Anda di halaman 1dari 1

Malaysia yang mempunyai sifat iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun mudah

terdedah kepada keadaan cuaca yang ekstrem seperti kemarau dan juga hujan lebat yang boleh
mengakibatkan banjir besar. Keadaan ini akan meninggalkan impak kepada penduduk terutamanya
dari aspek kesihatan.
Penyakit mudah berjangkit pada musim banjir melalui pencemaran air. Banjir menyebabkan
sumber air yang bersih akan terdedah kepada pencemaran. Mutu air terjejas melalui limpahan air
kumbahan dan sisa-siasa industri. Selain itu juga, arus air banjir yang deras akan membawa bersama-
sama sisa-sisa hakisan, kelodak,lumpur,bangkai dan juga sampah-sarap. Oleh sebab penggunaan
sumber air yang telah tercemar ini akan menyebabkan pengguna terdedah kepada pelbagai penyakit.
Seterusnya, Pembiakan vektor menyumbang kepada pertambahan bilangan pesakit selepas
musim banjir. Ini disebabkan banyak takungan air selepas musim banjir menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Fenomena ini biasanya menyebabkan bilangan pesakit demam denggi bertambah. Begitu
juga pada musim kemarau pula, penyebaran vektor mudah berlaku melalui debu dan habuk. Ini
secara tidak langsung turut menyebarkan wabak penyakit.
Pencemaran udara juga menjadi punca kepada peningkatan bilangan pesakit. Cuaca panas
dan kering yang melampau misalnya akan menghasilkan suasana persekitaran yang terdedah kepada
habuk dan debu. Individu yang alah kepada habuk dan debu ini akan mudah terdedah pula kepada
masalah asma dan juga selsema. Selain itu juga kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan
kehilangan air dalam badan. Keadaan ini akan mendedahkan pula seseorang itu kepada pelbagai
penyakit.
Akhir sekali, penyakit mudah berjangkit pada musim banjir melalui pencemaran sumber
makanan. Bahan makanan seperti sayur-sayuran misalnya akan tercemar oleh bahan pencemaran
seperti air kumbahan dan sisa-sisa toksid. Memakan sayur-sayuran yang tercemar ini sudah pastinya
akan mendedahkan kepada penyakit. Begitu juga pada musim kemarau, sumber makan makan pula
terdedah kepada debu dan habuk.
Manusia tidak dapat melawan bencana banjir atau kemarau, tetapi boleh mengelakkan risiko
kerananya. hanya kesedaran secara menyeluruh dalam kalangan rakyat dapat mengelak sebarang
wabak yang boleh mengancam nyawa.