Anda di halaman 1dari 4

SK PASOH SATU (F)

72300 SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN.



KERTAS KERJA
MINGGU PANITIA SAINS
PERINGKAT SEKOLAH

SYOKNYA SAINS!!!

TARIKH
02 07 APRIL 2014

ANJURAN
PANITIA SAINS
SK PASOH SATU (F)







1.0 PENDAHULUAN
Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Pasoh Satu (F) .
Ia merupakan satu program tahunan Panitia Sains. Program ini bertujuan untuk menarik
minat murid SK Pasoh Satu (F) terhadap mata pelajaran Sains. Program-program yang
telah dirancang mampu memberi perangsang kepada murid SK Pasoh Satu (F) supaya
minat terhadap mata pelajaran sains dan teknologi serta dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dihasilkan untuk memohon sokongan dan kerjasama daripada semua
pihak untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha dalam meningkatkan serta
memantapkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.
3.2 Untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran
Sains.
3.3 Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
3.4 Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan
seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua murid dan warga pendidik SK Pasoh
Satu (F).

5.0 TEMA
SYOKNYA SAINS!!!

6.0 PROGRAM

BIL HARI/TARIKH/MASA PROGRAM
1.
RABU/02.04.2014/7.30-8.45 PG/1.05-
2.05 PTG
Pelancaran Minggu Panitia Sains,
Mewarna (Tahap 1, Pra serta PPKI) dan
Kuiz Sains Tahap 2
2. KHAMIS/03.04.2014/7.30-8.15PG Jigsaw Puzzle untuk Tahap 2
3. JUMAAT/04.04.2014/7.30-8.00 PG
Pertandingan mencipta roket terbuka
untuk Tahap 2
4. ISNIN/07.04.2014/7.45-8.15PG Penyampaian hadiah dan majlis penutup


7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT
EN ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN
GURU BESAR

PENGERUSI
EN. MOHD. ARA BIN MOHD. YUSOF
GPK 1

PENYELARAS
PN. ROSLINI BINTI ZAKARIA
KETUA PANITIA SAINS

SETIAUSAHA
PN. SHARINA BINTI JAMALUDIN

AJK
EN. MAD YUSOB BIN ABDURAHMAN
PN. AZIAH BINTI AYOB


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Kertas lukisan : RM 50.00

2. Jigsaw Puzzle : RM 50.00

3. Hadiah
i. Pertandingan mewarna Tempat pertama : RM 3.00
Tempat kedua : RM 2.00
Tempat ketiga : RM 1.00

ii. Jigsaw Puzzle RM 3 X 6 = RM 18.00

iii. Pertandingan mencipta roket Tempat pertama : RM 3.00
Tempat kedua : RM 2.00
Tempat ketiga : RM 1.00

iv. Kuiz Sains Tempat pertama : RM 12.00
Tempat kedua : RM 8.00
Tempat ketiga : RM 4.00

Jumlah RM 154.00


Ulasan Guru Besar :

Baik. Elok diteruskan. Saya menyokong permohonan peruntukan ini.




9.0 PENUTUP
Semoga kertas kerja ini dapat memberi gambaran tentang perancangan Program
Minggu Sains yang akan dilaksanakan pada 03 Mac - 07 Mac 2014 nanti. Mudah-mudahan
program yang telah dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna serta Berjaya.
Kejayaan majlis ini akan lebih sempurna dan bermakna dengan kerjasama semua warga
SK Pasoh Satu (F).






Disediakan oleh : Disemak oleh :




_________________________ ___________________________________
(PN. SHARINA BT JAMALUDIN)
Setiausaha Panitia Sains,
Program Minggu Sains,
Peringkat Sekolah 2014.