Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan fizikal, emosi dan kemahiran pada kadar
pertumbuhan tersendiri. Rancangan mengajar yang telah kumpulan kami rancangkan memberi
tumpuan pada penggunaan motor halus kanak-kanak seperti menulis, melipat, membaca dan
sentuh. Kami juga turut member tumpuan kepada penggunaan dan latihan kanak-kanak
menggunakan motor kasar seperti menari, melontar, menepuk dan berlari.

Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan telah memberi peluang kepada ahli
kumpulan kami untuk menyatakan objektif dan hasilan aktiviti dari segi psikomotor . kumpulan
kami cuba merancang aktiviti-aktiviti yang dapat dikaitkan dengan teori-teori pembelajran yang
telah dipelajari semasa di awal kuliah pertama. Kumpulan kami telah berjaya menjalankan
beberapa aktiviti dalam sesi P&P yang dirakam.

AKTIVITI-AKTIVITI MELIBATKAN MOTOR HALUS

Membuat projek kecil bot origami
Objektif aktiviti :
Dari aktiviti ini murid menggunakan pergerakan tangan dan jari jemari untuk membuat
origami. Murid-murid mempraktiskan pergerakan motor halus mereka iaitu jar mereka
untuk melipat bentuk-bentuk origami seperti ditunjukkan guru. Ini memerlukan mereka
mempraktiskan kordinasi mata dan tangan mereka. Iaitu dengan melihat tunjuk cara guru
dan mempraktiskan cara lipatan yang ditunjukkan.Seterusnya murid dapat menghasilkan
bot origami.

Hasil aktiviti :
Murid didapati Berjaya menghasilkan bot origami dengan bimbingan guru. Selain itu
mereka juga dilihat telah mampu melakukan aktiviti melipat dengan mengikut arahan
guru dalam jangka masa yang ditetapkan. Dalam jangka masa panjang murid-murid itu
telah menunjukkan minat untuk membuat bentuk-bentuk origami yang lain seperti kapal
terbang, burung, bunga dan baju.
Smack Game
Objektif aktiviti :
Melalui aktiviti permainan kecil smack game ini menyasarkan murid dapat membaca dan
mengingat kad perkataan yang disentuh dengan bimbingan guru. Aktiviti ini melibatkan
motor halus menyentuh, memegang kad, membunyikan huruf dan membaca perkataan
pada kad perkataan.

Hasil aktiviti :
Aktiviti ini mempunyai beberapa langkah iaitu simulasi cara permainan dimainkan oleh
guru, murid cuba aplikasi cara bermain dan murid berpeluang bermain secara individu,
berpasangan dan berkumpulan.

AKTIVITI-AKTIVITI MOTOR KASAR

Permainan tuju kasut
Objektif aktiviti :
Murid disasarkan dapat melakukan tuju kasut yang disusun dengan tepat. Ini memerlukan
kordinasi mata dan pergerakan tangan untuk membaling. Selain itu mereka juga
menggunakan anggota bawah badan iaitu kaki untuk berlari dan mengelak dari
tertangkap.

Hasil aktiviti :
Murid dapat membaling sasaran kasut dengan tepat setelah dengan beberapa kali
percubaan. Murid juga tel;ah dapat berlari secara rawak untuk mengelak dari tertangkap.
Hal ini menunjukkan kemampuan mereka menggunakan motor kasar mereka dengan
baik.


Permainan kecil Shooting The Sound

Objektif aktiviti :
Murid dapat mengenalpasti bunyi yang disebut dengan cara membaling bola kedalam
bakul bunyi yang betul. Sasarannya adalah melihat bagaimana murid menggunakan
kordinasi pendengaran dan pergerakan tangan membaling bola ke sasaran yang betul.

Hasil aktiviti :
Aktiviti ini mempunyai beberapa langkah iaitu simulasi cara permainan dimainkan oleh
guru, murid cuba aplikasi cara bermain dan murid berpeluang bermain secara individu
dan berkumpulan.

Menyanyi dan gerakan Action Song

Objektif aktiviti :
Aktiviti ini menyasarkan murid dapat memimik pergerakan guru dengan bimbingan.
Murid juga diharap dapat menyanyi dan melakuan pergerakan yang diajar tanpa
bimbingan secara individu dan berkumpulan.

Hasil aktiviti :
Murid telah dapat melakukan Action Song dengan Berjaya sama ada secara individu
ataupun secara berkumpulan.



AKTIVITI YANG MENGGUNAKAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR

Projek Kecil : DIY Indoor Badminton

Objektif aktiviti :
Motor halus murid boleh menghias pinggan kertas mengikut kreativiti dan lekatkan
kayu ais krim sebagai simbolik raket badminton. Murid juga boleh meniup belon sebagai
pengganti bulu tangkis.

Motor kasar murid boleh mengadaptasi permainan badminton dengan raket ciptaan
mereka. Murid menggunakan kordinasi mata dan pergerakan tangan dan kaki untuk
memukul dan mengimbangkan belon dalam permainan badminton.

Hasil aktiviti :
Aktiviti ini mempunyai beberapa langkah iaitu simulasi cara membuat raket dan cara
permainan dimainkan oleh guru. Murid mencipta raket badminton dari pinggan kertas
dan kayu ais krim. Murid cuba aplikasi cara bermain dan murid berpeluang bermain
secara individu, berpasangan dan berkumpulan.