Anda di halaman 1dari 14

1.

Kerusi bayangan
Berikut adalah panduan untuk senaman
kerusi bayangan:
Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan
perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga
kedudukan badan seperti sedang duduk.
Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
Bila anda sudah duduk, cuba bertahan selama
mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak
semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan
untuk beberapa saat sahaja pada permulaan.
Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat
bertahan lebih lama.
Pastikan badan anda tegak semasa duduk.
Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan
sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa
kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

2. Pergerakan menggunting
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi.
Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda
dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang
langkah ini 12 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan
anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan
letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di
hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas
setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki
yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.
Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul
anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum
ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang
sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

Senaman Kecilkan Punggung
Perut dah kempis. Lengan dah cantik. Peha dah kecil.
Punggung pula terlalu besar.

Orang tengok pun terasa pelik :)Tak seimbang
lah

Jadi, nak hilangkan rasa pelik orang mari kita lakukan
senaman khas untuk membuang lemak di punggung.

Caranya begini..

Langkah 1 Langkah sisi

http://mataezara.blogspot.com/2013/03/terbaik-dan-
berkesan-4-cara-mudah.html


Buat posisi seperti gambar di atas. Bengkokkan lutut
sedikit. Badan pula jatuh sedikit di hadapan.


Langkah kaki kiri ke sisi. Kembali kedudukan asal.
Kemudian lakukan pada kaki kanan pula. Kalau boleh
lakukan langkah ini dengan sedikit laju. Buat selama
3 minit.

Langkah 2 Tendang belakang


Berlutut seperti posisi gambar di atas. Posisi kaki kiri
adalah 90 darjah.


Tendang kaki kiri kita ke atas. Lakukan sebanyak 15
kali. Selepas itu lakukan pada kaki kanan pula.

Langkah 3 Lunge ke belakang


Berdiri tegak sambil meletakkan tangan di pinggang.


Langkah kaki kiri ke belakang. Kemudian turunkan
badan kita sehingga peha kanan mendatar. Pastikan
lutut kiri tidak mencecah lantai dan badan kita dalam
keadaaan tegak. Kemudian bangun semula. Lakukan
selama 3 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.

Langkah 4 Angkat Punggung


Baringkan diri kita dengan membengkokkan kaki
seperti gambar di atas.


Angkat punggung kita ke atas setinggi yang boleh.
Tahan dalam kiraan 3. Kemudian turunkan badan kita
perlahan-lahan. Lakukan selama 3 minit.
Senaman Kempiskan Perut
Perut buncit memang hodoh di pandangan mata.

Tak kisah lah lelaki atau perempuan. Bila melihat di
cermin ternampak bonjolan lemak terkeluar dari
perut.

Teruknya!

Ikutkan hati mahu saja keluarkan lemak di perut
sekarang juga.

Mesti bertambah cantik jika lemak di perut ni hilang
serta merta.

Jika kita berfikiran begitu, kenapa tidak kita
melakukan senaman untuk kempiskan perut.

Tak tahu caranya?

Jangan risau, saya tak kan simpan rahsia :)

Caranya sangat mudah. Hanya 4 langkah, 10 minit
sehari.

Dah bersedia? Jom kita mulakan.

Langkah 1 Gaya Vakum



Berlutut di lantai seperti bentuk meja, Pindahkan
berat badan kita ke lutut dan tangan (lihat gambar).

Pastikan belakang kita rata.

Tarik nafas dalam-dalam sampai perut mengembung.
Tahan selama tiga saat. Kemudian hembus nafas
sehingga perut menjadi kempis ke dalam dan tahan
selama tiga saat.

Ulangi langkah di atas selama satu minit.

Langkah 2 Gaya Papan


Meniarap, luruskan kaki kita. Angkat badan kita
secara pelahan-lahan dengan menggunakan lengan.
Pastikan badan kita lurus seperti papan (lihat
gambar).

Tahan seberapa lama yang boleh. Tidak mengapa
jika kita hanya dapat bertahan sekejap. Teruskan
berlatih sehingga kita berjaya bertahan selama satu
minit.

Langkah 3 Duduk Berpalang


Duduk di atas kerusi. Pastikan badan tegak. Letak
kaki di atas lantai dan pastikan peha dan betis
bersudut 90 darjah. Angkat tangan dan pastikan
posisi bahu adalah 90 darjah dengan lengan (lihat
gambar).


Kemudian angkat kaki kanan dan bawa siku kiri ke
lutut kanan. Kembali ke kedudukan asal. Kemudian
angkat kaki kiri dan bawa siku kanan ke lutut kiri pula
(lihat gambar). Ulangi selama satu minit.

Langkah 4 Kerusi Kapten


Duduk tegak dan letak tangan di sebelah peha anda
(lihat gambar).


Tarik nafas dan hembus nafas sambil mengangkat
kaki ke dada (lihat gambar). Tahan selama tiga saat.
Bongkokkan badan sedikit jika perlu tetapi jangan
bongkok keterlaluan. Kembali ke kedudukan asal.
ulang selama satu minit.
http://beratbadan1001.blogspot.com/2013/07/senama
n-kempiskan-perut.html

Anda mungkin juga menyukai