Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : Samson Lian Juk
Kursus & Ambilan : PPISMP Ambilan Januari 2012
Tempoh Praktikum : Satu bulan
Pengkhususan : Pendidikan Khas
Nama Guru Pembimbing : Puan Suraya binti Bai
Nama Pensyarah Pembimbing : Puan Noraini binti Sulaiman
Catatan Minggu ke: (3).Tarikh : 14 April hingga 18 April 2014

1. MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN
Ini merupakan minggu ketiga saya berada di sini. Pada minggu ini,saya telah
memfokuskan pemerhatian terhadap seorang murid yang lembam iaitu Muhamad
Farhan Hakimi. Farhan merupakan seorang yang takut untuk mencuba memberi
atau mencari jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan.Dia juga mempunyai
masalah dalam membuat latihan yang guru berikan.Farhan biasanya akan
mengambil masa yang lebih lama berbanding rakan yang lain untuk menyiapkan
latihan tersebut.Keadaan ini terjadi kerana walaupun ada sesetengah soalan yang
dia tahu untuk menjawabnya,dia tidak berani serta ragu-ragu untuk melaksanakan
latihan itu kerana ketakutannya yang melampau. Keadaan ini menyebabkan dia
sering meniru rakannya yang lain. Walaubagaimanapun, walaupun jarang-
jarang,ada masanya Farhan dapat melakukan tugasan yang diberi dengan baik dan
yakin.

2. Analisis
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, adalah ketara bahawa Farhan kurang
berkeyakinan terhadap dirinya sendiri. Dia juga malu untuk diketawakan rakannya
sekiranya menjawab dengan salah. . Keadaan ini berkait rapat dengan keadaan
motivasinya yang sangat rendah. Perkataan motivasi yang berasal daripada
perkataan Bahasa Inggeris iaitu motivation dimana perkataan asalnya ialah
motive yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada motif,yakni
bermaksud tujuan dipetik daripada http://www.ugmc.bizland.com/ak-ertimotivasi.htm.
Konklusinya motivasi boleh dikatakan sebagai sesuatu yang menggerak seseorang
dalam tindak-tindakanya sama ada secara negatif atau positif. Keadaan motivasi
Farhan yang sangat rendah sangat mempengaruhi penglibatannya di dalam
pengajaran dan pembelajaran.
3. Cadangan tindakan susulan
Saya akan memberi tumpuan yang lebih kepada Farhan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran . Saya akan memastikan dia sedar yang gurunya
mengambil berat akan dirinya. DI samping itu, saya akan memberi motivasi dengan
memberi kata-kata motivasi dan peneguhan dengan meminta murid lain memberikan
tepuk tangan kepadanya di dalam kelas. Amalan mentertawakan rakan adalah
ditegah sama sekali dengan tegas.
Langkah ini mampu mengubah peribadinya agar lebih berkeyakinan dan
bermotivasi di dalam kelas. Di samping itu, saya telah merancang dan akan
melaksanakan system ganjaran token ekonomi di dalam kelas Intan ini. Token
berbentuk gambar roket ini akan diberikan apabila tingkah laku yang baik
ditunjukkan di dalam kelas. Contohnya, murid yang dapat menjawab soalan guru
dengan betul, meminta kebenaran daripada guru apabila ke tandas, membantu
rakan-rakan dan sebagainya. Apabila token ini telah dikumpul, ianya boleh
ditukarkan dengan objek atau keistimewaan yang ditawarkan. Untuk kelas Idris,
saya akan menyediakan token ekonomi ini. Apabila murid berkelakukan baik
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mendengar arahan guru,menyiapkan
tugasan, token ekonomi akan diberikan kepada murid itu. Jika murid bersikap
disebaliknya atau menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini , token ekonomi akan
ditarik balik atau token mereka akan dikurangkan .

4. Tempoh masa dan keberkesanan tindakan susulan
Tempoh masa adalah sepanjang tempoh saya menjalankan praktikum saya di
sekolah ini. Saya akan cuba menggalakakan dan melibatkan Farhan dengan lebih
lagi sepanjang interaksi pengajaran. Di samping itu, saya juga akan meminta murid
yang sentiasa berkelakuan dan berdisiplin untuk memberi contoh tingkah laku positif
kepada Farhan. Saya akan meminta Farhan untuk mencontohinya. Pembelajaran
melalui peniruan atau modelling ini merupakan suatu pendekatan yang telah lama
digunakan dan keberkesanannya adalah terbukti . Menurut Cooper, Heron dan
Heward (1987), terdapat tiga jenis manipulasi dalam peniruan iaitu model
menggalakkan supaya tingkah laku itu berlaku secara serta merta kepda murid,
menggalakkan tingkah laku itu berlaku dalam jangka masa yang ditentukan dan
menggalakkan tingkah laku itu berlaku pada masa yang sesuai .



Pandangan / komen guru pembimbing
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................





Pandangan / komen pensyarah pembimbing
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
...........
.......................................................................................................................................
............
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai