Anda di halaman 1dari 7

KAsihnya Seorang Isteri Kepada Seorang Suami…

Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya."Eh! abang dah balik, maaf
Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. ""Tak per lah abang dah makan tadi,
Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yangcukup mengecewakan Nura."Arrggh rindunya
Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,abang tak nak tengok ker
apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbatkesukaan abang," luah Nura dalam
hati."Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta
Nurasambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembalilauk-lauk
yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedihperasaannya. Nura
ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alasperut kerana dia
sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengansituasi itu. Nura
menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masukbilik air gosok gigi dan
terus menuju ke bilik tidur.Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan
suaminya telahterlelap."Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam
tanpa kucupanmesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura",
bisikhati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura rindu nak pelukabang,
Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".Selesai solat subuh Nura panjatkan doa
semoga dia sentiasa berolehbahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta,
diberi kesihatanyang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah
berikankekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu,
Nurakejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan
sarapanbuat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula
menumisbawang untuk menggoreng mee."Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah
siap berpakaian untuk ke pejabat."Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja
sambil menambah, "abang nakkopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi
hanya meminta air sejuksahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee
goreng pun hanyadijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari
rumah. Nuramenghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura
belum ciumtangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta
itumeluncur pergi.

Arrghh rindunya Nura pada


abang.--------------------------------------------------------------------"Mi, semalam
pukul berapa kau balik?" tanya Zikri."Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak
acuh."Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam
Jumaatler,kesian bini kau". Zikri bergurau nakal."Apa nak buat, lepas aku siapkan
plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergimakan dan borak-borak, sedar-sedar dah
pukul 2.00", aku balik pun bini akudah tidur. "Balas Hilmi."Sorrylah aku tanya, sejak
akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan baliklewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak
member lain pergi fishing, kau adamasalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya
sahabat yang cukup dikenalisejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti
malah sekarang bekerjasebumbung."Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-
akhir aku rasa malas nakbalik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh
tapi entahlah".terang Hilmi."Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau,
aku nak dengarsemuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?".
UsulZikri."Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung
planbangunan yang sedang
direkanya.---------------------------------------------------------
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkansaat
manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanyadihadiri sanak saudara
dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduriini pun mujur sangat kakak
sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saatsebegini Nura teringat kembali alangkah
indahnya sekiranya ibunya masihada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi
sekarang, dia tidak punyasesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi
suri Hilmi, bukansatu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi,
cuma sejakakhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan
itu,dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir."Abang sanggup
menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahunyang lepas."Abang
cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allahabang akan
bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayangbuat Nura,".
Janji Hilmi."Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya
Nuralagi."Syyy...doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-
Allahabang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.Nura
masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkintidak boleh
mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana adaketumbuhan.
Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. TapiHilmi yakin Nura
mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu,selepas 5 tahun, Nura
tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalahdan terkilan kerana Nura masih
belum mampu memberikannya zuriat. WalaupunNura sudah selesai menjalani
pembedahan untuk membetulkan kembalikedudukan rahimnya dan mencuba
pelbagai kaedah moden dan tradisional.Arrghh rindunya Nura pada
abang.-------------------------------------------------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidaksalahkan
Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidakmahu
mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayatHilmi terhenti
disitu."Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri."Bukan macam
tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-
akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, akurasa simpati pada dia, tetapi kadang-
kadang perasaan aku bertukarsebaliknya", terang Hilmi."Maksudnya kau menyesal
dan menyalahkan dia? tingkas Zikri."Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal,
sebab aku yang pilih dia, akutahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku
terlalu berharap, danakhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan
Nura sebabitulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-
samanyamacam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar
menjadiperbalahan " Jelas Hilmi."Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?
kata Zikri tidakberpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak
angkat?""Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham.
Akuharapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu,ibu
dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapiaku tak
sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar
Hilmi.----------------------------------------------------------

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi denganpergi
berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungirumah saudara
mara atau menjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dahhampir 5 bulan mereka
tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua daniparnya yang lain macam
saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka denganitu seluruh kasih sayang seorang
anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua
atau kakak-kakak iparnya dia akanbawakan buah tangan untuk mereka, biasanya
dia akan menjahit baju untukmereka, itulah yang selalu dibuat untuk
menggembirakan hati mertuanya,maklumlah dia punya masa yang cukup banyak
untuk menjahit. Selalunya jugadia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa
pulang ke kampung suamitersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk
pulang ke kampung, tapikini...aarghh rindunya Nura pada abang.Nura tahu Hilmi
pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatanmemancing, dan hari ini
sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah inibersama setianya kasihnya kepada
Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak padaHilmi, dia masih cuba memasak sesuatu
yang istemewa untuk Hilmi bila diapulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa
lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta.Aaarggh Rindunya Nura pada
abang.--------------------------------------------------------------------------------------

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan Ikenapa?
Adakah kerana simapti atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yangdikenali dua minggu
lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.Sejak itu Zati menjadi teman
makan tengaharinya, malah kadang teman makanmalamnya."I ikhlas Hilmi, dan I
tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mulasayangkan you". Zati berterus terang.
Lega hati Hilmi, tapi
Nura?-------------------------------------------------------------------

"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nurapagi
tu, sebelum Hilmi ke pejabat."Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah
klinik ye,abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul
membuatkanNura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit
demamHilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg
rindunyaNura pada abang.Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil
keputusan tidakmahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus
berbaring.Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat
sejuk,kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.Malam tu, seperti biasa Hilmi
pulang lewat setelah menemani Zati ke majlisharijadi kawannya. Nura masih setia
menunggu dan dia rasa kali ini diaingin luahkan segala perasaan rindu dan
sayangnya pada Hilmi. Tak sangguplagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini,
rindu pada manusia yang adadidepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada
abang.Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk
membukamulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam
yangdia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat
sarat."Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan
sepertikelazimannya."Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah
Hilmi."Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan
baliklambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut."Eh..dah pandai
menjawab,"perli Hilmi.Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya
apa yang Nuranak bincangkan."Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak
akhir-akhir ni? Tanya Nura."Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu,
dapatlah kita bayarduit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?"
Hilmiberalasan.Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar
dengan dia,dan dia terus bertanya,"dulu Abang tak macam ni, masih ada masa
untuk Nura, tapi sekarang?" UjarNura."Sudahlah Nura abang dah bosan, pening,
jangan tambahkan perkara yangmenyesakkan dada", bantah Hilmi lagi."Sampai hati
abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampuberikan zuriat untuk
abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiadasuara tangis anak-anak
bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan."Sudahlah Nura abang dah
bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka.Bosan betul..."Pagi tu, Hilmi keluar
rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpasuara pun. Nina makin rindu
pada suaminya, demamnya pula kianmenjadi-jadi.Malam tu Hilmi terus tidak pulang
ke rumah, Nura menjadi risau, telefonbimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia
bersalah, akan dia memohonampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih
menanti, namunhanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon
ampun dan maafdan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh
sahaja. Nurakecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin
makanbersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.Tetapi malam tu Nura kecewa lagi.
Hilmi pulang lewat malam. demam Nurapulak makin teruk, dan esoknya tanpa
ditemani Hilmi dia ke klinik, sebabsudah tidak tahan
lagi.------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini,pulang


abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hariketiga dia sudah
tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefonitu disambut oleh
Zikri."Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh
akujumpa kau? tanya Zikri"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh
jumpa kau tanpa izinsuami aku, berdosa tau", tolak Nura.Pilunya hati Zikri
mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan,bisik hatinya."Oklah kalau
macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak akuboleh?" pinta Zikri"Ok,
kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, lastsekali masa
konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju
Nura.-----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuhmakna,
dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati MakSiti dan betapa dia
sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dialakukan. Segera Mak Siti
mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan beritaitu. Zikri serba salah."Nura, aku
anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nakmulakan, aku harap
kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam prosesuntuk berkahwin lagi satu, dan
aku sayangkan korang macam saudara sendiri,dan aku tak sanggup rumah tangga
korang musnah macam ni, kau tanyalahdengan Hilmi dan bincanglah, cubalah
selamatkan rumah tangga korang."terang Zikri.Nura menangis semahunya dibahu
Mak Siti, rasa hampir luruh jantungmendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu
tidak balik rumah. Beritagembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna.
Nura menantikanHilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.Dua hari kemudian
Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaianpenting, dan masa ini Nura
bertekad untuk bertanya."Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan
langsungkan jugak, danabang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun
dah tahu danmereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka
jugasayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walauapa
pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." JanjiHilmi.Nura
sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dansegala
perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura
terlalukecewa.-------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------
Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejakdihubungi
Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsandan mengalami
pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masihresah."Insya-Allah En.
Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi."Dua-dua apa maksud doktor?
tanya Hilmi"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak
berehatkerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak
akanmenyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection
untukkuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk
earlydelivery dalam kes macam ni," terang doktor."Ya Allah Nura mengandung, Ya
Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi.Malu rasanya untuk menatap muka
Nura."Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi."Nura
memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudahbertunang dan akan
berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang,Nura tak sanggup abang
malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura."Nura sebenarnya, abang belum
bertunang dengan budak tu, abang cumasekadar berkawan sahaja. Belum pernah
abang bincangkan soal kawin lagi,dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu
lagi kerana abang akan jadiayah tidak lama lagi." janji Hilmi.Kesal kerana
mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risaudan akhirnya
pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawakehopital, dan
mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat
orang.---------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bilamelihatkan
Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertuadia meminta supaya
Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana diamemang tidak dibenarkan
doktor melakukan sebarang kerja, bimbang kegugurankerana rahimnya tidak
kuat."Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulahpanggilan
manja mereka sekarang ni.Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga
sekali akan melakukanpemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan,
doktor mengarahkansupaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang
mengawasi Nura danandainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk
menyelamatkannyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati
olehHilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar,
amatberharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal dihospital,
sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demibayi
itu.Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakangerakan-
gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayidirasakan amat
membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, keranabimbang berlaku
pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi paradoktor menjadi nyata
apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius,lantas terus dia ditolak ke
dalam bilik bedah dalam masa beberapa minitsahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan
ayahnya, dia panik sekali, namun cubaditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir
1 jam berlalu, apakahkhabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah
jam kemudiandoktor keluar.Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi
terus bertanya."Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat,
encikdapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedayaupaya
untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor."Apa maksud doktor? Tanya Hilmi
yang sudah tidak sabar."Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya
upaya menggantikandarahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun
rahimnya terusberdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus
rahimnya demimenyelamatkan nyawanya." jelas doktor."Buatlah doktor, saya
izinkan asalkan isteri saya
selamat."------------------------------------------------------------------------------------
-----------------

"Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai danmengusap


kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusudengan Nura.
Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.Nura Ain masih
lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkansemangat demi Nur
Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayangpipi comel anaknya itu.
Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapadia rasa seperti terlalu sayu hari
itu, hatinya terlalu sepi, semalam diamimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia
dan Syuhadah, tanpa suara,ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu
sahaja. Hari ini Nuramenjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan
perkara itupada Hilmi."Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat
gembira". pujukHilmi menenangkan Nura."Abang...tolong Nura bang!!" laung Nura
dari bilik air."Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan.
"Mak...tolongmak...makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya
didapur."Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak
Zaharah.-------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar,dan kami
tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia'dijemputNya",
terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.Jenazah selamat dikebumikan.
Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidakakan menikmati titisan-titisan susu
Nura Ain lagi. Syuhadah menangisseolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia
perlukan seorang ibu, seorangibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi
untuk melihat kelahirannya.Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan
neneknya. Syuhadah terusmenangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan
ibunya hanyabersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan
mengesat mata,tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku
danterharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya
diaterlelap didakapan
papanya.------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------

Abang yang Nura rindui,Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu
menjadi isteri yangterbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura
sudah jauhmeninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan
anakini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura.Itu
harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuhkerana Nura
tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali nidoa Nura
dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segalakapayahan demi zuriat
ini bang.Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia
katilhospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagiamerasa tiap
tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis iniNura dan dia. Nura
rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, danandainya ditakdirkan Nura hanya
ditakdirkan untuk bahagia bersama diahanya dalam kandungan sahaja Nura redha
bang. siapalah Nura untuk menolakketentuanNya. Nura tak mampu abang.Cukup
bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura
untukmengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihiselamanya.
Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha,kerana Allah telah
memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, danandainya maut memisahkan
kita Nura harap abang redha sebagaimana Nuraredha. Syukurlah sekurang-kurang
Allah berikan nikmat kepada Nura untukmerasai nikmatnya menjadi seorang ibu
walau cuma seketika.Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat
diselamatkan Nuraharap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura
harap abangjangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan
diaakan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim
denganbaik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura
takpernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura,janjilah
anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.Abang yang Nura rindui...Dulu
sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkankata-kata ini
pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kiniNura tiada lagi, tapi
Nura nak abang tahu yang...Nura rindukan abang......Nura rindu sangat dengan
abang.....rindubang...rindu sangat....Sekian,Ikhlas dari nurani isterimuNura Ain Bt.
AbdullahHilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kinidia
amat rindukan Nura Ain...dan kini barulah dia sedar betapa berhargasebuah
kerinduan itu.....Nura....abang juga rindukanmu sayang..bisik hati Hilmi.