Anda di halaman 1dari 4

ERTI SEBUAH CINTA

KATEGORI :: CERPEN

Kisah ini adalah ribuan dari kisah cinta yang kalian pernah baca. Khusus untuk
golongan remaja yang sedang hangat bercinta sewaktu di bangku sekolah. Aku
adalah dari golongan pelajar yang boleh dikatakan dari segi akademik boleh tahan.
Sebenarnya aku rasakan aku boleh melangkah lebih jauh lagi sekiranya aku
bersungguh-sungguh belajar. Namun biasalah sebagai anak muda remaja tarikan
untuk bermain api tetap ada apatah lagi jika semua kawan-kawan sekumpulan
terlibat sama.

Aku baru berpindah ke daerah itu, dari kota metropolitan. Dulu aku bersekolah
perempuan, bila berpindah kedaerah ini aku meminta papa untuk mencari
mendaftarkanku di sekolah perempuan. Tetapi tiada sekolah seperti berkenaan di
daerah ini. Menjadi pelajar baru tentulah sesuatu yang sukar kerana sering menjadi
tumpuan orang apatah lagi raut wajahku yang boleh membuatkan orang
memandangku dua kali. Itu bukan keegoanku tetapi hakikat yang telah diperkatakan
oleh ramai orang. Dan aku telah ditetapkan untuk duduk di kelas yang 3 terakhir .
Bayangkanlah, aku dari kelas yang terbaik dahulu terpaksa duduk di kelas seperti itu
aku bukan menghina tetapi selain sistem pengajarannya agak lembab kami tidak
dapat bertukar idea tentang pelajaran dengan baik. Ini membuatkan aku agak
bosan. Jadi sebagai penyelesaiannya aku mencari alternatif lain untuk menghiburkan
diri. Melalui aktiviti sukan aku mendapat ramai kawan dan antara mereka aku rapat
dengan 5 orang pelajar perempuan. Mereka gemar berpeleseran denganku kerana
menurut mereka aku seorang yang easy going dan banyak pengalaman. Oleh kerana
mereka semua itu adalah group yang memang dikenali ramai dan disenangi oleh
guru-guru secara tidak langsung meningkatkan popularitiku. Dengan kedudukan
kelas yang rendah membuatkan aku lebih menonjol dari yang lain, guru-guru sering
memberi pujian dan contoh terhadapku. Rakan-rakanku yang berlima iaitu Zizie,
Myra, Jaja, Yanty dan Biha semuanya mempunyai pasangan kekasih target mereka
semua ahli sukan atau mereka yang berpengaruh di sekolah. Jadi tidak hairanlah
mereka cuba memadukkan aku dengan seorang senior tingkatan 6 yang menjadi
Penolong Ketua Pengawas. Aku sebenarnya tidak berminat ke arah itu lagi, tetapi
usikan demi usikan yang kuterima serta cabaran mereka membuatkan aku terlibat
sama. Tambahan pula Hezri menunjukkan respon yang baik. Jadi bermulalah episod
cinta monyet aku walaupun tatkala itu aku hanya di tingkatan 4 dan dia berada di
tingkatan 6 rendah. Bila saling menyayangi timbullah pula isu lain dalam
perhubungan kami iaitu orang ketiga. Seperti adat orang bercinta, sementelah pula
kami masih dibangku sekolah. Perasaan sayang itu sebenarnya lebih kepada rasa
ingin memiliki seperti mereka yang lain dalam ertikata lain ‘copycat’. Bergaduh baik
gaduh baik memang lumrah, boring sebenarnya tapi ia seperti trend jadi aku
turutkan jua. Percintaan monyet itu kami teruskan jua walau kadangkala aku naik
muak dengan itu semua tapi ia berterusan jua sehingga hampir 2 tahun. Namun aku
tidaklah dikategorikan gadis yang setia pada cinta kerana aku merasakan bahawa
aku masih muda dan disebabkan itu juga aku telah memasang spare part satu istilah
yang umum bagi penuntut sekolah. Setelah kami mendapat keputusan SPM dan
Hezri pula STPM kami masing-masing berjaya menempatkan diri di IPTA. Hezri telah
ketahui aku curang kepadanya setelah rakan-rakannya memberitahu di saat kami
sibuk mempersiapkan diri untuk mendaftarkan diri ke menara gading. Dek kerana
geram dengan pengakuanku mengenai berita yang disampaikan oleh teman-
temannya adalah benar, Hezri telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaanku. Dia
mengaturkan satu pertemuan denganku yang dia katakan sebagai pertemuan kali
terakhir sebelum kami berpisah. Namun sebenarnya Hezri ada muslihat sebaliknya,
pada malam tersebut kami ditangkap basah oleh AJK masjid kerana didapati berada
di dalam keadaan yang mencurigakan. Bayangkanlah masa itu, aku hanya terfikir
tentang papaku. Seperti yang kuduga papaku mengamuk hebat dan memaksa Hezri
bernikah denganku. Rupanya itu memang yang dipinta oleh Hezri kerana
keegoannya, dia tak mahu aku terlepas ke tangan orang dan dia menganggap itu
sebagai satu hukuman terhadap aku kerana bersikap tidak setia. Aku seperti orang
yang kehilangan arah, namun kucuba terima hakikat itu walaupun rasa cinta aku
padanya yang dulu ada kini bertukar menjadi sifar.

Seminggu selepas kami diijabkabulkan, kami mendaftar di IPTA. Dia di Universiti


Sains Malaysia manakala aku pula di Universiti Utara Malaysia. Kami saling
berhubung pada mulanya seperti pasangan kekasih. Namun apabila sibuk dengan
aktiviti perhubungan kami semakin renggang. Dan aku mendapat tahu dari rakan
yang lain dia kini akrab dengan seorang penuntut wanita yang lain. Pelikkan… aku
boleh merasa bahagia dengan perkhabaran itu dan aku sangat berharap
perhubungan mereka menjadi kerana aku tak mahu menjadi berstatus isteri dalam
usia yang begitu muda. Aku sangat berharap agar dia bisa melepaskan aku kerana
aku jelas dengan niatnya mengambil aku sebagai isterinya. Pada saat ini baru aku
merasakan apa yang aku lakukan dahulu adalah hanyalah untuk keseronokkan dan
mengikut trend, tetapi menyebabkan aku terperangkap. Papaku kini selalu
menasihatkan agar aku menjaga tingkah lakuku. Kawalan ketat terhadapku
sekarang ini bila aku pulang ke rumah, dia tak mahu aku menconteng arang
kemukanya lagi. Aku pasrah dengan kehendak Papa, aku tahu aku bersalah. Aku
merahsiakan dari papa tentang niat buruk Hezri, padaku biarlah aku tanggung
segala perbuatanku sendiri.

Setelah melalui itu semua aku kini merasakan aku lebih matang dengan
kehidupanku. Apabila aku pulang ke cuti semester, kami berdua akan berlakon
seperti pasangan suami isteri namun papa menetapkan agar kami tidak mengandung
semasa belajar. Dan sesungguhnya , kami belum lagi menjalankan tanggungjawab
sebagai suami isteri dari segi batiniah. Mungkin Hezri masih ada belas kasihan
terhadapku. Hubungan kami sebenarnya semakin teruk kerana kami langsung tidak
menghiraukan anatara satu sama lain dan dia bebas dengan caranya, aku langsung
tidak menegahnya. Dia asyik bergayut dengan teman barunya manakala aku
semakin hilang minat untuk bercinta jadi aku suka menumpukan kepada aktiviti
lasak.

Semasa di universiti aku tetap menjadi buruan pelajar lelaki terutamanya dari
pelajar senior. Aku tahu kedudukanku walaupun hanya sebagai perkahwinan boneka
tapi itu tetap sudah sah dari segi syaraknya. Aku hanya membiarkan sahaja usikan
mereka, sehingga rakan-rakan sebilikku bertanya mengapa aku mengecewakan satu
persatu lelaki yang datang mengetuk pintu hatiku. Bagiku biarlah ianya menjadi
rahsiaku sendiri tak perlu dikongsi bersama mereka.

Kehidupanku menjadi lebih complicated, bila Hezri menamatkan pengajiannya dan


mula berkerja. Teman wanitanya seorang anak orang berada dan ternama meminta
dia melamarnya. Hezri meminta pendapatku, aku merelakan dia tetapi biarlah dia
melepaskan aku kerana aku tidak mahu mengecewakan Nora apabila dia mengetahui
tentang kami. Tapi Hezri enggan melepaskan aku kerana menurutnya papaku akan
berang nanti apabila mengetahui hal ini. Bagiku pula lebih baik kami berpisah dari
kami terikat dengan ikatan perkahwinan yang tidak menjanjikan apa-apa. Aku akui
kami tidak pernah mencuba untuk merapatkan ikatan ini setelah apa yang terjadi
selama ini. Aku cuba mengangin-anginkan mengenai hal ini kepada papa dan tepat
sekali telahan kami. Memang papa berang dan mengancam akan melakukan sesuatu
sekiranya terjadi perkara yang tak diingini pada perkahwinan kami. Aku semakin
merasa diriku bersalah kepada papa dan adik-beradikku. Sememangnya aku anak
yang tak berguna walaupun anak sulung tapi tak menunjukkan contoh teladan yang
baik. Aku tahu ekoran dari peristiwa hitam itu papa terus mengawal ketat setiap
gerak geri adik-adik aku yang lain.

Nasibku dalam soal cinta mungkin agak malang tetapi dari segi akedemikku semakin
melonjak dan aku dapat menghabiskan masa kreditku lebih awal dari yang
ditetapkan. Aku mendapat tawaran ke luar negara bagi menyambung pengajianku.
Aku terharu segala usahaku berhasil selama ini. Aku memohon kepada papa untuk
merelakan aku pergi setelah berjanji kepada papa aku tidak akan melupakan tugas
aku sebagai isteri apabila sekembalinya aku ke tanahair. Kepada Hezri aku
mengizinkannya berkahwin dengan gadis pilihannya. Terserahlah kepadanya sama
ada mahu merahsiakan perkahwinannya itu nanti dengan papaku atau tidak. Dan
sebagai isterinya yang sah aku meminta keizinannya untuk pergi. Aku mahu lari dari
ikatan yang memeningkan ini. Aku rela apa jua keputusan yang bakal diambil.
Memang benar kata pepatah cina, perempuan yang cantik akan hidup menderita…
seperti aku... rentetan dari peristiwa hitam itu, cinta dalam hidupku seolah-olah
telah mati.

************
Dua tahun berlalu, barulah aku kembali ke tanah air, memang aku jarang mengirim
berita kepada keluarga kerana aku mahu lari dari persoalan hidup. Aku sendiri
mengagak bahawa Hezri pasti sudah berkahwin dengan teman wanitanya. Di
lapangan terbang, aku disambut oleh Hezri, kepulanganku bersama dengan seorang
teman sekuliahku dahulu. Sengaja aku menyuruh Hezri menjemputku kerana mahu
menjaga hati orang tuaku.

Aku bertanya bagaimana perkahwinannya dengan Nora. Dia hanya mendiamkan diri.
Penampilannya ku lihat terdapat perubahan yang ketara, dia sedikit cengkung.
Hatiku sedikit terusik. Aku memperkenalkan rakan sekuliahku, Azlan kepada Hezri,
setelah berbual seketika Azlan meminta diri dan berjanji akan menghubungiku, Azlan
sebenarnya tidak mengetahui hubungan aku dengan Hezri. Mungkin disebabkan dua
tahun tidak bertemu aku dan Hezri rancak berbicara terutamanya menceritakan
pasal kehidupanku di rantau orang. Hezri membawaku ke rumahnya sebelum kami
bergegas ke rumah papa. Suasana di rumahnya lenggang. Jarak antara rumah
papaku dan Hezri agak jauh juga.

Di rumah papa, kami disambut dengan penuh kerinduan. Papa menyuruh mama
memasak makanan kesukaanku. Malam itu perutku kekenyangan dengan pelbagai
masakan istimewa mama yang kurindui. Tiba-tiba telefon berbunyi, dan ianya adalah
untukku. Siapa lagi kalau bukan Azlan yang menelefonku. Aku jadi serba salah.
Setelah berbual seketika, aku memutuskan untuk berhenti kerana tak mahu papa
salah anggap. Kulihat Hezri hanya sedang mengerling ke arahku. Aku hanya
tersenyum. Papa bertanya siapakah pemanggil tersebut dan apakah yang diingini.
Aku menjawab sejujurnya dan mengatakan bahawa kawanku itu mahu aku berkerja
dengan syarikat ayahnya.

Memikirkan mengenai tawaran Azlan aku jadi keliru adakah patut aku menerimanya.
Aku tak tahu, aku memang memerlukan pekerjaan tetapi tidak seawal ini. Sekurang-
kurangnya berilah masa untuk aku berehat seketika dahulu. Walaupun sudah
seminggu aku berada di tanahair, namun tak pernah sekalipun aku menemui Nora.
Aku merasa hairan, tapi persoalanku terjawab apabila aku terlihat dirinya bersama
seorang lelaki dalam keadaan yang sungguh mesra, ketika itu aku bersama dengan
Azlan sedang minum di Coffee House.

Dua hari kemudian, Hezri memanggil aku untuk datang berjumpa dengannya di
pejabatnya. Ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Tepat waktu yang
dijanjikan aku pun tiba. Hezri mempelawaku masuk ke biliknya dan menerangkan
tujuan dia memanggil aku ke pejabatnya kerana dia tidak mahu berbincang di
rumah. Dia kata dia dengan rela hati mahu melepaskan aku kerana tak sanggup lagi
hidup begini, di dalam kepura-puraan. Terpulanglah padaku katanya, dia tak mampu
lagi untuk menahan aku dari menyintai orang lain. Dia tak mahu menjadi batu
penghalang antara aku dan Azlan. Sebelum dia beredar dia mengatakan bahawa dia
tak mampu mencintai orang lain sebab itu juga dia tidak mengahwini Nora. Aku
terkedu mendengar penerangannya.

Malam itu aku menunggunya pulang untuk berbincang lebih lanjut perihal tadi.
Namun dia tidak pulang. Keesokkan harinya aku menelefon kepejabatnya dan
mendapati Hezri bertugas di Sarawak selama seminggu. Mungkin masa seminggu ini
Hezri meminta aku memikirkan perkara itu.

Aku menunggu Hezri di lapangan terbang sepertimana yang diberitahu oleh rakan
sepejabatnya. Bila aku terlihat kelibatnya, aku terus pergi mendapatkannya dan
mencium tangannya. Aku meminta maaf darinya dan untuk pertama kalinya aku
dengan sesungguh hati mengucapkan kata, “ Hezri, Erlin sayang padamu”. Dia
terkejut tapi terus menciumku.

***************

Kini baru aku percaya akan ertinya cinta aku tak mahu sekali lagi aku mensia-siakan
rasa cinta itu. Aku bahagia hidup bersama dengan Hezri dan tak mungkin aku
berpaling lagi dari menyintai lelaki yang sesungguhnya menyintai aku sepenuhnya.
Sesekali aku merasa kasihan apabila mengingati bagaimana Hezri begitu sabar
menunggu cintaku. Nasihatku kepada remaja yang bercinta “Ingatlah Cinta Yang
Hadir Sebelum Masanya Tidak
Menjanjikan Kenikmatan Cinta Sejati”, jadi tumpukanlah kepada perkara-perkara
yang terpenting dalam hidup anda.

“ …HEZRI ARSHAD & HANNY ERLINA … MENYEMAI CINTA SELAMANYA..” itulah kata-
kata hikmah kami berdua.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai