Anda di halaman 1dari 36

Pengertian Dosa

Balasan buruk kerana melakukan


larangan Allah dan meninggalkan
suruhannya.

Orang yang melanggar hukum Allah
digelar Asi yang akan diberi
balasan di atas perbuatannya sama
ada semasa di dunia atau di
akhirat.
Faktor Mendorong
Manusia Melakukan Dosa
Terpengaruh dengan
perangai rakan yang jahat.
Ingin hidup bebas tanpa
batasan agama
Sikap angkuh dengan
harta dan pangkat.
Memandang ringan azab
Allah.

JENIS DOSA
Kesalahan yang dikenakan hukuman
tertentu di dunia dan amaran azab
Di akhirat
-minum arak
-Berzina
-Mengumpat
-Membunuh
- derhaka kepada ibu bapa
Qisas / Hudud / Takzir
Kesalahan yang tidak diberi
Peruntukkan hukuman di dunia
Atau amaran azab di akhirat
-Melihat aurat wanita
-Pegang al-Quran tanpa wudhuk
-Bercakap perkara sia-sia
Jika berterusan jadi dosa besar

Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-
perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya
dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh
lelaki yang bukan mahramnya.
(H.R. Bukhari dan Muslim)
DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Ibu bapa adalah orang yang
paling banyak berjasa kepada
kita.
Mereka telah mengandung ,
melahirkan dan menjaga kita
sehingga dewasa dan sanggup
mengenepikan kepentingan diri
mereka untuk melihat kita
berjaya.
Seorang anak wajib
menghormati dan mentaati
perintah ibu bapa.
Kita diharamkan menyinggung perasaan
mereka walaupun mengatakan ah.
Orang yang menderhaka kepada ibu bapa
telah melakukan dosa besar dan mesti
bertaubat serta memohon keampunan
daripada ibu bapa dan Allah.
Tanggungjawab kita sebagai anak ialah
berbuat baik kepada mereka.
Kita hendaklah bersabar dengan karenah
mereka terutama apabila mereka telah tua.






MENIPU DAN BERBOHONG
Menipu ialah melakukan sesuatu untuk
mendapatkan kepentingan diri atau memudaratkan
orang lain.
Perbuatan tersebut adalah berdosa besar.
Penipuan boleh terjadi sama ada melalui kata-kata
dan perbuatan.
Contoh penipuan :
- memalsukan dokumen
- mencampurkan buah yang elok dengan yang busuk
- tidak menepati sukatan dalam timbangan

MENCURI DAN MEROMPAK
Mencuri ialah
mengambil hak orang
lain secara sembunyi
yang disimpan
ditempat
simpanannya tanpa
izin tuannya.
Merompak ialah
mengambil hak orang
lain secara paksa dan
kekerasan .
Renungan
Daripada Abu Hurairah ra berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda :
Akan datang suatu zaman, seseorang
tidak mempedulikan dari mana ia
mendapatkan harta, apakah dari sumber
yang halal ataupun haram.
(Riwayat Imam An-Nasai)


CURI BERAS

Perbuatan tersebut
diharamkan kerana ia
boleh merosakkan
ketenteraman
masyarakat dan
negara.
Ia juga suatu tindakan
yang melanggar hak
orang lain.
Dalam Islam ,
hukuman hudud
menetapkan hukuman
potong tangan kepada
orang yang yang
mencuri setelah
memenuhi syaratnya.

MAKAN RIBA
Riba ialah faedah atau pertambahan
bayaran dalam urusan pinjaman , hutang
piutang , pertukaran makanan sejenis .
Hukum melakukan riba adalah haram dan
berdosa besar.
Orang yang makan hasil riba tidak boleh
berdiri di akhirat nanti dan dikenakan azab
yang pedih di dalam neraka.


JENIS RIBA
Riba al-Fadhl
pertambahan yang
diperolehi melalui
pertukaran barangan yang
sama jenis.

Riba an-Nasiah
pertambahan yang berlaku
kerana menangguhkan
tempoh bayaran.



Hikmah Diharamkan Riba
1. Membenteras kezaliman dan penindasan
sesama manusia.
2. Mewujudkan kestabilan ekonomi dalam
masyarakat.
3. Menggalakkan semangat tolong menolong
sesama manusia.
4. Mencegah sifat mementingkan diri sendiri
tanpa mempedulikan orang lain.
5. Menghilangkan jurang kehidupan antara
orang kaya dengan orang miskin.

MAKAN HARTA ANAK YATIM
Anak yatim ialah kanak-kanak yang telah
kematian bapa sebelum umur baligh.
Harta anak yatim ialah harta yang diperolehi
melalui pusaka, wasiat dan hadiah daripada ibu
bapa yang telah meninggal dunia.
Hukum makan harta anak yatim adalah haram
dan berdosa besar.
Orang yang dipertanggungjawabkan menjaga
anak yatim hendaklah menjaga harta mereka
sehinggalah mereka baligh dan mampu
mengurus sendiri harta mereka.
Sebab DiLarang Makan Harta Anak Yatim
1. Anak yatim akan kehilangan
punca pendapatan apabila
dewasa.
2. Mengelakkan anak yatim
hidup terbiar dan melarat.
3. Mengelakkan berlakunya
pergaduhan dalam keluarga
dan terputus silaturrahim.
4. Mencabul hak anak yatim
sebagai pewaris harta
pusaka ibu bapa mereka.
LARI DARI MEDAN PERANG
Perang Jihad ialah peperangan antara
orang Islam dengan orang kafir bagi
mempertahankan kesucian agama Islam.
Hukum berjihad adalah wajib bagi orang
yang telah baligh , berakal dan
berkeupayaan untuk berperang apabila :
1. Kesucian Islam dihina
2. Pemimpin isytiharkan perang
Orang yang melarikan diri dari medan
perang berdosa besar dan dilaknat oleh
Allah.
AKIBAT LARI DARI
MEDAN PERANG
DIPANDANG HINA OLEH
MASYARAKAT
DAN DIANGGAP PENGECUT
UMAT ISLAM AKAN DITINDAS
DAN KALAH DALAM
PEPERANGAN
MERENDAHKAN MARTABAT
UMAT DAN AGAMA ISLAM
MEMBERI PELUANG MUSUH
ISLAM MENGHANCURKAN
ISLAM
MENERIMA LAKNAT DAN AZAB
ALLAH DIAKHIRAT

Anda mungkin juga menyukai