Anda di halaman 1dari 19

1.0 PENDAHULUAN.

Al-Quran adalah Kalamullah yang mempunyai mukjizat, diwahyukan kepada


Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibrail, ditulis dalam mashaf,
dalam bahasa Arab. Disampaikan kepada kita secara mutawatir dan membacanya
adalah ibadat. Al-Quran merupakan kitab mukjizat. Apakah itu mukjizat Al-Quran?
Secara istilah ia bermaksud kekuatan Al-Quran sebagai wahyu oleh Allah dapat
melemahkan musuh daripada menandingi atau meniru kekuatannya dalam semua
aspek. Antara bukti mukjizat Al-Quran ialah penemuan mengenai sains dan alam
yang didapati bertepatan dengan kenyataan –kenyataan Al-Quran yang diwahyukan
Allah pada 1400 tahun yang lalu.Hal ini dapat dibuktikan apabila beberapa fakta yang
berjaya disingkap melalui kecanggihan teknologi abad ke- 20 ini telahpun dinyatakan
dalam kandungan Al Quran Kalamullah 14 kurun lalu.Sekali gus hal ini menjelaskan
kepada para hamba ciptaanNya bahawa kitab Al-Quran adalah bukti agung yang
menakjubkan yang mampu menjana dan menanam rasa penghayatan terhadap
kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.
Penemuan sains dalam pelbagai bidang di dalam Al-Quran tidak dapat dinafikan
bahkan hubungannya amat utuh sekali. Bukti-bukti tersebut memberi keterangan
bahawa kitab agung ini adalah mukjizat yang tidak mampu ditiru oleh manusia.
Antara bidang-bidang ilmu yang boleh didapati ialah fizik, biologi, kimia, astronomi,
geografi, botani dan zoologi. Contohnya dalam surah al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20,
Allah menyatakan dan bermaksud ,”Apakah mereka tidak melihat kepada unta
bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang
bagaimana ditegakkan.” Ramai ahli cendiakawan dahulu menjadikan Al-Quran
sebagai rujukan utama mereka dalam pencarian ilmu pengetahuan . Malahan,
penemuan sains ini dapat memantapkan kefahaman terhadap isi kandungan Al-Quran
dan secara langsung meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.

1
2.0 BIDANG-BIDANG ILMU YANG TERKANDUNG DI DALAM
AL-QURAN.

2.1 FIZIK.

Fizik ialah ilmu yang membicarakan tentang sifat-sifat umum, keseimbangan dan
gerakan benda dan juga gejala-gejala haba, cahaya, tenaga elektrik dan besi berani.
Antara contoh-contoh penemuan sains dalam bidang fizik ialah rahsia besi. Besi
adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam Al- Quran. Dalam Surah
Al- Hadiid,menyatakan :

"…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
berbagai manfaat bagi manusia ...." (Al Qur'an, 57:25)

Kata "anzalnaa" yang bererti "kami turunkan" khusus digunakan untuk besi dalam
ayat ini dapat diertikan untuk menjelaskan bahwa besi diciptakan untuk memberi
manfaat bagi manusia. Tetapi ketika kita mempertimbangkan makna di sebalik kata
ini, yakni "secara benda diturunkan dari langit", kita akan menyedari bahawa ayat ini
memiliki keajaiban ilmiah yang sangat penting. Ini disebabkan penemuan astronomi
modern telah mengungkap bahwa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal
dari bintang-bintang raksasa di luar angkasa. Logam berat di alam semesta dibuat dan
dihasilkan daripada bintang-bintang raksasa. Akan tetapi sistem suria kita tidak
memiliki struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi secara sendiri. Besi hanya
dapat dibuat dan dihasilkan oleh bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari,
yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah. Ketika jumlah besi telah
melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi
menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut "nova" atau
"supernova". Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi
bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang
angkasa hingga mengalami tarikan oleh daya graviti bumi. Semua ini menunjukkan
bahwa logam besi tidak terbentuk di bumi melainkan daripada bintang-bintang yang
meledak di ruang angkasa melalui meteor-meteor dan "diturunkan ke bumi", persis
seperti dinyatakan dalam ayat tersebut: Jelaslah bahwa fakta ini tidak dapat diketahui
secara ilmiah pada abad ke-7 ketika Al Qur'an diturunkan.

2
Selain itu, Al-Quran juga ada menceritakan tentang salah satu fenomena dalam
bidang fizik yang sering manusia alami iaitu kejadian kilat dan petir. Menurutnya :

“…atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap
gelita, guruh dan kilat, mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya,
kerana (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi
orang-orang yang kafir…” (Al-Qu`ran ,19:2)

Bagaimana petir dan kilat terjadi? Menurut teori sains kebanyakan ribut petir mula
terbentuk apabila awan kumulus mula membesar secara menegak. Awan kumulus
akan terus membesar sehingga ketinggiannya melepasi takat beku serta udara panas
yang naik tidak lagi mampu mengangkat wap air bertukar menjadi awan
kumulonimbus. Selepas itu, berlaku proses turun-naik udara di dalam awan secara
serentak. Gangguan berlaku di dalam awan, menghasilkan petir, kilat dan angin ricih.
Akhir sekali, hujan yang turun telah menyejukkan udara di kawasan yang terlibat,
tiada lagi aktiviti udara panas naik ke awan. Oleh kerana kebanyakan daripada
kelembapan di dalam awan ribut sudah disingkirkan, ribut petir tidak dapat bertahan
dan akan berakhir. Fenomena kilat pula terjadi melalui nyahcas elektrik di ruang
atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan
gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas
keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan
mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F). Pembetukan kilat terbahagi kepada
empat peringkat. Pertama, proses pemisahan cas. Terdapat dua hipotesis iaitu titisan
ais dan hujan yang turun mengutup secara elektrik sebagaimana ia melalui medan
elektrik atmosfera semula jadi atau perlanggaran partikel ais sesama sendiri
menghasilkan cas oleh aruhan elektrostatik. Kedua, pembentukan perintis. Kemudian,
nyahcas dan akhir sekali proses sambar semula.

Banyak lagi ilmu-ilmu fizik yang terkandung di dalam Al-Quran. Contoh yang
terakhir tentang kegelapan dan gelombang di dasar laut. Ayat Al-Quran
menggambarkannya dalam Surah An Nuur ayat 40. Melalui potongan ayat ini kita
dapat melihat keajaipan Al-Quran menerangkan secara terperinci tentang kelautan di
mana manusia tidak mampu menyelam pada kedalaman di bawah 40 meter tanpa
bantuan peralatan yang khusus.

3
2.2 BIOLOGI.

Bidang biologi memfokuskan tentang ilmu kajihayat. Antara ilmu-ilmu biologi


yang terdapat di dalam Al-Quran ialah proses kejadian manusia. Menurut Al-Quran
insan baru yang wujud di dunia ini bermula dengan hubungan kelamin antara kaum
Adam dan Hawa dengan cara yang halal dan diredhai Allah. 1 Proses persenyawaan
berlaku atau dalam Quran dikaitkan dengan perkataan nutfah. Persenyawaan
bermaksud percantuman antara benih lelaki sperm dan benih wanita ovum. Mengikut
Imam Qartubi nutfah bererti ‘air mani’. Ayat Quran yang mengukuhkan lagi proses
awal kejadian manusia ialah:

"Dialah Yang menciptakan segalanya dengan sebaik-baiknya, Dia mulai


menciptakan manusia dari tanah liat. Kemudian Ia menjadikan keturunannya
dari sari air yang hina." (Al Qur'an, 32:7-8)

Selepas proses persenyawaan, embrio berumur lebih kurang dua minggu, ia


menyamai rupa seekor lintah berukuran lebih kurang 0.6mm yang tergantung di rahim
ibunya. Proses ini dinamakan alaqah yang ditafsirkan sebagai ‘ darah beku’. Saat
merujuk pada embrio yang sedang tumbuh dalam rahim ibu, Allah menggunakan kata
"'alaq" dalam Al Qur'an:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah


menciptakan manusia dari 'alaq (segumpal darah). Bacalah, dan Tuhanmulah
Yang Maha Pemurah." (Al -Quran, 96:1-3)

Kemudian embrio menjadi alaqah bertukar menjadi mudghah berdasarkan kata-


kata Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud “ Kemudian daripada
alaqah kami jadikan mudghah”. Imam Qartabi mentafsirkan mudghah sebagai ‘
daging yang sedikit yang sebahagian daripadanya telah dikunyah’. Selepas menjadi
mudghah, embrio berubah pula kepada bentuk yang lain berdasarkan penjelasan Allah
dalam Surah Al-Hajj ayat 5 yang bermaksud, “ Kemudian jadilah kamu mudghah
yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.”

1
Dr.Danial Zainal Abidin, “Quran Saintifik” , Mohd Iqram, Jilid pertama, PTS MILLENIA SDN.
BHD 2007, m.s 120- 126

4
Selepas itu, embrio ditutupi tulang dan daging, berpandukan penjelasan Allah
dalam Surah Al-Mukminun ayat 14 bermaksud, “Kamudian daripada mudghah kami
jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging”. Akhirnya, embrio berubah
kepada bentuk manusia,berbeza daripada sebelumnya. Perubahan ini berlaku semasa
embrio memasuki tahap umur enam minggu dan pada masa itu embrio mempunyai
sel-sel asas bagi pembentukan organ-organ. Pada peringkat ini embrio dikenali
sebagai janin. Janin telah wujud bentuk manusia dimana bahagian kepala yang
terpisah dengan badan. Kemudian, roh akan ditiupkan pada usia 120 hari dan
pancaindera dikurniakan Surah As-Sajdah ayat 9 yang bermaksud “ Kemudian dia
menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan dia menjadikan bagi
kamu pendengaran (telinga), penglihatan (mata) dan af-idah (akal) dan sedikit sekali
kamu bersyukur”.

Tambahan lagi, kita beleh mengkaji tentang pembentukan air susu ibu. Air susu
ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa dan tiada tandingan sebagai
sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir, dan sebagai zat yang
meningkatkan kekebalan tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang
dibuat dengan teknologi masa kini tak mampu menggantikan sumber makanan yang
menakjubkan ini. Allah memberitahu kita informasi penting ini sekitar 14 abad yang
lalu, yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini, dalam ayat-Nya :

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-
bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-
tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan
kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Al Qur'an,
31:14)

Malah, bukti Allah Maha Hebat ialah setiap manusia mempunyai cap jari yang
berbeza walaupun manusia itu adalah kembar seiras. Saat dikatakan dalam Al Qur'an
bahwa adalah mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia setelah kematiannya,
pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus ditekankan:

"Apakah manusia mengira bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali)


tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) ujung jari-
jarinya dengan sempurna." (Al- Quran, 75:3-4)

5
2.3 KIMIA.

Kimia ialah ilmu mengenai juzuk dan sifat bahan-bahan serta tindak balas yang
mengubah menjadi bahan lain. Penemuan sains dalam bidang kimia yang terkandung
dalam Al-Quran ialah kajian mengenai air. Air adalah keperluan asas yang penting
bagi manusia untuh hidup. Contohnya dalam Al-Quran Allah s.w.t telah menurunkan
hujan untuk tumbuh-tumbuhan. Hujan itu adalah air. Dalam proses pembentukan
hujan terdapat kaedah kimia digunakan. Contohnya molekul-molekul air laut disejat
daripada permukaan laut naik ke langit. Molekul air terdiri daripada dua atom
hydrogen dan satu atom oksigen. Air zam-zam adalah sebaik-baik air yang terdapat di
muka bumi ini. Zam-Zam berawal dari kisah perjuangan Siti Hajar mencari air untuk
minum bayinya Ismail di padang antara bukit Safa dan Marwah. Setelah berulang-alik
tujuh kali antara Shafa dan Marwah ternyata air ditemukan di bawah tendangan tumit
Ismail. Nama Zam-Zam berasal dari teriakan Siti Hajar yang menyebut zummi
zummi. Sehingga sekarang air zam zam ini tidak pernah kering.

Keajaiban air zam-zam ini ialah ia mengandungi floride yang berfungsi untuk
membunuh kuman, kalsium dan garam magnesium yang amat sesuai menjadi ubat
penyembuh penyakit. Kelebihan lain air zam-zam ialah tidak pernah ditumbuhi lumut.
Keajaiban air zam-zam tiada tandingannya, termasuk air termurni di Kutub Utara dan
Selatan sekalipun. Hal ini dibuktikan oleh seorang doktor dari Universiti Yokohama,
Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru Emoto berhasil mendapati bahwa air tersebut
memiliki daya penyembuhan yang luar biasa. Keajaiban struktur air zam-zam telah
dibuktikan Dr. Masaru Emoto. Kesimpulannya adalah bahwa tidak ada kandungan air
di dunia yang menyamai kandungan air Zam-Zam. Dimaklumkan bahwa molekul air
zam-zam merupakan molekul air paling cantik dan indah di antara air lainnya. Emoto
menjelaskan bagaimana sebuah kata yang diucapkan dapat mempengaruhi bentuk
molekul air. Tentu saja setiap doa yang terhembus dari setiap jamaah haji selama ini
menjadikan air zam-zam sebagai air terindah yang akan terus menghapus dahaga
rohani setiap tetamu Allah di Mekah.

6
2.4 ASTRONOMI.

Astronomi juga dikenali sebagai ilmu falaq. Banyak penemuan-penemuan baru


dalam bidang ini telah diterangkan dalam Quran pada 1400 tahun dahulu. Antaranya
ialah kejadian langit dan bumi berasal daripada asap. 2 Dalam Surah Fussilat ayat 11,
Allah mengatakan langit dan bumi pada peringkat awal dahulu kosong daripada
sebarang objek di langit.Hanya wujud adalah asap atau dikenali sebagai dukhan. Asap
ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran system suria dan
bumi. Semasa menceritakan mengenai asap ini, para sainstis mengaitkannya dengan
gas-gas terutamanya hydrogen dan helieum yang wujud sebagai awan tebal di
peringkat awal dahulu. Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik
adalah mengenal pasti keadaan alam selepas berlaku peristiwa Big Bang. Kajian
menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi. Selepas
masa berlalu lebih kurang 3 minit proses penyejukkan berlaku. Keadaan ini
memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-duanya
melahirkan nucleus. Nukleus ini bercantum dengan electron menjadi atom hydrogen
dan helieum. Selepas 300,000 tahun berlalu,gas-gas ini bercantum kesan daripada
daya tarikan graviti membentuk gumpalan-gumpalan asap raksasa. Jutaan tahun
kemudian, lahirlah bintang-bintang, galeksi, planet dan bumi.

Selain daripada itu, Quran juga mempunyai bukti-bukti bumi ini berbentuk bulat.

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia
menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam..." (Al
-Quran, 39:5)

Dalam Al Qur'an, kata-kata yang digunakan untuk menjelaskan tentang alam semesta
sangat penting. Perkataan Arab yang diterjemahkan sebagai "menutupkan" dalam ayat
di atas adalah "takwir". Dalam kamus bahasa Arab, misalnya, kata ini digunakan
untuk menggambarkan pekerjaan membungkus atau menutup sesuatu di atas yang lain
secara melingkar, sebagaimana surban dipakaikan pada kepala.

2
Dr.Danial Zainal Abidin, “Quran Saintifik” , Mohd Iqram, Jilid pertama, PTS MILLENIA SDN.
BHD 2007, m.s 38-39

7
Keterangan yang disebut dalam ayat tersebut tentang siang dan malam yang saling
menutup satu sama lain memberi keterangan yang tepat mengenai bentuk bumi.
Pernyataan ini hanya benar jika bumi berbentuk bulat. Ini bererti bahwa dalam Al-
Quran, yang telah diturunkan di abad ke-7, telah diisyaratkan tentang bentuk planet
bumi yang bulat. Namun perlu diingat bahwa ilmu astronomi ketika itu memahami
bumi secara berbeza. Pada masa itu, bumi diyakini berbentuk mendatar, dan semua
perhitungan serta penjelasan ilmiah berdasarkan bukti ini.

Penemuan lain dalam bidang astronomi yang terdapat dalam Quran ialah
mengenai orbit system suria. Merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al -Quran,
ditegaskan bahwa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan.
Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (Al- Quran,
21:33)

Menurut perhitungan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kepantasan luar
biasa yang mencapai 720 ribu km per jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis
edar yang disebut Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh lebih kurang
17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam
sistem gravitasi matahari juga beredar menempuh jarak ini.

Bagaimana matahari tercipta? Matahari juga adalah bintang. Kejadiannya berlaku


lebih kurang 8 hingga 10 billion tahun selepas berlakunya Big Bang. Matahari 109
lebih besar daripada bumi. Ia tercipta kesan daripada gelombang kosmik yang berlaku
selepas meledaknya sebuah bintang raksasa iaitu supernova dan melahirkan gumpalan
gas yang dikenali sebagai solar nebula. Matahari mengandungi 74 peratus hydrogen
dan 25 peratus helieum gas, berada di tengah-tengah system suria dan para saintis
menganggapnya sebagai bintang generasi ketiga . Proses nuclear yang berlaku dalam
matahari melahirkan cahaya matahari. Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan
bagi bumi.

8
2.5 GEOGRAFI.

Geografi adalah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang alam. Ilmu ala mini
banyak dinyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran. Antaranya ialah putaran bumi dan
pergerakan gunung-ganang. 3 Fenomena ini pernah disentuh dalan Al-Quran iaitu:

"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya,
padahal dia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang
membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al Qur'an, 27:88)

Gunung-ganang itu adalah sebagai pasak-pasak bagi bumi, yang dijangka akan
menetapkannya dan menahannya dari bergerak malah mengelakkan menerbalikkan
manusia yang hidup di atas mukanya. Mengapa Allah berkata ‘engkau mengiranya?’.
Allah mengatakan demikian supaya manusia berfikir. Persoalan itu bermaksud
gunung-ganang bergerak tetapi memerlukan bantuan untuk bergerak. Putaran bumi
yang membantu gunung-ganang untuk bergerak. Putaran bumi menyebabkan
pergerakan kerak bumi.

Ilmu geografi lain yang terdapat dalam Quran ialah Quran ada menceritakan
4
tentang proses pembentukan hujan. Kini kita telah mengetahui dari apa yang
disingkap Allah kepada kita bahawasanya air laut itu menjadi wap lalu naik ke langit
membentuk awan. Kemudian ia akan kembali semula ke bumi dalam bentuk air hujan.
Yakni air yang dari laut itu telah dikembalikan oleh langit ke bumi. Proses ini
melibatkan tiga peringkat. Peringkat-peringkat ini ditetapkan dengan jelas dalam Al-
Qur’an berabad-abad yang lalu, yang memberikan maklumat yang tepat mengenai
pembentukan hujan iaitu :

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan
Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan
menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-

3
Muhd Mutawalli Sya`rawi, “Mukjizat Al-Quran”, Jilid 1, PUSTAKA NASIONAL PTE LTD
SINGAPURA 1985, m.s 121-122
4
Muhd Mutawalli Sya`rawi, “Mukjizat Al-Quran”, Jilid 3, PUSTAKA NASIONAL PTE LTD
SINGAPURA 1985, m.s 29

9
celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang
dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al- Quran, 30:48)

Tahap pertama ialah "Dialah Allah Yang mengirimkan angin...". Gelembung-


gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di
lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air disejat ke atas
langit. Kemudian, partikel-partikel ini membentuk awan dan berkumpul menjadi wap-
wap air. Tahap kedua ialah “...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah
membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya
bergumpal-gumpal..." . Awan-awan yang terbentuk daripada wap-wap air ini
membesar dan bergumpal dengan butir-butir garam dan debu. Tahap ketiga ialah
"...lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya...". Jadi, air hujan ini menjadi
lebih berat daripada udara dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

Selain daripada itu, Al-Quran ada menceritakan tentang kejadian siang dan
malam. Surah al-Anbiyak ayat 33 mengisahkan tentang kejadian siang dan malam,
matahari dan bulan. Setiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-
masing (angkasa lepas). Kejadian siang dan malam berlaku kerana hanya sebahagian
sahaja bumi yang menghadap ke arah matahari ketika ia berputar di atas paksinya.
Bahagian bumi yang menghadap ke arah matahari mengalami siang, manakala
bahagian yang membelakanginya akan mengalami malam. Oleh kerana bumi berputar
dari barat ke timur, maka bahagian timur bumi akan menerima cahaya matahari atau
mengalami siang terlebih dahulu berbanding sebelah barat. Putaran bumi semasa
membuat perkelilingan dengan matahari yang berlaku pada kecondongan 23.5o,
menyebabkan satah bumi-matahari juga condong pada kadar yang sama. Perubahan
kedudukan matahari di ekliptiknya, memberi kesan terhadap kedudukan terbit dan
terbenam matahari serta panjang siang dan malam. Berdasarkan paksi kutub, yang
ditentukan oleh nilai latitud sesuatu tempat, panjang siang dan malam setiap tempat di
bumi berbeza-beza di sepanjang tahun. Saiz lengkungan siang terletak di sebelah atas
ufuk, manakala lengkungan malam terletak di bawah ufuk. Apabila matahari berada
di langit utara, penduduk di hemisfera utara akan mengalami siang yang lebih panjang
berbanding ketika matahari berada di selatan.

10
2.6 BOTANI.

Bidang botani ialah ilmu yang mengkaji tentang tumbuh-tumbuhan. Sebelum


kawujudan manusia di bumi,Allah telah menciptakan pelbagai jenis tumbuh-
tumbuhan yang memberikan pelbagai faedah kepada manusia. Allah ada
menceritakan tentang tumbuh-tumbuhan dalam Surah An`aam.

“…Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir-butir tumbuh-tumbuhan biji


buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan
yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah,
maka kenapa kamu masih berpaling …”. (Al-Quran 95:6)

Dalam surah yang sama Allah menceritakan bagaiman proses tumbuh-tumbuhan ini
hidup.

“… Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan
dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan ,maka Kami mengeluarkan
dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari
tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma
mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami
keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.
Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikanlah )
kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda
(kekuasaan Allah) bagi orang-orang beriman…” (Al-Quran 99:6)

Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan keperluan asas seperti manusia. Tumbuhan


memerlukan cahaya matahari, air, tanah dan udara untuk hidup. Cahaya matahari
amat penting untuk proses fotosintesis. Proses ini amt penting untuk tumbuhan
membuat makanan sendiri. Tumbuhan kebanyakannya berwarna hijau disebabkan
adanya klorofil yang berfungsi untuk menyerap cahaya matahari. Air diperlukan
untuk menyegarkan sel-sel yang terdapat dalam tumbuhan yang penting untuk
pertumbuhan. Tanah adalah dimana akar mendapat segala sumber mineral yang
penting. Tumbuhan amat memerlukan karbon dioksida untuk proses fotosintesis dan
membebaskan oksigen untuk manusia.Tumbuhan juga perlu karbon dioksida untuk
proses transpirasi. Tumbuhan amat penting dalam proses kitar udara.

11
2.7 ZOOLOGI.

Zoologi ialah ilmu berkenaan dengan binatang. 5Empat haiwan yang disebut di
dalam Al-Quran ialah nyamuk, lebah, unta dan lalat. Nyamuk adalah makhluk kecil
penghisap darah yang unik.

“…Sesungguhnya Allah tidak malu menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan


atau benda yang lebih kecil daripadanya. Bagi mereka yang beriman
mengetahui bahawa yang demikian itu suatu kebenaran daripada Tuhannya,
dan mereka yang kafir berkata : Apakah maksud Allah dengan perumpamaan
ini? Dia menyesatkan kebanyakan orang dengan perumpamaan itu dan
menunjukkan kebanyakkan yang lain, dan Dia tidak menyesatkan melainkan
kaum yang fasik…”. ( Surah Al-Baqarah :26)

Menurut kajian, nyamuk betina yang menghisap darah untuk mendapat sumber
protein untuk tumbesaran telurnya. Nyamuk jantan dan betina menjadikan madu
sebagai sumber makanan mereka. Proses tumbesaran nyamuk adalah menakjubkan
iaitu nyamuk betina akan bertelur di kawasan yang sesuai. Lebih kurang 300 biji telur
dikeluarkan. Beberapa jam kemudian, warna kulit telur daripada putih bertukar
kepada hitam untuk melindungi larva daripada serangga atau burung. Selepas itu,
larva melalui proses bersalin kulit sebanyak dua kali sebelum menyempurnakan fasa
perkembangan. Pemakanan secara berterusan membantu larva membesar dengan
lebih cepat. Selepas larva menyalin kulit kali kedua, ia akan salin kulit sekali lagi
untuk menjadi pupa.Selepas peringkat pupa, ia bersedia menjadi nyamuk yang
matang. Selain daripada itu, nyamuk mempunyai teknik menghisap darah yang
menakjubkan. Nyamuk menembusi permukaan kulit dengan menusuk probosis iaitu
gigi tajam tanpa sebarang daya tekanan. Selepas memasukkan sengatnya, nyamuk
mula menghisap darah. Ketika menghisap darah nyamuk menyuntik sejenis sebatian
ke dalam luka yang terbuka mangsanya.Ia meneutralkan enzim yang mengaktifkan
mekanisme pembekuan darah.Dengan itu, ia akan Berjaya memenuhi keperluan
proteinnya tanpa menghadapi sebarang masalah.

5
Harun Yahya, “ Bagi Golongan Yang Berpemikiran”, Syed Mahadzir, Jilid pertama, SABA
ISLAMIC MEDIA SDN BHD, m.s 12-36

12
Haiwan yang seterusnya ialah lebah. Allah pernah menyatakan :

“…Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah.Buatlah rumah di atas bukit dan


di atas pohon kayu dan pada binaan yang didirikan mereka. Kemudian
makanlah berbagai-bagai buahan dan ikutilah jalan Tuhanmu dengan mudah.
Keluar dari dalam perutnya minuman yang berlainan warnanya untuk
menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi petanda
bagi kaum yang memikirkannya…” (Surah An-Nahl :68-69)

Lebah adalah serangga yang rajin dan cekap menjalankan tugas. Lebah tinggal di
dalam sarang yang dihasilkan sendiri dengan cairan madu yang amat menakjubkan.
Di situ kita dapat lihat struktur asas `kehidupan sosial` sang lebah di mana mereka
menjalankan pelbagai tugas dan mentadbirnya melalui sebuah organisasi yang
cemerlang. Selain daripada itu, keajaiban struktur kejuruteraan sarang yang
mengandungi beratus-ratus sel kecil berbentuk heksagon hasil kerjasama beribu-ribu
ekor lebah yang mampu memuatkan gudang penyimpanan makanan, taman penjagaan
ank-anak lebah dan madu. Madu yang dihasilkan mempunyai pebagai vitamin amat
berguna untuk memulihkan penyakit.

Dalam ayat ke-17 Surah Al-Ghashiyyah, Allah menyebutkan sejenis haiwan yang
mempesona dan menakjubkan untuk diselidik dan dihayati dengan mendalam
sekaligus yang hebat untuk difikirkan : iaitu unta. Dalam bahagian berikutnya, kita
akan mengkaji haiwan ini yang menarik perhatian seluruh umat manusia di dalam
ayat Al-Quran yang berikutnya; Tidakkah mereka melihat kepada unta bagaimana ia
diciptakan?. Unta menjadi pengagkutan utama padang pasir dan ia sunnguh istimewa
kerana mempunyai daya pertahanan yang tinngi dalam suhu yang panas di padang
pasir. Allah s.w.t memberikannya sifat fizikal yang unik. Bulu mata mempunyai
system katupan di mana dalam keadaan merbahaya, ia secara automatik akan tertutup.
Bulu mata dua lapis menghalang butiran pasir masuk ke dalam mata. Adanya struktur
mukus di dalam hidung yang besar dan berlekok mampu mengekal 66% kelembapan
udara. Bonggol merupakan gumpalan lemak berperanan menyediakan nutrient
berkhasiat secara berkala sewaktu musim kebuluran dan kekurangan. Oleh itu,unta
mampu hidup selama 3 minggu tanpa setitis air. Bebulunya ada rerambut yang tebal
dan padat melindungi menghadapi suasana panas terik dan dingin beku tetapi juga
menghalang daripada kehilangan air. Tapak kaki yang lebih besar secara relative

13
berbanding betisnya direka untuk membantunya berjalan di atas pasir tanpa tersadung.
Permukaan lutut diselaputi struktur berbalur yang terdiri daripada struktur kulit
sekeras dan setebal tanduk membantu melindungi lutut daripada tercedera akibat
kehangatan padang pasir ketika bertimpuh di permukaan padang pasir. Kuku jari pula
melindungi kaki dari potensi bahaya akibat sebarang jenis perlanggaran.

Lalat disebut dalam Surah Al-Hajj ayat 73 dan 74 bermaksud :

“….Sesungguhnya sekutu kamu sembah selain daripada Allah mereka bahkan


tidak mampu menjadikan seekor lalatwalaupun mereka berkumpul untuk
menjadikannya….”.

Apakah keunikkan lalat ini? Lalat mempunyai pandangan panorama dari beribu-ribu
lensa. Lensa berbentuk heksagon yang terdapat di bahagian mata seekor lalat
memaparkan sebuah pemandangan yang luas berbanding lensa biasa. Selain itu,
struktur mata berbentuk sfera membantunya melihat bahagian belakang dan sekaligus
memberikan kelebihan yang terbesar terhadap musuh-musuhnya.Keistimewaan yang
lain ialah berbanding organisma yang lain, proses pecernaan lalat terjadi di luar
anatomi tubuh badan. Ia mencampurkan makannannya dengan sejenis cecair yang
mengubah kombinasinya menjadi bentuk konsisten untuk diserap melalui probosis
sebelum diserap melalui pam penyerap yang terletak di tekak.

14
3.0 KESIMPULAN.

Sains akan terus berkembang. Dengan itu terhasil penemuan-penemuan baru dan
manusia semakin mengenali asal usul alam di samping asal usul mereka sendiri.
Penemuan-penemuan ini akhirnya menyedarkan manusia berkenaan keagungan Quran
kerana sebahagian daripada apa yang mereka temui itu pun dinyatakan oleh Quran. Dr
Alfred Kroner seorang ahli geologi berkata setelah mengkaji ayat-ayat Al-Quran
berhubung permulaan alam semesta, beliau berkata, “ Melihat asal usul
Muhammad.Saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi
mempunyai asal usul yang sama.Hal ini disebabkan ilmu mengenainya baru diketahui
beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan peralatan yang canggih.

Kesedaran yang seumpama ini terus berkembang dan tidak terhenti. Inilah yang
dijanjikan Allah dalam Surah Fussilat ayat 53, “Kami tunjukkan kepada mereka bukti-
bukti kebenaran kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelas
kepada mereka Quran itu benar.” Justeru, dekatilah Quran dan kajimaksud-
maksudnya. Kemudian hayatilah.Dalam Surah Al-Israk, Allah telah menjanjikan ,
“Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam (jalan yang
paling benar, paling adil dan paling tepat) dan memberi khabar gembira kepada
orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala
yang besar.” Justeru, janganlah kita pinggirkan landasan aqwam ini. Mereka yang
meminggirkannya adalah golongan yang rugi kerana mereka sebenarnya membina
istana pasir yang menanti keruntuhan.

15
4.0 BIBILIOGRAFI

Rujukan Al-Quran dan Tafsirnya.

Kitab Al-Quran dan Terjemahan, Yayasan Penyelenggara Penterjemahan Al-Quran.

Indeks Al-Quran, Afzarul Rahman ,(terjemahan Yusof b Ismail), A.S NOORDEEN,


Kuala Lumpur, 1994

Rujukan Buku-buku Agama

Dr.Danial Zainal Abidin, “Quran Saintifik” , Mohd Iqram, Jilid pertama, PTS
MILLENIA SDN. BHD 2007

Muhd Mutawalli Sya`rawi, “Mukjizat Al-Quran”, Jilid 1, PUSTAKA NASIONAL


PTE LTD SINGAPURA 1985

Muhd Mutawalli Sya`rawi, “Mukjizat Al-Quran”, Jilid 3, PUSTAKA NASIONAL


PTE LTD SINGAPURA 1985

Harun Yahya, “ Bagi Golongan Yang Berpemikiran”, Syed Mahadzir, Jilid pertama,
SABA ISLAMIC MEDIA SDN BHD

Rujukan Internet

http://www.keajaibanalquran.com/astronomy_origin_universe.html

http://www.penawar.com/keajaiban_air.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kilat

16
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 1
2.0 Bidang-bidang ilmu yang terkandung dalam Al-Quran
2.1 Fizik 2-3
2.2 Biologi 4-5
2.3 Kimia 6
2.4 Astronomi 7-8
2.5 Geografi 9-10
2.6 Botani 11
2.7 Zoologi 12-14
3.0 Kesimpulan 15
4.0 Bibliografi 16

17
PENGANTAR PENGAJIAN ISLAM
HIA 101

AISHAHTUL AMIRA BT MOKHTAR ALFAKARI


102288
MUKJIZAT AL-QURAN
ISNIN ( 11.00 pg.-12.00 tgh.)
DR. ATIKULLAH BIN HJ. ABDULLAH

18
19

Anda mungkin juga menyukai