Anda di halaman 1dari 1

A.

LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN


- Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu.
- JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu
sahaja
- Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
- Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.

B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

- Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang
mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
- Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup
rapat.
- Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit,
longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
- Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok
yang banyak serta sama tingginya.
- APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang
lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
- DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada
telinga.
- JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah
Pokok.
- JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
- JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi,
Taman Tema Air dan sebagainya.
- JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
- JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air
dengan Darat, Pokok dan Tanah.
- JANGAN berada ditempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang
Elektrik.
- APABILA berada dalam bot diatas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan
anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam
air.

Anda mungkin juga menyukai