Anda di halaman 1dari 10

1

1.0 Rancangan Pengajaran Harian



Tarikh : 27 Februari 2014
Hari : Khamis
Masa : 8.40 - 9.40 pagi
Tahun : 5 Arif
Bilangan murid : 19 orang
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Adab dan Akhlak Islamiah
Tajuk : Adab Menolong Ibu Bapa
Hasil pembelajaran : Murid dapat
Aras 1 Menyatakan maksud dan hukum menolong ibu bapa
Aras 2 Menyebut adab-adab menolong ibu bapa
Aras 3 Menyenaraikan pertolongan yang telah diberikan kepada ibu bapa
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menolong ibu bapa di rumah
Penyerapan ilmu : Muzik
Penerapan nilai : Menghormati ibu bapa, berani
Kemahiran berfikir : Membanding beza bentuk pertolongan kepada ibu bapa
semasa hidup dan selepas meninggal dunia
Bahan bantu mengajar : Video, slaid, audio


2

Langkah / Masa Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Pendahuluan
(2 minit)



Salam dan
bacaan doa

-Guru memberi salam
-Murid menjawab salam dan
membaca doa sebelum belajar
secara serentak


Nilai:
Beradab
ketika
berdoa

Set induksi
(3 minit)


Video Ibu
Bersalin

-Guru menayangkan video melalui
LCD
-Murid memberi perhatian terhadap
video yang ditayangkan
-Guru bersoal jawab dengan murid:
*Apa perasaan kamu setelah
melihat video ini?
*Adakah kamu menghargai
pengorbanan ibu yang melahirkan
kamu?
*Bagaimana cara kamu menghargai
pengorbanan ibu kamu?
-Guru mengaitkan video dengan
tajuk pelajaran iaitu Adab
Menolong Ibu Bapa


B.B.M:
Video

Langkah 1
(15 minit)

Maksud dan
hukum
menolong
ibu bapa

-Guru menayangkan slaid di
hadapan kelas
-Murid memberi tumpuan terhadap
slaid yang ditunjukkan
-Guru membaca isi pelajaran yang
terdapat dalam slaid

B.B.M:
Slaid


3

-Murid mengikut guru membaca
slaid secara kelas dan kumpulan
-Guru menerangkan maksud dan
hukum menolong ibu bapa
-Murid mendengar penerangan
guru dengan bersungguh-sungguh
-Guru bercerita tentang sebuah
kisah benar tentang Anak yang
Berbakti
-Murid mendengar cerita guru
dengan khusyuk


Langkah 2
(15 minit)


Video Adab
Ibu Bapa


-Guru menayangkan video di
hadapan kelas
-Murid diminta memahami dan
menghayati video yang ditonton
-Guru meminta murid memberi
sumbang saran terhadap
kandungan video yang ditayangkan
-Murid memberi sumbang saran
secara lisan
-Guru memberikan penjelasan
lanjut berkaitan video tersebut


B.B.M:
Video

Nilai:
Menghorma
ti ibu bapa

Langkah 3
(15 minit)


Bentuk
pertolongan
kepada ibu
bapa

-Guru memilih seorang murid untuk
menceritakan pengalaman
menolong ibu bapa di rumah
-Murid yang lain mendengar kisah
yang disampaikan oleh murid

Nilai:
Berani
4

tersebut
-Guru memberi respon terhadap
kisah yang disampaikan dan
meminta murid mengeluarkan buku
latihan
-Murid dikehendaki menyenaraikan
bentuk pertolongan terhadap ibu
bapa dalam tempoh 5 minit


Penutup
(10 minit)


Nasyid
Anak
Soleh

-Guru memasang audio nasyid
-Murid mendengar audio nasyid
sambil menulis akujanji diri untuk
diberikan kepada ibu bapa


B.B.M:
Audio

Refleksi guru pelatih :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Ulasan guru pembimbing :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Ulasan pensyarah pembimbing :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________


5

2.0 Laporan Pengajaran

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), terapi bermaksud rawatan
sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan
ubat atau pembedahan. Terapi di dalam bilik darjah adalah satu intervensi
kaunseling kanak-kanak dan sesuai digunakan untuk memulihkan keadaan murid
yang menghadapi masalah tanpa melibatkan sebarang ubat-ubatan. Terdapat
pelbagai jenis terapi yang boleh digunakan. Antaranya ialah terapi bermain, terapi
bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi biblio. Setiap terapi ini mempunyai
tujuan dan cara pengaplikasiannya yang tersendiri.
Bagi menyempurnakan tugasan projek yang telah diberikan, saya memilih
tajuk Adab Menolong Ibu Bapa bagi tahun 5. Saya telah melaksanakan
pengajaran mengikut perancangan dan telah memilih satu jenis terapi untuk
diintegrasikan dalam pengajaran saya. Memandangkan kanak-kanak amat tertarik
dengan sesuatu yang visual, saya telah memilih terapi bercerita.
Saya telah mengintegrasikan terapi bercerita dalam pengajaran saya
melalui video. Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan
bercerita berkenaan dilema persendirian mereka (Lee Keok Cheong etl, 2012).
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya berkomunikasi dan mewujudkan
interaksi dengan murid. Untuk mendapatkan hasil yang diharapkan, saya
menggabungkan maklumat verbal dan non verbal semasa menyampaikan cerita.
supaya saya dapat mencungkil rasa terpendam dalam diri murid.
Sebagai set induksi pengajaran, saya telah menayangkan sebuah video
tentang seorang ibu yang sedang bersalin melalui pembedahan perut. Murid
ternyata memberi tumpuan terhadap video yang ditayangkan. Pelbagai reaksi
yang dapat saya perhatikan sepanjang video itu ditayangkan. Terdapat dua orang
murid lelaki yang berlari ke belakang kelas kerana berasa ngeri apabila menonton
video tersebut. Jadi, saya memanggil mereka kembali ke tempat asal dan
meminta mereka untuk cuba memberanikan diri untuk menonton video itu. Mereka
6

menonton video tersebut secara takut-takut. Tamatnya video tersebut, saya mula
bersoal jawab dengan murid. Belum sempat saya bertanya soalan, murid bertubi-
tubi bertanya dan menceritakan kisah ibu mereka ketika bersalin. Untuk
menenangkan keadaan kelas, saya memanggil seorang murid yang kelihatan
teruja untuk menceritakan sesuatu. Dia menceritakan bahawa ibunya dibedah
perut semasa melahirkannya. Sehingga kini, parut di perut ibunya masih kelihatan.
Dia mengatakan bahawa ibunya berasa sangat sakit ketika mahu melahirkannya.
Daripada penceritaan tersebut, secara tidak langsung saya dapat bersoal
jawab dengan murid. Soalan-soalan seperti Apa perasaan kamu setelah melihat
video ini?, Adakah kamu sayang pada ibu kamu?, Adakah kamu menghargai
pengorbanan ibu yang melahirkan kamu? dan Bagaimana cara kamu
menghargai pengorbanan ibu kamu? telah menimbulkan pelbagai jawapan yang
positif. Saya mengatakan bahawa anak yang soleh adalah anak yang taat pada
perintah ibu bapa. Kemudian, saya mendapat respon daripada seorang murid
lelaki yang mengatakan Saya tak nakal sangat. Saya tak derhaka pada mak saya
kan, ustazah?. Saya pun menjawab pertanyaannya. Dapat saya katakan bahawa
video ini telah membuka mata murid untuk mereka mengetahui bahawa ibu
bertarung nyawa untuk melahirkan anak dan sanggup menanggung kesakitan
demi melihat anak tercinta lahir ke dunia.
Pada fasa seterusnya, saya menayangkan slaid tentang maksud menolong
ibu bapa dan hukumnya. Memandangkan murid dalam kelas ini agak lemah dalam
membaca jawi, saya membacakan slaid tersebut. Murid memberi fokus terhadap
slaid yang ditayangkan dan mengikut guru membaca slaid tersebut. Saya
memberikan penerangan lanjut terhadap slaid yang dipaparkan. Kemudian, saya
pun menceritakan sebuah kisah benar tentang pengorbanan seorang anak yang
berbakti kepada orang tuanya di negara China untuk mengaitkan dengan isi
pelajaran hukum menolong ibu bapa. Saya mendapat respon yang positif daripada
murid. Murid kelihatan kagum dengan kisah yang dikongsi. Mereka terus
menceritakan kisah mereka membantu ibu bapa di rumah. Kelas menjadi hingar
binger sebentar. Impak daripada kisah ini, seorang murid terus berjanji untuk
7

membalas jasa ibu dan bapanya mulai saat ini. Menurut kategori pembelajaran
Gagne, operasi mental membolehkan murid memberi respon kepada pelbagai
konsepsi mereka berhubung dengan persekitaran mereka berada.
Selepas itu, saya memaparkan lagi satu video berkaitan adab terhadap ibu
bapa. Kandungan video ini pada pandangan saya mampu memberikan kesedaran
dan keinsafan kepada sesiapa yang melihatnya. Hal ini dapat dibuktikan apabila
seorang murid perempuan menangis teresak-esak ketika video ini ditayangkan.
Rupa-rupanya, video ini menyentuh hati murid tersebut kerana dia mengalami
krisis keluarga. Dia tinggal bersama bapa kandung dan ibu saudaranya.
Kehilangan ibu menyebabkan dia berasa sangat sedih sehingga tidak mampu
untuk menonton video itu. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat
perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi
kanak-kanak, seterusnya kepada perkembangan personaliti kanak-kanak (Haliza
& Joy, 2010). Tidak hairanlah apabila penampilan murid ini dilihat agak kurang
kemas dan bajunya kelihatan lusuh.
Berbeza dengan video pertama, mereka membuka mulut bercerita tentang
kisah masing-masing, tetapi video kedua ini membuatkan keadaan bilik darjah
sunyi sepi. Hanya muzik latar daripada video yang kedengaran. Murid kelihatan
menghayati gambar-gambar dan bait-bait kata yang terkandung dalam video.
Saya sendiri turut berasa sebak menonton video itu.
Saya meminta murid membuat sumbang saran berkaitan adab terhadap ibu
bapa berdasarkan video tadi. Dapat saya simpulkan bahawa murid dapat
menyatakan adab terhadap ibu bapa dengan betul. Hal ini kerana murid
mempunyai pengalaman, pengetahuan dan adab ini menjadi perkara rutin dalam
kehidupan harian mereka.
Aktiviti selanjutnya, saya memilih seorang murid secara rawak untuk
menceritakan pengalamannya membantu ibu bapa di rumah. Murid yang saya pilih
adalah seorang murid yang pasif sepanjang pemerhatian saya masuk mengajar di
kelas ini. Apabila diminta berdiri, dia kelihatan malu-malu dan bercakap dalam
8

nada suara yang perlahan. Menurut Haliza & Joy (2010), bercakap dan
berkomunikasi dengan kanak-kanak boleh menolong mereka menangani
perasaan malu, bersalah, sedih dan marah. Kanak-kanak patut diberi pendedahan
tentang cara mengawal emosi. Di sini, saya menerapkan nilai keberanian
kepadanya untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang lain. Saya
memanggilnya datang ke hadapan kelas. Setelah beberapa minit diberi kata-kata
dorongan daripada saya dan rakan-rakannya, murid tersebut mula menceritakan
kisahnya bahawa dia sering membantu ibunya di kedai makan.. Sebagai
tambahan, saya bertanya kepada murid tersebut tentang perasaannya apabila
dapat membantu ibunya. Dia mengatakan bahawa dia berasa gembira kerana
dapat meringankan beban ibunya. Namun, saya melihat riak wajah murid ini
kelihatan agak tidak gembira.
Untuk menguji keberkesanan terapi bercerita yang digunakan, saya
meminta murid mengeluarkan buku latihan masing-masing dan menyenaraikan
bentuk pertolongan kepada ibu bapa dalam tempoh sepuluh minit. Saya dapati
ada murid yang terus menulis di dalam buku tanpa bertanya kepada rakan-rakan
yang lain. Sebahagian lagi bertanya sesama mereka bentuk pertolongan yang
diberikan kepada ibu bapa. Bagi memastikan jawapan murid lahir daripada hati
mereka, saya melarang mereka meniru dan menulis apa-apa sahaja bentuk-
bentuk pertolongan yang pernah dilakukan di rumah.
Apabila menyemak jawapan murid dalam buku, keseluruhan murid dapat
menyenaraikan bentuk pertolongan kepada ibu bapa dengan betul. Ada yang
dapat menyenaraikan sebanyak empat bentuk pertolongan dan tidak kurang yang
hanya menulis satu bentuk pertolongan. Namun begitu, saya berpuas hati kerana
sekurang-kurangnya murid tahu dan faham tentang isi pelajaran yang diajar serta
tidaklah sekadar ilmu yang hanya seperti mencurah air ke daun keladi.
Sebagai penutup, saya meminta murid menghayati audio nasyid Anak
Soleh yang dinyanyikan oleh kumpulan Rabbani. Pemilihan nasyid ini adalah
berdasarkan bait-bait lirik yang membawa erti mendalam kepada sesiapa yang
menghayatinya. Menurut Khairuddin (2011), muzik boleh ditakrifkan sebagai
9

media yang sesuai dan berkesan sebagai bahasa universal untuk menyampaikan
sesuatu maksud dan mood. Muzik dapat menimbulkan perasaan, syahdu,
melankolik, semangat dan rangsangan kepada pendengar. Dalam pada masa
yang sama, saya meminta setiap murid menulis akujanji diri untuk diberikan
kepada ibu bapa. Mereka diamanahkan untuk menyerahkan akujanji tersebut
kepada ibu bapa masing-masing apabila pulang ke rumah.
Kesan daripada terapi yang digunakan, murid dapat meluahkan perasaan
terpendam dan berkongsi maklumat diri sesama kawankawan mereka. Hal ini
membolehkan mereka berasa diri mereka dihargai. Menutur Hirarki Keperluan
Maslow, keperluan manusia boleh disusun mengikut satu hirarki bermula dengan
keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan
kendiri. Contohnya, seorang murid perempuan yang menangis apabila menonton
video itu menceritakan bahawa dia ketiadaan ibu kerana keluarganya bermasalah.
Secara tidak langsung, murid tersebut menceritakan kisah hidupnya apabila guru
menyoal sebab dia menangis. Murid yang lain bersimpati terhadapnya dan lebih
menghargai murid tersebut yang tidak mempunyai nasib yang baik seperti orang
lain.
Terapi ini juga membantu saya memahami konflik murid dengan lebih
senang secara sukarela. Saya akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh murid terutamanya murid yang bersikap pasif. Contohnya, murid pasif yang
dipanggil untuk menceritakan kisah dia menolong ibu bapanya adalah daripada
keluarga yang susah. Dia mempunyai adik beradik yang ramai dan kerap
membantu ibunya di kedai makan. Sebelum ini, saya tidak mengetahui latar
belakang murid ini tetapi melalui terapi bercerita ini, saya dapat mengetahui kisah
hidupnya. Rakan sebaya serta sekolah memainkan peranan yang amat penting
dalam menentukan motivasi murid kita untuk belajar (Keow, 2009). Jadi, sebagai
guru yang telah mengetahui tentang latar belakang murid, saya seharusnya
menaikkan motivasi mereka untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengubah
nasib keluarga mereka.
10

Selain itu, melalui terapi ini, murid dapat meluahkan perasaan yang
terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan
dalam video. Ekspresi fizikal yang ditunjukkan menggambarkan emosi mereka.
Contohnya ialah dua orang murid lelaki yang takut menonton video ibu bersalin.
Salah seorang daripada merekalah yang bertanya Saya tak nakal sangat. Saya
tak derhaka pada mak saya kan, ustazah?. Perasaan atau emosi yang ditonjolkan
oleh pelajar kadangkala dapat diterima dan kadangkala dicemuh oleh individu-
individu lain (Zulkifli & Mohd Jamel, 2009). Ketika soalan ini ditanya, ada murid
yang tertawa dan tidak kurang yang mengejek. Namun, soalan ini adalah kesan
yang diperoleh daripada video terbabit.
Penggunaan terapi bercerita turut mewujudkan rasa percaya sesama rakan
sekelas terutamanya dalam terapi kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui
kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti menerima pandangan orang lain
dan menerima seseorang dengan seadanya. Contohnya dapat dilihat apabila
rakan sekelas dapat menerima keadaan murid perempuan yang menangis itu
tanpa mengejeknya, malah berasa kasihan kepada murid tersebut.