Anda di halaman 1dari 2

Keempat-empat kaedah ini telah diterima umum dan diterima pakai oleh kebanyakan

guru. Kaedah-kaedah ini dapat membantu pengajaran guru supaya lebih teratur dan
membantu meningkatkan pemahaman murid lantas memberi peluang kepada murid
untuk menghayati sastera yang dibaca.
Kaedah struktural lebih kepada kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur
struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak dan perwatakan, plot, gaya
bahasa, tema, dan persoalan, nilai dan pengajaran dan lain lain lagi. Perbincangan
perlu dilakukan satu persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan.
Kaedah mengalami menghayati pula membawa pembaca kepada pengalaman
sendiri dan diolah untuk dikaitkan dengan pengalaman penulis supaya apa yang dibaca
akan lebih dihayati.
Kaedah berfokus pula menekankan aspek yang menonjol daripada karya yang
dihayati untuk diberi perhatian yang lebih.
Kaedah global pula satu kaedah yang melihat secara meluas tentang sesuatu
karya. Penelitian terhadap struktur sesuatu karya tidak diberi penekanan secara
terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh kulit luar struktur tersebut. Pengkarya guna
kaedah ini untuk melabel kualiti sesuatu karya.

Anda mungkin juga menyukai