Anda di halaman 1dari 1

NOTA RINGKAS - TINGKATAN 1

Tema 4 : WARISAN KEPELBAGAIAAN BUDAYA MALAYSIA


Unit 6 : CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM

1. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai warisan budaya sendiri.
2. Cerita rakyat merupakan antara warisan yang masih hidup hingga ke hari ini. Koleksi cerita ini
merupakan sastera rakyat yang menjadi kebanggaan mesyarakat dan negara. Cerita cerita ini kini
dikumpulkan dalam bentuk buku dan kartun animasi.
3. Melalui cerita rakyat masyarakat berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar
belakang kehidupan, kepercayaan dan kebudayaan mereka.
4. Pada zaman dahulu, cerita rakyat ini lazimnya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut. Tukang
cerita akan pergi dari kampung ke kampung untuk menceritakan pelbagai jenis cerita kepada orang
kampung mahupun dewasa atau kanak-kanak. Tukang cerita ini digelar penglipur lara. Di sesetengah
tempat, penglipur lara juga digelar Tok Selampit.
5. Seseorang penglipur lara perlu mahir bercerita, boleh bermain alat muzik untuk mengiringi ceritanya,
menyanyi serta berjenaka ketika menyampaikan ceritanya. Ada juga yang pandai berpantun dan
bersajak ketika bercerita.
6. Cerita-cerita rakyat selalunya mempamerkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakat.
7. Jenis cerita yang selalu dibawa ialah cerita binatang (Sang Kancil dan Buaya), cerita legenda (Mahsuri),
cerita asal-usul (Kerajaan Melaka), cerita kepahlawanan (Hang Tuah), cerita jenaka (Pak Pandir) dan
cerita mitos (Raja Bersiong).
8. Cerita rakyat ini bukan sekadar berfungsi sebagai hiburan tetapi turut mengandungi
pengajaran.Penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan teladan yang terkandung dalam
cerita tersebut.
9. Penglipur lara ini bukan sahaja mahir bercerita tetapi mereka juga boleh menyanyi dan bermain alat
muzik ketika bercerita.
10. Masyarakat Melayu pada masa dahulu menggunakan masa terluang untuk mendengar cerita- cerita
tersebut sebagai hiburan setelah penat bekerja pada waktu siang.
11. Selain itu, cerita rakyat juga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat setempat yang sekaligus boleh
melahirkan suasana masyarakat yang bertoleransi dan muhibah.
12. Pada masa kini, wayang kulit yang dipersembahkan menggunakan koleksi cerita-cerita rakyat. Wayang
kulit ini dimainkan oleh tok dalang.
13. Cerita rakyat perlu dikekalkan kerana terdapat banyak pengajaran dan panduan hidup yang merupan
warisan budaya sesuatu masyarakat.
14. Berikut merupakan kepentingan cerita rakyat ;
a) mengetahui warisan budaya bangsa
b) menghargai dan bangga dengan budaya bangsa sendiri
c) menyelit nilai-nilai moral yang berguna
d) mengekalkan budaya bangsa dari generasi ke generasi
15. Cerita akyat ini perlu dikekalkan agar tidak hilang atau luput ditelan zaman. Oleh itu pelbagai langkah
boleh diambil agar warisan bangsa ini dapat dikekalan untuk tatapan generasi masa depan. Antara
langkah yang boleh diambil ialah :
membukukan cerita-cerita rakyat serta menjadikannya satu pelajaran di sekolah
memasukkan elemen cerita rakyat dalam pelbagai subjek
Mengadakan pelbagai jenis pertandingan seperti menulis cerita rakyat dan bercerita
Mewujudkan rancangan atau siaran khas di media yang berunsurkan cerita rakyat
Mewujudkan laman web yang memaparkan cerita rakyat pelbagai kaum
Mengadaptasikan cerita rakyat dalam bentuk drama atau filem tempatan
Mewujudkan sudut khas cerita rakyat pelbagai kaum dalam akhbar-akhbar tempatan