Anda di halaman 1dari 14

1

BAJU KEBAYA









Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita
Malaysia dan Indonesia. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan
dengan sarung,batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif
warna-warni.









KEBAYA NYONYA
2







Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia.
Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang
halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman
mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang
yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu
paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.
BAJU KURUNG PAHANG






Baju Kurung Pahang atau dikenali sabagai Baju Kurung Riau Pahang pula
menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau
dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial
budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan
terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju
Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju
Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju
berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir
butang.
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
3












Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak
tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej
alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran
ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu
hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni
Sultan Abu Bakar.

BAJU MELAYU JOHOR







Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai
ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki
yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan
perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.
Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu
hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.

4





CHEONG SAM






Nama Cheongsam bererti pakaian panjang, diterjemahkan ke dalam Bahasa
Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok. Cheong sam mudah
dikenakan dan nyaman, bentuk pakaian Cheongsam sesuai dengan bentuk tubuh
wanita bangsa Tionghoa. Leher tinggi, lengkung leher baju tertutup, dan lengan baju
pendek, sedang atau panjang, bergantung kepada musim dan selera. Memiliki
kancing di sisi kanan, bahagian dada longgar, selayak di pinggang, dan dibelah dari
sisi, yang kesemuanya semakin menonjolkan kecantikan dari wanita yang
memakainya. Cheongsam tidak terlalu susah dibuat. Tidak pula memiliki banyak
perlengkapan, seperti sabuk, atau selendang. Kecantikan lain dari Cheongsam
adalah dapat dibuat dari berbagai macam bahan dan memiliki keragaman panjang,
dapat digunakan secara santai atau rasmi. Juga menampilkan kesederhanaan dan
keanggunan, kemewahan dan dan juga ketelitian.


SAM FOO
5





Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan
pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh
wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah.
Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit
perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri
daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat
daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.









6



SARI




Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan
turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga
lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan
pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak
terurai.
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai
pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang
lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak
haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka
memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna
biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

DHOTI
7






Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain
yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan
sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini
banyak dipakai oleh golongan ceti.









PUNJABI SUT

8





Punjabi sut yang juga dikenali sebagai salwar kameez, adalah pakaian yang dipakai
terutamanya oleh wanita India tetapi juga oleh beberapa lelaki. Punjabi sut menjadi
popular di seluruh zaman Empayar Mogul, 1500-1700 , dan terus dipakai oleh kaum
India moden untuk hari ini. Punjabi sut terdiri daripada lengan jubah-suka atas yang
tergantung ke paha pertengahan dan seluar longgar yang menjadi sempit di buku
lali. Selendang, atau dupatta, sering terbungkus di leher sebagai iringan kepada sut
itu. Dibuat daripada pelbagai fabrik ringan seperti kapas dan sutera, guaman Punjabi
boleh kosong tetapi lebih sering dihiasi dengan kain bercetak atau sulaman. Hiasan
yang terdapat pada pakaian yang sangat simbolik, sering direka untuk melindungi
daripada roh-roh jahat yang mungkin membahayakan pemakainya.









9



PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN






PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong.
Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum
Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung
kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan
bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap
kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam
upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan
cara ikat.



PAKAIAN TRADISIONAL WANITA IBAN
10

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan
sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum
Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi
tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit.
Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan
yang sangat halus.















11




PAKAIAN ETNIK KADAZAN








Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju
gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita
memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali
pingganghimpogot.












12

PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS









Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar
soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju
sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan
rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan
togkol.

PAKAIAN SUKU KAUM MURUT








Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit
kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya
tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain
kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga
dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.
13

PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU








Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan
kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari
satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.












14

PENUTUP

Saya sangat bersyukur dan amat gembira kerana dapat juga saya
menyiapkan buku skrap Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan
Rohilda sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Sivik &
Kewarganergaraan yang telah membantu saya dalam menyiapkan buku
skrap ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa serta kakak saya yang
turut membantu dalam menyiapkan buku skrap ini.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai