Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Asas dan Pecahan dalam Kaedah Fiqh

1. ( ) yang bermaksud: segala urusan berdasarkan niat.


2. ( ) yang bermaksud: keyakinan tidak akan dihilangkan
dengan keraguan.
3. ( ) yang bermaksud: kesukaran memberi ruang kepada
kemudahan.
4. ( ) yang bermaksud: kemudaratan mesti dihapuskan.
5. ( ) yang bermaksud: adat digunapakai dalam memutuskan
hukum (dalam kes yang tiada hukum asal) (Muhammad al-Ruki 1998: hlm.
107).
( ) ialah:
1. ( ) iaitu tidak disyaratkan niat
dalam mana-mana ibadah yang ia bukan jenis adat atau ia tidak akan ada
kesamaran dengan yang lain.
2. ( ) iaitu sesuatu amalan
yang tidak disyaratkan taarrud baginya sama ada secara ringkas mahupun
terperinci, apabila ditayinkan itu, maka ia tidak memudaratkan (tidak batal).
3. ( ) iaitu melakukan apa yang tidak
dimaksudkan bererti berpaling daripada yang dimaksudkan.
4. ( ) iaitu niat berkaitan dengan
sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak mengumumkan
lafaz umum.
5. ( ) iaitu sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang
mengucapkannya (Ab. Latif Muda 2000: hlm. 37).

( ) ialah:
1. ( ) iaitu asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang
ada sebelumnya.
2. ( ) iaitu apa yang ada semenjak dulu dibiarkan atas
kedahuluannya.
3. ( ) iaitu asal seseorang adalah bebas daripada
tanggungjawab.
4. ( ) iaitu asal segala sesuatu ialah tiada.
5. ( ) iaitu asal pada sifat atau perkara baru
mendatang ialah tiada.
( ) ialah:
1. ( ) iaitu sesuatu perkara jika menjadi sempit (susah),
hukumnya menjadi luas.
2. ( ) iaitu kemudaratan membolehkan tegahan.
3. ( ) iaitu perkara-perkara darurat ditentukan mengikut
kadarnya.
4. ( ) iaitu apa yang diharuskan kepada orang yang uzur
terbatal dengan hilang keuzuran tersebut.
5. ( ) iaitu keadaan terdesak tidak membatalkan hak
orang lain
( ) ialah:
1. ( ) iaitu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan
kemudaratan.
2. ( ) iaitu kemudaratan yang lebih berat
dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan.

3. ( ) iaitu dipilih yang paling ringan antara dua keburukan.


4. ( ) iaitu membendung kerosakan lebih utama
daripada menarik kebaikan
5. ( ) iaitu kemudaratan dibendung semungkin yang
dapat.
( ) ialah:
1. ( ) iaitu apa yang telah diktiraf adat (sebagai harus
atau haram) dihukum dengannya.
2. ( ) iaitu sesungguhnya adat yang diterima
pakai ialah apabila ia berlaku berterusan atau secara kebiasaan.
3. ( ) iaitu Pengetahuan dengan keredaan menafikan
pengharaman.
4. ( ) iaitu hakikat ditinggalkan dengan adanya petunjuk
adat.
5. ( ) iaitu perkara yang dilarang adat hukumnya
diterima pakai (Ab. Latif Muda 2000: hlm. 37-44).