Anda di halaman 1dari 4

Nasi Goreng Kampung

http://resepicheff.blogspot.com/2013/05/nasi-goreng-kampung.html


Bahan-bahan
3 cawan nasi putih
15 biji cili padi hijau - ditumbuk lumat
1 biji bawang besar - ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
ikan bilis goreng
1 ikat kangkung
3 sudu minyak masak
garam
serbuk perasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bawang
kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul hingga rata. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Gaulkan biar sebati.
2. Masak dengan api perlahan. Masukkan ikan bilis goreng. Agak2 dah berasap, masukkan
kankung. Test dulu masin tawar..ejas ikut citarasa.
3. Dah siap untuk dimakan. yang suka pedas bolehlah tambah lagi cili padi.
4. Kalau suka ikan bilis goreng lebih boleh tambahkan lagi







Bahan-bahan
tiga cawan nasi putih
15 tangkai cili padi hijau yang telah ditumbuk lumat
Seulas bawang besar yang ditumbuk kasar
Empat ulas bawang putih yang ditumbuk lumat
ikan bilis goreng
Seikat sayur kangkung
Tiga sudu minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Cara cara membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan yang telah tumbuk halus
sehingga berbau harum.
2. Kemudian, masukkan tiga cawan nasi putih dan gaulkan sehingga sebati.
3. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan nasi kemudian gaul sehingga sebati
4. Gunakan api yang perlahan ketika memasak dan seterusnya masukkan ikan bilis goreng
5. Akhir sekali masukkan kangkung ke dalam nasi.
6. Nasi goreng kampong siap dihidang .











Resepi bubur ayam
http://jintanmanis.com/nasi/162-buburnasisupaya
Malam tadi ros cuma dinner bubur nasi sup ayam je, tak leh nak kunyah makanan keras-keras sangat ni,
gusi yang hujung belah kanan masih lagi bengkak, makan pun kena yang lembut-lembut je. Tengahari tu
ros masak sup ayam dan sayur campur untuk anak-anak dan abang, baki nasi yang telah masak tu ros
terus buat bubur, tambah je dengan sup ayam tu. Senang keje, cepat pun cepat. Nasi tu pulak ros
blender halus je dengan segala sayur dan isi ayam, dan ros cuma panaskan sebentar dalam periuk dan
biar bubur ni pekat sikit dan ros toppingkan bubur nasi ni dengan katsuo furikake (ala-ala serunding
ikan) dan tabur hirisan daun ketumbar je biar wangi baru ade selera nak makan sikit. : ) Pada yang ade
masa tu boleh follow resepi bubur nasi berlauk ni, resepi dari suke_masak myresipi. Thankyou ya kongsi
resepi bubur nasi ni, lainkali ros boleh cuba.
Bahan-bahanya
1 cawan beras
8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
2 biji kentang (potong kecil2)
1 labu bwg besar ( hiris)
2 ulas bwg putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
4 ketul daging ayam
sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara

1. Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
2. Masukkan air, biarkan mendidih.
3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.
5. Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika
tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.








Bahan-bahannya:
1. Secawan beras
2. Lapan cawan air mengikut kesesuaian
3. Dua biju kentang yang dipotong kecil
4. Seulas bawang besar yang dihiris
5. Dua ulas bawang utih yang dihiris
6. Dua inci halia yang dihiris
7. Empat ketul daging ayam
8. Sedikit perasa ayam, lada hitam dan garam
Cara-cara membuatnya:
1. Mula-mula tumiskan bahan bahan yang telah dihiris sehingga baunya harum.
2. Masukkan air dan biarkan sehingga air mendidih.
3. Kemudian masukkan beras dan kaau seta didihkan sekali lagi dengan api yang besar.
4. Seterusnya , masukkan empat ketul ayam dan kentang .
5. Kacau dan tambahkan bahan bahan perasa mengikut citarasa .
6. Perlahankan api menjadi sederhana ataupun keildan masak sehingga bubur kelihatan
pekat dan kembang
7. Tambahkan air jikalau tekstur beras kelihatan seperti nasi .
8. Kacau sekali sekala