Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2011/1423H.


1. PENDAHULUAN

Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor berusaha untuk mengadakan aktiviti serta
program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini.Sambutan maulidur Rasul di peringkat
sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw.Begitu juga
perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda,Sebagaimana
Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: Sesungguhnya engkau (
Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia. ( al-Qalam:4 )

Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang
diadakan di peringkat sekolah.Pada tahun ini,beberapa aktiviti sederhana telah dirancang, yang akan
melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu 1 Malaysia,1
Ummah. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw
disamping menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-
murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw.Di samping
itu perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.


2. MATLAMAT

Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap
tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti agama dan cara
hidupnya, mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala
keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.


3. OBJEKTIF

3.1 Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan
besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
3.2 Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
3.3 Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
3.4 Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid.
3.5 Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam
pasukan.

4 SASARAN
Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor.

5. ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SK Tasek Gelugor.




6. SUMBER KEEWANGAN

1. RM__________
2. RM__________
JUMLAH RM __________


7. ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA JUMLAH
1. Hadiah Pertandingan
1. Pertandingan Mewarna ( Pra sekolah & Tahun 1,2 )
Tempat Pertama RM___ X ___ kelas
Tempat Kedua RM ___X ___ kelas
Tempat Ketiga RM___ X ___ kelas

2. Kuiz maulidur-Rasul ( Tahun 3,4,5,dan 6 )
Tempat Pertama RM X kelas
Tempat Kedua RM Xkelas
Tempat Ketiga RM X kelas

3. Sepanduk ( Tahap 2 )
Johan sahaja RM X tahap 2



2. Ceramah Maulidur Rasul
3. Bahan
1. Risalah
2. Kain sepanduk
3. Banner
4. Lain-lain




JUMLAH



8. PERANCANGAN AKTIVITI

8.1 Edaran Risalah Maulidur-Rasul
8.2 Bacaan Yassin Mingguan.
8.3 Tazkirah Pagi Isnin ( tema : Sirah Rasulullah )
8.4 Selawat Harian
8.5 Pertandingan mencipta sepanduk.( Tahap 2 )
8.6 Pertandingan Mewarna Pra sekolah Dan Tahun 1 dan 2
8.7 Pertandingan Kuiz Cinta Rasulullah Tahun 3/4 dan Tahun 5/6.
8.8 Perarakan Maulidur Rasul
8.9 Ceramah Maulidur Rasul

9. JADUAL TINDAK IKUT

Seperti lampiran



10. AHLI JAWATANKUASA

Seperti lampiran


11. PENUTUP
Adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta diberkati oleh Allah Subhanahu Wa
Taala.

Disediakan oleh; Disahkan oleh; Diluluskan oleh;


.. .. ..

Anda mungkin juga menyukai