Anda di halaman 1dari 7

Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.

w
merupakan dua aset yang tidak boleh
dipisahkan.
Ini kerana pengkhususan penurunan al-
Quran itu kepada Baginda s.a.w selaku
pemikul amanah Allah s.w.t, penyampai
risalahNya, penerang segala isi kandungan
al-Quran dan penyebar syiarNya.
Oleh sebab itu, menjadi hobi dan mainan
bicara Baginda s.a.w dengan bacaan
ayat-ayat suci al- Quran.
Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud
dalam Sunannya seperti berikut
Maksudnya: Daripada Abdullah ibn
Maghaffal r.a berkata: Aku melihat
Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota
Makkah, sedang menunggang unta, beliau
membaca surah al-Fath di mana bacaan itu
baginda melakukan tarji' (bacaan lambat
dengan memahami isi kandungannya).

Bersandarkan hadis tersebut, Imam Nawawi
berpendapat bahawa Nabi Muhammad
s.a.w membaca al-Quran lalu mengulangi
bacaannya. Adapun, Jumhur Ulama
berpendapat bahawa
kalimah

membawa maksud galakan
membaca al-Quran dengan suara yang
sedap dan secara tartil.
Arahan daripada Rasulullah s.a.w ini adalah
amat jelas agar para sahabat r.a
mempelajari al-Quran daripada empat
orang tersebut yang mempunyai bacaan
yang bagus dan tepat. Mereka telah
bertalaqqi al-Quran secara mushafahah
dengan Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn
Mas'ud r.a, beliau berkata bahawa: "Demi
Allah sesungguhnya aku telah mengambil
al-Quran dari mulut Rasulullah s.a.w lebih
dari 70 surah. Demi Allah sahabat Rasulullah
s.a.w amat mengetahui bahawa aku paling
mengetahui di kalangan mereka
berhubung kitab Allah tetapi aku bukan
terbaik di antara mereka". Beliau juga
berkata kami mempelajari al- Quran
daripada Nabi s.a.w
sepuluh ayat dan kami tidak akan
mempelajari sepuluh ayat yang lain
sehinggalah kami mempelajari apa yang
diturunkan Allah s.w.t dalam sepuluh ayat
tersebut secara amalan.
Seterusnya beliau berkata: "Demi yang
tiada tuhan selainNya, jika aku mengetahui
terdapat seorang yang lebih mengetahui
daripadaku tentang kitab Allah s.w.t yang
dapat sampai kepadanya maka nescaya
aku akan pergi kepadanya".

Di sini jelas bahawa para sahabat r.a
mempelajari al-Quran sepuluh ayat dan
menguasainya dari sudut ilmu, amalan,
bacaan, hukum-hakam dan kefahaman.
Kemudian mereka menyampaikan dan
mewariskan apa yang mereka pelajari
kepada generasi-generasi terkemudian.





Dalam bidang tarannum al-Quran,
falsafahnya adalah berkisar dalam
lingkungan melagukan bacaan al-Quran
suatu usaha ke arah memperkasakan
amalan membaca al-Quran dengan
menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan
syara'
bagi menghubungkan rasa hati pembaca
dan pendengar kepada menghayati
keagungan Allah sebagai Maha Pencipta

Mengandungi Beberapa jenis tarannum
yang berlainan tanpa berulang-ulang
Mengandungi beberapa tabaqah suara
yang disusun mengikut tekniknya
Tarannum pembukaan dan Tarannum
Penutup hendaklah dari jenis yang
sama (Keutamaan/Bayyati)


Nusantara atau dikenali sebagai Kepulauan Melayu
telah menerima kedatangan Islam seawal kurun
pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh Masihi.
Walaupun banyak perselisihan pendapat mengenai
fakta sebenar kedatangan Islam di alam Melayu ini
diperbahaskan oleh ahli sejarawan, namun apa yang
lebih penting untuk kita bincangkan adalah sejauh
mana peranan Islam itu dalam membentuk kebudayaan
dan ketamadunan masyarakat di Nusantara.

Oleh kerana Islam menjadikan al-Quran sebagai
sumber dan panduan utama dalam pelbagai aspek
kehidupan, maka adalah diyakini bahawa masyarakat
Muslim ketika itu amat mementingkan ketuanan al-
Quran dan kesuciannya dijaga. Perkara ini
membabitkan penjagaan secara total iaitu sama ada
dari sudut mengenal, mengeja, membaca, memahami
dan mengajarkannya.

Melalui skop penjagaan al-Quran ini kita percaya
bahawa konsep ini adalah merupakan penyumbang
kepada pengajian tarannum al-Quran yang
berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islami.



Bermula dari kurun ke-20 Masihi sehingga kini,
perkembangan agama Islam telah dapat berdiri
dengan sendirinya tanpa perlu berpaut teguh
kepada mubaligh atau pendakwah Islam dari
negara India, China dan Arab.
Perkembangan positif ini juga memberi impak
kepada keperihatinan masyarakat Melayu dalam
menghayati al-Quran melalui aspek tarannum.
Perkara ini jelas dilihat dengan penguasaan
masyarakat Nusantara dalam pertandingan
musabaqah tilawah al-Quran yang merupakan
agenda tahunan dunia Islam dalam
mempromosikan ketulenan dan kesucian al-
Quran al-Karim.

Di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-
Quran yang bermula pada tahun 1960 adalah
merupakan salah satu kaedah menarik minat
umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-
Quran dengan baik.
Pertandingan ini turut memperkenalkan kurikulum
bacaan al-Quran yang sebenarnya iaitu terdiri
daripada bidang tahsin al-Quran, tajwid,
tarannum dan fasohah.