Anda di halaman 1dari 5

Konsep Kaunseling

oleh: NURUL 'AIN AHMAD NAZRI


1.0 Pengenalan
Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat.
Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan, bermaksud nasihat
dan pertukaran mental. kaunseling adalah salah satu cabang psikologi.
Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor professional bagi membantu
perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.
Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan
bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan
secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang
untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri.
Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan kaunseling
adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan
memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien meluahkan masalah
mereka dan kaunselor cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan
masalah klien itu.

2.0 Definisi Kaunseling
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku di antara
dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan kaunselor. Situasi ini berlaku
dalam keadaan yang formal dan professional serta di mulakan dan di kekalkan
dengan pertolongan perubahan tingkah laku. Dalam kedaan ini kaunselor adalah
individu yang mempunyai pengetahuan yang amat luas dan berkebolehan
sehinggalah boleh membuatkan seorang itu melakukan keputusan yang tepat.
Terdapat dua jenis kaunsleing iaitu kaunseling individu dan kaunseling
kelompok. Kaunseling individu dikenali sebagai perhubungan yang bersemuka di
mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seprti penerimaan klien secara tulen,
saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan
perasaan klien. Selain itu, kaunseling kelompok ialah perhubungan kanuselor
dengan beberapa orang ahli .
Kaunseling kelompok ini juga adalah suatu proses perhubungan individu yang
berasaskan akal fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada
suasana peransaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham
memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Kauseling kelompok
akan berlaku di dalam kumpulan kecil yang halinya secara sukarela berkongsi
masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli yang lain. Mereka juga ingin pendapat
daripada ahli yang lainnya. Sekiranya kaunseling kelompok ini berlaku maka ahli
tidak akan berasa malu kerana semua ahlinya mempunyai masalah yang berlainan
ataupun boleh juga menghadapi masalah yang sama.
Ramai juga ahli psikologi berpendapat kaunseling menekankan kepada
perancangan yang lebih rasional, menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi tekanan
yang dihadapi oleh seseorang yang normal di dalam kehidupan seharian.
Kaunseling adalah proses yang singkat berbanding psikoterapi.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami
diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan
matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang
wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi
bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku
perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri
dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar serta
apa kelebihan dan kekurangannya apa yang boleh dilakukan dengan mudah apa
yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh
dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk
meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah
baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya
serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong
klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau
kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif
daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh
dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan
sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang
daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini
berdasarkan kepada kepercayaan Bahawa setiap individu dapat menentukan
matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling
merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang
meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan
itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan
menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan
yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

3.0 Difinisi Bimbingan
Bimbingan ialah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan
yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya, seperti memilih
gaya hidup yang diingini. Ini berbeza dengan kaunseling kerana bimbingan lebih
kepada membantu individu memilih apa yang mereka sukai dan hargai. Sementara
itu, kaunseling perlu focus kepada mambantu klien untuk berubah. Kebanyakan
tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan pusat kerjaya di
aman seorang yang lebih dewasa dan matang.

4.0 Definisi Psikoterapi
Psikoterapi adalah proses difokuskan untuk membantu Anda menyembuhkan
dan konstruktif belajar lebih banyak bagaimana cara untuk menangani masalah atau
isu-isu dalam kehidupan Anda. Hal ini juga dapat menjadi proses yang mendukung
ketika akan melalui periode yang sulit atau stres meningkat, seperti memulai karier
baru atau akan mengalami perceraian.
Umumnya psikoterapi dianjurkan bila seseorang mempunyai masalah dengan
kehidupan, masalah hubungan atau kerja atau masalah kesihatan mental tertentu,
dan isu-isu atau masalah yang menyebabkan banyak individu yang besar rasa sakit
atau marah selama lebih dari beberapa hari. Anda tidak sepenuhnya yakin Anda
akan mendapat manfaat dari itu. Jutaan orang mengunjungi psikoterapi setiap tahun,
dan sebagian besar penelitian menunjukkan bahawa orang yang melakukannya
manfaat dari interaksi. Kebanyakan terapi juga akan jujur dengan anda jika mereka
yakin anda tidak akan mendapatkan keuntungan atau pendapat mereka, tidak perlu
psikoterapi.

5.0 Perbezaan Di Antara Kaunseling, Bimbingan Dan Psikoterapi
Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-duanya adalah
proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak
menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan yang sama.
Terdapat juga perbezaan yang ketara di antara kaunseling dan psikoterapi.
Antaranya ialah, matlamat dan kaedah. Dari segi matlamat dan tujuan, kaunseling
bertujuan untuk mempertingkatkan kabajikan individu dan juga perkembangan
psikologikal. Kaunseling juga bertujuan untuk menggalakkan individu tidak
bergantung dan mempunyai dalam kehidupan.
Sementara itu, tujuan spikoterapi membantu klien yang mempunyai masalah
dan kesukaran dari perkembangan psikologikal yang biasa.

6.0 Matlamat Bimbingan, Kaunseling Dan Psikoterapi
Sesuatu yang berlaku pastinya mempunyai matlamatnya tersendiri. Antara
matlamatnya adalah dengan melalui sesi kaunseling klien diajar bertanggungjawab
atas dirinya sendiri. Sikap lepas tangan tidak akan mendatangkan hasil yang baik.
Jadi,klien hendaklah bertanggungjawab ke atas dirinya dan akan beruasaha sambil
berhati-hati di dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya
timbul sebarang masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan
tidak akan menyalahkan orang lain.
Selain daripada membantu klien betanggunagjawab ke atas dirinya, namun
terdapat juga matlamat lain yang boleh dilihat di sini. Matlamat yang kedua ialah
memperbaiki imej diri yagn negatif. Dengan adanya imej diri yang negatif ini
merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang
tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi
dirinya. Kaunselor akan membimbing klien membentuk imej yang positif. Selain itu
juga, klien dapat belajar bagimana memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan
ciri-ciri yang negqtif. Imej diri yang positif menandakan kestabilan pernolatinya.
Pakar motivasi juga pernah mengatakan bahawa Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Ini bermaksud sekiranya kita memikirkan negatif, maka negatiflah yang kita perolehi.
Sekiranya kita berfikir secara positif maka positiflah apa yang kita dapati.
Walaubagaimanapun penyesuain diri sama ada dengan orang lain atau
persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar
menyesuaikan diri akan mengalamai banyak konflik. Dengan kata lain, klien
hendaklah bergaul dengan orang lain agar klien dapat mengenal hati budi orang di
sekeliling dan dapat juga meninjau masalah mereka dan mungkin juga dapat
mendapat idea bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh klien sendiri.
Klien juga perlulah sedar bahawa tidak boleh bergantung harap kepada orang lain
atau persekitaran berubah terlebih dahulu. Ada kalanya orang lain tidak akan
berubah. Maka apa yang penting di sini ialah, klien haruslah pandai menyesuaikan
diri dengan kedaan sebagai usaha mengurangkan konflik yang dihadapi.
Matlamat yang seterusnya ialah dapat memudahkan atau menggerakkan
perubahan tingkah laku. Ada kalanya tingkah laku yang sedia ada menjejaskan
perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan siapa klien
berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor akan mengajar
klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan
tingkah laku tidak semestinya besar. Ia juga boleh melakukan perubahan yang
kecil. Ini juga akan membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang
membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan.
Contohnya Ahmad, (seorang guru) selalu memberi respond yang negatif kepada
pelajar yang lemah dalam kelas. Ini telah menyebabkan pelajarnya enggan
berinteraksi dengannya dalam kelas. Ini menimbulkan masalah dan menganggu
keberkesanan pengajaran. Dengan sesi kaunseling, Ahmad dapat menenal pasti
masalah sebenar dan kaunselor boleh membantu Ahmad mengubah tingkah
lakunya, iaitu Ahmad sepatut memberi sokonagn kepada pelajar yang berinteraksi
dengannya dan membimbing mereka walaupun jawapan yang diberi adalah salah.
Ramai dikalangan klien yang menhadapi masalah semasa berinteraksi
dengan orang lain. Ini berlaku kerana kurangnya klien mempunyai kemahiran
komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Matlamat kaunselor ialah
mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan orang
lain. Contohnya Mona, seorang kerani ditegur oleh pengurusnya,Mona marah dan
enggan mendengar apa yang dikatakan ,lalu menyebabkan terputusnya aliran
komunikasi antara keduanya. Mona menganggap teguran itu adalah kritikan.
Kaunselor boleh membantu Mona untuk berhubung dengan lebih baik dengan
pengurusnya.
Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat
menyukarkan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya
membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad diambil
oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan bagaimana ia
mencapai keputusan yang diambil. Contohnya Ah Seng berasa tidak puas hati
dalam pekerjaannya. Dia takut untuk membuat sebarang perubahan. Kaunselor
dapat membatu Ah Seng mencari punca tidak puas hatinya. dan mencungkil nilai
hidupnya. Kaunselor juga dapat membantu Ah Seng mencari pelbagai alternative
seperti menukar jabatan, berbincang dengan majikannya atau menukar kerja.
Membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. Matlamat ini
bermaksud memberi peluang kepada klien umempelajari cara-cara menggunakan
kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum. Matlamat kaunseling ialah
mengurangkan atau mengatsi apa sahaja yang menyekat dan membantutkan
perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang. Contohnya Indra
mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Indra berasa tertekan apabila
dia asyik gugup dan takut semasa berdiri di khalayak ramai Ini memnbantutkan cita-
citanya.Kaunselor boleh membantu Indra berasa selesa apabila berdiri di depan
khalayak ramai dan secara tidak langsung mencapai cita-citanya.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri
dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana,
mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina
tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini,
tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di
dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang
berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan,
kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami
diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap
hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku,
apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku
dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Selain itu, matlamat kaunseling juga membimbing klien supaya menyedari
bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya
upaya seandainya dia ingin hasil yang memuaskan. Klien tidak boleh berdiam
sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.
Bagi mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan maka
hendaklah beranikan diri dengan membuat keputusan. Klien sering mengelakkan diri
daripada membuat keputusan. Ini kerana proses membuat keputusan bukanlah
suatu perkara yang menyeronokkan atau menyenangkan malah suatu yang berat
bagi klien itu sendiri. Banyak masalah yang timbul kerana klien tidak memberi kata
putus. Kaunselor juga akan membimbing klien membuat keputusan yang betul dan
matang yang mana memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi,
masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada
pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling,
klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai
pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien
dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti
keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor
tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak
lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri
tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

Anda mungkin juga menyukai