Anda di halaman 1dari 3

GAYA HIDUP SIHAT

KALORI
Kalori merupakan satu unit tenaga
Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita iaitu
karbohidrat, lemak dan protein.
Ketiga-tiganya mempunyai nilai kalori(kandungan tenaga)
tertentu seperti jadual berikut.
KELAS MAKANAN
NILAI KALORI
(kcal)
SUMBER
Karbohidrat 4 nasi
Lemak 9 minyak masak
protein 4 ikan dan daging

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza.
Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan
iklim.
Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka
lebih aktif.
Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi
kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak.
Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh
pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme
(keperluan tenaga asas) mereka tinggi.
Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk
menampung aktiviti yang cergas.
Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan
kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang
hilang.
Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah,
maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan
beberapa contoh masalah kesihatan itu.
MASALAH
KESIHATAN
PUNCA GEJALA
CARA
MENCEGAH
CARA
MERAWAT
Malnutrisi
Kekurangan
kalori
Sangat kurus
dan tidak
bertenaga
Makan makanan
seimbang dan
mencukupi
Memberi zat
tambahan
Anoreksia
Tabiat tidak
mahu makan
kerana ingin
menguruskan
badan
Terlalu kurus Pendidikan Kaunseling
Kegendutan
Pengambilan
kalori
berlebihan
Kelihatan terlalu
gemuk,
pengumpulan
lemak di bawah
kulit
Mengawal
pengambilan
makanan
Bersenam
atau
mengambil
ubat dari
doktor
Penyakit
Jantung dan
Tekanan
Darah Tinggi
Makan
makanan
berlemak
berlebihan
Serangan
penyakit
jantung dan
cepat letih
apabila
melakukan
aktiviti fizikal
Mengurangkan
makanan
berlemak
Pembedahan
dan
pengambilan
ubat


GAYA HIDUP SIHAT
Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan
penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan
menetapkan berat badan.
Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan,
badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai
lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk
glikogen di otot-otot.
Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk
memberi tenaga.
Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan
naik lebih kurang 1 lb(450 gram).
Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna
lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh
dikurangkan.
Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi
mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz,
cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan
keturunan.
Jika kita bekerja di dalam bidang yang memerlukan banyak
tenaga dan aktif seperti buruh, petani, ahli sukan dan
sebagainya, kita ni perlukan mengambil makanan yang
banyak kalori.
Sekiranya perkerjaan kita memerlukan pengunaan tenaga
yang sederhana, perlu bergerak dan banyak berdiri seperti
guru maka pengambilan kalori agak kurang.




KARBOHIDRAT Beras merah, kentang rebus, ubi, sagu, roti,
bijiran gandum, pasta, kekacang, buahan segar,
berry, sayuran hijau, oatmeal
PROTIN Daging, ikan, ayam tanpa kulit, susu, telur,
tauhu, kacang almond, epal, manggis, jambu,
kacang buncis, kurma, brokoli, jagung manis
LEMAK Daging, Telur, Susu, Minyak, tumbuhan laut



GAYA HIDUP SIHAT
Kategori Umur Keperluan Kalori
Dalam Sehari
Kanak-kanak Lelaki 7-9 tahun 1780
10-12 tahun 2180
Kanak-kanak
Perempuan
7-9 tahun 1590
10-12 tahun 1990
Remaja Lelaki 13-15 tahun 2690
16-18 tahun 2840
Remaja
Perempuan
13-15 tahun 2180
16-18 tahun 2050
Lelaki Dewasa 19-29 tahun 2440
30-59 Tahun 2460
Lebih 60 Tahun 2010
Perempuan
Dewasa
19-29 tahun 2000
30-59 Tahun 2180
Lebih 60 Tahun 1780
Ibu Mengandung 3 Bualan Pertama +0
4-6 Bulan +360
7-9 Bulan +470
Ibu Yang Sedang
Menyusukan Bayi
6 Bulan Pertama +500
Selepas 6 Bulan Keperluan tenaga
bergantung kepada
jumlah susu ibu yang
dihasilkan


Jadual : Jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari mengikut Jantina dan Usia