Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal : 6
Minggu Praktikum : Keenam
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 3 - 7 Mac 2014
Tajuk Jurnal : Masalah Penutup PdP Tidak Terlaksana

1. Isu / Masalah
Masalah saya pada minggu lepas telah dapat ditangani. Saya membuat perancangan yang lebih teliti
sebelum P&P berlangsung. Saya juga turut merancang aktiviti yang bersesuaian dan lebih konsisten
dengan memfokuskan kepada kemahiran yang telah dirancang.
Manakala pada minggu ini saya menghadapi permasalahan ketika ingin menutup PdP. Masalah ini
seringkali berlaku, apabila saya tidak dapat mengakhiri PdP dengan baik. Ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Antaranya, permasalahan disiplin murid, murid-murid yang masih leka dengan
kerja yang belum siap, masa rehat dan pulang yang hampir tiba menjadikan mereka sibuk untuk
bergegas keluar kelas. Ketika ini keadaan sudah mula menjadi tidak terkawal.

2. Analisis
Daripada permasalahan yang saya hadapi ini, apa yang dapat disimpulkan adalah berkemungkinan
daripada aktiviti yang dijalankan memakan masa yang agak lama. Selain daripada itu ianya juga
berpunca daripada faktor guru yang menyediakan terlalu banyak aktiviti permainan yang
menyebabkan para pelajar lebih gemar menjalankan aktiviti permainan sehingga menyebabkan
pelajar hilang fokus dan minat dalam menyiapkan tugasan di dalam buku aktiviti. Selain itu, faktor
masa juga turut mempengaruhi, di mana guru perlu memberi lembaran kerja lebih awal seperti
dalam langkah 2 atau 3 supaya tidak mengganggu masa penutup.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki
Selepas berbincang dengan guru pembimbing dan pensyarah saya mengambil keputusan untuk
mengkaji semula rancangan pengajaran harian saya. Setiap langkah yang dirancang perlu melihat
kepada kemampuan murid. Aktiviti, tugasan dan lembaran kerja yang disediakan juga perlu melihat
kepada tempoh masa yang bersesuain untuk dilaksanakan.



INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
4. Tempoh Masa
Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini 2 minggu bagi menyesuaikan keadaan dan
suasana pembelajaran sekolah ini.
5. Tindakan Susulan
Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah yang
berlaku ;
a. Menyediakan plan perancangan mengajar yang lebih baik serta pengurusan masa yang
efektif
b. Menyediakan aktiviti mengikut perancangan yang telah dirancang dengan baik.
6. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, sebagai seorang guru, kita haruslah mempunyai strategi pengajaran yang
menarik supaya murid gembira dan seronok berada di dalam kelas. Murid juga akan memberikan
perhatian dan fokus semasa pengajaran guru. Selain itu pengurusan masa juga penting demi
perjalanan pdp dapat berlangsung dengan baik dan teratur.
7. Hasil Tindakan








Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................



INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH