Anda di halaman 1dari 4

2

2.0 TEORI PEMBUKTIAN


Teori menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1659) bermaksud pendapat iaitu
bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya yang dikemukakan
untuk menerangkan sesuatu perkara. Manakala pembuktian pula (2007:216)
bermaksud perihal perbuatan, usaha dan sebagainya. Kesimpulannya, Teori
Pembuktian dapat didefinisikan sebagai pendapat yang dikemukakan bagi
menerangkan sesuatu perkara berdasarkan pembuktian yang dipercayai.
Tarski (1933) seorang ahli semantik terkenal yang mempelopori Teori
Pembuktian Semantik telah memberi idea kepada penghuraian makna dalam ilmu
semantik. Menurut beliau, teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan
untuk menerangkan sesuatu perkara. Teori juga merupakan prinsip-prinsip atau
dasar pembentukan sesuatu ilmu. Sesuatu teori sematik mestilah memenuhi
sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu :

1. Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan
makna ayat dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut.
2. Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur
bahasa, sama ada perkataan atau ayat.
3. Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan
dan ayat dan sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti memberi huraian
agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logis, penaadbiran,
pertentangan dan sebagainya.

Tarski (1933) telah mengemukakan satu teori pembuktian yang kini dikenali
oleh semua ahli falsafah, iaitu pencirian pada apa yang dimaksudkan dengan melihat
pencirian tentang makna ayat itulah yang menjadi asas kepada teori semantik dan
bukannya pencirian terhadap makna perkataan. Satu formula telah digunakan untuk
menjelaskan takrifan kebenaran satu-satu bahasa bagi setiap ayat dalam bahasa
tersebut, iaitu :



Formula ini bermaksud A merupakan nama ayat yang ingin dinyatakan
manakala S pula merupakan syarat yang memastikan ayat tersebut adalah benar.
Contoh ayat popular yang digunakan oleh Tarski untuk mengetahui makna perkataan
yang membentuk Salji itu putih memerlukan pengetahuan keadaan untuk menjadikan
ayat Salji itu putih benar. Ia lazim diungkapkan menggunakan formula :
A benar jika dan hanya jika S

3





Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat catatan formula yang dapat
memberi satu ayat yang setara dengan formula tersebut bagi setiap ayat dalam
bahasa, maka satu teori makna yang lengkap bagi satu-satu bahasa bahasa.

2.1 Koheran dan Keharmonian Dalam Teori Pembuktian
Koheran menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:803) bermaksud
berhubungan, bersangkut paut atau ada kesinambungan antara satu ayat dengan
ayat yang lain dalam sesebuah wacana supaya mudah difahami. Menurut teori
koherensi pula, suatu pernyataan itu dianggap benar apabila pernyataan tersebut
bersifat koheren atau konsisten dengan pernyataan sebelumnya yang dianggap
benar.
Teori koherensi ini menjadi asas atau dasar pengembangan ilmu deduktif
atau matematik. Nama ilmu deduktif diberikan kerana penyelesaian sesuatu masalah
atau pembuktian suatu kebenaran yang tidak didasarkan pada pengalaman atau hal-
hal yang bersifat faktual melainkan didasarkan pada deduksi-deduksi yang menjadi
bukti. Ciri deduksi harus benar supaya kesimpulan yang koheran dan benar dapat
dibuktikan. Deduksi merupakan penaakulan yang sesuai dengan hukum-hukum serta
aturan yang logik formal (common sense). Dalam hal ini, orang menganggap bahawa
tidak mungkin kenyataan yang benar menghasilkan kesimpulan yang tidak benar.
Contohnya :

1. Logam akan mengembang apabila dipanaskan.
2. Besi akan mengembang apabila dipanaskan.
3. Besi ialah logam.

Dalam ayat di atas, ayat (1) merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan.
Manakala ayat (3) merupakan koheran daripada ayat (1) dan ayat (2) dalam erti kata
lain, ayat (1) dan (2) membuktikan kebenaran atau kesahihan ayat (3).
Keharmonian menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:517) pula
mendefinisikan sebagai keadaan harmoni yang selaras, sesuai atau sepadan.
Keadaan harmoni juga dapat dijelaskan dengan suasana yang mesra dalam
hubungan dua pihak. Keharmonian juga disebut sebagai harmoni logikal (logical
harmony) yang membawa maksud keharmonian yang logik pada makna.
Salji itu putih benar jika dan hanya jika salji itu putih

4

Seorang ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa penghubung logik
digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana yang lebih bermakna dan
mengharmonikan kenyataan-kenyataan yang berbeza maksudnya. Beliau
menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga
percaya bahawa rumput itu hijau, penghubung dan patut diletakkan. Maka ayat
yang terhasil ialah langit itu biru dan rumput itu hijau. Hal ini bermakna, semantik
makna akan menjadi harmoni apabila penutur menggunakan wacana yang sesuai
dalam kenyataan yang diucapkan. Antara contoh lain yang dapat menjelaskan
maksdu keharmonian ialah :

1. Adrian rajin.
2. Adriana tidak rajin.

Kedua-dua kenyataan di atas tidak menampakkan keharmonian dalam ayat
kerana tiada penghubung yang logik. Oleh itu, bagi mengharmonikan kedua-dua
kenyataan tersebut, wacana manakala ditambahkan untuk mengharmonikan
kedua-dua kenyataan tersebut. Maka, ayat yang terhasil ialah Adrian rajin manakala
Adriana tidak rajin. Penambahan wacana tersebut akan memberi kenyataan yang
lebih harmonis dan bermakna bahawa Adrian dan Adriana memiliki perwatakan yang
berbeza.

2.2 Ciri-ciri Ayat yang Benar
Ayat yang benar mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannya sebagai ayat yang
mengandungi kebenaran. Menurut Lutfi Abas (1988), beliau menyatakan bahawa
ayat yang benar ialah :

1. Ayat yang subjeknya sememangnya terdapat di dunia. Contohnya :
i. Gajah berkaki empat. (subjek : gajah)
ii. Skitel berbentuk kon. (subjek : skitel)

Manakala ayat yang tidak benar pula ialah :
i. Raksasa tersangat besar. (subjek : raksasa tiada di dunia).

2. Contoh ayat begini memerlukan pengalaman pendengar atau pembaca untuk
membuktikan bahawa predikatnya ialah :
a. Salah satu sifat nama yang dipunyai oleh subjeknya.
b. Perbuatan yang dilakukan oleh subjeknya.
5

c. Nama yang memang benar boleh dikaitkan dengan subjeknya.

Contohnya :
i. Syafiqah cantik.
ii. Syafiqah memasak air.
iii. Syafiqah pelajar.

Manakala ayat yang tidak benar pula ialah :
i. Pelajar itu mempunyai berjuta ringgit.
ii. Pelajar itu berasal dari planet Pluto.
iii. Pelajar itu keturunan bunian.

3. Ayat yang predikatnya tidak perlu dibuktikan lagi kebenarannya untuk subjeknya.
Contohnya :
i. Tuhan ada.
ii. Bumi bundar.
iii. Adik lebih muda daripada abang.

Manakala ayat yang tidak benar pula ialah :
i. Bulan bersegi-segi.
ii. Abang lebih muda daripada adik.
iii. Bola berbentuk segi empat.