 3 5 2 66
D L 5 7 2 40
E P 4 8 4 100
F P 2 4 2 100
G P 5 7 2 66
H P 2 3 1 50
I P 4 6 2 50
Min/Purata 3 6 3 100




Perancangan
memilih gaya
pengajaran
sebagai
intervensi
Tindakan
Menjalankan
intervensi
mengikut jadual
yang ditetapkan
Tindakan
Menjalankan
intervensi
mengikut jadual
yang ditetapkan
Refleksi
Mengenal pasti
kekuatan dan
lekemahan
intervensi
226

Jadual 3: Dapatan Senarai Semak Ujian Pra dan Pasca

Subjek

Jantina
Markah Ujian
Pra
(19 item)
Markah Ujian
Pasca
(19 item)
Perbezaan
Markah
Ujian
(19 item)
Peratus
Peningkatan
(%)
A L 14 16 2 14
B L 11 15 4 36
C L 15 17 2 13
D L 9 12 3 33
E P 14 18 4 28
F P 13 16 3 23
G P 11 12 1 9
H P 12 13 1 8
I P 11 15 4 36
Min/Purata 13 15 2 15

Jadual 4: Perbezaan Pemerhatian Berstruktur Ujian Pra dan Pasca


5.5 Rumusan Kajian
Berdasarkan keputusan kajian, kemahiran asas menolak permainan hoki menggunakan gaya
pengajaran resiprokal dapat ditingkatkan melalui intervensi yang dijalankan selama empat
minggu. Subjek menunjukkan peningkatan terhadap ketiga-tiga instrumen pengumpulan data
yang telah dijalankan oleh pengkaji.

5.6 Refleksi
Hasil kajian yang dijalankan terhadap murid-murid tahun 4 dalam kemahiran asas menolak
permainan hoki telah mencapai objektif kajian. Ini telah dibuktikan dengan pelaksanaan
intervensi yang sesuai dan memberikan peningkatan terhadap kemahiran yang telah dikaji.
Justeru itu, intervensi ini adalah bersesuaian dengan murid lain yang menghadapi masalah

Subjek

Percubaan
Ujian Pra Jumlah
Lakuan
Yang
Betul
Ujian Pasca Jumlah
Lakuan
Yang
Betul
F1 F2 F3 F4 F1 F2 F3 F4
L1 L2 L3 L1 L1 L2 L1 L1 L2 L3 L1 L1 L2 L1

A
1
2
/
/
X
X
X
X
/
/
X
X
/
X
/
/
4
3
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
X
X
/
/
6
6

B
1
2
X
/
X
X
X
X
/
/
X
/
/
X
/
/
3
4
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
X
X
/
/
6
6

C
1
2
/
/
X
/
/
X
/
/
X
X
/
X
/
/
5
4
/
/
/
/
/
/
/
/
X
X
X
/
/
/
5
6

D
1
2
/
/
X
/
/
X
/
/
X
X
X
X
/
X
4
3
/
/
/
/
/
/
/
/
X
/
/
X
/
/
6
6

E
1
2
/
/
/
/
X
X
/
X
X
X
X
/
/
/
4
4
/
/
/
/
/
/
/
/
X
/
/
X
/
/
6
6

F
1
2
/
/
X
/
X
X
/
X
X
X
/
X
/
/
4
3
/
/
/
/
/
X
/
/
X
/
X
/
/
/
5
6

G
1
2
/
/
X
/
X
X
/
X
/
X
/
/
/
/
4
4
/
/
/
/
/
/
/
/
X
/
/
/
/
/
5
7

H
1
2
/
/
X
/
/
X
X
X
X
X
X
/
/
/
3
4
/
/
/
/
/
/
/
/
X
/
X
X
/
/
5
7

I
1
2
/
/
X
/
/
X
X
X
X
X
/
/
/
/
4
4
/
/
/
/
/
/
/
/
X
/
/
X
/
/
6
6
227

yang sama serta bagi guru untuk mengatasi masalah tersebut untuk pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji mencadangkan agar kajian ini diteruskan dengan mengubah pembolehubah yang
dimanipulasikan dalam kajian seperti subjek kajian, umur, tema atau tunjang. Intervensi yang
digunakan masih sama bagi melihat keberkesanan intervensi iaitu gaya pengajaran resiprokal yang
memberikan ruang kepada murid untuk lebih kraetif untuk menyampaikan maklumat dan memberi
respon.

RUJUKAN
Bompa, T.O. (1999). Periodization training for sport. Auckland. New Zealand: Human Kinetics.

Buck, Sarah M., Charles H. Hillman, and Darla M. Castelli. 2008. The relation of aerobic fitness
to Stroop Task performance in preadolescent children. Medicine & Science in Sports &
Exercise 40:16672.

Byra, M. (2004). Applying a task progression to the reciprocal style of teaching. Journal of Physical
Education, Recreation, and Dance, 75(2), 42-46.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Manual TID Spesifik Hoki. Kuala Lumpur: Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelas Sukan
Sekolah: Sukan Hoki Sekolah Rendah. Kuala Lumpur Malaysia.

Mosston, M. (1965a). From command to discovery, styles of teaching in physical education. Speech
NCPEAM conference, December 30th. (United States).

Mosston, M., & Ashworth, S. (1973). The Spectrum of Teaching Styles: Rationale and description of the
training program for teachers and supervisors. Center on Teaching workshop expectations. (United
States).

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan (Edisi kedua.). Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Sibley, B. A. & Etnier, J.L. (2003). The Relationship Between Physical Activity and Cognition in Children:
A Meta-Aalysis. Arizona State University. Tempe.






228

MENINGKATKAN KEPANTASAN DALAM LARI PECUT MENGGUNAKAN KAEDAH LATIHAN
BEBANAN DAN LARI PECUT BAGI MURID TAHUN LIMA

Oleh

BADRUL HISYAM BIN MOHD YAHYA & ZULKIFLI BIN MAT SOM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan bebanan dan
lari pecut dapat meningkatkan kepantasan lari pecut bagi murid Tahun 5. Kajian dilakukan di Sekolah
Kebangsaan Desa Baiduri, Cheras, Selangor Darul Ehsan. Responden kajian adalah seramai 8 orang
yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan dari kelas 5 Jujur yang
memperoleh catatan masa terendah untuk lari pecut 100 meter mengikut norma sukantara sekolah
tersebut yang juga merupakan instrumen untuk proses tinjauan awal kajian. Ujian Lari Pecut 50 ela
AAHPERD digunakan sebagai instrumen pada ujian pra dan pasca. Tinjauan awal mendapati responden
mencatat masa yang rendah berbanding rakan sebaya yang lain. Intervensi latihan bebanan
menggunakan berat badan sendiri dan lari pecut dijalankan selama 3 minggu. Dapatan kajian
menunjukkan berlaku pengurangan masa dalam Ujian Lari Pecut 50 ela AAHPERD pada ujian pasca
berbanding ujian pra. Cadangan kajian seterusnya ialah dengan memanjangkan tempoh intervensi,
meningkatkan bilangan hari intervensi dalam seminggu, mempelbagaikan aktiviti latihan bebanan, serta
meningkatkan jarak dan masa aktiviti ketika intervensi.

Istilah kajian: kepantasan, latihan bebanan, ujian lari pecut 50 ela AAHPERD.

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui
aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor;
pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Jenny (1961) dan Williams
(1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan
matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan
kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1999). Corbin (1998) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai kemampuan manusia
berfungsi secara efisyen dan berkesan yang akan memberi sumbangan kepada kehidupan yang
berkualiti, belajar secara berkesan, menikmati masa kesenggangan, sihat dan boleh menghalang
penyakit hypokinetik dan boleh bertindak dalam masa kecemasan. Tunjang kecergasan dibahagi kepada
dua komponen iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan perlakuan motor.
Kepantasan merupakan salah satu daripada elemen kecergasan berasaskan perlakuan motor
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999). Kepantasan bererti kemampuan menggerakkan seluruh tubuh
badan dengan cepat dari satu tempat ke satu tempat dalam satu arah tertentu (Gapor Ahmad, 2007).
Kepantasan adalah sangat penting kerana kepantasan membolehkan individu terlibat secara cekap dan
berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya sukan kompetitif seperti badminton, bola sepak dan hoki
(Harvey, 2005).

1.1 Refleksi PDP

Pemerhatian telah dijalankan terhadap 35 orang murid tahun 5 Jujur yang melakukan aktiviti mengikut
apa yang diajar pengkaji. Pengkaji dapat mengenal pasti beberapa orang murid yang sukar melepasi
garisan penamat mengikut masa yang ditetapkan berbanding murid-murid yang lain. Walaupun dengan
dua kali percubaan, murid yang sama masih sukar melepasi garisan penamat mengikut masa yang
229

ditetapkan. Perkara ini juga menunjukkan mereka tidak mencapai objektif psikomotor pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut iaitu pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat
melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 aktiviti kepantasan seperti berlari pecut 40 meter dengan
lutut diangkat tinggi, berlari pecut 40 meter dengan tangan dihayun pantas membentuk 90 darjah, berlari
pecut 40 meter dengan menggunakan bebola kaki dan berlari pecut 100 meter dengan teknik yang betul,
jaya dan selamat. Menurut huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani pula, murid-murid Tahun 5
sepatutnya boleh melakukan aktiviti kelajuan dengan betul dan selamat untuk berada pada aras
pencapaian 1.

1.2 Refleksi Nilai Pendidikan

Pendekatan yang digunakan oleh guru telah disokong oleh Piaget (1980) dalam Mok Soon Sang (2009)
iaitu dalam teori perkembangan kognitifnya di mana aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengalaman secara
langsung murid penting bagi memudahkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pengajaran dan
menarik minat murid untuk belajar. Guru memberi peluang kepada murid untuk melihat serta sama-sama
melakukan latih tubi berkaitan lari pecut 100 meter.

Menurut Thomas F. Green (1989) di dalam Mok Soon Sang, (2008) tujuan mengajar ialah menukar
tingkah laku dan kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Beliau juga
menyatakan bahawa di dalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha untuk
menukarkan tingkah laku murid, manakala teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi yang akan menukar tingkah
laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada murid-murid.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Tinjauan Awal

Daripada pemerhatian yang dibuat pengkaji, kebanyakan murid tahun lima sukar melepasi garisan
penamat mengikut norma lari pecut 100 meter sukantara sekolah sepantas murid-murid yang lain. Oleh
yang demikian, masa yang diambil untuk menamatkan sesuatu jarak larian agak lama. Ini melibatkan
komponen kecergasan fizikal kepantasan.

2.2 Analisis Tinjauan Awal

Analisis Peratus Ujian Diagnostik Mengikut Norma SUKANTARA sekolah Murid Tahun 5

Skor 4 3 2 1
Bilangan murid 9 9 7 8
Peratus (%) 27.27 27.27 21.21 24.24

Dapatan ujian diagnostik ini membolehkan pengkaji membuat kesimpulan bahawa tahap kepantasan
semasa lari pecut masih belum dikuasai dan dibentuk oleh murid-murid tahun 5. Daripada dapatan ujian
diagnostik ini, pengkaji telah memperbaiki kelemahan murid-murid terhadap meningkatkan kepantasan
agar mereka tidak menghadapi masalah pada masa hadapan dan berupaya mengaplikasikan larian
dalam setiap sukan atau permainan yang diceburi mereka seperti olahraga, bola sepak, bola keranjang,
hoki, ragbi, bola baling dan seumpamanya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kepantasan larian murid tahun lima dengan menggunakan
kaedah latihan bebanan dan lari pecut.

230

3.2 Objektif khusus
1) Murid-murid dapat meningkatkan kepantasan dalam lari pecut melalui kaedah latih tubi latihan
bebanan dan lari pecut.
2) Murid-murid dapat meningkatkan masa larian pecut 50 ela AAHPERD.

3.3 Persoalan Kajian
1) Adakah murid-murid dapat meningkatkan kepantasan dalam lari pecut melalui kaedah latih tubi
latihan bebanan dan lari pecut?
2) Adakah murid-murid dapat meningkatkan masa larian pecut 50 ela AAHPERD?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 8 orang subjek yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan empat orang
murid perempuan. Mereka adalah murid tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan daerah Cheras
Selangor. Kesemua subjek berumur 11 tahun. Pemilihan subjek adalah berdasarkan dari larian 100
meter dengan menggunakan norma sukantara sekolah bagi murid tahun 5.

5.0 TINDAKAN DIJALANKAN

5.1 Cara pengumpulan data
5.1.1 Ujian
Pengkaji menggunakan norma pemarkahan dalam saat untuk larian pecut 50 ela AAHPERD, (1976)
dalam Johnson dan Nelson (1986) untuk menilai ujian pra dan ujian pasca yang dilakukan oleh subjek
kajian. Catatan masa diambil bermula daripada isyarat berlepas sehingga pelari melepasi garisan
penamat dan diukur kepada perpuluhan saat terhampir.

5.2 Analisis Data
Ujian yang dijalankan kepada subjek kajian lelaki dan perempuan telah dianalisis berdasarkan analisis
catatan masa ujian lari pecut 50 ela AAAHPERD yang berjaya dilakukan berdasarkan ujian pra dengan
ujian pasca.

5.3 Tindakan menangani masalah
Berikut merupakan jadual pelaksanaan aktiviti latihan bebanan dan lari pecut. Aktiviti yang dipilih ialah
isometric bridge, single leg bridge, stability ball bridge dan alternating bridge. Pengkaji telah memastikan
bahawa kesemua subjek perlu menjalani sesi memanaskan badan dahulu sebelum latihan bermula. Ini
bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku semasa latihan dijalankan.

Jadual Pelaksanaan Intervensi Tiga Minggu
Minggu Pengisian Latihan
Minggu 1 Isometric Bridge ( 3 ulangan 30 saat), Single Leg Bridge ( 3 ulangan
30 saat), Lari pecut 30 meter
Stability Ball Bridge ( 3 ulangan 30 saat), Alternating Bridge ( 3
ulangan 30 saat), Lari pecut 30 meter
Aktiviti minggu pertama dilakukan dengan ulangan yang sedikit
Minggu 2 Isometric Bridge ( 5 ulangan 30 saat), Single Leg Bridge ( 5 ulangan
30 saat), Lari pecut 30 meter
Stability Ball Bridge ( 5 ulangan 30 saat), Aternating Bridge ( 5
ulangan 30 saat), Lari pecut 30 meter
Aktiviti minggu kedua dilakukan dengan pertambahan ulangan
Minggu 3 Isometric Bridge ( 7 ulangan 30 saat), Single Leg Bridge ( 7 ulangan
30 saat), Lari pecut 30 meter
Stability Ball Bridge ( 7 ulangan 30 saat), Aternating Bridge ( 7
ulangan 30 saat), Lari pecut 30 meter
Aktiviti minggu ketiga dilakukan dengan pertambahan ulangan
231


5.4 Keputusan kajian

Keputusan Ujian Lari Pecut 50 ela AAHPERD (Ujian Pra dan Pasca)


Subjek

Jantina
Keputusan
Ujian

Peningkatan (s)

Peratus Peningkatan
(%)
Pra (s) Pasca (s)
S1 L 8.94 8.60 -0.34 3.8
S2 L 7.90 7.81 -0.09 1.14
S3 L 9.30 9.14 -0.16 1.7
S4 L 8.71 8.70 -0.01 0.1
S5 P 8.95 8.52 -0.43 4.8
S6 P 9.31 8.97 -0.34 3.7
S7 P 9.65 9.59 -0.06 0.62
S8 P 8.74 8.50 -0.24 2.75
Min/Purata 8.9375 8.72875 0.20875 2.32625

Berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca dalam jadual 8, kesemua subjek menunjukkan peningkatan
terhadap masa larian. Subjek S1, S2, S3, S4, S5, S6, S7 dan S8 menunjukkan peningkatan dalam masa
larian seterusnya memperbaiki masa larian mereka semasa ujian pasca. Subjek S1 mencatatkan
peningkatan dari segi masa iaitu 8.94 saat pada ujian pra kepada 8.60 saat pada ujian pasca. Subjek S2
pula meningkat dari 7.90 saat pada ujian pra kepada 7.81 saat pada ujian pasca. Subjek S3 meningkat
dari 9.30 saat pada ujian pra kepada 9.14 saat pada ujian pasca. Subjek S4 menunjukkan peningkatan
iaitu 8.71 saat pada ujian pra kepada 8.70 saat pada ujian pasca. Subjek S5 juga menunjukkan
peningkatan daripada 8.95 saat pada ujian pra kepada 8.52 saat pada ujian pasca. Subjek S6 meningkat
daripada 9.31 saat pada ujian pra kepada 8.97 saat pada ujian pasca. Subjek S7 menunjukkan
peningkatan iaitu 9.65 saat pada ujian pra kepada 9.59 pada ujian pasca. Akhir sekali, subjek S8
menunjukkan peningkatan daripada 8.74 saat pada ujian pra kepada 8.50 saat pada ujian pasca.

Subjek S1 menunjukkan peningkatan iaitu pengurangan masa sebanyak -0.34 saat. Begitu juga dengan
subjek S2, S3, S4, S5, S6, S7 dan S8 yang memperlihatkan peningkatan melalui pengurangan masa iaitu
-0.09, -0.16, -0.01, -0.43, -0.34, -0.06 dan -0.24 selepas melaksanakan ujian pasca. S1 menunjukkan
peningkatan prestasi masa lari pecut 50 ela AAHPERD sebanyak 3.8%, S2 meningkat sebanyak 1.14%,
S3 meningkat sebanyak 1.7%, S4 meningkat sebanyak 0.1%, S5 meningkat sebanyak 4.8%, S6
meningkat sebanyak 3.7%, S7 meningkat sebanyak 0.62% dan S8 meningkat sebanyak 2.75%. Purata
peratus peningkatan semua subjek adalah sebanyak 2.33%.

5.5 Rumusan

Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa latihan bebanan disusuli dengan lari pecut dapat membantu
subjek dalam meningkatkan masa lari pecut dan kepantasan mereka. Ini disokong oleh Young, McLean
dan Ardagna (1995), di mana di dalam kajian mereka yang bertajuk Hubungan di antara kualiti kekuatan
otot dengan kepantasan lari pecut. Kajian ini membuat kesimpulan bahawa sememangnya individu atau
atlet yang mempunyai jisim serta kualiti otot yang kuat, akan dapat melakukan lari pecut dengan prestasi
yang tinggi dan hubungan ini berbeza untuk fasa permulaan dan fasa larian. Ini disokong oleh kajian
yang dilakukan oleh Cook, Beaven dan Kilduff (2013) yang menyimpulkan bahawa gabungan latihan
bebanan tradisional dengan latih tubi lari pecut, memberi impak yang besar dalam kepantasan memecut
individu.

Secara kesimpulannya, persoalan kajian pertama dan kedua dapat dijawab dengan menggunakan data
yang dperoleh daripada instrumen pengumpulan data. Hasilnya kajian ini telah berjaya dilaksanakan dan
mencapai objektif yang telah ditetapkan.


232

5.6 Refleksi

Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu meningkatkan
kepantasan untuk lari pecut oleh pengkaji dapat dicapai. Pengkaji berpendapat bahawa pencapaian
objektif ini adalah satu kejayaan besar bagi pengkaji, di mana pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu
ditempuhi demi melaksanakan dan menyiapkan kajian ini. Antaranya masalah disiplin subjek di awal
intervensi, kekangan aktiviti di bulan ramadhan, masa yang tidak mencukupi dan faktor cuaca yang tidak
menentu. Tetapi dengan intervensi yang telah dijalankan dan hasil keputusan kajian ternyata membantu
subjek berubah dari segi pencapaian prestasi fizikal mahupun dalaman diri mereka.
Antara kelemahan kajian ini ialah subjek sedikit tertekan dengan jadual latihan pada awal intervensi
dijalankan kerana terikat dengan peraturan dan kekangan pergerakan mereka. Pengkaji dapat
merasakan subjek tidak begitu selesa dengan jadual yang telah disediakan pada awal intervensi.
Keluhan dan mimik muka menceritakan segala isi hati subjek dalam menjalankan intervensi kajian ini.
Maslow dan Rogers (1962) di dalam Zirpoli (2010) juga berpendapat bahawa persekitaran persekolahan
yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisiplin kerana murid-murid akan
menentang kawalan ketat inidengan berbagai-bagi kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak
bersopan dan juga menentang guru.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pada kajian seterusnya pengkaji bercadang untuk memanjang masa latihan dijalankan, meningkatkan
bilangan hari untuk latihan dalam seminggu, meningkatkan ulangan, set, variasi latih tubi, dan elemen
teknikal bagi setiap sesi latih tubi serta meningkatkan jarak atau masa melakukan ulangan latih tubi.
Aspek-aspek ini merupakan kunci utama dalam mencapai prestasi yang lebih jitu dan
memberangsangkan. Pengkaji berharap agar untuk kajian seterusnya subjek yang terpilih dapat memberi
komitmen yang tinggi dan bersedia secara mental dan fizikal serta dapat menjalankan kajian pada masa,
hari dan cuaca yang mengizinkan semua pihak yang terlibat.

RUJUKAN

Bompa, T.O.& Haff G.G. (2002). Periodization: Theory and methodology of training (5
th
ed.). United
States: Human Kinetics.

Cissik, J. M. (2005). Means and methods of speed training: part II. National Strength and
ConditioningAssociation, 27 (1), 18-25.

Cook, C.J., Beaven, C.M., & Kilduff, L.P. (2013) Three weeks of eccentric training combined with
overspeed exercises enhances power and running speed performance gains in trained athletes.
Journal of Strength Conditioning Research 27(5): 1280-1286. doi:
10.1519/JSC.0b013e3182679278

Harrison, A. J. (2010). Biomechanical factors in sprint training- Where science meets coaching. XXVIII
International Symposium of Biomechanics in Sports.

Hoe, W. E. (2002). Panduan pengajaran olahraga. Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd.

Johnson, B. L. & Nelson, J. K. (1986). Practical measurements for evaluation in physical
education(4
th
ed.).New York: Macmillan Publishing Company.

Magill, R. A. (2007). Motor learning and control concepts and applications (8
th
ed.). NY: McGrawhill.





233


MENINGKATKAN KEMAHIRAN HANTARAN LOB PUKULAN DEPAN MURID-MURID TAHUN 5
AMAL DALAM PERMAINAN BADMINTON MELALUI KAEDAH LATIH TUBI

Oleh

DICK CHONG SHIA FENG & ZULKIFLI MAT SOM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran hantaran lob pukulan depan dalam
permainan badminton melalui keadah latih tubi. Seramai 8 orang subjek kajian yang terdiri daripada 4
orang perempuan dan 4 orang lelaki dari kelas Tahun 5 Amal di sebuah sekolah di Kuala Lumpur telah
dikenalpasti sebagai subjek kajian. Subjek kajian dipilih berdasarkan perolehan skor yang rendah
mengikut senarai semak. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis data
mendapati kesemua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran hantaran lob setelah
menjalankan latihan intervensi selama 4 minggu. Keputusan kajian menunjukkan murid-murid berjaya
memperbaiki kemahiran hantaran lob pukulan depan dalam permainan badminton.
Kata kunci : Kaedah Latih Tubi, Kemahiran Hantaran Lob Pukulan depan.
1.0 PENDAHULUAN
Berdasarkan pemerhatian semasa menjalani praktikum fasa 3, pengkaji telah menjalankan pengajaran
dan pembelajaran dalam subjek pendidikan jasmani di bawah tunjang kemahiran yang bertajuk
kemahiran asas badminton. Kemahiran yang diajar adalah kemahiran hantaran lob pukulan depan dalam
permainan badminton. Pengkaji mendapati bahawa beberapa murid mengalami masalah membuat
hantaran lob yang tinggi dan jauh ke garisan belakang gelanggang pihak lawan. Menurut Wall dan
Murray (1994) dalam Chia Han Wei (2012), murid yang berada dalam tahap 2 alam persekolahan
sepatutnya sudah tidak diajar kemahiran asas motor, sebaliknya diajar kemahiran lokomotor, bukan
lokomotor dan manipulatif alatan.
Menurut Gallahue (1996), kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun seharusnya sudah berupaya
untuk melakukan aksi sukan yang memerlukan kepantasan dan kecekapan kemahiran. Namun dalam
kontek ini, sebilangan murid masih tidak dapat melakukan hantaran lob dengan menggunakan teknik
yang betul.
Masalah ini timbul kerana mereka tidak mempunyai penguasaan kemahiran hantaran lob yang baik.
Disebabkan penguasaan teknik yang tidak betul, peserta kajian tidak dapat membuat hantaran lob
pukulan depan yang tinggi dan jauh ke garisan belakang gelanggang pihak lawan. Masalah ini boleh
dilihat dengan jelas melalui senarai semak perlakuan hantaran lob pukulan depan. Hasil daripada
perbincangan dan pembacaan, pengkaji telah mendapat idea untuk membantu meningkatkan kemahiran
hantaran lob pukulan depan murid-murid tahun 5 amal melalui kaedah latih tubi.
2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan masalah yang timbul, dapat dikenal pasti isu dimana beberapa orang murid masih tidak
dapat menguasai kemahiran hantaran lob pukulan depan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
waktu Pendidikan Jasmani. Masalah timbul apabila murid tidak menguasai kemahiran hantaran lob
pukulan depan. Akibatnya bulu tangkis yang dipukul tidak sampai ke garisan belakang gelanggang pihak
lawan. Bagi mengenalpasti murid yang menghadapi masalah, satu pemerhatian berstruktur
menggunakan senarai semak perlakuan telah dibuat bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran
hantaran lob pukulan depan. Bagi meningkatkan kemahiran peserta kajian, pengkaji telah menggunakan
prinsip latihan latih tubi. Menurut Weinberg and Gould (2011) dalam Chia Han Wei (2012), kaedah latih
tubi adalah aktiviti pengulangan fasa-fasa atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk
234

mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Menurut Misbun Sidek
(2003), Latih tubi ini seharusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran hantaran lob.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Umum :
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran lob pukulan depan dalam permainan badminton
melalui kaedah latih tubi.
ii. Objektif Khusus :
a) Meningkatkan kemahiran lob pukulan depan murid tahun 5 Amal setelah melalui kaedah latih tubi
selama empat minggu.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dipilih untuk menjadi peserta kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 5 Amal
yang berumur 11 tahun. Peserta kajian yang dipilih adalah terdiri daripada 8 orang murid, dengan 4 orang
lelaki dan 4 orang perempuan dari kelas 5 Amal. Murid-murid ini dipilih adalah berdasarkan tinjauan awal
yang dijalankan ketika pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
pada tajuk kemahiran hantaran lob pukulan depan permainan badminton dan juga berdasarkan skor
senarai semak perlakuan kemahiran hantaran lob. Rasional pemilihan murid-murid ini adalah
berdasarkan pencapaian skor mereka yang rendah di dalam senarai semak perlakuan kemahiran
hantaran lob.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Cara mengumpul data
8 orang peserta kajian yang dipilih melalui pemerhatian berstruktur diuji dengan senarai semak perlakuan
kemahiran hantaran lob pukulan depan permainan badminton. Senarai semak ini diadaptasikan daripada
buku Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan : Badminton dan Bola Tampar, oleh Amran Lee Abdullah, P.
Sundaralingam (2007). Peserta kajian kemudian diberi ujian pra sebelum intervensi dan ujian pasca
selepas intervensi bagi membuat perbandingan perbezaan hasil latihan intervensi yang dijalankan. Ujian
Pooles Overhead Forehand Clear Test digunakan sebagai instrumen ujian pra dan pasca.

5.2 Analisis tinjauan masalah
Analisis tinjauan masalah yang diperoleh menunjukkan bahawa sebahagian murid-murid Tahun 5 Amal
mengalami kesukaran sewaktu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
dalam tajuk hantaran lob pukulan depan permainan badminton. Hasil pemerhatian murid didapati tidak
dapat membuat hantaran lob yang tinggi dan jauh ke garisan belakang gelanggang pihak lawan. Hasil
235

analisis mendapati bahawa murid tidak menguasai kemahiran hantaran lob pukulan depan permainan
badminton dengan sempurna.

5.3 Tindakan menangani masalah
Latihan intervensi selama 4 minggu telah dirancang dengan teliti bagi meningkatkan kemahiran hantaran
lob pukulan depan permainan badminton kepada 8 orang peserta kajian. Aktiviti memanaskan badan dan
regangan akan dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan murid bersedia secara fizikal dan mental untuk
mengurangkan risiko berlakunya kecederaan, pernyataan oleh Law dan Herbert (dalam Chia Han Wei,
2012). Aktiviti menyejukkan badan juga dilaksanakan selepas selesai latihan bagi mengurangkan risiko
kecederaan. Intervensi dengan dril pertama iaitu Pukulan Forehand dan Overhead ke garisan belakang
tengah gelanggang yang menggunakan sebelah gelanggang sahaja.
Rajah 1: Pukulan Forehand dan Overhead ke garisan belakang tengah gelanggang
Sumber : Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani: Dril Badminton, oleh Mohd Sofian Omar Fauzee et al
(2006).
Objektif dril ini adalah untuk meningkatkan kemahiran hantaran lob murid melalui servis tinggi ke
hadapan peserta kajian. Orang yang membuat servis tinggi (J) kepada peserta kajian (P), kemudian
peserta kajian (P) dikehendaki membuat hantaran lob ke garisan belakang pihak lawan iaitu kawasan
(T1). Sekiranya servis yang dibuat tidak kemas dan tidak mendarat di depan peserta kajian, peserta
kajian tidak perlu membuat hantaran lob bagi servis tersebut.
Rajah 2: Mengembalikan servis tinggi secara lob defensif
Sumber : Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani: Dril Badminton, oleh Mohd Sofian Omar Fauzee et al
(2006).
Objektif dril kedua ini adalah untuk meningkatkan kemahiran hantaran lob murid melalui servis tinggi ke
hadapan peserta kajian dengan peningkatan kesukaran. Orang yang membuat servis tinggi (J) kepada
peserta kajian (P), kemudian peserta kajian (P) dikehendaki membuat hantaran lob ke garisan belakang
236

pihak lawan iaitu antara kawasan T1, T2, T3, atau T4. Untuk dril ini, selagi servis yang dibuat sampai di
tengah gelanggang peserta kajian, peserta kajian wajib membuat hantaran lob bagi menghantar bulu
tangkis ke kawasan yang telah ditetapkan.
Latihan intervensi ini telah dijalankan 3 kali seminggu, 2 set sehari. Satu set adalah dril pertama selama 5
minit, rehat 2 minit, dril kedua selama 5 minit, rehat 2 minit.
5.4 Keputusan Kajian

Subjek Kajian Purata Skor Cubaan Peningkatan Peratusan
Peningkatan Ujian Pra Ujian Pasca
L1 24 32 +8 +33.33%
L2 26 32 +6 +23.08%
L3 24 32 +8 +33.33%
L4 22 32 +10 +45.45%
P1 21 33 +12 +57.14%
P2 20 26 +6 +30.00%
P3 22 31 +9 +40.91%
P4 20 32 +12 +60.00%

Jadual 1: Perbandingan perbezaan ujian pra dan pasca serta perbezaan peningkatan dan peratusan
peningkatan.
5.5 Rumusan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran hantaran lob dalam
permainan badminton melalui kaedah latih tubi. Objektif khususnya adalah untuk meningkatkan
kemahiran lob pukulan depan murid tahun 5 Amal setelah melalui kaedah latih tubi selama empat
minggu. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap pencapaian skor dalam kategori, peratus
peningkatan, dan kawasan pendaratan bulu tangkis oleh hantaran lob peserta kajian. Pengkaji mendapati
bahawa kaedah latih tubi ini telah menyumbang secara berkesan kepada kemahiran hantaran lob yang
berkualiti. Semasa pelaksanaan ujian pra dan ujian pasca, semua peserta kajian dikehendaki membuat
hantaran lob iaitu memukul bulu tangkis tinggi dan jauh ke garisan belakang gelanggang. Hasil dapatan
ujian pasca menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian telah berjaya meningkatkan pukulan mereka
dari aspek ketinggian dan jarak. Keputusan kajian menunjukkan kesemua peserta kajian telah mencapai
skor yang baik dengan sekurang-kurangnya peningkatan sebanyak 23.08% dan paling tinggi sebanyak
60%.
Kesimpulannya, latihan kaedah latih tubi telah menjawab objektif khusus iaitu meningkatkan
meningkatkan kemahiran lob pukulan depan murid tahun 5 Amal setelah melalui kaedah latih tubi selama
empat minggu. Peningkatan dari segi hasilnya ternyata jelas ditunjukkan dalam bahagian keputusan
kajian. Berdasarkan keputusan pencapai peserta kajian, pengkaji telah merumuskan bahawa intervensi
latih tubi yang menekankan ciri-ciri pengulangan fasa-fasa atau kecekapan yang dipelajari dapat
meningkatkan kemahiran hantaran lob dalam permainan badminton.

5.6 Refleksi
Sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini, pengkaji telah mendapati terdapat beberapa aspek kekuatan
dan kelemahan. Antara kekuatan kajian ini adalah penggunaan dril yang sesuai bagi meningkatkan
kemahiran. Segala peralatan yang digunakan dalam kajian ini lengkap sepenuhnya. Hasil latih tubi telah
menunjukkan peningkatan secara positif.Dan juga tahap kesesuaian aktiviti yang sesuai dengan subjek
kajian.
Antara kelemahan kajian ini adalah peserta kajian mudah bosan dengan 2 dril yang sama, dijalankan
pada waktu bulan puasa dimana kondisi murid yang kurang bertenaga. Dan seelok-eloknya semua
237

peserta kajian menggunakan raket badminton yang sama dan bulu tangkis yang standard untuk
mendapatkan data skor yang lebih konsisten. Penggunaan dril Clear Shot Rally untuk mewujudkan unsur
bermain agar peserta kajian akan lebih bersungguh-sungguh lagi.
6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Kajian yang berunsur kaedah latih tubi ini berjaya meningkatkan kemahiran hantaran lob pukulan depan
murid. Hasil daripada kajian ini, guru-guru Pendidikan Jasmani boleh menggunakan kaedah ini untuk
meningkatkan lagi penguasaan kemahiran-kemahiran lain di sekolah.
Dalam kajian seterusnya, pengkaji akan membuat kajian yang lebih mendalam mengenai keberkesanan
kaedah latih tubi dalam mempengaruhi prestasi hantaran lob peserta kajian. Antara cadangan yang akan
dilaksanakan adalah meningkatkan kekerapan intervensi sehingga 4-5 kali seminggu kerana ia dapat
memberi kesan positif bagi sesuatu latihan (Blanksby, 1987).
Pengkaji juga akan menimbangkan penggunaan dril bervariasi bagi meningkatkan intensiti dan rasa
kelainan. Pengkaji juga akan melibatkan lebih ramai peserta kajian bagi memastikan peserta kajian lebih
seronok sementara menguasai kemahiran hantaran lob melalui latih tubi.

RUJUKAN
Abdullah, A. L. (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan : Badminton & Bola Tampar. Petaling Jaya:
Sutrapadu (M) Sdn. Bhd.

Blanksby, B. A. (1987). Cardiorespiratory Responses of Water Polo Players performing the head-in-the-
water and the head out of the water front crawl swimming technique.

Chia, H. W. (2012). Pengenalan. Meningkatkan Kemahiran Hantaran Atas Kepala Permainan Bola
Keranjang bagi Murid Tahun 6 Cekap Menggunakan Kaedah Latih Tubi.

Fauzee, M. S. (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani : Dril Badminton. Selangor Darul Ehsan:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Gallahue, D., & Donnelly, F. (2003). Developmental physical education for all children (4th ed.).
Campaign, Illinois: Human Kinetics Publisher, Inc.

Hwa, L. B. (2012). Pengenalan. Meningkatkan jarak pukulan Lob Permainan Badminton Dengan Prinsip
Ansur Maju Dalam Kalangan Murid Tahun 5, 4.

Poole, J., & Nelson, J. (1970). Construction of Badminton Skill Test Battery. Louisania, LA: Louisania
States University.

Sidek, M. (2003). Badminton Teknik Asas. Selangor: Do-It Future Sdn. Bhd.




238

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MENENDANG BOLA DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 2 MAWAR MELALUI KAEDAH LATIH TUBI.

Oleh

MD FUHAD BIN MON @ NOR & JALALUDDIN BI HJ ABD LATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran asas menendang bola dalam
kalangan murid Tahun 2 Mawar dengan menggunakan kaedah latih tubi. Fokus kajian ini adalah untuk
menilai kaedah latih tubi dapat meningkatkan kemahiran asas menendang. Tinjauan awal mendapati
seramai 6 orang murid perempuan dikenalpasti tidak dapat menguasai kemahiran asas menendang bola
dengan teknik lakuan yang betul. Bagi melihat keberkesanan kajian tindakan ini, pengkaji telah
menggunakan kaedah latih tubi. Setiap murid telah diuji melalui ujian menendang bola yang terdapat
dalam Test Gross Motor Development 2 (TGMD-2). Data yang diperoleh dikumpul melalui ujian pra , ujian
pasca, dan pemerhatian berstruktur. Subjek telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam ujian
pasca dan terbukti bahawa kaedah latih tubi mampu membantu murid meningkatkan kemahiran asas
menendang bola. Min yang diperoleh daripada daripada ujian pra dan pasca telah meningkat sebanyak
(min=6.3).
Kata kunci : Test Gross Motor Development-2 (TGMD-2), Menendang Bola, Latih Tubi
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau gerakan badan untuk melakukan
sesuatu pergerakan yang diingini. Manakala menurut Maier (1989), berpendapat bahawa kemahiran
ialah kebolehan mengeluarkan atau corak perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu
dalam arena permainan yang menggunakan raket, jaring, gelanggang dan bola. Kemahiran motor asas
kanak-kanak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar
(Santrock, 2001). Kemahiran motor bermula seawal kanak-kanak lahir dan mula menampakkan
peruabahan menjelang kira-kira tujuh tahun. Kemahiran motor kasar seperti berlari, melompat,
menendang, melantun, mencongklang, menangkap, melambung dan sebagainya pada peringkah awal,
murid-murid hanya perlu menguasai kemahiran motor asas ini dengan tujuan kemahiran mereka dapat
dipertingkat dan aplikasi dalam kehidupan seharian mereka. (Galluhe & Ozmun, 2002). Kemahiran
menendang bola merupakan salah satu kemahiran asas motor yang dipelajari semasa di awal
persekolahan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran di dalam sukan dan perubahan
aktiviti cara hidup (Nichols, 1994).
Sepanjang praktikum pengkaji telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran bertunjangkan
kemahiran manipulatif alatan yang bertajuk menendang bola. Pengkaji telah melaksanakan aktiviti
menendang bola ke rakan dan didapati bola tersasar dan tidak sampai ke rakan. Saya mendapati
beberapa orang murid tidak dapat menendang bola dengan baik. Masalah ini berlaku kerana mereka
tidak mempunyai teknik lakuan yang betul dan baik. Oleh kerana tahap penguasaan kemahiran mereka
lemah, mereka menghadapi kesukaran untuk menendang dengan baik. Melalui perbincangan dan
pembacaan, pengkaji mendapat idea yang sesuai bagi membantu murid meningkatkan kemahiran asas
menendang bola melalui kaedah latih tubi.



239

2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
mendapati murid Tahun 2 Mawar tidak menguasai kemahiran asas menendang bola dengan teknik
lakuan yang baik dan betul. Kesannya murid tidak dapat menendang bola kepada sasaran (rakan)
dengan baik seterusnya mereka berputus asa. Menurut Gabbard (2008) yang menyatakan bahawa
kanak-kanak pada usia 6 hingga 12 tahun sepatutnya sudah berada di fasa memantapkan kemahiran
sukan seperti berlari, melompat, menangkap, melantun, menyepak dan mengelecek. Oleh itu, pengkaji
telah menjalankan latih tubi untuk meningkatkan kemahiran menendang bola di samping mendedahkan
kepada murid dengan ujian perkembangan motor kasar kanak-kanak iaitu kemahiran menendang bola
dengan menggunakan TGMD-2.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

I. Objektif umum:
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan meningkatkan kemahiran asas menendang bola
dalam kalangan murid Tahun 2 Mawar melalui kaedah latih tubi.

II. Objektif khusus :
Murid dapat meningkatkan kemahiran asas menendang bola melalui kaedah latih tubi.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 2
Mawar yang berumur 8 tahun di sebuah sekolah di daerah Hulu Langat. Murid-murid yang pilih adalah
terdiri daripada 6 orang murid perempuan dari kelas 2 Mawar yang sederhana dalam akademik di dalam
kelas. Murid-murid ini dipilih adalah berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan ketika pengajaran dan
pembelajaran dalam subjek Pendidikan Jasmani pada tajuk kemahiran kemahiran menendang bola.
Pemilihan subjek berdasarkan tahap penguasaan kriteria yang rendah dalam aspek menendang bola
dengan menggunakan instrumen TGMD-2 dalam aspek menendang bola. TGMD-2 digunakan untuk
menguji kemahiran asas motor kanak-kanak dari umur 3 hingga 10 tahun (Ulrich, 2000).

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara mengumpul data
Pengkaji telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu melalui ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian
berstruktur bersama-sama senarai semak. Ujian pra bertujuan menilai tahap kemahiran tendangan yang
dilaksanakan secara amali. Pengkaji telah menggunakan instrumen TGMD-2 sebagai alat untuk
mengukur tahap prestasi motor murid. Pemerhatian pula digunakan untuk perlakuan murid sewaktu
kajian dijalankan. Melalui senarai semak yang dipilih, pengkaji mempunyai kelebihan untuk merekod
maklumat sebenar tentang perkara yang berlaku dalam persekitaran dan mengkaji tingkah laku yang
sebenar (Creswell, 2003). Pengkaji menjalankan pemerhatian keatas lima kriteria lakuan menendang
bola dalam kalangan murid tahun 2 Mawar yang diadapatsi daripada TGMD-2. Pemerhatian dijalankan
sewaktu ujian pra dan ujian pasca bagi kemahiran asas menendang bola.


240

5.2 Analisis tinjauan masalah
Pengkaji telah menjalankan ujian keatas 16 orang murid Tahun 2 Mawar bagi mengenalpasti tahap
penguasaan murid terhadap kemahiran asas menendang bola. Tinjauan awal dijalankan melalui proses
pemerhatian berstruktur iaitu berdasarkan senarai semak dalam sub ujian menendang bola yang
diadaptasi daripada kriteria lakuan menendang bola TGMD-2 (Ulrich, 2000). Hasil daripada analisis ujian
yang dijalankan dengan menggunakan senarai semak, pengkaji mendapati 10 murid berjaya
mempamerkan teknik lakuan yang betul mengikut kriteria menendang manakala 6 orang murid tidak
dapat menguasai kriteria lakuan menendang bola dengan baik dan betul walaupun diberikan sebanyak
dua kali percubaan.
5.3 Tindakan menangani masalah

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menyediakan 4 aktiviti latih tubi semasa intervensi selama 3
minggu. Terdapat empat set aktiviti dalam seminggu dan diulang-ulang dalam tempoh tiga minggu.
Aktiviti yang disediakan pada setiap sesi berbeza-beza bagi menghilangkan rasa bosan kepada subjek
kajian. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada subjek kajian tentang kriteria
lakuan menendang bola yang betul mengikut TGMD-2. Aktiiviti yang berulang-ulang dapat meningkatkan
ingatan subjek kajian terhadap lakuan menendang bola dengan lebih baik dan betul. Pengukuhan melalui
lakuan teknik dan kemahiran yang betul amat berkesan bagi murid-murid yang amat gemar bergerak.
Oleh itu, penggunaan kaedah latih tubi amat sesuai untuk didedahkan bagi meningkatkan kemahiran
asas menendang bagi murid yang lemah di samping menwujudkan keseronokkan.


Jadual 1: Aktiviti latih tubi selama tiga minggu
Sumber : Model Pengajaran Dan Pembelajaran PJ (KSSR) Tahun 1 Dan Tahun 2 (2011)


HARI SESI 1
LATIH TUBI 1
(SELASA)
SESI 2
LATIH TUBI 2
(KHAMIS)
MASA

(Minggu 1)

AKTIVITI 1:
Menendang Bola Yang
Bergolek
AKTIVITI 2:
Menendang Bola
Berpasangan

AKTIVITI 1:
Bola Penjuru

AKTIVITI 2:
Menendang Bola Statik Ke
Sasaran
30 minit setiap sesi
PdP

(Minggu 2)

AKTIVITI 1:
Menendang Bola Yang
Bergolek
AKTIVITI 2:
Menendang Bola
Berpasangan


AKTIVITI 1:
Bola Penjuru

AKTIVITI 2:
Menendang Bola Statik Ke
Sasaran.

30 minit setiap sesi
PdP
(Minggu 3) AKTIVITI 1:
Menendang Bola Yang
Bergolek
AKTIVITI 2:
Menendang Bola
Berpasangan

AKTIVITI 1:
Bola Penjuru

AKTIVITI 2:
Menendang Bola Statik Ke
Sasaran.
30 minit setiap sesi
PdP
241

5.4 Keputusan kajian

Melalui intervensi yang dijalankan, didapati berlakunya peningkatan skor kriteria menendang bola dan
subjek berjaya melakukan kriteria lakuan kemahiran menendang bola dengan baik. Ini menunjukkan
bahawa, subjek dapat mengetahui lakuan yang betul seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran
menendang bola dengan betul.
Jadual 2: Analisis senarai semak kriteria lakuan menendang bola subjek kajian
















Rajah 1 : Graf perbezaan Ujian Pra dan Pasca kriteria lakuan menendang bola.

5.5 Rumusan kajian

Secara keseluruhan dapatan kajian didapati bahawa kesemua subjek kajian telah menunjukkan
peningkatan bagi setiap lakuan menendang dalam kriteria pengguasaan kemahiran asas menendang
bola dengan baik selepas intervensi selama 3 minggu dijalankan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat
perbezaaan min dalam skor ujian kemahiran menendang bola oleh subjek kajian. Menurut Miller dan
Dickson (1999), dalam satu kajian yang bertajuk Fundamental Motor Skill Intervention Programs:
Improving Performance yang mengkaji tentang kemahiran kanak-kanak menyatakan bahawa, intervensi
adalah berkesan dalam membentuk kemahiran motor kanak-kanak. Beliau telah melaksanakan program
intensif selama lima minggu dan data yang diperolehi menunjukkan berlakunya peningkatan kemahiran
terhadap kanak-kanak. Pengkaji telah menggunakan intervensi latihan selama tiga minggu untuk subjek
kajian Tahun 2 Mawar dan intervensi yang dijalankan turut menunjukkan kesan positif terhadap tahap
penguasaan lakuan menendang bola oleh subjek kajian.
0
2
4
6
8
10
12
S1 S2 S3 S4 S5 S6
Ujian Pra
Ujian Pasca
Kriteria Lakuan Menendang Bola

Subjek
K1 K2 K3 K4 K5
pra Pasca pra pasca pra pasca Pra Pasca Pra pasca
S1 2 2 0 2 0 2 2 2 0 2
S2 2 2 0 2 0 2 0 2 0 1
S3 2 2 0 2 2 2 0 2 0 2
S4 2 2 2 2 0 2 0 2 0 0
S5 0 2 0 2 1 2 0 2 0 2
S6 2 2 2 2 0 2 0 2 0 2
Min 1.7 2 0.7 2 0.5 2 0.3 2 0 1.5
Peratus
(%)
83.3% 100% 33.3% 100% 25% 100% 16.7% 100% 0% 75%
242

5.6 Refleksi

Pengkaji telah menjalankan intervensi menggunakan kaedah latih tubi. Setelah intervensi 3 minggu
dilakukan, pengkaji telah menjalankan ujian pasca bagi melihat keberkesanan intervensi terhadap lakuan
kemahiran asas menendang bola. Didapati bahawa, terdapat perubahan peningkatan yang begitu ketara
oleh setiap subjek kajian setelah melakukan 4 aktiviti menendang bola dalam 6 sesi latih tubi selama 3
minggu. Ini menunjukkan bahawa, aktiviti latih tubi memberi kesan dalam meningkatkan lakuan dalam
kemahiran asas menendang bola.

Latihan yang dijalankan secara berterusan dan berulang-ulang memberikan pendedahan yang
bermakna kepada subjek kajian dalam menguasai kemahiran asas menendang bola. Keupayaan subjek
kajian untuk menguasai aktiviti yang melibatkan kemahiran menendang bola membantu mereka untuk
mempamerkan lakuan yang betul ketika menendang bola seterusnya membantu mereka untuk lebih
yakin, gembira dan seronok sewaktu kelas Pendidikan Jasmani dijalankan terutamanya melibatkan
kemahiran menendang bola. Secara tidak langsung, ia mempersiapkan mereka untuk menguasai
kemahiran dalam sesuatu permainan terutamanya dalam permainan yang melibatkan tendangan seperti
bola sepak semasa di tahap dua nanti.

6.0 CADANGAN SELANJUTNYA
Pengkaji telah mengutarakan beberapa cadangan pada masa akan datang yang meliputi beberapa
aspek iaitu :
a. Menambah masa intervensi kepada lebih panjang. Ini kerana subjek akan dapat lebih
penguasaan kemahiran asas menendang bola dengan baik dan betul.

b. Mempelbagaikan kumpulan sasaran meliputi aspek jantina dan membuat perbezaan pencapaian
untuk kedua-dua jantina.

c. Menambah bilangan subjek kajian.

d. Menjalankan kajian menggunakan kaki bukan dominan.

Rujukan
Creswell, J.W. (2003). Research design : Qualitative and quantitative approaches. Thousand Oaks,
California : Sage Publication, Inc.
Gabbard, C.P (2008). Lifelong motor development (5th Ed.). St. Francisco: Pearson Education.

Miller, J. & Dickson, S. (1999). Fundamental motor skill intervention programs: improving
perfomance. Paper presented at Australian Association For Research In Education. (AARE)
National Conference, Melbourne, Victoria.

Nichols,B. (1994). Moving and learning: The elementry school physical education experience, ST.
Louis, MO : Mosby Year Book

Ulrich, D. A. (2000). Test of gross motor development-2. Austin, TX: Pro-Ed.


243

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBALING DAN MENANGKAP PUNDI KACANG DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 3 MELALUI PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING
Oleh
MOHD ARIF HUSSAINI BIN YAAKUB & JALALUDDIN BIN ABD LATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan Teaching Games For
Understanding (TGfU) dalam meningkatkan kemahiran membaling dan menangkap pundi kacang. Subjek
kajian adalah seramai sepuluh orang yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3 di salah sebuah sekolah
daerah Ampang, Selangor. Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan skor lemah dan sederhana yang
diperoleh semasa ujian diagnostik berdasarkan rubrik yang diadaptasi daripada Ulrich, D.A. Test of Gross
Motor Development (2000). Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos pula di adaptasi daripada
Fundamental Motor Skills:A Manual for Classroom Teachers Melbourne Australia (1999), serta dianalisis
secara deskriptif bagi mendapatkan perbezaan peningkatan kemahiran menbaling dan menyambut pundi
kacang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua subjek mempamerkan peningkatan kemahiran
membaling dan dan menyambut pundi kacang setelah menjalani intervensi melalui pendekatan TGfU.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan TGfU dapat meningkatkan kemahiran membaling dan
menyambut pundi kacang. Dapatan kajian juga memberi implikasi bahawa program latihan yang
bersesuaian dan sistematik memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi lakuan motor
murid-murid di sekolah rendah.

Kata kunci : Teaching Games For Understanding (TGfU), membaling, menangkap, TGMD, Fundamental
Motor Skills.

1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran membaling dan menangkap didefinisikan sebagai Asas Pergerakan Motor bersama
kemahiran asas lain seperti berjalan, berlari, skipping, berjengkek dan lain-lain (Payne dan Isaacs, 2008).
Menurut pakar dalam bidang Pendidikan Jasmani seperti Gallaheu (1996), pergerakan terdiri daripada
tiga aspek iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Kemahiran manipulasi
alatan hendaklah dibina sejak dari peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini
memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek
dan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak lagi di
mana pada peringkat ini mereka mudah menerima ajaran dan hasilnya dapat meningkatkan koordinasi
anggota badan contohnya tangan, mata, kaki dan lain-lain. Asas pergerakan motor menyediakan asas
yang luas kepada kebolehan pergerakan di mana banyak pergerakan yang sukar dapat dibina (Ee Ah
Meng, 2002). Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai pergerakan asas dengan sempurna akan
menghadapi masalah dalam melakukan sesuatu pergerakan.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pada praktikum yang lalu, pengkaji telah diberi peluang mengajar subjek Pendidikan Jasmani bagi murid
tahun 3 di salah sebuah sekolah yang terletak di sekitar Ampang, Selangor. Sewaktu pengkaji mengajar
murid-murid Tahun 3 dalam kemahiran membaling dan menangkap, pengkaji mendapati sebilangan
murid tidak dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Oleh itu pengkaji cuba meningkatkan
kemahiran membaling dan menangkap bagi murid-murid tahun 3 yang diajar oleh pengkaji dengan
menggunakan pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam permainan kecil supaya
murid dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. TGfU merupakan suatu pengajaran permainan
untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah
supaya mereka tidak merasa bosan (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2006). TGfU ini adalah lebih berfokus
terhadap pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu
prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGfU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti
244

fizikal. Teaching Games for Understanding (TGfU) adalah satu model pengajaran yang diubahsuai
kepada permainan untuk mewujudkan persekitaran perkembangan pembelajaran yang sesuai.
Kesedaran tentang permainan taktikal adalah digalakkan melalui soal siasat dan sifat sosial permainan
yang ditekankan oleh murid melalui komunikasi dan hubungan kerjasama yang dipupuk (Griffin, Brooker
& Patton, 2005)

TGfU menawarkan suatu cara yang membolehkan pelajar untuk mengapresiasi kemudahan bermain
sehingga mendorong keinginan pelajar untuk belajar teknik bermain dan meningkatkan penguasaan
dalam permainannya. Pendekatan TGfU merupakan pengajaran permainan yang berpusat pada pemain
itu sendiri. Di dalam TGfU mengapa memainkan suatu permainan itu diajarkan terlebih dahulu sebelum
bagaimana keterampilan yang diperlukan untuk memainkan permainan itu diajarkan. Menurut Hopper,
proses tersebut melibatkan pengajaran murid yang menggunakan permainan yang dimodifikasi dan
diaplikasikan sesuai dengan jasmani, sosial, dan perkembangan mental mereka (Mohd Sofian Omar
Fauzee, 2006).

Tujuan pendekatan ini digunakan agar murid-murid meningkatkan taraf penguasaan kemahiran
membaling dan menangkap dalam permainan lain dalam sukan contohnya permainan bola baling dan
bola jaring di sekolah. Hal ini amat penting kerana jika murid tidak menguasai kemahiran tersebut dengan
baik ia akan memberi kesan terhadap sesuatu permainan. Dalam konteks kajian, pengkaji mendapati
murid belum dapat menguasai kemahiran membaling dan menangkap pundi kacang. Situasi ini tidak
sepatutnya berlaku kerana menurut Payne dan Isaacs (2008), kanak-kanak peringkat umur 9 tahun
hingga 12 tahun, sudah dapat menguasai kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar,
menyepak, menangkap dan mengelecek dengan lebih baik.

Refleksi Nilai Pendidikan

Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran, didapati terdapat dalam kalangan murid di sekolah
tersebut boleh dikategorikan sebagai lemah semasa melakukan kemahiran membaling dan menangkap
dengan betul dan tepat. Guru Pendidikan Jasmani perlu bertindak dengan bijak untuk memastikan
perkembangan murid mereka berkembang sepenuhnya selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan khususnya dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada murid-murid dapat dicapai melalui
pelbagai cara. Sebagai guru Pendidikan

Menurut Bonnie Pettifor (1999), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki
dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah
merupakan satu tatacara atau pelaksanaan organisasi aktiviti pengajaran pembelajaran dapat
dilaksanakan seterusnya menjadikan ianya satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai
objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek.

Pemilihan kaedah TGfU adalah dirasakan amat sesuai dalam kajian ini kerana ianya bermatlamat untuk
menjadikan latihan itu seronok dilakukan. Hal ini bertepatan dengan tahap umur subjek iaitu lingkungan
umur 7 hingga 12 tahun di mana mereka masih lagi berada dalam dunia keseronokan. Lingkungan umur
tersebut merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan
sesuatu yang baharu malahan mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini
disebabkan pertumbuhan mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin
mengenali dunia.

2.0 FOKUS KAJIAN

Melalui pemerhatian pengkaji, kebanyakan murid tahun 3 mempunyai masalah dalam kemahiran
membaling dan menangkap. Justeru, kajian ini perlu dilakukan untuk melihat pencapaian pendekatan
yang digunakan dalam meningkatkan kemahiran membaling dan menangkap murid tahun 3 di sekolah
yang dikaji. Kajian ini bertujuan melihat sejauh manakah pendekatan TGfU dapat meningkatkan
kemahiran asas membaling dan menangkap dalam kalangan murid tahun 3 sekolah yang dikaji. Melalui
kepelbagaian pendekatan yang digunakan seperti TGfU diharapkan ianya dapat memartabatkan
245

Pendidikan Jasmani sebagai mata pelajaran yang penting terutamanya kepada murid, guru dan negara
pada masa akan datang. Dapatan kajian ini juga akan memberi satu persepsi pascaitif kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia tentang keberkesanan kaedah TGfU dalam meningkatkan
pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum
Tujuan kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaling dan menangkap pundi kacang
dalam kalangan murid Tahun Tiga melalui pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU).

Objektif Khusus
1) Meningkatkan kemahiran lakuan membaling dan menangkap dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan ke atas pundi kacang melalui pendekatan Teaching Games for Understanding
(TGfU).
2) Meningkatkan jumlah balingan dan tangkapan pundi kacang selepas intervensi dijalankan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 3
yang berumur 9 tahun di sebuah sekolah di daerah Ampang, Selangor. Subjek kajian terdiri daripada
enam orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan yang dipilih dari ujian diagnostik. Kesemua
subjek kajian adalah berbangsa Melayu dan berumur 9 tahun.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara Mengumpul Data
Pengkaji telah menggunakan instrumen Fundamental Motor Skills dalam Community Information Service
(1999) untuk menilai kemahiran ini kerana ujian ini merupakan instrumen yang sesuai untuk menilai
kemahiran membaling dan menangkap subjek. Kaedah pemerhatian digunakan untuk menilai
pencapaian subjek dalam ujian kemahiran membaling dan menangkap pundi kacang untuk mengenal
pasti sama ada subjek mempelajari dan menguasai kemahiran yang dipelajari pada intervensi selama 4
minggu. Kaedah pemerhatian juga digunakan pengkaji sebagai ujian untuk menentukan skor subjek
dalam lakuan membaling dan menangkap pundi kacang. Pengkaji mengambil data keputusan daripada
jumlah skor yang diperoleh. Berdasarkan kepada keputusan jumlah mata yang diperolehi oleh subjek
kajian, maka pengkaji membuat pengelasan murid mengikut tahap pencapaian. Senarai semak lakuan
diadaptasi dari Fundamental Motor Skills:A Manual for Classroom Teachers Melbourne Australia (1999).

5.2 Tindakan Menangani Masalah
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pengkaji mencatat kekerapan tangkapan yang
dibuat oleh subjek kajian. Pengkaji menggunakan permainan berunsurkan pendekatan TGfU selama 4
minggu. Di dalam proses intervensi yang dilaksanakan, pengkaji menjalankan aktiviti memanaskan
badan pada fasa permulaan, membaling dan menangkap pada fasa perkembangan, permainan kecil
dalam fasa kemuncak dan menyejukkan badan dalam fasa penutup. Dalam fasa memanaskan badan
selama empat minggu, pengkaji menjalankan empat aktiviti yang berbeza-beza seperti Lumba Kereta,
Lari Ulang Alik, Bola Beracun, Belalang dan Belatuk. Begitu juga dalam fasa permainan kecil, ini kerana
dalam fasa ini pengkaji menjalankan intervensi terhadap subjek. Intervensi yang dijalankan pada minggu
pertama dan minggu kedua dalam permaian kecil ialah Lempar Bom. Dalam permainan ini subjek
dibahagikan kepada dua kumpulan kecil, yang mana subjek perlu membaling dan menangkap pundi
kacang ke arah penjaga gol sendiri untuk mendapatkan mata perlawanan. Permainan ini diubahsuai
daripada permainan bola baling. Intervensi yang pengkaji jalankan pada minggu ketiga ialah permainan
Sentuh Mati. Permainan ini melibatkan lima orang dalam satu kumpulan, satu kumpulan akan
menyerang manakala satu kumpulan lagi akan bertahan. Kumpulan yang menyerang akan cuba mencuit
ahli kumpulan bertahan yang mempunyai pundi kacang. Ahli kumpulan yang dicuit semasa memegang
pundi kacang dianggap mati dan dikeluarkan daripada permainan. Dalam minggu keempat pihak
pengkaji telah menyediakan tin untuk menjalankan intervensi yang ketiga. Permainan ini dinamakan
246

permainan Tuju Tin. Pengkaji membahagikan subjek kepada dua pasukan. Satu pasukan perlu
menyusun tin manakala satu pasukan lagi perlu membaling dan menangkap pundi kacang untutk dituju
kepada pihak lawan untuk mematikannya.

5.3 KEPUTUSAN KAJIAN





Rajah 1. Analisis Skor Ujian Balingan Pundi Kacang Pra dan Pasca Murid Tahun 3.
Rajah 1 menunjukkan Analisis Skor Ujian Balingan Pundi Kacang Pra dan Pasca bagi murid tahun 3.
Subjek L1, L3, L4, P1, P2 dan P3 masing-masing menunjukkan peningkatan jumlah balingan yang sama
iaitu sebanyak 2 kali. Subjek L1 mampu membuat 6 kali ulangan balingan ke arah sasaran dalam ujian
pra dan meningkat kepada 8 kali balingan ke arah sasaran dalam ujian pasca. Bagi subjek L3 pula, 7 kali
ulangan balingan dibuat semasa ujian pra dan meningkat kepada 9 kali balingan dalam ujian pasca.
Subjek L4 mempunyai jumlah balingan yang sama dengan subjek P2 dalam ujian pra dan pasca iaitu 6
kali balingan semasa ujian pra dan 8 kali balingan semasa ujian pasca. Seterusnya subjek P1 di dalam
ujian pranya berjaya melakukan 4 balingan dan meningkat dalam ujian pasca dengan jumlah balingan
sebanyak 6 kali. Untuk subjek P3, bilangan balingan dalam ujian pra adalah sebanyak 3 kali dan
meningkat kepada 5 kali dalam ujian pasca. Bagi subjek L2, L5 dan L6 masing-masing menunjukkan
peningkatan jumlah balingan ke arah sasaran sebanyak 3 kali selepas intervensi dijalankan. Subjek L2
melakukan 7 kali balingan dalam ujian pra dan meningkat kepada 10 balingan dalam ujian pasca.
Manakala subjek L5 dalam ujian pra melakukan 5 kali balingan dan meningkat kepada 8 kali balingan
dalam ujian pasca. Sebanyak 4 kali balingan dibuat oleh subjek L6 pada ujian pra dan telah meningkat
kepada 7 kali balingan pada ujian pasca. Disamping itu, subjek P4 memperoleh peningkatan jumlah
balingan terbanyak iaitu sebanyak 5 kali. Pada ujian pra, subjek membuat 5 kali balingan dan meningkat
kepada 10 kali balingan pada ujian pasca.





Rajah 2. Analisis Skor Ujian Tangkapan Pundi Kacang Pra dan Pasca Murid Tahun 3
Rajah 2 menunjukkan Analisis Skor Ujian Tangkapan Pundi Kacang Pra dan Pasca bagi murid tahun 3.
Subjek L2, L3, L4 dan juga P2 menunjukkan peningkatan jumlah tangkapan yang sama iaitu sebanyak 3
kali. Subjek L2 dan L4 mempunyai bilangan tangkapan yang sama sewaktu ujian pra dan pasca iaitu
sebanyak 7 kali semasa ujian pra dan meningkat kepada 10 kali tangkapan dalam ujian pasca. Manakala
bagi subjek L3 dan P2, masing-masing memperoleh bilangan tangkapan yang sama iaitu sebanyak 6 kali
dalam ujian pra dan meningkat kepada 9 kali semasa ujian pasca. Bagi subjek L5, L6, P1 dan juga P3,
peningkatan jumlah tangkapan pundi kacang yang sama dihasilkan iaitu sebanyak 2 kali. Subjek L6 dan
P3 memperoleh jumlah tangkapan yang sama iaitu sebanyak 5 kali pada ujian pra dan pada ujian pasca
subjek berjaya membuat 7 kali tangkapan pundi kacang. Untuk subjek L5 pula, semasa ujian pra subjek
0
5
10
15
L1 L2 L3 L4 L5 L6 P1 P2 P3 P4
B
i
l
a
n
g
a
n

B
a
l
i
n
g
a
n

Analisis Skor Ujian Balingan Pundi
Kacang Pra dan Pasca Murid Tahun 3
Pra
Pasca
0
5
10
15
L1 L2 L3 L4 L5 L6 P1 P2 P3 P4
B
i
l
a
n
g
a
n

T
a
n
g
k
a
p
a
n

Analisis Skor Ujian Tangkapan Pundi
Kacang Pra dan Pasca Murid Tahun 3

247

memperoleh 6 kali tangkapan dan telah meningkat kepada 8 kali dalam ujian pasca. Seterusnya, subjek
P1 pula dalam ujian pra berjaya menangkap pundi kacang sebanyak 4 kali dan meningkat naik semasa
ujian pasca dengan 6 kali tangkapan. Kemudian, subjek L1 dan juga P4 mempunyai peningkatan jumlah
tangkapan pundi kacang yang sama iaitu sebanyak 4 kali. Kedua-dua subjek juga turut mempunyai
jumlah tangkapan yang sama pada ujian pra dan pasca iaitu sebanyak 6 kali semasa ujian pra dan
meningkat kepada 10 kali tangkapan semasa ujian pasca.

5.4 Rumusan Kajian
Persoalan dalam kajian ini telah terjawab bahawa kemahiran menbaling dan menangkap dapat
ditingkatkan melalui pendekatan TGfU. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, pengkaji dapat
merumuskan bahawa pendekatan TGfU dapat meningkatkan kemahiran membaling dan menangkap. Ini
kerana berdasarkan ujian pra dan pasca dijalankan terdapat peningkatan pencapaian setelah intervensi
yang dijalankan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :
1) Melibatkan lebih ramai subjek kajian dan memanjangkan tempoh intervensi agar keberkesanan
program latihan akan lebih efektif.
2) Menggunakan TGfU sebagai intervensi untuk meningkatkan komponen kecergasan.
3) Mengembangkan fokus kajian untuk kemahiran-kemahiran asas yang lain pula yang berada
dalam silibus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

RUJUKAN
Bompa, T. O. (1999). Periodization: theory and methodology of trainning (4th ed.).Champaign: Human
Kinetics.

Bonnie Pettifor, M. A. (1999). Physical education methods for classroom teachers.Champaign: Human
Kinetics.Boston, MA: Allyn & Bacon Boston, MA: Allyn & Bacon

Bunker, D. and Thorpe, R., A (1982) Model for the Teaching of Games in Secondary Schools in the
Bulletin of Physical Education, Volume 18 No.1.

Community Information Service (1999). Fundamental Motor Skills:A Manual for Classroom Teachers
Melbourne Australia Department of Education. Diperoleh pada 18 April 2012 dari
http://www.eduweb.vic.gov.au

Education, 21 (2) January, pp.177-192. Diperoleh pada 25 April 2012 dari http://ro.uow.edu.au

Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III: Semester II (2nd Ed.). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Gallahue, D.L. (1996). Physical education for children; Movement Education; Motor Learning; Study and
Teaching. Brown & Benchmark (Madison).

Glen O. Gabbard, M.D., (2008). Textbook of Psychotheraputic Treatments in Psychiatry. Houston,
Texas: American Psychiatric Publishing.

Griffin, L., Brooker, R., & Patton K. (2005). Working towards legimitacy: Two decades of Teaching Games
for Understanding. Physical Education & Sport Pedagogy