Anda di halaman 1dari 11

Kata Pengantar

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Subhanahu waTaala, Rabb sekalian
alam. Salam serta Selawat ke atas Rasul-Nya Muhammad bin Abdullah, juga ke atas semua ahli keluarga baginda dan para sahabat,
radiallahu-anhum.
Sejak saat pertama syariat Islam diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu, kewajipan mentaati Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam merupakan dasar dan prinsip penting yang tidak boleh disisihkan. Allah Tabaraka waTaala telah berulang kali
memerintahkan kewajipan mentaati Rasulullah di dalam al-Quran, seperti firman--Nya:
W W-ONOgC4 -.- N.Oc4O4 p) +L7 4-gLg`uG` ^
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. [al-Anfal 8:01]
Senada dengan perintah ini ialah sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:
: ! :- -

Semua umat aku akan masuk syurga kecuali sesiapa yang enggan. Bertanya para sahabat: Siapakah yang enggan wahai
Rasulullah ? Jawab Baginda: Sesiapa yang mentaati aku akan masuk syurga dan sesiapa yang mengingkari aku maka dialah yang
enggan. [1]
Allah Azza waJalla juga menerangkan bahawa apabila Dia dan RasulNya Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam menetapkan
sesuatu hukum dan urusan agama, umat Islam lelaki dan perempuan tidak memiliki hak untuk menukar atau memilih ketetapan
yang lain. Sesiapa yang ingkar akan perintah ini, maka sesatlah mereka dalam kesesatan yang nyata. Firman Allah:
4`4 4p~E }g`ug 4 O4Lg`uN` -O) /=/~ +.-
N.Oc4O4 -O^` p 4pO74C N_ 7E4O=OgC^- ;}g`
g-@O^` }4`4 +u4C -.- N.Oc4O4 ; E= 1EU=
4LO)lG` ^@g
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.
Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas
nyata. [al-Ahzaab 33:36]
Senada dengan ayat ini ialah wasiat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:
Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan sunnah
NabiNya.[2]
Selain daripada perintah mentaati yang khususnya ditujukan kepada urusan yang berkaitan dengan syariat agama, Allah
Subhanahu waTaala juga telah menganjurkan umat Islam untuk mengikuti dan meneladani Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam
dalam urusan duniawi seperti tingkah laku, etika dan perjalanan hidup. Ini selari dengan sifat Rasulullah yang memiliki akhlak mulia
lagi terpuji. Firman Allah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.[al-Qalam 68:04]
;- 4p~E 7 O) Oc4O *.- NE4Ocq O4L=OEO
}Eg 4p~E W-ON_O4C -.- 4O4O^-4 4O=E- 4OEO4
-.- -LOOgVE ^g
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak. [al-
Ahzaab 33:21]



Hujah Pertama:
Al-Quran adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi
sallallahu-alaihi-wasallam ? Bukankah Allah Subhanahu waTaala telah berfirman di dalam al-Quran:
_ E` 4L;CO O) U4-^- }g` 7/E* _ O _O)
jgj4O ]+O=^47 ^@g
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-Anaam 6 :38]
4OO4 *.- /4- VEO 4O-4 -Og~-.- 44O^
N:^1) =U4-^- 1EOEN` _ 4g~-.-4 O_E4uO>-47
=U4-^- 4pOU;4C +O^^ EO46N` }g)` El))OO
--O4^) W E E=O7> ;g` 4)O4;^- ^j
(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada
kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? [al-Anaam 6 :114]
;4 _4Lu_ U4-) +OE4UO _O>4N Ug O1-
LO4uO4O4 Og 4pONLg`uNC ^)g
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah
menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah
petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-Araaf 7 :52]
O.- _ RU4-g ;eE;Oq +O+-4C-47 ;eU_ }g`
up-. 1EO OO)lE= ^
Alif, Laam, Raa. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan
pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi
Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]
Jawapan:
Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTaala apabila Dia menyatakan kesempurnaan,
kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Quranul Karim, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Quran
sebagai kitab induk yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan
mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.[1] Al-Quran adalah lengkap dan
sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syariat-Nya.
Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab al-Quran tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-
Quran tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang
diperlukan umat untuk melaksanakan syariat Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan.
Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Quran meletakkan dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis
serta sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam wajib dijadikan salah satu dari sumber syariat yang ditaati, dirujuki
dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan
prinsip penting yang digariskan oleh al-Quran; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang
sebahagian dari ajaran al-Quran itu sendiri.[2]
Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value)
sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-
persatu di dalam al-Quran. Jika inilah kefahaman mereka, maka penulis bertanya jika pagi tadi kita bersarapan Mee
Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Quran ? Pastinya kita tidak akan
menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal,
atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Quran ?
Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Quran dalam meletakkan dasar serta
prinsip syariat dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan,
kerana al-Quran sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini
adalah halal untuk dimakan
~ +uC474O .E` 44O^ +.- 7 ;g)` -^ejO +UEE
+OuLg)` 4`-4OEO 1EUEO4 ~ +..-47 ]gO 7 W ; O>4N
*.- ]+O4^> ^)_
59. Katakanlah (kepada kaum Yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu Yang
diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?"
Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara
dusta terhadap Allah?". (Yunus 10:59)
asalkan disembelih atas nama Allah
4 W-OU> Og` @OE'ONC Oc- *.- gO^OU4N
+O^^)4 -Og Ep)4 --gC4OO=- 4pONOONO -O)
)_j*.4Ogu 7O7gENOg W up)4 -O+-uC
7^^) 4pO7)O;+^O ^g
121. dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang tidak disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, kerana Sesungguhnya Yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan Sesungguhnya
syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika
kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan Yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang
musyrik. (al-Anaam 6:121)
atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa
umat Islam sangat dianjur makan (al-Anaam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-Araaf 7:31).[3] Inilah
maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.
Hujah Kedua:
Tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanyalah sebagai seorang posmen yang membawa surat daripada seorang
pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya. Demikianlah juga Rasulullah, baginda hanya ditugaskan membawa al-
Quran daripada Allah untuk diserahkan kepada manusia. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu waTaala:
E` O>4N OcO- ) uU4:^- +.-4 NUu4C 4`
4pl> 4`4 4pO+'> ^__
Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan sahaja. [al-Maidah 5:99]
up) W-O4O;N .E ElE4UEcO jgOU4N
1gEO W up) El^OU4N ) uU4l^-
Tugasmu (Wahai Muhammad) tidak lain hanyalah menyampaikan. [asy-Syura 42:48]
Jawapan:
Ayat-ayat di atas dan beberapa lain yang senada sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam. Baginda hanya
dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikanrisalah tersebut. Terima atau tidak, ia adalah berkaitan dengan hidayah
dan petunjuk Allah Subhanahu waTaala. Dalam ertikata lain, sama ada seseorang itu menerima atau menolak Islam, itu
bukan urusan Rasulullah tetapi adalah urusan mutlak Allah Subhanahu waTaala. Penjelasan ini akan lebih difahami
dengan merujuk kepada ayat-ayat berikut:
~ Og^4C +EEL- ;~ N47.~E} O-E^- }g`
7)O W ^}E OE4u-- E^^) Og4-g4 gOO^4Lg W
}4`4 E= E^^) O_4C OgOU4 W .4`4 4^ 7^OU4
O4O) ^g
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan
kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu
terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke
atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu. [Yunus
10:108]
ElE^) Ogg ;}4` =e:4l;O O}4 -.- Ogg4 }4`
+7.4=EC _ 4O-4 NUu -g4;_^) ^)g
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas 28:56]
Dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanya membawa al-Quran juga dapat ditolak
dengan merujuk kepada ayat-ayat lain di dalam al-Quranul Karim yang sedia menerangkan pelbagai tugas dan
tanggung-jawab baginda. Berikut disenaraikan antara 10 tugas dan tanggung-jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

10 Tugas dan Tanggung-Jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.
[1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja.
Antara tugas pertama yang diamanahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah mengajar manusia
untuk mentauhidkan Allah Subhanahu waTaala. Allah menurunkan ayat berikut kepada Rasulullah untuk
beliau katakan dan ajarkan kepada manusia:
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian
makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun
yang serupa dengan-Nya. [al-Ikhlas 111:1-4]
[2] Membawa al-Quran untuk manusia.
Firman Allah Subhanahu waTaala:
.^^) 4L^4O^ El^OU4N =U4-^- +EE4Ug
--E^) W ^}E OE4u-- gOO^4L)U W }4`4 E=
E^^) O_4C E_^1U4 W .4`4 =e^ jgOU4N O4O)
^j
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan
segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. [az-Zumar 39:41]



[3] Membacakan al-Quran kepada manusia.
; O}4` +.- O>4N 4-gLg`u^- ^O) E+E4 jgOg
LOc4O ;}g)` ;e)_O^ W-OUu-4C jgOU4 gOg-4C-47
jgO]4ONC4 N_ggUENC4 =U4-^- OE-:g4^-4
p)4 W-O+^~E }g` N:~ O> U= -)lG` ^gj
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia
mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-
ayat Allah (al-Quran). [Ali Imran 3:164]
Membaca di sini bererti menyampaikan secara lisan ayat-ayat al-Quran. Sepertimana yang kita tahu, al-Quran
dibawa oleh malaikat Jibrail alaihi-salam kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam seorang sahaja. Setiap kali Jibrail
turun membawa ayat atau ayat-ayat, Rasulullah akan bacakan ayat tersebut kepada umat. Di kalangan mereka ada yang
mencatitnya manakala yang lain menghafalnya.
[4] Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia
mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-
ayat Allah dan membersihkan mereka. [Ali Imran 3:164]
Membersihkan bermaksud menyucikan roh dan jiwa manusia yang dipenuhi dosa akibat dari kekotoran syirik,
mempertuhankan taghut yakni segala yang dijadikan tuhan selain dari Allah, keyakinan kurafat, tahayul dan pelbagai
lagi yang menjadi akidah dan pegangan umat di zaman jahiliyah dahulu. Termasuk juga dalam pembersihan ini adalah
pendidikan rohani, pembentukan akhlak murni, mendisiplinkan nafsu dan syahwat, menghindar maksiat dan
kemungkaran dan pelbagai lagi kotoran yang menguasai manusia pada ketika itu.[2]
[5] Mengajar dan menerangkan al-Quran.
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia
mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-
ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran). [Ali Imran 3:164]
Maksud mengajar al-Quran bukanlah cara-cara membaca dan mentilawahkannya kerana orang ramai ketika itu
sedia mengetahui bahasa Arab, tetapi adalah mengajarkan maksud ayat-ayat dan cara-cara mengamal serta
mempraktikkannya.
[6] Menerang, menghurai dan memperincikan al-Quran.
ge4L)O4l^) @O+O-4 .4L^4O^4 El^O)
4O-g]~.- 4))-4l+g +EELUg 4` 4@O+^ jgO)
_^UE4 ]NO-E4-4C ^jj
Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau
menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]
Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dari perkataanlitubayyina yang berasal dari kata al-
Bayan. Ia bermaksud menerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka apabila Allah
Tabaraka waTaala menugaskan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai mubayin al-Quran, ia bererti beliau
ditugaskan untuk menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Quran.[3] Contohnya al-Quran memfardhukan
solat maka tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah menerangkan apakah itu solat, menghuraikan hukum-
hukumnya dan memperincikan sifat-sifatnya.
Ayat ini juga jelas menolak dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah hanya sekadar
seorang posmen kerana Allah Azza waJalla telah menggunakan istilah Litubayyina dan
bukannya Balagh atau Mubaligh yang berertisampaikan atau penyampai.

[7] Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam al-Quran.
Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Quran.[4.madarij al-salikin/ibnu qayyim]
Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat
kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syariat agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat.
Berikut dikemukakan beberapa contoh:

-ON`4OE_ ]^O)) *.- 4~4 1N-E1 VO7~E}
+O>-474 +.- CU^- OE-:g4^-4 +OE^U4N4 Og`
+7.4=EC
Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-Hikmah (pangkat kenabian-
nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.[al-Baqarah 2:251]
O)uNC OE-:^- }4` +7.4=EC _ }4`4 =uNC OE-:^-
; 4O)q -LOOE= -LOOg1 4`4 NOOO4C ) W-O7q
U4:^- ^gg_

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang
ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal
fikirannya. [al-Baqarah 2:269]
O4 47.~E} _/=O1gN ge4L)O4l^) 4~ ;~
7+-^O_ gOE'^) 4))-4+4 7 4*u4 Og~-.-
4pO)U4-^C` gO1g W W-OE> -.- pONOgC4 ^g@
Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah
ia: Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syariat agama), dan untuk menerangkan
kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu
kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43:63]
Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab,iaitu al-Kitab dan al-
Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:
; .E4uO>-47 4-47 47g-4O) =U4-^-
OE'g4^-4 e_E4uO>-474 ~UG` V1g4N ^)j
Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah
memberi kepada mereka kerajaan yang besar.[an-Nisaa 4:54]
_ 44O^4 +.- C^OU4N =U4-^- OE'g4^-4
CE-U4N4 4` }7> NUu>
Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-Hikmah. [an-Nisaa 4:113]
; O}4` +.- O>4N 4-gLg`u^- ^O) E+E4 jgOg
LOc4O ;}g)` ;e)_O^ W-OUu-4C jgOU4 gOg-4C-47
jgO]4ONC4 N_ggUENC4 =U4-^- OE-:g4^-4
p)4 W-O+^~E }g` N:~ O> U= -)lG` ^gj

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia
mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-
ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [Ali Imran 3:164]
Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syariat, ilmu dan perincian agama yang tidak
terkandung dalam kitab suci (al-Kitab). Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang
sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga.
Demikian juga, al-Quranul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak akan merujuk kepada dua
objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan melainkan yang dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga.
Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang diturunkan oleh Allah dari langit kepada para
RasulNya tetapi ia adalah segala sumber syariat, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci.
Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul Allah tentang al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau
pengiktirafan, itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah.
Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (an-Nisaa 4:54) dan ini termasuklah Rasul
Allah yang terakhir Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam (an-Nisaa 4:113). Baginda bukan sahaja diberi al-
Hikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-Hikmah tersebut kepada umatnya (Ali Imran 3:164).

[8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui.
.EE 4LUEcO :Og LOc4O :Lg)` W-OUu-4C
7^OU4 E4g-4C-47 :1g4ONC4 N:ggUENC4
=U4-^- OE-:g4^-4 7ggUENC4 E` W-O+^O7>
4pOUu> ^)

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang
membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab
(Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]
Selain diamanahkan mengajar umat berkenaan urusan-urusan agama dalam al-Kitabdan al-Hikmah, selanjutnya
Allah Subhanahu waTaala mengamanahkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengajar umat hal-hal duniawi yang
belum mereka ketahui. Maksudnya adalah seperti yang diterangkan oleh Said Hawa (1989M): Dahulu di zaman jahiliyah
mereka (masyarakat Arab) adalah orang-orang bodoh, lalu dengan berkat risalah Muhammad mereka menjadi orang-
orang yang pintar dan berpengetahuan. Bahkan menjadi orang yang paling dalam pengetahuan, berhati lembut dan
berbahasa paling jitu.[6]
Sayid Quthb (1966M) juga telah mengulas: Islam telah mengangkat mereka (umat Islam) dari lingkungan
masyarakat Arab yang tidak mengetahui kecuali hal-hal yang sedikit dan berserakan yang hanya layak untuk kehidupan
berkabilah di tengah padang Sahara.Kemudian Islam menjadikan mereka sebagai umat yang memimpin manusia dengan
penuh bijaksana, terarah, sangat piawai, tepat dan berpengetahuan. [7] Malah dengan risalah Islam bersama didikan
serta pimpinan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam inilah masyarakat Arab dapat membangun, jika tidak tertinggallah
mereka sepertimana masyarakat Eskimo di Kutub Utara dan masyarakat Zulu di benua Afrika hari ini ![8]
[9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.
g O) O):Ec *.- -^U> ) El=O^4^ _
^@OEO4 4-gLg`u+^- W /=O4N +.- p O-74C "E4
4g~-.- W-NOEE _ +.-4 OE- c4 OE-4 1E1L>
^gj

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu
sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-
mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatan-Nya
dan Amatlah berat azab seksa-Nya.[an-Nisaa 4:84]
Ayat ini sekaligus menerangkan dua tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:
Pertama, berjihad menegakkan agama Islam sebagaimana firman Allah: Oleh itu, berperanglah (wahai
Muhammad) pada jalan Allah Berdasarkan ayat ini ketahuilah bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak hanya
ditugaskan sekadar mengajar al-Quran dan mendakwahkan Islam kepada manusia tetapi beliau juga ditugaskan dengan
sesuatu yang lebih berat lagi membahayakan, iaitu mengangkat senjata di medan perang menegakkan Islam. Lebih dari
itu tugas ini tetap dibebankan ke atas diri Rasulullah sekalipun baginda seorang diri sahaja, sebagaimana firman Allah:
engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.
Kewajipan berperang yang diperintahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat ini sekali-lagi
menafikan dakwaan bahawa baginda hanya memiliki peranan sebagai seorang posmen yang menyampaikan al-Quran
sahaja. Malah ayat ini secara jelas menonjolkan kegagahan diri Rasulullah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Fakh-
ur-Razi: Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seseorang yang memiliki sifat yang
gagah lagi yang paling bijaksana dalam urusan peperangan (kerana) tidaklah (Allah) akan memerintahkan demikian
melainkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam memang memiliki sifat-sifat tersebut (gagah dan bijaksana). [9]
Tugas kedua yang diwajibkan ke atas diri Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat di atas adalah
mengerah dan mengajak umat Islam agar turut berperang sepertimana firman Allah: Dan berilah peransang kepada
orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).
[10] Menggubal hukum.
-NON`4C NOuE^) _Ogu+4C4 ^}4N
@OE:4^- Og474 O_ ge4:jO-C- N@OO474
O)_^1U4 E+j^4:EC^- 7_4C4 _uL4N -4O^)
U^^-4 /-- ;e4^~E )_^1U4 _
Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan
perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada
mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu
yang ada pada pada mereka. [al-Araaf 7:157]
Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTaala menerangkan tugas dan kekuasaan Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam menggubal hukum-hukum agama seperti menghalalkan apa yang baik dan mengharamkan apa yang
memudaratkan.
Demikian antara 10 tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang dijawatkan oleh Allah Subhanahu waTaala
dalam al-Quranul Karim. Terdapat beberapa lagi tugas Rasulullah yang diterangkan oleh al-Quran seperti menunjuki
umat ke arah jalan yang lurus, menerangi mereka dengan nur cahaya Islam, mengkhabarkan berita gembira kepada
orang yang beriman akan balasan syurga bagi mereka, memberi amaran kepada orang yang ingkar akan balasan neraka,
menjadi saksi kepada umat di akhirat dan pelbagai lagi. Yang pentingnya tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam
tidaklah sekadar membawa al-Quran sahaja umpama seorang posmen yang membawa surat dari pengirim kepada
penerima.
Hujah Ketujuh:
Kitab al-Quranul Karim adalah sebuah kitab yang dipelihara dan dijamin ketulenannya oleh Allah Subhanahu waTaala
manakala hadis-hadis tidak. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [al-Hijr 15:09]
Jawapan:
Ketahuilah bahawa apabila Allah Azza waJalla menjamin keterpeliharaan al-Quranul Karim, ia tidak bermaksud sekadar
memelihara dan menjaga huruf-hurufnya sahaja, tetapi ia meliputi semua yang berkaitan dengan al-Quran, termasuk
memelihara dan menjaga maksud, pengajaran dan kaedah pengamalannya. 3 perkara yang terakhir ini diwakili oleh
sunnah dan hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Tiada gunanya memelihara huruf-huruf al-Quran sahaja
sedangkan ajaran dan maksudnya dibiarkan sahaja menjadi mainan yang ditolak dan ditarik sesuka hati oleh umat.
Justeru perlu difahami bahawa apabila Allah berjanji memelihara al-Quranul Karim, ia adalah pemeliharaan dari dua
sudut, yang pertama sudut material yakni sebutan, lafaz dan susunan ayat-ayat al-Quran manakala yang kedua adalah
dari sudut bukan material, yakni maksud ayat, pengajaran dan kaedah pengamalan ayat.[1] Hadis dan sunnah Nabi
sentiasa dipelihara oleh Allah Azza waJalla dengan wujudnya para ahli hadis di setiap generasi yang sentiasa
menyemak, menganalisa dan mengkaji kedudukan isnad sesuatu hadis untuk dibezakan antara yang benar dan yang
palsu.
Hujah Kesembilanbelas:

Terdapat hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang menceritakan tentang urusan dan perkara-perkara ghaib
seperti azab dalam kubur, peristiwa dalam syurga dan neraka, pengkhabaran syaitan dan jin dan ramalan tentang
perkara-perkara masa depan yang bakal terjadi. Padahal Allah Subhanahu waTaala telahpun menerangkan dalam al-
Quran bahawa urusan dan perkara ghaib tidak dapat diketahui oleh sesiapa jua. Firman Allah Subhanahu waTaala:
~ OUu4C }4` O) g4OEOO- ^O-4 =U^O4^- )
+.- _ 4`4 4p+O+;=EC 4p+C ]O1ElNC ^g)

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah ! Dan
tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). [an-Naml 27:65]
Demikian juga para Nabi dan Rasul Allah, mereka semua tidak mengetahui perkara-perkara ghaib. Seandainya mereka
berkata mereka mengetahuinya, tergolonglah mereka di kalangan orang-orang yang zalim. Hal ini diungkapkan oleh Allah
Azza waJalla dalam ayat berikut melalui lisan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:
4 NO~ 7 Og4gN N.-4OE= *.- 4 NUu
=U^O4^- 4 NO~ O)E+) _CU4` 4 NO~ -g~--g
-OjOE1uO> 7NLNO;N } Ng4Og>uNC +.- -OOE= W +.-
NUu E) EO) )_O^ W EO)E+) -+O) =}g-
4-g)U-- ^@

Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa
mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata
terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada
mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian,
nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim. [Hud 11:31]
Oleh itu tidak syak lagilah bahawa hadis-hadis perkara ghaib ini bukanlah berasal dari ajaran Rasulullah tetapi
sebenarnya adalah rekaan dan dustaan orang-orang selepas kewafatan baginda sekalipun ia memang tercatit dalam
kitab-kitab hadis yang sahih.
Jawapan.
Memang benar Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak mengetahui akan urusan dan perkara ghaib
kecuali apa yang diketahuinya dari wahyu dan pengkhabaran Allah Tabaraka waTaala sendiri. Memang benar bahawa
hanya Allah Azza waJalla sahaja yang mengetahui urusan dan perkara ghaib akan tetapi ketahuilah bahawa Allah
adakalanya membuka pintu-pintu ilmu ghaib ini kepada para Rasul-Nya. Hal ini dikhabarkan sendiri oleh Allah Subhanahu
waTaala melalui firman-Nya:
N)U4N U^O4^- E NO)_;NC _O>4N gO)l^1EN -4
^gg ) ^}4` _/=/>O- }g` OcO +O^^) lUOEC }g`
u-4 gOuCE4C ;}g`4 gOgUE= -4=4O ^g_
Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-
Nya itu kepada sesiapapun; melainkankepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan
dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat
sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27]
Allah Subhanahu waTaala dalam al-Quran telahpun menerangkan bahawa Dia mengajar Rasul-Nya Muhammad
sallallahu-alaihi-wasallam perkara-perkara yang tidak diketahuinya dan mewahyukan kepada baginda beberapa perkara
dan berita ghaib. Perhatikan dua ayat berikut:
_ 44O^4 +.- C^OU4N =U4-^- OE'g4^-4 CE-U4N4
4` }7> NUu> _ ]~E4 N;_ *.- El^OU4N V1g4N
^@

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang
mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang
dilimpahkan-Nya kepada kamu amatlah besar. [an-Nisaa 4:113]
~ NO~ 7 OgLgN N.-4OE= *.- 4 NU;N
=U^O4^- 4 NO~ 7 O)E+) NlU4` W up) 7)lE> )
4` -/EONC O) _ ~ E- OO4-OEC _OE;N-
+OO4l^-4 _ E 4pNO-E4-> ^)

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di
sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu
bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukankepadaku. [al-Anaam 6:50]
Oleh itu apa yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang urusan dan perkara ghaib
bukanlah berasal dari pengetahuan atau khayalannya sendiri dan bukan juga berasal dari rekaan serta dustaan orang-
orang selepas baginda. Ia sebenarnya berasal dari pengajaran dan wahyu yang diwahyukan oleh Allah Subhanahu
waTaala kepada baginda.



Mengenal 4 Ragam Golongan Anti Hadis apabila berdalil dengan al-Quran.
Sehingga kini kita telah menganalisa dan menjawab 10 hujah Golongan Anti Hadisyang mereka asaskan dari
dalil-dalil al-Quran. Seterusnya akan disenaraikan pula 10 hujahGolongan Anti Hadis yang mereka asaskan dari dalil-dalil
selain al-Quran. Sebelum itu ingin penulis bincang dan menggariskan terlebih dahulu 4 ragam dan strategi yang biasa
digunakan oleh Golongan Anti Hadis apabila menghujah satu-satu ayat al-Quran sebagai dalil. Ini adalah penting supaya
para pembaca dapat mengenal pasti ragam, taktik, strategi dan muslihat Golongan Anti Hadis apabila mereka berhujah
dengan al-Quran, sama ada masa kini atau akan datang. Tidak dinafikan adakalanya ayat-ayat al-Quran yang
dihujahkan oleh Golongan Anti Hadis nampak benar lagi meyakinkan. Akan tetapi jika kita sedia mengetahui taktik dan
muslihat mereka, mudah sahaja untuk kita menangkap kebatilan yang terdapat dalam hujah tersebut. Berikut adalah 4
ragam dan muslihat yang dimaksudkan:
[1] Terjemahan tanpa teks Arab.
Ragam Golongan Anti Hadis yang pertama adalah menghujahkan ayat-ayat al-Quranul Karim berdasarkan
terjemahannya sahaja tanpa disertakan teks Arab yang asal. Ini menyukarkan kita untuk menyemak kebenaran
terjemahan dan hujah-hujah yang mereka asaskan dari ayat tersebut. Contohnya adalah terjemahan ayat 44 hingga 49
surah al-Maidah yang dilakukan oleh Rashad Khalifa (lihat hujah ke-9). Oleh itu setiap ayat al-Quran yang dihujah
oleh Golongan Anti Hadis wajib kita semak terjemahannya dengan teks Arab yang asli atau dengan mana-mana kitab
terjemahan dan tafsir yang diiktiraf.
[2] Menarik dan memaksa tafsiran ayat al-Quran.
Apabila teks Arab al-Quran diterjemahkan, ia kehilangan segala nilai-nilai ketepatan bahasa dan nahu (grammar)
yang membuatkannya tidak lagi tepat sebagai sumber rujukan. Dengan ini mudahlah bagi Golongan Anti Hadis menarik
dan memaksa terjemahan ayat-ayat tersebut supaya selari dan secocok dengan fahaman mereka. Akhirnya peranan asal
al-Quran sebagai kitab yang memimpin dan menunjuk telah berubah kepada kitab yang dipimpin dan ditunjuk. Ini
sebenarnya pernah digambarkan sendiri oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam 1400 tahun yang lalu dengan
sabdanya:
al-Quran adalah pemberi syafaat yang diterima syafaatnya dan pembantah (penghujah) yang dibenarkan.
Barangsiapa yang meletakkan al-Quran di hadapannya maka dia akan dipimpin ke syurga dan barangsiapa yang
meletakkan al-Quran di belakangnya maka dia akan ditolak ke neraka.[3]
Bagi menangani ragam Golongan Anti Hadis ini, setiap hujah dan tafsiran merekawajib kita kaji dan bandingkan
dengan mana-mana kitab tafsir yang muktabar. Seandainya kekurangan bahan rujukan maka bertanyalah kepada
mereka yang ahli dalam bidang tafsir. Tidak perlu bertanya kepada Golongan Anti Hadis kerana mereka bukanlah ahli
bidang tafsir.
[3] Menjadikan al-Quran sebagai kamus bahasa Arab.
Ragam ketiga Golongan Anti Hadis adalah menjadikan kitab al-Quranul Karim sebagai satu-satunya kamus
bahasa Arab. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (lihat jawapan bagi hujah ke-6), kitab al-Quranul Karim
tidak diturunkan oleh Allah Subhanahu waTaala kepada manusia untuk dijadikan sebuah kamus. Al-Quran boleh
digunakan sebagai salah satu sumber rujukan bagi mengetahui dan memahami pengertian sesuatu perkataan Arab dan
cara menggunakannya tetapi ia tidak boleh dimutlak sebagai sebagai satu-satunya kamus dan penjelas bahasa Arab.
Melakukan sedemikian bererti kita telah memaksa al-Quran kepada satu tanggung-jawab yang tidak ia dipertanggungkan
pada asalnya.
[4] Memilih ayat yang secocok, mendiamkan ayat yang bertentangan.
Ragam keempat yang sangat masyhur di kalangan Golongan Anti Hadis adalah menghujahkan sebahagian ayat
dan mendiamkan sebahagian lain. Ayat yang secocok dengan fahaman mereka dijadikan hujah manakala ayat yang tidak
secocok dan bertentangan didiamkan. Terdapat banyak bukti dan contoh sepertimana yang telah dibahas dalam
menjawab hujah-hujah mereka sebelum ini.
Tindakan Golongan Anti Hadis ini adalah mirip kepada tindakan kaum Yahudi dan Nasrani yang sering
menyembunyikan ayat-ayat dalam kitab Taurat dan Injil masing-masing apabila ayat tersebut tidak secocok dengan
kehendak mereka. Al-Quranul Karim telah beberapa kali menyinggung sikap seperti ini:
Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian
yang lain ?
Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup
di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak
sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [al-Baqarah 2:85]
Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu
(wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. [ar-
Rad 13:36]
Samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi; (Iaitu) mereka
yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak
sebahagian yang lain). [Hijr 15:90-91]
Jika Golongan Anti Hadis menyengajai perbuatan menghujahkan sebahagian ayat dan menyembunyikan
sebahagian lain, maka mereka menepati sifat-sifat yang ditegur dan disinggung oleh ayat-ayat a-Quran di atas. Akan
tetapi jika Golongan Anti Hadis tidak menyengajainya kerana tidak tahu atau terlepas pandang (overlook) maka
dinasihatkan agar lebih berhati-hati di masa akan datang.
Ayat-ayat di dalam kitab al-Quranul Karim sengaja disusun oleh Allah Subhanahu waTaala
secara berselerak dan tidak seragam. Hikmahnya ada beberapa, antaranya:
[1] Supaya pembaca al-Quran tidak pernah jemu membacanya. Setiap kali dibaca mana-mana surah atau mana-mana
bahagian, pasti akan ditemui kisah, ajaran dan peringatan yang berbeza.
[2] Supaya menarik para pengkaji al-Quran kepada menganalisa dan membanding antara ayat-ayatnya dengan
mendalam sehingga tiada siapa yang dapat menjadi pakar al-Quran kecuali mereka yang paling tajam lagi meluas
penguasaannya terhadap keseluruhan ayat-ayat al-Quran.
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam selaku seorang guru al-Quran telahpun menerangkan bahawa ayat-ayat al-
Quran pada zahirnya memang kelihatan berselerak, tetapi tidaklah ia saling bertentangan atau menyanggahi antara satu
sama lain, malah ia sebenarnya saling menyokong, melengkap dan menyempurnakan. Beliau pernah melihat para
sahabat di satu ketika berselisih pendapat tentang beberapa ayat, lalu pantas ditegurnya:
Sebentar wahai kaumku ! Dengan tindakan seperti itulah umat-umat sebelum kalian menjadi binasa. Mereka
menentang Nabi-nabi mereka dan mempertentangkan sebahagian isi kitab dengan sebahagian yang lain.
Sesungguhnya al-Quran tidak diturunkan dalam keadaan sebahagian isinya mendustakan sebahagian yang lain,
tetapi sebahagian isinya membenarkan sebahagian yang lain. Maka apa yang kamu ketahui darinya amalkanlah dan
apa yang tidak kamu ketahui darinya maka kembalikanlah (rujuklah) kepada orang yang mengetahuinya.[4]
Al-Quran adalah umpama tubuh badan manusia. Manusia hanya dapat dikatakan sebagai manusia apabila
diambil kira semua anggota dan organ-organnya. Manusia tidak dapat dikatakan sebagai manusia jika ia hanya diwakili
oleh lidah, sepotong tangan dan sebelah kaki sahaja. Demikian juga al-Quran, sesuatu rumusan tidak dapat dikatakan
sebagai rumusan al-Quran jika ia hanya berdasarkan satu atau dua patah ayat sahaja. Rumusan al-Quran yang sebenar
adalah apa yang didasarkan kepada seluruh ayat-ayat dan ajaran al-Quran.[5]
Setiap ayat yang diperhujahkan oleh Golongan Anti Hadis wajib, dikaji maksud sebenarnya berdasarkan keseluruhan al-
Quran, sama ada dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar atau dengan bertanya kepada mereka yang
pakar dalam keseluruhan ajaran kitab al-Quranul Karim. Atau sebagai tindakan yang lebih baik, hendaklah para pembaca
sendiri yang mempelajari dan mengenal seluruh ayat-ayat al-Quranul Karim: maksud, tujuan dan pengajarannya.
Tidak dinafikan terdapat beberapa orang dari kalangan Golongan Anti Hadis yang lebih mengenal dan menguasai al-
Quran dari kita semua, hasil dari kajian dan bacaan mereka sendiri. Sedangkan kita pula hanya mengenali al-Quran
sebagai sesuatu yang dibaca kepada orang mati, amalan malam Jumaat, hadiah hantaran perkahwinan dan gambar
hiasan dinding. Maka sudah tiba masanya untuk kita berubah pandangan dan sikap terhadap al-Quran, dari apa yang
lazim kita lakukan kepada sesuatu yang menepati tujuan penurunannya, iaitu sebagai sebuah kitab yang menjadi sumber
iktibar, keinsafan, petunjuk, pengajaran dan penghujahan.