Anda di halaman 1dari 13

.

GAYA GAYA DALAM ACARA LONTAR PELURU




1. Teknik berdiri


Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan
teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :
1. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm,
tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk.
Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.
2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan dan
peluru ditolak keluar.
4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu
mengimbang tangan.

2. Teknik Lontaran sisi



1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan
lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.
2. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
3. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.

3. Teknik membelakangi kawasan lontaran



Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat
dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu
kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti
berikut :
1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan lutut
kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
2. Angkat kaki kiri sedikit.
3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin


4. Teknik Pemindahan (0Brien)



Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat
tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan
teknik ini adalah seperti berikut:
1. Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan
bersentuh dengan garisan belakang.
2. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.
3. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
4. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.
5. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang boleh.
6. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi
dengan
1 membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan kiri.
2. SEKTOR LONTAR PELURU



Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau
bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang
mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi
kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau
lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan
lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan
bersudut 40.

Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi
peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau
piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.

Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas
sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian
tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian
papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh
menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan
iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah
berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan
kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya
ketika melakukan lontaran.

Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi
bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di
0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau
diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir
belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut
tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran.

Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau
bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya
sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini
diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m
sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi
berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
UKURAN
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan
setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan
ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal
5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur
dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada
bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk
menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan
yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.


Sumber rujukan :
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/page/3/


3. FASA-FASA DALAM ACARA LONTAR PELURU

Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan

LATIHAN ANSUR MAJU


Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan
sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita
yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu
mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan lontaran harus
dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya
diperolehi menerusi latihan.
Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-
peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini
sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari
kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang
dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn
acara ini. Peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut:

1. Cara memegang peluru.
2. Persediaan dan pergerakan awal.
3. Perlakuan melontar.
4. Pendaratan peluru.
5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.


CARA MEMEGANG PELURU



Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah
kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan
selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap
peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan
menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara
memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap
pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.

1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran.
Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara
memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.
2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak
tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng
bertindak sebagai penyokong.
3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam
bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan
keseimbangan badan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh
dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini
kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan
.
PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL

Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta
pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk
melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di
dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada
dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakukan pergerakan
awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini
bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga
berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran,
pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik

Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau
kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada
semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini.Teknik ini boleh juga
diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang
sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia
dapat memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.

1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan
salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam
kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher.
Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti
gambarajah di bawah.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa
tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki
diluruskan dan peluru ditolak keluar.
4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang
dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal
kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.
5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan
lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal
pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil
memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
Teknik pemindahan (OBrien) adalah satu teknik yang sering digunakan oleh atlet
lontar peluru. Dalam teknik ini terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar
peluru iaitu :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan



Aktiviti Latihan Kemahiran Beransur Maju

1. Cara rnernegang peluru dengan menggunakan bola lisut tampa
memperkenalkan peluru dahulu.
2. Memperkenalkan peluru.
3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas
trek yang lurus.
4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di
hadapan dan memegang tangan bebas pelaku.
5. Geongsoran dengan menggunakan peluru.
6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut
dan ibu jari kaki Power Position (tapak kki bersudut)
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan
Power Position (chin-knee-toe) dagu, lutut dan ibu jani, lakukan
pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran.
9. Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan,
gelungsuran, power position dan putaran pinggang.
10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan
pinggang menhala ke arah lontaran.
12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang
telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan
(tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan
bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.
16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan
semua kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan
kesalahan.

Sumber rujukan :
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-3/
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.Buku peraturan Olahraga KOAM 2010-2011

4. KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA




1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya
berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik
dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit
akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru
keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat
fasa-fasa yang berikutnya.

2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan
melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar.
Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan
menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan

3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki
kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya
menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah
atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan
pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.

4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa
gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk
mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas
bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan
dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan
ketangan.

5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru
iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan
yang biasa berlaku ialahover pulled atau Thnder pulled. Ini berpunca dari tangan
kiri yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang terlebih dan
Under pulled pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak
menuju kearah lontaran.

6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan
pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke
hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki
kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki
kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.

7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450 Biasanya peluru yang menghasilkan
jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450 Ianya bergantung kepada
fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran
yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

5. TEKNIK MENGUKUR JARAK



Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda
yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam relung
bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat
bulatan.

Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian
tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat
bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai
jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Sumber rujukan :

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-4/